dokumentasi perkhemahan 2015

Upload: ppkismkkruit

Post on 10-Mar-2016

101 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

koku

TRANSCRIPT

TARIKH: 28 OKTOBER 2015HARI: RABUMASA: 8.30 PAGI HINGGA 1.00 TENGAHARITEMPAT : KEBUN PPKI SMK. SG.KRUIT

ANJURANBADAN BERUNIFORM PENGAKAP PENDIDIKAN KHASPROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARANSMK. SUNGAI KRUITLAPORAN BERGAMBAR PERKHEMAHAN DAN MEMASAK ALA RIMBA PPKI SMK. SG.KRUIT

SESI TAKLIMAT PERKHEMAHAN

Taklimat perkhemahan telah disampaikan oleh Cikgu Faizah (penyelaras pend.khas) sebelum memulakan perkhemahan. Pelajar yang hadir seramai 5 orang daripada 7 orang pelajar. Mereka di bahagikan kepada dua kumpulan. NN

Bahan-bahan yang diperlukan disusun di hadapan tapak perkhemahan.

AKTIVITI 1 : MEMASANG KHEMAH

KUMPULAN 2 : Terdiri daripada 2 orang pelajar iaitu Chu Mei Foong dan Noor Sahidah. Mereka dibimbing tentang cara-cara memasang khemah oleh Cikgu Faizah dan Cikgu Salwani.KUMPULAN 1 : Terdiri daripada 3 orang pelajar iaitu Ahmad Sufi Hanif, Maaliny dan Dharshinie. Mereka dibimbing tentang cara-cara memasang khemah oleh Ustaz Adib dan Pn. Siti Haslinda (ppm)

AKTIVITI 2 : MENYEDIAKAN SARAPAN PAGI

Sahidah ditugaskan membancuh teh O panas. Manakala Dharshinie dan Maaliny membantu menyediakan roti planta. Sebelum memulakan tugasan seterusnya, mereka perlu bersarapan dahulu untuk menambah stamina.

Pelajar dikehendaki mencari barang dan menyediakan sendiri sarapan.

Ustaz adib menunjukkan cara memancing ikan menggunakan joran. Hanif dan pelajar yang lain berjaya memancing beberapa ekor ikan keli untuk santapan tengahari nanti.Ustaz Adib menunjukkan cara mengeluarkan mata kail yang tersangkut dalam mulut ikan kepada pelajar. Ikan-ikan yang dipancing akan disiang dan dibersihkan untuk di bakar.

AKTIVITI 3 : MEMANCING IKAN

AKTIVITI 4 : MEMASAK ALA RIMBA

Ustaz Adib dan Hanif menghidupkan api menggunakan tempurung kelapa, arang dan ranting kayu.

Guru-guru dan pelajar perempuan mengupas bawang dan menyediakan bahan membuat ayam pangsuh.

Masakan Ala Rimba dimulakan dengan memasak Ayam Pangsuh, membakar ikan keli dan ubi keledek.

MAKAN TENGAHARIPukul 12.00 tengahari, masakan Ala Rimba siap dimasak dan pelajar-pelajar serta guru menikmati makanan tengahari dengan nasi putih, ayam pangsuh, ikan keli bakar, ulam-ulaman serta ubi keledek bakar.

AKTIVITI 5: MENYIMPAN KHEMAH DAN ALATAN

Pada pukul 1.00 tengahari, perkhemahan selesai dan pelajar-pelajar bersurai.