perkembangan sistem pendidikan.pptx

11
Sejarah Awal Pendidikan di Tanah Melayu Sistem Pendidikan Zaman British Perkembangan Sistem Pendidikan

Upload: jessica-reynolds

Post on 20-Nov-2015

223 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Perkembangan Sistem Pendidikan.pptx

TRANSCRIPT

Sejarah Awal Pendidikan di Tanah MelayuSistem Pendidikan Zaman British

Perkembangan Sistem Pendidikan

Sejarah Awal Pendidikan di Tanah Melayu

Sistem pendidikan masyarakat tempatan

lebih bersifat tidak formal.

Pengajian al-Quran dan

pengetahuan agama wajib

dipelajari oleh orang Melayu.

Kaedah pembelajaran

“Sistem Tadah” iaitu

menghafal.

‘Sekolah Pondok” sistem

pendidikan agama formal

diperkenalkan.

Golongan ulama berperanan

dalam kehidupan

harian seperti upacara

perkhawinan.

Sistem Pendidikan Zaman British

Sistem pendidikan lebih bersifat terpisah dengan setiap kaum menghantar anak mereka belajar di sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Bahasa Inggeris tidak terbuka kepada semua kaum tetapi dikhaskan untuk golongan bangsawan supaya menceburi dalam perkhidmatan awam.

Kerajaan British mengasingkan penubuhan sekolah.Sekolah Inggeris Di kawasan bandarSekolah Melayu Di luar bandar Sekolah Cina Di kawasan perlombongan dan

pelabuhanSekolah Tamil Di perladagangan

Pendidikan MelayuSekolah Melayu yang terawal dibuka pada tahun 1815 sebagai cawangan kepada

Penang Free School, dan beberapa buah

lagi dibuka oleh Peratuan Mubaligh

Kristian

Sekolah Melayu pada mula-mulanya tidak

digalakkan tetapi selepas pengajaran al-Quran disediakan ibu bapa

membenarkan anaknya belajar di sekolah Melayu.

Sekolah Melayu perempuan

pertama didirikan di Teluk Belanga,

Singapore 1884.

Apabila orang Melayu sedar akan kepentingan

pelajaran, semakin banyak sekolah Melayu

didirikan.

Pendidikan MelayuHal ini membuktikan pendidikan Melayu pada zaman penjajah tidak bertujuan untuk menyediakan kanak-kanak Melayu memperbaiki taraf hidup yang sedia ada melahirkan golongan pentadbir supaya membolehkan mereka menyertai sektor ekonomi.

Sistem pelajaran hanya 4 tahun. Dalam 3 tahun pertama, kira-kira yang

mudah diajar. Akhir tahun, mengukur dan

menyukat, kerja tangan diajar.

Dua jam bagi darjah satu, dua dan tiga. Empat jam bagi darjah

empat

Maktab Latihan PerguruanPada tahun 1878, sebuah pusat latihan di Teluk Belanga,

Singapura ditubuhkan untuk kursus kepada guru-guru sekolah Melayu.

Disebabkan gaji yang terlalu rendah,tiada ramai orang minat kekal menjadi guru.Pusat latihan ini ditutup pada tahun 1895.

Pada tahun 1900, sebuah pusat latihan bagi seluruh Tanah Melayu ditubuhkan oleh R.J.Wilkinson.Beliau seorang pegawai British di Jabatan Pelajaran Negeri-negeri Selat.

Pada tahun 1922, Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) telah ditubuhkan.

Pendidikan CinaPada tahun 1816, sekolah Cina pertama ditubuhkan di

Melaka oleh sekumpulan mubaligh.Beberapa buah sekolah lagi didirikan di Negeri-negeri

Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang diusahakan oleh saudagar Cina.

Pertumbuhan awal sekolah Cina bersifat bebas, tanpa campur tangan kerajaan.

Sekolah Cina tertumpu di bandar sekitar perlabuhan dan perlombongan.

Pada tahun 1920, terdapat 494 buah sekolah Cina di NNS dan NNMB.

Pendidikan CinaSistem Pendidikan Cina dibahagi kepada tiga.

Buku teks dicetak dan diimport dari China.Kebanyakan guru datang dari China atau dilatih di suasana China.Semua sekolah diselaraskan mengguna kan bahasa “KuoYu”

sebagai bahasa pengantar.Pada tahun 1920, pihak British memperkenalkan satu peraturan

dengan semua sekolah Cina wajib didaftar di Tanah Melayu selepas British kesedaran sekolah Cina sebagai pusat penyebaran ideologi.

Pada tahun 1924,sekolah Cina mula mendapat bantuan kewangan kerajaan.

Pada tahun 1945, buku teks diterbit di Tanah Melayu.Pada tahun 1952, bahasa Melayu mula diajar di sekolah Cina.

Peringkat rendah Enam tahunPeringkat menengah Tiga tahunPeringkat atas Tiga tahun

Pendidikan TamilPada mulanya, bahasa Tamil diusahakan oleh

mubaligh Kristian kerana British tidak menggalakkan pendidikan kaum imigran.

Sebuah sekolah Tamil dibuka sebagai satu cawangan daripada Penang Free School.

Pada tahun 1850, sebuah sekolah bernama Anglo-Tamil School dibuka di Melaka.Tetapi dengan kekurangan murid sekolah ini terpaksa ditutup.

Sekolah Tamil dibuka di ladang-ladang getah untuk memenuhi keperluan pendidikan anak buruh.

Pendidikan Tamil terhad di sekolah rendah, sekolah menengah yang menggunakan bahasa Tamil tiada.

Sekolah di ladang hanya untuk membasmi buta huruf dalam kalangan anak-anak buruh.

Pendidikan InggerisPengenalan pendidikan Inggeris dibuat atas usaha

gigih badan mubaligh Kristian yang menjadikan bidang pendidikan sebagai satu saluran untuk mengembangkan agamanya.

Sekolah aliran Inggeris yang pertama ialah Penang Free School yang dibuka pada tahun 1816.

Sekolah aliran Inggeris lebih tertumpu di bandar-bandar utama di NNS dan NNMB.

Pada tahun 1930an, anak Melayu diberikan peluang untuk memperoleh pendidikan apabila Special Malay Class diperkenalkan.

Disebabkan bayaran yuran yang tinggi, golongan bawahan tidak mampu memasuki sekolah Inggeris.

Pendidikan InggerisSistem berpendidikan Inggeris bertujuan

melahirkan golongan terpelajar yang dapat membantu pentadbiran negara di samping menanam perasaan taat setia kepada kerajaan British.