perjanjian burney 1826

Download Perjanjian Burney 1826

If you can't read please download the document

Upload: zulhilmi-mat-zain

Post on 18-Jun-2015

1.479 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Perjanjian Burney 1826Pengenalan:Pengaruh Siam di negeri-negeri Melayu Utaramembimbangkan British kerana perkembangan ini menjejaskan pendudukan British di Pulau Pinang serta kepentingan British di Tanah Melayu. Akibatnya pada Disember 1825, Kapten Burney dihantar oleh Robert Fullerton bagi mengadakan rundingan dan menandatangani perjanjian dengan Siam. Henry Burney telah diarah berbincang mengenai hubungan perdagangan dan persahabatan antara Siam dengan British, kepentingan British di Tanah Melayu mengenai perdagangan, masalah pembahagian takhta, Sultan Ahmad Tajuddin dan soal kemerdekaan Perak dan Selangor. Selepas berada di Siam selama 6 bulan, Henry Burney berjaya menandatangani perjanjian pada 20 Jun 1826. Syarat-syarat perjanjian 1. Pedagang-pedagang British dibenarkan berdagang di Bangkok dan dikenakan cukai yang berpatutan. 2. Mengenai Kedah: a. Kedah kekal sebagai tanah jajahan Siam. b. Sultan Kedah tidak dibenarkan tinggal di Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak, Selangor atau Burma. c. British bertanggungjawab untuk menghalang Sultan Kedah dan pengikut-pengikutnya menyerang Siam dan wilayahwilayahnya. d. British dibenarkan berdagang di Kedah tetapi tidak boleh campur tangan dalam hal pentadbiran. e. Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang dan Seberang Perai. 3. Mengenai Perak: a. Siam mengiktiraf kemerdekaan Perak dan Selangor. b. British dibenarkan berdagang di Perak tetapi tidak boleh campur tangan dalam hal pentadbiran. c. Siam dibenarkan menghantar perwakilan antara 40-50 orang ke Perak tetapi tidak dibenarkan menyerang, mengancam dan mencabul Perak. d. British bertanggungjawab menghalang Selangor menyerang Perak. e. Mengenai penghantaran bunga emas dan lain-lain hantaran ke Siam, negeri Perak diberi kebebasan sama ada menghantar atau tidak. Sekiranya Perak bersetuju menghantar ke Siam, maka British tidak berhak untuk menghalang. 4. Mengenai Kelantan dan Terengganu: a. Siam berjanji tidak akan mengganggu perdagangan British di Kelantan atau Terengganu. b. British dibenarkan berdagang di Terengganu tetapi tidak boleh campur tangan dalam hal pentadbiran.

c.

Kesan-kesan perjanjian1.

Kelantan dan Terengganu akan terus menghantar ufti yang berupa bunga emas kepada Siam tiap-tiap 3 tahun sekali.

Kedah:Perjanjian Burney yang telah ditandatangani mengecewakan Sultan Ahmad dan baginda tidak dapat menerimanya. Baginda kecewa kerana dengan terang British telah memperdayakannya. Oleh itu, Sultan Ahmad yang masih menetap di Pulau Pinang mengambil keputusan melancarkan serangan ke atas Siam. Dengan bantuan orang Melayu Kedah, Kelantan dan Terenngganu, Sultan ahmad menyerang Kedah pada tahun 1831, 1836 dan 1838 tetapi kesemua serangan ini gagal kerana British telah mengepung dan melindungi Kedah daripada serangan Sultan Ahmad. Malah, Sultan Ahmad telah dipindahkan dari Pulau Pinang untuk menetap di Melaka. Baginda terpaksa menetap di Melaka sehingga 1842 bagi mematuhi syarat-syarat Perjanjian Burney. Menjelang tahun 1840, sikap Sultan Kedah, Raja Siam dan British mulai berubah. Sultan Ahmad yang telah lanjut usianya merasai penentangan terhadap Siam tidak berfaedah kerana pihak British tetap menyebelahi mereka. Pihak Siam pula merasa penglibatannya dalam hal ehwal negeri Kedah tidak lagi penting kepada mereka. Pertempuran-pertempuran yang berterusan hanya akan membebankan negeri Siam. Melalui kesedaran itu, Sultan Ahmad mengambil jalan yang lebih berkesan iaitu melalui rundingan. Dengan kerjasama British, satu perwakilan yang diketuai oleh Putera Sultan Ahmad, iaitu Tengku Daik telah dihantar ke Bangkok pada tahun 1841 bagi membincangkan soal pembahagian takhta Sultan Ahmad Tajuddin. Pada tahun 1842, Sultan Ahmad Tajuddin diserahkan kembali takhtanya dan Kedah mestilah kekal sebagai jajahan takluk Siam dan menghantar bunga emas tiap-tiap 3 tahun sekali. Kedah juga diperkecilkan kawasannya iaitu Setul dan Kubang Pasu diletakkan di bawah pemerintahan Siam dan Perlis dipisahkan dan diperintah oleh Syed Sapee dengan gelaran Raja Perlis. 2. Perak:Siam tidak mematuhi Perjanjian Burney berkaitan dengan Perak. Pada bulan Ogos 1826, pihak berkuasa di Selatan Siam, iaitu Raja Ligor telah menghantar satu angkatan tentera ke Perak dengan alasan untuk membantu Perak dalam hal ehwal pentadbiran. Muslihat Raja Ligor yang sebenarnya ialah untuk memaksa Raja Perak menghantar bunga emas ke Siam. Pada September 1826, Sultan Perak telah memohon bantuan British bagi menghapuskan naungan Siam ke atas Perak. Akibatnya, Gabenor Fullerton telah menghantar satu angkatan ke Perak yang terdiri daripada 40 orang askar yang diketuai oelh Kapten James Low ke Perak. James Low telah diarahkan untuk menasihati Sultan Perak mengenai haknya untuk memilih sama ada hendak menghantar

bunga emas ke Siam atau tidak. Selain itu, Low juga memberi jaminan bantuan kepada Sultan Perak jika Perak diserang oleh Siam. Setelah di Perak, Low berjaya menggulingkan golongan proSiam. Askar-askar Siam juga berundur dari Perak. Pada 18 Oktober 1826, Low telah melampaui arahan dan menandatangani persetiaan dengan Sultan Abdullah. Syarat-syaratnya ialah: a. Perak berjanji tidak akan mengadakan hubungan politik dengan Siam atau negeri-negeri lain. b. Perak bersetuju tidak akan menghantar bunga emas atau lainlain persembahan kepada Siam atau negeri-negeri Melayu lain. c. British beratnggungjawab untuk melindungi Perak daripada sebarang serangan luar. d. Pedagang-pedagang dari mana-mana negeri dibenarkan berdagang di Perak asalkan mereka tidak campur tangan dalam hal ehwal Perak. e. Sultan Perak tidak akan membenarkan wakil-wakil yang lebih daripada 30 orang lelaki daripada negara-negara lain masuk ke Perak dengan tujuan untuk campur tangan dalam hal ehwal politik. f. Dinding dan Pulau Pangkor diserahkan kepada British. James Low juga berjaya menghancurkan kegiatan lanun di Sungai Kurau selepas tertangkapnya ketua lanun, iaitu Nakhoda Udin yang pro-Siam. Tindakan British ini telah berjaya menyelamatkan Perak daripada menerima nasib seperti Kedah dan menghentikan kemaraan Siam. 3. Kelantan/Terangganu:Perjanjian Burney tidak menentukan dengan jelas hubungan Kelantan dan Terengganu dengan Siam. Akibatnya, Kelantan menerima pertuanan Siam tetapi Terengganu menolaknya. Terengganu menganggap negerinya tidak pernah dijajah oleh Siam. Penghantaran bunga emas hanya menjadi tradisi dan mengekalkan persahabatan dengan Siam. Oleh itu, Siam berusaha untuk mengukuhkan pengaruhnya di Terengganu dan mengekalkan pengaruhnya ke Pahang. Usaha ini dijalankan dengan melibatkan diri dalam perang saudara di Pahang (1857-1863) antara Wan Ahmad dan Wan Mutahir. Pada Oktober 1862, satu angkatan Siam telah tiba di Kuala Terengganu dalam usaha membantu Wan Ahmad menyerang Pahang. Selain itu, kehadiran angkatan tersebut juga bertujuan membantu Sultan Mahmud dari Lingga merampas takhta Terengganu daripada bapa saudaranya, Sultan Omar yang tidak menerima pertuanan Siam. Kekacauan yang berlaku bukan sahaja mengganggu perdagangan di Pahang tetapi juga di Kelantan dan Terengganu. Akibat dari desakan pedagangpedagang, gabenor Negeri-negeri Selat, iaitu Cavenagh telah menghantar sebuah kapal perang ke Kuala Terengganu pada November 1862 dengan tujuan hendak mendesak Siam dan

Sultan Mahmud dari Lingga berundur dari Terengganu dan tidak melibatkan diri dalam perang saudara Pahang. Keengganan Siam telah menyebabkan kapal perang British membedil Kuala Terengganu pada 4 November 1862. Akibatnya, angkatan tentera Siam dan Sultan Mahmud dari Lingga mengundurkan diri. Tindakan British ini berjaya menghalang pengaruh Siam dan merebak ke Pahang.

Perjanjian Sulit Inggeris Siam 1897Pengenalan:Selepas berjaya menyekat pengaruh Siam dari marake selatan, pihak British mula memikirkan rancangan untuk mengambil 4 buah negeri Melayu di utara dari kekuasaan Siam. Matlamat British ialah untuk menyatukan negeri-negeri itu dalam suatu gabungan iaitu Tanah Melayu. Ketika ini, British sudah berjaya meletakkan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang di bawah pentadbiran mereka. Satu perjanjian sulit antara Inggeris dengan Siam telah diadakan pada tahun 1897 sebagai perintis untuk mengambil keempat-empat buah negeri Melayu di utara dari Siam.

Faktor-faktor yang membawa kepada perjanjian

1.

British berasa bimbang selepas mendapat berita bahawa kuasa Perancis berminat meluaskan pengaruhnya ke Lembah Menam Chao Phraya dan merancang untuk membina Terusan Kra pada tahun 1880. 2. British juga bimbang akan peluasan pengaruh Jerman apabila mendapat berita bahawa negara Jerman sedang berusaha untuk membina sebuah pangkalan di kawasan Siam selatan terutama di Pulau Langkawi.

Syarat-syarat perjanjian

1. 2. 3. 4. 5.

Kesan-kesan perjanjian:

Kebimbangan campur tangan kuasa-kuasa barat tersebut mendesak British untuk menandatangani Perjanjian Sulit dengan Siam pada 6 April 1897.Menurut perjanjian ini: Raja Siam bersetuju tidak akan memindahkan sebarang kawasan di Selatan Muang Bang Tapan dekat Tenasserim. British mengakui hak Siam di Selatan Muang Bang Tapan berhampiran pantai Tenasserim hingga ke negeri-negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu. British akan membantu Siam jika ia diserang. Jika Raja Siam memutuskan hendak membuat sebarang pemberian tanah kepada kuasa asing, ia mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari British.

1. Dengan perjanjian ini, permintaan Jerman untuk dibenarkan bertapak di Langkawi ditolak oleh pihak Siam.

2.

British berjaya menyekat Negeri-negeri Melayu dan wilayah Siam di utara Semenanjung Tanah Melayu dari jatuh ke tangan kuasakuasa asing. 3. Oleh sebab perjanjian ini ditandantangani secara sulit, tidak ada pihak lain yang mengetahuinya. Sesetengah sultan telah berasa hampa berada di bawah naungan Siam dan cuba bertindak secara bebas. Keadaan ini memaksa British dan Siam menandatangani satu perjanjian yang dinamakan Perjanjian Sempadan (1899) untuk menentukan sempadan antara negeri-negeri Siam, Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu. Di bawah perjanjian ini, Reman menjadi wilayah Siam sementara Kedah, Kelantan dan Terengganu hanya sebagai wilayah jajahan Siam. 4. Ekoran daripada perjanjian ini, timbul pula isu Duff yang mendorong Siam dan British menandatangani satu pengisytiharaan pada 1902. British mengakui secara rasmi hak Siam ke atas Negerinegeri Melayu Utara. Ini adalah disebabkan keinginan British untuk mengekalkan kemerdekaan Siam supaya Siam dapat dijadikan negara penampan yang memisahkan British dengan Perancis kerana sempadan bersama boleh menimbulkan peperangan di antar kedua-dua pihak itu.

Pengisytiharaan Inggeris-Siam 1902Pengenalan:Antara tahun 1899 dan 1900, Jerman telah beberapakali cuba mendapatkan Pulau Langkawi walaupun ditolak oleh Siam. Dalam tahun 1900, timbul pula isu Duff di Kelantan menyebabkan hubungan Inggeris-Siam terjejas. Memandangkan keadaan yang demikian British berasa satu rundingan harus diadakan dengan Siam bagi menyelesaikan masalah ini. Hubungan Siam dengan British bertambah runcing apabila Siam mengambil tindakan ke atas Pattani yang cuba melepaskan diri dari kekuasaan Siam. Pada bulan Disember 1901, Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan iaitu Joseph Chamberlin telah mengarahkan Menteri Inggeris di Bangkok mendesak Siam supaya mengadakan rundingan dengan Inggeris. Hasil daripada peranan Frank Swettenham, satu pengisytiharaan telah diadakan pada bulan Oktober 1902. Sebab-sebab yang membawa kepada pengisytiharaan 1. Kebimbangan campur tangan kuasa asing: Kebimbangan Inggeris terhadap penguasaan kuasa di Negeri-negeri Melayu Utara semakin bertambah. Pada tahun 1901, Inggeris mendengar khabar angin yang ada pihak-pihak tertentu di Pattani dan Kelantan yang cuba mendapat sokongan Jerman untuk membebaskan negerinegeri itu daripada cengkaman Siam. Antara tahun 1899-1901 kuasa Jerman, Rusia dan Amerika Syarikat pula berusaha untuk mendapatkan hak-hak kewilayahan di Negeri-negeri Melayu Utara. Jerman telah mempergiatkan usahanya pada tahun 1899-1900

untuk memperoleh Pulau Langkawi untuk digunakan sebagai pangkalan laut di Asia Tenggara. Rusia juga berikhtiar memperoleh Ujong Salang (Pulau Phuket) untuk dijadikan sebagai pangkalan arang batu. Amerika Syarikat berusaha untuk mendapatkan konsesi kewilayahan di Terengganu dan pulau-pulau di sekitarnya. Dengan itu, Inggeris berasa bimbang kalau-kalau Siam tunduk kepada tekanan kuasa-kuasa asing ini. 2. Kegiatan R.W. Duff di Kelantan:Dengan keadaan ini, pada tahun 1900, Sultan Kelantan telah bertindak seolah-olah merdeka. Baginda telah memajakkan tanah seluas 2000 batu persegi atau hampir satu pertiga daripada keluasan Kelantan kepada R.W. Duff, seorang saudagar Inggeris tanpa kebenaran daripada Raja Siam. Tindakan Sultan Kelantan ini telah menimbulkan kebimbangan dan kerumitan Inggeris kerana kemungkinan penyerahan serupa akan dibuat kepada kuasa-kuasa asing yang lain. Justeru itu, Siam pula membantah kepada Inggeris tentang perbuatan Duff itu. Pada tahun 1902, Sultan Terengganu menerima permohonan Amerika Syarikat untuk melombong di Pulau Redang. Dalam keadaan ini, Duff meminta sokongan pihak Inggeris bagi menentang bantahan Siam terhadap pajakan tanah itu. Beliau mengancam mendapatkan sokongan Perancis atau Jerman jika Kerajaan Inggeris enggan menyokong hak pajakannya di Kelantan. 3. Rusuhan dalam negeri :Rusuhan dalam negeri akibat daripada dasar Siam untuk mengetatkan kekuasaannya ke atas Negerinegeri Melayu Utara juga merupakan faktor yang membawa kepada Pengisytiharaan Inggeris-Siam. Raja Abdul Kadir dari Pattani dan Sultan Mahmud IV dari Kelantan telah meminta bantuan Inggeris untuk mengelakkan ancaman dari Siam. Hal ini kerana Raja Abdul Kadir telah dipenjarakan oleh Siam dalam bulan Februari 1902, manakala Sultan Mahmud IV berasa bimbang akan kedudukannya. Kalau Inggeris tidak memberi bantuan, kemungkinan besar mereka akan meminta bantuan daripada kuasa Eropah yang lain. 4. Peranan Swettenham:Pada masa itu, Frank Swettenham ialah Gabenor Negeri-negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Swettenham menyokong kuat tuntutan Duff sebagai alasan untuk meluaskan pengaruh Inggeris di Negerinegeri Melayu Utara naungan Siam khususnya ke atas Kelantan dan Terengganu. Beliau mencadangkan kepada Kerajaan Inggeris supaya melantik pegawai-pegawai Inggeris yang berkhidmat di Bangkok sebagai penasihat untuk menguruskan hal-ehwal negerinegeri Kelantan dan Terengganu. Cadangan ini dibuat atas pendapat bahawa Siam tidak berupaya menguruskan hal-ehwal tempatan negeri-negeri Melayu berkenaan dan berkemungkinan besar Siam akan mendapatkan bantuan daripada kuasa-kuasa Eropah yang lain. Sistem penasihat ini diharap akan memelihara

kepentingan Inggeris di negeri-negeri tersebut dan juga melindungi negeri-negeri itu daripada ancaman kuasa-kuasa asing yang lain. Cadangan Swettenham mendapat bantahan kuat daripada Siam tetapi beliau telah menggugut akan mengiktiraf Kelantan dan Terengganu sebagai negeri yang bebas jika sekiranya Siam enggan berunding dengan Inggeris untuk menerima cadangan tersebut sebelum bulan September 1902. Siam berasa terancam dengan ugutan ini dan bersetuju menandatangani satu perjanjian baru pada 6 Oktober 1902.

Syarat-syarat Pengisytiharaan1. 2. 3. Siam akan menguasai hubungan luar negeri-negeri Kelantan dan Terengganu. Siam tidak akan campur tangan dalam hal-ehwal dalam negeri Kelantan dan Terengganu. Penasihat-penasihat berbangsa Inggeris akan dilantik oleh Siam untuk menasihati Sultan Kelantan dan Terengganu dalam semua hal pentadbiran kecuali perkara-perkara yang berkenaan agama dan adat resam orang Melayu. Kelantan dan Terengganu tidak berhak memberi sebarang konsesi kepada orang asing tanpa perakuan Siam. Siam akan menerima 10% daripada pendapatan jika pendapatan Negeri-negeri Melayu Utara naungan Siam melebihi $100000. Pada tahun 1903, Kelantan menerima W.A. Graham sebagai Penasihat Siam dan pada tahun 1905 Kedah menerima Meadows Frost sebagai Penasihat Kewangan. Terengganu enggan mengesahkan perjanjian tersebut dan enggan menerima penasihat Siam. Mengernai Kedah pula, Inggeris cuba menguatkan kedudukannya dengan memulihkan kewangan Kedah melalui pinjaman tambahan kepda Siam. Pihak Siam pula bersetuju berbuat demikian dengan syarat seorang Penasihat Kewangan bangsa Inggeris dilantik untuk menguruskannya. Dengan itu, J.F. Williamson dilantik sebagai Penasihat Kewangan Kedah untuk memulihkan kewangannya. Walaupun persetiaan ini telah menjelaskan kedudukan Kelantan dan Terengganu sebagai negeri naungan Siam tetapi tidak menenangkan fikiran pihak Inggeris. Hal ini kerana pihak Jerman ingin membantu Siam membina jalan keretapi di Siam Selatan. Peringkat akhir yang membawa kepada penguasaan sepenuhnya Inggeris ke atas Negeri-negeri Melayu Utara ialah melalui Perjanjian Bangkok yang ditandatangani pada 9 Julai 1909.

4. 5.

1. 2. 3.

Kesan-kesan Pengisytiharaan

4.

5.

Perjanjian Bangkok 1909Pengenalan:Inggeris semakin bertekad untuk mengambil alihpentadbiran ke atas keempat-empat Negeri-negeri Melayu Utara itu.

Bagi Inggeris, masanya telah tiba untuk berbuat demikian apabila Jerman menawarkan tawaran Siam untuk membina jalan keretapi di Siam Selatan. Matlamat Inggeris ini semakin menyakinkan apabila satu Pakatan Inggeris-Perancis ditandatangani. Untuk mempengaruhi Siam agar bersetuju untuk berunding, Inggeris dan Perancis telah bersedia menamatkan hak wilayah asing yang diperolehi sejak tahun 1855 dan 1856. Siam sedar bahawa Inggeris begitu serius terhadap perkara mengenai Negeri-negeri Melayu Utara lalu bersetuju untuk mengadakan perundingan. Rundingan telah diadakan dan akhirnya Perjanjian Bangkok telah ditandatangani pada 9 Julai 1909. 1. Pakatan Inggeris-Perancis 1904:Selepas ditandatangani Pengisytiharaan Inggeris-Siam, sikap Inggeris terhadap Siam mulai berubah. Hal ini adalah disebabkan Inggeris dan Perancis telah menamatkan permusuhan mereka di Eropah dengan termeterainya Pakatan Inggeris-Perancis pada 8 April 1904. Pakatan ini telah manamatkan ancaman peluasan kuasa Perancis di Siam dan dasar kemaraan di Negeri-negeri Melayu Utara. Perjanjian ini meletakkan Siam dalam bahaya. Kemungkinan besar Inggeris tidak akan menolong Siam sekiranya Perancis melanggarnya dari Indo-China. Kebimbangan Siam menjadi nyata apabila Perancis merampas Battambang dan Siem Reap, iaitu jajahan-jajahan takluk Siam di sempadan Siam-Kampuchea. Inggeris tidak membantu Siam malah ia bersikap berkecuali. Hal ini merugikan Siam. 2. Kebimbangan campur tangan kuasa asing yang lain :Perancis, Rusia dan Jerman berminat untuk membina terusan di Segenting Kra sebab tertarik dengan kepesatan perdagangan Asia-Eropah kesan daripada pembukaan Terusan Suez. Pada tahun 1906, Jerman pula mendapat persetujuan Siam untuk membina jalan keretapi di Negeri-negeri Melayu Utara. Tindakan ini dianggap oleh Inggeris sebagai satu helah untuk menguasai Negeri-negeri Melayu Utara. Siam cuba mendapatkan bantuan modal dan buruh dari Jerman untuk membina jalan keretapi yang akan menghubungkan Bangkok dengan sempadannya di Kedah. Inggeris berasa bimbang bahawa langkah Siam akan membawa kepada kemungkinan besar Jerman campur tangan di Kedah dan mengancam kepentingan Inggeris di situ. 3. Pembatalan hak-hak wilayah asing :Siam tidak senang hati dengan pemberian hak-hak istimewa kepada Inggeris sejak tahun 1855. Siam kini ingin membatalkan perjanjian-perjanjian berat sebelah seperti Perjanjian Bowring (1855) dan Perjanjian Sulit (1897). Sudah tentu Inggeris tidak akan memansuhkan hak-hak tersebut dengan rela tanpa sebarang ganti rugi. Oleh itu, Siam mengambil keputusan untuk menyerahkan Negeri-negeri Melayu Utara yang sebenarnya tidak menguntungkan kepada Inggeris. Sebagai balasan, Inggeris akan memansuhkan segala-gala hak

Faktor-faktor yang membawa kepada perjanjian

wilayah asing di Siam. 4. Masalah kewangan Siam :Sementara itu, Kelantan dan Terengganu menaruh dendam dan tidak pernah mengakui pertuanan Siam. Kedah pula menghadapi masalah kewangan yang teruk selepas tahun 1904 kerana sikap Sultan Kedah yang boros. Siam terpaksa memberikan pinjaman sejumlah $2 juta kepada Kedah. 1.

Syarat-syarat perjanjian

2. 3.

4. 5. 6. 1.

Siam memindahkan segala haknya ke atas keempat-empat buah Negeri-negeri Melayu Utara di bawah pemerintahannya iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, termasuk semua pulau yang dimiliki oleh negeri-negeri itu kepada Inggeris. Siam bersetuju tidak akan menyewakan mana-mana wilayahnya kepada kuasa-kuasa asing tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Inggeris. Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan menanggung segala hutang keempat-empat buah negeri yang diperolehinya. Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu juga akan memberi pinjaman wang sebanyak 4 juta kepada Siam untuk membina jalan keretapi di Selatan Siam. Inggeris menyerahkan hak wilayah asing yang diperolehinya dari Persetiaan Persahabatan dan Perdagangan pada tahun 1855. Inggeris berjanji tidak akan campur tangan di wilayah-wilayah Siam yang lain. Perjanjian Sulit Inggeris-Siam 1897 dibatalkan.

Negeri-negeri Melayu Utara berpindah tangan dari Siam kepada Inggeris dan negeri-negeri itu menerima seorang Penasihat British yang tugasnya seperti Residen di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. 2. Selanjutnya Penasihat British dilantik untuk berkhidmat di Perlis, Kelantan dan Kedah. Terengganu menerima Penasihat Inggeris pada tahun 1919. 3. Perjanjian ini telah menetapkan sempadan di antara Siam dengan Tanah Melayu. 4. Perjanjian ini menjamin Inggeris agar dapat menjalankan dasar monopoli perdagangannya di Semenanjung Tanah Melayu.

Kesan-kesan perjanjian