8 perjanjian tahap perkhidmatan 8-perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 perjanjian tahap...

56
62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement - SLA) ini disediakan bagi mengawal selia PERKHIDMATAN PERALATAN ICT PENGGUNA AKHIR TERURUS PENYEWAAN, PENGURUSAN, PENYELENGGARAAN DAN SOKONGAN (DEVICE AS A SERVICE (DaaS)) UNTUK KKMM DAN JABATAN SECARA PAKEJ 8.1.2 SLA ini adalah sebahagian daripada Kontrak Perjanjian dan mengikat Kerajaan dan Pembekal dalam menyempurnakan perkhidmatan ini. Pembekal yang menyertai perolehan perkhidmatan ini secara automatik terikat dengan SLA yang ditetapkan. 8.1.3 Peralatan (Equipment) adalah terdiri daripada Perkakasan (Hardware) dan komponennya serta Perisian (Software) dan komponennya. Pembekal adalah kontraktor (termasuk semua sekutu yang telah dilantik oleh kontraktor) yang disetuju terima untuk menyempurnakan perolehan perkhidmatan ICT as a service ini. 8.1.4 Perincian berikut merupakan tanggungjawab Pembekal dan Kerajaan dalam menyempurnakan SLA dalam perjanjian ini. 8.2 SKOP TAHAP PERKHIDMATAN 8.2.1 Skop yang terlibat di dalam Tahap Perkhidmatan ini termasuklah: a) Fasa Pelaksanaan; b) Fasa Penggunaan; c) Fasa Pengambilan; dan d) Skop Umum. 8.2.2 Semua skop bagi Tahap Perkhidmatan ini wajib dilaksanakan berdasarkan kepada skop dan tempoh yang ditetapkan.

Upload: others

Post on 27-Nov-2020

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

62

8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN

8.1 MAKLUMAT UMUM

8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement - SLA) ini

disediakan bagi mengawal selia PERKHIDMATAN PERALATAN ICT PENGGUNA AKHIR TERURUS – PENYEWAAN, PENGURUSAN, PENYELENGGARAAN DAN SOKONGAN (DEVICE AS A SERVICE (DaaS)) UNTUK KKMM DAN JABATAN SECARA PAKEJ

8.1.2 SLA ini adalah sebahagian daripada Kontrak Perjanjian dan mengikat

Kerajaan dan Pembekal dalam menyempurnakan perkhidmatan ini. Pembekal yang menyertai perolehan perkhidmatan ini secara automatik terikat dengan SLA yang ditetapkan.

8.1.3 Peralatan (Equipment) adalah terdiri daripada Perkakasan (Hardware) dan komponennya serta Perisian (Software) dan komponennya. Pembekal adalah kontraktor (termasuk semua sekutu yang telah dilantik oleh kontraktor) yang disetuju terima untuk menyempurnakan perolehan perkhidmatan ICT as a service ini.

8.1.4 Perincian berikut merupakan tanggungjawab Pembekal dan Kerajaan dalam menyempurnakan SLA dalam perjanjian ini.

8.2 SKOP TAHAP PERKHIDMATAN

8.2.1 Skop yang terlibat di dalam Tahap Perkhidmatan ini termasuklah:

a) Fasa Pelaksanaan; b) Fasa Penggunaan; c) Fasa Pengambilan; dan d) Skop Umum.

8.2.2 Semua skop bagi Tahap Perkhidmatan ini wajib dilaksanakan

berdasarkan kepada skop dan tempoh yang ditetapkan.

Page 2: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

63

8.3 KEPERLUAN-KEPERLUAN BERKAITAN 8.3.1 KEPERLUAN KERAJAAN

8.3.1.1 Tanggungjawab dan keperluan Kerajaan dalam memenuhi

perjanjian ini termasuklah:

a) Menyediakan premis yang sesuai dengan keselamatan yang munasabah untuk menempatkan Peralatan dan Personel yang dibekalkan;

b) Menyediakan ruangan yang mencukupi untuk Pembekal menjalankan perkhidmatan;

c) Menggunakan Peralatan secara cermat dalam kegunaan biasa untuk urusan Kerajaan;

d) Memastikan pengesahan dan pembayaran semua perkhidmatan dalam tempoh masa yang ditetapkan dalam Prosedur Perolehan Kerajaan; dan

e) Memastikan Wakil Kerajaan hendaklah berada di Tapak Lokasi semasa perkhidmatan dilaksanakan.

8.3.2 KEPERLUAN PEMBEKAL 8.3.2.1 Tanggungjawab dan Keperluan Pembekal dalam memenuhi

perjanjian perkhidmatan ini termasuklah:

a) Membekalkan Peralatan dan perkhidmatan yang mematuhi spesifikasi, skop perkhidmatan dan perjanjian tahap perkhidmatan yang ditetapkan;

b) Membenarkan Peralatan secara sepenuhnya (Administrator Access) untuk digunakan oleh Kerajaan;

c) Tidak menarik balik atau mengeluarkan Peralatan dari Tapak Lokasi di sepanjang tempoh kontrak tanpa sebarang kebenaran bertulis daripada wakil Kerajaan yang dibenarkan;

d) Memastikan semua komponen Peralatan diaktifkan dan

berfungsi dengan baik serta optimum;

e) Memenuhi tempoh masa yang ditetapkan dalam memberikan perkhidmatan;

Page 3: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

64

f) Pemberitahuan/Pemakluman kepada Kerajaan dalam tempoh masa yang munasabah bagi kerja-kerja penyelenggaraan; dan

g) Semua kerja-kerja hendaklah didokumentasikan dan disahkan oleh Kerajaan.

8.4 KLASIFIKASI DAN KETETAPAN

8.4.1 Bagi maksud kontrak ini, kesediaan perkhidmatan yang ditetapkan

berdasarkan kepada klasifikasi bagi memenuhi SLA adalah seperti berikut: 8.4.1.1 KLASIFIKASI MASA

Berikut adalah klasifikasi bagi masa:

a) Hari Bekerja (Business Day/Working Day) adalah hari

bertugas yang ditetapkan bagi Persekutuan dan

Negeri/Wilayah bagi Tapak Lokasi yang berkenaan:

Negeri/Wilayah Hari Bekerja

Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor Ahad - Khamis

Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor,

Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah,

Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya

Isnin - Jumaat

b) Waktu Bekerja (Business Hour/Working Hour) adalah

waktu bertugas pada Hari Bekerja dan ditetapkan seperti

berikut:

Negeri/Wilayah Masa Bekerja

Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan

Labuan

8.00 pagi –

5.00 petang

Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor,

Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur &

Putrajaya

8.30 pagi – 5.30 petang

Page 4: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

65

c) Waktu Rehat (Lunch Hour) adalah waktu rehat pada Hari

Bekerja adalah dari Jam 1.00 tengahari sehingga 2.00

petang kecuali pada Hari Jumaat bagi Negeri/Wilayah

yang bekerja pada hari tersebut ditetapkan seperti

berikut:

Negeri/Wilayah Waktu Rehat

(Hari Jumaat Sahaja)

Sabah dan Wilayah Persekutuan

Labuan

11.30 pagi –

2.00 petang

Sarawak 11.45 pagi –

2.15 petang

Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor,

Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur &

Putrajaya

12.15 tengahari – 2.45 petang

d) Waktu Rehat (Lunch Hour) pada bulan Ramadan (bermula 1 Ramadan sehingga sehari sebelum 1 Syawal – tarikh Islam adalah berdasarkan kepada perisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia) dikurangkan selama 30 minit menjadikan Waktu Bekerja (Business Day/Working Day) berakhir 30 minit lebih awal.

8.4.1.2 KLASIFIKASI TAPAK LOKASI Berikut adalah klasifikasi bagi Tapak Lokasi:

Klasifikasi Penerangan

Kadar Penalti

Tapak Lokasi (RM)

Lokasi I Tapak Lokasi yang ditempatkan

dengan Juruteknik Setempat.

200.00

Lokasi II Ibu Negeri adalah Bandar Utama di

sesebuah Persekutuan atau

Negeri/Wilayah.

Tapak Lokasi yang berada di Ibu Negeri/Bandar Utama bagi

Persekutuan dan Negeri/Wilayah

atau Tapak lokasi yang berada kurang dari 50km melalui Jalan

Darat dari Ibu Negeri/Bandar Utama.

Bandar Utama adalah Bandar yang

diisytiharkan oleh Persekutuan atau

Negeri/Wilayah.

400.00

Page 5: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

66

Klasifikasi Penerangan

Kadar

Penalti Tapak Lokasi

(RM)

Lokasi III Tapak Lokasi yang berjarak antara 50 km sehingga kurang 100km

melalui Jalan Darat yang terdekat dari Ibu Negeri/Bandar Utama.

600.00

Lokasi IV Tapak Lokasi yang berjarak antara

100 km sehingga kurang 300km melalui Jalan Darat yang terdekat

dari Ibu Negeri/Bandar Utama.

800.00

Lokasi V Tapak Lokasi yang berjarak 300km dan lebih melalui Jalan Darat yang

terdekat atau hanya boleh diakses melalui mod pengangkutan selain

dari hanya jalan darat.

1000.00

* Jalan Darat adalah jalan awam yang diwartakan oleh Kerajaan dan boleh dilalui oleh kenderaan darat.

8.5 SKOP PERKHIDMATAN 8.5.1 FASA PELAKSANAAN

8.5.1.1 Fasa Pelaksanaan adalah fasa yang bermula dari tarikh

Surat Setuju Terima ditandatangani sehingga Tarikh Mula Penggunaan.

8.5.1.2 Fasa ini melibatkan kerja-kerja Pembekalan, Penghantaran, Pemasangan, Pengujian, Penerimaan dan Pentauliahan Peralatan di Tapak Lokasi.

8.5.1.3 Pembekal hendaklah merancang segala pengurusan projek secara teliti dan menguruskan segala keperluan dari segi penjadualan, pembiayaan kewangan, tempahan dan penghantaran, insuran, logistik, komunikasi dengan Tapak Lokasi, urusan dengan pemilik premis dan lain-lain, bagi memastikan projek berjalan lancar.

8.5.1.4 Kelewatan menyempurnakan atau pelanjutan tempoh bagi fasa ini akan menyebabkan Pembekal dikenakan denda/penalti dan gantirugi/pampasan seperti yang ditetapkan di dalam Dokumen Perolehan (Tender/Sebut Harga) atau Surat Setuju Terima atau Kontrak Perjanjian.

8.5.1.5 Pelanjutan fasa ini juga menyebabkan tempoh bagi Fasa Penggunaan akan dikurangkan, bergantung kepada tempoh pelanjutan yang dimohon oleh Pembekal dan/atau tempoh yang diluluskan oleh Kerajaan.

Page 6: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

67

8.5.1.6 Fasa Pelaksanaan hendaklah dilaksanakan pada Waktu Bekerja sahaja di Tapak Lokasi, tiada kerja-kerja dibenarkan pada Waktu Rehat. Pembekal boleh memohon secara bertulis untuk membuat kerja-kerja ini pada waktu lain (termasuk Waktu Rehat), bergantung kepada pertimbangan dan budi bicara Kerajaan dan kelapangan Pegawai Bertanggungjawab di Tapak Lokasi.

8.5.1.7 Wakil Pembekal hendaklah hadir di Tapak Lokasi semasa Fasa Pelaksanaan, jika Fasa Pelaksanaan dilaksanakan melibatkan pihak ketiga yang dilantik. Kerajaan berhak menangguhkan kerja-kerja ini sekiranya wakil Pembekal tidak hadir di Tapak Lokasi.

8.5.1.8 Fasa Pelaksanaan hendaklah dilaksanakan di Tapak Lokasi yang telah ditentukan oleh Kerajaan.

8.5.1.9 PEMBEKALAN DAN PENGHANTARAN

a) Peralatan yang dibekalkan hendaklah mematuhi

spesifikasi, berjenama asli/asal (bukan klon), dari gred business/enterprise (bukan gred consumer), tulen, baharu, bukan Peralatan refurbished atau terpakai, bukan Peralatan pameran (display), dari generasi dan model terbaharu dan terkini, tahan lasak, bermutu tinggi dan reliable serta mematuhi piawaian antarabangsa dari segi keselamatan, penggunaan tenaga dan teknologi, seperti:

i. Pematuhan kepada MyHijau, SIRIM Eco-label, Energy Star® Compliant / Green Technology Compliant / Certified (seperti Ecodesign, dll) atau mana-mana pengesahan cekap tenaga atau mesra alam dari Suruhanjaya Tenaga (ST) atau badan pentauliahan tempatan dan antarabangsa dalam bidang tersebut. Keutamaan akan diberikan kepada Peralatan yang mendapat pengesahan pematuhan MyHijau/SIRIM Eco-label;

ii. IPV6 Ready/Compliant atau mana-mana pengesahan pematuhan IPV6 dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau badan pentauliahan tempatan dan antarabangsa dalam bidang tersebut; dan/atau

iii. Pematuhan Keselamatan Produk dan

Penggunaan, Keselamatan ICT (seperti

Page 7: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

68

Encryption, dll) dan Keselamatan Pelupusan (seperti RoHS, dll) yang ditetapkan badan pentauliahan seperti SKMM, SIRIM, CyberSecurity atau mana-mana badan pentauliahan tempatan dan antarabangsa dalam bidang tersebut.

b) Peralatan yang dicadangkan hendaklah telah dan

masih berada di pasaran tempatan atau antarabangsa dan boleh diimport tanpa halangan, mematuhi piawaian tempatan yang ditetapkan pihak berkuasa berkaitan, mempunyai bahan mentah yang mencukupi untuk dihasilkan dan tidak mencapai fasa end of production, end of life atau end of support. Sebarang cadangan pertukaran spesifikasi Peralatan disebabkan perkara ini atau keputusan perniagaan tidak akan dipertimbangkan dan Pembekal akan dikenakan denda/penalti dan/atau gantirugi/pampasan jika ia melibatkan kelewatan dan pelanjutan tempoh.

c) Sekiranya terdapat Peralatan yang dibekalkan tidak mengikut spesifikasi, kerajaan akan menetapkan perincian pecahan harga komponen Peralatan yang tersebut berdasarkan kepada pertimbangan yang munasabah untuk tujuan pemotongan Bayaran Penggunaan Bulanan setelah Tarikh Mula Penggunaan disamping mengenakan gantirugi/pampasan di atas kerugian Kerajaan sehingga ketidakpatuhan tersebut diperbetulkan.

d) Pembekal hendaklah mengemukakan Jadual Penghantaran kepada Kerajaan untuk pertimbangan dan persetujuan. Segala pindaan yang dibuat oleh Kerajaan hendaklah disesuaikan oleh Pembekal tanpa melibatkan sebarang pelanjutan tempoh.

e) Pembekal hendaklah memaklumkan Pegawai Bertanggungjawab di Tapak Lokasi, satu (1) minggu sebelum bermulanya proses penghantaran. Pembekal hendaklah menetapkan dan mengesahkan temujanji dan keperluan dengan Pegawai Bertanggungjawab di Tapak Lokasi.

f) Pembekal hendaklah memastikan Peralatan diinsurankan di sepanjang Fasa Pelaksanaan.

Page 8: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

69

g) Bagi tujuan penghantaran, jika perlu, Pembekal hendaklah mendapatkan maklumat mengenai Tapak Lokasi, mendapatkan kebenaran dari pemilik premis, membuat pembayaran deposit, mendapatkan kebenaran penggunaan lif pengangkutan barang, mendapatkan insuran atau lain-lain keperluan yang ditetapkan pemilik premis, terutamanya jika Tapak Lokasi tersebut terletak di dalam premis milik pihak ketiga.

h) Pembekal wajib memastikan semua Peralatan yang dibekalkan berfungsi dan lengkap sebelum dihantar ke Tapak Lokasi.

i) Peralatan yang dibekalkan hendaklah dibungkus dengan rapi dan teliti bagi mengelakkan sebarang kerosakan kepada Peralatan dan kawasan yang dilalui oleh Pembekal semasa menyempurnakan penghantaran.

j) Pembekal hendaklah menyediakan semua keperluan logistik untuk pengangkutan, pemunggahan dan pengagihan seperti kenderaan (trak, bot dan sebagainya), troli dan keperluan lain yang bersesuaian.

k) Penghantaran perlu dibuat ke satu lokasi yang

ditetapkan di Senarai Tapak Lokasi. Pembekal hendaklah melaksanakan penghantaran ini berdasarkan kepada persetujuan terkini dengan pihak Kerajaan di Tapak Lokasi. Pada peringkat ini, pengesahan penghantaran hendaklah dibuat oleh Pembekal. Peralatan adalah masih di bawah tanggungjawab Pembekal sehingga Penerimaan Sementara dibuat.

l) Semua Peralatan pembungkusan terutamanya kotak, plastik dan styrofoam hendaklah dikutip semula dan dilupuskan oleh Pembekal. Semua pembungkusan ini tidak boleh dibuang di tempat pembuangan sampah di Tapak Lokasi. Pembekal wajib mematuhi kaedah pelupusan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan undang-undang lain yang berkaitan, semasa melupuskan pembungkusan ini. Jika Pembekal didapati tidak melaksanakan pelupusan dengan cara yang betul, Kerajaan boleh melantik pihak ketiga untuk

Page 9: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

70

melaksanakan pelupusan tersebut dan kos pelupusan akan dipotong dari Bayaran Penggunaan Bulanan.

8.5.1.10 PEMASANGAN DAN PENGUJIAN

a) Pembekal hendaklah menyahpasangkan Peralatan sedia ada dan menempatkannya di satu lokasi yang ditetapkan oleh Kerajaan (jika perlu). Semua Peralatan yang ditanggalkan hendaklah di daftarkan dengan lengkap komposisinya oleh Pembekal.

b) Pembekal hendaklah membuat pemasangan Peralatan

yang dibekalkan dengan sempurna di lokasi yang ditetapkan oleh Kerajaan. Semua kabel hendaklah melalui saluran pendawaian yang tersedia dan diikat dengan kemas.

c) Pembekal hendaklah membuat penstoran semula

salinan sandaran/pendua yang dikemukakan oleh pengguna pada Peralatan (jika ada).

d) Pemasangan hendaklah mengambilkira keselamatan di lokasi pemasangan. Semua Peralatan hendaklah diletakkan di posisi yang selamat termasuk kedudukan wayar dan kabel bagi Peralatan tersebut untuk mengelakkan sesuatu kejadian yang tidak diingini sama ada kepada Peralatan, personel ataupun premis.

e) Pembekal hendaklah memasang, mengaktif, menguji dan mentauliah sehingga maksimum sepuluh (10) perisian yang dibekalkan oleh Kerajaan.

f) Pembekal juga hendaklah menghubungkan Peralatan dengan peranti input output seperti komputer, pencetak, pengimbas atau rangkaian yang telah disediakan di ruangan kerja Pengguna Akhir.

g) Pembekal wajib memastikan ke semua perkakasan dan perisian dipasang, dikonfigurasi, diaktifkan dan diuji dengan betul dan berfungsi dengan sempurna. Semua lesen hendaklah sah disisi undang-undang yang berkuatkuasa.

h) Pembekal hendaklah mengambil kira semua

keperluan semasa pengujian seperti kerja-kerja,

pendawaian elektrik, pendawaian rangkaian dan lain-

Page 10: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

71

lain keperluan untuk memastikan pengujian dapat

dilaksanakan dengan lancar.

i) Pembekal hendaklah menyediakan Borang

Pengesahan Pengguna (User Acceptance Form) yang sesuai dan diluluskan oleh Kerajaan bagi tujuan pengujian dan Penerimaan Sementara. Peralatan akan turut ditauliahkan sementara pada tarikh tersebut. Pembekal juga dikehendaki mencetak dan mengedarkan Borang Penempatan yang dikeluarkan Kerajaan untuk mendapatkan pengesahan bersama-sama dengan Borang Pengesahan.

j) Pengujian hendaklah dilaksanakan bersama Pengguna Akhir atau wakilnya di Tapak Lokasi bagi tujuan pengujian dan Penerimaan Sementara Peralatan. Pembekal hendaklah mendapatkan nama, cop, tarikh dan masa pengujian dari Pengguna Akhir atau wakilnya. Mana-mana komponen yang dipasang dan telah disahkan oleh Pengguna Akhir atau wakilnya, tetapi tidak diaktifkan dengan sempurna akan menyebabkan Pembekal dikenakan denda/penalti dari tarikh pemasangan tersebut sehingga tarikh ketidakpatuhan itu diperbetulkan oleh Pembekal.

k) Kerajaan akan menetapkan Tarikh Mula Penggunaan setelah Kerajaan berpuas hati dengan proses pengujian dan Penerimaan Sementara.

l) Semua Borang Pengesahan dan Borang Penempatan yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan kepada Kerajaan dalam satu (1) salinan yang dijilid dengan teratur. Pembekal wajib mewujudkan daftar yang mengandungi lokasi, jabatan, nama dan Peralatan sebagai rekod awal Daftar Inventori Peralatan. Borang pengesahan dan Daftar Inventori Peralatan yang lengkap hendaklah dikemukakan dalam tempoh satu (1) bulan dari Tarikh Mula Penggunaan.

m) Salinan Daftar Inventori Peralatan dalam bentuk salinan softcopy yang boleh disunting juga hendaklah dikemukakan kepada Kerajaan. Kegagalan Pembekal mengemukakan semua dokumentasi yang diperlukan akan menyebabkan Bayaran Penggunaan Bulanan (tertakluk kepada prosedur Kerajaan) ditangguhkan sehingga dokumentasi lengkap diterima.

Page 11: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

72

n) Pembekal hendaklah menyediakan label yang mengandungi maklumat Pembekal, nombor siri rekod Peralatan dan rekod penyelenggaraan pada Peralatan dan aksesori. Pembekal hendaklah melabelkan semua Peralatan dengan identifikasi yang jelas bagi memastikan Peralatan mudah dikenalpasti. Label tersebut mestilah yang tidak boleh ditanggalkan. Pembekal juga wajib melekatkan pelabelan yang disediakan oleh Kerajaan (jika perlu). Kerajaan boleh mengenakan denda/penalti sekiranya Peralatan tidak dilabelkan dengan sempurna.

8.5.1.11 PENERIMAAN DAN PENTAULIAHAN

a) PENERIMAAN

i. Pembekal wajib membenarkan Kerajaan menjalankan ujian dan pemantauan ke atas Peralatan yang dibekalkan untuk tempoh enam (6) bulan dari Tarikh Mula Penggunaan. Tempoh ini adalah Tempoh Penerimaan.

ii. Sekiranya Peralatan/perkhidmatan tersebut berfungsi dengan sempurna dan down time tidak melebihi dua perpuluhan lima peratus (2.5%) yang dikira mengikut Hari dan Waktu Bekerja, maka Peralatan tersebut boleh dilaksanakan Pentauliahan. Down time bermaksud tempoh apabila Peralatan tidak dapat berfungsi kerana sistem kegagalan dan kerosakan.

iii. Kerajaan berhak untuk melanjutkan tempoh Penerimaan untuk enam (6) bulan berikutnya kepada Peralatan yang terlibat, sekiranya terdapat Peralatan yang tidak berfungsi kerana kesilapan/kelemahan dalam pemasangan, mutu kerja (workmanship) pada komponen Peralatan itu sendiri.

iv. Jika pembaikan dilaksanakan ke atas Peralatan yang mengalami down time, semua alat ganti yang terlibat dalam memenuhi pembaikan yang ditetapkan hendaklah asli dari pengeluar yang mengeluarkan Peralatan tersebut atau disahkan sesuai oleh pengeluar tersebut serta dilindungi dengan jaminan ke atas keseluruhan Peralatan dan komponen yang diganti.

Page 12: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

73

v. Sekiranya Peralatan tersebut gagal memenuhi

ciri-ciri yang dikehendaki walaupun kerja-kerja pembaikan telah dijalankan oleh Pembekal dalam tempoh yang telah dinyatakan, Kerajaan berhak mendapat Peralatan gantian. Sekiranya Peralatan tersebut perlu diganti dengan yang lain, pihak Pembekal hendaklah menanggung segala kos yang terlibat.

vi. Kerajaan juga berhak mengenakan denda/penalti bagi unit Peralatan yang mengalami down time berdasarkan kepada klausa yang berkaitan di dalam Fasa Penggunaan.

vii. Tempoh Penerimaan akan tamat selepas enam (6) bulan, jika ia tidak dilanjutkan.

b) PENTAULIAHAN

i. Kerajaan akan memaklumkan tarikh Pentauliahan melalui Certificate of Acceptance. Kerajaan akan mentauliahkan semua Peralatan yang berfungsi dengan memuaskan disepanjang Tempoh Penerimaan.

ii. Mana-mana Peralatan lain yang mengalami down time, akan dilanjutkan Tempoh Penerimaan untuk unit Peralatan tersebut sahaja. Peralatan tersebut akan tertakluk kepada Perkara 8.5.1.11 a) sehingga Peralatan tersebut ditauliahkan.

iii. Peralatan yang telah ditauliahkan dianggap telah sempurna memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

iv. Semua Peralatan yang dihantar wajib dibuka, diuji dan ditauliahkan bersama-sama wakil Kerajaan untuk tujuan ujian kebolehgunaan dan pengesahan.

v. Walau bagaimanapun, mana-mana komponen yang dipasang dan telah disahkan semasa Pentauliahan, tetapi masih dikesan tidak diaktifkan dengan sempurna oleh Kerajaan dalam Fasa Penggunaan akan menyebabkan

Page 13: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

74

Pembekal dikenakan denda/penalti dari tarikh pemasangan tersebut sehingga tarikh ketidakpatuhan itu diperbetulkan oleh Pembekal.

8.5.2 FASA PENGGUNAAN

8.5.2.1 Fasa Penggunaan bermula dari Tarikh Mula Penggunaan

sehingga Tarikh Akhir Penggunaan yang ditetapkan oleh Kerajaan.

8.5.2.2 Semua Perkakasan wajib diinsurankan oleh Pembekal melalui syarikat insuran atau pengendali takaful yang berlesen dan berdaftar dengan Bank Negara Malaysia di sepanjang Fasa Penggunaan. Jumlah diinsurankan hendaklah sama dengan nilai baki Bayaran Penggunaan Peralatan. Insuran tersebut hendaklah merangkumi semua risiko termasuk:

i. Kebakaran; ii. Kecurian dan Pecah Masuk; iii. Bencana Alam; dan iv. Liabiliti Awam.

Pembekal hendaklah mengemukakan semua dokumentasi berkaitan insuran kepada Kerajaan apabila dikehendaki berbuat demikian. Kegagalan Pembekal mengemukakan semua dokumentasi yang diperlukan akan menyebabkan Bayaran Penggunaan Bulanan (tertakluk kepada prosedur Kerajaan) ditangguhkan sehingga dokumentasi lengkap diterima.

8.5.2.3 Kegagalan menyempurnakan fasa ini akan menyebabkan Pembekal dikenakan denda/penalti dan gantirugi/pampasan yang ditetapkan di dalam SLA.

8.5.2.4 PEMANTAUAN DAN PENGGUNAAN PERALATAN a) JAMINAN, KHIDMAT SOKONGAN DAN ALAT GANTI

PERALATAN i. Jaminan Peralatan hendaklah meliputi semua khidmat

sokongan di Tapak Lokasi dan alat ganti bagi komponen Peralatan seperti berikut (mana berkaitan):

a. Workstation atau Personal Computer

Page 14: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

75

i. Semua komponen yang dinyatakan di dalam jadual spesifikasi termasuk papan induk, bekalan kuasa dan aksesori yang dibekalkan.

ii. Jaminan hendaklah meliputi insuran Peralatan di Tapak Lokasi.

b. Pencetak Monokrom dan Warna i. Semua komponen yang dinyatakan di dalam jadual

spesifikasi termasuk papan induk, item pakai habis (consumable) seperti image transfer kit, drum, fuser, toner waste tank, gearbox, motor, belting, bekalan kuasa dan aksesori yang dibekalkan.

ii. Toner yang dibekal hendaklah asli. Kerajaan akan mengesahkan keaslian toner dengan mendapatkan khidmat daripada Agen Utama/ Prinsipal/ Pengilang/ Pembekal Utama/ Pembuat/ Pengeluar. Selain dari toner yang dibekalkan, toner tambahan adalah ditanggung Kerajaan dan tidak termasuk di dalam kontrak ini.

iii. Jaminan hendaklah meliputi insuran Peralatan di Tapak Lokasi.

c. Mobile Workstation atau Notebook Computer i. Semua komponen yang dinyatakan di dalam jadual

spesifikasi termasuk papan induk, bekalan kuasa dan aksesori yang dibekalkan.

ii. Jaminan hendaklah meliputi insuran Peralatan di Tapak Lokasi dan luar Tapak Lokasi.

d. Projektor i. Semua komponen yang dinyatakan di dalam jadual

spesifikasi termasuk papan induk, bekalan kuasa, projector lamp dan lensa serta aksesori yang dibekalkan.

ii. Jaminan hendaklah meliputi insuran Peralatan di Tapak Lokasi dan luar Tapak Lokasi.

e. Endpoint Security i. Semua komponen yang dinyatakan di dalam jadual

spesifikasi termasuk lesen, kemaskini patch dan latest virus definition yang dibekalkan.

ii. Pembekal hendaklah memberikan jaminan, menyediakan

perkhidmatan khidmat sokongan dan alat ganti untuk sepanjang tempoh Fasa Penggunaan tanpa sebarang kos tambahan.

Page 15: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

76

iii. Pembekal wajib memperoleh jaminan dan alat ganti yang tulen dari Agen Utama/ Prinsipal/ Pengilang/ Pembekal Utama/ Pembuat/ Pengeluar atau alat ganti yang disahkan oleh Agen Utama/ Prinsipal/ Pengilang/ Pembekal Utama/ Pembuat/ Pengeluar, jika alat ganti tidak lagi dikeluarkan di pasaran dan mencapai tahap end of life atau end of support yang disahkan oleh Agen Utama/ Prinsipal/ Pengilang/ Pembekal Utama/ Pembuat/ Pengeluar.

b) PENGESANAN DAN PENGEMASKINIAN

PENEMPATAN i. Pengesanan dan Pengemaskinian Penempatan

dilaksanakan dalam tiga (3) kaedah: a. Secara proaktif semasa Penyelenggaran Pembaikan di

Tapak Lokasi berkaitan. i. Pembekal secara proaktif mengesan dan mengemaskini

Daftar Inventori Peralatan serta memantau penempatan dan status Peralatan di Tapak Lokasi.

ii. Urusan ini hendaklah dilaksanakan pada Hari dan Masa

Bekerja sahaja, terutamanya ketika Pembekal melawat Tapak Lokasi untuk urusan menangani Insiden.

iii. Pembekal boleh memohon kepada Pegawai

Bertanggungjawab di Tapak Lokasi untuk menjalankan semakan ringkas ke atas Peralatan di Tapak Lokasi, tertakluk kepada kelapangan pegawai berkenaan.

b. Secara reaktif semasa Penyelenggaraan Pencegahan di

semua Tapak Lokasi. i. Pembekal akan mengesan dan seterusnya menjalankan

kerja Penyelenggaraan Pencegahan ke atas Peralatan di Tapak Lokasi.

ii. Jika Peralatan yang sama gagal dikesan untuk dua (2)

kali Penyelenggaraan Pencegahan, pemakluman hendaklah dibuat kepada Kerajaan. Pembekal seterusnya mendapatkan persetujuan Kerajaan untuk melaporkan kehilangan tersebut kepada pihak berkuasa untuk tujuan tuntutan Insuran.

Page 16: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

77

c. Secara Ad-Hoc yang dijadualkan oleh Pembekal atau Kerajaan.

i. Pembekal juga boleh menjadual dan melaksanakan

Pengesanan dan Pengemaskinian Penempatan secara khusus secara berkala. Walau bagaimanapun, Pembekal perlulah mendapat kelulusan Kerajaan terlebih dahulu, bagi mengelakkan ia menganggu pelaksanaan tugas harian di premis Kerajaan.

ii. Kerajaan juga boleh menjadual dan melaksanakan

Pengesanan dan Pengemaskinian Penempatan bersama-sama dengan wakil Pembekal yang dipilih oleh Kerajaan atau Juruteknik Setempat. Pembekal wajib memberi pelepasan kepada wakil tersebut untuk membantu Kerajaan. Kos bagi urusan ini akan ditanggung oleh Kerajaan dan hendaklah berdasarkan kepada harga pasaran semasa. Kerajaan akan memohon sebut harga daripada Pembekal (jika perlu) dan Kerajaan tidak tertakluk untuk menerima cadangan yang ditawarkan.

iii. Skop Pengesanan dan Pengemaskinian adalah: a) Memastikan Peralatan berada di Tapak Lokasi. b) Memastikan semua komponen Peralatan adalah lengkap

mengikut spesifikasi dan berfungsi dengan sempurna. c) Memastikan Peralatan berfungsi dengan optimum. d) Membuat catatan terhadap perubahan yang berlaku ke

atas Peralatan. iv. Daftar Inventori Peralatan hendaklah dikemaskini

berdasarkan kepada penempatan dan status terkini Peralatan. Daftar Inventori Peralatan terkini hendaklah dikemukakan kepada Kerajaan dalam tempoh dua (2) minggu, apabila dikehendaki berbuat demikian. Daftar tersebut hendaklah daftar yang terkini. Kerajaan berhak menyemak secara rawak untuk mengesahkan ketepatan daftar yang dikemukakan kepada Kerajaan. Kegagalan Pembekal mengemukakan semua dokumentasi yang diperlukan akan menyebabkan Bayaran Penggunaan Bulanan (tertakluk kepada prosedur Kerajaan) ditangguhkan sehingga dokumentasi lengkap diterima.

v. Kerajaan tidak akan bertanggungjawab ke atas

Peralatan yang tidak dilaporkan penempatan dan statusnya secara tepat atau menimbulkan keraguan kepada Kerajaan. Kerajaan berhak menggantung dan/atau memberhentikan Bayaran Penggunaan Bulanan dari tarikh ia diketahui, bagi Peralatan yang gagal

Page 17: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

78

dikesan atau diragui penempatan dan statusnya serta tidak diuruskan mengikut kaedah yang dinyatakan oleh Kerajaan.

c) PEMINDAHAN DAN PENYELARASAN PENEMPATAN

PERALATAN

i. Bagi tujuan mengoptimumkan penggunaan Peralatan, Kerajaan akan memindah dan menyelaras penempatan Peralatan di antara Tapak Lokasi dalam kontrak perkhidmatan ini. Kerajaan juga melaksanakan pemindahan Peralatan jika terdapat perubahan dalam dasar atau prosedur Kerajaan. Semua arahan Pemindahan dan Penyelarasan Peralatan adalah dibuat secara bertulis oleh Pegawai Kerajaan di Kementerian yang dilantik menguruskan kontrak perkhidmatan ini.

ii. Bagi Pemindahan dan Penyelarasan Penempatan

Peralatan di Tapak Lokasi yang sama, Pembekal hendaklah melaksanakannya tanpa sebarang kos tambahan untuk kerja-kerja menyahpasang, membungkus, memindah, memunggah, memasang, menguji dan mentauliah semula Peralatan tersebut. Peralatan perlu dipindahkan (termasuk semua kerja menyahpasang, membungkus, memindah, memunggah, memasang, menguji dan mentauliah semula) berdasarkan kepada Tempoh Penyelesaian Insiden.

iii. Bagi Pemindahan dan Penyelarasan Penempatan

Peralatan antara Tapak Lokasi atau Tapak Lokasi baru yang lain (melibatkan relokasi pejabat), Pembekal hendaklah membenarkan dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya di dalam urusan pemindahan dan penempatan Peralatan ini. Pembekal perlu menyahpasang dan membungkus Peralatan yang dikenalpasti dan menempatkannya di lokasi yang ditentukan Kerajaan.

iv. Kerajaan boleh memohon agar Pembekal menyediakan perkhidmatan logistik untuk tujuan penghantaran Peralatan ke Tapak Lokasi baru. Pembekal hendaklah menyediakan perlindungan insuran untuk melindungi Peralatan ketika berada dalam perjalanan. Kos bagi urusan logisitik ini akan ditanggung oleh Kerajaan. Kerajaan akan memohon sebut harga daripada Pembekal dan Kerajaan tidak tertakluk untuk menerima cadangan yang ditawarkan. Pembekal hendaklah mempunyai sub

Page 18: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

79

bidang yang berkenaan dan didaftarkan dalam Perakuan Kod Bidang Kementerian Kewangan.

v. Kerajaan juga boleh memohon agar Pembekal memasang, menguji dan mentauliah Peralatan di Tapak Lokasi baru. Kos bagi urusan ini akan ditanggung oleh Kerajaan dan terhad mengikut kos Fasa Pelaksanaan yang dicadangkan di dalam Jadual Harga. Kerajaan akan memohon sebut harga daripada Pembekal dan Kerajaan tidak tertakluk untuk menerima cadangan yang ditawarkan.

vi. Kerajaan juga boleh memindahkan serta memasang, menguji dan mentauliah Peralatan tersebut menggunakan khidmat dalaman atau melantik pihak ketiga yang lain yang berkelayakan. Kos bagi urusan ini akan ditanggung oleh Kerajaan. Pembekal hendaklah membenarkan Kerajaan melaksanakan perkara tersebut tanpa sebarang kos dan halangan. Kerajaan dengan suci hati akan memastikan perkakasan yang terlibat dalam pemindahan dan penyelarasan penempatan ini diselia dengan teliti, teratur, dilaksanakan berdasarkan kepada amalan terbaik industri (industry best practices) dan tidak mengganggu fungsi serta jaminan Peralatan.

vii. Kerajaan akan memaklumkan Pembekal berkenaan pemindahan dan penempatan Peralatan ini. Pembekal hendaklah mengemaskini Daftar Inventori Peralatan berdasarkan kepada maklumat yang dikemukakan oleh Kerajaan. Pembekal hendaklah mengemaskini perlindungan Insuran bagi Peralatan berdasarkan kepada kedudukan Tapak Lokasi baru.

viii. Semua Tahap Perkhidmatan yang dinyatakan adalah terpakai di Tapak Lokasi baru dan hendaklah diselaraskan semula berdasarkan kepada klasifikasi Tapak Lokasi tersebut.

d) PERUBAHAN KONFIGURASI

i. Kerajaan akan melakukakan perubahan konfigurasi kepada Peralatan yang dibekalkan selaras dengan dasar dan polisi Kerajaan. Perubahan ini dilaksanakan bagi tujuan meningkatkan produktiviti, keselamatan atau sebab lain yang ditentukan Kerajaan.

ii. Kerajaan akan mengeluarkan arahan Perubahan Konfigurasi kepada Pembekal. Pembekal hendaklah

Page 19: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

80

memberikan kerjasama yang sepenuhnya di dalam urusan perubahan ini. Selain dari perubahan konfigurasi yang dilaksanakan secara Ad-Hoc melalui pengendalian Insiden, perubahan konfigurasi ini hendaklah dilaksanakan secara pukal semasa melaksanakan Penyelenggaraan Pencegahan.

iii. Arahan perubahan ini akan dianggap sebagai salah satu item bagi kesempurnaan Penyelenggaraan Pembaikan atau Penyelenggaraan Pencegahan. Pembekal akan dikenakan denda/penalti dan/atau gantirugi/pampasan jika penyelenggaraan tidak dilaksanakan dengan sempurna di dalam tempoh yang ditetapkan.

iv. Pembekal hendaklah melaksanakan segala arahan perubahan tersebut dan menyediakan borang yang bersesuaian yang dipersetujui Kerajaan untuk mengesahkan penerimaan Perubahan Konfigurasi yang telah dilaksanakan diperingkat Pengguna Akhir.

e) PENGGUNAAN PERALATAN DILUAR TAPAK LOKASI DAN KHIDMAT SOKONGAN

i. Jika terdapat keperluan, Kerajaan akan memaklumkan Pembekal bahawa Peralatan (kecuali Peralatan dari kategori Peralatan mudah alih (portable) yang diberi pelepasan untuk digunakan di luar Tapak Lokasi) akan digunakan di luar Tapak Lokasi. Pembekal hendaklah membenarkan Kerajaan menggunakan Peralatan di luar Tapak Lokasi. Jika perlu, Pembekal hendaklah memperluaskan liputan perlindungan insuran untuk melindungi Peralatan ketika berada di luar Tapak Lokasi.

ii. Semasa Peralatan digunakan di luar Tapak Lokasi, Pembekal akan membenarkan Kerajaan untuk menyelia Peralatan yang digunakan dari segi Khidmat Sokongan dengan menggunakan Juruteknik Komputer Kerajaan yang bertauliah tanpa sebarang kos dan halangan.

iii. Kerajaan juga boleh memohon agar Khidmat Sokongan diberikan kepada Peralatan ketika digunakan di luar Tapak Lokasi, seperti penghantaran, pemasangan, pengujian, pentauliahan, khidmat baik pulih dan lain-lain. Kos bagi urusan ini akan ditanggung oleh Kerajaan dan hendaklah berdasarkan kepada harga pasaran semasa atau kos Fasa Pelaksanaan di Jadual Harga, jika berkaitan. Kerajaan akan memohon sebut harga daripada

Page 20: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

81

Pembekal dan Kerajaan tidak tertakluk untuk menerima cadangan yang ditawarkan.

f) PENAIKTARAFAN PERKAKASAN DAN PEMASANGAN PERISIAN

i. Kerajaan boleh menaiktaraf dan memasang perisian tambahan pada Perkakasan yang dibekalkan untuk tujuan memenuhi keperluan Kerajaan dengan memasang Komponen Naiktaraf. Penaiktarafan dan pemasangan ini akan dibuat berdasarkan kepada amalan terbaik industri (industry best practices). Kerajaan dengan suci hati akan memastikan perkakasan yang terlibat dinaiktaraf dengan teliti dan teratur.

ii. Pembekal hendaklah membenarkan dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya di dalam urusan penaiktarafan dan pemasangan ini. Pembekal hendaklah memberikan khidmat nasihat yang sewajarnya, setelah Kerajaan memaklumkan hasratnya untuk menaiktaraf perkakasan atau memasang perisian yang terlibat.

iii. Kerajaan juga boleh mendapatkan khidmat nasihat terus daripada pihak Agen Utama/ Prinsipal/ Pengilang/ Pembekal Utama/ Pembuat/ Pengeluar berkenaan penaiktarafan perkakasan dan pemasangan perisian ini bagi memastikan perkakasan terlibat berfungsi dengan optimum dan tidak mengganggu fungsi serta jaminan Peralatan.

iv. Kerajaan akan memaklumkan Pembekal berkenaan penaiktarafan perkakasan dan pemasangan perisian ini. Pembekal hendaklah membuat catatan di dalam Daftar Inventori Peralatan mengenai Peralatan yang terlibat dengan penaiktarafan berdasarkan kepada maklumat yang dikemukakan oleh Kerajaan.

v. Kerajaan boleh memohon agar Pembekal menaiktaraf perkakasan dan memasang perisian yang telah dikenalpasti dengan mengemukakan cadangan kepada Pembekal. Kos bagi urusan ini akan ditanggung oleh Kerajaan. Kerajaan akan memohon sebut harga daripada Pembekal dan Kerajaan tidak tertakluk untuk menerima cadangan yang ditawarkan. Had bagi harga komponen yang dinaiktaraf atau dipasang adalah berdasarkan kepada harga pasaran semasa dan Kerajaan akan mengesahkan harga tersebut dengan Agen Utama/ Prinsipal/ Pengilang/ Pembekal Utama/ Pembuat/

Page 21: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

82

Pengeluar. Had bagi kos perkhidmatan adalah seperti yang ditetapkan di dalam Fasa Pelaksanaan pada Jadual Harga.

vi. Kerajaan juga boleh menaiktaraf Peralatan atau memasang perisian tersebut menggunakan khidmat Juruteknik dalaman atau melantik pihak ketiga yang lain yang berkelayakan. Kos bagi urusan ini akan ditanggung oleh Kerajaan. Pembekal hendaklah membenarkan Kerajaan untuk menaiktaraf perkakasan dan memasang tersebut tanpa sebarang kos dan halangan.

g) SEMAKAN DAN AUDITAN PERALATAN OLEH KERAJAAN DAN PIHAK KETIGA

i. Kerajaan melalui perjanjian atau persetujuan dengan pihak ketiga boleh mengadakan semakan dan auditan ke atas Peralatan yang dibekalkan.

ii. Pembekal hendaklah memberikan kerjasama dan kebenaran sekiranya semakan dan auditan ke atas Peralatan ini dilaksanakan sepenuhnya oleh Kerajaan atau pihak ketiga yang dilantik secara langsung oleh Kerajaan. Kerajaan mungkin menggunakan perisian atau pelaksanaan kod aturcara khusus semasa semakan dan auditan ini.

iii. Kerajaan dengan suci hati akan memastikan perkakasan yang terlibat dalam semakan dan pengauditan ini diselia dengan teliti, teratur, dilaksanakan berdasarkan kepada amalan terbaik industri (industry best practices) dan tidak mengganggu fungsi serta jaminan Peralatan.

vii. Kerajaan boleh memohon agar Pembekal melaksanakan semakan dan auditan ini terutamanya melibatkan pemasangan dan nyahpasang perisian atau kod aturcara khusus. Kos bagi urusan ini akan ditanggung oleh Kerajaan. Had bagi kos perkhidmatan adalah seperti yang ditetapkan di dalam Fasa Pelaksanaan pada Jadual Harga.

iv. Walau bagaimanapun, pihak ketiga yang berkepentingan dan tidak dilantik secara langsung oleh Kerajaan juga mungkin akan melaksanakan semakan dan auditan fizikal dan menggunakan perisian atau pelaksanaan kod aturcara tertentu ke atas Peralatan yang dibekalkan bagi tujuan khusus. Tertakluk kepada terma-terma, kos yang terlibat dan budi bicara Pembekal sama ada untuk

Page 22: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

83

membenarkan atau tidak membenarkan semakan dan auditan ini dijalankan. Pihak ketiga tersebut akan berhubung terus dengan Pembekal untuk urusan ini memandangkan Peralatan tersebut adalah hak milik Pembekal.

v. Sekiranya Pembekal ingin melaksanakan semakan dan auditan bagi pihaknya. Pembekal terlebih dahulu perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada Kerajaan mengenai pihak yang terlibat, skop kerja, tanggungjawab dan liabiliti yang terlibat di samping mengelakkan gangguan kepada pelaksanaan tugas di premis Kerajaan. Kerajaan boleh mengenakan syarat-syarat tambahan, jika pada pertimbangan Kerajaan ia adalah munasabah terutamanya melibatkan urusan keselamatan.

h) PERKHIDMATAN DI LUAR SKOP TAHAP PERKHIDMATAN

i. Kerajaan mungkin atas sebab-sebab tertentu akan menggunakan Peralatan atau memohon perkhidmatan atau kerja-kerja di luar Skop Tahap Perkhidmatan yang ditetapkan.

ii. Pembekal hendaklah memberikan kerjasama dan kebenaran sekiranya Kerajaan atau pihak ketiga yang dilantik secara langsung oleh Kerajaan melaksanakan perkhidmatan di luar Skop Tahap Perkhidmatan ini. Kerajaan dengan suci hati akan memastikan perkakasan yang terlibat dalam perkhidmatan ini diselia dengan teliti, teratur, dilaksanakan berdasarkan kepada amalan terbaik industri (industry best practices) dan tidak mengganggu fungsi serta jaminan Peralatan.

iii. Kerajaan juga boleh memohon agar Pembekal melaksanakan perkhidmatan di luar Skop Tahap Perkhidmatan ini. Kerajaan akan memohon sebut harga daripada Pembekal dan Kerajaan tidak tertakluk untuk menerima cadangan yang ditawarkan. Kos bagi urusan ini akan ditanggung oleh Kerajaan. Had kos bagi perkhidmatan di luar Skop Tahap Perkhidmatan ini adalah berdasarkan kepada harga pasaran semasa, manakala bagi kos-kos yang dinyatakan di Jadual Harga, had kos bagi perkhidmatan tersebut adalah sama seperti yang ditetapkan di dalam Jadual Harga.

Page 23: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

84

8.5.2.5 INSIDEN

a) Insiden adalah gangguan, down time atau kerosakan yang dikesan pada Peralatan yang dibekalkan, permohonan pertukaran atau penetapan konfigurasi baru, pemasangan dan nyahpasang Peralatan di Tapak Lokasi dan pertukaran penempatan di Tapak Lokasi yang sama.

b) Punca Insiden adalah seperti berikut:

i. Dilaporkan oleh Kerajaan melalui saluran rasmi yang dipersetujui.

ii. Dikesan oleh Pembekal semasa Pengesanan dan Pengemaskinian Penempatan.

c) Insiden dikelaskan kepada:

i. Kelas Satu – Tidak melibatkan penggantian

komponen dan keperluan alat ganti.

ii. Kelas Dua – Melibatkan penggantian komponen dan keperluan alat ganti.

d) Semua Insiden secara automatik akan dikelaskan sebagai Kelas Satu. Pembekal perlu memaklumkan Kerajaan mengenai tahap gangguan dan kerosakan sesuatu Peralatan serta keperluan kepada penggantian komponen dan alat ganti. Insiden akan ditukarkan ke Kelas Dua setelah disahkan dan dipersetujui oleh Kerajaan. Tarikh dan Masa perubahan kelas Insiden hendaklah direkodkan.

e) Pengendalian Insiden pula diklasfikasikan kepada:

i. Tahap Pertama – Pengesahan Insiden.

ii. Tahap Kedua – Sokongan di Tapak Lokasi.

iii. Tahap Ketiga – Penggantian Peralatan Loaner/Buffer Unit.

f) Pembekal hendaklah menyediakan saluran rasmi yang

beroperasi pada Hari dan Waktu Bekerja di Tapak Lokasi bagi menangani Insiden yang dilaporkan yang terdiri daripada dan keutamaan seperti berikut:

Page 24: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

85

i. Sistem Meja Bantuan/Helpdesk dalam talian yang responsif dan mesra peranti mudah alih.

ii. Alamat E-mel bagi penghantaran dan penerimaan mesej teks dan lampiran.

iii. Talian Telefon Bimbit yang boleh dihubungi

melalui panggilan suara, pesanan ringkas atau teknologi komunikasi dua hala terkini yang dipersetujui Kerajaan.

iv. Talian Tetap bagi panggilan suara dan penghantaran faksimile.

g) Semua laporan insiden hendaklah direkodkan dengan telus, tepat dan benar oleh Kerajaan dan Pembekal.

h) Insiden akan ditutup (close) setelah Pembekal menyempurnakan kerja baikpulih, Peralatan berfungsi seperti sedia kala serta Peralatan tersebut telah diuji dan disahkan oleh wakil Kerajaan.

8.5.2.6 PENYELENGGARAAN PEMBAIKAN (CORRECTIVE/

REMEDIAL MAINTENANCE)

a) KHIDMAT SOKONGAN

i. Semua laporan gangguan dan kerosakan Peralatan akan dibuat melalui Sistem Meja Bantuan/ Aduan ICT/ Helpdesk/ Servicedesk Kerajaan. Kerajaan mungkin menggunakan Sistem Meja Bantuan/ Aduan ICT/ Helpdesk/ Servicedesk yang berasingan dan berlainan untuk setiap jabatan yang terlibat, tertakluk kepada kesesuaian di organisasi tersebut. Pembekal hendaklah menerima kaedah pelaporan yang digunakan oleh Kerajaan.

ii. Kerajaan akan menyalurkan maklumat tersebut sebagai Insiden kepada Pembekal melalui saluran rasmi. Tarikh dan Masa Insiden tersebut dikemukakan kepada Pembekal adalah Tarikh dan Masa Insiden mula dikira mengikut SLA. Masa operasi bagi Khidmat Sokongan adalah pada Hari dan Masa Bekerja.

iii. Pembekal hendaklah menyediakan Sistem

Pengendalian Insiden dan Perubahan

Page 25: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

86

Elektronik yang bersesuaian khusus untuk perolehan ini serta memberikan akses penuh (full access) kepada Kerajaan ke sistem tersebut. Kerajaan akan mengenakan gantirugi/pampasan satu peratus (1%) dari Bayaran Penggunaan Bulanan, jika sistem tidak disediakan, dilaksanakan dan diuruskan dengan sempurna oleh Pembekal. Selain itu, Kerajaan boleh menyediakan Sistem Pengendalian Insiden dan Perubahan Elektronik yang bersesuaian, dan mengarahkan Pembekal menggunakan sistem yang disediakan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan menyediakan sistem, Pembekal wajib menggunakan sistem yang dibekalkan oleh Kerajaan.

iv. Semua Pengendalian Insiden Tahap Pertama – Pengesahan Insiden hendaklah dilaksanakan segera selewat-lewatnya dalam tempoh 45 minit pada Hari Bekerja yang sama dari laporan Insiden dibuat kepada Pembekal. Pembekal hendaklah mendapatkan maklumat Insiden, membuat diagnostik secara jarak jauh dan menetapkan temujanji dengan pegawai di Tapak Lokasi bagi mengelakkan perkhidmatan tidak dapat dilaksanakan, dan Pembekal dikenakan denda/penalti.

iv. Jaminan Tahap Perkhidmatan bagi Pengendalian Insiden Tahap Kedua bagi Sokongan di Tapak Lokasi adalah seperti di jadual berikut:

Tapak

Lokasi

Jaminan Sokongan di Tapak Lokasi

(Masa Ketibaan

Juruteknik di Tapak Lokasi)

Jaminan

Tempoh Penyelesaian

Insiden

(Dari Masa Ketibaan

Juruteknik di Tapak Lokasi)

Lokasi I

Dalam satu (1) jam

Masa Bekerja pada Hari Bekerja yang sama

Atau Sebelum 9.00 pagi

Hari Bekerja

berikutnya, jika Insiden diterima selepas jam

4.30 petang.

Dalam Tempoh 4 Jam Masa

Bekerja

Page 26: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

87

Lokasi II

Pada Hari Bekerja yang

sama, jika Insiden diterima sebelum atau

pada jam 1.00 petang.

Atau Sebelum 9.00 pagi

Hari Bekerja berikutnya, jika Insiden

diterima selepas jam 1.00 petang.

Dalam Tempoh

4 Jam Masa Bekerja

Tapak Lokasi

Jaminan Sokongan

di Tapak Lokasi

(Masa Ketibaan Juruteknik di Tapak

Lokasi)

Jaminan Tempoh

Penyelesaian

Insiden (Dari Masa

Ketibaan Juruteknik di

Tapak Lokasi)

Lokasi

III

Sebelum jam 9.00 pagi Hari Bekerja

berikutnya, jika Insiden diterima sebelum atau

pada jam 1.00 petang.

Atau Sebelum 2.00

petang Hari Bekerja berikutnya, jika Insiden

diterima selepas jam 1.00 petang.

Dalam Tempoh

4 Jam Masa Bekerja

Lokasi IV

Sebelum jam 9.00 pagi

Tiga (3) Hari Bekerja berikutnya, jika Insiden

diterima sebelum atau

pada jam 1.00 petang.

Atau Sebelum 2.00 petang Tiga (3) Hari

Bekerja berikutnya, jika

Insiden diterima selepas jam 1.00

petang.

Dalam Tempoh 8 Jam Masa

Bekerja

Lokasi V

Sebelum jam 9.00 pagi

Lima (5) Hari Bekerja

berikutnya, jika Insiden diterima sebelum atau

pada jam 1.00 petang.

Atau Sebelum 2.00

petang Lima (5) Hari Bekerja berikutnya, jika

Insiden diterima selepas jam 1.00

petang.

Dalam Tempoh

8 Jam Masa Bekerja

Page 27: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

88

v. Baki Tempoh Penyelesaian Insiden bersambung pada Hari Bekerja berikutnya, sekiranya Masa Bekerja pada Hari Bekerja di Tapak Lokasi tersebut tamat di dalam Tempoh Penyelesaian Insiden tetapi Insiden masih belum diselesaikan oleh Pembekal. Pembekal perlu datang semula pada Hari Bekerja berikutnya sebelum jam 9.00 pagi untuk menangani Insiden yang dilaporkan. Kiraan sambungan baki Tempoh Penyelesaian Insiden bermula pada jam 9.00 pagi, kecuali Tapak Lokasi berkenaan membenarkan Insiden diselesaikan selepas Waktu Bekerja.

vi. Bagi Insiden yang tidak melibatkan gangguan dan kerosakan Peralatan, Insiden hendaklah diselesaikan di dalam Tempoh Penyelesaian Insiden. Kerajaan boleh menetapkan Jaminan Sokongan di Tapak Lokasi dan melanjutkan Tempoh Penyelesaian Insiden secara bertulis bagi Insiden yang tidak melibatkan gangguan dan kerosakan Peralatan, terutamanya jika melibatkan urusan logistik dan teknikal yang lain. Pembekal akan dikenakan denda/penalti jika Insiden tidak diselesaikan di dalam tempoh atau tempoh lanjutan yang ditetapkan.

vii. Bagi Insiden yang melibatkan gangguan dan

kerosakan Peralatan:

a. Jika Peralatan gagal untuk dibaikpulih dalam Tempoh Penyelesaian Insiden yang ditetapkan Pembekal akan dikenakan denda/penalti sehingga Insiden diselesaikan dengan sempurna.

b. Jika Peralatan tersebut gagal untuk dibaikpulih atau tidak boleh digunakan langsung atau sukar untuk digunakan disebabkan gangguan atau kerosakan yang berlaku ke atas Peralatan tersebut serta melebihi 16 jam dari Tarikh dan Masa berakhir Jaminan Tempoh Penyelesaian, Pembekal hendaklah menyediakan Unit Loaner/Buffer tertakluk kepada keperluan di Tapak Lokasi, sementara Peralatan tersebut dibaikpulih. Pembekal hendaklah memaklumkan Pengguna Akhir mengenai

Page 28: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

89

kesediaan Unit Loaner/Buffer tersebut. Jika Pengguna Akhir menolak Unit Loaner/Buffer, Pembekal tidak perlu menyediakan unit tersebut. Pembekal hendaklah mendapatkan pengesahan bertulis daripada Pengguna Akhir di Tapak Lokasi mengenai keperluan Unit Loaner/Buffer.

viii. Jaminan Tahap Perkhidmatan bagi Pengendalian Insiden Tahap Ketiga bagi Penggantian Unit Loaner/Buffer adalah seperti di jadual berikut:

Tapak

Lokasi

Jaminan Tempoh Penghantaran

Unit Loaner/Buffer

selepas 16 Jam dari Tempoh

Penyelesaian

Jaminan Tempoh

Peralatan Asal

Perlu dikembalikan ke

Tapak Lokasi

Lokasi I

Pada Hari Bekerja

yang sama atau berikutnya

Dalam Tempoh 10 Hari Bekerja

Lokasi II

Lokasi III Dalam Tempoh 15 Hari Bekerja

Lokasi IV

Dalam Tempoh

Tiga (3) Hari Bekerja

Dalam Tempoh

18 Hari Bekerja

Lokasi V

Dalam Tempoh

Lima (5) Hari Bekerja

Dalam Tempoh

20 Hari Bekerja

ix. Jika Unit Loaner/Buffer tidak disediakan atau

tidak dapat disediakan atau ditolak oleh Pengguna Akhir, Jaminan Tempoh Peralatan Asal perlu dikembalikan ke Tapak Lokasi adalah ditetapkan seperti berikut:

Tapak Lokasi Jaminan Tempoh Peralatan Asal Perlu dikembalikan ke

Tapak Lokasi

Lokasi I

Pada Hari Bekerja berikutnya Lokasi II

Lokasi III

Lokasi IV Dalam Tempoh

Tiga (3) Hari Bekerja

Lokasi V Dalam Tempoh

Lima (5) Hari Bekerja

Page 29: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

90

x. Jika Peralatan asal tersebut tersebut perlu

dibaikpulih di luar premis Kerajaan, Pembekal hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis atau melengkapkan borang yang ditetapkan sebelum membawa Peralatan tersebut keluar dari premis Kerajaan.

xi. Jika Peralatan tersebut gagal untuk dihidupkan bagi tujuan baikpulih di luar premis Kerajaan, Pembekal hendaklah memastikan semua kandungan dan maklumat di dalam Peralatan tersebut berada di dalam keadaan selamat, tidak disalin dan tidak terdedah kepada pihak ketiga.

xii. Jika Pembekal mengesan bahawa Peralatan memerlukan penggantian komponen dan alat ganti, Pembekal terlebih dahulu memaklumkan Kerajaan mengenai keperluan tersebut. Kelas Insiden akan diubah kepada Kelas Kedua. Jika Peralatan Asal tersebut memerlukan masa penggantian komponen dan alat ganti melebihi Tempoh Peralatan Asal Perlu dikembalikan ke Tapak Lokasi, Kerajaan membenarkan Peralatan asal tersebut untuk dibaiki dan dikembalikan ke Tapak Lokasi dalam tempoh 40 Hari Bekerja. Unit Loaner/Buffer wajib disediakan.

xiii. Jika Peralatan asal gagal untuk dikembalikan dalam Tempoh Peralatan Asal perlu dikembalikan ke Tapak Lokasi yang ditetapkan, Pembekal akan dikenakan denda/penalti.

xiv. Jika Pembekal memilih untuk mengekalkan Unit Loaner/Buffer di Tapak Lokasi, Pembekal hendaklah memaklumkan Kerajaan untuk persetujuan dan menutup Insiden. Daftar Inventori Peralatan hendaklah dikemaskini dengan catatan mengenai perubahan yang dibuat.

xv. Denda dan penalti adalah seperti berikut:

Denda/Penalti (RM) = (Tempoh Kelewatan dalam

Minit/11,520 x Bayaran Penggunaan Bulanan Seunit Peralatan Terlibat) + (½ x Kadar Penalti Tapak

Lokasi)

Page 30: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

91

Bagi ketidakpatuhan Jaminan Sokongan di Tapak Lokasi, Tempoh Penyelesaian Insiden, Tempoh

Penghantaran Unit Loaner/Buffer, Jaminan Tempoh

Peralatan Asal Perlu dikembalikan ke Tapak Lokasi dan Penggantian Peralatan.

Nota:

Kadar Penalti Tapak Lokasi dikenakan untuk setiap unit Peralatan yang terlibat.

xvi. Semua perkiraan denda dan/atau penalti adalah berdasarkan kadar dalam tempoh satu (1) bulan dan berakhir pada Hari Bekerja terakhir bagi bulan tersebut. Denda dan penalti akan bermula semula pada Hari Bekerja bulan berikutnya sehingga Insiden tersebut ditangani dengan sempurna.

xvii. Mana-mana komponen yang dibaiki dan telah disahkan oleh Pengguna Akhir, tetapi masih dikesan tidak diaktifkan dengan sempurna oleh Kerajaan dalam Fasa Penggunaan akan menyebabkan Pembekal dikenakan denda/penalti dari tarikh pemasangan tersebut sehingga tarikh ketidakpatuhan itu diperbetulkan oleh Pembekal.

xviii. Semua perkhidmatan semasa melaksanakan diagnostik, menyelenggara, membaikpulih, memasang, menguji dan mentauliah di Tapak Lokasi atau menyahpasang, membungkus, mengambil, menghantar dan membaikpulih Peralatan di luar premis Kerajaan serta memasang, menguji dan mentauliah semula Peralatan di Tapak Lokasi adalah ditanggung sepenuhnya oleh Pembekal.

xix. Kerajaan tidak akan bertanggungjawab ke atas Peralatan yang telah dibawa keluar dari premis Kerajaan.

b) JURUTEKNIK SETEMPAT

(RESIDENT TECHNICIAN)

i. Pembekal hendaklah menyediakan Juruteknik Setempat di Tapak Lokasi seperti yang ditetapkan di dalam Jadual Spesifikasi Perkhidmatan.

Page 31: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

92

ii. Juruteknik Setempat hendaklah disediakan bermula pada Tarikh Mula Penggunaan.

iii. Pelantikan Juruteknik Setempat a) Juruteknik Setempat ini hendaklah terdiri

daripada warganegara Malaysia yang sah. Pengambilan dan pelantikan Juruteknik Setempat dari warga asing adalah tidak dibenarkan.

b) Juruteknik Setempat ini wajib mempunyai

kelulusan sekurang-kurangnya diperingkat Sijil dalam bidang ICT dari institusi yang diiktiraf oleh Malaysia Qualification Agency (MQA). Semua dokumentasi yang berkaitan hendaklah dikemukakan kepada Kerajaan, jika diarahkan.

c) Juruteknik Setempat hendaklah berkemampuan dari segi fizikal dan mental untuk melaksanakan tugas yang ditetapkan, positif, proaktif dan mampu bekerjasama dengan Penjawat Awam dengan baik serta mempunyai inisiatif untuk menyelesaikan masalah yang timbul, disamping berkemahiran dalam menangani masalah berkaitan.

d) Pelantikan Juruteknik Setempat ini hendaklah mematuhi segala undang-undang dan akta buruh yang berkuatkuasa seperti kelayakan cuti, penetapan gaji minimum, pergerakan gaji tahunan, pembayaran SOCSO dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dan lain-lain.

e) Pembekal hendaklah menyediakan perlindungan insuran kepada Juruteknik Setempat yang melindunginya semasa menjalankan tugas di Tapak Lokasi.

f) Juruteknik Setempat wajib mengenakan pakaian seragam yang bersesuaian dan berkasut. Pembekal hendaklah menyediakan pakaian seragam yang mencukupi untuk kegunaan Juruteknik Setempat.

Page 32: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

93

g) Juruteknik Setempat hendaklah disediakan dengan Pas Pengenalan Diri Pembekal yang khusus bagi memudahkan pengenalan. Pembekal juga perlu mendapatkan Pas dari Kerajaan dan perbelanjaan ini ditanggung oleh Pembekal.

iv. Ruangan Kerja dan Kemudahan a) Kerajaan akan menyediakan ruangan kerja

yang bersesuaian untuk menempatkan Juruteknik Setempat. Pembekal hendaklah menyediakan semua kemudahan bagi kegunaan Juruteknik Setempat di premis Kerajaan seperti alat tulis, komputer, pencetak, capaian Internet dan lain-lain. Ruangan Kerja tersebut adalah kekal milik Kerajaan. Ruangan Kerja tersebut khusus untuk kegunaan Juruteknik Setempat yang ditempatkan sahaja.

b) Pembekal hendaklah memastikan ruangan kerja yang disediakan Kerajaan adalah kemas dan teratur pada setiap masa. Pembekal dilarang untuk meletakkan Peralatan yang sedang diperbaiki, atau barang lain di ruangan tersebut, terutamanya Peralatan atau barang yang bukan dari kontrak perolehan ini, kecuali di dalam kawasan yang dibenarkan.

c) Pembekal boleh dikenakan Caj Penyimpanan Peralatan jika Peralatan atau barang yang tidak berkaitan disimpan ruangan kerja Juruteknik Setempat di premis Kerajaan. Kerajaan juga boleh mengarahkan agar Peralatan atau barang tersebut dipindahkan dalam tempoh yang ditetapkan, atau Kerajaan akan melupuskan Peralatan atau barang tersebut, jika tindakan tidak diambil, tanpa menyebabkan Kerajaan dikenakan sebarang tindakan oleh Pembekal.

d) Kerajaan secara ihsan akan membenarkan Juruteknik Setempat menggunakan kemudahan elektrik, air dan/atau Internet

Page 33: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

94

(tertakluk kepada kesediaan) untuk penggunaan pada kadar biasa yang munasabah. Kerajaan boleh mengenakan Caj Penggunaan Berlebihan yang dipotong dari Bayaran Penggunaan Bulanan, jika kerajaan mendapati penggunaan kemudahan ini dibuat secara berlebihan berdasarkan kepada perkiraan Kerajaan, seperti di jadual berikut:

Kemudahan Penggunaan

Munasabah

Caj

Penggunaan Berlebihan

Elektrik 200 KWj

RM5.00/KWj atau

sebahagian darinya

Air 200 liter

RM5.00/liter atau

sebahagian darinya

Internet

(Wired dan/ atau WiFi)

5.00GB/

sebulan

RM20.00/GB

atau sebahagian darinya

e) Juruteknik Setempat hanya menjalankan

tugas di kawasan yang dibenarkan sahaja dan tidak dibenarkan memasuki kawasan yang tidak memerlukan perkhidmatannya di Tapak Lokasi. Juruteknik Setempat juga boleh diarahkan dari semasa ke semasa untuk meninggalkan Tapak Lokasi buat sementara pada Hari dan Waktu Bekerja, terutamanya apabila Kerajaan mengendalikan Dokumen Terperingkat atau berkaitan soal kesalamatan atau lain-lain sebab yang munasabah pada pertimbangan Kerajaan. Tiada sebarang denda akan dikenakan kepada Pembekal.

v. Hari dan Waktu Bekerja dan Penggantian

a) Hari dan Waktu Bekerja yang ditetapkan

bagi Juruteknik Setempat adalah pada Hari Bekerja dan Waktu Bekerja yang ditetapkan di Perkara 8.4.1.1. Juruteknik Setempat tidak dibenarkan meninggalkan Tapak Lokasi pada Waktu Bekerja yang ditetapkan tanpa mendapat kebenaran dari Kerajaan terlebih dahulu. Tempoh Bekerja adalah 8 jam, tidak termasuk Waktu Rehat. Juruteknik Setempat dan gantian wajib

Page 34: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

95

merakam waktu masuk dan keluar pada setiap Hari dan Waktu Bekerja yang ditetapkan menggunakan kaedah yang ditentukan oleh Kerajaan.

b) Pembekal hendaklah membekalkan Juruteknik Setempat gantian jika Juruteknik Setempat di Tapak Lokasi tidak dapat hadir ke Tapak Lokasi. Semua syarat di Perkara 8.5.2.6 b) terpakai untuk Juruteknik Setempat gantian. Juruteknik Setempat gantian boleh terdiri daripada Juruteknik Lapangan, namun begitu segala urusan Penyelenggaraan Pembaikan di Tapak Lokasi lain tidak boleh terganggu dan tertangguh disebabkan juruteknik tersebut bertugas sebagai Juruteknik Setempat.

c) Kerajaan hanya memberikan kebenaran

kepada Juruteknik Setempat untuk mengambil masa maksimum 2 jam sehari sehingga maksimum 8 jam sebulan bagi melaksanakan urusan peribadi di luar Tapak Lokasi termasuklah kes berkaitan kesihatan. Juruteknik Setempat tersebut wajib merakam waktu masuk di Tapak Lokasi dan mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum dibenarkan meninggalkan Tapak Lokasi. Bagi kes berkaitan kesihatan Juruteknik Setempat tidak perlu merakam waktu masuk di Tapak Lokasi terlebih dahulu, namun masih perlu mendapatkan kebenaran daripada Kerajaan dan mengemukakan timeslip atau Sijil Sakit.

d) Kerajaan akan mengenakan denda/penalti jika Tempoh Bekerja tidak dipatuhi seperti berikut:

Tempoh Bekerja Tidak

Dipatuhi (Minit)

Jumlah Denda/Penalti

(RM)

15 minit pertama atau sebahagian daripadanya

Denda/Penalti (RM) = RM0.25 x

Tempoh Bekerja

Tidak Dipatuhi (Minit) +

RM10.00

45 minit berikutnya atau

sebahagian daripadanya

Setiap 60 minit berikutnya

atau sebahagian daripadanya

vi. Skop Tugas Juruteknik Setempat

Page 35: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

96

a) Pengendalian Insiden yang diterima di

Tapak Lokasi. b) Memasang, menguji dan mentauliah

Peralatan. c) Mendiagnostik, membaikpulih dan

menyelenggara Peralatan. d) Menyahpasang, membungkus dan

memindahkan Peralatan. e) Membuat pemantauan dan pengemaskinian

penempatan dan mengemaskini Daftar Inventori Peralatan.

f) Mengemukakan laporan berkaitan Tapak Lokasi.

g) Melaksanakan perubahan yang diarahkan oleh Kerajaan, berkaitan pemasangan atau konfigurasi Peralatan.

h) Melaksanakan skop kerja di luar Skop Tahap Perkhidmatan setelah dipersetujui oleh Pembekal dan Kerajaan.

i) Melaksanakan lain-lain kerja yang melibatkan perolehan perkhidmatan ini.

vii. Pembekal tidak dibenarkan membuat

pertukaran Juruteknik Setempat tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan Kerajaan.

viii. Kerajaan boleh mengarahkan mana-mana dari Juruteknik Setempat yang ditempatkan di suatu Tapak Lokasi untuk melaksanakan tugas yang terdapat di dalam skop kerja di mana-mana Tapak Lokasi (dalam Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja) yang terlibat di dalam kontrak ini. Kerajaan akan menetapkan Masa Pergi dan Masa Balik bagi Juruteknik berkenaan. SLA bagi Lokasi I akan ditangguhkan untuk tempoh tersebut. Semua urusan tuntutan perjalanan dan tuntutan kerja lebih masa Juruteknik Setempat hendaklah ditanggung oleh Pembekal.

ix. Juruteknik Setempat yang disediakan adalah

khusus bagi tujuan menyempurnakan SLA kontrak perolehan ini sahaja, dan tidak dibenarkan untuk terlibat dengan kontrak lain. Jika Pembekal mempunyai kontrak lain di premis Kerajaan atau Tapak Lokasi yang sama, Juruteknik Setempat yang terlibat dengan kontrak lain tersebut akan dianggap tidak

Page 36: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

97

berada di Tapak Lokasi dan Pembekal akan dikenakan denda/penalti.

x. Kerajaan juga boleh melibatkan Juruteknik Setempat dengan aktiviti/program kemasyarakatan atau aktiviti lain yang dilaksanakan oleh Kerajaan semasa atau diluar Hari dan Masa Bekerja, tertakluk kepada persetujuan Juruteknik Setempat. Pembekal hendaklah memberi pelepasan kepada Juruteknik Setempat untuk terlibat dengan aktiviti/program tersebut. Kerajaan tidak akan mengenakan sebarang denda/penalti atau gantirugi/pampasan atau sebarang kos tambahan, sekiranya terdapat ketidakpatuhan SLA Lokasi I yang timbul disebabkan Juruteknik tersebut terlibat dengan aktiviti yang diadakan oleh Kerajaan. Pada masa ini, semua tindakan Juruteknik Setempat adalah dibawah tanggungannya sendiri.

c) JURUTEKNIK LAPANGAN

(SITE TECHNICIAN)

i. Bagi tujuan memenuhi Penyelenggaraan Pembaikan di Tapak Lokasi yang tidak mempunyai Juruteknik Setempat, Juruteknik Lapangan hendaklah disediakan oleh Pembekal, sama ada melalui sumber manusia dalaman ataupun melalui penyumberan luar dengan pihak ketiga.

ii. Juruteknik Lapangan hendaklah dilantik berdasarkan Perenggan 8.5.2.6 b) iii), manakala Skop Tugas adalah seperti di Perenggan 8.5.2.6 b) iv). Pembekal hendaklah mempunyai jaringan Juruteknik Lapangan yang komprehensif atau pejabat cawangan bagi memastikan SLA dapat dipatuhi dengan sempurna.

iii. Juruteknik Lapangan hendaklah mengaturkan temujanji dengan Pegawai Bertanggungjawab atau Pengguna Akhir, tiba dan menyelesaikan tugasan di Tapak Lokasi dalam tempoh yang ditetapkan di dalam SLA. Kelewatan atau penangguhan akan menyebabkan Pembekal dikenakan denda dan/atau penalti.

Page 37: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

98

d) UNIT LOANER/BUFFER

i. Pembekal hendaklah menyediakan Unit

Loaner/Buffer yang mencukupi secara strategik di lokasi-lokasi tertentu untuk memastikan SLA dapat dipatuhi.

ii. Unit Loaner/Buffer ini hendaklah mematuhi spesifikasi Peralatan dari segi Jenama, Model dan spesifikasi yang sama seperti di Jadual Spesifikasi Peralatan. Peralatan ini hendaklah dikhususkan bagi kegunaan dalam menyempurnakan SLA perolehan ini dan tidak boleh digunakan untuk kegunaan lain. Kegagalan Pembekal menyediakan Unit Loaner/Buffer yang sempurna akan menyebabkan Pembekal dikenakan denda/penalti.

iii. Hanya Unit Loaner/Buffer dari Jenama, Model

dan spesifikasi yang sama seperti di Jadual Spesifikasi sahaja dibenarkan untuk dikekalkan di Tapak Lokasi, jika Pembekal memilih untuk melaksanakan perkara di Perenggan 8.5.2.6 a) xiv).

iv. Unit Loaner/Buffer ini disediakan secara percuma oleh Pembekal tanpa sebarang kos tambahan kepada Kerajaan, sama ada bagi urusan menghantar, memasang, menguji dan mentauliah di Tapak Lokasi, mahupun, menyahpasang dan mengambil semula Unit Loaner/Buffer ini dari Tapak Lokasi.

8.5.2.7 PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN

a) JADUAL PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN

i. Peralatan yang dibekalkan hendaklah melalui

Penyelenggaraan Pencegahan sebanyak dua (2) kali setahun, iaitu setiap dalam tempoh enam (6) bulan. Jika Penyelenggaraan Pencegahan tidak dilaksanakan dengan sempurna dalam tempoh yang ditetapkan, Pembekal akan dikenakan denda/penalti.

Page 38: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

99

ii. Pembekal hendaklah mengemukakan Jadual Penyelenggeraan untuk persetujuan Kerajaan. Jadual Penyelenggaraan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada Tarikh Mula Penggunaan. Jadual tersebut adalah tertakluk kepada perubahan berdasarkan kepada kelapangan Peralatan atau Pengguna Akhir di Tapak Lokasi.

iii. Pembekal hendaklah memaklumkan secara bertulis dalam tempoh satu (1) bulan kepada Kerajaan, apabila Penyelenggaraan Pencegahan yang dijadualkan akan dilaksanakan. Kerajaan akan mengeluarkan notis kepada semua Tapak Lokasi mengenai pelaksanaan penyelenggaraan tersebut.

iv. Pembekal hendaklah menetapkan tarikh dan masa pada Hari dan Masa Bekerja dengan Pegawai Bertanggungjawab di Tapak Lokasi bagi menetapkan temujanji bagi urusan Penyelenggaraan Pencegahan.

v. Pembekal boleh memohon untuk melaksanakan Penyelenggaraan Pencegahan diluar Hari dan Waktu Bekerja, tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan Kerajaan.

vi. Denda dan penalti bagi Penyelenggaraan Pencegahan ditetapkan seperti berikut:

Denda (RM) = (1/5 x Bayaran Penggunaan Bulanan Seunit Peralatan Terlibat x Bilangan Unit Peralatan) +

Kadar Penalti Tapak Lokasi

Nota:

Kadar Penalti Tapak Lokasi dikenakan sekali sahaja bagi setiap Peralatan di Tapak Lokasi yang sama

vii. Denda dan penalti akan dikenakan pada mana-

mana Bayaran Penggunaan Bulanan yang bersesuaian dan akan dinyatakan di dalam baucar bayaran.

b) SKOP PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN

i. Skop Penyelenggaraan Pencegahan adalah seperti berikut:

Page 39: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

100

a) Melaksanakan kerja pembersihan fizikal luaran (exterior) ke atas Perkakasan secara hampagas (vacuuming): i. Workstation/Komputer/Mobile

Workstation/Notebook – external cosmetic, hinge dan fan vent.

ii. Pencetak – external cosmetic, paper feed rollers, toner guard, corona wires dan fan vent.

iii. Projektor - external cosmetic dan fan vent.

b) Memeriksa dan memastikan semua komponen di dalam Peralatan dalam keadaan asal dan tidak diubah.

c) Menyemak dan mengemas sambungan kabel Perkakasan.

d) Menyemak kefungsian Peralatan (system health check) dan memastikan Peralatan berfungsi secara optimum.

e) Bagi Workstation/ Komputer/ Mobile Workstation/ Komputer Riba: i. Pengemaskinian Windows dan

Endpoint Security kepada versi patch dan definition terkini.

ii. Menetapkan system restore point pada Peralatan.

iii. Pelaksanaan Scandisk dan Defrag serta pembersihan Windows melibatkan: a) Most Recent List (Recent

Documents, Run, Taskbar Jumplist, Clipboard, Start Menu, Desktop)

b) Thumbnail Cache c) Network Passwords d) Temporary Files e) Memory Dumps f) Chkdsk File Fragment g) Windows Log Files h) Windows Error Repoerting i) Windows Event Logs j) Old Prefetch Data k) Menu Order Cache l) Tray Notification Cache m) Environment Path n) User Assist History o) DNS Cache p) Font Cache

Page 40: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

101

q) Registry Fix

f) Bagi Pencetak dan Projektor hanya melibatkan kemaskini firmware, driver dan Reset Counter/Error berkaitan.

g) Melaksanakan arahan Perubahan Konfigurasi yang diarahkan oleh Kerajaan.

h) Memastikan semua label yang dilekatkan jelas dan tidak tertanggal. Label hendaklah diganti jika telah lusuh atau tertanggal.

i) Memaklumkan kepada Kerajaan mengenai Peralatan yang rosak atau perlu melalui Penyelenggaraan Pembaikan.

c) JURUTEKNIK PENYELENGGARAAN

(MAINTENANCE TECHNICIAN)

i. Bagi tujuan memenuhi Penyelenggaraan Pencegahan di Tapak Lokasi, Juruteknik Penyelenggaraan hendaklah disediakan oleh Pembekal, sama ada melalui sumber manusia dalaman ataupun melalui penyumberan luar dengan pihak ketiga. Juruteknik Penyelenggaraan bagi Tapak Lokasi boleh terdiri daripada Juruteknik Setempat di Tapak Lokasi tersebut dan Juruteknik Lapangan, namun begitu segala urusan Penyelenggaraan Pembaikan tidak boleh terganggu dan tertangguh disebabkan juruteknik tersebut melaksanakan Penyelenggaraan Pencegahan.

ii. Juruteknik Penyelenggaraan hendaklah dilantik berdasarkan Perenggan 8.5.2.6 b) iii). Pembekal hendaklah mempunyai bilangan Juruteknik Penyelenggaraan yang munsabah dan berkemampuan bagi memastikan SLA dapat dipatuhi dengan sempurna.

d) PENGECUALIAN PERALATAN DARIPADA

PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN

i. Kerajaan boleh mengecualikan Peralatan dari Penyelenggaraan Pencegahan, atas sebab yang dipertimbangkan sebagai munasabah oleh Kerajaan seperti keperluan penggunaan dan lain-lain.

Page 41: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

102

ii. Pembekal hendaklah mengemukakan borang pengesahan yang dilengkapkan maklumat Peralatan tersebut untuk tindakan Kerajaan.

iii. Kerajaan akan menandakan Peralatan tersebut sebagai dikecualikan pada borang pengesahan. Pembekal tidak akan dikenakan denda atau penalti disebabkan pengecualian yang dibuat oleh Kerajaan. Walau bagaimanapun, Pembekal hendaklah mengesahkan bahawa Peralatan berada di Tapak Lokasi.

iv. Bagi Peralatan yang tidak dapat diselenggara kerana masalah akses ke lokasi Peralatan, pembekal hendaklah mendapatkan pengesahan dari Pegawai Bertanggungjawab di Tapak Lokasi mengenai masalah tersebut pada borang pengesahan. Kerajaan boleh mengecualikan Peralatan tersebut dari Penyelenggaraan Pencegahan, setelah Pembekal melaksanakan lawatan kedua ke lokasi Peralatan tetapi masih terbukti terhalang dari melaksanakan penyelenggaraan.

8.5.2.8 PENGGANTIAN PERALATAN

a) PERALATAN YANG SERING MENGALAMI

GANGGUAN DAN KEROSAKAN

i. Peralatan yang dibekalkan dan didapati mengalami masalah kerosakan pada komponen yang sama sebanyak lima (5) kali dalam tempoh enam (6) bulan dianggap Peralatan yang tidak memenuhi spesifikasi mutu Peralatan yang ditetapkan.

ii. Kerajaan akan mengeluarkan notis bertulis kepada Pembekal mengenai masalah Peralatan tersebut.

iii. Pembekal hendaklah membuat pertukaran Peralatan kepada Peralatan yang sama seperti di Jadual Spesifikasi Peralatan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari notis Kerajaan.

iv. Kegagalan Pembekal akan menyebabkan pembekal dikenakan denda dan penalti yang sama seperti ditetapkan bagi Penyelenggaraan

Page 42: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

103

Pembaikan bermula satu hari selepas tarikh tamat notis Kerajaan sehingga Peralatan tersebut ditukarkan ke Peralatan lain atau maksimum enam (6) bulan, yang mana terdahulu. Jika tidak ditukarkan dalam tempoh tersebut dan tempoh tersebut telah berakhir, Bayaran Penggunaan Peralatan tersebut pula ditamatkan.

v. Pembekal hendaklah mengemaskini maklumat pertukaran Peralatan dalam Daftar Inventori Peralatan.

b) PENGANTIAN PERALATAN YANG HILANG ATAU

TIDAK DAPAT DIKESAN ATAU ROSAK DISEBABKAN BENCANA ATAU MENJADI BAHAN BUKTI KES JENAYAH

i. Pembekal boleh menyediakan Peralatan

penggantian ke atas Peralatan yang hilang atau tidak dapat dikesan atau rosak disebabkan bencana atau menjadi bahan bukti kes jenayah, setelah dilaporkan kepada pihak berkuasa dan disahkan oleh Kerajaan.

ii. Spesifikasi Peralatan penggantian ini hendaklah setara dengan Peralatan di Jadual Spesifikasi Peralatan kecuali pada Jenama, Model dan Tahun Keluaran, menetapi syarat di Perenggan 8.5.1.9 a) serta mendapat kelulusan Kerajaan terlebih dahulu.

iii. Peralatan yang hilang atau gagal dikesan atau rosak disebabkan bencana atau menjadi bahan bukti kes jenayah tetapi tidak digantikan akan menyebabkan Bayaran Penggunaan Bulanan bagi Peralatan tersebut ditamatkan selepas tiga (3) bulan dari tarikh laporan kehilangan. Bayaran Penggunaan Bulanan akan dibuat hanya jika penggantian dibuat oleh Pembekal.

vi. Pembekal hendaklah mengemaskini maklumat pertukaran Peralatan dalam Daftar Inventori Peralatan.

c) PERALATAN TIDAK LAGI DIPASARKAN ATAU KOMPONEN ATAU ALAT GANTINYA TIDAK LAGI DIPASARKAN

Page 43: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

104

i. Sekiranya Peralatan yang dibekalkan

mengalami gangguan dan kerosakan serta Peralatan (termasuk Unit Loaner/Buffer) atau komponen atau alat gantinya tidak lagi dipasarkan, Pembekal hendaklah memaklumkan Kerajaan mengenai perkara tersebut.

i. Pembekal hendaklah menyediakan Peralatan penggantian, setelah disahkan oleh Kerajaan mengenai ketiadaan Peralatan atau komponen atau alat ganti tersebut dipasaran.

ii. Spesifikasi Peralatan penggantian ini hendaklah setara dengan Peralatan di Jadual Spesifikasi Peralatan kecuali pada Jenama, Model dan Tahun Keluaran, menetapi syarat di Perenggan 8.5.1.9 a) serta mendapat kelulusan Kerajaan terlebih dahulu.

iii. Peralatan tersebut hendaklah digantikan dalam tempoh 30 hari dari kelulusan yang dikeluarkan oleh Kerajaan. Jika penggantian tidak dilaksanakan, Bayaran Penggunaan Bulanan bagi Peralatan tersebut akan ditamatkan. Bayaran Penggunaan Bulanan akan dibuat hanya jika penggantian dibuat oleh Pembekal.

iv. Pembekal hendaklah mengemaskini maklumat pertukaran Peralatan dalam Daftar Inventori Peralatan.

8.5.2.9 KEHILANGAN PERALATAN, KEROSAKAN PERALATAN

DISEBABKAN BENCANA DAN PERALATAN MENJADI BUKTI KES JENAYAH

a) PERALATAN HILANG ATAU GAGAL DIKESAN SEMASA FASA PENGGUNAAN

i. Bagi Peralatan yang disahkan hilang atau gagal

dikesan semasa Fasa Penggunaan dan telah dilaporkan kepada pihak berkuasa, Pembekal hendaklah mengemukakan tuntutan insuran bagi Peralatan tersebut.

ii. Semua dokumentasi berkaitan kehilangan termasuk tuntutan insuran hendaklah

Page 44: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

105

dikemukakan dalam tempoh tiga (3) bulan atau sebelum bulan terakhir Fasa Penggunaan, yang mana terdahulu dari tarikh laporan kehilangan, untuk tindakan lanjut Kerajaan. Kelewatan mengemukakan dokumentasi tersebut menyebabkan kerugian tersebut tidak lagi dibawah tanggungan Kerajaan.

iii. Liabiliti bagi Gantirugi Maksimum yang akan ditanggung oleh Kerajaan adalah ditetapkan sebagai perbezaan antara Jumlah Tuntutan Insuran dengan Tanggungan Kerajaan seperti berikut:

Tanggungan Kerajaan

= (Bayaran Penggunaan Bulanan Seunit Peralatan x

Jumlah Bulan yang masih belum dibayar dalam Fasa Penggunaan) + Caj Pentadbiran

Liabiliti bagi Gantirugi Maksimum adalah Perbezaan

antara Jumlah Tuntutan Insuran dengan Tanggungan

Kerajaan, jika ada.

Nota : Caj Pentadbiran ditetapkan sama dengan Gantirugi

Maksimum Peralatan Hilang atau Gagal dikesan selepas

Fasa Penggunaan di Perenggan 8.5.2.9 b)

b) PERALATAN HILANG ATAU GAGAL DIKESAN

SELEPAS FASA PENYEWAAN

i. Bagi Peralatan yang disahkan hilang atau gagal dikesan selepas Fasa Penggunaan (dalam Fasa Pengambilan) dan telah dilaporkan kepada pihak berkuasa, Kerajaan telahpun menanggung keseluruhan bayaran bagi Fasa Pelaksanaan dan Fasa Penggunaan.

ii. Liabiliti bagi Gantirugi Maksimum yang akan ditanggung oleh Kerajaan adalah ditetapkan seperti berikut (mana berkaitan):

Peralatan Gantirugi Maksimum

(RM)

Workstation 300.00

Komputer Peribadi 250.00

Mobile Workstation 300.00

Komputer Riba 250.00

Pencetak Monokrom 100.00

Pencetak Warna A4 300.00

Pencetak Warna A3 750.00

Projektor 250.00

Page 45: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

106

iii. Walau bagaimanapun, mana-mana Peralatan

yang berjaya dikesan semula oleh Kerajaan sebelum tarikh pelepasan Bon Pelaksanaan, Kerajaan akan menuntut semula gantirugi tersebut daripada Bon Pelaksanaan dan mengarahkan Pembekal mengambil Peralatan yang dikesan semula tersebut. Kerajaan boleh mengenakan Caj Penyimpanan Peralatan sehingga maksimum tempoh Bon Pelaksanaan, jika Peralatan yang dikesan semula tersebut gagal diambil oleh Pembekal dalam tempoh yang ditetapkan.

8.5.3 FASA PENGAMBILAN

8.5.3.1 Fasa Pengambilan bermula satu (1) hari selepas Tarikh

Tamat Penggunaan sehingga Tarikh Tamat Kontrak.

8.5.3.2 NYAHTAULIAH, NYAHPASANG DAN PENGUMPULAN PERALATAN

a) Pembekal hendaklah melaksanakan kerja-kerja nyahtauliah, nyahpasang dan pengumpulan Peralatan di Tapak Lokasi. Pelaksanaan kerja-kerja ini tidak boleh mengganggu operasi harian di premis Kerajaan dan hendaklah dilaksanakan dengan teratur.

b) Pembekal hendaklah menggunakan khidmat Juruteknik Setempat atau Juruteknik Lapangan atau Juruteknik Penyelenggaraan untuk tujuan ini. Semua syarat yang ditetapkan kepada juruteknik tersebut dalam Fasa Penggunaan adalah terpakai, bagi mana-mana klausa yang berkaitan.

c) Kerajaan boleh menyediakan ruangan untuk menempatkan sementara Peralatan tersebut. Peralatan hendaklah dikumpulkan dan disusun dengan teratur untuk memudahkan penyemakan.

d) Peralatan yang telah dikumpulkan hendaklah disemak berdasarkan kepada Daftar Inventori Peralatan. Daftar Inventori Peralatan hendaklah dikemukakan kepada Kerajaan dalam tempoh satu (1) bulan dari Fasa Pengambilan bagi membolehkan bayaran akhir dibuat.

Page 46: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

107

8.5.3.3 PENGHAPUSAN DATA DAN KOMPONEN NAIKTARAF

a) Semua data Kerajaan hendaklah dihapuskan dari semua Peralatan yang mempunyai ingatan atau storan dengan kaedah penghapusan data yang selamat yang ditetapkan oleh Kerajaan.

b) Semua perisian milik Kerajaan juga wajib dinyahpasang dari Peralatan yang terlibat.

c) Kerajaan berhak menahan atau menghalang Peralatan dari dibawa keluar dari Premis Kerajaan jika data Kerajaan tidak dihapuskan atau perisian milik Kerajaan tidak dinyahpasang secara selamat. Kerajaan tidak akan menanggung sebarang kerugian jika Peralatan tersebut ditahan di premis Kerajaan.

d) Jika data Kerajaan tidak dihapuskan dengan selamat, Kerajaan boleh merampas cakera keras atau storan atau ingatan dari Peralatan tersebut. Kerajaan juga tidak akan menanggung sebarang kerugian jika cakera keras atau storan atau ingatan tersebut dirampas oleh Kerajaan.

e) Jika berkaitan, mana-mana Komponen Naiktaraf yang tidak dibekalkan oleh Pembekal hendaklah ditanggalkan, dikumpulkan dan dikembalikan kepada Kerajaan Kerajaan berhak mengenakan gantirugi dalam nilai yang setara bagi Komponen Naiktaraf yang tidak dikembalikan.

Page 47: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

108

8.5.3.4 PERALATAN YANG LENGKAP

a) Kerajaan secara suci hati akan memastikan semua Peralatan termasuk aksesori adalah lengkap semasa Peralatan dikembalikan kepada Pembekal.

b) Walau bagaimanapun, Peralatan yang dikembalikan dianggap lengkap semasa Fasa Pengambilan adalah seperti dijadual berikut (mana berkaitan):

Peralatan Set Lengkap Aksesori Diabaikan

Workstation dan Komputer Peribadi

CPU, Monitor dan Soundbar

Papan Kekunci, Tetikus, Kamera

Web, Pembesar Suara (kecuali

Soundbar) dan Kabel

Mobile Workstation dan

Komputer Riba

Mobile Workstation/

Komputer Riba

Beg, Tetikus, Charger, Kabel dan

Kunci Keselamatan

Pencetak Pencetak Kabel Bekalan Kuasa dan Kabel USB

Projektor Projektor Beg, Kunci Keselamatan, Kabel

Bekalan Kuasa dan

Kabel HDMI/VGA/ Audio Video

c) Pembekal wajib menerima Set Lengkap yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai unit yang lengkap semasa dikembalikan. Tiada sebarang tuntutan lain yang akan ditanggung oleh Kerajaan.

8.5.3.5 PENGAMBILAN PERALATAN

a) Pembekal hendaklah mengambil Peralatan dalam tempoh Fasa Pengambilan. Pembekal hendaklah mengemukakan Jadual Pengambilan dan menetapkan temujanji dengan Pegawai Bertanggungjawab di Tapak Lokasi.

b) Pembekal yang hadir di Tapak Lokasi hendaklah menunjukkan surat kebenaran membawa Peralatan keluar yang dikeluarkan oleh Kerajaan.

c) Pembekal wajib mendapatkan pengesahan dari Pegawai Bertanggungjawab di Tapak Lokasi bagi setiap Peralatan yang diambil.

d) Peralatan yang tidak diambil dalam tempoh Fasa Pengambilan akan dikenakan Caj Penyimpanan

Page 48: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

109

Peralatan yang akan dipotong dari Bayaran Akhir atau Bon Pelaksanaan.

e) Caj Penyimpanan Peralatan terpakai di semua klausa yang melibatkan penyimpanan Peralatan dan dikira seperti berikut:

Caj Penyimpanan (RM)

= Bilangan Unit Peralatan/Barang x Tempoh Penyimpanan

dalam Bulan atau sebahagian darinya x RM100.00

f) Kerajaan tidak akan bertanggungjawab ke atas Peralatan yang telah dibawa keluar dari premis Kerajaan.

8.5.4 SKOP UMUM

8.5.4.1 Skop umum ini terpakai bagi semua Fasa Pelaksanaan, Fasa

Penggunaan dan Fasa Pengambilan, sehingga Bon Pelaksanaan dilepaskan.

8.5.4.2 PENYELENGGARAAN

a) Semua komponen yang ditetapkan di dalam Jadual Spesifikasi Peralatan yang telah diselenggara sama ada melalui Penyelenggaraan Pembaikan atau Penyelenggaraan Pencegahan hendaklah diaktifkan semula dengan sempurna oleh Pembekal. Kegagalan menyempurnakan penyelenggaraan akan menyebabkan Pembekal dikenakan denda/penalti dan/atau gantirugi/pampasan yang berkaitan.

b) Pembekal hendaklah memastikan semua Peralatan diselenggara dengan teliti dan teratur berdasarkan amalan terbaik industri (industry best practices) seperti melaksanakan sandaran (backup), jika Peralatan perlu diformat atau sebelum menaiktaraf sistem pengoperasian atau perisian. Pembekal juga hendaklah menyediakan Prosedur Operasi Piawai (SOP) serta semua keperluan bagi tujuan penyelenggaraan seperti troli, pemutar skru, berus, cecair pembersih, alat ujian, dan lain-lain termasuk infrastruktur berkaitan seperti alat storan dan capaian Internet untuk tujuan kemaskini firmware, patch dan virus definition bagi memastikan Peralatan diselenggara dengan baik dan mematuhi SLA.

Page 49: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

110

c) Semua urusan Penyelenggaraan Pembaikan adalah tanpa had dan tanpa kos tambahan disepanjang tempoh kontrak. Semua Penyelenggaraan Pencegahan pula adalah mengikut kuantiti yang ditetapkan, namun tanpa kos tambahan disepanjang tempoh kontrak.

d) Hari dan Waktu Bekerja bagi Juruteknik Lapangan dan Juruteknik Penyelenggaraan adalah pada Hari dan Waktu Bekerja di Tapak Lokasi tersebut. Pembekal hendaklah memastikan Juruteknik Lapangan dan Juruteknik Penyelenggaraan mempunyai pelantikan dan pengenalan yang bersesuaian ketika hadir ke Tapak Lokasi. Juruteknik Lapangan dan Juruteknik Penyelenggaraan hendaklah mendapatkan kebenaran daripada wakil Kerajaan di Tapak Lokasi sebelum memasuki premis Kerajaan.

e) Pembekal wajib memastikan Juruteknik Setempat hadir ke Tapak Lokasi yang ditetapkan. Kerajaan tidak tertakluk untuk memaklumkan Pembekal mengenai ketiadaan Juruteknik Setempat tersebut di Tapak Lokasi. Kerajaan akan mengenakan denda/penalti jika Juruteknik Setempat tersebut tidak berada di Tapak Lokasi pada masa yang ditetapkan, selain denda/penalti, pampasan/gantirugi atau tindakan lain sekiranya melibatkan klausa-klausa yang lain di dalam kontrak ini.

f) Kerajaan akan mengeluarkan garis panduan dan arahan dari semasa ke semasa berkenaan etika dan tatacara berkaitan Juruteknik Setempat, Juruteknik Lapangan dan Juruteknik Penyelenggaraan. Kerajaan berhak menolak, menghalang atau mengarahkan penggantian Juruteknik Setempat, Juruteknik Lapangan dan Juruteknik Penyelenggaraan jika ia tidak disediakan mengikut spesifikasi dan Tahap Perkhidmatan yang ditetapkan atau tidak mengikut garis panduan dan arahan yang ditetapkan. Pembekal akan dikenakan denda dan/atau penalti, jika kelewatan atau penangguhan dalam menyempurnakan SLA berlaku disebabkan perkara ini.

g) Semua tindakan Juruteknik Setempat, Juruteknik Lapangan dan Juruteknik Penyelenggaraan semasa di premis Kerajaan adalah atas tanggungjawab

Page 50: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

111

Pembekal. Pembekal hendaklah mengawasi segala urusan Juruteknik Setempat, Juruteknik Lapangan dan Juruteknik Penyelenggaraan yang disediakan.

h) Pembekal tidak dibenarkan menukar Peralatan atau komponen Peralatan atau alat ganti Peralatan tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan Pegawai Kerajaan di Kementerian yang dilantik menguruskan kontrak ini.

i) Kerajaan meresevasikan haknya untuk melantik pihak ketiga untuk melaksanakan penyelenggaraan sekiranya Pembekal mengabaikan tanggungjawabnya untuk melaksanakan penyelenggaraan, tidak melaksanakan penyelenggaraan dengan memuaskan dan Peralatan tidak berfungsi secara optimum. Semua kos berkaitan urusan ini akan dipotong daripada Bayaran Penggunaan Bulanan atau bayaran-bayaran lain atau Bon Pelaksanaan. Tiada sebarang tuntutan lain boleh dibuat kepada Kerajaan.

e) LAPORAN PENYELENGGARAN PENCEGAHAN

i. Pembekal hendaklah menyediakan Borang Penyempurnaan Perkhidmatan untuk digunakan mengesahkan penerimaan Penyelenggaraan telah diselesaikan diperingkat Pengguna Akhir.

ii. Salinan asal borang tersebut hendaklah diserahkan kepada Kerajaan bersama-sama invois Bayaran Penggunaan Bulanan pada setiap bulan atau apabila dikehendaki oleh Kerajaan.

iii. Salinan pendua borang tersebut hendaklah diserahkan kepada pihak Ibu Pejabat Jabatan, jika Peralatan ditempatkan di Tapak Lokasi melibatkan Jabatan yang berkenaan.

iv. Kegagalan Pembekal mengemukakan laporan yang diperlukan akan menyebabkan Bayaran Penggunaan Bulanan (tertakluk kepada prosedur Kerajaan) ditangguhkan sehingga dokumentasi lengkap diterima.

8.5.4.3 PENGESAHAN

Page 51: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

112

a) Kerajaan berhak mengesahkan segala ketetapan dan

pelaksanaan penyelesaian yang dibuat oleh Pembekal dengan Pegawai Bertanggungjawab atau Pengguna Akhir di Tapak Lokasi melalui surat, e-mel atau memo dalaman atau menggunakan khidmat pegawai atau juruteknik Kerajaan yang bertauliah. Jika berkaitan, dokumentasi ini akan dianggap sebagai dokumen rasmi dalam menyokong pematuhan SLA.

b) Kerajaan berhak memanggil Agen Utama/ Prinsipal/ Pengilang/ Pembekal Utama/ Pembuat/ Pengeluar untuk menyemak keaslian Peralatan, jaminan, lesen dan aksesori yang dibekalkan atau pada bila-bila masa yang lain tanpa perlu mendapatkan persetujuan daripada Pembekal.

8.5.4.4 PEMBAYARAN, POTONGAN BAYARAN, BON

PELAKSANAAN DAN TINDAKAN MENAHAN BAYARAN

a) Semua tuntutan bayaran hendaklah dibuat semasa tempoh kontrak sahaja. Bagi Bayaran Penggunaan Bulanan, tuntutan hanya boleh dibuat pada Tahun tersebut sahaja dalam tempoh kontrak. Kerajaan tidak akan bertanggungjawab dan menanggung tuntutan yang tidak mematuhi prosedur Perolehan dan Kewangan Kerajaan seperti tuntutan bayaran yang melangkau tahun.

b) Pembayaran hanya boleh dituntut selepas perkhidmatan dilaksanakan dengan sempurna. Kerajaan tidak boleh mempertimbangkan untuk membuat pembayaran secara prabayar atas apa jua sebab yang dikemukakan oleh Pembekal.

c) Pemotongan dan penyelarasan bayaran boleh dibuat pada Bayaran Penggunaan Bulanan semasa atau pada bulan-bulan lain atau dari mana-mana bayaran atau Bon Pelaksanaan, bagi mana-mana denda/penalti atau/dan gantirugi/pampasan yang dituntut oleh Kerajaan.

d) Pembekal adalah tidak dibenarkan untuk menukarkan Bon Pelaksanaan yang telah dikemukakan dan masih sah. Semua permohonan pertukaran Bon Pelaksanaan tidak akan dipertimbangkan.

Page 52: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

113

e) Pembekal adalah bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada Kerajaan jika terdapat lebihan bayaran yang tidak layak diterima oleh Pembekal tetapi telah dibayar kepada Pembekal berkaitan kontrak ini.

a) Dalam apa-apa pertikaian atau ketidakpatuhan kepada SLA, Kerajaan meresevasikan haknya untuk menahan atau menangguhkan bayaran yang masih belum dibayar kepada Pembekal sehingga pertikaian atau ketidakpatuhan diselesaikan secara profesional.

8.5.4.5 JUALAN DAN PINDAHAN HAK MILIK

a) Pembekal tidak dibenarkan menjual atau memindah hak milik Peralatan disepanjang tempoh kontrak. Sekiranya Pembekal ingin menjual Peralatan selepas tamat tempoh kontrak, penjualan Peralatan tersebut hendaklah dibuat setelah Peralatan dikeluarkan dari premis Kerajaan, iaitu selepas Fasa Pengambilan.

b) Mana-mana Peralatan yang dijual atau dipindah hak milik sebelum tamat tempoh kontrak akan menyebabkan Bayaran Penggunaan Bulanan bagi Peralatan tersebut ditamatkan dan Pembekal akan dikenakan penalti berjumlah RM1,500.00 untuk setiap unit Peralatan yang terlibat. Manakala, bagi Peralatan yang masih berada di Tapak Lokasi, Kerajaan berhak menahan atau mengeluarkan Peralatan tersebut di/dari Tapak Lokasi tanpa sebarang tindakan boleh dikenakan kepada Kerajaan oleh Pembekal.

8.5.4.6 KERAHSIAAN

a) Pembekal hendaklah memastikan semua data Kerajaan berada dalam keadaan berintegriti dan selamat sama ada semasa Peralatan digunakan mahupun semasa Peralatan diselenggara melalui Penyelenggaraan Pembaikan atau Penyelenggaraan Pencegahan, di Premis atau luar Premis Kerajaan serta tidak berlaku keterdedahan dan kebocoran maklumat Kerajaan.

b) Pembekal dan sekutunya yang dilantik dalam perolehan ini adalah tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 (dan pindaannya) dalam Pengendalian

Page 53: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

114

Dokumen Rasmi dan data Kerajaan. Semua kakitangan Pembekal yang terlibat dengan pengurusan perolehan ini juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972.

c) Pembekal dilarang memasang sebarang perisian atau kod aturcara pemantauan atau pengesanan Peralatan tanpa mendapat kelulusan bertulis daripada Kerajaan. Sebarang kebocoran maklumat disebabkan kelalaian Pembekal adalah atas tanggungjawab Pembekal.

8.5.4.7 TINDAKAN DAN TANGGUNGJAWAB

a) Pembekal wajib memastikan persediaan yang teliti

dibuat bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini terutamanya kecelakaan, kemalangan dan kerosakan kepada nyawa dan harta benda dan premis Kerajaan. Sebarang kerosakan dan gangguan kepada nyawa, harta benda atau premis Kerajaan disebabkan oleh tindakan Pembekal adalah ditanggung sepenuhnya oleh Pembekal.

b) Kerugian atau kos bagi Peralatan yang terganggu atau rosak disebabkan oleh kelalaian di pihak Kerajaan termasuk komponen wear and tear yang tidak dinyatakan di dalam SLA, akan ditanggung oleh Kerajaan.

c) Semua kos yang timbul berkaitan semua Fasa

Pelaksanaan, Fasa Penggunaan, Fasa Pengambilan dan Skop Umum adalah difahami akan ditanggung sepenuhnya oleh Pembekal, kecuali secara jelas dinyatakan ia ditanggung Kerajaan.

d) Pembekal juga wajib memastikan semua prosedur berkaitan perundangan yang berkuatkuasa adalah dipatuhi sama ada diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan, Negeri mahupun Persekutuan semasa melaksanakan mana-mana fasa perolehan ini.

e) Pentafsiran skop, spesifikasi, SLA dan dokumentasi perolehan ini adalah berdasarkan kepada tafsiran Kerajaan. Walaupun Kerajaan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan ketepatan, kelengkapan dan kemaskini ke semua maklumat di dalam dokumen ini untuk memudahkan kefahaman Pembekal, namun, Kerajaan tidak

Page 54: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

115

bertanggungjawab ke atas maklumat yang diperolehi dan difahami oleh Pembekal. Pembekal yang memerlukan penerangan dan maklumat lanjut hendaklah berhubung dengan Kerajaan melalui kaedah-kaedah yang telah ditetapkan. Kesilapan maklumat dan pentafsiran boleh menyebabkan Pembekal gagal untuk menyempurnakan perolehan ini dan akan menanggung kos tambahan atau dikenakan denda/penalti atau lain-lain tindakan yang ditetapkan dalam prosedur Perolehan Kerajaan.

f) Pembekal wajib berdaftar dengan Jabatan Perlindungan Data Peribadi, sebagai Pengguna Data dan tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi. Pembekal tidak dibenarkan menghubungi mana-mana Pegawai Bertanggungjawab di Tapak Lokasi atau Pengguna Akhir untuk tujuan selain daripada urusan perolehan perkhidmatan ini.

8.5.4.8 PENGURUSAN PROJEK

a) Pembekal hendaklah mewujudkan satu struktur

organisasi yang bersesuaian untuk mengendalikan perolehan perkhidmatan ini. Struktur organisasi tersebut hendaklah dikemukakan kepada Kerajaan untuk memudahkan komunikasi dalam menyelesaikan masalah yang timbul dalam perolehan perkhidmatan ini.

b) Kerajaan akan memanggil Pembekal untuk

menghadiri mesyuarat yang berkaitan dengan

perolehan perkhidmatan ini sama ada diperingkat

Kementerian mahupun Jabatan di mana-mana

Wilayah atau Negeri di Malaysia. Kerajaan juga akan

menetapkan keahlian jawatankuasa melibatkan

Pembekal untuk melancarkan urusan perolehan

perkhidmatan ini. Pembekal wajib hadir ke

mesyuarat yang diadakan dan diwakili oleh wakil

Pembekal yang boleh membuat keputusan.

Kegagalan Pembekal menghantar wakil bagi

menghadiri mesyuarat boleh menyebabkan Bayaran

Penggunaan Bulanan (tertakluk kepada prosedur

Kerajaan) ditangguhkan sehingga maklumbalas

berkaitan diterima.

Page 55: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

116

c) Pembekal hendaklah memberikan maklumbalas

dalam tempoh lima (5) Hari Bekerja untuk semua

tindakan minit mesyuarat, surat-menyurat dan e-mel

daripada Kerajaan. Kegagalan Pembekal

mengemukakan semua maklumbalas yang

diperlukan dan memuaskan boleh menyebabkan

Bayaran Penggunaan Bulanan (tertakluk kepada

prosedur Kerajaan) ditangguhkan sehingga

maklumbalas lengkap diterima.

d) Pembekal hendaklah memanggil satu mesyuarat jika

terdapat sebarang masalah yang timbul mengenai urusan perolehan perkhidmatan ini. Minit Mesyuarat ini hendaklah dicatatkan, dikemukakan kepada Kerajaan untuk semakan dan diedar kepada ahli yang hadir. Hanya Minit Mesyuarat yang disahkan telah disemak oleh Kerajaan sahaja dianggap sebagai sah sebagai bukti dalam sebarang pertikaian.

e) Pembekal hendaklah memastikan dan memantau

pengurusan perolehan perkhidmatan ini hendaklah dilaksanakan bersesuaian dengan Sustainable Consumption and Production Practice dan piawaian dibawah ISO 14000 ke arah pengurusan alam sekitar yang mampan.

f) Kerajaan berhak memanggil wakil daripada Agen

Utama / Prinsipal / Pengilang / Pembekal Utama / Pembuat / Pengeluar atau Pembiaya Kewangan / Bank / Syarikat Insuran dan Pengendali Takaful atau mana-mana pihak yang dinamakan oleh Pembekal di dalam dokumentasi ini bagi memastikan kelancaran perolehan ini tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran Pembekal. Walau bagaimanapun, ikatan kontrak adalah antara Kerajaan degan Pembekal.

g) Sekiranya Pembekal gagal dihubungi atau tidak memberikan maklumbalas dalam tempoh yang ditetapkan melalui saluran rasmi, Bayaran Penggunaan Bulanan (tertakluk kepada prosedur Kerajaan) akan ditangguhkan sehingga Pembekal memberikan penjelasan yang memuaskan Kerajaan.

h) Pembekal wajib sentiasa bersikap profesional dalam urusan menyempurnakan perkhidmatan ini sama ada kepada Kerajaan atau pihak ketiga yang lain yang terlibat secara langsung seperti pembiaya kewangan,

Page 56: 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8-Perjanjian... · 2018. 4. 2. · 62 8 PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN 8.1 MAKLUMAT UMUM 8.1.1 Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreement

117

syarikat insuran dan pengendali takaful, pengedar, pengendali logistik dan lain-lain. Semua pertikaian wajib diselesaikan mengikut undang-undang yang berkuatkuasa. Pembekal adalah dilarang dari menggunakan sebarang bentuk ugutan sama ada secara agresif atau pasif, memberi tekanan dan bertindak dengan kekerasan kepada pihak ketiga yang terlibat bagi memastikan perkhidmatan ini berjalan lancar dan tidak terganggu dengan isu-isu peribadi. Kontrak Perjanjian adalah terikat dari Tarikh Setuju Terima ditandatangani oleh Pembekal.

8.5.4.9 DOKUMENTASI DAN PENYATAAN PALSU

a) Pembekal akan dikenakan tindakan jika Pembekal mengemukakan dokumentasi atau penyataan palsu bagi mematuhi SLA yang ditetapkan.

b) Kerajaan akan melaksanakan siasatan dan Pembekal wajib memberikan kerjasama yang sepenuhnya semasa siasatan dibuat. Kerajaan juga boleh membuat laporan kepada pihak berkuasa berkenaan dokumentasi dan penyataan palsu yang dibuat oleh Pembekal. Kerajaan berhak menahan atau menangguhkan bayaran yang masih belum dibayar kepada Pembekal sehingga siasatan dijalankan selesai.

c) Semua tindakan berkaitan denda/penalti dan/atau gantirugi/pampasan yang dikenakan atau tidak dikenakan oleh sebab dokumentasi dan penyataan palsu boleh dikira semula dan akan diselaraskan dengan hasil penemuan dari siasatan yang dibuat. Semua denda/penalti dan/atau gantirugi/pampasan dengan kadar baru tersebut akan dikenakan kepada Pembekal.

Hak Cipta © Terpelihara, 2018.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.