peristiwa waad yang membawa kepada konsep daulat dan derhaka

Upload: nur-ain-mohd-amin

Post on 30-May-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 PERISTIWA WAAD YANG MEMBAWA KEPADA KONSEP DAULAT DAN DERHAKA.

    1/8

    TAJUK:JXEA 1104 FALSAFAH LOGIKA MELAYU

    PERISTIWA WAAD YANG MEMBAWA KEPADA KONSEP

    DAULAT DAN DERHAKA.

    NAMA :ZATIE NUR ZURAINI BINTI CHE SOH

    NO.MATRIK:JEA080160

    Petikan karya klasik

    Maka sembah Demang Lebar Daun,Sungguh tuanku seperti khabar orang itu; jikalautuanku berkehendakkan patik itu,patik sembahkan, lamun mahu duli tuanku berjanji

    dahulu dengan patik.Maka titah baginda ,Apa janji paman hendak diperjanjikan dengan

    hamba itu?Katakan oleh paman hamba dengar.Maka sembah Demang LebarDaun,barang maklum duli tuanku Yang Maha Mulia ,jikalau anak telah terambil ke

    bawah duli,jikalau ia kena penyakit seperti patik patik yang lain,telah maklum ke bawah

    duli tuanku itu,jikalau ada ampun kurnia duli Yang Maha Mulia,janganlah tuankukeluarkan dari bawah istana tuanku.Biarlah ia menjadi gembala dapur Yang Maha

    Mulia,dan menyapu sampah di bawah duli tuanku.Seperkara lagi,perjanjian patik

    mohonkan anugerah ke bawah duli Yang Maha Mulia,dan menyapu sampah di bawahperaduan duli tuanku .Seperkara lagi,perjanjian patik mohonkan anugerah ke bawah duli

    Yang Maha Mulia,segala hamba Melayu jikalau ada dosanya ke bawah duli,patik

    pohonkan jangan ia difadihatkan,dinista yang keji- keji,jikalau patut pada hukum syarat

    bunuh,tuanku ; jangan duli tuanku aibiMaka titah Seri Teri Buana, kabullah hamba akan janji paman itu;tetapi hamba pun

    hendak minta janji juga pada paman.Maka sembah Demang Lebar Daun,Janji yang

    mana itu ,patik pohonkan titah duli Yang Maha Mulia .Maka titah Seri Teri BuanaHendaklah oleh segala anak cucu hamba, jikalau ada salahnya sekalipun,atau zalim jahat

    pekertinya jangan segalanya hamba Melayu itu derhaka dan menitikkan darahnya ke

    bumi, jikalau mereka itu akan cedera, berundur hingga takluk negerinya juga .Maka sembah Demang Lebar Daun,Baiklah tuanku, tetapi jikalau anak cucu duli

    tuanku dahulu mengubahkan ,anak cucu patik pun berubahlah tuanku.Maka titah Seri

    Teri Buana,Baiklah paman,kabullah hamba akan waad itu .Maka baginda pun

    bersumpah-sumpahlah dengan Demang Lebar Daun . Titah baginda , Barang siapahamba Melayu derhaka mengubahkan perjanjiannya ,dibalikkan Allah bumbungan

    rumahnya ke-bawah kaki ke atas.Maka sembah Demang Lebar Daun,Jikalau raja

    Melayu itu mengubahkan perjanjian dengan hamba Melayu ,dibinasakan Allah negerinyadan takhta kerajaannya .Itulah dianugerahkan Allah subhanahuwa taala pada segala raja-

    raja Melayu,tiada pernah memberi aib kepada segala hamba Melayu,jikalau sebagaimana

    sekalipun besar dosonya tiada diikat dan tiada digantung,difadihatkan dengan kata-kata

    yang keji hingga sampai pada hukum mati , dibunuhnya .Jikalau ada seorang raja-rajaMelayu,alamat negerinya akan binasa...

    Sumber:Sulalatus Salatin

    M/S:25-26

    1

  • 8/14/2019 PERISTIWA WAAD YANG MEMBAWA KEPADA KONSEP DAULAT DAN DERHAKA.

    2/8

    TAJUK:JXEA 1104 FALSAFAH LOGIKA MELAYU

    PERISTIWA WAAD YANG MEMBAWA KEPADA KONSEP

    DAULAT DAN DERHAKA.

    NAMA :ZATIE NUR ZURAINI BINTI CHE SOH

    NO.MATRIK:JEA080160

    PENSYARAH:DR.AMRAN MUHAMAD

    Pengenalan

    Perspektif konsep waad dalam menghuraikan kajian daripada sudut falsafah yang

    berkaitan dengan kajian yang lebih mendalam tentang permahaman yang dapat sayahuraikan daripada petikan karya klasik iaitu perkaitan konsep daulat dan derhaka.Petikan

    karya ini telah saya perolehi daripada teks Sulalatus Salatin @ Sejarah Melayu hasil

    tulisan A.Samad Ahmad.Kajian ini amat bersesuaian dengan pengertian falsafah iaitu

    ditakifkan sebagai suatu bidang penyelidikan tentang ilmu yang berasaskan renungan

    (reflective) dan pentaakulan (reasoning) untuk merumuskan sifat,hakikat dan kandunganalam wujud atau alam semesta dilihat secara keseluruhan sebagai suatu kesatuan iaitu

    berasaskan penelitian dan pengkajian terhadap data dan fakta yang diambil daripadasemua aspek alam wujud.

    Secara lebih mudah difahami bawa ilmu falsafah merupakan suatu bidang kajian yangmempunyai kaedah,matlamat,asas dan bahan kajian yang tersendiri.Oleh yang demikian

    saya akan membuat kajian mengenai penghuraian konsep waad yang menjurus kepada

    perkaitan konsep daulat dan derhaka serta akibat yang berlaku kesan daripada

    perlanggaran waad itu serta pengajaran yang akan didapati hasil daripada perjanjian yangtelah dibuat sebagai renungan uuntuk generasi yang akan datang.

    Perkataan waad menurut kamus dewan edisi ketiga halaman 1540 telah menyatakanmaksud iaitu janji.Manakala perkataan janji menurut kamus dewan edisi ketiga halaman

    518 dapat ditakrifkan sebagai pernyataan kesediaan untuk berbuat atau memberi

    sesuatu.Jadi dalam petikan ini jelas bahawa sesuatu perjanjian yang telah diatur danditetapkan dan dipersetujui dengan rela hati oleh kedua-dua pihak terlebih dahulu antara

    kedua-dua belah pihak. Dalam petikan ini dapat dilihat bahawa perjanjian telah dibuat

    antara Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana.Permulaan kepada waad ini yangmerujuk kepada petikan iaitu merupakan perjanjian yang dilakukan oleh Seri Teri Buana

    yang mewakili golongan pemerintah atau raja dan Demang Lebar Daun yang mewakili

    golongan diperintah atau rakyat.Punca berlakunya waad ini adalah disebabkan oleh

    permintaan Seri Teri Buana yang berkehendakkan anak perempuan Demang Lebar Daununtuk dijadikan isteri.

    2

  • 8/14/2019 PERISTIWA WAAD YANG MEMBAWA KEPADA KONSEP DAULAT DAN DERHAKA.

    3/8

    TAJUK:JXEA 1104 FALSAFAH LOGIKA MELAYU

    PERISTIWA WAAD YANG MEMBAWA KEPADA KONSEP

    DAULAT DAN DERHAKA.

    NAMA :ZATIE NUR ZURAINI BINTI CHE SOH

    NO.MATRIK:JEA080160

    PENSYARAH:DR.AMRAN MUHAMAD

    Oleh sebab itu Demang Lebar Daun terpaksa membuat perjanjian dengan Seri Teri Buana

    sebelum dia bersetuju bermenantukan Seri Teri Buana memandangkan kedua-dua pihak

    berlainan darjat dan keturunan.Ini dapat dilihat Demang Lebar Daun berasal daripadagolongan rakyat manakala Seri Teri Buana daripada golongan raja.Daripada penerangan

    itu pemahaman tentang darah keturunan yang berbeza perlu dinilai dan diambil berat oleh

    individu bagi melihat bahawa terdapatnya perbezaan kehidupan di antara golongan rajadan golongan rakyat.

    Hal ini dapat dilihat apabila sebelum permintaan Seri Teri Buana untuk mengahwini

    anak perempuan Demang Lebar Daun,sebelum itu baginda telah berkahwin denganwanita kebanyakan tetapi terjadi peristiwa pelik apabila wanita-wanita itu mendapat

    penyakit misteri.Oleh yang demikian Seri Teri Buana bertindak menghalau wanita-wanita

    itu keluar dari istana.Tindakan baginda telah memberi keaibban kepada wanita itu.Olehyang demikian Demang Lebar Daun terpaksa membuat perjanjian dengan Seri Teri Buana

    bagi mengelakkan anaknya diperlakukan seperti isteri-isteri baginda yang sebelumnya di

    samping dapat menjaga maruah diri anak perempuannya.Dengan demikian DemangLebar Daun telah meminta Seri Teri Buana supaya mengekalkan anak perempuanya di

    dalam istana dengan tidak dihalau keluar.Menurut Demang Lebar Daun dia sanggup

    membiarkan anaknya menjadi hamba suruhan samada di dapur atau di dalam kawasan

    istana yang lain daripada membiarkan anak perempuannya dihalau keluar daripada istana

    Keadaan ini disebabkan Demang Lebar Daun juga perlu menjaga maruah dirinya sebagai

    ayah serta maruah ahli keluarganya yang lain.Hal ini bertetapan dengan peranannyasebagai orang yang dihormati dalam kelompok kehidupan masyarakat iaitu di luar

    kawasan istana yang dapat difahami daripada petikan bahawa dia merupakan suara utama

    yang mewakili hamba rakyat.Selain itu hak untuk menjaga maruah diri juga turut dituntut

    dalam hukum syarak agama islam yang mengesa umatnya menjaga maruah diri keranamaruah merupakan senjata diri utama bagi perlambanganhidup seseorang yang baik.Halini bermakna tidak mempunyai hak untuk sesiapapun samada mempunyai kuasa atau

    sebaliknya bertindak melakukan sesuatu perbuatan kepada seseorang yang lain yangboleh menjatuhkan maruah diri orang itu walaupun orang itu lebih rendah status

    kehidupan.

    3

  • 8/14/2019 PERISTIWA WAAD YANG MEMBAWA KEPADA KONSEP DAULAT DAN DERHAKA.

    4/8

    TAJUK:JXEA 1104 FALSAFAH LOGIKA MELAYU

    PERISTIWA WAAD YANG MEMBAWA KEPADA KONSEP

    DAULAT DAN DERHAKA.

    NAMA :ZATIE NUR ZURAINI BINTI CHE SOH

    NO.MATRIK:JEA080160

    PENSYARAH:DR.AMRAN MUHAMAD

    .Jadi dalam hal ini walaupun Seri Teri Buana merupakan seorang raja baginda tidak

    mempunyai hak untuk menjatuhkan hukuman iaitu dengan bertindak menghalau isteri-

    isteri baginda yang berpenyakit misteri keluar daripada istana.Hal ini menyebabkanperkara itu bukan sahaja boleh menjatuhkan maruah diri perempuan itu tetapi ia turut

    memberi keaibban kepada ahli keluarganya juga.Disebabkan keadaan itu juga perempuanyang dihalau itu dan ahli keluarganya akan dipandang serong oleh masyarakat

    sekeliling.Kesan daripada keadaan itu perempuan dan keluarganya akan hidup dalamtekanan akibat cemuhan masyarakat sekeliling.

    Oleh yang demikian dapat difahami dengan jelas bahawa tindakan Demang Lebar Daunadalah untuk menyedarkan Seri Teri Buana untuk menjadi seorang raja yang baik.Hal ini

    dapat dilihat apabila Seri Teri Buana perlu bijak dalam berperanan sebagai seorang raja

    yang perlu menunjukkan sifat yang baik kepada masyarakat.Perlakuan sifat ini perluseimbang dengan keperibadian dirinya sebagai seorang raja yang amat di hormati dalam

    masyarakat.

    Daripada perjanjian yang dibuat oleh Demang Lebar Daun menyebabkan timbulnyakonsep daulat dan derhaka.Konsep daulat dan derhaka ini telah menampakkan perbezaan

    golongan pemerintah iaitu raja golongan yang diperintah iaitu rakyat.Kupasan mengenai

    konsep daulat dan derhaka dapat dilihat apabila perkataan daulat menurut kamus dewanedisi ketiga halaman 276 telah membawa maksud bahagia dan kebahagian.

    Selain itu daulat juga membawa pengertian kekuasaan yang tertinggi yang dimiliki olehseorang pemerintah atau raja yang mempunyai hak menjalankan pemerintahan yang

    tersendiri dalam kerajaannya dan ia diakui oleh perlembagaan.Oleh yang demikian

    golongan raja yang berdaulat perlu disembah dan dijunjung oleh golongan rakyat yang

    menduduki negara yang diperintah oleh raja tersebut.Manakala perkataan derhakamenurut kamus dewan edisi ketiga halaman 296 membawa maksud tidak taat atau

    khianat.Derhaka boleh diperlakukan kepada negara,raja,dan manusia.Perlakuan derhaka

    ini dapat dilihat dilakukan antara manusia dengan Allah dan manusia sesama manusia.

    4

  • 8/14/2019 PERISTIWA WAAD YANG MEMBAWA KEPADA KONSEP DAULAT DAN DERHAKA.

    5/8

    TAJUK:JXEA 1104 FALSAFAH LOGIKA MELAYU

    PERISTIWA WAAD YANG MEMBAWA KEPADA KONSEP

    DAULAT DAN DERHAKA.

    NAMA :ZATIE NUR ZURAINI BINTI CHE SOH

    NO.MATRIK:JEA080160

    PENSYARAH:DR.AMRAN MUHAMAD

    Manusia dikatakan derhaka kepada Allah apabila mengingkari perintah-Nya manakala

    manusia yang menderhaka sesama manusia dapat dilihat apabila golongan rakyat telahmengingkari perintah raja dengan tidak menumpahkan kesetiaan dan ketaatan kepada

    raja.Walaupun begitu Seri Teri Buana turut membuat permintaan dengan Demang Lebar

    Daun supaya rakyat jelata tidak menderhaka kapada raja yang diberi mandat memerintahnegeri itu.Hal ini dapat dilihat rakyat perlu membiarkan raja yang tidak baik keluar untuk

    mencari negeri lain untuk didiami.

    Dengan demikian pengekalan konsep daulat dan derhaka dapat dilakukan apabiladiperlihatkan jurang taraf antara golongan raja dan rakyat.Melalui petikan klasik ini juga

    ada mengandungi kandungan isi perjanjian diantara golongan raja dan rakyat.Ini dapat

    dilihat apabila bagi golongan yang memerintah iaitu raja perlu melakukan perbuatan yangbaik dan beradab sopan yang melambangkan ketertinggian budi pekerti sebagai ikutan

    kepada golongan rakyat. Oleh yang demikian keadaan ini membawa makna raja atau

    golongan pemerintah sama sekali tidak boleh melakukan kezaliman kepada rakyat keranaia boleh mendatangkan malu dan keaiban kepada rakyat yang dizalimi.

    Membuat kezaliman terhadap orang lain juga boleh mendatangkan kemurkaan daripada

    Allah dan perbuatan itu amat ditegah oleh syarak.Bagi golongan yang diperintah iaiturakyat perlu menumpahkan ketaatan dan kesetiaan pemerintah walhal raja itu telah

    mendatangkan kecelakaan kepada rakyat .Jika perkara itu terjadi rakyat sama sekali tidak

    boleh menderhakai raja dan melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kecederaankepada raja.

    Jika raja telah melakukan kezaliman kepada rakyat maka raja itu perlu mengundurkan

    diri daripada menjadi pemerintah dalam negeri itu.Pengunduran raja amat penting bagimengelakkan berlakunya kekecohan dan peperangan dalam negeri itu.Di samping itu

    pengunduran raja juga dapat memberi peluang kepada pemerintah yang lain dengan

    mempunyai keperibadian yang tinggi untuk menjadi pemerintah yang baik kepada rakyat

    dalam sesebuah negeri itu.

    5

  • 8/14/2019 PERISTIWA WAAD YANG MEMBAWA KEPADA KONSEP DAULAT DAN DERHAKA.

    6/8

    TAJUK:JXEA 1104 FALSAFAH LOGIKA MELAYU

    PERISTIWA WAAD YANG MEMBAWA KEPADA KONSEP

    DAULAT DAN DERHAKA.

    NAMA :ZATIE NUR ZURAINI BINTI CHE SOH

    NO.MATRIK:JEA080160

    PENSYARAH:DR.AMRAN MUHAMAD

    Hasil daripada perjanjian yang dibuat,persetujuan telah dicapai oleh Demang Lebar Daun

    dan Seri Teri Buana.Walaupun begitu Demang Lebar Daun turut menyatakan bahawa isikandungan perjanjian tidak boleh dilanggar oleh kedua-dua pihak.Keadaan ini telah

    dinyatakan oleh Demang Lebar Daun iaitu keturunan golongan raja tidak boleh

    melanggar isi kandungan perjanjian kerana jika perubahan dilakukan oleh raja maka akan

    terjadi golongan yang diperintah iaitu rakyat akan turut berubah laku.

    Jika keadaan itu terjadi kedua-dua pihak merupakan golongan yang akan

    dipersalahkan.Oleh yang demikian samada golongan raja atau rakyat perlu sentiasaberwaspada bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian dalam kehidupan.Dengan itu

    persetujuan telah dicapai oleh kedua-dua pihak.Keadaan ini menampakkan lagi

    pengukuhan konsep daulat dan derhaka dalam peraturan kehidupan manusia.

    Selain itu peraturan perjanjian turut melambangkan bahawa masyarakat melayu amat

    kaya dengan persefahaman dan sikap bermusyawarah dalam kehidupan.Ia jugamelambangkan bahawa persepakatan membawa kepada keberkatan.Walaupun demikian

    melalui petikan ini turut menyatakan akibat-akibat yang akan berlaku apabila adanya

    golongan pemerintah iaitu raja dan golongan diperintah iaitu rakyat yang melanggar isikandungan perjanjian yang telah dipersetujui bersama.

    Perkataan lain yang dispesifikkan berkaitan pelanggaaran perjanjian adalahtulah.Menurut kamus dewan edisi ketiga,halaman 1481mendefinisikan kata tulah dapat

    dimaksudkan sebagai kemalangan yang menimpa kerana melanggar larangan.keadaan ini

    disebabkan penderhakaan yang dilakukan yang boleh meruntuhkan kerajaan dalamsesebuah pemerintahan manakala bagi rakyat pula boleh menyebabkan kesengsaraan

    dalam kehidupan.Di dalam petikan karya ini turut menyenaraikan akibat yang akan

    terjadi samada golongan raja atau pemerintah dan golongan rakyat melakukan

    pelanggaran kepada isi kandungan waad.

    TAJUK:JXEA 1104 FALSAFAH LOGIKA MELAYU

    6

  • 8/14/2019 PERISTIWA WAAD YANG MEMBAWA KEPADA KONSEP DAULAT DAN DERHAKA.

    7/8

    PERISTIWA WAAD YANG MEMBAWA KEPADA KONSEP

    DAULAT DAN DERHAKA.

    NAMA :ZATIE NUR ZURAINI BINTI CHE SOH

    NO.MATRIK:JEA080160

    PENSYARAH:DR.AMRAN MUHAMAD

    Hal ini dapat digambarkan jika rakyat melakukan penderhakaan kepada raja maka Allah

    akan membalikkan rumah penderhaka bumbungan ke bawah manakala tiang rumah keatas.Manakala bagi raja yang zalim akan dibinasakan negerinya.Keadaan ini

    menunjukkan bahawa konsep daulat dan derhaka dalam masyarakat melayu bukan

    perkara remeh tetapi merupakan sesuatu yang perlu dipatuhi dan diikuti oleh raja danrakyat.

    Daripada perincian tentang perjanjian yang diberikan dalam petikan karya klasik inididapati pelbagai iktibar dapat diperolehi untuk dijadikan panduan kepada generasi akan

    datang sebagai pemimpin yang baik.Antara iktibar yang diperolehi ialah sebagai manusia

    kita membuat musyawarah atau bermesyuarat bagi menetapkan sesuatu perkara yanghendak dibincangkan.Hal ini amat penting kerana perbincangan dalam bentuk

    permuafakatan dapat membantu dapatan keputusan yang lebih tepat dan mutlak dapat

    dibuat.Selain itu didapati seorang raja perlu perlu berbincang dengan pembesar baginda

    dalam membuat sesuatu keputusan.

    Keadaan ini disebabkan oleh pendapat daripada orang yang lebih berpengalaman dapat

    diguna pakai sebagai sesuatu yang terbaik untuk dijadikan panduan oleh seseorang rajabagi pelicinan dalam pentadbiran.Di samping itu juga seseorang yang mempunyai

    pangkat dan kedudukan perlu bersikap adil dan saksama kepada orang yang

    dipimpin.Keadaan ini disebabkan oleh keadilan dapat menimbulkan kecintaan rakyatkepada raja yang menjadi pemerintah dalam sesebuah negeri.Manakala sebagai rakyat

    pula perlulah sentiasa menghormati pemimpin yang menjadi tunggak dalam kepimpinan

    sesebuah negeri.Hal ini dapat dilihat apabila sokongan yang kuat daripada rakyat akan

    memberi lebih kekuatan dalam kepimpinan dalam sesebuah negara.

    Kesimpulan

    Sebagai rumusan tentang keseluruhan perbincangan ini ,dapatlah dirumuskan bahawa

    konsep daulat dan derhaka amat mendalam pemahamannya dan amat penting dalampenentuan kepada waad yang dibuat dengan merujuk kepada kjian ilmu falsafah.Bagi

    saya isu waad dalam petikan klasik ini merupakan suatu aspek yang baik untuk

    dibincangkan dengan lebih mendalam kerana adanya konsep waad telah dapatmembentuk peraturan kehidupan samada kepada golongan pemerintah iaitu raja dan juga

    kepada golongan yang diperintah iaitu rakyat.

    7

  • 8/14/2019 PERISTIWA WAAD YANG MEMBAWA KEPADA KONSEP DAULAT DAN DERHAKA.

    8/8

    TAJUK:JXEA 1104 FALSAFAH LOGIKA MELAYU

    PERISTIWA WAAD YANG MEMBAWA KEPADA KONSEP

    DAULAT DAN DERHAKA.

    NAMA :ZATIE NUR ZURAINI BINTI CHE SOH

    NO.MATRIK:JEA080160

    PENSYARAH:DR.AMRAN MUHAMAD

    RUJUKAN

    Sulalatus Salatin : Sejarah Melayu / diselenggarakan

    oleh A. Samad Ahmad

    ISBN 983-62-5601-6

    8