peribahasa penting spm

16
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) H.P:012-4020377 Ungkapan menarik dalam Karangan - 1 - GURU BAHASA MELAYU ANDA - BKKENG Nama : ______________________________________ Tarikh : __________________________ Disediakan oleh BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) Semua kelas BM bawah BKKeng akan berhenti pada 29, 30 dan 31 hb setiap bulan dan berjalan seperti biasa pada semua cuti am kecuali Tahun Baru Cina. Penggunaan Ungkapan Menarik dalam Karangan 1. Dimensi: Individu Tema: Remaja dan Masalah Sosial Peribahasa Maksud Isu Kurang ringgit boleh dicari, kurang akal habis bicara Susah kerana harta boleh dicari, susah kerana tidak berfikir tambah bermasalah Remaja suka bertindak melulu, tanpa berfikir terlebih dahulu Mencurah air di daun keladi Nasihat yang sia-sia Remaja yang tidak mahu mendengar nasihat Kerana nila setitik rosak susu sebelanga Seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit Rosak maruah masyarakat kerana keburukan seseorang Disebabkan seorang sahaja yang bersalah habis semua mendapat malu Kesan negatif kepada masyarakat/masyarakat mendapat malu kerana sikap beberapa remaja Ada udang di sebalik batu Berbuat baik kerana ada hajat terselindung Pengaruh rakan yang kuat, rakan berbuat baik ada sebabnya Kata Hikmat Isu Bill Gates- sekiranya kita mahu berubah selepas orang lain sudah berubah, sebenarnya kita tidak berubah Nasihat kepada remaja supaya berubah menjadi positif dengan segera Wellington - usah merendahkan diri seseorang kerana tabiat buruknya tetapi bimbinglah ia ke jalan yang lebih baik Usaha untuk membimbing remaja ke arah positif, bukan merendah-rendahkan mereka sahaja Hamka- Hairan melihat setiap hari orang menyisir rambutnya, tetapi tidak pernah menyisir otaknya, memperkemaskan dadanya tetapi tidak mencuci hatinya. [© Disediakan oleh BKKeng] Digosok kasutnya tetapi tidak akalnya Remaja tidak sedar tentang keseronokan mereka adalah merugikan/ remaja hanya tahu bergaya tetapi tiada ilmu yang berguna 2. Dimensi: Individu Tema: Remaja dan Kerjaya Peribahasa Maksud Isu Alang-alang mandi biar basah, alang-alang berdakwat biar hitam Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan Apabila melakukan sesuatu kerja, lakukan sampai berjaya, walaupun menghadapi kesusahan Cabaran dan saingan dalam pekerjaan memang susah tetapi remaja perlu menghadapinya hingga berjaya demi masa depan yang cemerlang

Upload: m-d

Post on 21-May-2015

72.999 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peribahasa penting SPM

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) H.P:012-4020377 Ungkapan menarik dalam Karangan - 1 -

GURU BAHASA MELAYU ANDA - BKKENGNama : ______________________________________ Tarikh : __________________________Disediakan oleh BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM)Semua kelas BM bawah BKKeng akan berhenti pada 29, 30 dan 31 hb setiap bulan dan berjalan seperti biasa pada semua cuti am kecuali Tahun Baru Cina.

Penggunaan Ungkapan Menarik dalam Karangan

1. Dimensi: Individu

Tema: Remaja dan Masalah Sosial

Peribahasa Maksud Isu

Kurang ringgit boleh dicari, kurang

akal habis bicara

Susah kerana harta boleh dicari,

susah kerana tidak berfikir tambah

bermasalah

Remaja suka bertindak melulu, tanpa

berfikir terlebih dahulu

Mencurah air di daun keladi Nasihat yang sia-sia Remaja yang tidak mahu mendengar

nasihat

Kerana nila setitik rosak susu

sebelanga

Seekor kerbau membawa lumpur

habis semua terpalit

Rosak maruah masyarakat kerana

keburukan seseorang

Disebabkan seorang sahaja yang

bersalah habis semua mendapat

malu

Kesan negatif kepada

masyarakat/masyarakat mendapat

malu kerana sikap beberapa remaja

Ada udang di sebalik batu Berbuat baik kerana ada hajat

terselindung

Pengaruh rakan yang kuat, rakan

berbuat baik ada sebabnya

Kata Hikmat Isu

Bill Gates- sekiranya kita mahu berubah selepas orang

lain sudah berubah, sebenarnya kita tidak berubah

Nasihat kepada remaja supaya berubah menjadi positif

dengan segera

Wellington - usah merendahkan diri seseorang kerana

tabiat buruknya tetapi bimbinglah ia ke jalan yang lebih

baik

Usaha untuk membimbing remaja ke arah positif,

bukan merendah-rendahkan mereka sahaja

Hamka- Hairan melihat setiap hari orang menyisir

rambutnya, tetapi tidak pernah menyisir otaknya,

memperkemaskan dadanya tetapi tidak mencuci

hatinya. [© Disediakan oleh BKKeng] Digosok kasutnya tetapi tidak

akalnya

Remaja tidak sedar tentang keseronokan mereka adalah

merugikan/ remaja hanya tahu bergaya tetapi tiada ilmu

yang berguna

2. Dimensi: Individu

Tema: Remaja dan Kerjaya

Peribahasa Maksud Isu

Alang-alang mandi biar basah,

alang-alang berdakwat biar hitam

Alang-alang menyeluk pekasam,

biar sampai ke pangkal lengan

Apabila melakukan sesuatu kerja,

lakukan sampai berjaya, walaupun

menghadapi kesusahan

Cabaran dan saingan dalam

pekerjaan memang susah tetapi

remaja perlu menghadapinya hingga

berjaya demi masa depan yang

cemerlang

Page 2: Peribahasa penting SPM

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) H.P:012-4020377 Ungkapan menarik dalam Karangan - 2 -

Bagai kerakap di batu, hidup segan

mati tak mahu

Orang yang malas berusaha tidak

akan berubah selama-lamanya

Remaja perlu berusaha dan

mempunyai kerjaya yang baik untuk

mengubah kehidupan yang lebih

baik

Bagai rumput di tepi jalan Hidup daif dan terbiar Jika tidak berkerjaya, hidup remaja

apabila dewasa akan daif dan terbiar

Kerja bertangguh tak menjadi, kerja

beransur tak bertahan

Sesuatu urusan tidak akan selesai

Jika selalu bertangguh

Remaja tidak wajar menangguhkan

sesuatu kerja, lantaran sikap ini akan

merugikan diri sendiri

Batu yang sentiasa bergolek tidak

akan mengumpul lumut/ orang

pindah-pindahan tanaman masak

tak dapat dirasa

Orang yang selalu bertukar kerja

tidak akan berjaya

Remaja perlu bersedia den~an

cabaran kerjaya masing-masing

supaya tidak cepat putus asa/ selalu

bertukar kerja lantaran sikap ini

menatijahkan remaja tidak berjaya

dalam hidup

Pipit sama pipit, enggang sama

enggang

Tidak sama antara golongan

berdarjat dengan golongan bawahan

Remaja perlu bekerja untuk

meningkatkan taraf hidup untuk

menjadi orang bermartabat, supaya

tidak menjadi orang bawahan yang

tidak dipedulikan

Kata Hikmat Isu

Benjamin Franklin - jalan kejayaan terletak kepada

dua kalimah; kerja kuat dan berhemat

Remaja perlu bekerja kuat secara berhemah untuk

menuju kejayaan

K.H. Abdullah Gymniastiar - kredibiliti bermula

dengan pengurusan hati, kejujuran, cekap dan

berinovasi

Remaja akan dipercayai dan dihormati jika bekerja

dengan jujur, cekap dan dapat membuat sesuatu

pembaharuan

3. Dimensi: Individu

Tema: Semangat Patriotisme/ Cinta Akan Negara

Peribahasa Maksud Isu

Di mana bumi dipijak, di situ langit

dijunjung

Hidup dikandung adat, mati

dikandung tanah

Hormat akan tempat kita bernaung

(berlindung)

Remaja/ generasi muda wajar

menghormati tanah air tempat

kelahiran mereka

Hujan emas di negeri orang, hujan

batu di negeri sendiri lebih baik di

negeri sendiri

Susah dan senaang lebih baik di

tanah air sendiri

Walaupun kesenangan kira peroleh

dati negara luar, negara sendiri

sebenarnya lebih baik dan

mempunyai banyak keistimewaan

Jong pecah yu yang kenyang Kejatuhan sesebuah negara

memberi untung kepada musuh

Generasi muda wajar

mempertahankan kedaulatan tanah

air daripada dijajah semula lantaran

kejatuhan ini akan menguntungkan

musuh negara

Di mana ada kemahuan di situ ada Jika ada azam, ada kejayaan Jika para remaja kini bersungguh-

Page 3: Peribahasa penting SPM

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) H.P:012-4020377 Ungkapan menarik dalam Karangan - 3 -

jalan sungguh mempertahankan tanah air

dan sanggup menyumbangkan

tenaga, pastilah negara akan terus

maju di seantero dunia. [© Disediakan oleh

BKKeng]

Biar berputih tulang, jangan

berputih mata

Lebih baik mati daripada

menanggung malu kerana milik

sendiri dirampas orang

Remaja yang sanggup

menyumbangkan tenaga mereka

seperti menjadi perajurit, akan

sanggup berjuang dan berkorban

demi mempertahankan tanah air

daripada dicerobohi oleh musuh

4. Dimensi: Keluarga

Tema: Keluarga/Ibu Bapa dan Remaja

Peribahasa Maksud Isu

Ke mana tumpahnya kuah kalau

tidak ke nasi

Rosak bawang ditimpa jambak

Bapa borek anak rintik

Ketam menyuruh anaknya berjalan

betul

Air perabung mengalir ke cucur

atap

Baik buruk perangai seseorang bapa

itu sedikit sebanyak akan turun

kepada anaknya. [© Disediakan oleh BKKeng]

Rosak anak-anak kerana perbuatan

ibu bapa. [© Disediakan oleh BKKeng]

Anak-anak akan menurut

baka/perangai bapanya. [© Disediakan oleh

BKKeng]

Menyuruh orang lain membetulkan

kesilapan tetapi diri sendiri silap.

Semua perwatakan ibu bapa diikuti

oleh anak-anak.

Ibu bapa perlu mengamalkan dan

menunjukkan sikap yang baik

kepada anak-anak kerana sikap /

tindakan ibu bapa itu akan diikuti

oleh anak-anak.

Oleh itu, janganlah ibu bapa sendiri

terlibat dalam masalah sosial, tetapi

meminta anak-anak mereka menjadi

baik. Contoh :

Ibu/ bapa selalu keluar malam dan

pulang lewat malam untuk berfoya-

foya, tetapi meminta anak mereka

duduk di rumah, mengulang kaji

pelajaran sahaja. [© Disediakan oleh BKKeng]

Carik-carik bulu ayam lama-lama

bercantum balik

Ludah ke langit jatuh atas batang

hidung sendiri

Cubit paha kanan, paha kiri pun

sakit juga

Lesung sama antan bertelingkah

ayam yang kenyang

Rosak anak kerana menantu

Perpecahan sesama ahli keluarga

lambat laun berbaik semula

Perbuatan menjatuhkan maruah

keluarga sendiri, akhirnya kita yang

mendapat malu

Memberi malu pada kaum keluarga

sendiri, akhirnya diri kita pun terasa

Bergaduh sesama adik-beradik,

musuh yang mendapat habuan

Merosakkan darah daging sendiri

kerana percayakan orang lain

Situasi sesama ahli keluarga yang

tidak boleh dipisahkan dan perlu

berbaik-baik sesama mereka demi

menjaga maruah keluarga sekali gus

dapat melahirkan keluarga bahagian

Page 4: Peribahasa penting SPM

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) H.P:012-4020377 Ungkapan menarik dalam Karangan - 4 -

Tangan yang mengayun buaian

memerintah dunia

Jasa ibu terlalu besar terhadap masa

depan anak-anak

Anak-anak perlu mendengar nasihat

dan menghormati ibu kerana

jasanya terlalu besar dan segala

nasihat adalah untuk kebaikan/ masa

depan anak-anak

Tidak ada harimau yang

membaham anak

Segarang-garang bapa hanya untuk

mendidik

Bapa yang garang/ tegas hanyalah

untuk mendidik anak-anak ke jalan

yang positif

Melentur buluh biarlah dari

rebungnya

Mendidik anak biarlah sejak mereka

kecil lagi

Ibu bapa perlu mendidik anak-anak

sejak kecil lagi supaya sikap baik itu

akan terbawa-bawa hingga dewasa

Menarik rambut di dalam tepung Bersikap bijaksana dalam

menyelesaikan sesuatu masalah

Ibu bapa perlu bijak menyelesaikan

masalah anak-anak/ bijak

menjalankan tanggungjawab

mereka, supaya mewujudkan

keluarga sakinah

5. Dimensi: Masyarakat

Tema: Gaya Hidup Sihat/Kesihatan/Makanan Seimbang/Penyakit Berbahaya

Peribahasa Maksud Isu

Sudah terhantuk baru tengadah Sudah susah baru beringat Apabila sudah terkena penyakit/

mengidap penyakit seperti obesiti,

darah tinggi dan kencing manis,

barulah seseorang sedar untuk

menjaga kesihatan

Sediakan payung sebelum hujan Sentiasa beringat sebelum terjadi

sesuatu yang kurang baik

Oleh itu, mereka perlu beringat dan

menjaga kesihatan sebelum sesuatu

yang buruk berlaku pada diri sendiri

Nasi sudah menjadi bubur Sesuatu perbuatan yang sudah

terlanjur/terlewat tidak dapat dibaiki

lagi

Jika telah sakit, memang sukar

untuk disembuhkan semula/ sihat

seperti sediakala

Melentur buluh biarlah waktu

rebungnya

Alah bisa, tegal biasa

Mengajar anak biarlah dari kecil,

jika sudah besar harinya sudah keras

dan sukar menerima ajaran lagi

segala kesusahan biasanya akan

dirasai pada peringkat awal, setelah

sudah biasa, kesusahan itu tidak

terasa lagi

Usaha membudayakan pemakanan

seimbang dan sihat oleh ibu bapa

kepada anak-anak perlu dimulakan

sejak mereka kecil supaya apabila

dewasa, mereka sudah biasa dengan

selera dan cita rasa pemakanan sihat

tersebut

Kalau tidak dipecahkan ruyung,

manakan dapat sagunya

Jika kita membuat sesuatu

pekerjaan dengan tidak bersungguh-

sungguh, sudah pasti kita tidak akan

mendapat hasilnya

Masyarakat perlu meluangkan masa

dan tenaga untuk menjaga kesihatan

fizikal demi memiliki tubuh badan

yang sihat

Bukan bersuluh batang pisang, Kebenaran yang dapat dilihat oleh Penyakit berbahaya seperti penyakit

Page 5: Peribahasa penting SPM

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) H.P:012-4020377 Ungkapan menarik dalam Karangan - 5 -

bersuluh bulan matahari semua pihak jantung, darah tinggi, kencing

manis, obesiti dan sebagainya sudah

disahkan oleh doktor bahawa

penyakit ini berpunca daripada tidak

mengamalkan gaya hidup sihat dan

banyak pihak mempersetujuinya

Cogan kata Isu

Mencegah lebih baik daripada mengubati Masyarakat perlu mempraktikkan amalan pemakanan

seimbang demi menjaga kesihatan diri sejak awal lagi

supaya tidak mengidap sebarang penyakit

Saiyidina Ali- sabar terbahagi kepada dua iaitu sabar

dalam menjauhkan segala yang engkau tidak suka dan

sabar mengejar segala yang engkau suka

Setiap anggota masyarakat perlu sabar menempuh

segala kesukaran demi memperoleh badan yang sihat

iaitu sesuatu yang semua orang inginkan malah sabar

juga berusaha untuk menjauhkan diri daripada sebarang

penyakit, iaitu sesuatu yang semua orang tidak

inginkannya

6. Dimensi: Masyarakat

Tema: Warisan Bangsa dan Budaya/Bangunan Bersejarah/Budaya Bangsa/Warisan Sejarah/ Adat

Perkahwinan

Peribahasa Maksud Isu

Tak lekang dek panas, tak lapuk

dek hujan

Adat/ sesuatu yang tidak berubah,

tetapi tetap utuh

Pelbagai tindakan/usaha perlu

diambil untuk mengekalkan warisan

sejarah supaya tidak berubah

dan utuh demi melambangkan

kedaulatan negara

Bagai cendawan tumbuh selepas

hujan

Terlalu banyak pada sesuatu masa Selaras dengan perkembangan

teknologi moden, segala budaya

Barat dan moden telah semakin

menular di negara kita sekali gus

menyebabkan masyarakat

terpengaruh untuk mengamalkannya

Bagai aur dengan tebing

Bertepuk sebelah tangan tidak akan

berbunyi

Hubungan yang rapat dan saling

membantu

Kedua-dua belah pihak sama-sama

bertanggungjawab

Untuk mengekalkan warisan

bersejarah termasuk bangunan

bersejarah, kerjasama antara semua

pihak amatlah diperlukan kerana

jika pihak kerajaan sahaja yang

bersungguh-sungguh, mustahil

segala adat/warisan bangsa ini dapat

dikekalkan

Ada asap adalah api Sangat rapat, tidak boleh dipisahkan Warisan seni dari segi pakaian dan

nyanyian tidak dapat dipisahkan

daripada kebudayaan tempatan

Page 6: Peribahasa penting SPM

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) H.P:012-4020377 Ungkapan menarik dalam Karangan - 6 -

Telur di hujung tanduk Dalam keadaan bahaya/ serba sulit Kebanyakan bangunan bersejarah

yang sudah usang/lama, berada

dalam keadaan bahaya kerana

beberapa pihak akan

merobohkannya/ memusnahkannya

tanpa memulihara warisan sejarah

negara Malaysia ini

Biar mati anak, jangan mati adat Orang kuat berpegang pada adat Sebagai warganegara Malaysia,

masyarakat pelbagai bangsa wajar

mengamalkan budaya hidup yang

baru dan moden, adat warisan

bangsa tetap perlu diamalkan dan

tidak dilupakan

7. Dimensi: Masyarakat/Remaja Tema: Riadah/Rekreasi/Hobi

Peribahasa Maksud Isu

Untung sabut timbul untung batu

tenggelam

Cencaru makan petang

Habuan dan nasib kadang-kadang

bergantung pada tuah

Memperoleh kejayaan pada akhir

sesuatu perlawanan/ kegiatan

Kebiasaannya, individu yang

melakukan sesuatu aktiviti hanya

sebagai hobi/ rekreasi/ riadah iaitu

untuk mengisi masa lapang, mereka

tidak mengharapkan kejayaan pada

akhir aktiviti tersebut lantaran

mereka hanya bergantung pada tuah

masing-masing seperti hobi

memancing, tidak semestinya

berjaya mendapat ikan yang banyak,

berlayar dan mengembara, tidak

semestinya diakhiri dengan

kejayaan

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi

bukit

Sehari selembar benang, lama-lama

menjadi kain

Sesuatu kejayaan berpunca

daripada usaha kecil-kecilan dan

akhirnya menjadi besar dan

mencapai apa-apa yang dihajati

Tekun dan usaha tentu berjaya

Untuk melaksanakan/ melakukan

kegiatan hobi, seseorang itu

terpaksa berjimat cermat dalam

berbelanja/ menabung/ mengumpul

wang untuk membeli peralatan

seperti membeli joran untuk

memancing, membeli kasut untuk

bersukan, membeli setem untuk

mengumpul setem dan lain-lain.

Hasil usaha sebegini tentukan

mereka akan berjaya

Di mana ada kemahuan, di situ ada

jalan

Jika ada azam, ada kejayaan Walaupun sibuk dengan kerjaya

seseorang akan tetap mencari masa

untuk aktiviti riadah/hobi demi

melepaskan tekanan/ merehatkan

minda

Bermandi peluh Bekerja dengan bertungkus-lumus Seseorang sanggup bertungkus-

Page 7: Peribahasa penting SPM

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) H.P:012-4020377 Ungkapan menarik dalam Karangan - 7 -

lumus di tengah panas/hujan demi

hobi mereka seperti memancing,

mengembara, aktiviti perkhemahan

dan sebagainya untuk kepuasan hati.

Jauh berjalan banyak pengalaman,

lama hidup banyak dirasa

Orang yang suka merantau

mempunyai pengalaman yang luas

dan orang tua yang panjang umur

tentulah banyak suka duka yang

pernah dirasai

Hobi melancong dapat memberikan

‘ faedah kerana seseorang itu akan

mempunyai pengalaman yang luas

dengan hobi suka merantau

Indah khabar daripada rupa Beritanya lebih hebat daripada yang

sebenar

Paparan daripada iklan tentang

tempat-tempat menarik/tempat

rekreasi selalunya hebat, walhal

apabila kita pergi sendiri ke tempat-

tempat tersebut kerana beriadah/

berekreasi, kita akan tahu sendiri

keadaan sebenarnya

8. Dimensi: Masyarakat

Tema: Perpaduan/Kerjasama/Kejiranan/ Rumah Terbuka

Peribahasa Maksud Isu

Bagai aur dengan tebing

Ke bukit sama didaki, ke lurah

sama dituruni

Serumpun bak serai, sesusun bak

sireh

Bulat air kerana pembetung, bulat

manusia kerana muafakat

Berat sama dipikul, ringan sama

dijinjing

Hati gajah sama dilapah, hati

kuman sama dicecah

Hidup saling membantu

Bermuafakat dan sentiasa bersatu

padu

Hidup yang saling bermuafakat

Kata sepakat yang dicapai melalui

mesyuarat

Mengalami susah senang bersama

Pengagihan yang sama banyak

Di sesebuah kawasan petempatan,

penduduknya perlu mengamalkan

sikap bantu-membantu, bermuafakat/

bermesyuarat supaya mereka sentiasa

bersatu padu serta hidup dalam

keadaan yang aman damai

Jika susah senang dihadapi bersama

dan diselesaikan secara

berunding/bermesyuarat, segala

masalah dapat diselesaikan dan akan

mencapai kemakmuran

Setiap kerja/ tugasan bergotong

royong diagihkan sama banyak/

seimbang supaya semua penduduk

berpuas hati

Bagai enau dalam belukar

melepaskan pucuk masing-masing

Pentingkan diri sendiri, orang yang

tidak bermuafakat dan berpegang

pada pendapat masing-masing

sahaja

Hidup berjiran tidak boleh

mementingkan diri sendiri sahaja jika

ingin mewujudkan perpaduan dan

keharmonian

Rendah hati

Murah hati

Tidak meninggi diri

Pemurah

Amalan rumah terbuka bagi

penduduk/jiran yang pemurah dan

tidak bongkak dengan kekayaan yang

ada, akan mengeratkan silaturahim

Page 8: Peribahasa penting SPM

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) H.P:012-4020377 Ungkapan menarik dalam Karangan - 8 -

antara penduduk

Maksud Hadis Isu

Nabi Muhammad SAW bersabda, sebaik-baik umatku

ialah mereka yang banyak manfaatnya. [© Disediakan oleh

BKKeng] Berilah sesuatu walaupun sebuah senyuman

sudah memadai daripada mengeluarkan kata-kata yang

menyakitkan hati.

Amalan jiran tetangga yang baik

9. Dimensi: Negara

Tema: Teknologi Maklumat/Telekomunikasi/lnternet/ Kad Elektronik/Telefon Bimbit/TV

Peribahasa Maksud Isu

Bagai cendawan tumbuh selepas

hujan

Maksud Terlalu banyak pada

sesuatu masa

Pada zaman modenisasi ini,

teknologi maklumat dan

telekomunikasi membangun dengan

banyak dan sangat cepat

menunjangi hidup masyarakat alaf

baru ini

Kad elektronik yang banyak dicipta

pada zaman sains dan teknologi

yang berkembang dengan pesat

adalah untuk kemudahan manusia.

[© Disediakan oleh BKKeng] Seseorang tidak

perlu membawa dokumen peribadi

yang banyak untuk urusan rasmi

tetapi cukup dengan kad pintar dan

Mykad

Buta huruf Tidak tahu membaca dan menulis Kad elektronik senang digunakan

oleh semua orang termasuk

golongan yang tidak tahu membaca

dan menulis

Ingat sebelum kena, jimat sebelum

habis

Perlu berhati- hati supaya tidak

menyesal kemudian hari

Kad elektronik harus digunakan

secara berhati-hati dan menjaganya

sebaik yang mungkin supaya

kemudahan kad ini, tidak

memberikan kesan sebaliknya

Bertepuk sebelah tangan, tidak

akan berbunyi

Kedua-dua belah pihak sama-sama

bertanggungjawab

Usaha kerajaan untuk menjadikan

teknologi maklumat dan

komunikasi dapat digunakan

semaksimum boleh untuk semua,

perlu disambut dengan positif oleh

rakyat supaya penggunaan

teknologi canggih ini dapat

dimanfaatkan

Seperti katak di bawah tempurung Orang yang sempit pengetahuannya Apabila rakyat menggunakan

Page 9: Peribahasa penting SPM

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) H.P:012-4020377 Ungkapan menarik dalam Karangan - 9 -

teknologi moden seperti komputer,

Internet, televisyen dan radio,

mereka tidak lagi akan ketinggalan

zaman, kerana dapat mengetahui

semua isu yang berlaku dan tidak

lagi sempit pengetahuan

Wau melawan angin Tidak ambil hirau sekeliling Jika terlalu asyik menghadap

komputer pastilah seseorang tidak

akan mempedulikan lagi perihal

sekelilingnya

10. Dimensi: Negara

Tema: Alam Sekitar/Bencana Alam

Peribahasa Maksud Isu

Seperti enau dalam belukar

melepaskan pucuk masing-masing

Hidup yang hanya mementingkan

diri sendiri

Sikap mementingkan diri sendiri

perlu dihindarkan demi

mengelakkan pencemaran alam

yang akhirnya merugikan diri

sendiri

Sesal dahulu pendapatan, sesal

kemudian tidak berguna

Sebelum mengerjakan/ melakukan

sesuatu, hendaklah difikirkan habis-

habis

Sebelum sesetengah pihak

melakukan sesuatu yang

mencemarkan alam, lebih baik

difikirkan dahulu kesan-

kesannya kepada mereka sendiri

Sediakan payung sebelum hujan Sentiasa bersiap sedia sebelum

terjadi sesuatu yang kurang baik

Seseorang perlu menjaga kebersihan

alam sekitar sejak kecil lagi/ sejak

awal lagi, supaya dapat elakkan

pencemaran serta kemusnahan alam

Hendak seribu daya, tak hendak

seribu dalih

Jika menghendaki sesuatu,

bermacam-macam ikhtiar dapat

dijalankan, sebaliknya jika tidak

mahu pelbagai alasan diberikan

Penjagaan alam sekitar bukanlah

susah untuk dilakukan, tetapi

semuanya bergantung pada

kehendak masyarakat sendiri sama

ada hendak atau tidak

Guruh tak berbunyi, malang tak

berbau

Malang tidak diketahui bila ia akan

terjadi

Malapetaka boleh berlaku pada bila-

bila masa dan menimpa sesiapa

Betapa berat mata memandang,

berat lagi bahu memikul

Walau betapa susah seseorang

melihat kesusahan yang ditanggung

oleh orang lain, tetapi lebih susah

orang yang menanggung kesusahan

itu

Kesan bencana alam lebih dirasai

oleh mangsa sendiri

Gadai terdorong ke pajak, sehari

sebulan juga

Sudah terlanjur/buat salah,

meskipun sedikit akibatnya sama

dengan yang besar

Walaupun seseorang hanya

membuang sampah/sisa toksik dan

lain-lain yang dianggap remeh,

tetapi lama-kelamaan senario ini

akan menjadi masalah yang besar

Page 10: Peribahasa penting SPM

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) H.P:012-4020377 Ungkapan menarik dalam Karangan - 10 -

iaitu dengan mencemarkan alam

yang boleh menyebabkan kesan

buruk pada hidupan di bumi juga

Hutang berbaris/ hutang keliling

pinggang

Hutang yang banyak Bencana alam menatijahkan mangsa

hidup susah, hilang pendapatan dan

terpaksa membuat banyak hutang

Dimensi: Negara

Tema: Ekonomi - Pelancongan/Pertanian/ Perindustrian/ Pelaburan

Peribahasa Maksud Isu

Berbudi kepada tanah, tanah tidak

tipu

Maksud hasil usaha bercucuk tanam

pasti berjaya

Masyarakat harus menjalankan

kegiatan pertanian secara

bersungguh-sungguh kerana hasil

usaha daripada bercucuk tanam

selalunya akan berjaya

Ibarat berdagang buluh kasap,

hukum hilang pangkal lesap

Yang jolok tak jatuh, penjolok

tersangkut

Menjalankan perniagaan yang

belum pasti akhirnya menanggung

rugi

untung tidak dapat, modal pun lesap

Kita perlu berhati-hati dengan

pelbagai perniagaan/ pelaburan yang

begitu banyak diwujudkan kerana

menjalankan perniagaan yang tidak

kukuh/ tidak terjamin, akhirnya

boleh mendatangkan kerugian,

iaitu modal kita hilang dan tiada

keuntungan daripada perniagaan

tersebut

Rezeki secupak tidak akan jadi

segantang

Tanpa usaha tiada tambahan untung Masyarakat perlu berusaha untuk

meningkatkan taraf ekonomi mereka

dan supaya mendapat untung

berlipat ganda

Tidak lari gunung dikejar, hilang

kabus tampaklah ia

Ulat dalam batu pun ada rezeki

Sikap yang hanya menunggu tidak

akan mendapat apa-apa faedah

Jika kuat berusaha pasti ada rezeki

Walaupun terdapat banyak peluang

pekerjaan iaitu dari segi

pelancongan/ pertanian/

perindustrian, rakyat tidak harus

menunggu sahaja untuk

mendapatkan tawaran kerja tersebut

kerana sikap ini tidak akan

memberikan sebarang faedah.

Rakyat sebaliknya perlu berusaha

merebut peluang pekerjaan yang ada

lantaran orang yang kuat berusaha

pasti ada rezekinya

Tak kenal maka tak cinta Kalau tahu baru timbul suka Sektor pelancongan perlu dijalankan

secara meluas dengan

mempromosikan negara kita kepada

negara luar kerana jika masyarakat

luar negara mengenali Malaysia ini,

Page 11: Peribahasa penting SPM

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) H.P:012-4020377 Ungkapan menarik dalam Karangan - 11 -

barulah timbulnya rasa suka untuk

datang melancong ke sini

Bertepuk sebelah tangan tidak

akan berbunyi

Kedua-dua belah pihak mesti sama-

sama bertanggungjawab

Janganlah hanya pihak kerajaan

sahaja yang bersungguh-sungguh

menjalankan usaha untuk

meningkatkan ekonomi negara

dalam bidang

pelancongan/pertanian, tetapi rakyat

tidak menyambut baik usaha

kerajaan. Jika semua pihak tidak

bergabung tenaga, pastilah usaha ini

menuju kegagalan

Hidup segan mati tak mahu Orang yang hidup melarat kerana

kemiskinan/ selalu sakit.

Keadaan yang melarat/ tidak maju

Industri Kecil Sederhana (IKS) di

negara kita ini sebenarnya sudah

lama ada dan beroperasi, tetapi

kewujudan industri ini seperti tidak

dipedulikan dan kurang dimajukan

seperti industri-industri lain

Sambil menyelam minum air

Di mana-mana air bertakung, di

situ ikan berkampung

Sekali melakukan pekerjaan,

beberapa maksud tercapai

Di mana-mana tempat berpeluang

mencari rezeki orang akan

bertumpu

Dengan meningkatkan industri

pelancongan yang menguntungkan

negara, industri ini juga telah

memberikan faedah kepada para

peniaga makanan, pengusaha

penginapan dan banyak lagi rakyat

Malaysia yang berpeluang mencari

rezeki kerana orang akan bertumpu

di tempat pelancongan itu

11. Dimensi: Negara/Antarabangsa

Tema: Sukan

Peribahasa Maksud Isu

Bagai enau dalam belukar

melepaskan pucuk masing-masing

Berat sama dipikul ringan sama

dijinjing

Banyak udang banyak garam,

banyak orang banyak ragam

Cencaru makan petang

Hidup yang hanya mementingkan

diri sendiri

Mengalami susah senang bersama-

sama

Kemahuan dan kegemaran setiap

orang berbeza-beza

Memperoleh kejayaan pada akhir

perlawanan

Setiap individu yang terlibat dalam

sukan, terutama dalam sukan secara

berkumpulan seperti bola sepak,

bola jaring, ragbi dan hoki, mereka

tidak boleh mementingkan diri

sendiri. Sebaliknya antara sesama

ahli perlu bertolak ansur kerana

masing-masing mempunyai

kemahuan yang berbeza-beza. [©

Disediakan oleh BKKeng] Mereka juga perlu

bersama-sama menghadapi susah

dan senang, demi mencapai

kemenangan dalam setiap

pertandingan

Berakit-rakit ke hulu, berenang-

renang ke tepian, bersakit-sakit

Bersusah payah terlebih dahulu

untuk mendapatkan kesenangan

Para atlet disarankan supaya dapat

mengamalkan disiplin diri yang

Page 12: Peribahasa penting SPM

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) H.P:012-4020377 Ungkapan menarik dalam Karangan - 12 -

dahulu, bersenang-senang

kemudian

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

Alah bisa, tegal biasa

pada kemudian hari

Sesuatu kejayaan berpunca daripada

usaha kecil-kecilan akhirnya

menjadi besar dan mencapai apa-

apa yang dihajati

Segala kesusahan biasanya akan

dirasai pada peringkat awal, setelah

sudah biasa, kesusahan itu tidak

terasa lagi

baik dan sanggup bersusah payah

menjalani latihan intensif demi

memperoleh kemenangan pada

kemudian hari, lantaran setiap

kejayaan berpunca daripada usaha

secara kecil-kecilan supaya lama-

kelamaan mereka sudah terbiasa

dengan kesusahan yang dirasai

semasa latihan dan akhirnya mereka

akan mencapai kemenangan/

kejayaan idaman semua

Koleksi Peribahasa

Senarai Peribahasa Nilai Murni

Baik hati / Berbudi bahasa / Berhemah tinggi

• Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang - Merendah diri lebih baik daripada bersikap

sombong

• Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali -Melakukan kebaikan biarlah berpatutan tetapi elakkan

daripada berbuat jahat

• Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga - Seseorang yang berbuat bakti dan jasa akan

sentiasa dikenang walaupun telah meninggal dunia

• Hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa - Berbuat baiklah semasa hidup untuk diri sendiri

dan masyarakat, sebaliknya berbuat jahat jangan sesekali

• Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau - Orang yang berketurunan baik. ke manamana

dia pergi akan baik juga jadinya

• Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua - Orang yang baik biar di mana-mana sekalipun

akan dimuliakan juga

Daya Usaha / Kesungguhan / Kerajinan

• Alah bisa tegal biasa - Kerja yang sukar kalau selalu dilakukan akan menjadi mudah

• Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan - Setiap perbuatan yang dilakukan

biarlah meraih hasil daripada perbuatan tersebut

• Bagai lebah menghimpun madu - Sangat rajin

• Belakang parang kalau diasah lagikan tajam - Orang yang lemah atau bodoh kalau berusaha bersungguh-

sungguh akan berjaya juga akhirnya

• Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

-Kesenangan akan dicapai setelah berusaha dan mengalami kepayahan

• Bulat kata - Keazaman yang sungguh-sungguh

• Cepat kaki, ringan tangan - Rajin dan cepat bekerja

• Diam ubi berisi, diam penggali berkarat - Pendiam tetapi rajin bekerja

• Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan - Jika seseorang mempunyai cita-cita, dia akan berusaha dengan

bersungguh-sungguh

• Genggam bara api biar sampai menjadi arang- Melakukan sesuatu biarlah sehingga mendapat hasil

• Hati waja - Tidak mudah berputus asa

• Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih - Jikalau ada kemahuan tentu ada cara untuk melakukannya.

[© Disediakan oleh BKKeng] jika tidak mahu pelbagai alasan diberikan

Page 13: Peribahasa penting SPM

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) H.P:012-4020377 Ungkapan menarik dalam Karangan - 13 -

• Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya - Kita tidak akan mendapat hasil jika tidak

berusaha

• Malas bergarit perut perit - Sikap malas berusaha akan mendatangkan kesusahan

• Malu berkayuh perahu hanyut. malu bertanya sesat jalan - Orang yang malas tidak akan maju

• Mandi peluh - Bekerja keras

• Memeras otak - Berfikir atau belajar dengan bersungguh-sungguh

• Rajin dan usaha tangga kejayaan - Jika seseorang itu berusaha. [© Disediakan oleh BKKeng] sudah tentu dia akan

berjaya

• Sambil menyelam minum air - Membuat dua pekerjaan dalam satu masa

• Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit - Sabar dan tekun mengerjakan sesuatu. akhirnya berjaya Juga

• Sehari selembar benang. lama-lama menjadi kain - Apabila bersabar melakukan sesuatu. akan berhasil

juga akhirnya

• Seperti anai-anai makan kayu - Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan tekun dan rajin

• Ulat buku - Rajin membaca

• Yang bulat tidak datang bergolek. yang pipih tidak datang melayang - Sesuatu yang dihajatkan mestilah

diikuti dengan usaha kerana tidak datang dengan sendirinya

Semangat bermasyarakat / Kekeluargaan / Perhubungan

• Air dicencang tidak akan putus - Hubungan persaudaraan yang tidak akan putus walaupun berlaku

perpecahan/perselisihan

• Bagai beliung dengan asahan - Perhubungan yang akrab

• Banyak orang banyak ragamnya - Banyak orang. maka banyaklah perangai/ buah fikiran yang berbeza-

beza

• Biduk berlalu kiambang bertaut - Dua pihak yang bergaduh akan berbaik-baik semula apabila tiada

penghasutnya

• Buang yang keruh ambil yang jernih - Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang

baik sahaja

• Carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga - Adik-beradik yang bergaduh akan berbaik semula

• Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga- jika orang yang rapat dengan kita mendapat kesusahan. kita turut

berasa susah

• Darah daging - Anak atau saudara-mara daripada keturunan sendiri

• Enggang dengan enggang, pipit sama pipit. baru dapat terbang bersama - Perhubungan yang sama taraf

• Hilang di mata di hati jangan - Walaupun berjauhan. tetap ingat di hati

• Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua - jika seseorang ahli dalam sesuatu kumpulan mendapat

susah. ahli yang lain juga turut merasai kesusahannya

• Ikan di laut asam di darat, di dalam periuk bertemu juga - jikalau jodoh. di mana-mana pun akan bertemu

juga

• Jauh bau bunga, dekat bau tahi - Kaum keluarga yang berjauhan akan rindu-rinduan tetapi apabila

berdekatan akan berkelahi

• Kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi - Sesuatu perkara tidak akan berlaku jika "melibatkan

satu pihak sahaja

• Mati anak berkalang bapa, mati bapa berkalang anak - Anak dan bapa saling bertolongan

• Melentur buluh biarlah daripada rebungnya - Mendidik seseorang wajar dilakukan semenjak kecil

• Seperti isi dengan kuku - Hubungan yang sangat akrab

• Seperti pungguk merindukan bulan - Seseorang yang sentiasa ingat akan kekasihnya

Penyesalan

• Ikut hati mati, ikut rasa binasa - Orang yang mengikut nafsu akan musnah akhirnya

• Nasi sudah menjadi bubur - Perbuatan yang terlanjur tidak dapat diubah kembali

Page 14: Peribahasa penting SPM

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) H.P:012-4020377 Ungkapan menarik dalam Karangan - 14 -

• Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna - Kita hendaklah berfikir dahulu sebelum

melakukan sesuatu agar tidak menyesal pada hari kemudian

• Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan-Sekiranya terlanjur dalam melakukan sesuatu kesalahan,

eloklah insaf dengan segera

• Sudah terhantuk baru tengadah - Sesudah ditimpa kemalangan, baru hendak beringat-ingat

• Takut akan bayang-bayang sendiri - Rasa takut kerana bersalah

Berhati-hati / Teliti / Berjimat cermat

• Air yang tenang jangan disangka tiada buaya - Orang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut

• Alah membeli, menang memakai - Biarlah barang . yang dibeli mahal asalkan tahan lama

• Berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah- Melakukan sesuatu kerja dengan berhati-hati

• Biar titik jangan tumpah - Lebih baik rugi sedikit daripada rugi banyak

• Biar lambat asalkan selamat - Melakukan sesuatu pekerjaan biarlah berhati-hati supaya hasilnya baik

• Cencaru makan petang - Pekerjaan yang lambat tetapi mendatangkan hasil yang baik

• Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengardengar - Seseorang itu perlulah berhati-hati

apabila berbicara tentang sesuatu perkara

• Cicir dipungut, hilang dicari - Jangan membazirkan sesuatu makan kerana hendak berjimat

• Daripada segenggam jadi segantang - Daripada sedikit lama-lama menjadi banyak

• Ikat perut - Mengurangkan makan kerana susah

• Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis - Selalu berwaspada dan berhati-hati

• Memasang telinga - Mendengar dengan sungguhsungguh dan teliti

• Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati - Sesuatu perkara yang buruk dapat dielakkan jika

melakukan langkah pencegahan dari awal

• Mengukur baju di badan sendiri - Berbelanja mengikut kemampuan diri

• Rosak badan kerana mulut - Seseorang akan menerima akibat buruk jika tidak pandai mengawal tutur

kata

• Sediakan payung sebelum hujan - Berjaga-jaga sebelum ditimpa bencana

• Sekali jalan kena, dua kali jalan tahu - Sekali tertipu, tentu akan berhati-hati pada masa akan datang

• Seperti air di dalam kolam - Orang yang bersifat tenang

• Tepuk dada tanya selera - Sesuatu pekerjaan yang dilakukan hendaklah difikirkan baik-baik

• Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya - Berhati-hati apabila bercakap kerana

ditakuti akan menyinggung perasaan orang lain

Keberanian

• Berani buat berani tanggung - Bertanggungjawab terhadap sesuatu yang dilakukan

• Berani kerana benar, takut kerana salah - Berani kerana berada di pihak yang benar

• Cacing hendak menjadi naga - Orang kecil yang hendak menyamai orang besar

• Membujur lalu melintang patah - Tidak menghiraukan halangan/masalah

• Pantang berundur sebelum berjuang - Tidak mudah berputus asa sebelum berjaya

• Pantang mati sebelum ajal - Tidak akan tewas/ berundur sebelum masanya

Permuafakatan/Bekerjasama

• Bagai aur dengan tebing - Tolong-menolong antara satu sama lain

• Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing - Kerja yang berat atau yang susah akan menjadi senang dan

mudah sekiranya dilakukan bersama-sama

• Bersatu teguh, bercerai roboh - Bersatu padu menyebabkan masyarakat menjadi kuat, perpecahan pula

akan melemahkan masyarakat

• Bersekutu bertambah mutu - Perpaduan dalam kalangan rakyat menjamin kesejahteraan hidup

• Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat - Mencapai kata sepakat

• Hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah - Pengagihan yang sama banyak

Page 15: Peribahasa penting SPM

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) H.P:012-4020377 Ungkapan menarik dalam Karangan - 15 -

• Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua - Orang yang bermuafakat akan sehidup semati dan

tidak berubah kesetiaannya

• Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni - Perhubungan yang sangat akrab, susah senang ditanggung

bersama

• Muafakat membawa berkat - Sikap bekerjasama membawa kebaikan kepada semua

• Ringan tangan - Suka membantu

Kepatuhan /Kesetiaan

• Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut - Hendaklah patuh kepada undang-indang

negeri yang didiami

• Biar mati anak, jangan mati adat - Adat resam yang tidak boleh dilanggar atau dibelakangkan

• Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung - Kita hendaklah mengikuti undang-undang atau peraturan

di tempat kita menetap

• Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah- Semasa hidup mengikut peraturan atau adat, apabila sudah

mati terserah kepada hukum Tuhan

• Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga negeri sendiri - Walaupun kelebihan

di negara orang banyak, namun negara sendiri lebih baik lagi

• Jika kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya - Janji mesti ditepati

• Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak - Menyesuaikan diri dengan

tempat dan keadaan

• Seperti kerbau dicucuk hidung - Seseorang yang menurut sahaja kemahuan orang lain

Semangat patriotisme / Cinta akan negara

• Seperti belut pulang ke lumpur - Orang yang kembali ke tempat asalnya setelah lama merantau

• Seperti gagak pulang ke benua - Orang yang pulang ke tempat asal

• Seperti ikan pulang ke lubuk - Orang yang pulang ke tempat asal

• Setinggi-tinggi bangau terbang, hinggap di belakang kerbau juga - Sejauh mana pun seseorang itu

merantau, dia akan kembali ke tempat asalnya Juga

Rasional

• Ada akal - Mempunyai cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah

• Akal budi - Fikiran yang sihat

• Cari akal - Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara

• Jangan bercermin di air keruh - Perbuatan yang negatif janganlah ditiru

• Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh - Orang yang dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan

• Mencari jalan - Mencari akal atau idea ketika melakukan sesuatu

Kepentingan ilmu

• Diam ubi berisi - Diam orang yang berilmu sedang berfikir

• Harimau menyembunyikan kukunya - Orang yang menyembunyikan kelebihannya

• Ilmu itu pelita hati - Manusia yang berilmu hatinya akan tenang dan hidupnya tenteram

• Jauhari juga yang mengenal manikam - Orang yang bijaksana sahaja yang mengetahui kelebihan sesuatu

perkara

• Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga - Sekiranya tiada ilmu untuk melakukan

sesuatu lebih baik jangan melakukannya

• Membaca jambatan ilmu - Membaca dapat meluaskan pengetahuan

Kepentingan Masa

• Bertangguh itu pencuri masa - Tidak wajar berlengah-lengah apabila melakukan sesuatu kerana

membazirkan masa

• Kita mesti menepati waktu, waktu tidak menanti kita - Manusia tertakluk kepada ketentuan masa untuk

melakukan sesuatu, masa yang terlepas tidak akan kembali lagi

Page 16: Peribahasa penting SPM

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) H.P:012-4020377 Ungkapan menarik dalam Karangan - 16 -

• Masa itu emas - Masa sangat berharga

Kesesuaian/ Kesepadanan

• Bagai bulan dengan matahari - Pasangan yang sepadan

• Bagai pinang dibelah dua - Pasangan pengantin yang secocok

• Bertemu buku dengan ruas - Pasangan yang sesuai

• Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi - Sama taraf/ sepadan

• Enggang sama enggang, pipit sama pipit -Bersahabat dengan orang yang sama taraf

Kasih sayang

• Air yang dingin juga yang dapat memadamkan api - Kata-kata yang lemah lembut saja yang dapat

meredakan kemarahan seseorang

• Bagai menjaga intan dicanai - Kasih sayang yang teramat sayang

• Mabuk kepayang - Dilamun cinta sehingga terganggu fikiran

• Hilang di mata di hati jangan - Walaupun berjauhan, tetap ingat dalam hati

• Karam sambal oleh belacan - Seseorang yang dikasihi telah merosakkan harta yang diberikan kepadanya

tetapi ia tetap disayangi

• Kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang pegangan - Kasih ibu bapa kepada anak-anak untuk

selama-lamanya, tetapi kasih anak terhadap ibu bapa tidak tetap

• Kasihkan anak tangan-tangankan. kasihkan isteri tinggal-tinggalkan - Mengasihi anak dan isteri biarlah

berpatutan, jangan terlalu dimanjai bagi mengelakkan perkara buruk berlaku

• Menatang minyak yang penuh - Dijaga dengan sempurna kerana sangat dikasihi

• Tatang di anak lidah - Terlalu kasih akan anak dan isteri

Berdikari

• Kalau pandai meniti buih. selamat badan sampai ke seberang - Orang yang pandai membawa diri, di

mana-mana pun pergi tentu hidupnya selamat

• Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh - Seseorang yang pandai menyesuaikan diri

• Pandai menyelam air dangkal - Orang yang pandai membawa diri

• Timba air mandikan diri - Berusaha sendiri dengan tidak mengharapkan pertolongan orang lain

Hormat-menghormati

• Menjaga hati - Bertolak ansur dan saling menghormati

• Yang tegak disokong. yang lemah ditopang - Orang kaya dimuliakan, sedangkan orang miskin diberikan

pertolongan

Keadilan

• Duduk dengan cupak dan gantang - Ketua yang adil

• Seduit dibelah tujuh - Pembahagian yang sama rata

• Seperti menghela rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan terserak - Menghukum

hendaklah dengan seadil-adilnya

• Umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak - Hukuman yang kurang adil

Kebebasan

• Diberi berpadang luas - Seseorang diberikan kebebasan sepenuhnya

• Nafsu-nafsi beraja di mata, bersultan di hati - Orang yang bebas untuk melakukan apa-apa sahaja

• Orang berdendang di pentasnya, orang beraja di hatinya - Setiap orang berkuasa di rumah masing-masing

• Tepuk dada tanya selera - Terpulanglah kepada diri sendiri untuk membuat keputusan

-Tamat-© Khas untuk pelajar-pelajar BKKeng sahaja