gempur sejarah tajuk penting spm 2020 bab 1 …

38
GEMPUR SEJARAH TAJUK PENTING SPM 2020 BAB 1 TINGKATAN 4 OLEH: CIKGU ROSLE YASIN B.A. Hons. (U.Malaya) Dip. Ed.

Upload: others

Post on 15-Oct-2021

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: GEMPUR SEJARAH TAJUK PENTING SPM 2020 BAB 1 …

GEMPUR SEJARAH

TAJUK PENTING SPM 2020

BAB 1 TINGKATAN 4

OLEH:CIKGU ROSLE YASIN

B.A. Hons. (U.Malaya) Dip. Ed.

Page 2: GEMPUR SEJARAH TAJUK PENTING SPM 2020 BAB 1 …

Thn/

bab

04 05 06 07 08 09 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

1 5 5 1 1 1 5 5 1 5 X

2 1 1, 5 1 1 1 5 1 1

3 5 1 5 1 2 1 X

4 1 6 5 2 2 5 6 X

5 2 2 2 6 6 6 5

6 5 6 2 6 5 5 2 2,7 6 2 6

7 5 2 6 7 7 X

8 6 1 2 2

9 7 6 2 6 6 7 2 8 7

10 6 3 2 8 4,6 7 8 8 7 X

Jum 4 3 4 4 4 4 4 5 4 5 6 6 5 5 6 6

TEMA 7

TEMA 8

TEMA 9

Page 3: GEMPUR SEJARAH TAJUK PENTING SPM 2020 BAB 1 …

Thn/

bab

04 05 06 07 08 09 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

1 5 5 1 1 1 5 5 1 5 X

2 1 1, 5 1 1 1 5 1 1

3 5 1 5 1 2 1 X

BAB 1,2 & 3 adalah

TEMA 7 SEJARAH MENENGAH ATAS

Dua Soalan Daripada Tema 7

2020 Fokus bab1, 2 & 3

Page 4: GEMPUR SEJARAH TAJUK PENTING SPM 2020 BAB 1 …

Kemunculan Tamadun Awal Manusia

1. Makna Tamadun

2. Ciri-ciri Tamadun

3. Proses pembentukan Tamadun

ISI PELAJARAN

Thn/

bab

04 05 06 07 08 09 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

1 5 5 1 1 1 5 5 1 5 X2004

2006

2008

2010

2011

2013

2014(U)

2014

2015 (U)

2016

2017

2018(U)

2018

2020 (U)

Ciri-ciri Tamadun

Konsep Tamadun & Tamadun Mesopotamia

Mesir Purba

Mesir & Mesopotamia

Tamadun Indus

Tamadun Indus

Kegiatan perdagangan tamadun awal

Ciri Tamadun/ Mesopotamia

Tamadun Mesir

Maksud tamadun/ Lembah sungai

Tamadun Hwang Ho

Tamadun Mesopotamia

Ciri Tamadun

Tamadun Mesopotamia (Undang-undang

Hammurabi)

Ramalan 2020

1. Makna Tamadun

2. Lembah Sungai (Tamadun Indus, Hwang Ho &

Mesir Purba)

Percubaan 2020

Mesir - Pahang,Perlis, Perak

Indus- Melaka, NS

Hwang Ho-Terengganu, Johor

Page 5: GEMPUR SEJARAH TAJUK PENTING SPM 2020 BAB 1 …

FORMULA jawab Soalan ayat lengkap: Soalan, PW, F+h+ C

HURAIANMasukan huraian dan

penjelasan anda berkaitan

fakta yang di beri

H

H+H

H+H+H

INFERENS

Hal ini yang demikian,

Rumusannya, Oleh

itu,

Kesimpulannya,

Keseluruhannya dll

SOALAN @ P/ WACANA

[ DI AWAL AYAT]

SELAIN ITU, SELANJUTNYA, DI

SAMPING ITU,

BAGAIMANAPUN, AKHIRNYA,

SETERUSNYA DLL

+

FAKTA

KATA HUBUNG

DEMI, AGAR , BAGI,

UNTUK, SUPAYA

(DABUS)DI TENGAH AYAT

KATA KERJA

MELALUI

CONTOHBerikan satu atau dua

contoh yang berkaitan

(yang relevan)

Seperti, Contohnya,

misalnya, umpamanya dll

+

+ +

Page 6: GEMPUR SEJARAH TAJUK PENTING SPM 2020 BAB 1 …

1. Tamadun terawal di India ialah tamadun Indus yang melalui satu era kecemerlanganantara tahun 2500-1800 S.M

a. Senaraikan dua contoh Bandar terancang dalam tamadun tersebut 2 markah

1. ___________________________________________________________________

2. ____________________________________________________________________

F1

F2

F3

F4

Harrapa

Mohenjo Daro

Sutkagen Dor

Lothal

Page 7: GEMPUR SEJARAH TAJUK PENTING SPM 2020 BAB 1 …

b. Nyatakan ciri bandar terancang dalam tamadun tersebut 3 markah

___________________________________________________________________

____________________________________________________________________

F1

F2

F3

F4

F5

F6

F7

F8

F9

F10

F11

F12

F13

F14

Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian Dikelilingi oleh tembok.

Bahagian utama pusat pentadbiran dan keagamaan

Terdapat tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual

Tempat penyimpanan hasil pertanian.

Bahagian kedua kawasan perumahan.

Bandar-bandar dalam tamadun ini dirancang rapi dari sudut susun aturnya yang

sistematik.

Bandar dalam tamadun ini disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat

Setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus

Bersambung antara satu sama lain.

Jalan raya dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan

Setiap bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang.

Air kumbahan disalir melalui paip ke longkang

Bahan buangan dihantar ke pusat pembuangan

Pusat pembuangan terdapat di luar bandar

Page 8: GEMPUR SEJARAH TAJUK PENTING SPM 2020 BAB 1 …

b. Nyatakan ciri bandar terancang dalam tamadun tersebut 3 markah

___________________________________________________________________

____________________________________________________________________

Ciri bandar terancang dalam tamadun tersebut ialah bandarnya terbahagi

kepada dua bahagian. Bandar ini dikelilingi oleh tembok. Bahagian utama adalah pusat

pentadbiran dan keagamaan. Selain itu, bahagian utama bandar ini terdapat tempat

mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual atau keagamaan dan tempat

penyimpanan hasil pertanian.

Seterusnya bahagian kedua ialah kawasan perumahan. Bandar-bandar dalam

tamadun ini dirancang rapi dari sudut susun aturnya yang sistematik. Ia disusun

berasaskan blok-blok berbentuk segi empat dan setiap blok dipisahkan oleh satu

rangkaian jalan raya yang lurus serta bersambung antara satu sama lain. Jalan raya

juga dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan

Selain itu, setiap bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang. Air

kumbahan disalir melalui paip ke longkang manakala bahan buangan dihantar ke pusat

pembuangan. Pusat pembuangan ini terdapat di Kawasan luar bandar.

Page 9: GEMPUR SEJARAH TAJUK PENTING SPM 2020 BAB 1 …

C. Pada pandangan anda, mengapakah masyarakat Tamadun Indus mampu membinaBandar terancang? 3 markah

___________________________________________________________________

____________________________________________________________________

F1

F2

F3

F4

F5

F6

F7

F8

F9

F10

F11

F12

Pertembungan dengan tamadun Mesir dan Mesopotamia/ pertukaran teknologi

Pemahaman ilmu geometri/ matematik

Teknologi pembuatan batu bata

Kemajuan dalam bidang teknologi pembinaan

Mengamalkan sikap keterbukaan

Keamanan dan kedamaian

Kelebihan aspek geografi

Merancang pembangunan yang sistematik

Memanfaatkan sungai sebagai alat perhu-bungan dan pengangkutan

Terdapat system tulisan

Penduduk mementingkan kebersihan

Bahan binaan mudah didapati

Mana-mana jawapan yang munasabah

Page 10: GEMPUR SEJARAH TAJUK PENTING SPM 2020 BAB 1 …

C. Pada pandangan anda, mengapakah masyarakat Tamadun Indus mampu membinaBandar terancang? 3 markah

___________________________________________________________________

____________________________________________________________________

Pada pandangan saya, masyarakat Tamadun Indus

mampu membina Bandar terancang kerana

Selain Itu, Seterusnya

Page 11: GEMPUR SEJARAH TAJUK PENTING SPM 2020 BAB 1 …

Pada pandangan saya, masyarakat Tamadun Indus mampu membina Bandar terancang

kerana Pertembungan dengan tamadun Mesir dan Mesopotamia. Kesan pertembungan ini

menghasilkan pertukaran teknologi. Pertukaran teknolgi ini membolehkan memahaman ilmu geometri

dan matematik seterusnya membolehkan masyarakat Tamadun Indus mampu membina Bandar

terancang.

Selain itu, masyarakat Tamadun Indus mampu membina Bandar terancang kerana

penguasaan teknologi pembuatan batu bata dan kemajuan dalam bidang teknologi pembinaan.

Seterusnya, masyarakat Tamadun Indus mampu membina Bandar terancang kerana

mengamalkan sikap keterbukaan iaitu menerima mana-mana ilmu yang dapat memberi manfaat

kepada tamadun tersebut.

Keamanan dan kedamaian dalam tamdun ini juga menyumbang kepada keupayaan mereka

membina bandar terancang. Keadaan aman dan damai membolehkan kerajaan Tamadun Indus

memberi tumpuan kepada merancang pembangunan yang lebih sistematik.

Kelebihan aspek geografi juga menyumbang kepada pembinaan bandar terancang.

Kedudukannya di Kawasan lembah sungai membolehkan ia memanfaatkan sungai sebagai alat

perhubungan dan pengangkutan

c. Pada pandangan anda, mengapakah masyarakat Tamadun Indus mampu membina Bandar

terancang? 3 markah

Page 12: GEMPUR SEJARAH TAJUK PENTING SPM 2020 BAB 1 …

d. Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kesan pembinaan Bandar

terancang terhadap kehidupan manusia? 2 markah

F1

F2

F3

F4

F5

F6

F7

F8

F9

Kehidupan selesa

Kesihatan penduduk terjamin

Kemudahan sistem perhubungan

Kemudahan asas tersedia

Keamanan terjamin

Keselamatan terkawal

Aktiviti ekonomi berjalan lancar

Taraf hidup meningkat

Kebersihan Kawasan persekitaran

Mana-mana jawapan yang munasabah

Page 13: GEMPUR SEJARAH TAJUK PENTING SPM 2020 BAB 1 …

Berdasarkan pengetahuan saya, kesan pembinaan bandar terancang ialah

memberi kehidupan yang selesa kepada penduduk.

Selain itu, kesihatan penduduk terjamin ini kerana disediakan pelbagai

kemudahan kesihatan seperti hospital dan klinik. Hal ini yang demikian, ia boleh

meningkatkan mutu kesihatan manusia.

Kemudahan sistem perhubungan juga merupakan kesan pembinaan

bandar terancang. Contohnya sistem perhubungan moden seperti LRT, MRT, ERL

dan Monorel dibina. Ia membolehkan manusia bergerak dengan cepat dan

mudah dari satu tempat ke tempat lain dan boleh membantu perkembangan pesat

ekonomi negara

Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kesan pembinaan bandar terancang terhadap

kehidupan manusia?

Page 14: GEMPUR SEJARAH TAJUK PENTING SPM 2020 BAB 1 …

2. Peta berikut menunjukkan lokasi tamadun awal manusia di dunia.

1. ___________________________________________________________________

2. ____________________________________________________________________

a. Berdasarkan peta tersebut namakan dua tamadun awal manusia

2 markah F1

F2

F3

F4

Tamadun Mesir purba

Tamadun Sumeria/ Mesopotamia

Tamadun Indus

Tamadun Hwang Ho

Page 15: GEMPUR SEJARAH TAJUK PENTING SPM 2020 BAB 1 …

b. Namakan dua sungai yang terdapat dalam tamadun awal manusia?

2 markah

1. ___________________________________________________________________

2. ____________________________________________________________________

F1

F2

F3

F4

Sungai Nil

Sungai Tigris/ Eupharates/ Sungai Dajlah/Furat

Sungai Indus

Sungai Hwang Ho / Sungai Kuning

Page 16: GEMPUR SEJARAH TAJUK PENTING SPM 2020 BAB 1 …

c. Pada pandangan anda, mengapakah tamadun awal manusia tertumpu di

kawasan sekitar lembah sungai? 3 markah

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

____________________________________________________________________

F1

F2

F3

F4

F5

F6

F7

F8

F9

F10

F11

F12

Tanah subur untuk pertanian / delta/ tanah sesuai/ subur

Bekalan air kegunaan harian

Sumber makanan/ikan/hidupan air/ sumber protien

Kemudahan pengangkutan/perhubungan

Punca air untuk mengairi tanah pertanian/tanaman

Tanah pamah/rata/datar sesuai untuk petempatan

Bekalan tanah liat untuk tujuan pembinaan/tembikar

Kemudahan menjalankan perdagangan/ pelabuhan

Keselamatan/ benteng pertahanan

Iklim yang sesuai

Kawasan tanah luas untuk pertanian

Sumber pokok papyrus untuk buat kertas

Mana-mana jawapan yang munasabah

Page 17: GEMPUR SEJARAH TAJUK PENTING SPM 2020 BAB 1 …

c. Pada pandangan anda, mengapakah tamadun awal manusia tertumpu di

kawasan sekitar lembah sungai? 3 markah

Pada pandangan saya, tamadun awal manusia tertumpu di kawasan sekitar

lembah sungai kerana tanah subur sesuai untuk kegiatan pertanian. Selain itu,

terdapat punca bekalan air untuk mengairi kawasan pertanian, minuman binatang

ternakan dan kegunaan harian.

Di kawasan lembah sungai juga terdapat sumber protein ikan dan hidupan air

yang boleh dijadikan sumber makanan.

Selain itu, sungai boleh dijadikan jalan perhubungan dan kemudahan

pengangkutan. Ia memudahkan manusia bergerak dari satu tempat ke satu tempat

yang lain di samping kemudahan menjalankan perdagangan kerana terdapatnya

pelabuhan

Tanah di kawasan lembah sungai rata dan datar sesuai untuk dijadikan

petempatan. Di kawasan lembah sungai juga terdapat bekalan tanah liat untuk tujuan

pembinaan dan pembuatan tembikar.

Page 18: GEMPUR SEJARAH TAJUK PENTING SPM 2020 BAB 1 …

d. Sungai amat penting dalam kehidupan manusia. Bagaimanakah cara kita memeliharasungai supaya kebersihannya terjamin? 2 markah

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

____________________________________________________________________

F1

F2

F3

F4

F5

F6

F7

F8

F9

F10

F11

Memastikan kebersihan sungai / tidak buang sampah

Menyumbang tenaga dan idea untuk memelihara sungai

Menjalankan program sungai angkat

Menguatkuasakan undang-undang yang ketat

Mempopularkan aktiviti sukan air

Menjadikan sungai sebagai produk pelancongan

Merancang pembangunan yang sistematik

Memanfaatkan sungai sebagai alat perhuhungan/ pengangkutan

Kempen meningkatkan kesedaran masyarakat

Merawat sisa kilang sebelum dilepaskan ke sungai

Mengelakkan pencemaran

Mana-mana jawapan yang munasabah

Page 19: GEMPUR SEJARAH TAJUK PENTING SPM 2020 BAB 1 …

d. Sejarah telah membuktikan betapa pentingnya sungai dalam kehidupanmanusia. Bagaimanakah kita seharusnya memelihara sungai supayakeselesaan hidup manusia terjamin?

Kita seharusnya memelihara sungai supaya keselesaan hidup manusia

terjamin dengan cara memastikan kebersihan sungai iaitu dengan tidak buang

sampah ke dalam sungai.

Sungai yang bersih dan cantik boleh dijadikan daya penarik kepada

pelancong untuk datang melancong dan mendatangkan sumber pendapatan

kepada negara contohnya kerajaan Melaka telah berusaha menjadikan sungai

Melaka bersih dan mengusahakan “Malacca Cruise” sebagai produk

pelancongan yang boleh menjana pendapatan negeri.

Selain itu, menguatkuasakan undang-undang dan denda yang

tinggi perlu dilaksanakan dalam usaha memastikan sungai terpelihara

daripada pencemaran dan pembuangan sisa-sisa toksid. Dengan cara ini

diharapkan ia dapat mendidik masyarakat supaya mempunyai rasa

tanggungjawab bersama-sama menjaga kebersihan sungai.

Page 20: GEMPUR SEJARAH TAJUK PENTING SPM 2020 BAB 1 …

3. Pada sekitar tahun 3,500 S.M, Tamadun Mesir Purba berkembang

menjadi pusat tamadun awal dunia

a. Pada pandangan anda, apakah keistimewaan masyarakat Mesir Purba

yang menyumbang kepada kemunculan Mesir sebagai pusat tamadun

awal manusia? 6markah

Page 21: GEMPUR SEJARAH TAJUK PENTING SPM 2020 BAB 1 …

F1

H1a

F2

H2a

H2b

H2c

F3

H3a

H3b

F4

H4a

H4b

H4c

F5

H5a

H5b

H5b

F6

H6a

H6b

H6c

Firaun Menes menyatukan semua nome

Mengasaskan sebuah pusat pentadiran di Bandar Thinis

Kehidupan berorganisasi

diketuai oleh Firaun

firaun berkuasa mutlak dan dianggap suci

Firaun berperanan sebagai ketua pendeta/ pemilik tanah/ketua hakim/ketua pahlawan

Sistem pemerintahan

Diterajui oleh Firaun

Firaun dibantu oleh golongan bangsawan

Pengkhususan pekerjaan

Penenunan/pembuatan barang tembikar

eksport utama seperti tekstil dan kertas

aktiviti ekonomi lain perlombongan emas

Sistem kepercayaan

Percaya kepada konsep politeisme

Setiap tuhan dikaitkan dengan unsur alam

Percaya kepada kehidupan selepas mati

Sistem tulisan

dikenali sebagai Hieroglif

Berasaskan kombinasi gambar dan symbol yang berdasarkan bunyi

Tujuan untuk merekod aktiviti pertanian

Page 22: GEMPUR SEJARAH TAJUK PENTING SPM 2020 BAB 1 …

a. Pada pandangan anda, apakah yang menyumbang kepada kemunculan Mesir

sebagai pusat tamadun awal manusia? 6markah

Keistimewaan masyarakat Mesir Purba apabila Firaun Menes menyatukan semua

nome. Beliau telah mengasaskan sebuah pusat pentadiran di Bandar Thinis.

Sistem pentadbiran mereka berorganisasi yang diketuai oleh Firaun. Firaun

berkuasa mutlak dan dianggap suci. Selain itu, firaun berperanan sebagai ketua pendeta,

pemilik tanah, ketua hakim dan ketua pahlawan.

Dalam sistem pemerintahan pula, Mesir diterajui oleh Firaun. Dalam

pemerintahannya firaun dibantu oleh golongan bangsawan.

Selain itu, faktor yang menyumbang kepada kemunculan Mesir sebagai pusat

tamadun awal manusia ialah pengkhususan pekerjaan terutama dalam kegiatan

penenunan dan pembuatan barang tembikar. Eksport utama Mesir ialah tekstil dan

kertas. Di samping itu, Mesir menjalankan aktiviti ekonomi lain seperti perlombongan

emas.

Page 23: GEMPUR SEJARAH TAJUK PENTING SPM 2020 BAB 1 …

b. Terangkan sumbanganTamadun Mesir Purba kepada masyarakat dunia yang

kekal hingga ke hari ini. 6 markah

F1

H1a

H1b

F2

H2a

H2b

F3

H3a

H3b

F4

H4a

H4b

H4c

Seni bina

Pembinaan piramid

Menggunakan batu bata

Kewujudan sistem pendidikan

untuk kanak-kanak keluarga atasan

bertujuan untuk melahirkan jurutulis

Penciptaan kertas

daripada pokok papyrus

Mudahkan menyimpan khazanah negara

Sistem Tulisan

sistem tulisan hieroglif

bertujuan mencatat aktiviti pertanian

merekod pungutan cukai dan amalan ritual

Page 24: GEMPUR SEJARAH TAJUK PENTING SPM 2020 BAB 1 …

F5

H5a

H5b

H5b

F6

H6a

F7

H7a

F8

H8a

H8b

Kemajuan ilmu perubatan

melahirkan pengamal perubatan

kemahiran dalam bidang pembedahan

kemahiran dalam mengawet mayat

Perkembangan ilmu pengetahuan

matematk/algebra/geometri/astronomi

Mencipta sistem pengairan

menukarkan kawasan padang pasir menjadi kawaan pertanian yang subur

Sistem Kalendar

365 hari setahun

12 bulan dalam setahun

Page 25: GEMPUR SEJARAH TAJUK PENTING SPM 2020 BAB 1 …

b. Terangkan sumbanganTamadun Mesir Purba kepada masyarakat dunia yang

kekal hingga ke hari ini. 6 markah

Purba kepada masyarakat dunia yang kekal hingga ke hari ini ialah dalam

bidang seni bina contohnya seperti pembinaan pyramid. Selain itu, terdapat pembinaan

yang menggunakan batu bata.

Sumbangan tamadun Mesir juga dapat dilihat dengan wujudnya sistem

Pendidikan. Pada awal sistem untuk kanak-kanak keluarga atasan bertujuan untuk

melahirkan jurutulis.

Selain itu, tamadun Mesir telah mencipta kertas yang diperbuat daripada pokok

papyrus. Penciptaan kertas telah memudahkan menyimpan khazanah negara.

Seterusnya, tamadun Mesir telah memperkenalkan sistem kalendar yang

mengandungi 365 hari dalam setahun dan 12 bulan dalam setahun.

Page 26: GEMPUR SEJARAH TAJUK PENTING SPM 2020 BAB 1 …

c.i Pada pandangan anda, mengapakah Mesir Purba cemerlang dalam

bidang seni bina? 4 markah

F1

C1a

H1a

F2

C2a

H2b

H2c

F3

H3a

H3b

H3c

F4

Galakan pemerintah

Firaun Djoser / Imhotep

sumbangan kewangan / memberi beri sokongan

Kemahiran ilmu pengetahuan

Matematik / geometri

Kemahiran senibina

Mahir hasilkan blok batu-bata

Kualiti rakyat

Rajin / gigih berusaha

Kreatif dan inovatif / Melahirkan arkitek

Bersatupadu / bekerjasama

Kesetian rakyat kepada pemerintah

Page 27: GEMPUR SEJARAH TAJUK PENTING SPM 2020 BAB 1 …

c.i Pada pandangan anda, mengapakah Mesir Purba cemerlang dalam

bidang seni bina? 4 markah

Mesir Purba cemerlang dalam bidang seni bina kerana Galakan

pemerintah seperti Firaun Djoser dan juga Imhotep. Pemerintah Mesir

menyumbangkan sumber kewangan dan memberi beri sokongan dalam

menghasilkan seni bina atau ciptaan.

Selain itu, kemahiran ilmu pengetahuan seperti ilmu Matematik dan

geometri membolehkan mereka menguasai kemahiran senibina. Mereka mahir

menghasilkan blok batu-bata untuk membuat binaan.

Seterusnya, kualiti rakyat Mesir yang rajin dan gigih berusaha

membolehkan Mesir cemerlang dalam bidang seni bina. Rakyat Mesir juga kreatif

dan inovatif sehingga dapat melahirkan ramai arkitek yang berkebolehan.

Page 28: GEMPUR SEJARAH TAJUK PENTING SPM 2020 BAB 1 …

c.ii Pembentukan tamadun Mesir Purba adalah merupakan anugerah Sungai

Nil.

Jelaskan pernyataan tersebut. 4 markah

F1

F2

F3

F4

F5

F6

F7

F8

Kemudahan pengangkutan seperti perahu

Pembinaan pelabuhan untuk tujuan perdagangan

Sungai Nil bekalkan tanah subur untuk pertanian

Bekalkan air untuk pertanian/penternakan

Kegunaan harian seperti minuman

Bekal makanan seperti ikan

Wujud petempatan tetap sepanjang sungai Nil dan wujudkan perkampungan

Pokok papyrus tumbuh sepanjang sungai Nil digunakan untuk membuat

kertas

Page 29: GEMPUR SEJARAH TAJUK PENTING SPM 2020 BAB 1 …

c.ii Pembentukan tamadun Mesir Purba adalah merupakan anugerah Sungai

Nil. Jelaskan pernyataan tersebut. 4 markah

Pembentukan tamadun Mesir Purba adalah merupakan anugerah

Sungai Nil kerana sungai Nil diguna untuk kemudahan berhubung antara satu

sama lain dengan menggunakan pengangkutan seperti perahu.

Selain itu, terdapat pembinaan pelabuhan di sungai Nil untuk tujuan

perdagangan. Sungai Nil juga membekalkan tanah subur untuk menjalankan

kegiatan pertanian.

Air sungai Nil digunakan untuk mengairi kawasan pertanian dan

minuman binatang ternakan selain untuk kegunaan harian seperti minuman.

Sungai Nil juga membekal makanan seperti ikan. Pokok papyrus

tumbuh sepanjang sungai Nil juga turut digunakan untuk membuat kertas

Page 30: GEMPUR SEJARAH TAJUK PENTING SPM 2020 BAB 1 …

4. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat

yang bertambah maju.

a. Jelaskan konsep tamadun daripada pandangan

i. Islam 4 markah

F1

F2

F3

F4

F5

F6

F7

Berasal dari kata Arab = mudun/ madain/ madana/ madani

Berkaitan dengan ketinggian budi Bahasa

Pembukaan bandar/ kehidupan bandar

Mesti merangkumi pembangunan lahiriah [luaran/fizikal jasmani] dan

rohaniah/ moral

Menurut Syed Naquib al-Attas, pencapaian tatap tata susila yang tinggi

Kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat/ tatacara hidup yang

sempurna

Richard Sullivan mengakui kepentingan unsur rohaniah dalam konsep

tamadun

Page 31: GEMPUR SEJARAH TAJUK PENTING SPM 2020 BAB 1 …

4. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat

yang bertambah maju.

a. Jelaskan konsep tamadun daripada pandangan

i. Islam 4 markah

Konsep tamadun daripada pandangan Islam ialah berasal dari kata Arab

mudun, madain, madana dan madani. Ia berkaitan dengan ketinggian budi Bahasa.

Selain itu, ia bermaksud pembukaan bandar atau kehidupan bandar.

Dari sudut pandangan Islam, konsep tamadun mesti merangkumi

pembangunan lahiriah dan rohaniah. Menurut Syed Naquib al-Attas, tamadun dari

sudut pandangan Islam ialah pencapaian terhada tata susila yang tinggi dan

kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat atau tatacara hidup yang

sempurna.

Richard Sullivan mengakui kepentingan unsur rohaniah dalam konsep

tamadun berasaskan konsep pandangan Islam

Page 32: GEMPUR SEJARAH TAJUK PENTING SPM 2020 BAB 1 …

4. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat

yang bertambah maju.

a. Jelaskan konsep tamadun daripada pandangan

ii. Barat 4 markah

F1

F2

F3

F4

F5

F6

F7

Perkataan Greek, civitas bermaksud bandar

Perkataan Inggeris civilization/ peradaban

Pembangunan lahiriah

Pembangunan kebudayaan

Penulisan/ undang-undang/ kesenian/ pembandaran

Menurut Gordon Childe pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur

kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat

Darcy Riberio dan R.A. Buchanan menekankan kepentingan dan

pembangunan lahiriah dalam pro-ses perkembangan tamadun

Page 33: GEMPUR SEJARAH TAJUK PENTING SPM 2020 BAB 1 …

a. Jelaskan konsep tamadun daripada pandangan

ii. Barat 4 markah

Konsep tamadun daripada pandangan Barat daripada perkataan Greek,

civitas bermaksud bandar. Manakala perkataan Inggeris civilization bermaksud

peradaban.

Konsep tamadun daripada pandangan barat merujuk pembangunan

lahiriah Iaitu pembangunan kebudayaan, penulisan, undang-undang, kesenian

dan pembandaran

Menurut Gordon Childe konsep tamadun daripada pandangan barat

menjadikan pencapaian lahiriah sebagai kayu ukur kemajuan tamadun dalam

sesebuah masyarakat. Manakala Darcy Riberio dan R.A. Buchanan

menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam proses

perkembangan tamadun

Page 34: GEMPUR SEJARAH TAJUK PENTING SPM 2020 BAB 1 …

b. Terangkankan ciri-ciri tamadun awal manusia dari segi penciptaan bahasa

dan sistem tulisan 6 markah

F1 Menjadikan ilmu pengetahuan berkembang

F2 Bahasa tertua termasuklah bahasa Yunani / Sanskrit

F3 Sistem tulisan awal ialah cuneiform / hieroglif / ideogram

F4 Bahasa digunakan untuk perhubungan

F5 Sistem tulisan bertujuan untuk urusan pentadbiran

F6 Menyimpan rekod

F7 Penulisan undang – undang

F8 Hal – hal keagamaan

F9 Menyampaikan idea

F10 Memperkembangkan idea

F11 Mencatat idea pemikiran manusia

Page 35: GEMPUR SEJARAH TAJUK PENTING SPM 2020 BAB 1 …

b. Terangkankan ciri-ciri tamadun awal manusia dari segi penciptaan bahasa

dan sistem tulisan 6 markah

Ciri-ciri tamadun awal manusia dari segi penciptaan bahasa dan

sistem tulisan telah menjadikan ilmu pengetahuan berkembang. Selain

itu, hahasa tertua termasuklah bahasa Yunani dan Sanskrit manakalasistem tulisan awal ialah cuneiform, hieroglif dan ideogram

Selain itu, bahasa digunakan untuk perhubungan dan sistem tulisan

pula bertujuan untuk urusan pentadbiran seperti menyimpan rekod,

penulisan undang–undang dan hal – hal keagamaan.

Seterusnya, penciptaan bahasa dan sistem tulisan membolehan

penyampaian idea dan memperkembangkan idea sekaligus dapat

mencatat idea pemikiran manusia.

Page 36: GEMPUR SEJARAH TAJUK PENTING SPM 2020 BAB 1 …

c. Sebagai generasi muda, bagaimanakah anda dapat mengekalkan tamadun

bangsa? 6 markah

F1 Mematuhi ajaran agama

F2 Mengukuhkan semangat cinta negara

F3 Mengamalkan budaya bangsa

F4 Mengeratkan perpaduan bangsa

F5 Memelihara jati diri

F6 Menguasai ilmu pengetahuan

F7 Menguasai segala bidang kemahiran

F8 Menghindari budaya negatif

Mana-mana jawapan munasabah

Page 37: GEMPUR SEJARAH TAJUK PENTING SPM 2020 BAB 1 …

c. Sebagai generasi muda, bagaimanakah anda dapat mengekalkan tamadun

bangsa? 6 markah

Sebagai generasi muda, saya dapat mengekalkan tamadun bangsa dengan

cara mematuhi ajaran agama. Mematuhi ajaran agama membolehkan saya menjadi

warganegara yang baik dan menghargai tamadun bangsa.

Seterusnya saya akan mengukuhkan semangat cinta akan negara dan

mengamalkan budaya bangsa yang menjadi warisan negara bangsa.

Dalam usaha mengekalkan tamadun bangsa, saya akan mengeratkan

perpaduan bangsa agar negara sentiasa berada dalam suasana aman dan damai dan

menjadi contoh kepada negara yang lain.

Saya juga akan memelihara jati diri dengan mengamalkan budaya bangsa yang

menjadi warisan sejak zaman berzaman supaya warisan akan terus tegak kukuh

sepanjang zaman.

Akhir sekali saya akan berusaha menguasai ilmu pengetahuan dan segala

bidang kemahiran agar dapat menjadi pedoman dalam mengekalkan tamadun bangsa

Page 38: GEMPUR SEJARAH TAJUK PENTING SPM 2020 BAB 1 …

Terima KasihTerima Kasih

Terima KasihTerima Kasih

WassalamWassalam