peribahasa dalam cerpen mahar asmara_1
DESCRIPTION
peribahasaTRANSCRIPT
Peribahasa dalam Cerpen Mahar Asmara.
1. Ada Padang Adalah belalang.
Setiap cerpen mengandungi peribahasa di dalamnya. Peribahasa ini digunakan bagi
menggambarkan sesuatu keadaan itu sama ada suasana sedih, sakit, gembira dan
sebagainya. Dalam cerpen Mahar Asmara ini turut mengandungi peribahasa iaitu
pada kronologi cerita yang pertama. Contohnya :
Peribahasa yang digunakan dalam petikan ini ialah ‘ada padang, adalah
belalangnya’. Maksudnya ialah apabila ada negara tentulah ada rakyatnya. Petikan
ini menunjukkan bahawa Sang Puteri mempunyai sebuah negara iaitu yang terletak
di puncak Gunung Ledang. Negeri tersebut merupaka negeri di alam bunian. Sang
Puteri merupakan seorang ketua negara bagi negaranya dan rakyatnya pula seramai
lapan orang termasuklah tujuh orang inang pengasuh dan seorang ketua pengasuh.
Ada padang membawa maksud sesuatu yang luas atau besar. Jika dilihat dari sudut
tersirat maksud padang digambarkan dengan sebuah kerajaan atau negara.
Manakala ada belalang pula membawa maksud rakyat bagi sesebuah negara.
Peribahasa ini dapat dikaitkan dengan masyarakat masa kini iaitu negara kita
merupakan sebuah negara yang aman damai yang dinamakan sebagai Malaysia. Di
Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri. Perdana Menteri merupakan ketua
pentadbir negara dan penduduk di negara Malaysia pula merupakan rakyat bagi
negara tersebut.
Dang Raya Rani, ketua pengasuh bagaikan tidak terlayan lagi dengan kenakalan Sang Puteri
yang baru. Pada setiap kali sang Puteri memasuki taman larangan bersiar-siar dalam matahari
pagi dan matahari petang yang cemerlang, Dang Raya Rani akan terbongkok-bongkok
mengikuti Sang Puteri di belakang bersama tujuh orang inang pengasuh yang lain, masing-
masing mengampu pakaian Sang Puteri yang tidak mahu dipakainya lagi.