peribahasa
DESCRIPTION
untuk libraryTRANSCRIPT
PowerPoint Presentation
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Ertinya : Jika membuat sesuatu kerja biarlah sampai selesai.
Berani menjual, berani membeli.
Ertinya : Kalau kita berani melakukan sesuatu, kita mestilah berani menerima akibatnya.
Berkata siang lihat-lihat, berkata malam dengar-dengar.
Ertinya : Melakukan atau mengatakan sesuatu biarlah berhati-hati.
Berjagung-jagung dahulu, sementara menanti padi masak.
Ertinya : Sementara menunggu hasil besar, buatlah kerja yang mendatangkan hasil kecil dahulu.
Asyik memangku tangan, mati di dalam angan-angan.
Ertinya : Bercita-cita hendak mendapat sesuatu tetapi tidak berusaha ke arah itu adalah perbuatan sia-sia.
Biar buruk kain dipakai, asal pandai mengambil hati.
Ertinya : Budi bahasa haruslah dijaga supaya tidak dicela orang, walau pun keadaan kita miskin dan hina.
Cubit paha kiri, paha kanan terasa juga.
Ertinya : Kalau orang menyakiti saudara mara kita, sudah tentulah kita turut merasainya.
Dilambai tak nampak, diseru tak dengar.
Ertinya : Orang yang degil itu tidak akan mengendahkan nasihat orang lain.
Fikiran tak sekali tiba, akal tak sekali datang.
Ertinya : Dalam melakukan sesuatu pekerjaan, janganlah mudah cepat putus asa. Kalau berusaha pasti akan berjaya.
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
Ertinya : Jika sesuatu pekerjaan itu dilakukan beramai-ramai, faedahnya juga hendaklah dibahagi sama rata.
Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati.
Ertinya : Budi dan jasa seseorang itu kepada kita tidak dapat dibalas dengan wang, tetapi dibawa hingga ke mati.
Jika kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga.
Ertinya : Jika ilmu kita cetek, janganlah cuba menandingi orang yang PAKAR dalam sesuatu bidang itu
Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa.
Ertinya : Kebolehan dan kepandaian tidak semestinya bergantung pada usia.
Malu bertanya sesat jalan, malas berdayung perahu hanyut.
Ertinya : Kalau segan berusaha, kita tidak akan mencapai kemajuan.
Orang lain makan nangka, orang lain yang kena getah.
Ertinya : Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dituduh.
Niat hati hendak memeluk gunung, apa daya tangan tak sampai.
Ertinya : Niat atau cadangan hendak berbuat kebajikan atau kebaikan tetapi tidak berupaya.
Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.
Ertinya : Pekerjaan yang susah dan senang dilakukan bersama-sama.
Naik tak bertangga, turun tak berpintu.
Ertinya : Orang yang selalu berbuat sesuatu tanpa mengikut peraturan biasanya membahayakan diri sendiri.
Masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau menguak.
Ertinya : Di mana kita tinggal, mestilah ikut adat resam di tempat itu.
Empat sudah bersimpul satu.
Ertinya : Kesempurnaan diperoleh daripada empat orang iaitu orang yang berilmu,berakal,orang yang mahir dan orang yang rajin.