makmal bergerak - kimia.gov.my kimia 2012.pdf · semoga jabatan kimia akan terus maju di bawah...

12
Makmal Bergerak - Inovasi Dalam Perkhidmatan

Upload: ngodang

Post on 29-Aug-2019

267 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Makmal Bergerak - kimia.gov.my kimia 2012.pdf · Semoga Jabatan Kimia akan terus maju di bawah kepimpinan Tuan Ketua Pengarah. Ucapan tahniah Ucapan tahniah juga kepada semua pegawai-pegawai

Makmal Bergerak - Inovasi Dalam Perkhidmatan

Page 2: Makmal Bergerak - kimia.gov.my kimia 2012.pdf · Semoga Jabatan Kimia akan terus maju di bawah kepimpinan Tuan Ketua Pengarah. Ucapan tahniah Ucapan tahniah juga kepada semua pegawai-pegawai

Suara Kimia 2012

2

Y.B Perdana Menteri telah memperkenalkan enam prinsip yang

perlu diamalkan oleh penjawat awam iaitu Cepat, Tepat,

Integriti (CPI) dan disokong dengan Produktiviti,

Kreativiti dan Inovasi (PCI). Ianya begitu sinonim dengan

tugas kita yang sentiasa perlu menyelesaikan tugas dengan

cepat bagi memenuhi permintaan pelanggan. Prestasi kerja

tentunya akan dapat dipertingkatkan melalui pengamalan

PCI. Dengan ini, warga kerja Kimia Malaysia sentiasa

berfikiran kreatif lagi berinovasi, menganjak keluar dari

amalan biasa. Sebagai kelompok sains, kita mempunyai

kelebihan dalam menjana pengurusan dan pembangunan masa

kini yang berorientasikan sains dan teknologi. Ini penting

bagi memastikan Jabatan Kimia Malaysia terus kekal relevan

dalam memberi perkhidmatan bermutu kepada rakyat Malaysia.

Akhir kata, amatlah diharapkan agar kita dapat terus

menjadi warga kerja yang berorientasikan produktiviti dan

inovasi.Sehingga bertemu lagi di keluaran Suara Kimia akan

datang.

CORETAN KETUA EDITOR:

Assalamualaikum dan Salam

Sejahtera,

Syukur ke hadrat Ilahi kerana

dengan izin-Nya, Suara Kimia 2012

dapat diterbitkan dengan jayanya.

Pelbagai peristiwa yang dirakamkan

di dalam Suara Kimia adalah

bermatlamat untuk menghargai warga

kimia yang terlibat dan sentiasa

memberi sokongan bagi menaikkan

imej dan prestasi jabatan. Setiap

warga kerja Kimia adalah amat

bernilai, tanpa mengira pangkat dan

jawatan, bersama-sama kita memberi

sumbangan memperkasakan Kimia

Malaysia.

Sidang Redaksi

PENAUNG - En Ahmad Ridzuan Ibrahim

PENASIHAT - Tn Hj Ismail Talib KETUA EDITOR - En Mohd Izuan Othman

EDITOR - En Asrul Hafez Zulkifli En Sopian Ashafi Mohamed Pn Rozana Ayub

FOTOGRAFI - En Karthigesu Anamalai dan mereka yang menjayakan Suara Kimia 2012

Kandungan

4

4

Makmal Bergerak

5 Naik Pangkat

6

7

Minggu OSH

Sambutan Hari Raya

9

8 Sains & Inovasi

1 Warga 1 Pokok

Personaliti

Hari keluarga

3 Amanat Ketua Pengarah

KetPengrahPengarah

10

11

Page 3: Makmal Bergerak - kimia.gov.my kimia 2012.pdf · Semoga Jabatan Kimia akan terus maju di bawah kepimpinan Tuan Ketua Pengarah. Ucapan tahniah Ucapan tahniah juga kepada semua pegawai-pegawai

Suara Kimia 2012

3

Pertama sekali,

ingatlah akan matlamat serta misi kita dan budayakan lah nilai-nilai murni dan etika kerja dalam diri seperti sikap berbudi bahasa, profesional dan kerja berpasukan atau

teamwork; kerana 'no man is an island'. Kita juga mesti berkebolehan untuk berkomunikasi dengan baik supaya dapat melakukan perubahan dalam gaya hidup; berkomunikasi bukan sahaja pandai bercakap tetapi juga mesti menjadi pendengar yang baik!

Oleh itu, kita perlu menghisab diri dan bertanya pada diri sendiri, “Mengapakah saya bekerja dalam profesion ini dan mengapa saya memilih Jabatan Kimia?”. Mungkin ada yang menjawab “Aku bekerja hanya untuk mendapat gaji” tetapi pernah kah kita ikhlas dalam melaksanakan kerja. Bagi saya, ia sepatutnya menjadi pegangan hidup.

- Encik Ahmad Ridzuan bin Ibrahim, Ketua Pengarah Kimia

Petikan teks ucapan Ketua Pengarah, Jabatan Kimia Malaysia di Majlis Perhimpunan Bulanan Januari 2012

Amanat Ketua Pengarah

Page 4: Makmal Bergerak - kimia.gov.my kimia 2012.pdf · Semoga Jabatan Kimia akan terus maju di bawah kepimpinan Tuan Ketua Pengarah. Ucapan tahniah Ucapan tahniah juga kepada semua pegawai-pegawai

Suara Kimia 2012

4

"MAKMAL BERGERAK" merupakan satu inisiatif terbaharu Jabatan

Kimia Malaysia dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan.

Ketua Pengarah Kimia, Encik Ahmad Ridzuan Ibrahim di dalam

ucapannya ketika majlis pelancaran pada 12 Januari 2012 yang lalu

mengatakan dengan adanya Makmal Bergerak ini adalah untuk

membolehkan Jabatan Kimia Malaysia memberi perkhidmatan analisis

Kimia walau di mana sahaja. Dengan kecanggihan teknologi ini,

jabatan akan dapat meningkatkan keupayaan teknikal dan bidang

kerja baharu, mempercepatkan pengeluaran laporan Kimia dan

seterusnya meningkatkan kepuasan pelanggan. Dengan kos

keseluruhan hampir mencecah RM 1.5 juta, ia dilengkapi kemudahan

peralatan makmal mudah alih yang canggih dan ruang kerja bagi

menjalankan analisis di tempat kejadian dengan serta-merta. Makmal

Bergerak ini telah digunakan secara meluas terutama di dalam

mengendalikan penyiasatan makmal dadah haram.

Pelancaran Makmal Bergerak Kimia

Malaysia

Page 5: Makmal Bergerak - kimia.gov.my kimia 2012.pdf · Semoga Jabatan Kimia akan terus maju di bawah kepimpinan Tuan Ketua Pengarah. Ucapan tahniah Ucapan tahniah juga kepada semua pegawai-pegawai

Suara Kimia 2012

5

Ucapan tahniah diucapkan kepada Tuan Ketua Pengarah Kimia Malaysia, En. Ahmad Ridzuan bin Ibrahim di

atas pengesahan beliau sebagai Ketua Pengarah Kimia Malaysia, Gred JUSA Utama B (VU6) pada 9 Februari

2011. Semoga Jabatan Kimia akan terus maju di bawah kepimpinan Tuan Ketua Pengarah. Ucapan tahniah

juga kepada semua pegawai-pegawai yang telah disahkan kenaikkan pangkat. Semoga kenaikan pangkat tuan

/ puan menjadi dorongan untuk terus memberi sumbangan bakti yang signifikan lagi bermakna serta

cemerlang, bukan sahaja Jabatan, malahan juga kepada Negara.

BIL NAMA PEGAWAI GRED

TARIKH MEMANGKU

BAHAGIAN/CAWANGAN

1. Mazlan bin Yusof C52 15.6.2012 PMT

2. Siti Hajar binti Hussin C44 31.12.2011 JKM Pahang

3. Halifah binti Mat Yasin C44 31.12.2011 JKM Kuching

4. Nurul Aini binti Mohd. Noor

C44 31.12.2011 Forensik

5. Sharmilah a/p Kuppusamy

C44 31.12.2011 Forensik

6. Masida binti Rasyed @ Rangap

C44 31.12.2011 JKM Sabah

7. Nadia binti Tarmizi C44 31.12.2011 KAS

8. Wan Ahmad Ashadi bin Wan Mohd.Kamil

C44 31.12.2011 JKM Terengganu

9. Hasrul Zamir bin Hashim C44 31.12.2011 JKM Bintulu

10. Uma Priya a/p Kupusamy C44 31.12.2011 Forensik

11. Maryani binti Balemin C44 31.12.2011 JKM Johor

12. Abdul Razak bin Mohd. Iman

C44 31.12.2011 JKM Tawau

13. Ahmad Dahlan bin Ubaidah

C44 31.12.2011 Forensik

14. Mohammed Zairil bin Ahmad Noordin

C44 31.12.2011 JKM Melaka

15. Siti Aishah binti Che Ani C44 31.12.2011 JKM Penang

16. Sarminah binti Saon C44 31.12.2011 KAS

17. Khairul Annwar bin Norhan

C44 31.12.2011 Forensik

18. Afida binti Tasirin C44 31.12.2011 KAS

19. Aziati binti Mokhtar C44 16.04.2012 Jab. Pertanian

20. Radziah binti Ibrahim C26 26.03.2012 JKM Pulau Pinang

21. Nur Shaheeda binti Mohd. Noor

C22 26.03.2012 JKM Perak

22. Siti Maizun binti Hamat C22 26.03.2012 KAS

Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat

Page 6: Makmal Bergerak - kimia.gov.my kimia 2012.pdf · Semoga Jabatan Kimia akan terus maju di bawah kepimpinan Tuan Ketua Pengarah. Ucapan tahniah Ucapan tahniah juga kepada semua pegawai-pegawai

Suara Kimia 2012

6

Page 7: Makmal Bergerak - kimia.gov.my kimia 2012.pdf · Semoga Jabatan Kimia akan terus maju di bawah kepimpinan Tuan Ketua Pengarah. Ucapan tahniah Ucapan tahniah juga kepada semua pegawai-pegawai

Suara Kimia 2012

7

Page 8: Makmal Bergerak - kimia.gov.my kimia 2012.pdf · Semoga Jabatan Kimia akan terus maju di bawah kepimpinan Tuan Ketua Pengarah. Ucapan tahniah Ucapan tahniah juga kepada semua pegawai-pegawai

Suara Kimia 2012

8

Page 9: Makmal Bergerak - kimia.gov.my kimia 2012.pdf · Semoga Jabatan Kimia akan terus maju di bawah kepimpinan Tuan Ketua Pengarah. Ucapan tahniah Ucapan tahniah juga kepada semua pegawai-pegawai

Suara Kimia 2012

9

Pada bulan April yang lalu,

Jabatan Kimia Malaysia,

Cawangan Terengganu telah

berjaya menganjurkan satu

program yang dinamakan “1

Pokok 1 Pekerja”.

Ini bagi menyahut KEMPEN

MENANAM 26 JUTA POKOK

yang bertemakan HIJAUKAN

BUMI: SATU WARGA SATU

POKOK. Setiap pekerja

diwajibkan membawa 1 pokok

untuk ditanam dan dijaga di

jabatan.

Program ini juga telah

mendapat kerja sama Majlis

Bandaraya Kuala Terengganu

bagi membantu membersihkan

kawasan jabatan seperti

memotong pokok besar di

kawasan belakang jabatan

yang boleh membahayakan

kakitangan.

Program ini telah berjaya

memupuk semangat kerjasama

dan cintakan alam sekitar di

kalangan kakitangan.

Page 10: Makmal Bergerak - kimia.gov.my kimia 2012.pdf · Semoga Jabatan Kimia akan terus maju di bawah kepimpinan Tuan Ketua Pengarah. Ucapan tahniah Ucapan tahniah juga kepada semua pegawai-pegawai

Suara Kimia 2012

10

Nama Pegawai : Lee Yoo Hin

Mula Berkhidmat: 14/10/76

Tarikh Bersara : 27/1/13

Tempoh Berkhidmat : 36 thn

Beliau merupakan salah seorang pengasas makmal DNA forensik yang ditubuhkan pada tahun 1994.

Mula berkhidmat di makmal Cawangan Johor Bahru sehingga akhir tahun 1979. Berpindah ke Ibu Pejabat dan menjalankan analisis DNA forensik sehingga ke akhir perkhidmatan.

Kenangan pahit yang beliau tempuhi adalah ketika terpaksa memakai kot pelindung yang diperbuat daripada logam plumbum yang amat berat ketika mengendalikan bahan radioaktif P32 semasa menjalankan analisis DNA menggunakan kaedah lama. Analisis DNA juga memberikan beliau peluang untuk menjalani latihan di Queensland, Australia iaitu salah satu kenangan manis dalam kerjaya beliau.

Antara pengalaman yang beliau tidak dapat lupakan adalah menjalankan analisis DNA untuk mengesahkan identiti kesemua 13 mangsa rakyat Singapura yang terbakar di dalam nahas jalanraya pada tahun 1996.

Beliau meluahkan perasaan syukur yang tidak terhingga kerana telah dapat berkhidmat di Jabatan Kimia Malaysia dan berjaya melalui pelbagai perubahan era dari zaman 70an ke millenium.

Beliau ingin mengambil kesempatan ini untuk meninggalkan sepatah dua kata kepada

warga Kimia yang baru dan masih lagi berkhidmat "Bekerjalah Dengan Penuh

Tanggungjawab Dan Berpasukan"

PERSONALITI

Page 11: Makmal Bergerak - kimia.gov.my kimia 2012.pdf · Semoga Jabatan Kimia akan terus maju di bawah kepimpinan Tuan Ketua Pengarah. Ucapan tahniah Ucapan tahniah juga kepada semua pegawai-pegawai

Suara Kimia 2012

11

Page 12: Makmal Bergerak - kimia.gov.my kimia 2012.pdf · Semoga Jabatan Kimia akan terus maju di bawah kepimpinan Tuan Ketua Pengarah. Ucapan tahniah Ucapan tahniah juga kepada semua pegawai-pegawai

Suara Kimia 2012

12

Kerja Sepasukan:

Belajarlah daripada Angsa

Manusia adalah makhluk yang istimewa,

punyai akal dan hati. Namun, banyak yang

boleh diteladani daripada perihal angsa

yang terbang dalam formasi ‘V’.

Angsa yang terbang beramai-ramai, terbang

lebih laju berbanding bersendirian.

Dalam kerja sepasukan, kerja yang

dilakukan bersama-sama akan lebih efisien

dan berjalan lancar.

Apabila angsa di hadapan berasa penat, ia

akan berundur dan tempatnya diisi secara

automatik oleh angsa lain. Begitulah

kerja berpasukan, ahli pasukan perlu

saling membantu.

Angsa di belakang selalunya berbunyi dan

menguak untuk menaikkan semangat dan

mengekalkan kelajuan. Dorongan dan

motivasi ahli pasukan penting untuk

membentuk pasukan yang hebat.

Akhir sekali, andai ada angsa yang sakit

atau jatuh ditembak, dua ekor angsa pasti

akan keluar memberi bantuan sebelum

kembali ke dalam formasi ‘V’. Pasukan

yang mantap juga terhasil apabila ahlinya

sentiasa menolong ketika kesusahan.

Belajarlah daripada angsa………

Segala ulasan, pendapat dan kritikan membina hendaklah dihantar ke:

Ketua Editor Suara Kimia Jabatan Kimia Malaysia Jalan Sultan 46661 Petaling Jaya Selangor [email protected]