perhimpunan bulanan jabatan kesihatan...

7
1 TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ PENGARAH KESIHATAN NEGERI PULAU PINANG PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KESIHATAN NEGERI PULAU PINANG BAGI BULAN JULAI 2017 ‘HIDUP SIHAT, BEBAS ROKOK’

Upload: hoangkhue

Post on 22-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KESIHATAN …jknpenang.moh.gov.my/jknpenang/images/JKNPP/PengurusanTertinggi/... · 6 menunjukkan tiada perbezaan signifikan di dalam kejayaan untuk berhenti

1

TEKS UCAPAN

YBHG. DATO’ PENGARAH KESIHATAN NEGERI PULAU PINANG

PERHIMPUNAN BULANAN

JABATAN KESIHATAN NEGERI PULAU PINANG

BAGI BULAN JULAI 2017

‘HIDUP SIHAT, BEBAS ROKOK’

Page 2: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KESIHATAN …jknpenang.moh.gov.my/jknpenang/images/JKNPP/PengurusanTertinggi/... · 6 menunjukkan tiada perbezaan signifikan di dalam kejayaan untuk berhenti

2

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Saudara Pengacara Majlis

Yang Berusaha Timbalan-Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri,

Pegawai-pegawai Kanan,

Ketua-ketua Unit,

Tuan-tuan dan Puan-puan, Warga Jabatan Kesihatan Negeri Pulau

Pinang yang dihormati sekalian

1. Pertama sekali, izinkan saya mengucapkan ribuan terima kasih

kepada semua yang dapat berkumpul pada Majlis

Perhimpunan Jabatan Kesihatan Negeri bagi bulan Julai 2017

yang bertemakan ‘Hidup Sihat, Bebas Rokok’.

Dato’-Dato’/ Tuan-Tuan/ Puan-Puan yang saya hormati sekalian,

2. Tidak terlewat untuk saya mengucapkan Salam Aidilfitri

kepada semua warga kerja yang beragama Islam. Saya

berharap perayaan dan cuti sempena Hari Raya Aidilfitri telah

dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua bersama keluarga

tercinta. Ucapan selamat datang saya berikan kepada pegawai

yang baru bertukar masuk ke Jabatan ini, bagi yang baru

Page 3: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KESIHATAN …jknpenang.moh.gov.my/jknpenang/images/JKNPP/PengurusanTertinggi/... · 6 menunjukkan tiada perbezaan signifikan di dalam kejayaan untuk berhenti

3

dinaikkan pangkat, syabas dan tahniah diucapkan. Bagi warga

Jabatan yang telah bertukar keluar, saya ucapkan terima kasih,

selamat maju jaya dan selamat bertugas di tempat baharu.

3. Selain daripada itu, saya ingin menyampaikan sekalung

tahniah buat penganjur Perhimpunan bagi bulan ini iaitu

Bahagian Pengurusan dan tidak lupa ucapan terima kasih

kepada semua warga Jabatan yang sudi hadir ke Perhimpunan

pada kali ini walaupun pada hakikatnya semua dalam kalangan

kita mempunyai jadual yang begitu padat sekali.

HIDUP SIHAT, BEBAS ROKOK

Dato’-Dato’/ Tuan-Tuan/ Puan-Puan sekalian,

4. Seperti yang semua sedia maklum, “Hidup Sihat, Bebas

Rokok” merupakan tema bagi perhimpunan bulanan kita pada

bulan ini. Kempen Anti Merokok adalah sinonim dengan

Kempen Cara Hidup Sihat yang diperkenalkan oleh

Kementerian Kesihatan Malaysia. Kempen Anti Merokok

secara komprehensifnya telah dilancarkan pada tahun 2004

yang dikenali sebagai Kempen Tak Nak.

Page 4: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KESIHATAN …jknpenang.moh.gov.my/jknpenang/images/JKNPP/PengurusanTertinggi/... · 6 menunjukkan tiada perbezaan signifikan di dalam kejayaan untuk berhenti

4

5. Di klinik-klinik kesihatan di Malaysia, perkhidmatan rawatan

berhenti merokok secara percuma disediakan tetapi sangat

sedikit bilangan perokok yang mengambil peluang

mendapatkan perkhidmatan ini dan kebanyakan perokok yang

mendapatkan perkhidmatan hanya berbuat demikian setelah

mereka disahkan menghidap penyakit yang berpunca

daripada tabiat merokok dan pencemaran asap.

6. Bagaimanapun, ini tidak bermakna kita harus berserah diri,

dan merelakan sahaja tabiat merokok terus berleluasa dalam

kalangan masyarakat. Sebaliknya, kita harus terus aktif,

agresif dan optimis mengambil langkah mengawal gejala

tabiat merokok daripada menjadi amalan kepada diri sendiri,

anak-anak, ahli keluarga dan insan tersayang, demi masa

depan masyarakat dan negara yang sihat dan selamat pada

masa hadapan.

7. Di seluruh dunia, dianggarkan 4 juta orang meninggal dunia

setiap tahun akibat penyakit berkaitan dengan penggunaan

produk tembakau dan menjelang penghujung tahun 2020,

kadar kematian dijangka akan mencecah 10 juta orang. Fakta

yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Page 5: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KESIHATAN …jknpenang.moh.gov.my/jknpenang/images/JKNPP/PengurusanTertinggi/... · 6 menunjukkan tiada perbezaan signifikan di dalam kejayaan untuk berhenti

5

menyatakan setiap hari, lebih kurang 45 hingga 59 remaja di

bawah umur 18 mula merokok di negara kita.

8. Kementerian Kesihatan memberikan penekanan kepada

persekitaran yang bersih, sihat, segar dan selesa serta udara

bebas asap rokok. Kumpulan bukan perokok merupakan

kumpulan majoriti yang mempunyai hak untuk hidup bebas

daripada asap rokok. Malangnya mereka sering diancam

menjadi perokok pasif apabila terdedah kepada asap rokok.

Mereka mempunyai lebihan risiko 30% untuk mendapat kanser

paru-paru dan 25% untuk mendapat penyakit jantung.

9. Selain tabiat merokok, budaya menghisap vape atau rokok

elektronik juga telah menjadi trend dalam kalangan masyarakat

Malaysia. Kementerian Kesihatan mendefinisikan peranti

elektronik yang mengandungi nikotin adalah dirujuk sebagai

'rokok elektronik' (eCig), sementara yang tidak mengandungi

nikotin, adalah dirujuk sebagai Vape. Walaupun vape didakwa

tidak mengandungi nikotin, namun cecair "refill" yang dijual

berkemungkinan besar masih mengandungi nikotin. Begitu

juga cecair refill rokok elektronik, telah dilaporkan ditambah

dadah atau bahan-bahan terlarang berbahaya yang lain. Kajian

bandingan di antara penggunaan rokok elektronik,

Page 6: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KESIHATAN …jknpenang.moh.gov.my/jknpenang/images/JKNPP/PengurusanTertinggi/... · 6 menunjukkan tiada perbezaan signifikan di dalam kejayaan untuk berhenti

6

menunjukkan tiada perbezaan signifikan di dalam kejayaan

untuk berhenti merokok. Tambahan pula, mereka yang

menggunakan rokok elektronik menunjukkan kesukaran

mereka untuk menghentikan tabiat merokok akibat

kebergantungan kepada rokok jenis tersebut. Rokok elektronik

ini menggunakan kuasa elektronik untuk menyalurkan aerosol

atau wap hasil dari pemanasan satu cecair, untuk dihisap oleh

pengguna. Melalui beberapa analisis sampel cecair rokok

elektronik secara rawak oleh Makmal Toksikologi, Pusat Racun

Negara, terdapat kandungan cecair rokok elektronik yang

mengandungi nikotin sehingga 4mg dalam 1ml cecair. Ini

bermakna setiap botol 3 yang mengandungi 25ml cecair rokok

elektronik akan mengandungi sehingga 100 mg nikotin. Nikotin

serendah 2mg sudah boleh menyebabkan gangguan pada perut

dan usus. Perkara ini dengan jelas memperlihatkan bahaya dan

kesan daripada budaya menghisap vape bukan kepada

pengguna sahaja malahan kepada orang di sekitar mereka.

10. Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama menilai semula

kemudaratan budaya dan kesan merokok kepada diri sendiri

mahupun masyarakat di sekitar kita. Selaku warga kerja

Kesihatan Malaysia, saya juga menyeru agar kita dapat

Page 7: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KESIHATAN …jknpenang.moh.gov.my/jknpenang/images/JKNPP/PengurusanTertinggi/... · 6 menunjukkan tiada perbezaan signifikan di dalam kejayaan untuk berhenti

7

bersama-sama mendidik masyarakat termasuk ahli keluarga

kita mengenai bahaya asap rokok agar langkah pencegahan ini

dapat dimulakan dari akar umbi lagi.

11. Sebelum menamatkan ucapan ini, sekali lagi saya menzahirkan

ucapan terima kasih saya kepada Bahagian Pengurusan selaku

penganjur bagi perhimpunan pada kali ini serta kesudian Tuan-

tuan dan Puan-puan hadir ke majlis pada hari ini.

Sekian, terima kasih.