s e m p e n a perhimpunan bulanan jabatan...

26
1 UCAPAN YBRS. DR. WAN MANSOR BIN HAMZAH SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KESIHATAN NEGERI PULAU PINANG BULAN JANUARI 2018 TARIKH/MASA: 16 JANUARI 2018 (SELASA), 10.00 PAGI ANJURAN: BAHAGIAN PENGURUSAN TEKS UCAPAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI

Upload: hoangtruc

Post on 08-Mar-2019

232 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

1

U C A P A N

YBRS. DR. WAN MANSOR BIN HAMZAH

S E M P E N A

PERHIMPUNAN BULANAN

JABATAN KESIHATAN NEGERI PULAU PINANG

BULAN JANUARI 2018

T A R I K H / M A S A :

16 JANUARI 2018 (SELASA), 10.00 PAGI

A N J U R A N :

BAHAGIAN PENGURUSAN TE

KS

U

CA

PA

N

PE

NG

AR

AH

K

ES

IH

AT

AN

N

EG

ER

I

2

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Yang Berusaha Saudara / Saudari Pengacara Majlis,

YBhg. Dato’ Dr. Noorlia bt Yahaya,

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam)

YBrs. Dr. Mohamad Sabri b. Othman,

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan)

YBrs. En. Velan Supramaniam,

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan)

3

YBrs. Dr. Naziah bt Ahmad Azli,

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian)

YBrs. Puan Zubaidah bt Che ‘Embee,

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi)

YBrs. Pn. Ku Nafishah bt Ku Ariffin,

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makanan)

Pengarah-pengarah Hospital,

Pegawai-pegawai Kesihatan Daerah,

Pegawai-pegawai Pergigian Daerah,

4

Pegawai-pegawai Kanan,

Ketua-ketua Unit,

Ybhg. Dato’-Dato’,Tuan-tuan & Puan-puan warga Jabatan Kesihatan Negeri yang

saya hormati.

P E N D A H U L U A N

1. Alhamdullillah, dengan penentuan dari Allah s.w.t. Majlis Perhimpunan Bulanan

yang pertama bagi tahun 2018 dapat dilangsungkan pada pagi ini. Saya berasa

bersyukur atas izin dan limpah kurniaNya, kita sama-sama dapat bertemu bagi

menjalin hubungan kerjasama, memperoleh aspirasi bersama dan menghargai

lakaran-lakaran kejayan yang telah diukir sepanjang tahun 2017.

5

2. Masih belum terlewat untuk saya mengambil peluang ini mengucapkan

Selamat Tahun Baru kepada semua warga Jabatan Kesihatan Negeri Pulau

Pinang (JKNPP). Penganjuran majlis kali ini telah memberi ruang dan peluang

kepada saya bertemu buat pertama kalinya setelah diberi tanggungjawab dan

amanah sebagai Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang bermula 1 Januari

2018.

3. Di kesempatan ini juga, saya turut merakamkan ucapan penghargaan saya

buat mantan Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang, YBhg. Dato’ Dr.

Sukumar Mahesan di atas jasanya dalam memacu perkhidmatan kesihatan di

negeri ini sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Penghargaan juga wajar

dizahirkan kepada seluruh anggota Jabatan Kesihatan Negeri di atas usaha

sama berpadu tenaga memberi perkhidmatan yang terbaik, mesra dan

professional.

6

4. Oleh itu, saya menyeru warga kerja JKN untuk bersama-sama saya berganding

tenaga, menyahut cabaran dan aspirasi bagi menjadikan tahun 2018 lebih

bermakna (diikuti pantun...).

B u a h s a l a k d i d a l a m k a n t u n g ,

K u l i t n y a k e r a s i s i n y a k e l a t ;

B u l a t a i r k e r a n a p e m b e t u n g ,

B u l a t m a n u s i a k e r a n a m u a f a k a t

K E J A Y A A N & P E N C A P A I A N 2 0 1 7

YBbhg. Dato’-Dato’ dan para hadirin sekalian,

5. Mengimbas kembali tahun 2017, ternyata banyak pencapaian Jabatan

Kesihatan Negeri Pulau Pinang yang boleh dibanggakan.

7

6. Negeri Pulau Pinang mempunyai 119 buah fasiliti kesihatan primer yang terdiri

daripada 30 klinik kesihatan, 6 Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, 59 Klinik Desa

dan 24 Klinik 1 Malaysia. Pada tahun 2017, terdapat peningkatan sebanyak

9.7% dalam jumlah kedatangan pesakit luar ke fasiliti kesihatan primer.

Konsep doctor keluarga yang bermula sejak 2016 memberi penekanan kepada

perkhidmatan preventif dan promotif kepada individu dan keluarga seterusnya

mempertingkatkan rawatan berterusan (continuity of care). Sejak ianya

dilaksanakan sebanyak 10 buah klinik kesihatan telah melaksanakan konsep

ini. Disamping itu, bagi mempromosikan kesihatan, Health Promoting Clinic

telah dilaksanakan. Sehingga kini sebanyak 25 fasiliti kesihatan melaksanakan

program ini. Di Negeri Pulau Pinang, klinik kesihatan yang telah diiktiraf

sebagai Klinik HPC adalah Klinik Kesihatan Tasek Gelugor dan Klinik

Kesihatan Bukit Minyak, manakala tujuh Unit Radiologi, Klinik Kesihatan iaitu

KK Penaga, KK Tasek Gelugor, KK Sungai Dua, SPU, KK Kepala Batas, KK

8

Seberang Jaya,KK Bayan Baru Dan KK Bandar Baru Air Itam telah berjaya

mendapat Pensijilan EKSA Daripada MAMPU.

7. Peningkatan prevalen berlebihan berat badan dan obesiti samada di kalangan

kanak-kanak dan orang dewasa semakin meningkat. Ini telah memberi

implikasi besar kepada peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti

diabetes, strok, darah tinggi dan penyakit jantung di peringkat dewasa. Ini

menyebabkan bebanan kos merawat penyakit NCD dan komplikasinya ini

terus meningkat kepada negara..Dianggarkan separuh (50%) rakyat di Negeri

Pulau Pinang mengalami masalah kegemukan. Program 10 on 10 yang

dilaksanakan di Pusat Promosi Kesihatan Komuniti telah berjaya menurunkan

berat badan peserta antara 33% - 60%.

8. Program KOSPEN bermula pada tahun 2013. Sehingga kini sebanyak 182

buah lokaliti telah ditubuhkan, iaitu 122 buah lokaliti di bawah KEMAS dan 60

9

buah lokaliti di bawah kelolaan Rukun Tetangga. Seramai 1072 orang

sukarelawan KOSPEN telah dilatih tetapi Cuma 17% atau 23,949 orang

penduduk telah disaring. Perancangan terperinci akan dilaksanakan untuk

mempergiatkan lagi program saringan di lokaliti KOSPEN.

9. Bagi Program Kawalan Tembakau, sebanyak 26 klinik kesihatan, 2 buah

hospital kerajaan dan 1 fasiliti swasta (Penang Adventist Hospital ) yang telah

berdaftar dan merujuk klien yang berminat untuk berhenti merokok dengan M-

QUIT Line di bawah kelolaan USM. Kadar Berhenti Merokok di negeri Pulau

Pinang pada tahun 2017 meningkat kepada 49.74% berbanding dengan 33.2%

pada tahun 2016.

10. Bagi program HIV/AIDS ; perkhidmatan STI Client friendly telah diperluas dan

dimantapkan dengan sekurang-kurang 1 klinik kesihatan memberikan

perkhidmatan di setiap daerah. Perkhidmatan ini berjaya meningkatkan

10

kedatangan kumpulan berisiko tinggi ke klinik dan seterusnya meningkatkan

pengesanan kes-kes HIV dan STI di negeri Pulau Pinang.

11. Selaras dengan strategi National Strategic Plan on Ending AIDS 2016-2030

(NSPEA) iaitu test and treat , liputan saringan HIV telah dipertingkatkan dan

seterusnya meningkatkan pengesanan kes di negeri. Ini dapat dilihat melalui

peningkatan kadar notifikasi kes HIV dari 6.25 / 100,000 penduduk (2016)

kepada 12.08/100,000 penduduk(2017). Daerah Seberang Perai Utara sedang

giat melaksanakan SPU getting to zero.

12. Secara keseluruhannya, jumlah nilai kompaun, denda dan nilai rampasan bagi

tahun 2017 adalah sebanyak RM1,621,517.22 oleh Unit Inspektorat dan

Perundangan Negeri Pulau Pinang.

11

13. Hospital Kluster Seberang Perai yang melibatkan Hospital Seberang Jaya,

Hospital Bukit Mertajam, Hospital Kepala Batas dan Hospital Sg Bakap telah

berjaya dilaksanakan.

14. Begitu juga pelaksanaan inisiatif Lean Healthcare yang melibatkan Hospital

Pulau Pinang, Hospital Seberang Jaya, Hospital Bukit Mertajam dan Hospital

Kepala Batas.

15. Perlaksanaan casemix yang melibatkan Hospital Pulau Pinang, Hospital

Seberang Jaya, Hospital Bukit Mertajam, Hospital Kepala Batas dan Hospital

Sg Bakap.

16. Hospital Pulau Pinang telah diberi pengiktirafan sebagai pain-free hospital.

12

17. Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Pulau Pinang berjaya memenangi

Anugerah Khas Juri bagi Inovasi Peringkat Kebangsaan.

18. Pada tahun 2017, Seksyen Eksport Bahagian Keselamatan dan Kualiti

Makanan dan UKKM PKD telah berjaya melalui 4 sesi audit antarabangsa iaitu

dari USFDA, Australia Department of Agriculture and Water Resources,

Canadian Food Inspection Agency, Certification and Accreditation

Administration of the Republic of China.

19. Jumlah kutipan melalui aktiviti pengeluaran sijil kesihatan untuk pengeksportan

makanan ialah RM 604,130 iaitu yang terbanyak dalam tempoh 5 tahun.

13

20. Medan Selera Kompleks Bukit Gedung di Daerah Barat Daya telah memenangi

tempat ke 2 dalam Kategori Medan Selera dalam Pertandingan Kebersihan

Medan Selera Peringkat Kebangsaan.

21. Jumlah kompaun yang dikutip atas kesalahan2 berkaitan dengan Peraturan

Kebersihan Makanan bagi tahun 2017 ialah RM 644,000.00 yang tertinggi

dalam sejarah 5 tahun penguatkuasaan Peraturan Kebersihan Makanan 2009

dilaksanakan.

22. Jumlah kilang ais yang berlesen ialah 12 iaitu pencapaian mendekati 100%

manakala jumlah Mesin Jual Air yang berjaya dilesenkan ialah 60 berbanding

pada 3 tahun lepas jumlahnya ialah 0.

14

23. 6 (kesemua) Dapur Hospital Kerajaan di P.Pinang yang telah mendapat

Pengiktirafan GMP manakala 3 daripada 6 Dapur Hospital berkenaan telah

mendapat pengiktirafan HACCP .

24. Bahagian Pergigian turut dinobatkan sebagai Johan bagi kategori Penciptaan

di Pertandingan KIK Peringkat JKN Pulau Pinang manakala di Peringkat

KKM, bahagian ini telah memenangi tempat ketiga.

25. Penghargaan juga harus diberikan atas kejayaan memenangi tempat ketiga

Kategori Proses dalam Pertandingan Inovasi Peringkat KKM Kebangsaan.

26. Tahniah diucapkan kepada semua program yang telah berusaha bersunggung-

sungguh dalam mendapat kejayaan tersebut pada tahun 2017. Semoga tahun

ini diperhebatkan lagi usaha tuan-tuan dan puan-puan.

15

B A J E T & P E R A K A U N A N

YBhg. Dato’-Dato’ dan para hadirin sekalian,

27. Untuk tahun 2018 ini, Kementerian Kesihatan telah diluluskan peruntukan

sebanyak RM27.0 bilion (9.63% daripada Bajet Persekutuan, iaitu RM280.25

bilion).

28. Daripada peruntukan ini Batas Perbelanjaan yang diterima oleh JKN Pulau

Pinang bagi tahun 2018 adalah sebanyak RM 988 juta (Ringgit Malaysia

Sembilan Ratus Lapan Puluh Lapan Juta). Sekadar makluman tuan-tuan

dan puan-puan, pada tahun 2017, perbelanjaan oleh JKN direkodkan sebanyak

RM1.2 juta.

16

29. Seperti mana yang tuan/puan sedia maklum, kerajaan telah mengorak langkah

melaksanakan sistem perakaunan berasaskan akruan iaitu 1GFMAS.

Pelaksanaan ini adalah selaras dengan Dasar Transformasi Sektor Awam

dalam Model Baru Ekonomi dan pelaksanaan Outcome Based Budgeting

(OBB) yang akan memberi kesan signifikan dalam pengurusan fiskal berhemat

serta mempertingkatkan kecekapan pengurusan kewangan dan perakaunan.

30. Perakaunan Akruan merupakan asas perakaunan bagi pelaporan kedudukan

dan prestasi Kerajaan yang lebih tepat dan telus. Transformasi daripada

perakaunan tunai ubahsuai kepada perakaunan akruan adalah menjurus

kepada pengurusan fiskal yang lebih cekap dan berkesan.

31. 1GFMAS telah mula Go Live pada 1 Januari 2018. Sepertimana lazim pada

mana-mana sistem baru, maka tentulah ada hiccups di sana dan sini. Untuk

17

itu Ybhg. Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan selaku Ketua Jabatan perlulah

up-to-date dengan perkembangan terkini 1GFMAS. Sekiranya ada sebarang

permasalahan, ketua jabatan dipohon untuk semak silang dengan Bahagian

Kewangan JKN sepertimana janji ‘we are ready to facilitate ’.

P R O J E K P E M B A N G U N A N

Para hadirin yang saya hormati,

32. Tahun 2017 menyaksikan YAB Perdana Menteri menerusi bajet 2018 telah

mengumumkan satu projek pembangunan Blok Klinik Pakar dan Wad Hospital

Pulau Pinang dengan kos RM500 juta. Projek bakal menyaksikan pembinaan

blok dengan jumlah pertambahan 300 katil kepada HPP.

18

33. Sehubungan itu pada tahun ini, menyaksikan continuity kepada beberapa

projek seperti projek Naik Taraf Hospital Pulau Pinang Fasa ll yang

menelan belanja sebanyak RM14.8 juta juga dijangka akan siap sepenuhnya

pada tahun ini. Begitu juga projek Naik Taraf Hospital Seberang Jaya

dengan kos RM 15.2 juta juga dijangka siap pada tahun ini.

34. Projek Multi Storey Block Hospital Seberang Jaya pada kos RM 371 juta

akan diteruskan dan jangkaan siap pada tahun 2019.

35. Beberapa projek seperti pembangunan Blok Wanita dan Kanak-kanak

Hospital Pulau Pinang dengan kos sebanyak RM297 juta juga dalam

tindakan JKN.

36. Saya berharap agar kakitangan yang terlibat dalam pembangunan projek-

projek ini dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh teliti dan

19

berintegriti. Semua projek yang dirancang ini bakal memberi manfaat kepada

rakyat untuk akses perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

P E K E L I L I N G P E R K H I D M A T A N

YBhg. Dato’-Dato’ dan para hadirin sekalian,

37. Pada pembentangan Bajet 2018 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul

Razak selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, penjawat

awam telah diberi beberapa perkhabaran gembira di bawah Petunjang ke 8 –

Mengimbangi Par – Excellence Duniawi dan Par – Excellence Ukhrawi.

38. Antaranya kenaikan pangkat secara time-based kali ke 2 bagi kumpulan

pelaksana untuk tempoh 13 tahun.

39. Kemudahan 7 hari Cuti Tanpa Rekod sepanjang perkhidmatan bagi

menunaikan Umrah.

20

40. Penambahbaikan waktu bekerja iaitu WP4 dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 ptg.

41. Penambahan kemudahan cuti bersalin dari 300 hari ke 360 hari dan juga

kebenaran pulang awal satu jam kepada pegawai wanita hamil malah

dipanjangkan juga kemudahan ini kepada si suami tertakluk kepada syarat-

syarat yang dinyatakan dalam pekeliling.

42. Kemudahan-kemudahan ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa

komited dalam menjaga kebajikan penjawat awam. Tanggungjawab ketua

jabatan pula adalah penting bagi memastikan semua urusan ini berjalan

dengan teratur dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

21

K E P I M P I N A N & I N T E G R I T I

Para hadirin yang saya hormati,

43. Rasullullah s.a.w bersabda

“Ketahuilah setiap dari kamu adalah pemimpin, dan setiap dari kamu akan

diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin. Seorang raja adalah

pemimpin bagi rakyatnya, dan dia akan diminta pertanggungjawaban terhadap

yang dipimpin. Seorang suami adalah pemimpin bagi anggota keluarganya,

dan dia akan diminta pertangggungjawaban terhadap mereka. Seorang isteri

adalah pemimpin bagi rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dan akan

diminta pertangungjawaban terhadap yang dipimpinnya. Seorang hamba

adalah pemimpin bagi harta tuannya, dan dia juga akan diminta

22

pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpinnnya. Ketahuilah setiap kamu

adalah pemimpin, dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawaban atas apa

yang kamu pimpin.” (Hadith riwayat Imam Bukhari 6605)

44. Oleh itu saya menyeru saya menyeru semua warga JKN agar komited pada

tangungjawab yang telah diamanahkan. Mereka yang tidak sedar akan

tanggungjawabnya sendiri sukar menghargai tanggungjawab orang lain.

Tugas-tugas yang memerlukan tindakan segera hendaklah diselesaikan pada

hari itu juga, kerana keesokan harinya akan membawa kerja lain pula.

45. Sekiranya kita menghayati teras integriti dalam melaksanakan tugas nescaya

kuasa dan pengaruh yang ada tidak berupaya untuk mengaburi mata kerana

yakin bawa bakti jujur yang disemai membawa rezeki yang diberkati. Memetik

kata-kata Warren Buffet

23

“ I look for three qualities in hiring people. Integrity,

intelligence, and energy. And if they don’t have the first

then the last two will kill you…”

P E N U T U P

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

46. Saya amat teruja dengan inisiatif dan usaha-usaha warga JKN Pulau Pinang.

47. Dengan inisiatif tahun lalu yang kini membuahkan hasil, dan dengan agenda

negara menggembeleng tenaga ke arah kesihatan lebih baik, saya percaya

bahawa kita sedang berada on the right track.

24

48. Saya percaya bahawa sistem kesihatan Malaysia amnya dan Pulau Pinang

khususnya akan menjadi antara yang terbaik di dunia.

49. Oleh itu, saya berharap agar seluruh warga JKN dapat menjulang sikap

penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan, dapat menyumbang

kepakaran, dan kesemua ini dipertingkatkan dengan asimilasi teknologi.

50. We are in this together.

51. Dengan itu, marilah kita bersama-sama berdoa kepada Allah SWT agar segala

perancangan dan pelaksanaan dapat direalisasikan. Pelaksanaan ini juga perlu

dibuat dengan penuh integriti dan etika agar perkhidmatan kita akan mendapat

keberkatanNya.

25

52. KepadaMu ya Allah, kami berdoa dan berserah. Peliharalah kami dari

segala bencana, anugerahkanlah kami dengan kesihatan agar kami dapat

berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta ini.

53. Selamat menjalankan tugas dan selamat maju jaya. Sekian, wassalam, terima

kasih, dan Selamat Tahun Baru Cina.

恭喜发财 / 恭喜發財 (Gōngxǐ fācái) (maksud : 'Happiness and prosperity!')

26