pergerakan jisim

6
1. PERGERAKAN JISIM 2. Konsep pergerakan jisim • Pergerakan jisim merujuk kepada pergerakan bahan atau regolit yang telah terluluhawa dari atas ke bawah cerun akibat tarikan graviti bumi secara besar-besaran. 3. JENIS PERGERAKAN JISIM • ALIRAN CEPAT • ALIRAN PERLAHAN 4. ALIRAN PERLAHAN • Konsep aliran cepat • Aliran cepat dalam pergerakan jisim merujuk kepada pergerakan bahan atau regolit seperti tanih, batuan dan lumpur dari atas ke bawah secara cepat atau tiba-tiba cerun akibat tarikan graviti bumi. 5. Proses aliran cepat • Gelungsoran / tanah runtuh • Aliran tanih atau lumpur 6. Gelungsoran / tanah runtuh • berlaku di kawasan cerun yang sangat curam seperti di kawasan tebing tinggi. • pergerakan tanih atau batuan berlaku dengan cepat atau tiba-tiba. • terdapat berberapa jenis gelonsoran seperti gelonsoran tanah dan gelongsoran batuan. • Sering kali membentuk kun talus di kaki cerun. 7. Tanah Runtuh 8. Aliran tanih atau lumpur • merujuk kepada pergerakan tanih atau lumpur yang yang sangat lembap secara tiba-tiba daripada atas cerun. • tanah yang bercampur air hujan bergerak menuruni cerun dalam bentuk aliran lumpur. • aliran lumpur atau tanih biasanya berlaku di kawasan yang sering menerima hujan yang lebat seperti di kawasan tropika lembap 9. Aliran lumpur

Upload: zainal-ahmad

Post on 17-Jan-2016

187 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

pergerakan jisim

TRANSCRIPT

Page 1: pergerakan jisim

1. PERGERAKAN JISIM

2.   Konsep pergerakan jisim • Pergerakan jisim merujuk kepada pergerakan bahan atau regolit yang telah terluluhawa dari atas ke bawah cerun akibat tarikan graviti bumi secara besar-besaran.

3.   JENIS PERGERAKAN JISIM • ALIRAN CEPAT • ALIRAN PERLAHAN

4.   ALIRAN PERLAHAN • Konsep aliran cepat • Aliran cepat dalam pergerakan jisim merujuk kepada pergerakan bahan atau regolit seperti tanih, batuan dan lumpur dari atas ke bawah secara cepat atau tiba-tiba cerun akibat tarikan graviti bumi.

5.   Proses aliran cepat • Gelungsoran / tanah runtuh • Aliran tanih atau lumpur

6.   Gelungsoran / tanah runtuh • berlaku di kawasan cerun yang sangat curam seperti di kawasan tebing tinggi. • pergerakan tanih atau batuan berlaku dengan cepat atau tiba-tiba. • terdapat berberapa jenis gelonsoran seperti gelonsoran tanah dan gelongsoran batuan. • Sering kali membentuk kun talus di kaki cerun.

7.   Tanah Runtuh

8.   Aliran tanih atau lumpur • merujuk kepada pergerakan tanih atau lumpur yang yang sangat lembap secara tiba-tiba daripada atas cerun. • tanah yang bercampur air hujan bergerak menuruni cerun dalam bentuk aliran lumpur. • aliran lumpur atau tanih biasanya berlaku di kawasan yang sering menerima hujan yang lebat seperti di kawasan tropika lembap

9.   Aliran lumpur

10.   ALIRAN PERLAHAN • Konsep aliran perlahan • Aliran perlahan dalam pergerakan jisim merujuk kepada pergerakan bahan atau regolit seperti tanih, dan batuan dari atas cerun ke bawah cerun secara perlahan akibat tarikan graviti bumi.

11.   PROSES ALIRAN PERLAHAN • Kesotan • Gelangsar

Page 2: pergerakan jisim

12.   Kesotan • Regolit seperti batuan dan tanah di cerun terlebih dahulu terluluhawa menyebabkan regolit tersebut longgar dan peroi. • Batuan atau tanah ini kemudiaannya bergerak secara amat perlahan menuruni cerun yang landai ( 10º hingga 20º ) akibat tarikan graviti bumi. • Batuan atau tanah akan membentuk kun talus di kaki cerun. • Pergerakannya tidak dapat dikesan melalui mata kasar sebalik dapat dilihat melalui bukti-bukti seperti batang pokok yang bengkok, tiang elektrik, pagar dan tembok yang condong.

13.   Kesotan tanah

14.   Gelangsar • merupakan pergerakan tanih dan batu tongkol. • berlaku di kawasan beriklim sejuk akibat proses pencairan salji. • Salji bertindak sebagai bahan pelincir bagi memudahkan pergerakan lempung ( tanah yang lembap ) di atasnya. • Pergerakan lempung yang dikenali sebagai gelangsar ini dari pelbagai arah tanpa mengikut lurah tertentu.

15.   FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERGERAKAN JISIM • Faktor semula jadi • Hujan yang lebat dan pencairan salji • Kegiatan luluhawa • Letusan gunung berapi dan gempa bumi • Faktor aktiviti manusia • Penebangan / kegiatan pembalakan di cerun • Pertanian • Perlombongan kuari • Pembinaan • Penternakan • Pembinaan jalan raya / lebuh raya

16.   Hujan yang lebat dan pencairan salji • Hujan tahunan yang lebat ( melebihi 2000 mm ), terutama di kawasan tropika lembap menggalakkan berlakunya pergerakan jisim. • air hujan yang menyerap ke dalam tanah akan menjadi agen pelincir dan pemberat. • air dalam tanah memudahkan pergerakan tanah kerana fungsinya sebagai pelincir manakala tanah yang basah menjadi lebih berat dan mudah bergerak bebanding tanah yang kering. • hujan apabila bercampur dengan tanah akan menghasilkan aliran lumpur. • di kawasan sederhana dunia, apabila salji mencair tanah di bahagian atas akan bergerak ke bawah cerun dalam bentuk gelangsar kerana tanah tersebut menjadi licin.

17.   Kegiatan luluhawa • Di kawasan tropika lembap luluhawa dalaman berlaku dengan giat dan jauh ke dalam bumi ( melebihi 30 meter ). • Luluhawa dalaman terutama di cerun akan menghasilkan lapisan regolit yang tebal dan longgar. • Regolit tebal dan longgar ini mudah untuk bergerak akibat tarikan graviti.

Page 3: pergerakan jisim

18.   Letusan gunung berapi dan gempa bumi • berupaya untuk membentuk gegaran yang kuat ke atas cerun • gegaran ini menjadikan tanah di kawasan cerun longgar ,tidak stabil dan seterusnya mudah untuk runtuh.

19.   Penebangan / kegiatan pembalakan di cerun • akar tumbuhan berfungsi untuk memegang dan mencengkam tanah di cerun. • ketiadaan tumbuhan menyebabkan tanah di cerun tidak stabil dan mudah runtuh.

20.   Pertanian • pertanian tanpa teres akan mengurangkan kestabilan cerun. • pertanian melibatkan aktiviti penebangan tumbuhan asal sesuatu kawasan. • ketiadaan tumbuhan mengurangkan cengkaman akar yang memegang dan mencengkam tanah di cerun. • aktiviti pembajakan menjadikan struktur tanah menjadi longgar dan mudah untuk runtuh.

21.   Perlombongan kuari • melibatkan penggunaan bahan letupan dan kerja-kerja pengorekan tanah. • struktur tanah kawasan cerun menjadi longgar. • gegaran akibat penggunaan bahan letupan menyebabkan tanah di cerun mudah runtuh.

22.   Pembinaan • Aktiviti pembinaan seperti pembinaan jalan raya, bangunan di cerun akan menyebabkan hutan asal kawasan tersebut ditebang. • Penebangan hutan akan mendedahkan permukaan bumi kepada aktiviti luluhahawa yang menyebabkan tanah di kawasan tersebut menjadi peroi, longgar dan tidak stabil. • Tanah yang peroi, longgar dan tidak stabil mudah untuk jatuh sekiranya berlaku gegaran, hujan dan sebaginya. • Pembinaan bangunan-bangunan di cerun seperti pembinaan hotel, rumah kediaman dan sebagainya akan melibatkan kerja-kerja penggorekan, pengemburan tanah dan penebangan tumbuhan asal di kawasan tersebut. Permukaan bumi yang terdedah dan tanah yang longgar akan mempercepatkan pergerakan jisim.

23.   Penternakan • berlakunya ragutan berlebihan di kawasan cerun. • mendedahkan permukaan cerun kepada proses- proses geomorfologi seperti hakisan dan luluhawa. • rumput memegang dan mencengkam tanah melalui peranan akarnya. • ketiadaan rumput struktur tanah di cerun menjadi longgar.

24.   Pembinaan jalan raya / lebuh raya • melibatkan kerja-kerja pemotongan cerun atau susuh bukit menyebabkan kecerunan cerun

Page 4: pergerakan jisim

bertambah. • Cerun yang curam tidak stabil dan mudah runtuh. • Turut melibatkan penebangan tumbuhan asal kawasan tersebut menyebabkan permukaan bumi terdedah kepada proses-proses geomorfologi seperti hakisan dan luluhawa. • Akar tumbuhan berperanan memegang dan mencengkam tanah daripada runtuh.

25.   KESAN PERGERAKAN JISIM • Kehilangan nyawa / kematian • Kemusnahan harta benda – rumah kediaman • Kesan psikologi- penduduk dalam keadaan ketakutan / fobia. • Kesan kepada aktiviti ekonomi – kemusnahan kawasan pertanian, perniagaan, industri dan sebagainya. • Kesan kepada infrastruktur- kemusnahan jalan raya, bekalan air, elektrik.

26.   KAEDAH MENGATASI GERAKAN JISIM DI CERUN • Langkah perundangan • Kuatkuasakan undang-undang dan peraturan seperti Akta Pemeliharaan Tanah dan Akta Parit dan Bangunan. • Langkah bukan perundangan • Menanam tumbuhan tutup bumi • Peneresan • Pembinaan tembok • Penyimenan permukaan • Sistem Perparitan • Lapisan Plastik • Pendidikan • Kempen

27.   • Menanam tumbuhan tutup bumi • tumbuhan seperti rumput dan tumbuhan jenis kekacang • akar tumbuhan tersebut memegang dan mencengkam tanah di cerun sekaligus mengurangkan pergerakan jisim.

28.   • Peneresan • Cerun yang diusahakan pertanian dan pembinaan mestilah diteres. • Peneresan akan menstabilkan cerun. • Cerun yang stabil tidak mudah runtuh sekiranya berlaku gegaran.

29.   • Pembinaan tembok • dibina di kawasan kaki cerun bertujuan menahan pergerakan tanah. tembok tersebut daripada bahan yang kukuh seperti simen yang telah dikonkrit

30.   • Penyimenan permukaan • keseluruhan permukaan cerun disimen. • Pada permukaan dibuat lubang-lubang bagi mengawal aliran air dalam tanah. • Permukaan cerun yang disimen lebih stabil kerana sifat simen yang kukuh dapat menahan cerun tersebut daripada runtuh. • Penyimenan permukaan cerun juga dapat mengurangkan susupan air ke dalam tanah yang bertindak sebagai pelincir dan pemberat

31.   • Sistem Perparitan • sering digunakan di kawasan lebuh raya • dibina disetiap teres di lereng bukit yang curam mengikut

Page 5: pergerakan jisim

garis konturnya • dapat mengatasi masalah air bertakung dan menyusup dalam tanah dan melonggar dan memberat tanah

32.   • Lapisan Plastik • lapisan plastic di gunakan pada cerun yang curam biasanya bagi mengelakkan air hujan menyusup dan memasuki dalam tanah. • kaedah ini biasa dapat dilihat di beberapa tempat di sepanjang lebuh raya

33.   • Pendidikan • pendidikan formal di sekolah seperti pendidikan Alam Sekitar, Geografi, dan Pendidikan Moral. • Pendidikan tidak formal seperti melalui lawatan, ceramah dan sebagainya

34.   • Kempen • kempen yang dijalankan oleh pihak-pihak tertentu sama ada melalui media massa, maklumat melalui risalah dan sebagainya. • menyedarkan orang ramai tentang kepentingan pengurusan kawasan cerun dengan berkesan