peredaran darah

35
Peredaran Darah Manusia adalah jenis sistem darah tertutup , iaitu darah hanya mengalir dalam saluran darah dan tidak memasuki tisu tubuh. juga dikenal sebagai sistem peredaran ganda dua kerana darah beredar melalui dua bahagian atau sistem yang berasingan dan hanya bertemu di jantung.

Upload: katherine-heng

Post on 02-Oct-2015

47 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

sistem peredaran darah

TRANSCRIPT

Peredaran darah

Peredaran Darah Manusiaadalah jenis sistem darah tertutup, iaitu darah hanya mengalir dalam saluran darah dan tidak memasuki tisu tubuh.juga dikenal sebagai sistem peredaran ganda dua kerana darah beredar melalui dua bahagian atau sistem yang berasingan dan hanya bertemu di jantung.Fungsi Peredaran DarahMenyampaikan zat-zat makanan dan oksigen kepada sel-sel di dalam badan.Mengeluarkan karbon dioksida dan bahan yang tidak dikehendaki dari sel.

Sistem Peredaran PulmonariSistem peredaran pulmonori melibatkan peredaran darah terdeoksigen dari ventrikel jantung ke peparu.Arteri pulmonari berbeza daripada semua arteri yang lain kerana arteri pulmonari mangangkut darah terdeoksigen.Di peparu, pertukaran gas berlaku. Darah terdeoksigen dalam arteri pulmonari menerima oksigen lalu menjadi darah beroksigen yang kemudian diangkut dari peparu ke atrium kiri jantung melalui vena pulmonari.Peredaran Pulmonari

Sistem Peredaran SistemikDarah beroksigen dari peparu yang memasuki atrium kiri jantung dipam ke dalam ventrikel kiridan seterusnya dipam keluar dari jantung melalui aorta.Darah yang dipam keluar dari jantung berada dalam tekanan tinggi.Aorta bercabang untuk membentuk arteri yang membawa darah beroksigen ke semua tisu badan.Pertukaran gas dan nutrien berlaku di sel badan sesuatu organ.Darah yang diangkut keluar dari organ melalui vena adalah darah terdeoksigen.Darah dari vena di semua tisu badan akan disalurkan ke dalam vena kava dan dialirkanke dalam atrium kanan jantung.

Peredaran Sistemik

Perbezaan antara Peredaran Pulmonari dan Peredaran SistemikPeredaran Pulmonari Peredaran Sistemik

Membolehkan darah terdeoksigen menjadi darahberoksigen.

Fungsi UtamaMembolehkan darah beroksigen dibawa darijantung ke semua tisu badan.

Ventrikel kananArteri pulmonariPeparuVena pulmonariAtrium kiri

Pengaliran DarahAtrium kiriVentrikel kiriAortaTisu badanVena kavaAtrium kanan

Paru paru merupakan satu-satunya organ yang terlibat dalam peredaran pulmonari.Penglibatan bahagian badanMelibatkan semua bahagian badan kecuali paru-paru.Pengaliran Darah dalam Jantung

Pengaliran Darah dalam Jantung.Jantung bertindak sebagai satu pam yang mengepam darah ke seluruh badan.Darah terdeoksigen daripada seluruh bahagian tubuh, kecuali peparu akan mamasuki atrium kanan melalui vena kava.Semasa darah mengalir masuk dari autrikel kanan ke dalam ventrikel kanan, injap trikuspid akan membuka disebabkan oleh tekanan darah.Injap trikuspid menghalang darah daripada mengalir balik ke atrium kanan apabila atrium ini mengendur.

Ventrikel kanan yang dipenuhi darah kemudiannya akan mengecut dan darah menolak ceper injap trikuspid ke atas menyebabkan injap tertutup.Darah kemudian memasuki peparu melalui arteri pulmonari.Injap sabit pada pangkal arteri pulmonari akan menghalang darah daripada mengalir semula ke dalam ventrikel kanan apabila ventrikel tersebut mengendur.Arteri pulmonari bercabang dua untuk mengalirkan darah ke peparu kiri dan peparu kanan.Setelah darah menerima oksigen di peparu, darah itu akan diedarkan kembali ke jantung melalui vena pulmonari ke atrium kiri jantung.Mekanisme yang sama berlaku di sebelah kiri jantung. Pengecutan atrium kiri akan memaksa darah masuk ke dalam ventrikel kiri.Injap bikuspid pula berfungsi untuk menghalang darah daripada mengalir kembali ke dalam atrium kiri.Bahagian JantungAtrium KananMembawa darah terdeoksigenVentrikel KananAtrium KiriMembawa darah beroksigenVentrikel Kiri Tekanan Darah

Tekanan darah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah pada pembuluh arteri darah ketika darah dipam oleh jantung ke seluruh anggota tubuh badan manusia.Ujian tekanan darah dibuat dengan mengambil dua ukuran dengan bacaan bagi tekanan darah normal adalah 120/80 mmHg.

Tekanan darah boleh diukur dengan menggunakan SPHYGNOMANOMETER.

Masa paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa berehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Tekanan sistolik Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik.

Tekanan DiastolikNombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik.

Tekanan darah individu yang sihat adalah sekitar 100-118 mmHg untuk sistolik dan 60-78 mmHg untuk diastolik.Sistolik merujuk pada kerja dan diastolik merujuk pada rehat.Tekanan sistolik meningkat ketika latihan manakala tekanan diastolik kekal tidak berubah.

Faktor-faktor Perubahan tekanan darah1.Kadar denyutan jantungSemakin tinggi kadar denyutan jantung, semakin tinggi tekanan darah.2.Isipadu darah di dalam badan.Semakin besar isipadu darah di dalam badan, semakin kerap darahkembali ke jantung, maka tekanan darah akan turut meningkat.3.Kadar pengaliran darah.Apabila kadar pengaliran darah meningkat, darah mengalir melalui seluruhbadan dengan lebih pantas. Maka jantung terpaksa mengepam dengan lebih cepat seterusnyameningkatkan tekanan darah.

4.Rintangan salur darah.Semakin tinggi rintangan dalam salur darah, semakin tinggi tekanan darah.Salur darah yang besar dan berdinding licin mempunyai rintangan pengaliran darah yang rendah.5.Kelikatan (viscosity) darah.Semakin likat darah seseorang, semakin tinggi tekanan darahnya.6.Tekanan (stress).Tekanan (stress) menyebabkan pengecutan salur darah lalu meningkatkan tekanandarah.Kawalan Neural ke atas Tekanan dan Aliran DarahTekanan darah dikawal oleh baroreseptor yang terletak pada aorta dan arterikarotidBaroreseptor dapat mengesan perubahan tekanan darah dan menyelaraskan tekanandarah arteri dengan mengubah daya dan kadar pengecutan otot kardium serta mengubah rintangandalam arteri.Baroreseptor bergerak balas terhadap perubahan regangan (panjang tisu) pada dinding lengkungan aorta dan karotid sinus.

Kawal atur tekanan darahyang semakin meningkatbaroreseptor akan bergerak balas terhadap peningkatanregangan pada dinding lengkungan aorta dan karotid sinus dengan menghantar lebih banyak impulssaraf kepada medula oblongata di otak.yang semakin menurunApabila tekanan darah semakin menurun, baroreseptor direncat (inhibited). Oleh itu, tiada impuls saraf dihantar oleh baroreseptor ke otak.

Otak akan menghantar isyarat ini ke jantung dan salur darah (efector). Aktiviti otot kardium padajantung dikurangkan untuk mengurangkan kadar denyutan jantung. Otot licin pada arteri pulamengendur untuk menambahkan diameter arteri, dan mengakibatkan rintangan arteri dikurangkan.

Penurunan kadar denyutan jantung serta rintangan arteri menyebabkan tekanan darah diturunkan.Otot kardium pada jantung meningkatkan aktivitinya lalu meningkatkan kadar denyutan jantung.Sementara itu, otot licin pada arteri pula mengecut menyebabkan diameter arteri menjadi semakinsempit. Pencerutan vena (vasoconstriction) ini meningkatkan rintangan arteri.Peningkatan kadar denyutan jantung dan rintangan arteri menyebabkan tekanan darah meningkat.Tekanan Peredaran DarahDarah mengalir melalui sistem peredaran disebabkan perbezaan tekanan.Darah mengalir dari tahap tekanan yang tinggi kepada tahap tekanan rendah.Perbezaan antara dua tahap ini dikenali sebagai gradien tekanan.Dalam sistem peredaran darah yang sistematik, tahap tekanan yang paling tinggi ialah di dalam ventrikel kiri jantung semasa sistolik.Gradient tekanan antara tahap yang paling rendah pada kanan atrium, adalah penyebab yang membawa pengaliran darah melalui keseluruhan peredaran sistematik.

Darah tinggi Sekiranya tekanan darah didapati sentiasa tinggi daripada kadar biasa secara berlarutan, seseorang itu dikatakan mengalamimasalah darah tinggi.Pada tekanan darah tinggi, biasanya terjadi kenaikan tekanan sistolik dan diastolik. Hipertensi biasanya menjadi pada tekanan darah 140/90 mmHg atau ke atas, diukur di kedua lengan tiga kali dalam jangka beberapa minggu.Pesakit darah tinggi sekurang-kurangnya mempunyai tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat.

Peringkat peringkat Perkembangan Tekanan Darah Tinggi yang Sungguh Menyedihkan!

Peringkat perkembangan Tekanan Darah Tinggi memang boleh dijangka!!!