perbandingan konsep dan perspektif tamadun islam dan barat _ wla 104_03 pengajian islam
DESCRIPTION
crgTRANSCRIPT
7/3/2014 Perbandingan konsep dan perspektif tamadun Islam dan barat | WLA 104/03 Pengajian Islam
http://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/perbandingan-konsep-dan-perspektif-tamadun-islam-dan-barat/ 1/5
WLA 104/03 Pengajian Islam
PressBooks
Wawasan Open University
51 Perbandingan konsep dan perspektif tamadun Islam dan barat
Previous Next
Perbandingan konsep dan perspektif tamadun Islam dengan barat
Bagi memahami konsep dan perspektif tamadun Islam dan Barat, kita akan mengkaji dari sudut pandangan pelbagaisarjana Islam dan sarjana Barat. Walaupun keduadua tamadun Islam dan Barat mempunyai beberapa persamaan dari segipencapaian material, namun satu perbezaan di antara kedua-duanya ialah tamadun Islam menekankan aspek agamakhususnya dari segi spiritual dan akhlak. Cuba fahami dan baca dengan teliti perbezaan antara tamadun Islam dengantamadun Barat.
Tamadun Islam
Takrifan tamadun Islam dapat difahami dengan jelas jika kita tinjau pelbagai jurus pandang tokoh-tokoh sarjana Islam
dalam ilmu ketamadunan. Antara pandangan ilmiah tentang konsep tamadun Islam adalah seperti berikut:
1. Ibn Khaldun (732H – 808H)
Tamadun ialah pembangunan bandar yang subur dan makmur dengan pencapaian yang tinggi dalam pelbagai bidangekonomi, politik, sosial, seni bina termasuk bidang sains seperti aritmetik, algebra, geometri, kimia, perubatan serta
puisi dan pengajian Islam.
2. Jurji Zaidan (1861 – 1941)
Tamadun ialah sistem pentadbiran negara Islam yang termasuk bandarbandar Islam serta terdapat susun lapis
masyarakat. Selain itu pencapaian yang meliputi bidang sains, ilmu pengetahuan, seni bina dan seni muzikserta nyanyian.
3. Ismail al-Faruqi (1921 – 1986)
Tamadun adalah diasaskan atas tauhid iaitu pengiktirafan kepada dua realiti yang menciptakan iaitu Allah s.w.t. danrealiti yang dicipta iaitu makhluk. Tauhid ialah identiti tamadun Islam yang mengaitkan segala unsurnya lalu
7/3/2014 Perbandingan konsep dan perspektif tamadun Islam dan barat | WLA 104/03 Pengajian Islam
http://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/perbandingan-konsep-dan-perspektif-tamadun-islam-dan-barat/ 2/5
mewujudkan satu wadah yang kukuh yang bergelar tamadun.
4. Syed Muhammad Naquib al-Attas (1931 – )
Tamadun merujuk kepada keadaan kehidupan insan yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaanyang luhur bagi seluruh masyarakat. Malah istilah tamadun sendiri berasal dari istilah din yang bermaksud satu cara
hidup atau kehidupan beragama.
Tamadun barat
Bagaimana pula konsep tamadun Barat? Tamadun barat juga ada pandangan yang tersendiri menurut tokoh-tokoh Barat.Ikutlah pendapat mereka dengan teliti agar kita dapat menghargai dan membandingkannya dengan konsep tamadun Islam.
1. Arnold Toynbee (1852 – 1883)
Tamadun merupakan sejenis kebudayaan yang berkembang di kota. Tamadun juga satu kumpulan pemikiran
daripada pelbagai manifestasi serta satu gaya kebudayaan yang bertanggugjawab dalam pembentukan institusi politik,kesusasteraan, moral dan agama.
2. Dr. Haas dan Lecky
Tamadun Eropah adalah berakar umbikan tamadun Yunani dan tamadun Rom yang bermatlamatkan kebendaansemata-mata.
3. J.K Fiebleman
Tamadun ialah kepandaian mengekploitasi material oleh masyarakat iaitu proses masyarakat terhadap material
dengan sendiri menjadikan barang baru bagi keperluan tertentu.
Berdasarkan definisi yang diberikan oleh tokoh-tokoh daripada kedua-dua tradisi pemikiran ini, maka terdapat perbezaan
ketara antara kedua-duanya iaitu tamadun Islam berpaksikan agama sebagai asas pembinaan tamadun, sebaliknyatamadun Barat walaupun ada unsur agama dan moral sebagai elemen kebudayaan, namun paksinya adalah kebendaanatau material.
Interaksi tamadun Islam dan barat
Dalam sejarah perkembangan tamadun manusia, setiap tamadun saling berinteraksi antara satu sama lain. Hasil interaksitersebut telah banyak menyumbang ke arah kemajuan pesat peradaban manusia. Namun setiap tamadun mempunyaipencapaianpencapaian serta keunikan yang tersendiri. Interaksi yang berlaku antara tamadun sepanjang sejarah manusia
7/3/2014 Perbandingan konsep dan perspektif tamadun Islam dan barat | WLA 104/03 Pengajian Islam
http://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/perbandingan-konsep-dan-perspektif-tamadun-islam-dan-barat/ 3/5
pasti akan menerima kesan-kesan yang positif dan negatif.
1. Interaksi positif
Interaksi positif antara tamadun Islam dan tamadun lain telah berlaku seawal abad pertama dalam sejarah Islam lagi.Berikut merupakan impak positif pertembungan tamadun Islam dengan tamadun yang lain.
Rumusan interaksi positif tamadun Islam dengan tamadun Barat telah diungkapkan dengan begitu menarik olehsejarawan Barat, Robert Briffault:
For although not a single aspect of European growth in with the decisiveinfluence of Islamic civilization is not traceable, nowhere is it so clear and
momentous as in the genesis of that power with constitute the permanentdistinctive force of the modern world and the supreme source of its victory –natural science and scientific spirit. Science is the momentous contribution ofArab Civilization to the modern world … It was not science only which brought
Europe back to life. Other and manifold influences from the civilization of Islamcommunicated its first glow to European life.
Jadi, kalau tiada interaksi positif sudah pasti Barat moden yang serba maju tidak akan mencapai kemajuan pesat.
Sikap keterbukaan yang dianjurkan oleh tamadun Islam telah ditegaskan dengan kata-kata yang begitu indah olehHassan Langgulung:
Tamadun Islam tegak dicetus atas dialog yang membina dan prinsipmemberi dan mengambil. Dengan itu ia dapat menghadamkan pencapaian
sains yang mekar pada tamadun-tamadun lain, malah ia menambah dan
memperkayakannya sehingga ia mengeluarkan tamadun gemilang dan
7/3/2014 Perbandingan konsep dan perspektif tamadun Islam dan barat | WLA 104/03 Pengajian Islam
http://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/perbandingan-konsep-dan-perspektif-tamadun-islam-dan-barat/ 4/5
Aktiviti 2.2
Soalan kepada aktiviti 2.2 Cadangan jawapan untuk aktiviti 2.2
cemerlang dalam segala bidang ilmu dan pengetahuan.
2. Interaksi negatif
Lumrah kehidupan manusia ada yang baik dan ada yang buruk. Begitu juga interaksi antara tamadun, khususnya
tamadun Islam dan tamadun Eropah ada yang positif dan negatif.
Kesimpulannya, interaksi antara sesebuah tamadun berlaku kerana terdapat sikap terbuka dalam menerima dan menilai
apa yang baik dan buruk. Interaksi yang positif memberi pengukuhan kepada sesebuah tamadun. Sebaliknya, interaksiyang negatif menimbulkan konflik dan perang yang akan merugikan tamadun tersebut. Oleh itu, semua tamadun harus
menilai semula kelemahan mereka dan cuba membina tamadun manusia atas dasar persaudaraan dan semangat kekitaanserta saling menghormati bahawa kita ‘manusia tidak boleh hidup bersendirian’.
Share via EmailTweet 0
Comments are closed.
7/3/2014 Perbandingan konsep dan perspektif tamadun Islam dan barat | WLA 104/03 Pengajian Islam
http://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/perbandingan-konsep-dan-perspektif-tamadun-islam-dan-barat/ 5/5
Home
Table of Contents
PressBooks.com: Simple Book Production