tips mengatasi perasaan gemuruh _ usahawan.pdf

Upload: labasayung

Post on 06-Jul-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/17/2019 Tips Mengatasi Perasaan Gemuruh _ Usahawan.pdf

    1/14

    11/28/2015 Tips Mengatasi Perasaan Gemuruh | Usahawan.com

    http://www.usahawan.com/santai/tips-mengatasi-perasaan-gemuruh.html 1/14

    Tips Mengatasi Perasaan Gemuruh

    Share on

    Home Page | Lifestyle | Tips Mengatasi Perasaan Gemuruh

    0ITEMS

     

    RM0

    00

    TALIAN HOTLINE

    1-300-888-114

    Harga yang 

    dipaparkan termasuk

    6% GST

    LOVE IS SHARING

    SEARCH FOR PRODUCTS

    NAVIGATE TO...

    http://www.usahawan.com/santai/tips-mengatasi-perasaan-gemuruh.htmlhttp://pinterest.com/pin/create/button/?url=http%3A%2F%2Fwww.usahawan.com%2Fsantai%2Ftips-mengatasi-perasaan-gemuruh.html&media=&description=Pernahkah+anda+merasa+berdebar+atau+darah+gemuruh+ketika+ingin+tampil+ke+khalayak+atau+menghadiri+temu+duga+atau+ingin+menempuh+sesuatu+seperti+ingin+berucap%2C+menanyakan+soalan+dalam+sesuatu+majlis+dan+sebagainya%3F+Kerisauan+melampau+mampu+mengundang+ketidakstabilan+sistem+peredaran+darah+menyebabkan+seseorang+itu%C2%A0+mudah+mengalami+masalah+darah+gemuruh.+Darah+gemuruh+boleh+berlaku+%5B...%5Dhttp://www.usahawan.com/santai/tips-mengatasi-perasaan-gemuruh.htmlhttp://www.usahawan.com/https://www.facebook.com/usahawancomhttps://www.facebook.com/sharer.php?u=http%3A%2F%2Fwww.usahawan.com%2Fsantai%2Ftips-mengatasi-perasaan-gemuruh.html&t=Tips+Mengatasi+Perasaan+Gemuruhhttps://plusone.google.com/_/+1/confirm?hl=en&url=http%3A%2F%2Fwww.usahawan.com%2Fsantai%2Ftips-mengatasi-perasaan-gemuruh.html&title=Tips+Mengatasi+Perasaan+Gemuruhhttps://twitter.com/share?url=http%3A%2F%2Fwww.usahawan.com%2Fsantai%2Ftips-mengatasi-perasaan-gemuruh.html&text=Tips+Mengatasi+Perasaan+Gemuruhhttp://www.mailmunch.co/?r=optin_brandinghttp://www.usahawan.com/http://www.usahawan.com/category/lifestyle

  • 8/17/2019 Tips Mengatasi Perasaan Gemuruh _ Usahawan.pdf

    2/14

    11/28/2015 Tips Mengatasi Perasaan Gemuruh | Usahawan.com

    http://www.usahawan.com/santai/tips-mengatasi-perasaan-gemuruh.html 2/14

    Pernahkah anda merasa berdebar atau darah gemuruh ketika ingin tampil ke khalayak atau

    menghadiri temu duga atau ingin menempuh sesuatu seperti ingin berucap, menanyakan soalan

    dalam sesuatu majlis dan sebagainya?

    Kerisauan melampau mampu mengundang ketidakstabilan sistem peredaran darah menyebabkanseseorang itu mudah mengalami masalah darah gemuruh. Darah gemuruh boleh berlaku terhadap

    semua peringkat umur dan sering terjadi kepada seseorang yang tidak dapat menahan ketakutan

    atau keinginan untuk melakukan sesuatu.

    Kebiasaannya, darah gemuruh boleh dirasakan dengan debaran yang kuat di bahagian

     jantung. Darah gemuruh adalah perasaan yang tidak dapat dikawal oleh minda dan ada juga

    berpeluh-peluh menahan debaran gemuruh di dada.

    Perkara ini berlaku kerana kesan dari fisiologi badan yang bertindak secara automatik sebagai

    tujuan keselamatan mandiri. Kesannya adalah seperti berikut:-

    1. Kenaikan kadar glukosa dalam darah

    2. Kenaikan kadar kortikostroid dan katekolamina dalam darah dan air kencing

    3. Kenaikan kadar denyutan jantung

    http://www.usahawan.com/santai/tips-mengatasi-perasaan-gemuruh.html/attachment/gemuruh

  • 8/17/2019 Tips Mengatasi Perasaan Gemuruh _ Usahawan.pdf

    3/14

    11/28/2015 Tips Mengatasi Perasaan Gemuruh | Usahawan.com

    http://www.usahawan.com/santai/tips-mengatasi-perasaan-gemuruh.html 3/14

    4. Kenaikan tekanan darah

    5. Kekeringan pada bibir dan mulut

    6. Pelebaran pupil

    7. Kesukaran bernafas dan nafas turun naik dengan cepat.

    8. Serangan sejuk dan panas

    9. Rasa kaku dan kebas pada anggota badan

    10. Peluh sejuk keluar daripada rongga kulit

    Sekiranya tidak dikawal atau dibendung ia boleh menyebabkan pelbagai risiko seperti:

    Sawan

    Tekanan darah tinggi

    Murung

     

    Bagaimana Rasa Gementar ini Boleh Berlaku?

    Sistem neurovegetatif atau dikenali juga sebagai sistem autonomi bertindak tanpa dikenalikan oleh

    kehendak atau kemahuan sendiri. Ia bertindak secara automatik tanpa ada kuasa kawalan daripada

    kita sendiri yang kemudiannya memberi kesan terhadap sistem penghadaman, suhu tubuh badan,

    pernafasan, pengaliran darah, tekanan darah, dan beberapa rembesan(peluh, hormon). Sistem ini

    diransang selari dengan pengendalian situasi kecemasan apabila berdepan dengan sesuatu yang

    kita rasakan sebagai suatu masalah.

    Seseorang yang terlalu membiarkan perasaan gemuruh juga akan menyebabkan pertuturan danpergerakan kelihatan kaku serta gementar sekaligus perasaan gemuruh jejaskan penampilan diri

    seseorang.

    Bahkan, kebanyakan orang yang mengalami perasaan gemuruh, sering mengalihkan perhatian

    agar tidak mengganggu fikiran. Mereka berpendapat, dengan cara ini dapat mengurangi perasaan

    gemuruh. Bagaimanapun, hal sedemikian tidak mampu melenyapkan terus perasaan gemuruh.

    Oleh itu, jika tidak ditangani dengan baik berkemungkinan ia mampu menjadikan seseorang itu

    sentiasa bersikap rendah diri, berfikiran negatif, mengalami tekanan perasaan hingga membawa

    masalah emosi tidak stabil seperti kemurungan, kesedihan dan panas baran.

    Persedian dalam sebarang kemungkinan perlu ada dalam mengawal keadaan setiap yang

    dilakukan agar apa pun terjadi dapat diterima dengan tenang dan redha. Sekurang-kurangnya

    dengan cara begini dapat menghilangkan rasa gemuruh walaupun ia sukar dilakukan. Dengan

    persoalan yang tiada jawapanlah yang banyak mendatangkan kegemuruhan kerana tiada daya

    untuk mengawal emosi. Justeru itu, kita haruslah berlapang dada dan menerima sebarang risiko

    dalam sesuatu kehidupan.

    Perasaan gemuruh yang ada dalam diri boleh digunakan sebaik mungkin dengan cara ia tidak

    dibiarkan menguasai diri kerana jika tiada kawalan, ia mampu melemahkan seseorang itu serta

    merosakkan penampilannya ketika berhadapan orang ramai. Kebiasaannya, perasaan gemuruh

    lebih mudah menyerang seseorang apabila dia sedang berhadapan dengan sesuatu yang sangat

    diingininya. Walaupun perasaan berkenaan adalah sesuatu yang normal dan mempunyai fungsi

    tersendiri dalam kehidupan manusia tetapi ia harus bijak ditangani supaya tidak mendatangkan

  • 8/17/2019 Tips Mengatasi Perasaan Gemuruh _ Usahawan.pdf

    4/14

    11/28/2015 Tips Mengatasi Perasaan Gemuruh | Usahawan.com

    http://www.usahawan.com/santai/tips-mengatasi-perasaan-gemuruh.html 4/14

    masalah kepada diri sendiri.

     Ada beberapa petanda yang menunjukkan seseorang itu menjadi mangsa kepada perasaan

    gemuruh sendiri apabila ia gagal mengawalnya dengan baik. Antaranya adalah apabila seseorang

    itu membuat keputusan rasa gemuruh serta ketakutannya tidak diterima orang lain, sebagai satu

    masalah hingga membuatkannya gagal berhadapan dengan isu sebenar selain menyekat nya

    untuk memajukan diri.

    Petunjuk lain yang memberi tanda seseorang itu dikuasai perasaan gemuruh adalah terlalu risau,

    sering memikirkan, merendahkan dan mengkritik diri sendiri apabila rasa gemuruh menguasai diri.

    Selain itu, tanda lain yang menunjukkan seseorang itu terlalu dikuasai perasaan gemuruh adalah

    sering melawan atau cuba mengawalnya di hadapan orang hingga kadang-kala menyebabkan ia

    terlupa apa yang perlu diucapkan serta hilang keyakinan diri sehingga tidak sabar pulang ke rumah.

    Seseorang yang terlalu membiarkan perasaan gemuruh dalam dirinya juga akan menyebabkan otot

    badannya kejang dan bernafas pendek kerana mahu mengawal rasa gemuruh dalam perasaannya,

    hingga ia mampu menyebabkan percakapan, pergerakan atau penampilan kelihatan kaku serta

    kurang sopan. Sering kali juga seseorang yang terlalu gemuruh akan menipu diri sendiri dengan

    cuba mengalihkan perhatiannya kepada perkara lain supaya ia tidak terlalu mengganggunya tetapi

    helah itu tidak akan berkesan selamanya. Jika terus membiarkan diri sentiasa berasa gemuruh,

    dibimbangi ia mampu bertukar menjadi tenaga negatif yang boleh menyebabkan seseorang itu

    mengalami tekanan hingga membawa masalah emosi tidak stabil seperti kemurungan, kerisauan

    melampau dan panas baran.

    Tidak kurang juga mereka yang mempunyai masalah gemuruh bersikap seperti bukan diri sendiri

    sebenar kerana mahu memuaskan hati orang lain selain terlalu mengikut kata-kata orang lain.

    Perasaan gemuruh bukan sesuatu yang asing kerana hampir setiap orang mengalaminya.

    Contohnya ketika seseorang itu mahu berkenalan dengan orang yang menarik perhatiannya. Apabila seseorang itu terlalu berfikir mengenai bagaimana ingin berhadapan dengan perkara yang

    diingininya, keadaan itu akan menyebabkan perasaan gemuruh menjadi berganda berikutan

    perasaan berdebar-debar.

     Ada banyak cara boleh digunakan bagi mengatasi masalah gemuruh antaranya dengan

    mempunyai pemikiran positif dan tidak memandang rendah keupayaan diri. Selain itu, seseorang itu

    dinasihatkan tidak menunjukkan perasaan gemuruh melalui perlakuannya kerana keadaan itu akan

    menyebabkan ia menjadi lebih gemuruh dan apabila bercakap dengan seseorang, sentiasa melihat

    kepada matanya. Jika tidak mahu perasaan gemuruh menguasai diri, cuba tidak bertanya soalan

    yang membosankan atau bercakap topik tidak menarik pada orang lain dan paling penting bagimengatasi masalah gemuruh adalah keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri.

     Antara tips mengatasi perasaan gemuruh ini ialah:

    1. Pernafasan-  lakukan pernafasan sehingga 30 kali iaitu pastikan nafas yang disedut hingga ke

    pusat dan tahan selama 7 saat dan hembuskan kembali. Bagi memastikan nafas disedut dalam2,

    maka cuba gunakan tangan kanan pegang dibahagian dada dan tangan kiri di bahagian pusat. jika

    kedua2 tangan terasa bergerak ,maka anda telah berjaya melakukannya

    2. Persediaan dan latihan amat diperlukan. Jika anda takut untuk berucap atau temu duga

    persediaan apa sahaja isi atau bahan berkenaan perlu dibuat. Selepas itu anda boleh berlatih

    seorang di hadapan cermin. Pastikan anda tersenyum apabila berhadapan dengan penemu duga

    ataupun khalayak. Jangan terlalu memikirkan mereka hanya memberikan tumpuan pada anda dan

    mewujudkan sangkaan negatif pada diri anda. Sebenarnya mereka lebih berminat supaya anda

  • 8/17/2019 Tips Mengatasi Perasaan Gemuruh _ Usahawan.pdf

    5/14

    11/28/2015 Tips Mengatasi Perasaan Gemuruh | Usahawan.com

    http://www.usahawan.com/santai/tips-mengatasi-perasaan-gemuruh.html 5/14

    dapat sampaikan secara yang baik ikut kemampuan anda. Berapa banyak masa yang kita perlu

    gunakan untuk bersedia? Peraturan yang satuialah gunakan seberapa masa yang diberi. Jika anda

    diberi masa 2 bulan, jangan tunggu sehingga minggu terakhir. Jika anda diberi semalaman, sama

     juga, lakukan lah yang terbaik!

    3.Rasa gemuruh makin dilawan makin menjadi kesannya. Jadi anda perlu terima dalam

    keadaan tenang kerana ini cara badan anda untuk respon supaya anda dapat buat yang terbaik .

     Anggapkan rasa gemuruh sebagai ‘kawan’ dan bukanya lawan anda. Dengan cara ini anda akan

    dapat mengawal perasaan tersebut dengan lebih mudah lagi.

    4. Sematkan kata-kata positf dalam diri anda bahawa anda yakin anda pasti boleh melakukan.

    Lakukan berulang-ulang dengan penuh emosi dan percaya diri.

    5.Hubungan mata  sangat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tingkat keyakinan

    anda . Elakkan dari bercakap dengan keadaan yang menunduk dan juga tiada hubungan mata.

    6. Amik wuduk dan berselawat

     Air dapat menyejukkan perasaan. Insya’Allah kalau kita niat dalam hati perkara yang baik mesti kita

    dibantu olehNYA.cBanyakkan berselawat, beristigfar sebanyak mungkin. Niat supaya jangan

    gemuruh semasa melakukan perkara-perkara yang mendatangkan perasaan gemuruh.

    7. Motivasikan diri sendiri

    Belajar mendisplinkan diri, motivasikan diri, yakinkan diri sendiri dalam melakukan sesuatu perkara.

    Belajar jadi orang yang berfikiran positif. Jangan tengok kelemahan diri malah tengok kelebihan diri

    sendiri.

    8.Gambaran minda yang berulang-ulang perlu dilakukan  supaya anda menyampaikan mesej

    kepada minda bawah sedar anda. Bayangkan anda dapat melakukan perkara yang anda takuti

    dengan jayanya. Anda dapat laksanakan secara hebat dan orang lain berasa kagum pada anda.

    Kesannya apabila anda melakukan pada masa sebenar, kesan secara otomatis akan berlaku tanpa

    anda sedar.

    9.Teknik doa  adalah paling berkesan seperti doa nabi Musa

    Doa Nabi Musa AS

    ????? ????? ??????? ??? ??????? ????????? ??? ??????? ????????? ???????? ????

    ???????? ?????????? ???????

    Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; Dan

    lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku;

    (Surah Taha : 25 -27 )

    10.Katakan pada diri anda bahawa apa sahaja yang anda buat walaupun apa sahaja

    kesilapan anda sedia untuk menanggungnya atau reda terimanya. Cara ini menjadikan minda

    anda tidak tertekan dan rasa santai yang menyebabkan anda boleh melakukan dengan lebih baik

    dan lebih baik lagi.

    11. Cuba hipnosis.  Hipnosis ialah keadaan separa sedar yang membuatkan seseorang tenang

    (fizikal dan mental) hingga membolehkan dia membuat perubahan kelakuan seperti

    dikehendakinya. Kaedah hipnosis telah diiktiraf sebagai sebahagian rawatan alternatif untukmembantu pesakit menyelesaikan masalah pada diri mereka sendiri. Kaedah ini bukan bertujuan

    mengambil alih rawatan moden, sebaliknya melengkapkan kaedah rawatan sedia ada bagi

    kebaikan pesakit. Ia sebagai rawatan alternatif asalkan mereka yakin dan percaya dengan cara

    Back to top

    https://twitter.com/intent/tweet?original_referer=http%3A%2F%2Fwww.usahawan.com%2Fsantai%2Ftips-mengatasi-perasaan-gemuruh.html&ref_src=twsrc%5Etfw&text=Tips%20Mengatasi%20Perasaan%20Gemuruh%20%7C%20Usahawan.com&tw_p=tweetbutton&url=http%3A%2F%2Fwww.usahawan.com%2Fsantai%2Ftips-mengatasi-perasaan-gemuruh.html

  • 8/17/2019 Tips Mengatasi Perasaan Gemuruh _ Usahawan.pdf

    6/14

    11/28/2015 Tips Mengatasi Perasaan Gemuruh | Usahawan.com

    http://www.usahawan.com/santai/tips-mengatasi-perasaan-gemuruh.html 6/14

    yang dipilih. Yang paling penting kaedah hipnoterapi tidak menggunakan sebarang ubatan dan

    tiada kesan sampingan. Kesan hipnoterapi ini juga berbeza antara individu. Ada yang memerlukan

    hanya lima jam untuk menampakkan keberkesanan, bergantung kepada tahap ketenangan masing-

    masing. Hipnosis juga boleh dilakukan sendiri dengan berbaring di katil dan rehatkan semua otot

    serta lapangkan fikiran. Kaedah hipnosis sendiri ini jika diamalkan selama 21 hari boleh membantu

    memupuk sifat positif, keyakinan dan keupayaan diri. Apabila mahir, ia boleh dilakukan di mana

    saja, termasuk ketika menunggu kenderaan awam supaya anda sentiasa tenang.

    http://goo.gl/oDKUsMhttp://goo.gl/oDKUsM

  • 8/17/2019 Tips Mengatasi Perasaan Gemuruh _ Usahawan.pdf

    7/14

    11/28/2015 Tips Mengatasi Perasaan Gemuruh | Usahawan.com

    http://www .usahawan.com/santai/tips- mengatasi-perasaan-gemuruh.html   7/14

    http://goo.gl/oDKUsMhttp://goo.gl/oDKUsMhttp://goo.gl/sgdzOX

  • 8/17/2019 Tips Mengatasi Perasaan Gemuruh _ Usahawan.pdf

    8/14

    11/28/2015 Tips Mengatasi Perasaan Gemuruh | Usahawan.com

    http://www.usahawan.com/santai/tips-mengatasi-perasaan-gemuruh.html 8/14

    65Suka Kongsi   Tweet   2

    Lihat Artikel Menarik!

    Share

    14 Tanda Pembohong

    Kos Tinggi Punca Lambat Kahwin?

    3 Cara Mengawal Duit Gaji Supaya Tidak Pokai

    Khasiat dari Manfaat Teh Hijau

    Idea Ini Boleh Bantu Pelajar Atasi Masalah Poket Kering

    Dalam Setiap Krisis Pasti Ada Peluang

    Tips Mudah Tidur Malam, Buat Mereka Yang Susah Tidur 

    http://www.usahawan.com/santai/14-tanda-pembohong.htmlhttp://www.usahawan.com/santai/14-tanda-pembohong.htmlhttp://www.usahawan.com/santai/kos-tinggi-punca-lambat-kahwin.htmlhttp://www.usahawan.com/idea-bisnes/cara-pelajar-menambah-pendapatan-di-universiti.htmlhttp://www.usahawan.com/kesihatan/khasiat-dari-manfaat-teh-hijau.htmlhttp://goo.gl/4iSKMahttp://www.usahawan.com/umum/dalam-setiap-krisis-pasti-ada-peluang.htmlhttp://www.usahawan.com/lifestyle/tips-mudah-tidur-malam-buat-mereka-yang-susah-tidur.htmlhttp://www.usahawan.com/umum/3-cara-mengawal-duit-gaji-supaya-tidak-pokai.htmlhttp://www.usahawan.com/lifestyle/tips-mudah-tidur-malam-buat-mereka-yang-susah-tidur.html

  • 8/17/2019 Tips Mengatasi Perasaan Gemuruh _ Usahawan.pdf

    9/14

    11/28/2015 Tips Mengatasi Perasaan Gemuruh | Usahawan.com

    http://www.usahawan.com/santai/tips-mengatasi-perasaan-gemuruh.html 9/14

    Customer Login

    Username

    Password

      Remember Me

    Log In

    Lost password? Register 

    View your shopping cart

    Special Offer 

    Set Nombor Jersi KOD H ( 0-9 ) RM21.20 RM10.60

    Pakej Perniagaan Takoyaki RM1,234.00 RM980.00

    Peluang Bisnes

    # PAKEJ BISNES MASSAGE CHAIR VENDING MACHINE

    RM8,374.00   RM6,900.00

    http://www.usahawan.com/my-accounthttp://www.usahawan.com/shop/massage-chair-vending-machinehttp://www.usahawan.com/shop/pakej-perniagaan-takoyakihttp://www.usahawan.com/shop/massage-chair-vending-machinehttp://www.usahawan.com/shop/set-nombor-jersi-kod-h-0-9http://www.usahawan.com/my-account/lost-password/http://www.usahawan.com/cart

  • 8/17/2019 Tips Mengatasi Perasaan Gemuruh _ Usahawan.pdf

    10/14

    11/28/2015 Tips Mengatasi Perasaan Gemuruh | Usahawan.com

    http://www.usahawan.com/santai/tips-mengatasi-perasaan-gemuruh.html 10/14

    Dorayaki Muffin Maker Machine 7 Holes (Gas) RM371.00 RM185.50

     As Seen on TV Mighty Light RM12.00

    Plastik Kentang RM6.40 RM3.20

    10", 8'' Neoprene Laptop Sleeve RM17.00–RM19.10 RM8.50

    Sublimation Wallet RM8.50 RM4.30

     As Seen on TV Pops a Dent Car Repair RM14.00

    11oz Ceramics Sublimation Magic Mug (12 pcs) RM114.50 –RM115 .20

    RM84.40–RM114.50

    Sublimation Ceramic Pendant RM5.30 RM2.70

    Saya Perlu Tahu

    BELAJAR BISNES

    PERNIAGAAN

    KEUSAHAWANAN

    LIFESTYLE

    PELABURAN

    TOKOH PERNIAGAAN

    STRATEGI BISNES

    INTERNET

    https://www.facebook.com/mdRADZIzappereehttp://www.usahawan.com/shop/as-seen-on-tv-mighty-lighthttps://www.facebook.com/usahawancom/http://www.usahawan.com/shop/sublimation-wallethttp://www.usahawan.com/category/lifestylehttp://www.usahawan.com/shop/as-seen-on-tv-pops-a-dent-car-repairhttps://www.facebook.com/usahawancom/http://www.usahawan.com/category/keusahawananhttp://www.usahawan.com/category/pelaburanhttps://www.facebook.com/leo.lipeuhttp://www.usahawan.com/shop/sublimation-ceramic-pendanthttp://www.usahawan.com/category/perniagaanhttps://www.facebook.com/tengku.dotdethttps://www.facebook.com/usahawancom/http://www.usahawan.com/category/internethttp://www.usahawan.com/category/strategi-bisneshttp://www.usahawan.com/shop/11oz-ceramics-sublimation-magic-mughttps://www.facebook.com/taufiks.tondekanhttp://www.usahawan.com/shop/dorayaki-muffin-maker-machine-7-holes-gashttp://www.usahawan.com/shop/plastik-kentanghttp://www.usahawan.com/category/tokoh-perniagaanhttp://www.usahawan.com/shop/10-neoprene-laptop-sleeve-2

  • 8/17/2019 Tips Mengatasi Perasaan Gemuruh _ Usahawan.pdf

    11/14

    11/28/2015 Tips Mengatasi Perasaan Gemuruh | Usahawan.com

    http://www.usahawan.com/santai/tips-mengatasi-perasaan-gemuruh.html 11/14

    KAEDAH MENJADI RAKAN NIAGA

    BENGKEL & SEMINAR

    Cari Artikel HOT

    Artikel Hot Usahawan

    Idea Bisnes Dengan Modal Bawah RM1000

    Mahu Pasarkan Produk Anda? Ke Mana?

    Teknik Bungkusan Produk Jualan Makanan

    Tips Menjayakan Perniagaan Kebab

    5 Cara Berkesan Mengatasi Rasa Bosan Bekerja

    Tips Perusahaan SME (Small & Medium Enterprise) Dalam Bidang Minuman

    Potensi Perusahaan “Baby Spa

    Tips Pemasaran Ayam Goreng Ala Kentucky

    Kisah Kuih Pau

    Kisah Empayar Jeruk Madu Pak Ali

    3 Sebab Coca Cola Masih Tetap No#1

    Buat Duit Dengan Produk Recycle

    Perbezaan antara Enterprise & Sendirian Berhad (Sdn Bhd)

    Idea Bisnes Ketika Berpantang – Untuk Kaum Ibu

    Potensi Ternakan Ikan Ketutu

    Buat Duit Dengan Hartanah Maya – Flippa

    Kecil-kecil Cili Padi – Idea Perniagaan Kecil yang Boleh Menjadi Besar 

    Kuasa Boboiboy

    Empayar Bisnes Les Copaque

    5P dan Aplikasi Dalam Bisnes

    Ketam Nipah, Haiwan Eksotik Yang Mempunyai Permintaan Tinggi

    Lokasi Kami

    Pejabat Urusan Seremban

    No 7-G, Jalan Coco Drive 3,

    Taman Bandar Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan

    Hotline: 1-300-888-114

    H/P: 013-6063393

    CARA MEMBELI SECARA ONLINE

    SOALAN LAZIM

    Search for...   Search

    http://www.usahawan.com/idea-bisnes/buat-duit-dengan-produk-recycle.htmlhttp://www.usahawan.com/idea-bisnes/kecil-kecil-cili-padi-idea-perniagaan-kecil-yang-boleh-menjadi-besar.htmlhttp://www.usahawan.com/lifestyle/5-cara-berkesan-mengatasi-rasa-bosan-bekerja.htmlhttp://www.usahawan.com/idea-bisnes/idea-bisnes-dengan-modal-bawah-rm1000.htmlhttp://www.usahawan.com/idea-bisnes/ketam-nipah-haiwan-eksotik-yang-mempunyai-permintaan-tinggi.htmlhttp://www.usahawan.com/idea-bisnes/tips-menjayakan-perniagaan-kebab.htmlhttp://www.usahawan.com/keusahawanan/perbezaan-antara-enterprise-sendirian-berhad-sdn-bhd.htmlhttp://www.usahawan.com/strategi-bisnes/mahu-pasarkan-produk-anda-ke-mana.htmlhttp://www.usahawan.com/rakan-niagahttp://www.usahawan.com/lifestyle/kisah-kuih-pau.htmlhttp://www.usahawan.com/strategi-bisnes/5p-dan-aplikasi-dalam-bisnes.htmlhttp://www.usahawan.com/idea-bisnes/idea-bisnes-ketika-berpantang-untuk-kaum-ibu.htmlhttp://www.usahawan.com/idea-bisnes/buat-duit-dengan-hartanah-maya-flippa.htmlhttp://www.usahawan.com/idea-bisnes/kisah-empayar-jeruk-madu-pak-ali.htmlhttp://www.usahawan.com/idea-bisnes/potensi-ternakan-ikan-ketutu.htmlhttp://www.usahawan.com/strategi-bisnes/teknik-bungkusan-produk-jualan-makanan.htmlhttp://www.usahawan.com/strategi-bisnes/tips-perusahaan-sme-small-medium-enterprise-dalam-bidang-minuman.htmlhttp://www.usahawan.com/idea-bisnes/potensi-perusahaan-baby-spa.htmlhttp://www.usahawan.com/keusahawanan/kuasa-boboiboy.htmlhttp://www.usahawan.com/eventshttp://www.usahawan.com/keusahawanan/empayar-bisnes-les-copaque.htmlhttp://www.usahawan.com/lifestyle/3-sebab-coca-cola-masih-tetap-no1.htmlhttp://www.usahawan.com/strategi-bisnes/tips-pemasaran-ayam-goreng-ala-kentucky.html

  • 8/17/2019 Tips Mengatasi Perasaan Gemuruh _ Usahawan.pdf

    12/14

    11/28/2015 Tips Mengatasi Perasaan Gemuruh | Usahawan.com

    http://www.usahawan.com/santai/tips-mengatasi-perasaan-gemuruh.html 12/14

    Cawangan Shah Alam

    No 8-48 G, Blok 8, Ground Floor,

     Jalan Pahat H, 15/H Dataran Otomobil,

    Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor

    Tel: 03-55235089

    H/P: 012-2414471

    Cawangan Johor Bahru

    No 41-01, Jalan Pendidikan 3,

    Taman Universiti, 81300 Skudai,

     Johor

    Tel: 07-5204034

    H/P: 012-6738994

    Cawangan Seberang Jaya

    No 6, Jalan Todak 5,

    Pusat Bandar Seberang Jaya,

    13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang.

    Tel : 04 – 3838291

    H/P : 019-6714844

    Direktori Produk

    BUSINESS OPPORTUNITIES

    FOOD MACHINERY, ACCESSORIES & EQUIPMENT

    PRE-MIX FLOUR , SEASONING POWDER, JAM & TOPPING

    BUTTON BADGE SUPPLIES & EQUIPMENT

    HEAT PRESS SERIES

    HEAT TRANSFER SUPPLIES EQUIPMENT

    VINYL CUTTERS, VINYL FLOCK ROLLS & STICKER

    INK, PAPER & PRINTER

    PVC ID CARD & BUSINESS CARD

     JERSEY STICKER

    AS SEEN AS ON TV

    PRE-ORDER

    EDUCATION

    http://www.usahawan.com/product-category/food-accessories-equipmenthttp://www.usahawan.com/product-category/as-seen-on-tv-productshttp://www.usahawan.com/product-category/heat-transfers-supplies-equipmenthttp://www.usahawan.com/product-category/heat-press-serieshttp://www.usahawan.com/product-category/paper-ink-printerhttp://www.usahawan.com/product-category/jersey-letternumberinghttp://www.usahawan.com/product-category/button-badge-pin-button-supplies-equipmenthttp://www.usahawan.com/product-category/pvc-id-card-business-cardhttp://www.usahawan.com/product-category/vinyl-cutters-vinyl-flock-rollshttp://www.usahawan.com/product-category/business-opportunitieshttp://www.usahawan.com/product-category/pre-mix-flour-seasoning-powder-jem-toppinghttp://www.usahawan.com/product-category/educationhttp://www.usahawan.com/product-category/pre-order

  • 8/17/2019 Tips Mengatasi Perasaan Gemuruh _ Usahawan.pdf

    13/14

    11/28/2015 Tips Mengatasi Perasaan Gemuruh | Usahawan.com

    http://www .usahawan.com/santai/tips- mengatasi-perasaan-gemuruh.html   13/14

    Find us on Facebook

    Be the first of your friends to

    like this

    Usahawan…17 ribu suka

    Suka Halaman

    Khidmat Pelanggan

    HUBUNGI

    MENGENAI KAMI

    PENGIKTIRAFAN HALAL

    RAKAN NIAGA

    SOALAN LAZIM

    Belajar Bisnes

    PERNIAGAAN

    LIFESTYLE

    PELABURAN

    TOKOH USAHAWAN

    KEUSAHAWANAN

    INTERNET

    FOOD SUPPLIES

    TUTORIAL ONLINE SHOPPING

    http://www.usahawan.com/product-category/educationhttp://www.usahawan.com/category/lifestylehttp://www.usahawan.com/category/perniagaanhttp://www.usahawan.com/category/internethttp://www.usahawan.com/rakan-niagahttp://www.usahawan.com/category/tokoh-perniagaanhttp://www.usahawan.com/mengenai-kamihttp://www/http://www.usahawan.com/category/perniagaanhttp://www.usahawan.com/category/keusahawananhttp://www.usahawan.com/category/internethttp://www.usahawan.com/faqshttp://www.usahawan.com/category/lifestylehttp://www.usahawan.com/contacthttp://www.usahawan.com/product-category/educationhttp://www.usahawan.com/category/pelaburanhttp://www.usahawan.com/pengiktirafan-halal

  • 8/17/2019 Tips Mengatasi Perasaan Gemuruh _ Usahawan.pdf

    14/14

    11/28/2015 Tips Mengatasi Perasaan Gemuruh | Usahawan.com

    IDEA BISNES

    BENGKEL & SEMINAR

    STRATEGI BISNES

    Copyright 2015- Usahawan.com

    HOME // SUPPORT // TERMS AND CONDITIONS // FAQS // CONTACT US

    Designed by Usahawan.com

    http://www.usahawan.com/category/idea-bisneshttp://www.usahawan.com/http://www.usahawan.com/category/strategi-bisneshttp://www.usahawan.com/events