perbandingan 6 bateri ujian

6
PERBANDINGAN ANTARA KE ENAM-ENAM INSTRUMEN YANG TELAH DITADBIR Apakah yang dimaksudkan dengan kecergasan fizikal ? Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih serta masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan. Definisi kecergasan fizikal: Falls (1980) "Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan berbagai-bagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya" Setiap orang boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap maksima. Untuk mencapai ke tahap kecergasan ini seseorang harus mendapat prestasi yang baik dalam tiap-tiap komponen kecergasan. Program kecergasan fizikal yang seimbang terdiri dari gabungan senaman yang boleh meningkatkan daya kardiovaskular, kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan.

Upload: hazell-erdawaty

Post on 18-Jul-2015

158 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perbandingan 6 Bateri Ujian

PERBANDINGAN ANTARA KE ENAM-ENAM INSTRUMEN YANG TELAH DITADBIR

Apakah yang dimaksudkan dengan kecergasan fizikal ?

Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan

aktiviti seharian tanpa merasa letih serta masih mempunyai tenaga untuk melakukan

aktiviti kesenggangan.

Definisi kecergasan fizikal:

Falls (1980)

"Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi

fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari

ancaman penyakit-penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit

jantung, kegemukan dan berbagai-bagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk

prestasi pula merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang

membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga daya kuasa,

kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya"

Setiap orang boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap

maksima. Untuk mencapai ke tahap kecergasan ini seseorang harus mendapat prestasi

yang baik dalam tiap-tiap komponen kecergasan. Program kecergasan fizikal yang

seimbang terdiri dari gabungan senaman yang boleh meningkatkan daya

kardiovaskular, kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan.

Page 2: Perbandingan 6 Bateri Ujian

INSTRUMEN KECERGASAN FIZIKAL BERASASKAN KESIHATAN

Komponen kecergasan kesihatan melibatkan kecergasan kardiovaskular atau

daya tahan aerobik, kekuatan dan daya tahan otot kelenturan serta komposisi badan.

Terdapat tiga instrumen yang digunakan untuk mengukur kecergasan fizikal berasaskan

kesihatan iaitu Ujian Wall Sit Test, Ujian Hyperextension Abdominal dan Ujian

Abdominal Curl Conditioning Test. Berikut merupakan keputusan ujian kecergasan

berasaskan kesihatan :

Bateri Ujian

Keputusan UJian

Ujian Wall Sit

Test

Hasil analisis ujian-t sampel berulangan menunjukkan terdapat

perbezaan yang signifikan terhadap keputusan min "Wall Sit" pre dan

keputusan min "Wall Sit" post 1 , t(18)= -5.35, k < .05

Dengan itu hipotesis nol yang menyatakan terdapat perbezaan

keputusan min bateri ujian "Wall Sit" pre dan keputusan min "Wall Sit"

post 1 adalah diterima.

Ujian

Hyperextension

Abdominal

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi ujian Hyperextension

pre dan ujian Hyperextension post, t (8) = 1.370, k > .05. Hipotesis

nol yang menyatakan tidak terdapat perbezaan min ujian

Hyperextension pre dan min ujian Hyperextension post adalah

diterima.

Ujian

Abdominal Curl

Terdapat perbezaan yang signifikan bagi Latihan T25 dan Insanity

dapat meningkatkan daya tahan otot adominal, t (18) = -3.501, k < .05.

Hipotesis nol yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang

signifikan terhadap Latihan T25 dan Insanity dapat meningkatkan

daya tahan otot abdominal curl adalah ditolak.

Page 3: Perbandingan 6 Bateri Ujian

Ujian Wall Sit Test adalah bertujuan untuk menguji daya tahan otot seseorang

individu. Daya tahan otot ialah keupayaan seseorang melakukan kegiatan-kegiatan

yang membebankan anggota-anggota badan secara berterusan. Contohnya, pukulan

badminton atau tenis yang berulang-ulang kali memerlukan daya tahan otot tangan.

Selain itu, kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot-otot menghasilkan daya berulang-

ulang bagi suatu jangkamasa tertentu atau otot-otot menguncup untuk satu masa.

Bagi Ujian Hyperextension Abdominal pula bertujuan untuk menguji kelenturan

bahagian abdominal seseorang individu tersebut. Kelenturan adalah satu komponen

kecergasan jasmani yang penting. Kelenturan tubuh badan dicapai dengan

meregangkan otot dan sendi tertentu. Kelenturan otot dan anggota badan meningkat

apabila suhu badan dinaikkan sedikit. Apabila suhu badan menurun kemungkinan besar

tubuh badan akan kehilangan sehingga 20 peratus kelenturannya.

Kelenturan tiap-tiap anggota tubuh adalah spesifik kepada otot dan sendi

tertentu. Otot dan sendi-sendi membenarkan pergerakan yang licin tanpa menghadapi

rintangan. Hasil pergerakan biasanya ditentukan oleh panjangnya otot-otot, ligamen,

tendon-tendon dan struktur sendi-sendi seseorang itu. Secara ringkas boleh dikatakan

sebagai kemampuan sendi-sendi tubuh badan bergerak melalui jarak yang sejauh

mungkin.Contoh: Menyentuh jari ke lantai tanpa membengkokkan lutut.

Ujian Abdominal Curl Conditioning Test juga bertujuan untuk mengukur tahap

fleksibiliti atau kelenturan seseorang individu. Ujian ini juga dapat mengenalpasti sama

ada seseorang itu mempunyai tahap kelenturan abdominal yang tinggi atau tidak.

Page 4: Perbandingan 6 Bateri Ujian

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN MENGGUNAKAN BATERI UJIAN

BATERI UJIAN

KELEBIHAN

KEKURANGAN

Wall Sit Test

Meningkatkan tahap daya

tahan otot.

Boleh digunakan untuk ujian

pada masa akan datan

Terdapat ralat pada

penggunaan jam

randik.

Abdominal Curl

Conditioning

Test

Meningkatkan tahao fleksibiliti

individu

Boleh digunakan pada masa

akan datang

Responden sukar

untuk mengikuti bunyi

yang digunakan

semas ujian

dilaksanakan.

Sukar untuk

mencapai skor tinggi

Hyperextension

Abdominal

Dapat membantu dalam

mengukur tahap fleksibiliti

individu.

Boleh digunakan pada masa

akann datang.

Penggunaan alatan

untuk mengukur

kurang berkesan

Page 5: Perbandingan 6 Bateri Ujian

INSTRUMEN KECERGASAN FIZIKAL BERASASKAN LAKUAN MOTOR

Tenaga yang minima bagi menghasilkan daya (kerja) tetapi hasilnya maksima.

Lakuan motor bolehlah difahamkan sebagai perlakuan yang berkaitan dengan sistem

saraf, iaitu keadaan bagaimana sistem saraf berfungsi setelah dirangsangkan. Hasil

dari lakuan ini dapat menjadikan pelakunya berkemahiran. Kemahiran ialah keupayaan

membuat sesuatu dalam keadaan tepat dan sebenar. Bagi seseorang atlit kecergasan

lakuan motor bolehlah didefinisikan sebagai mempunyai 'Kemahiran Tinggi' iaitu

penggunaan.

Terdapat tiga instrumen yang digunakan untuk mengukur tahap kecergasan

berasaskan fizikal berlandaskan motor iaitu Ujian RAST, Ujian Yo-yo Intermtted Test

dan Ujian Balsom Agility.

BATERI UJIAN

KEPUTUSAN UJIAN

UJIAN YO-YO

INTERMITTED

TEST

Terdapat perbezaan yang signifikan bagi pra ujian yoyo dan ujian

yoyo, t (8) =-1.7 K < .05. Hipotesis nol yang menyatakan tidak

terdapat perbezaan yang signifikan pra ujian dan ujian yoyo

adalah ditolak.

UJIAN BALSOM

AGILITY

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi ujian Balsom

Agility dan ujian Balsom Agility post, t (8) = .859, k > .05. min

ujian Balsom Agility pre dengan min Balsom Agility post adalah

tidak berbeza secara signifikan , t (8) = .859 k > .05. hipotesis nol

yang menyatakan tidak terdapat perbezaan min ujian Balsom

Agility pre dan min ujian Balsom Agility post adalah tidak diterima.

UJIAN RAST

Tahap kelesuan lelaki dan perempuan semasa berada di tempat

tinggi adalah berbeza secara signifikan, t (17) = 4.112, k > .05.

Nilai-t = 4.286, df = 11.810 dan aras kesignifikan menunjukkan

ujian ini signifikan, k > .05. Hipotesis alternatif yang dibina adalah

diterima.

Page 6: Perbandingan 6 Bateri Ujian

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN MENGGUNAKAN BATERI UJIAN

BATERI UJIAN

KELEBIHAN

KEKURANGAN

UJIAN RAST

Dapat memilih dan

menentukan acara yang

sesuai untuk atlet.

Meningkatkan tahap

kecergasan individu

Dapat mengetahui tahap

kelesuan seseorang individu

Terdapat ralat pada

jam randik yang

ditekan.

Tidak sesuai untuk

semua jenis

sukan/permainan.

UJIAN YO-YO

INTERMITTED

TEST

Mengukur tahap kecergasan

aerobik individu.

Dapat mengetahui tahap

kapasiti aerobik atlet.

Sesuai untuk latihan atlet bagi

jarak jauh.

Penggunaan bunyi

‘beep’ dalam ujian

sukar untuk diikuti.

UJIAN BALSOM

AGILITY

Dapat meningkatkan

ketangkasan atlet/ individu.

Sesuai untuk sukan yang

melibatkan ketangkasan

seperti badminton, tenis, hoki

dan skuasy.

Laluan yang

digunakan dalam

ujian ini agak

mengelirukan.

Perlu menggunakan

penanda bagi setiap

laluan.