perbandingan kaedah menggunakan kad …ipgktb.edu.my/lestari/kertas_kerja/lim carol.pdf · dalam...

16
Pendidikan Sains 41 Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 | Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang, 9 – 10 September 2012 PERBANDINGAN KAEDAH MENGGUNAKAN KAD PERMAINAN DAN BUKU BESAR BAGI MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID TAHUN 4 DALAM TOPIK PENYESUAIAN TUMBUHAN TERHADAP CUACA MELAMPAU Lim Carol Amir Hamzah Sharaai Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang : [email protected] Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012 Kajian ini bertujuan untuk membandingkan keberkesanan antara kaedah kad permainan dengan buku besar dalam membantu murid mengenali ciri-ciri penyesuaian tumbuhan terhadap cuaca yang melampau. Reka bentuk kajian berbentuk eksperimen dan melibatkan 12 orang pelajar daripada Tahun 4. Subjek yang dipilih memperolehi markah di antara 35-50 dalam ujian Diagnostik dan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B melalui teknik padanan. Kumpulan A diberikan intervensi kad permainan manakala Kumpulan B diberikan intervensi buku besar. Kedua-dua kumpulan ini kemudiannya diberi intervensi yang satu lagi bagi meninjau minat responden. Data telah dikumpulkan melalui ujian pra dan pasca, soal selidik, dan temu bual yang kemudiannya dianalisis melalui statistik diskriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan prestasi kedua-dua kumpulan dalam ujian pasca adalah signifikan berbanding dengan ujian pra (p=0.001). Min Kumpulan A telah meningkat sebanyak 87.3% manakala min kumpulan B telah meningkat sebanyak 65.1%. Walau bagaimanapun, hasil analisis ujian-t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan kaedah kad permainan dan buku besar (p> 0.05). Kata kunci: kad permainan, buku besar, reka bentuk eksperimen PENGENALAN Dalam era globalisasi yang begitu pesat berkembang hari ini, negara kita kian mengorak langkah untuk menuju ke arah kemajuan pembangunan negara yang lebih sempurna. Salah satu daripadanya adalah perlaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara yang lebih dikenali sebagai NKRA (National Key Results Areas) yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu Perdana Menteri Malaysia pada 11 Julai 2009. Dalam Program Transformasi Kerajaan ini, NKRA Pendidikan telah diberi keutamaan (Utusan Borneo, 2011). Hal ini kerana pendidikan sememangnya berperanan penting dalam menyediakan modal insan yang cemerlang dan bakal menerajui negara kita ke arah mencapai status negara maju. Berdasarkan satu kajian peringkat antarabangsa Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) pada tahun 2007 pernah menunjukkan bahawa pencapaian pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains semakin menurun, malahan jurang pencapaian antara negara Malaysia dengan negara jiran seperti Singapura dan Hong Kong semakin melebar iaitu sebanyak 20 peratus berbanding hanya 5 peratus pada tahun 2003 (Utusan Borneo, 2011). Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sistem pendidikan Malaysia harus

Upload: duongcong

Post on 06-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERBANDINGAN KAEDAH MENGGUNAKAN KAD …ipgktb.edu.my/lestari/kertas_kerja/Lim Carol.pdf · dalam ujian Diagnostik mereka (r ujuk Jadual 1). Pendidikan Sains 44 ... Ujian Diagnostik

Pendidikan Sains 41

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,9 – 10 September 2012

PERBANDINGAN KAEDAH MENGGUNAKAN KAD PERMAINANDAN BUKU BESAR BAGI MENINGKATKAN PENCAPAIAN

MURID TAHUN 4 DALAM TOPIK PENYESUAIANTUMBUHAN TERHADAP CUACA MELAMPAU

Lim CarolAmir Hamzah Sharaai

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang: [email protected]

Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

Kajian ini bertujuan untuk membandingkan keberkesanan antara kaedahkad permainan dengan buku besar dalam membantu murid mengenaliciri-ciri penyesuaian tumbuhan terhadap cuaca yang melampau. Rekabentuk kajian berbentuk eksperimen dan melibatkan 12 orang pelajardaripada Tahun 4. Subjek yang dipilih memperolehi markah di antara35-50 dalam ujian Diagnostik dan dibahagikan kepada dua kumpulaniaitu kumpulan A dan B melalui teknik padanan. Kumpulan A diberikanintervensi kad permainan manakala Kumpulan B diberikan intervensibuku besar. Kedua-dua kumpulan ini kemudiannya diberi intervensi yangsatu lagi bagi meninjau minat responden. Data telah dikumpulkanmelalui ujian pra dan pasca, soal selidik, dan temu bual yangkemudiannya dianalisis melalui statistik diskriptif dan statistik inferensi.Dapatan kajian menunjukkan prestasi kedua-dua kumpulan dalam ujianpasca adalah signifikan berbanding dengan ujian pra (p=0.001). MinKumpulan A telah meningkat sebanyak 87.3% manakala min kumpulanB telah meningkat sebanyak 65.1%. Walau bagaimanapun, hasil analisisujian-t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikanantara penggunaan kaedah kad permainan dan buku besar (p> 0.05).

Kata kunci: kad permainan, buku besar, reka bentuk eksperimen

PENGENALAN

Dalam era globalisasi yang begitu pesat berkembang hari ini, negara kita kian mengoraklangkah untuk menuju ke arah kemajuan pembangunan negara yang lebih sempurna. Salahsatu daripadanya adalah perlaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara yang lebihdikenali sebagai NKRA (National Key Results Areas) yang diperkenalkan oleh Datuk SeriNajib Tun Razak, iaitu Perdana Menteri Malaysia pada 11 Julai 2009. Dalam ProgramTransformasi Kerajaan ini, NKRA Pendidikan telah diberi keutamaan (Utusan Borneo,2011). Hal ini kerana pendidikan sememangnya berperanan penting dalam menyediakanmodal insan yang cemerlang dan bakal menerajui negara kita ke arah mencapai status negaramaju. Berdasarkan satu kajian peringkat antarabangsa Trends in International Mathematicsand Science Study (TIMSS) pada tahun 2007 pernah menunjukkan bahawa pencapaianpelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains semakin menurun, malahan jurang pencapaianantara negara Malaysia dengan negara jiran seperti Singapura dan Hong Kong semakinmelebar iaitu sebanyak 20 peratus berbanding hanya 5 peratus pada tahun 2003 (UtusanBorneo, 2011). Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sistem pendidikan Malaysia harus

Page 2: PERBANDINGAN KAEDAH MENGGUNAKAN KAD …ipgktb.edu.my/lestari/kertas_kerja/Lim Carol.pdf · dalam ujian Diagnostik mereka (r ujuk Jadual 1). Pendidikan Sains 44 ... Ujian Diagnostik

Pendidikan Sains 42

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,9 – 10 September 2012

bertindak pantas supaya tidak terus ketinggalan dalam persaingan pendidikan pada peringkatantarabangsa.

Dalam usaha menyahut hasrat negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020 ini, gurumemainkan peranan yang amat penting sekali dalam proses pengajaran dan pembelajarankepada pelajarnya. Guru haruslah merancang dan melaksanakan pendekatan dan strategipengajaran yang paling sesuai dengan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaransupaya memastikan semua murid dapat menguasai ilmu pengetahuan yang disampaikan.Persoalannya, bagaimanakah guru boleh menentukan sama ada penggunaan sesuatupendekatan, kaedah, atau strategi adalah berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran bagimurid-muridnya? Salah satu kaedah adalah dengan melakukan kajian tindakan. Lantaran itu,wujudnya kajian ini sebagai satu usaha untuk membandingkan keberkesanan dua pendekataniaitu penggunaan kaedah kad permainan (game card) dan kaedah buku besar (big book)dalam mata pelajaran Sains bagi meningkatkan pencapaian dan minat murid Tahun Empat.Dengan kajian yang dijalankan ini, adalah diharapkan murid dapat belajar dengan lebihberkesan melalui pengajaran yang berbeza di samping meninjau pendapat murid bagimeningkatkan amalan, kemahiran, teknik, strategi dan perubahan pengajaran guru demimemberi impak yang positif kepada pelajar pada masa depan.

Isu Keprihatinan Kajian

Sejak beberapa tahun yang lalu, para ahli teori, penyelidik, dan pengajar telah punmendokumentasikan bahawa main adalah kaedah yang paling optimum bagi pembelajarandan perkembangan individu. Mereka juga mencadangkan bahawa ketidakhadiran unsur mainsering menjadi halangan bagi perkembangan kegembiraan, kesihatan, dan minda yang kreatifbagi seseorang individu (Fromberg, 2002).

Manakala buku besar pula merupakan alat yang sering digunakan dalam pengajaran bacaanawal bagi bahasa Inggeris dan penggunaannya sudah pun mantap sejak beberapa tahun yanglalu. Saiz buku besar yang besar menjadikannya sesuatu yang baru dan dapat menarik sifatingin tahu kanak-kanak serta mengekalkan minat mereka (Mohana Nambiar, 1993). Dalambuku besar juga, grafik dan gambar banyak digunakan dalam saiz yang besar. Noriati et. al.(2009) menyatakan bahawa perincian visual gambar yang digunakan dalam p&p dapatmemudahkan pemahaman topik-topik dalam mata pelajaran yang mungkin sukar difahami.

Justeru, kedua-dua intervensi yang diberi fokus dalam kajian ini merupakan strategi yangtelah pun dicadangkan oleh para sarjana dan ahli pendidikan dalam pengajaran danpembelajaran. Tetapi kajian ini bertumpu kepada membuat perbandingan antara penggunaankedua-dua strategi ini untuk murid-murid sekolah rendah.

OBJEKTIF

1. Membantu murid yang berpencapaian rendah dalam meningkatkan kebolehan merekamengingati fakta-fakta sains yang dipelajari.

2. Mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah kad permainan (game card) berbandingdengan cara pengajaran buku besar (big book).

3. Menyediakan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan kepadamurid-murid.

Page 3: PERBANDINGAN KAEDAH MENGGUNAKAN KAD …ipgktb.edu.my/lestari/kertas_kerja/Lim Carol.pdf · dalam ujian Diagnostik mereka (r ujuk Jadual 1). Pendidikan Sains 44 ... Ujian Diagnostik

Pendidikan Sains 43

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,9 – 10 September 2012

PERSOALAN KAJIAN

1. Di antara kaedah kad permainan dan kaedah buku besar, yang mana satu lebih berkesan?Sejauh manakah murid-murid berminat dalam kaedah kad permainan dan

2. kaedah buku besar?

HIPOTESIS KAJIAN

Hipotesis Nol, Ho

Ho 1: Tidak ada perbezaan yang signifikan dalam min markah ujian pra dengan min ujianpasca bagi responden kumpulan A yang diberi intervensi kad permainan.

Ho 2: Tidak ada perbezaan yang signifikan dalam min markah ujian pra dengan minujian pasca bagi responden kumpulan B yang diberi intervensi buku besar.

Ho 3: Tidak ada perbezaan yang signifikan dalam min markah ujian pra bagikumpulan A dan kumpulan B.

Ho 4: Tidak ada perbezaan yang signifikan dalam min markah ujian pasca bagikumpulan A dan kumpulan B.

Hipotesis Alternatif, Ha

Ha 1: Terdapat perbezaan yang signifikan dalam min markah ujian pra dengan minujian pasca bagi responden kumpulan A yang diberi intervensi kad permainan.

Ha 2: Terdapat perbezaan yang signifikan dalam min markah ujian pra dengan minujian pasca bagi responden kumpulan B yang diberi intervensi buku besar.

Ha 3: Terdapat perbezaan yang signifikan dalam min markah ujian pra bagikumpulan A dan kumpulan B.

Ha 4: Terdapat perbezaan yang signifikan dalam min markah ujian pasca bagikumpulan A dan kumpulan B.

Pembahagian Kumpulan

Disebabkan kajian ini menggunakan kaedah eksperimen untuk membuat perbandingan antaraintervensi kad permainan dengan intervensi buku besar, kumpulan-kumpulan respondenhendaklah dibentuk secara seimbang sebelum kajian dijalankan. Dalam kajian ini, kumpulansasaran telah dipilih dan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan KumpulanB berdasarkan teknik padanan supaya menjamin kesahan dan kebolehpercayaan hasil kajian.Menurut Chua Yan Piaw, teknik padanan dilakukan dengan mengenal pasti pasangan-pasangan responden yang mempunyai ciri-ciri yang serupa dan meletakkan pasanganreponden tersebut ke dalam kumpulan-kumpulan yang berasingan (2006, p. 62). Justeru,responden telah diagihkan kepada dua kumpulan secara seimbang berdasarkan dua ciri yangutama iaitu jantina dan markah responden dalam ujian diagnostik. Bilangan setiap jantinadalam kedua-dua kumpulan adalah sama. Begitu juga dengan jumlah markah pencapaiandalam ujian Diagnostik mereka (rujuk Jadual 1).

Page 4: PERBANDINGAN KAEDAH MENGGUNAKAN KAD …ipgktb.edu.my/lestari/kertas_kerja/Lim Carol.pdf · dalam ujian Diagnostik mereka (r ujuk Jadual 1). Pendidikan Sains 44 ... Ujian Diagnostik

Pendidikan Sains 44

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,9 – 10 September 2012

Jadual 1: Pembahagian Kumpulan Berdasarkan Teknik Padanan

PROSEDUR KAJIAN

Untuk membandingkan keberkesanan antara dua teknik yang dikaji, iaitu kad permainan danbuku besar, kesaksamaan dalam memilih dan membahagi kumpulan sasaran kajian adalahsangat penting. Oleh itu, langkah pertama dalam kajian ini adalah menentukan sasaran kajian.Ujian Diagnostik diberikan kepada semua murid Tahun 4 bertujuan untuk memilih muridyang lemah dalam topik Penyesuaian Tumbuhan Terhadap Cuaca Melampau. Dua belasorang pelajar yang terpilih sebagai kumpulan sasaran kajian kesemuanya mendapat markah diantara 35-50 dalam ujian tersebut dan seterusnya dibahagikan kepada dua kumpulanmengikut teknik padanan seperti Jadual 1.

Markah Ujian Diagnostik mereka dijadikan sebagai markah Ujian Pra untuk dibandingkandengan Ujian Pasca selepas setiap intervensi yang diberikan kemudiannya. Selepaspenentuan kedua-dua kumpulan sasaran kajian, kajian diteruskan dengan perlaksanaanintervensi ke atas mereka untuk menguji persoalan kajian yang pertama iaitu keberkesananantara kaedah kad permainan dan kaedah buku besar. Intervensi kad permainan diberikandahulu kepada kumpulan sasaran A, dikuti dengan intervensi buku besar kepada kumpulansasaran B. Kedua-dua kumpulan responden ini diminta menjawab Ujian Pasca sebaik sahajaintervensi habis diberikan kepada mereka. Keputusan Ujian Pasca setiap kumpulan respondendianalisis dan dibandingkan dengan data Ujian Pra pada kemudiannya untuk membandingkankeberkesanan antara kedua-dua intervensi dalam meningkatkan kefahaman dan ingatankumpulan sasaran mengenai fakta-fakta Sains dalam topik Penyesuaian Tumbuhan TerhadapCuaca Melampau.

Untuk menjawab persoalan kajian kedua, iaitu sejauh manakah murid-murid berminat dalamkaedah kad permainan dan kaedah buku besar, maka kedua-dua intervensi perlulah diberikankepada setiap kumpulan responden supaya mereka boleh memilih kaedah manakah yangpaling disukai oleh mereka. Dengan itu, kumpulan sasaran A menjalani intervensi buku besarmanakala kumpulan sasaran B pula menjalani intervensi kad permainan sekali lagi.

Sebaik sahaja perlaksanaan intervensi tamat, setiap sasaran kajian diberikan borang soalselidik untuk dijawab. Selain itu, temu bual juga dijalankan dengan 6 orang responden yang

Page 5: PERBANDINGAN KAEDAH MENGGUNAKAN KAD …ipgktb.edu.my/lestari/kertas_kerja/Lim Carol.pdf · dalam ujian Diagnostik mereka (r ujuk Jadual 1). Pendidikan Sains 44 ... Ujian Diagnostik

Pendidikan Sains 45

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,9 – 10 September 2012

dipilih secara rawak. Tujuan soal selidik dan temubual dijalankan adalah untuk meninjauminat dan pendapat responden tentang kedua-dua kaedah ini secara menyeluruh. Semua datayang didapati melalui ujian, soal selidik dan temu bual dianalisis dan ditafsirkan. Langkahperlaksanaan adalah seperti Rajah 1 di bawah.

Rajah 1: Kerangka Kerja Kajian

ANALISIS DATA

Keputusan responden dalam ujian pra dan ujian pasca akan dianalisis dengan kaedah statistikdiskriptif dan statistik inferensi. Sementara itu, perisian “Statistical Package for SocialScience (SPSS) version 19 telah digunakan untuk membuat analisis ujian-t supaya mengujikebenaran hipotesis yang dicadangkan. Data soal selidik pula akan dianalisis melalui kaedahstatistik diskriptif .

Analisis Ujian Pra dan Ujian Pasca

Tujuan ujian pra dan pasca diberikan kepada sasaran kajian adalah untuk menguji kefahamandan ingatan mereka dalam membandingkan keberkesanan antara kaedah permainan dankaedah buku besar dalam topik Penyesuaian Tumbuhan Terhadap Cuaca Melampau. Markahujian pra diambil daripada markah yang diperoleh sasaran kajian dalam ujian diagnostiksebelum sebarang intervensi diberikan. Ujian pasca pula diberikan kepada sasaran kajianselepas setiap intervensi dibuat. Markah penuh bagi ujian pra dan pasca adalah 100%.

Page 6: PERBANDINGAN KAEDAH MENGGUNAKAN KAD …ipgktb.edu.my/lestari/kertas_kerja/Lim Carol.pdf · dalam ujian Diagnostik mereka (r ujuk Jadual 1). Pendidikan Sains 44 ... Ujian Diagnostik

Pendidikan Sains 46

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,9 – 10 September 2012

Rajah 2: Perbezaan pencapaian kumpulan A antara ujian pra danujian pasca selepas intervensi kad permainan

Rajah 2 menunjukkan pencapaian 6 orang responden daripada kumpulan A. Data telahmenunjukkan dengan jelas bahawa semua responden telah mencapai peningkatan yangmendadak dalam ujian pasca berbanding dengan markah ujian pra. Selepas intervensi kadpermainan ini dilaksanakan, markah minimum responden telah meningkat 77.8% daripada 36hingga 64 manakala markah maksimum telah meningkat 91.7% daripada 48 hingga 92markah.

Jadual 2: Ujian-t Bagi Min Perbezaan Antara Ujian Pra Dan Pasca Kumpulan A

Berdasarkan Jadual 2, nilai kebarangkalian yang diperoleh (t = -6.907, df = 5, p<0.05)daripada program SPSS v19 adalah kurang daripada nilai alfa yang ditentukan, makahipotesis nol pertama (H0 1) adalah ditolak. Dengan penolakan hipotesis nol (H0 1) makahipotesis alternatif (HA 1) yang menyatakan bahawa terdapat perbezaan yang signifikandalam min markah ujian pra dengan min ujian pasca bagi responden kumpulan A diterima.Ini bermakna pelajar memperoleh min markah ujian pasca yang lebih tinggi secara signifikanberbanding dengan min markah ujian pra. Dengan ini, kita boleh menyimpulkan bahawakaedah kad permainan memang berkesan atas penguasaan murid dalam topik pembelajaranini. Kesimpulan ini dibuat pada tahap kesignifikanan, α=0.05 (5%) atau tahap keyakinan(95%).

Page 7: PERBANDINGAN KAEDAH MENGGUNAKAN KAD …ipgktb.edu.my/lestari/kertas_kerja/Lim Carol.pdf · dalam ujian Diagnostik mereka (r ujuk Jadual 1). Pendidikan Sains 44 ... Ujian Diagnostik

Pendidikan Sains 47

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,9 – 10 September 2012

Rajah 3: Perbezaan pencapaian kumpulan B antara ujian pra danujian pasca selepas intervensi buku besar

Rajah 3, analisis data menunjukkan bahawa 100% responden kumpulan B juga telahmencapai kemajuan yang jelas dalam ujian pasca berbanding dengan ujian pra. Selepasintervensi buku besar dilaksanakan, markah minimum responden telah meningkat sebanyak66.7% daripada 36 hingga 60 manakala markah maksimum telah meningkat 58.3% daripada48 hingga 76 markah. Tidak dinafikan bahawa kaedah buku besar turut membantu respondendalam memahami dan mengingati fakta Sains dalam topik ini.

Jadual 3: Ujian-t Bagi Min Perbezaan Antara Ujian Pra Dan Pasca Kumpulan B

Berdasarkan Jadual 3, statistik ujian-t adalah signifikan (t = -7.511, df = 5, p<0.05), makahipotesis nol yang kedua (Ho 2) ditolak. Ini bermakna terdapat perbezaan yang signifikanpada min markah ujian pra dengan min markah ujian pasca selepas intervensi buku besardiberikan. Dengan ini hipotesis alternatif kedua (Ha 2) diterima. Sama dengan dapatananalisis bagi intervensi kad permainan, intervensi buku besar turut mendatangkan kesan yangpositif terhadap pencapaian di kalangan responden kumpulan B.

Page 8: PERBANDINGAN KAEDAH MENGGUNAKAN KAD …ipgktb.edu.my/lestari/kertas_kerja/Lim Carol.pdf · dalam ujian Diagnostik mereka (r ujuk Jadual 1). Pendidikan Sains 44 ... Ujian Diagnostik

Pendidikan Sains 48

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,9 – 10 September 2012

Rajah 4: Perbezaan jumlah markah ujian pra dan pasca selepas setiap intervensi

Berdasarkan Rajah 4, dapat disimpulkan bahawa kaedah kad permainan adalah lebihberkesan berbanding dengan kaedah buku besar kerana lajur markah ujian pasca bagiintervensi kad permainan adalah lebih tinggi daripada lajur markah ujian pasca bagiintervensi buku besar. Jumlah markah ujian pasca selepas intervensi kad permainan adalah13.5% lebih banyak daripada jumlah markah ujian pasca selepas intervensi buku besar.

Rajah 5: Perbandingan min ujian pra dan pasca antara intervensi kad permainan danintervensi buku besar

Rajah 5 telah menggambarkan perbezaan min ujian pasca antara intervensi kad permainandan intervensi buku besar dengan nyata. Min ujian pasca responden kumpulan intervensi kadpermainan adalah 9.4 markah lebih tinggi daripada min ujian pasca responden kumpulanintervensi buku besar. Dengan ini, kita boleh menginterpretasikan bahawa kaedah kadpermainan adalah lebih berkesan daripada kaedah buku besar dalam meningkatkan prestasiresponden secara keseluruhannya.

Page 9: PERBANDINGAN KAEDAH MENGGUNAKAN KAD …ipgktb.edu.my/lestari/kertas_kerja/Lim Carol.pdf · dalam ujian Diagnostik mereka (r ujuk Jadual 1). Pendidikan Sains 44 ... Ujian Diagnostik

Pendidikan Sains 49

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,9 – 10 September 2012

Jadual 4: Keputusan ujian-t bagi ujian pra kumpulan A dan B

Levene's Test for Equality of Variances dalam Jadual 4 melaporkan bahawa nilai F=0.000dengan nilai kebarangkalian p ialah 1.000 (> 0.05). Ini bermakna hipotesis nol yangmenyatakan varians bagi kumpulan responden A adalah sama dengan varians bagi kumpulanpelajar B adalah gagal ditolak. Dengan erti kata lain, varians markah ujian pra adalah samaatau homogen di antara kedua-dua kumpulan A dan B. Jadual ‘Independent Samples Test (t-test for equality of means)’ menunjukkan bahawa nilai t=o.ooo dengan darjah kebebasan(df)=10. Kebarangkalian untuk memperoleh perbezaan min markah ujian 0.000 ialah 1.000(≥0.05). Maka hipotesis nol yang ketiga, Ho 3 adalah tidak dapat ditolak manakala hipotesisalternatif Ha 3 ditolak. Ini mengesahkan bahawa kedua–dua kumpulan mempunyai tahapprestasi pemahaman yang sama sebelum sesi rawatan atau pengajaran dijalankan.Seterusnya, bagi membandingkan kesan intervensi yang diberikan kepada kumpulan A dan Bdalam ujian pasca, analisis ujian-t tidak bersandaran dilakukan sekali lagi untuk mengujiketepatan hipotesis Ho 4 dan Ha 4.

Jadual 5: Keputusan ujian-t bagi ujian pos kumpulan A dan B

Berdasarkan Jadual 5, Levene's Test for Equality of Variances melaporkan bahawa nilaikeberangkalian p ialah 0.628 (> 0.05) dengan nilai F=0.250. Ini membawa maksud bahawavarians markah ujian pasca kumpulan A adalah sama dengan varians markah ujian pascakumpulan B. Memandangkan nilai kebarangkalian yang diperoleh daripada jadualIndependent Samples Test (t-test for equality of means) lebih daripada nilai alfa yang

Page 10: PERBANDINGAN KAEDAH MENGGUNAKAN KAD …ipgktb.edu.my/lestari/kertas_kerja/Lim Carol.pdf · dalam ujian Diagnostik mereka (r ujuk Jadual 1). Pendidikan Sains 44 ... Ujian Diagnostik

Pendidikan Sains 50

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,9 – 10 September 2012

ditentukan (t = 2.004, df = 10, p= 0.073), keputusan ujian ini menunjukkan tidak terdapatperbezaan yang signifikan dalam min markah ujian pasca bagi kumpulan A dan kumpulan B.Dengan itu hipotesis nol yang keempat (Ho 4) adalah diterima manakala hipotesis alternatifyang keempat (Ha 4) adalah ditolak. Maka kita boleh membuat kesimpulan bahawa kedua-dua intervensi kad permainan dan intervensi buku besar adalah berkesan bagi murid-murid.

Analisis Soal Selidik

Rajah 6: Respons murid terhadap intervensi

Berdasarkan carta pai dalam Rajah 6, boleh diperhatikan bahawa opsyen kad permainanmasih menjadi pilihan teramai. 58% responden mengatakan mereka lebih memahami topikPenyesuaian tumbuhan terhadap cuaca melampau apabila cikgu mengajar menggunakan kadpermainan, manakala 67% pula mengatakan bahawa mereka boleh mengingat fakta sainsdengan lebih mudah melalui kaedah kad permainan. Hanya 33% responden sahaja yangmengatakan bahawa mereka lebih faham dan ingat fakta sains apabila kaedah buku besardigunakan oleh guru. Walau bagaimanapun, terdapat seorang responden yang berpendapatbahawa dia lebih memahami topik pembelajaran apabila buku teks digunakan oleh gurumanakala tiada responden yang berpendapat bahawa buku teks paling membantunya dalammengingati fakta sains. Ringkas kata, memandangkan kaedah kad permainan menjadi pilihanpaling ramai responden bagi item 2 dan 4, kaedah ini boleh dikatakan lebih berkesan untukbelajar topik Penyesuaian tumbuhan terhadap cuaca melampau pada pandangan responden.

Page 11: PERBANDINGAN KAEDAH MENGGUNAKAN KAD …ipgktb.edu.my/lestari/kertas_kerja/Lim Carol.pdf · dalam ujian Diagnostik mereka (r ujuk Jadual 1). Pendidikan Sains 44 ... Ujian Diagnostik

Pendidikan Sains 51

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,9 – 10 September 2012

Analisis Temu Bual

Temu bual ini dianalisis melalui transkripsi temu bual. Semua catatan ringkas jawapanresponden serta rakaman video dan audio dibaca dahulu untuk mendapatkan gambaran yangmenyeluruh tentang apa yang dikatakan oleh responden. Maklumat penting digariskan dantema yang bersesuian dibentukkan berdasarkan aspek-aspek yang digariskan itu.

Daripada analisis data temu bual, maka boleh disimpulkan bahawa kebanyakan respondenadalah lebih suka akan kaedah kad permainan sejajar dengan hasil analisis soal selidik. Duafaktor utama kebanyakan responden lebih suka terhadap penggunaan kad permainan adalahpertama, kad permainan adalah lebih seronok; kedua adalah kerana kad permainan dapatmembantu mereka mengingat isi pembelajaran dengan lebih berkesan berbanding denganpenggunaan buku besar.

KESIMPULAN

Daripada dapatan kajian, boleh disimpulkan bahawa kedua-dua intervensi kad permainan danbuku besar yang dilaksanakan dalam kajian ini telah berjaya meningkatkan penguasaan muriddalam topik pembelajaran Penyesuaian Tumbuhan Terhadap Cuaca Melampau. Ini juga telahmembuktikan bagaimana penggunaan strategi pembelajaran dan pengajaran serta alat bantumengajar yang sesuai dapat membantu meningkatkan kualiti pembelajaran murid berbandingdengan pengajaran tradisional berpandukan buku teks dan chalk and talk.

Walau bagaimanapun, bukan semua responden menunjukkan peningkatan markah dalamujian pra dan pasca dengan banyak. Terdapat beberapa responden yang hanya menunjukkanpeningkatan markah yang sedikit. Ini bermaksud kaedah yang digunakan perlu ditambahbaiklagi supaya dapat membantu semua murid dalam menguasai topik pembelajaran dengan lebihberkesan lagi. Pada pendapat saya, kaedah kad permainan yang digunakan merupakan kaedahyang berpusatkan pelajar dan juga berpusatkan bahan. Permainan memang berkesan dalammelibatkan murid-murid dengan aktif di samping membekalkan satu suasana pembelajaranyang menyeronokkan, kompetitif, berdaya saing dan bebas daripada tekanan. Reka bentukpermainan yang bersifat kompetitif akan memberi motivasi kepada pelajar untuk menangdalam permainan. Tanpa motivasi, pembelajaran tidak akan berlaku (Clark, 2007). Motivasiinilah yang memandukan pelajar supaya lebih berusaha menguasai kandungan topikpembelajaran dan ini membolehkan pembelajaran berlaku secara optimum seterusnyaMeningkatkan pencapaian murid-murid.

Sepanjang perlaksanaan kajian ini saya juga mendapati bahawa kaedah permainan memangberkesan dan menarik minat pelajar. Sepanjang proses intervensi kad permainan dijalankan,saya dapat memerhatikan bahawa responden memang seronok dan cuba mencari jawapandengan bersungguh-sungguh. Minat responden juga dapat diperlihatkan apabila merekameminta untuk meminjam kad permainan tersebut daripada saya selepas intervensidijalankan. Selain itu, kad jawapan Doraemon yang dibekalkan juga telah memainkanperanan yang penting sekali dalam permainan kerana murid sendiri dapat memeriksa jawapanyang betul dengan pantas apabila menghadapi kemusykilan. Justeru, permainan ini dapatdimainkan oleh murid pada bila-bila masa sahaja walaupun tanpa pemantauan dan bimbinganguru.

Page 12: PERBANDINGAN KAEDAH MENGGUNAKAN KAD …ipgktb.edu.my/lestari/kertas_kerja/Lim Carol.pdf · dalam ujian Diagnostik mereka (r ujuk Jadual 1). Pendidikan Sains 44 ... Ujian Diagnostik

Pendidikan Sains 52

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,9 – 10 September 2012

Bagi kaedah buku besar pula, didapati murid-murid adalah kurang suka terhadap kaedah inidan peningkatan pencapaian responden dalam ujian pasca juga tidak begitu mendadakberbanding dengan pencapaian responden yang diberikan intervensi kad permainan. Inimungkin disebabkan kaedah buku besar yang saya gunakan tidak begitu berkesan danmenarik bagi pelajar. Kaedah buku besar yang disyorkan oleh ahli pendidikan di negara baratsebenarnya digunakan bertujuan utama untuk meningkatkan kemahiran membaca bahasaInggeris dalam murid dan salah satu ciri yang penting adalah ia perlu berunsurkan cerita.

Akan tetapi, buku besar yang saya hasilkan hanya menggunakan carta sains yang besar dantidak mempunyai unsur cerita. Kemungkinan minat responden terhadap kaedah buku besardapat ditingkatkan lagi jika unsur cerita dimasukkan. Justeru, hasil kajian tentangkeberkesanan buku besar ini tidak dapat digeneralisasikan sepenuhnya ke atas p&p secaraumum. Gelung kedua kajian boleh menimbangkan faktor ini dan memasukkan unsur ceritadalam buku besar supaya lebih menarik minat pelajar.

Di samping itu, saya juga berpendapat bahawa keberkesanan kaedah buku besar banyakbergantung kepada cara penyampaian guru. Salah satu faktor yang menjadikan buku besardapat menarik minat kanak-kanak adalah kerana saiznya yang besar dan gambarnya yangberwarna-warni. Walau bagaimanapun, tumpuan kanak-kanak juga tidak akan panjang keranamereka akan berasa bosan apabila isi kandungan yang sama dibaca terlalu banyak kali.Masalah kedudukan pelajar turut akan menjadi kekangan kepada guru kerana guru perlumemastikan semua pelajar dapat melihat buku besar dengan jelas dalam bilik darjah yangruangnya terhad.

Jika dibandingkan dari segi kos dan masa pula, saya mendapati kaedah kad permainan adalahlebih memudahkan guru. Kad permainan lebih senang dihasilkan dan tidak melibatkan kosyang tinggi. Manakala penghasilan buku besar memerlukan masa yang panjang dan tenagayang banyak. Kos untuk mencetakkan gambar dan perkataan yang besar juga tinggi jika gurutidak pandai melukis. Justeru, saya berpendapat bahawa kebanyakan guru di Malaysia tidakakan menghasilkan sebuah buku besar khas untuk mengajar sesuatu topik walaupun merekasedar bahawa kaedah ini mungkin berkesan bagi p&p mereka disebabkan mereka dibebankandengan terlalu banyak tugas. Walau bagaimanapun, kekangan ini tetap boleh diatasi denganmelibatkan pelajar-pelajar dalam menghasilkan buku besar bersama-sama atau melaluikerjasama antara beberapa orang guru subjek sains. Oleh sebab kajian ini adalah kajianpertama yang saya lakukan, terdapat beberapa kelemahan dari segi pengumpulan data juga.Saya berpendapat bahawa instrumen soal selidik dan temu bual boleh dimantapkan lagidengan menambahkan beberapa soalan untuk meninjau keberkesanan antara kedua-duaintervensi dengan lebih mendalam.

Dalam temu bual yang dijalankan, saya tidak terfikir untuk bertanya pendapat respondententang cara-cara menambah baik lagi strategi kad permainan dan buku besar supaya menjadilebih menyeronokkan dan efektif. Sebab responden suka akan kad permainan berbandingdengan buku besar juga boleh diteroka dengan lebih lanjut sebenarnya. Selain itu, pendapatresponden juga boleh ditinjau dari segi cara lain yang mereka ingin cikgu gunakan dalampengajaran Sains.

Walau bagaimanapun, kajian ini tetap berjaya dilaksanakan dengan tunjuk ajar yangdiberikan oleh pensyarah penyelia. Saya akan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang

Page 13: PERBANDINGAN KAEDAH MENGGUNAKAN KAD …ipgktb.edu.my/lestari/kertas_kerja/Lim Carol.pdf · dalam ujian Diagnostik mereka (r ujuk Jadual 1). Pendidikan Sains 44 ... Ujian Diagnostik

Pendidikan Sains 53

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,9 – 10 September 2012

didapati dalam kajian saya ini jika kitaran kedua akan dilaksanakan seterusnya. Secarakeseluruhannya saya telah menimba banyak pengalaman dan pengetahuan melalui kajian ini.Memandangkan kaedah kad permainan adalah begitu berkesan dan menyeronokkan bagimurid-murid, saya akan berusaha mengaplikasikannya dalam p&p saya pada masa hadapan.Selain itu, saya juga percaya p&p akan bertambah berkesan jika kedua-dua kaedah digunakanbersama. Kaedah buku besar boleh digunakan oleh guru dahulu untuk menyampaikan isikandungan pembelajaran diikuti dengan aplikasi kaedah kad permainan untuk mengukuhkanpemahaman dan ingatan murid-murid dalam tajuk pembelajaran.

Page 14: PERBANDINGAN KAEDAH MENGGUNAKAN KAD …ipgktb.edu.my/lestari/kertas_kerja/Lim Carol.pdf · dalam ujian Diagnostik mereka (r ujuk Jadual 1). Pendidikan Sains 44 ... Ujian Diagnostik

Pendidikan Sains 54

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,9 – 10 September 2012

RUJUKAN

Page 15: PERBANDINGAN KAEDAH MENGGUNAKAN KAD …ipgktb.edu.my/lestari/kertas_kerja/Lim Carol.pdf · dalam ujian Diagnostik mereka (r ujuk Jadual 1). Pendidikan Sains 44 ... Ujian Diagnostik

Pendidikan Sains 55

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,9 – 10 September 2012

Page 16: PERBANDINGAN KAEDAH MENGGUNAKAN KAD …ipgktb.edu.my/lestari/kertas_kerja/Lim Carol.pdf · dalam ujian Diagnostik mereka (r ujuk Jadual 1). Pendidikan Sains 44 ... Ujian Diagnostik

Pendidikan Sains 56

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,9 – 10 September 2012