peraturan pertandingan badminton campuran

4
PERATURAN PERTANDINGAN BADMINTON CAMPURAN 1. AM Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN BADMINTON Karnival Sukan MPIC 2012. 2. PENGELOLA Pertandingan ini dikelolakan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). 3. PENDAFTARAN DAN YURAN PENYERTAAN 3.1 Yuran pertandingan ialah sebanyak RM300.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Sahaja). Bayaran hendaklah dibuat secara tunai atau wang pos/bank deraf/cek di atas nama Kelab Sukan Dan Sosial MPOB. 3.2 Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Karnival Sukan MPIC 2012. 3.3 Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar 11 orang pemain ( 7 lelaki dan 4 wanita) termasuk 3 pemain veteran lelaki dengan menggunakan Borang online yang disediakan. 3.4 Pemain perseorangan lelaki dan hanya seorang pemain wanita boleh bermain dua (2) kali. 3.5 Senarai susunan pemain hendaklah diserahkan kepada urusetia sebelum sesuatu perlawanan dimulakan menggunakan borang yang disediakan. 3.6 Pemain-pemain didaftarkan hendaklah sepertimana Perkara 5.1 Peraturan Am Karnival Sukan MPIC 2012. 4. PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN 4.1 Sebelum pertandingan dimulakan, pengurus pasukan hendaklah mengemukakan senarai nama pemain mengikut pelawanan yang hendak dipertandingkan kepada urusetia pertandingan dengan menggunakan borang yang disediakan sepuluh (10) minit sebelum perlawanan dimulakan. 4.2 Pasukan yang bertanding hendaklah berada di gelanggang lima (5) minit sebelum perlawanan mulakan. Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan jika pasukan lawan gagal berada di

Upload: nguyennga

Post on 18-Jan-2017

258 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERATURAN PERTANDINGAN BADMINTON CAMPURAN

PERATURAN PERTANDINGANBADMINTON CAMPURAN

1. AM

Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN BADMINTON Karnival Sukan MPIC 2012.

2. PENGELOLA

Pertandingan ini dikelolakan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

3. PENDAFTARAN DAN YURAN PENYERTAAN

3.1 Yuran pertandingan ialah sebanyak RM300.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Sahaja). Bayaran hendaklah dibuat secara tunai atau wang pos/bank deraf/cek di atas nama Kelab Sukan Dan Sosial MPOB.

3.2 Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Karnival Sukan MPIC 2012.

3.3 Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar 11 orang pemain (7 lelaki dan 4 wanita) termasuk 3 pemain veteran lelaki dengan menggunakan Borang online yang disediakan.

3.4 Pemain perseorangan lelaki dan hanya seorang pemain wanita boleh bermain dua (2) kali.

3.5 Senarai susunan pemain hendaklah diserahkan kepada urusetia sebelum sesuatu perlawanan dimulakan menggunakan borang yang disediakan.

3.6 Pemain-pemain didaftarkan hendaklah sepertimana Perkara 5.1 Peraturan Am Karnival Sukan MPIC 2012.

4. PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

4.1 Sebelum pertandingan dimulakan, pengurus pasukan hendaklah mengemukakan senarai nama pemain mengikut pelawanan yang hendak dipertandingkan kepada urusetia pertandingan dengan menggunakan borang yang disediakan sepuluh (10) minit sebelum perlawanan dimulakan.

4.2 Pasukan yang bertanding hendaklah berada di gelanggang lima (5) minit sebelum perlawanan mulakan. Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan jika pasukan lawan gagal berada di

Page 2: PERATURAN PERTANDINGAN BADMINTON CAMPURAN

gelanggang selepas lima (5) minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan.

4.3 Pemain yang ditimpa kemalangan semasa bermain seperti ”cramp” dan sebagainya akan diberi lima (5) minit untuk mendapatkan rawatan dan tiada masa tambahan akan diberi untuk kecederaan berikutnya. Jika pemain ini tidak dapat meneruskan perlawanan tersebut, kemenangan akan diberikan kepada pihak lawan.

4.4 Pertandingan ini akan menggunakan bulu tangkis ‘SeaLion C1101 Premier/Gold’ yang disediakan oleh pengelola sahaja.

4.5 Pertukaran bulu tangkis adalah mengikut kebenaran daripada pengadil perlawanan.

6. FORMAT PERLAWANAN DAN KIRAAN MATA

6.1 Perlawanan akan mengikut susunan berikut:-(i) Perlawanan Pertama - Perseorangan Lelaki(ii) Perlawanan Kedua - Bergu Wanita (iii) Perlawanan Ketiga - Bergu Lelaki(iv) Perlawanan Keempat - Bergu Veteran(v) Perlawanan Kelima - Bergu Campuran

6.2 Kiraan mata berdasarkan kiraan permainan ping pong sehingga 21 mata. Perlawanan dijalankan hanya tiga (3) set.

7. PEMBERIAN MATA DAN PENENTU KEMENANGAN

7.1 Pemberian mata dan penentuan kemenangan adalah berdasarkan format berikut:

(a) Menang : 2 mata(b) Kalah : 0 mata

7.2 Diperingkat liga, jika didapati 2 pasukan atau lebih memperolehi jumlah mata yang sama, maka kaedah berikut akan diambilkira bagi menentukan pemenang.

7.2.1 Pasukan yang mempunyai acara menang tertinggi, jika seri7.2.2 Pasukan yang mempunyai bilangan set menang tertinggi, jika seri7.2.2 Pasukan yang mempunyai set mata terendah.

Page 3: PERATURAN PERTANDINGAN BADMINTON CAMPURAN

8. MENARIK DIRI

Jika terdapat pasukan yang menarik diri di dalam kejohanan ini atau enggan untuk meneruskan sesuatu perlawanan ianya secara automatik terkeluar dari pertandingan dan semua keputusan yang diperolehi sebelum ini akan dibatalkan.

9. ETIKA PAKAIAN

Semua pemain mesti berpakaian yang sesuai dan bersopan.

10. PENANGGUHAN

10.1 Jawatankuasa Pengelola Karnival Sukan MPIC 2012 mempunyai kuasa untuk menangguh atau mengubah sesuatu perlawanan dengan diberitahu terlebih dahulu atau diputuskan serta merta.

10.2 Sekiranya pertandingan sesuatu acara itu tidak dapat diteruskan disebabkan oleh masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan, maka pihak pengelola pertandingan berhak untuk membuat keputusan muktamad bagi menentukan pemenang dengan melambung syiling dengan kehadiran kedua-dua wakil pasukan.

11. PENGADILAN

Jawatankuasa pengelola akan menyediakan pengadil-pengadil yang bertauliah di sepanjang kejohanan berlangsung. Segala keputusan pengadil berkaitan undang-undang permainan adalah MUKTAMAD.

12. BANTAHAN DAN RAYUAN

Adalah seperti yang tertera di Perkara 14 dan 15, Peraturan Am Karnival Sukan MPIC 2012.

Page 4: PERATURAN PERTANDINGAN BADMINTON CAMPURAN