peraturan permainan

4
PERATURAN PERMAINAN Pemain 1) Setiap pasukan boleh mempunyai sehingga 12 orang pemain utama dan simpanan. 2) Pun begitu, hanya enam orang pemain sahaja yang bermain dalam satu-satu perlawanan. 3) Sebuah pasukan boleh mempunyai seorang atau lebih Libero. Akan tetapi, hanya seorang sahaja yang dibenarkan bermain dalam satu masa. 4) Pemain Libero hanya dapat menggantikan pemain di bahagian belakang sahaja. 5) Hanya pemain yang berdaftar pada score sheet sahaja yang dibenarkan bermain. 4

Upload: nur-hanis-ahmad

Post on 10-Sep-2015

234 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

peraturan

TRANSCRIPT

PERATURAN PERMAINAN

Pemain

1) Setiap pasukan boleh mempunyai sehingga 12 orang pemain utama dan simpanan.2) Pun begitu, hanya enam orang pemain sahaja yang bermain dalam satu-satu perlawanan.3) Sebuah pasukan boleh mempunyai seorang atau lebih Libero. Akan tetapi, hanya seorang sahaja yang dibenarkan bermain dalam satu masa.4) Pemain Libero hanya dapat menggantikan pemain di bahagian belakang sahaja.

5) Hanya pemain yang berdaftar pada score sheet sahaja yang dibenarkan bermain.

Format Permainan

1) Terdapat tiga set dalam sesuatu perlawanan di mana setiap set mempunyai 25 mata. Sekiranya setiap pasukan terikat 2-2 set kemenangan, set ke-lima akan dijadikan sebagai penentuan. Mata bagi set ke-lima ialah 15 mata sahaja.2) Sistem pengiraan mata diberi sama seperti permainan ping pong di mana satu mata diberi sekiranya bola jatuh ke dalam gelanggang lawan atau pemain lawan melakukan kesalahan, atau pemain lawan menerima penalti daripada pengadil.3) Dalam setiap set permainan, hanya enam kali pertukaran sahaja dibenarkan bagi setiap pasukan.4) Apabila pasukan lawan melakukan servis, pemain perlu berada di setiap posisi masing-masing seperti rajah berikut:

x : Kedudukan pemain lawan o : Kedudukan pemain

5) Pemain membuat pusingan ikut arah jam (clockwise) untuk giliran servis.

Arah pusingan Nombor : Giliran servis6) Bagi setiap pasukan yang mendapat bola, maximum pukulan hanya tiga kali percubaan sahaja yang dibenarkan.*Termasuk menyangga (digging), mengumpan, dan merejam7) Pemain dilarang sama sekali menyangga sebanyak dua kali berturut-turut.8) Pemain boleh menggunakan anggota badan yang lain (selain tangan) untuk membuat pukulan. 9) Pasukan yang mendapat servis pertama dalam set pertama ditentukan melalui balingan duit syiling. Bagi set berikutnya, servis pertama diberikan kepada pasukan yang tidak mendapat servis pertama dalam set sebelumnya.10) Bagi tujuan hadangan (blocking), hanya tiga orang pemain di barisan hadapan sahaja yang dibenarkan membuat blocking.

11) Pemain Liberio tidak dibenarkan untuk membuat servis, rejaman (spike) dan hadangan.12) Hanya 30 saat sahaja masa yang diperuntukkan untuk time-out.13) Setiap kali penukaran court (gelanggang) bagi setiap set, pemain perlu berbaris di bahagian garisan belakang gelanggang terlebih dahulu, kemudian barulah bergerak ke gelanggang untuk set baru.

Garisan di mana pemain perlu berada sebelum menukar gelanggang.14) Jarak antara dua set (intervals) ialah tiga minit sahaja.6