peraturan penggunaan stadium

3
PERATURAN – PERATURAN AM PENGUNAAN STADIUM GELANGGANG BOLA BALING DAN KAWASAN SUKAN 1. Bayaran penyewaan kemudahan Stadium perlu dijelaskan sepenuhnya dalam tempoh 2 hari sebelum acara. 2. Sebarang penangguhan, pembatalan, tarikh /masa tidak akan dilayan kecuali dengan alasan yang kukuh. 3. Tempahan Stadium akan terbatal secara automatik sekiranya pihak penyewa tidak menjelas semua bayaran dalam tempoh yang telah ditetapkan. 4. Memastikan kebersihan diutamakan didalam dan diluar kawasan gelanggang semasa dan selepas program dijalankan. 5. Pengguna bertanggungjawab atas segala kehilangan atau kerosakan harta benda milik Kompleks Sukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. 6. Pihak Komplek sukan UIAM tidak akan bertanggungjawab terhadap keselamatan, kecederaan, kemalangan atau kehilangan yang berlaku semasa berada di Kompleks Sukan UIAM. 7. Pengguna dikehendaki menggunakan Stadium mengikuti masa yang di tempah dan keluar selepas tamat waktu tempahan. 8. Pengguna tidak dibenarkan menjalankan aktiviti memasak disekitar Stadium UIAM

Upload: mohd-hafiz-bakhtiar-hafiz

Post on 11-Dec-2015

27 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

PERATURAN

TRANSCRIPT

Page 1: PERATURAN Penggunaan Stadium

PERATURAN – PERATURAN AM PENGUNAAN STADIUMGELANGGANG BOLA BALING DAN KAWASAN SUKAN

1. Bayaran penyewaan kemudahan Stadium perlu dijelaskan sepenuhnya dalam tempoh 2 hari sebelum acara.

2. Sebarang penangguhan, pembatalan, tarikh /masa tidak akan dilayan kecuali dengan alasan yang kukuh.

3. Tempahan Stadium akan terbatal secara automatik sekiranya pihak penyewa tidak menjelas semua bayaran dalam tempoh yang telah ditetapkan.

4. Memastikan kebersihan diutamakan didalam dan diluar kawasan gelanggang semasa dan selepas program dijalankan.

5. Pengguna bertanggungjawab atas segala kehilangan atau kerosakan harta benda milik Kompleks Sukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

6. Pihak Komplek sukan UIAM tidak akan bertanggungjawab terhadap keselamatan, kecederaan, kemalangan atau kehilangan yang berlaku semasa berada di Kompleks Sukan UIAM.

7. Pengguna dikehendaki menggunakan Stadium mengikuti masa yang di tempah dan keluar selepas tamat waktu tempahan.

8. Pengguna tidak dibenarkan menjalankan aktiviti memasak disekitar Stadium UIAM

9. Pengguna dilarang membawa minuman/makanan tidak halal didalam ataupun disekitar kawasan Stadium UIAM.

10. Pengguna tidak dibenarkan merokok didalam stadium UIAM.

Page 2: PERATURAN Penggunaan Stadium

ARAHAN AM PENGGUNAAN GELANGGANG BOLA BALING UIAM

1. Pengguna harus pastikan kebersihan gelanggang dan kawasan sekitar tempat berhimpun pasukan dan semua botol minuman hendaklah dibuang dalam tong sampah yang disediakan.

2. Terhadkan pergerakan pemain ke kawasan yang tidak perlu pergi. (tandas, gelanggang lain, stadium, kolam renang)

3. Pengguna yang melanggar peraturan ini akan dikenakan denda dan akan dilarang menggunakan padang.

4. Kegagalan pengguna/penyewa mematuhi segala syarat-syarat yang disenaraikan boleh mengakibatkan tempahan dibatalkan tanpa sebarang notis.

5. Pengunaan tandas adalah satu tanggungjawab. Sentiasa berwaspada menggunakan tandas terutama kepada pemain.

6. Sila pastikan tempat makan pemain di kawasan yang telah di tetapkan sahaja. sila pastikan pembungkus makanan dan minuman di buang di dalam plastik hitam yang di sediakan.

7. kerjamasa pengurus pasukan untuk bersama menjaga kebersihan untuk memastikan daerah gombak khususnya bola baling tidak disenarai hitamkan penggunaan gelanggang di UIAM

sekian:

PERINGATAN :Gelanggang/padang di sewa kepada orang yang menghargai sukan dan bukan untuk mendapat keuntungan. Oleh yang demikian, pihak Pengurusan menghargai pemain/peminat yang menghormati undang-undang diatas.