peraturan penggunaan bilik

4
Peraturan penggunaan bilik

Upload: aznida-abs

Post on 17-Aug-2015

497 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Peraturan penggunaan bilik

PERATURAN PENGGUNAAN BILIK-BILIK KHAS

A) Makmal Sains

1. Pelajar tidak dibenarkan masuk makmal tanpa guru.

2. Tidak boleh menjalankan eksperimen tanpa arahan guru dan guru

mesti ada bersama sepanjang masa.

3. Dilarang bermain dengan sebarang peralatan/kelengkapan di

dalam makmal.

4. Peralatan-peralatan Sains dan bahan kimia tidak boleh dibawa

keluar dari makmal tanpa kebenaran guru.

5. Semua peralatan yang digunakan hendaklah dibersihkan sebelum

disimpan.

6. Sebarang kerosakan, pecah atau hal kemalangan hendaklah

dilaporkan kepada guru.

7. Kayu mancis atau benda-benda lain yang menyala mesti dimatikan

sebelum dibuang dalam bakul sampah.

8. Murid-murid tidak dibenarkan membawa beg sekolah masuk ke

dalam makmal.

9. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam

makmal.

10. Sebelum meninggalkan makmal pastikan semua sinki, paip

ditutup, papan hitam dibersihkan dan tidak ada sebarang sampah.

11. Langkah-langkah keselamatan hendaklah dipatuhi setiap

masa berada di dalam makmal.

B) Bengkel Kemahiran Hidup (KH)

1. Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam bilik KH tanpa guru.

2. Apron untuk bekerja mestilah dipakai semasa berada di dalam bilik

KH.

3. Tutup suis elektrik sebelum memasang plug sebarang peralatan

elektrik dan tutup semua suis selepas menggunakannya.

4. Jangan bermain dengan sebarang peralatan tajam.

5. Berhati-hati dan cermat semasa menggunakan alatan yang tajam,

panas dan berkuasa tinggi.

6. Sebarang kemalangan mesti dilaporkan kepada guru yang

mengajar dengan segera.

C) Bilik Muzik

1. Beratur sebelum masuk dan keluar dari bilik muzik.

2. Beg tidak dibenarkan dibawa masuk ke bilik muzik.

3. Mesti menjaga kebersihan dan kekemasan bilik muzik.

4. Penggunaan alat-alat muzik

Alat-alat muzik tidak dibenarkan dibawa keluar atau dibawa balik

dari bilik muzik.

Alat-alat yang digunakan disusun semula dengan teratur dan

kemas.

Keselamatan alat-alat muzik adalah tanggungjawab murid-murid

yang menggunakannya.

D) Makmal Komputer

1. Setiap pelajar mesti beratur sebelum memasuki makmal komputer

dan tunggu sehingga guru bertugas sampai.

2. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke makmal komputer tanpa

kebenaran guru.

3. Makanan dan minuman tidak boleh dibawa masuk ke makmal

komputer.

4. Pelajar tidak boleh membawa cakera persendirian ke makmal

komputer.

5. Pelajar tidak boleh membawa keluar sebarang pendawaian dan suis

ke dalam makmal komputer.

6. Pelajar dilarang menyentuh sebarang pendawaian dan suis dalam

makmal komputer.

7. Sila pastikan pintu makmal komputer telah ditutup rapi selepas

sesi kelas komputer, dan kemaskan bilik itu.

E) Pusat Sumber Sekolah (PSS)

1. Murid diwajibkan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh

PSS,

2. Perpustakaan dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

pada setiap hari persekolahan, Isnin hingga Jumaat.

3. Murid-murid tidak dibenarkan membawa beg atau buku masuk ke

Pusat Sumber Sekolah.

4. Murid-murid tidak dibenarkan makan, minum atau bermain di bilik

perpustakaan/Pusat Sumber Sekolah.

5. Buku pinjaman yang hilang atau rosak hendaklah diganti mengikut

harga sebenar oleh peminjam