peraturan pencak silat

12
1/12 SUKAN MALAYSIA XIII, MELAKA 2010 PERATURAN PERTANDINGAN PENCAK SILAT (LELAKI DAN WANITA) 1.0 PERATURAN AM 1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang dan Peraturan Pertandingan Olahraga Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT). 1.2 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :- 1.2.1 Semua kejadian am akan diputus berasaskan kepada PERATURAN AM SUKAN MALAYSIA XIII, MELAKA 2010. 1.2.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputus berasaskan kepada Undang-undang dan Peraturan Pertandingan Olahraga Pencak Silat Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT). 1.3 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Silat Olahraga SUKAN MALAYSIA XIII, MELAKA 2010 adalah muktamad. 2.0 TARIKH PERTANDINGAN 9 – 15 Jun 2010 3.0 TEMPAT PERTANDINGAN Dewan MITC (Dewan A) DIKEMASKINI : 210110

Upload: syahrul

Post on 24-Jun-2015

2.171 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peraturan Pencak Silat

1/12

SUKAN MALAYSIA XIII, MELAKA 2010

PERATURAN PERTANDINGAN PENCAK SILAT

(LELAKI DAN WANITA)

1.0 PERATURAN AM

1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung,

pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang

dan Peraturan Pertandingan Olahraga Pencak Silat

Antarabangsa (PERSILAT).

1.2 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan

berkenaan akan diputuskan seperti berikut :-

1.2.1 Semua kejadian am akan diputus berasaskan kepada

PERATURAN AM SUKAN MALAYSIA XIII, MELAKA 2010.

1.2.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputus berasaskan

kepada Undang-undang dan Peraturan Pertandingan

Olahraga Pencak Silat Persekutuan Pencak Silat

Antarabangsa (PERSILAT).

1.3 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan

Pertandingan Silat Olahraga SUKAN MALAYSIA XIII, MELAKA 2010

adalah muktamad.

2.0 TARIKH PERTANDINGAN

9 – 15 Jun 2010

3.0 TEMPAT PERTANDINGAN

Dewan MITC (Dewan A)

DIKEMASKINI : 210110

Page 2: Peraturan Pencak Silat

2/12

4.0 PENYERTAAN

4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua negeri dan Negara

Brunei Darussalam. Penyertaan hendaklah dibuat melalui Majlis

Sukan masing-masing.

4.2 Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan

PUTERA dan satu (1) pasukan PUTERI yang terdiri daripada :-

PASUKAN PUTERA PASUKAN PUTERI

Pengurus Pasukan 1 orang -

Jurulatih 2 orang 1 orang

Silat Olahraga(Tanding) 10 orang 5 orang

Silat Seni 7 orang 7 orang

Jumlah 20 orang 13 orang

5.0 KELAYAKAN PESERTA

5.1 Hanya peserta yang lahir pada tahun 1987 hingga 1 Mei 1993

sahaja yang layak didaftarkan oleh sesuatu pasukan.

5.2 Semua pasukan hendaklah mengemukakan dua (2) salinan kad

pengenalan dan tiga (3) keping gambar berukuran pasport

antarabangsa bagi setiap peserta bersama dengan borang

pendaftaran peserta. Bagi peserta PDRM, kesahihan tarikh lahir

hendaklah disahkan oleh Pengerusi / Setiausaha Majlis Sukan

PDRM. Peserta yang dipilih daripada anggota Angkatan Tentera

Malaysia hendaklah mengemukakan salinan kad pengenalan

BAT C 10 sebagai pengenalan rasmi masing-masing.

Pendaftaran yang menggunakan salinan dokumen KPPK 1/9

atau KPPK 1/11 adalah dibenarkan.

5.3 Hanya peserta yang didaftarkan dengan yuran pendaftaran

RM 100.00 seorang mengikut Peraturan Am Perkara 6.2 sahaja

yang layak menyertai pertandingan ini.

5.4 Peserta-peserta gantian yang dikemukakan selepas tarikh tutup

pendaftaran / semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan akan

dikenakan yuran pendaftaran RM 100.00 seorang. Gantian

peserta hanya boleh dilakukan kepada peserta yang telah

didaftarkan sebelum tarikh tutup pendaftaran. Semua Yuran

Pendaftaran peserta tidak akan dikembalikan.

Page 3: Peraturan Pencak Silat

3/12

5.5 Tertakluk kepada Peraturan Am perkara 21.7, peserta yang

berkhidmat dengan PDRM tidak boleh mewakili mana-mana

kontinjen / negeri kecuali mendapat kebenaran bertulis

daripada Majlis Sukan berkenaan.

5.6 Atlet-atlet yang sedang menuntut di Institusi Pengajian tinggi

(IPT) yang mendapat biasiswa / dermasiswa daripada Kerajaan

Negeri hendaklah dibenarkan mewakili negeri yang menaja

mereka.

5.7 Kelayakan atlet kebangsaan adalah merujuk kepada Peraturan

Am Perkara 4.6, Sukan Malaysia XIII, Melaka 2010.

5.8 Taraf Pemastautin peserta adalah tertakluk kepada Peraturan

Am Perkara 21.9.

6.0 MESYUARAT PENGURUS PASUKAN

6.1 Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari

sebelum pertandingan pertama dijalankan.

6.2 Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengemukakan

senarai nama peserta bersama dengan kad pengenalan, atau

BAT C 10, atau dokumen pendaftaran KPPK 1/9 atau KPPK 1/11

yang asal untuk disahkan. Tambahan kepada bilangan peserta

yang telah didaftarkan tidak dibenarkan.

6.3 Senarai peserta yang disahkan semasa Taklimat Pengurus

Pasukan adalah muktamad.

Page 4: Peraturan Pencak Silat

4/12

7.0 KELAS-KELAS YANG DIPERTANDINGKAN

Kategori Putera

Bil Silat OLahraga

1. Kelas ‘A’ 45 kg - 50 kg

2. Kelas ‘B’ 50 kg - 55 kg

3. Kelas ‘C’ 55 kg - 60 kg

4. Kelas ‘D’ 60 kg - 65 kg

5. Kelas ‘E’ 65 kg - 70 kg

6. Kelas ‘F’ 70 kg - 75 kg

7. Kelas ‘G’ 75 kg - 80 kg

8. Kelas ‘H’ 80 kg - 85 kg

9. Kelas ‘I’ 85 kg - 90 kg

10 Kelas ‘J’ 90 kg - 95 kg

Silat Seni

11. Solo (Bebas)

12. Solo (Jurus Tunggal Baku)

13. Tempur (Ganda)

14. Jurus Wajib (Regu)

Kategori Puteri

Bil Silat OLahraga

1. Kelas ‘A’ 45 kg - 50 kg

2. Kelas ‘B’ 50 kg - 55 kg

3. Kelas ‘C’ 55 kg - 60 kg

4. Kelas ‘D’ 60 kg - 65 kg

5. Kelas ‘E’ 65 kg - 70 kg

Page 5: Peraturan Pencak Silat

5/12

Silat Seni

6. Solo (Bebas)

7. Solo (Jurus Tunggal Baku)

8. Tempur (Ganda)

9. Jurus Wajib (Regu)

8.0 PEMERIKSAAN KESIHATAN

8.1 Semua pesilat mestilah disahkan sihat dan layak bertanding

oleh Pegawai Perubatan.

8.2 Surat akuan sihat, cergas dan layak bertanding bagi tiap-tiap

pesilat hendaklah dikemukakan kepada Urusetia Kejuaraan Silat

Olahraga, SUKAN MALAYSIA XIII, MELAKA 2010 ketika mendaftar.

8.3 Pesilat yang tidak mengemukakan surat akuan sihat, cergas

untuk bertanding daripada Pegawai Kesihatan tidak layak

menyertai pertandingan ini.

9.0 TIMBANG/TIMBANG-ULANG

9.1 Semua pesilat hendaklah ditimbang dan direkod berat

badannya bagi menentukan kelas pertandingan.

9.2 Pada pernimbangan yang pertama (rasmi) berat badan mesti

berada di dalam kelasnya dengan memakai pakaian seperti

dalam Peraturan PERSILAT.

9.3 Semua pesilat mesti menjalankan timbang ulang setiap lima

belas (15) minit sebelum setiap pertandingan.

9.4 Pada penimbangan ulang 14 minit sebelum bertanding pesilat

Putera/Puteri dengan memakai pakaian pencak silat lengkap

bertanding tanpa body protector. Rujuk peraturan PERSILAT.

9.4.1 Toleransi berat badannya adalah seperti berikut :-

Tiada Toleransi Berat Badan

Page 6: Peraturan Pencak Silat

6/12

10.0 PAKAIAN SILAT

10.1 Semasa bertanding :-

10.1.1 Setiap pesilat hendaklah memakai pakaian seragam

silat berwarna hitam dengan potongan Melayu.

10.1.2 Setiap pesilat hendaklah memakai pelindung badan.

10.1.3 Setiap pesilat hendaklah memakai pelindung kemaluan

yang diperbuat daripada bahan plastik.

10.1.4 Pelindung sendi yang nipis (ada sponge) hanya satu

lapis sahaja dengan bersesuaian pada fungsinya.

Pelindung sendi dibenar dengan kelulusan PESAKA

Malaysia. Cadangan penganjur menyediakannya.

11.0 KAEDAH PERTANDINGAN

11.1 Silat Olahraga (Tanding)

11.1.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang

dan Peraturan Silat Olahraga Persekutuan Pencak Silat

Antarabangsa (PERSILAT).

11.1.2 Pertandingan akan dijalankan secara Kalah-Mati dan

setiap perlawanan akan mengandungi tiga (3)

pusingan. Tempoh setiap pusingan adalah dua (2) minit

dan masa rehat di antara pusingan adalah satu (1)

minit.

11.1.3 Setelah pesilat disahkan layak bertanding dalam kes

yang ditentukan mengikut berat badannya, maka ia

akan diundi menentukan jadual perlawanan dalam kes

itu.

11.1.4 Semua pesilat hendaklah melaporkan diri di

gelanggang pertandingan iaitu tiga puluh (30) minit

sebelum pertandingan dimulakan. Jika gagal hadir

selepas panggilan yang ketiga oleh Ketua

Pertandingan, peserta yang berkenaan akan dikira

kalah dan kemenangan akan diberi kepada pihak

lawannya.

Page 7: Peraturan Pencak Silat

7/12

11.2 Silat Seni

11.2.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang – Undang

dan Peraturan Silat Olahraga Persekutuan Pencak Silat

Antarabangsa (PERSILAT) dan Persekutuan Silat

Kebangsaan Malaysia (PESAKA) termasuk pindaan-

pindaan yang dibuat.

11.2.2 MASA SETIAP KATEGORI

Bagi kategori Jurus Tunggal, Ganda, Regu dan Solo

Kreatif masa peragaan adalah seperti berikut:-

• Masa persembahan (3 minit)

• Bagi kategori Solo Kreatif masa peragaan adalah 3 minit.

Masa 1 minit 30 saat untuk persembahan solo tangan

kosong dan 1 minit 30 saat untuk persembahan

bersenjata.

• Setiap peserta yang telah mendapat undian untuk

memperaga permainan tetapi tidak hadir setelah

dipanggil sebanyak tiga (3) kali oleh Ketua Pertandingan

maka akan dikira undur diri kecuali terdapat masalah

atau kesilapan teknik atau kesilapan daripada Pihak

Penganjur atau Pegawai Teknikal maka Pihak Penganjur

atau Pegawai Teknikal boleh membuat keputusan untuk

kebaikan kedua pihak tetapi sekiranya kategori yang

dipertandingkan itu berakhir dan keputusan telah dibuat

maka keputusan tersebut tidak boleh dipertikaikan.

11.2.3 SINOPSIS PERMAINAN

Setiap pengurus pasukan atau jurulatih pasukan diminta

untuk mengemukakan sinopsis permainan pesilat mereka

sekiranya ada berlaku jatuhan senjata yang telah

dirancang kepada Ketua Pertandingan dengan mengisi

borang sinopsis yang disertakan.

11.2.4 JATUHAN SENJATA DAN AKSESORI

• Bagi kategori Jurus Tunggal, Ganda, Solo Kreatif

sekiranya senjata yang digunakan oleh peserta

tersebut jatuh dan bukan seperti di dalam sinopsis

yang dikemukakan oleh pengurus atau jurulatih

maka akan ditolak markah.

Page 8: Peraturan Pencak Silat

8/12

• Dalam aspek aksesori jatuh bagi kategori ganda

adalah dimaafkn seperti kejatuhan tengkolok.

Untuk kategori Jurus Tunggal, Regu dan Solo Kreatif

akan ditolak markah di atas setiap jatuhan.

11.2.5 SENJATA

Kategori Jurus Tunggal

• Pisau Panjang (Golok atau Parang) berukuran 30 - 40

cm.

• Toya / Tongkat (Rod) diperbuat daripada rotan ukuran

panjng 150 – 180 cm dan diameter 2 cm (-5, -3 cm).

Kategori Ganda

• Disamping senjata yang sama spesifikasinya seperti

Jurus Tunggal (Pisau Panjang /Golok dan Toya /

Tongkat (2 jenis senjata), bagi kategori Ganda,

diwajibkan menambah satu lagi senjata nusantara

iaitu pilihan daripada 4 senjata keris, pisau, celurit dan

tekpi seperti yang dinyatakan di dalam Peraturan

Pertandingan Persekutuan Pencak Silat Antarabnagsa,

Artikel 9 nombor 1.2.

• Pihak pengurus pasukan atau jurulatih hendaklah

mengemukakan senjata dan mendapat pengiktirafan

taraf senjata tersebut daripada pihak Ketua

Pertandingan silat seni semasa mesyuarat pengurus

pasukan atau taklimat silat seni diadakan. Sekiranya

pihak ketua pertandingan menolak taraf senjata

tersebut maka pihak pengurus atau jurulatih

hendaklah memastikan bahawa peserta tidak

menggunakan senjata tersebut semasa pertandingan.

Sekiranya perkara ini berlaku maka penyertaan

peserta tersebut boleh ditolak oleh pihak Ketua

Pertandingan.

Page 9: Peraturan Pencak Silat

9/12

• Pertandingan Kategori Ganda hendaklah mengikut

peraturan PERSILAT di mana semasa penggunaan

senjata waktu permainan / pertempuran, hanya

dibenarkan dengan menggunakan satu senjata

sahaja oleh slah seorang pesilat dalam seuatu masa.

Kategori Solo Kreatif

• Senjata bagi Solo Kreatif ialah bebas mengikut pilih

peserta dan mestilah senjata Melayu nusantara dan

mestilah yang asli.

• Jumlah senjata yang digunakan mestilah 2 jenis atau

lebih mengikut kesesuaian peserta.

11.2.6 MUZIK SILAT

Hanya Kategori Solo Kreatif sahaja dibenarkan

penggunaan muzik silat. Muzik silat boleh digunakan

sama ada menggunakan kaset/Cd atau Pasukan

Gendang Silat.

11.2.7 PAKAIAN SILAT

• Semua peserta yang menyertai pertandingan Silat Seni

(Tunggal dan Regu) diwajibkan memakai pakaian seperti

mana peratura PERSILAT.

• Pakaian untuk Kategori Ganda dan Solo Kreatif adalah

mengikut pilihan masing-masing teapi mestilah bercirikan

pakaian Melayu Nusantara.

12.0 PENGADIL-PENGADIL

12.1 Majlis Sukan Negara akan melantik Ketua Delegat Teknikal,

Delegat-delegat Teknikal dan Pegawai-pegawai Teknikal

setelah berunding dengan PESAKA tertakluk kepada Peraturan

Am Perkara 14.2 (i).

12.2 Setiap pertandingan dikendalikan oleh pegawai-pegawai yang

diiktiraf oleh PESAKA.

12.3 Semua keputusan yang dibuat oleh Pengadil-pengadil adalah

muktamad.

12.4 Sistem Bendera akan digunakan kepada pemenang.

Page 10: Peraturan Pencak Silat

10/12

13.0 BANTAHAN / TATATERTIB

13.1 Semua pasukan boleh membuat bantahan. Hanya Pengurus

Pasukan sahaja dibenarkan membuat bantahan. Bantahan

hendaklah dibuat secara bertulis dengan disertakan Wang

Pertaruhan sebanyak RM 200.00 tunai.

13.2 Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Ketua

Pertandingan dalam masa sepuluh (10) minit selepas keputusan

diumumkan.

13.3 Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan

itu didapati tidak wajar.

13.4 Bantahan boleh dibuat dan akan diproses mengikut Fasal 11,

Ayat 5 Peraturan Pertandingan Pencak Silat Olahraga

Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa.

13.5 Keputusan Ketua Pertandingan dan Dewan Wasit Juri adalah

muktamad.

14.0 GANTIRUGI

14.1 Majlis Sukan Negara, Majlis Sukan Negeri, Persekutuan Silat

Kebangsaan Malaysia (PESAKA) dan Jawatankausa Pengelola

tidak bertanggungjawab atas sebarang kemalangan atau

kecelakaan yang mungkin berlaku ke atas mana-mana peserta

atau pegawai-pegawai di sepanjang berlangsungnya SUKAN

MALAYSIA XIII, MELAKA 2010 ini atau dalam perjalanan pergi

dan balik dari rumah/pusat kontinjen dan ke tempat

pertandingan.

15.0 PENANGGUHAN

15.1 Tarikh, tempat dan masa pertandingan yang telah ditetapkan

oleh Urusetia Kejuaraan Silat Olahraga SUKAN MALAYSIA XIII,

MELAKA 2010 adalah sama sekali tidak boleh ditangguh atau

diubah.

15.2 Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguh

atau mengubah sesuatu pertandingan dengan terlebih dahulu

diberitahu kepada Pengurus-pengurus Pasukan.

Page 11: Peraturan Pencak Silat

11/12

16.0 PENGGUNAAN MUZIK IRINGAN

Setiap peserta yang mengambil bahagian boleh menggunakan muzik

iringan dan muzik yang dibenarkan sama ada secara live atau tape

dan sekiranya pasukan yang menggunakan tape hendaklah

menyerahkan kepada pihak penganjur sehari sebelum pertandingan

berlangsung.

17.0 HADIAH-HADIAH

17.1 Pingat-pingat akan dihadiahkan seperti berikut :-

Kategori Putera

Pingat Bil Silat OLahraga

Emas Perak Gangsa

1. Kelas ‘A’ 45 kg - 50 kg 1 1 2

2. Kelas ‘B’ 50 kg - 55 kg 1 1 2

3. Kelas ‘C’ 55 kg - 60 kg 1 1 2

4. Kelas ‘D’ 60 kg - 65 kg 1 1 2

5. Kelas ‘E’ 65 kg - 70 kg 1 1 2

6. Kelas ‘F’ 70 kg - 75 kg 1 1 2

7. Kelas ‘G’ 75 kg - 80 kg 1 1 2

8. Kelas ‘H’ 80 kg - 85 kg 1 1 2

9. Kelas ‘I’ 85 kg - 90 kg 1 1 2

10 Kelas ‘J’ 90 kg - 95 kg 1 1 2

Silat Seni

11. Solo (Bebas) 1 1 1

12. Solo (Jurus Tunggal Baku) 1 1 1

13. Tempur (Ganda) 1 (2) 1 (2) 1 (2)

14. Jurus Wajib (Regu) 1 (3) 1 (3) 1 (3)

Jumlah 14( 17) 14 (17) 24 (27)

Page 12: Peraturan Pencak Silat

12/12

Kategori Wanita

Pingat Bil Silat OLahraga

Emas Perak Gangsa

1. Kelas ‘A’ 45 kg - 50 kg 1 1 2

2. Kelas ‘B’ 50 kg - 55 kg 1 1 2

3. Kelas ‘C’ 55 kg - 60 kg 1 1 2

4. Kelas ‘D’ 60 kg - 65 kg 1 1 2

5. Kelas ‘E’ 65 kg - 70 kg 1 1 2

Silat Seni

6. Solo (Bebas) 1 1 1

7. Solo (Jurus Tunggal Baku) 1 1 1

8. Tempur (Ganda) 1 (2) 1 (2) 1 (2)

9. Jurus Wajib (Regu) 1 (3) 1 (3) 1 (3)

Jumlah 9 (12) 9 (12) 14 (17)

17.2 Pemberian pingat-pingat kemenangan adalah

tertakluk kepada Peraturan Tetap Perkara 16.3.

Disediakan oleh :-

Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan

SUKAN MALAYSIA XIII, MELAKA 2010 Folder SUKMA XIII, MELAKA 2010 Peraturan pertadningan SUKMA XIII, Melaka 2010 Pencak Silat Kemaskini : 210109- syuk