peraturan nasyid berkumpulan - lelaki perempuan

Upload: sb-kamaruddin

Post on 18-Oct-2015

187 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 5/28/2018 Peraturan Nasyid Berkumpulan - Lelaki Perempuan

    1/9

    PERATURAN-PERATURAN IHTIFAL SEMAIAN WAHYUj-QAF/KAP/SAR PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

    ACARA NASYID

    1. Syarat Pertandingan

    1.1 Terbuka kepada murid-murid yang mengikuti kelas (j-

    QAF/KAP/SAR/KAFA) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan/

    Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

    1.2 Peserta mestilah warganegara Malaysia.

    2. Syarat Peserta/ Kumpulan

    2.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid-murid kelas (j-

    QAF/KAP/SAR) melibatkanTahun 1 hinggaTahun 6.

    2.2 Setiap sekolah/ daerah hanya dibenarkan menghantar 2 kumpulan

    nasyid (1 kumpulan lelaki dan 1 kumpulan perempuan) yang

    mengandungi 10 orang murid termasuk pemain muzik bagi setiap

    kumpulan.

    2.3 Kumpulan yang mempunyai peserta kurang atau lebih dari 10 orang

    akan ditolak 3 markah etika persembahan.

    2.4 Kumpulan yang menjadi johan bagi setiap kategori akan mewakili daerah

    ke peringkat negeri.

    2.5 Semua peserta hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada

    ibubapa/penjaga.

    3. Penyertaan Ciptaan Lagu dan Lirik Nasyid

    3.1 Penyertaan Ciptaan lagu dan lirik adalah 2 buah lagu dan terbuka kepada

    semua guru KAP/SAR/KAFA dengan mengisi borang Akuan Borang (

    PNISWN/1)dan disahkan oleh Guru Besar (Borang ini hendaklah dikepil

    bersama dan serahkan lirik lagu kepada pihak urus setia sebelum atau

    pada tarikh yang ditetapkan.

  • 5/28/2018 Peraturan Nasyid Berkumpulan - Lelaki Perempuan

    2/9

    3.2 Lirik yang dihantar lewat dari tarikh yang ditetapkan akan dipotong 4

    markah lirik.

    3.3 Pencipta lagu dan penulis lirik tidak semestinya dari orang yang sama.

    3.4 Kedua-dua buah lagu yang hendak dipertandingkan mestilah dinyanyikanoleh kumpulan yang bertanding.

    3.5 Setiap penyertaan lagu dan lirik akan menjadi hak milik penganjur serta

    Hak Cipta Terpelihara.

    4. Borang Penyertaan Kumpulan

    4.1 Setiap kumpulan hendaklah mengisi borang penyertaan kumpulan

    (Borang PNISWN/2) dengan lengkap dan disahkan oleh Guru Besar

    sekolah masing-masing.

    4.2 Borang penyertaan Peringkat Negeri yang lengkap dan disahkan

    hendaklah sampai kepada pihak urus setia sebelum atau pada tarikh yang

    ditetapkan.

    5. Tema WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH

    6. Lagu

    6.1 Setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan 2 buah lagu.

    6.2 Lagu pertama dibolehkan/dibenarkan diambil daripada mana-mana lagu

    kumpulan atau individu yang dikira menepati atau hampir kepada tema

    ISWN dengan pertimbangan urus setia.

    6.3 Manakala lagu kedua hendaklah ciptaan baru. Ia hendaklah ciptaan asal,

    bebas daripada saduran/ ciplak/ plagiat dan belum pernah dirakamkan/

    dicetak atau disiarkan untuk sebarang siaran. Walau bagaimanapun ia

    dibenarkan merujuk kepada lagu-lagu yang sedia ada sebagai panduan

    dan rujukan.

    6.4 Lagu yang disampaikan hendaklah berbentuk Nasyid Kontemporari atau

    Nasyid Tradisional yang mengandungi unsur-unsur lagu Masri seperti

    Bayati, Soba, Nahawan, Hijaz, Rast, Sikah, Jiharkah atau unsur-unsur

  • 5/28/2018 Peraturan Nasyid Berkumpulan - Lelaki Perempuan

    3/9

    lagu Hijazi seperti Husaini, Mayyah, Banjakah, Rakbi dan Dukkah. Ciri-ciri

    qasidah adalah digalakan bagi kedua-dua lagu (Nasyid Tradisional dan

    Nasyid Kontemporari).

    6.5 Rentak berunsur hardrock, heavy metal, jazz, rap, hip-hop dan yang

    seumpamanya adalah dilarang sama sekali.

    6.6 Mana-mana pasukan yang melanggar syarat-syarat di atas, boleh

    dibatalkan penyertaannya.

    * Bagi ISWN kali pertama lagu pertama merupakan lagu arab berbentuk

    nasyid tradisional dan ianya merupakan lagu wajib

    7. Lirik

    7.1 Salah satu daripada lirik kedua lagu tersebut hendaklah ciptaan baru dan

    asli.

    7.2 Lirik bagi lagu yang pertama adalah Bahasa Arab dan bagi lagu kedua

    adalah Bahasa Kebangsaan.

    7.3 Lirik Bahasa Arab hendaklah disertakan terjemahannya secara bertulis.

    7.4 Lirik lagu yang dicipta hendaklah menepati konsep tema Festival Nasyid

    yang ditetapkan serta mengandungi unsur nilai-nilai Islam yang unggul

    seperti keimanan kepada Allah Taala, kepatuhan kepada ibubapa,

    berakhlak mulia, nasihat, perpaduan, cintakan tanah air, masyarakat

    penyayang dan nilai-nilai murni yang lain.

    7.5 Kedua-dua lirik lagu tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif dan negatif .

    7.6 Tema tidak semestinya menjadi tajuk lagu.

    7.7 Mana-mana pasukan yang melanggar syarat-syarat di atas, boleh

    dibatalkan penyertaannya.

    8. Persembahan

    8.1 Segala aktiviti kumpulan nasyid di pentas bermula sebaik sahaja peserta

    pertama naik ke atas pentas dan masa akan berhenti dikira selepas

    peserta terakhir turun dari pentas.

  • 5/28/2018 Peraturan Nasyid Berkumpulan - Lelaki Perempuan

    4/9

    8.2 Hanya pergerakan kecil bersesuaian dengan lagu yang disampaikan dan

    tidak keterlaluan dibenarkan. Markah akan dipotong bagi pergerakan yang

    keterlaluan.

    8.3 Setiap persembahan hanya boleh diiringi dengan alat perkusi muzik

    tradisional nasyid seperti kompang, bongo, conga, darbuka, Turkishtomolo, shaker, tamborine, djembe, cabasa, gendang, maracas, rebana

    dan chime sahaja.

    8.4 Iringan muzik hendaklah dipersembahkan secara langsung (live), tidak

    boleh menggunakan minus one.

    8.5 Iringan muzik boleh mempengaruhi pemarkahan.

    8.6 Setiap kumpulan dibenarkan memperkenalkan nama kumpulan, nama

    sekolah dan tajuk lagu, tetapi dilarang memperkenalkan nama/ identiti

    setiap anggota kumpulan.

    8.7 Mana-mana pasukan yang melanggar syarat-syarat di atas, boleh

    dibatalkan penyertaannya.

    9. Pakaian

    Pakaian peserta mestilah menutup aurat dan bersopan seperti berikut:

    9.1 Lelaki

    9.1.1 Memakai pakaian kebangsaan (bersamping dan bersongkok hitam)

    yang lengkap dan berkasut. Sandal atau selipar tidak dibenarkan

    sama sekali.

    9.1.2 Pemakaian samping harus dipakai secara formal dan pemakaian

    samping secara selempang di bahu adalah tidak dibenarkan.

    9.2 Perempuan

    9.2.1 Berbaju kurung dan bertudung yang sempurna dan berkasut.

    Sandal atau selipar tidak dibenarkan sama sekali.

    9.2.2 Pemakaian jubah adalah tidak dibenarkan sama sekali.

  • 5/28/2018 Peraturan Nasyid Berkumpulan - Lelaki Perempuan

    5/9

    9.2.3 Pemakaian tudung hendaklah menutupi paras dada dan tidak

    keterlaluan.

    9.2.4 Hiasan dan solekan hendaklah sederhana dan tidak keterlaluan.

    Pakaian, hiasan dan solekan boleh mempengaruhi pemarkahan.

    9.2.5 Semua etika dan larangan yang terdapat dalam peraturan

    berpakaian boleh merujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam

    Malaysia (JAKIM). Peraturan tersebut mesti dipatuhi dan diikuti.

    10. Masa

    10.1 Setiap kumpulan diberi masa 12 minit untuk mempersembahkan kedua-

    dua buah lagu.

    10.2 Masa dikira bermula apabila peserta mula menaiki pentas.

    10.3 1 markah akan dipotong jika persembahan kurang dari 9 minit dan 2

    markah akan dipotong jika persembahan melebihi masa 12 minit.

    11. Pemarkahan

    11.1 Penghakiman kumpulan nasyid dibahagikan kepada empat bahagian iaitu:

    i- Suara : 35 markahii- Lagu : 25 markahiii- Lirik : 20 markahiv- Persembahan : 20 markah

    Jumlah : 100 markah

    12. Penentuan Keputusan

    12.1 Kumpulan Nasyid Terbaik

    12.1.1 Kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan diisytiharkan

    sebagai Johan.

    12.1.2 Kumpulan yang mendapat markah kedua tertinggi akan

    diisytiharkan sebagai Naib Johan dan begitulah seterusnya.

  • 5/28/2018 Peraturan Nasyid Berkumpulan - Lelaki Perempuan

    6/9

    12.1.3 Sekiranya terdapat persamaan dari segi markah, penilaian akan

    dirujuk kepada :

    Pertama : SuaraKedua : Lagu

    Ketiga : Persembahan

    12.1.4 Sekiranya masih sama, penilaian akan dirujuk kepada elemen

    keberkesanan Persembahan.

    12.1.5 Sekiranya masih sama, Jemaah Hakim akan bersidang dan

    membuat keputusan.

    12.1.6 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

    12.2 Ciptaan Lagu Terbaik Dan Lirik Terbaik

    12.2.1 Setiap lagu dan lirik yang dipersembahkan dan menepati tema dan

    konsep nasyid akan dinilai untuk pertandingan.

    12.2.2 Lagu dan Lirik yang mendapat markah tertinggi memberi kesan dan

    mempengaruhi markah penghakiman.

    12.2.3 Sekiranya terdapat persamaan, hakim akan bersidang dan

    membuat keputusan.

    12.2.4 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

    13. Hadiah Pertandingan Nasyid IKN

    Peruntukan hadiah dan pembahagian kategori yang menerima hadiah akan

    ditentukan oleh Jawatankuasa Induk ISWN.

    14. Bantahan Peserta

    14.1 Sebarang bantahan hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada

    Pengerusi Jemaah Hakim menggunakan Borang Bantahan Rasmi

    yang disediakan.

  • 5/28/2018 Peraturan Nasyid Berkumpulan - Lelaki Perempuan

    7/9

    14.2 Sebarang bantahan hendaklah disertakan dengan bukti dan saksi.

    14.3 Sebarang bantahan hendaklah diterima oleh Pengerusi Jemaah Hakim

    sebelum keputusan diumumkan. Bantahan yang diterima selepas

    keputusan diumumkan tidak akan dilayan.

    14.4 Semua bantahan akan dibincangkan di dalam Mesyuarat Jemaah Hakim

    dan keputusan selepas mesyuarat adalah MUKTAMAD.

    14.5 Setiap bantahan akan dikenakan bayaran sebanyak RM 200.

    15. Penghakiman Dan Pemarkahan

    15.1 Bahagian Suara (35 markah)

    Penghakiman Suara diperuntukan sebanyak 35 markah, bagi bahagian

    suara (Borang PNISWN/MS/1), akan disediakan bagi mengisi markah.

    Setiap lagu dinilai dari aspek berikut:

    i- Kualiti ton : 8 markah

    ii- Ketepatan pic, nada, tempo dan frasa : 8 markah

    iii- Sebutan : 6 markah

    iv- Dinamik : 6 markah

    v- Keseimbangan/harmoni :7 markah

    15.2 Penghakiman Lagu (25 markah)

    25 Markah diperuntukkan bagi lagu yang disampaikan, menggunakan

    (Borang PNISWN/ML/2), aspek yang dinilai adalah :

    i- Keaslian Lagu (Melodi) :4 markahdiperuntukan untuk lagu

    kedua sahaja ciptaan sendiri.

    ii- Irama Masri/Unsur-unsur irama Padang Pasir dan Qasidah

    :5 markah.iii- Bentuk kontemporari : 4 markah

    iv- Kesesuaian rentak : 6 markah

    v- Disiplin Lagu/kreativiti ciptaan : 6 markah

    15.3 Penghakiman Lirik (20 markah)

  • 5/28/2018 Peraturan Nasyid Berkumpulan - Lelaki Perempuan

    8/9

    20 Markah diperuntukan bagi lirik lagu, menggunakan (Borang

    PNISWN/MLR/3).Setiap lirik dinilai dari aspek berikut :

    i- Kesesuaian Mengikut Tema (Agama dan Pendidikan) :4

    markah

    ii- Kejelasan mesej : 6 markahiii- Kesinambungan : 6 markah

    iv- Bahasa : 4 markah

    15.4 Penghakiman Gaya Dan Persembahan (20 markah)

    20 Markah diperuntukan bagi keseluruhan persembahan menggunakan

    (Borang PNISWN/MGP/4). Setiap persembahan dinilai dari aspek berikut

    :

    i- Gaya dan Penampilan : 6 markah

    ii- Etika : 6 markah

    iii- Ekspresi : 4 markah

    iv- Keberkesanan Persembahan : 4 markah

  • 5/28/2018 Peraturan Nasyid Berkumpulan - Lelaki Perempuan

    9/9

    PILIHAN NASYID ARAB BAGI ISWAHYU 2013(Berdasarkan Ihtifal KAFA JAKIM Kebangsaan 2013)

    BIL TAJUK (Ejaan Rumi) TAJUK (Ejaan Jawi)

    1. Asholatu Wassalam

    2. Law Kaana Bainana 3. Tolaal Badru Alaina 4. Ya Badrotim 5. Ya Nabi Salam Alaika 6. Ummi 7. Maulaya Solli Wa Sallim 8. Ya Rabbi bil Mustafa 9. Diinul Huda

    10. Anwarul Islam 11. Nurul Huda 12. Busyra Lana