peraturan mssdr terkini 2016

16
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSM DAERAH REMBAU Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Rembau PERATURAN KEJOHANAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSM DAERAH REMBAU KALI KE- 46 22 HINGGA 24 MAC 2016 1

Upload: ferdaooz-azhar-al-moot

Post on 16-Jul-2016

251 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Peraturan Mssdr Terkini 2016

TRANSCRIPT

Page 1: Peraturan Mssdr Terkini 2016

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSM DAERAH REMBAU

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Rembau

PERATURAN KEJOHANAN

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG

MSSM DAERAH REMBAU KALI KE- 46

22 HINGGA 24 MAC 2016 (SELASA – KHAMIS)

PERATURAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANGMAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH REMBAU 2016

PERATURAN PERTANDINGAN1

Page 2: Peraturan Mssdr Terkini 2016

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSM DAERAH REMBAU

1. UNDANG-UNDANG1.1 Kejohanan ini akan dijalankan mengikut undang-undang Kesatuan

Olahraga Amatur Malaysia dengan beberapa pengecualian tertentu dan peraturan am MSSM.

2. TARIKH2.1 Tarikh Kejohanan : 22hb – 24hb Mac 20162.2 Hari : Selasa, Rabu dan Khamis2.3 Tempat : Padang Sek Men Keb Undang Rembau.

3. PENYERTAAN3.1 Setiap sekolah dibenarkan mendaftar tidak lebih dari dua peserta bagi

sesuatu acara perseorangan dan satu pasukan sahaja untuk acara berpasukan. Seorang peserta tidak dibenarkan bertanding dalam lebih dari tiga (3) acara perseorangan dan dua acara berpasukan. Acara terbuka ialah acara perseorangan.

3.2 Seorang peserta hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam satu kelas tertentu mengikut kategori umurnya sahaja.

3.3 Acara terbuka kategori terdiri dari acara – acara 3000m (P) dan 5000m (L). Dibenarkan untuk mendaftarkan sebanyak tiga (3) orang peserta.

4. PEMBAHAGIAN KELAS

4.1 Peserta – peserta adalah dibahagikan kepada kelas mengikut umur pada 1hb Januari 2016.

Kelas 1 : 18 tahun dan ke bawah – lahir pada 1998,1999, 2000Kelas 2 : 15 tahun dan ke bawah – lahir pada 2001, 2002, 2003Kelas 3 : 12 tahun dan ke bawah – lahir pada 2004, 2005Kelas 4 : 10 tahun dan ke bawah – lahir pada atau selepas 2006

4.2 Penyertaan pelajar tingkatan 6 TIDAK DIBENARKAN.

5 PENDAFTARAN PESERTA

5.1 Borang pendaftaran peserta hendaklah disediakan dalam bentuk “soft copy” dan emailkan kepada Jawatankuasa Statistik Kejohanan.

5.2 Gunakan borang pendaftaran dalam bentuk Microsoft Excel yang akan dibekalkan kepada semua sekolah yang menyertai kejohanan.

5.3 Borang pendaftaran M01/R01 ( WAJIB ) hendaklah disediakan dan dihantar pada masa pendaftaran, hari pertama kejohanan.

5.4 Tarikh tutup penghantaran borang penyertaan pada 12hb Mac 2016 (Sabtu).

6. NOMBOR PESERTA6.1 Nombor yang digunakan oleh peserta adalah dicetak mengikut kod

sekolah, kelas dan nombor peserta. Nombor yang ditulis di atas kertas tidak diterima. Tebal nombor ialah 1.5cm dan tinggi nombor ialah 10cm.

2

Page 3: Peraturan Mssdr Terkini 2016

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSM DAERAH REMBAU

Ukuran kain ( Putih ) yang digunakan ialah 25 cm x 15 cm. Cetakan warna hitam untuk peserta lelaki dan warna merah untuk peserta perempuan.

6.2 Semua peserta termasuk peserta acara berpasukan hendaklah diberi nombor dan didaftarkan di dalam borang pendaftaran.

6.3 Setiap nombor peserta akan menggunakan empat angka iaitu :

Angka / Abjad pertama : kod sekolahAngka kedua : kelas Angka ketiga : nombor peserta Contoh Nombor Peserta

25 cm

10 cm

Kod Sekolah Kelas Nombor Peserta

6.4 Peserta-peserta diwajibkan menggunakan empat pin dihadapan dan empat pin dibelakang.

6.5 Peserta untuk acara padang dibenarkan menggunakan satu nombor sama ada dihadapan atau dibelakang.

6.6 Hakim bilik panggilan akan membatalkan peserta yang tidak memakai nombor mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

6.7 Sebarang pertukaran peserta pada hari kejohanan tidak akan dilayan.

7 PAKAIAN PESERTA

3

M 211

KELAS NOMBOR PESERTA

L1 M + 101

L2 M + 201

L3 BZ + 301

L4 BZ + 401

P1 M + 151

P2 M + 251

P3 BZ + 351

P4 BZ + 451

Page 4: Peraturan Mssdr Terkini 2016

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSM DAERAH REMBAU

7.1 Dalam semua acara, peserta hendaklah memakai pakaian yang sesuai, bersih dan kemas. Peserta lelaki dan perempuan boleh menggunakan baju-T, singlet dan seluar trek / pendek. Jika memakai tudung, tudung hendaklah diikat dengan kemas atau dimasukkan kedalam baju supaya tidak menutup nombor peserta berkenaan atau mengganggu peserta lain.

7.2 Pegawai – pegawai kejohanan berhak menghalang mana – mana paserta yang memakai pakaian yang tidak sesuai daripada menyertai acara tersebut.

7.3 Semua peserta diwajibkan menggunakan kasut spike dalam acara balapan Walau bagaimanapun peserta yang tidak memakai kasut juga dibenarkan mengambil bahagian tetapi keselamatan peserta adalah tanggung jawab pengurus pasukan.

8 PERALATAN

8.1 Alat – alat untuk acara padang dan balapan akan disediakan oleh pihak Jawatan kuasa Teknikal Kejohanan.

8.1.1 Ketinggian permulaan acara lompat tinggi.

Kelas Lelaki Perempuan

1 1.50m 1.15m

2 1.35m 1.15m

3 1.10m 1.10m

4 1.00m 1.00m

Peningkatan pada setiap pusingan berikut ialah 3cm.

8.2 Kedudukan papan lonjak untuk acara lompat kijang.

Kelas Lelaki Perempuan

1 11/9 m 9/7 m

2 9/7 m 9/7 m

8.3 Ukuran tinggi / berat alatan yang digunakan

AcaraLelaki Perempuan

1 2 3 4 5 1 2 3 4 5

60m L/P 0.762m 0.762m

80m L/P 0.762m 0.762m

100m L/P 0.838m 0.762M

4

Page 5: Peraturan Mssdr Terkini 2016

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSM DAERAH REMBAU

110m L/P 0.992m 0.914m

200m L/P 0.840m 0.762m

400m L/P 0.914m 0.762m

Peluru 5.00kg 4.00kg 2.72kg 2.00kg 3.00kg 4.00kg 3.00kg 2.72kg 2.00kg 2,72kg

Cakera 1.50kg 1.00kg 1.00kg 1.00kg

Lembing 700g 600g 600g 600g

8.4 Jadual spesifikasi lari berpagar

Acara Bilangan pagar

Pagar 1 dari garis permulaan

Pagar ke pagar

Pagar akhir ke garisan penamat

60 m 6 12.00m 6.50m 15.50m

80 m 8 12.00m 8.00m 12.00m

100 m 10 13.00m 8.50m 10.50m

110 m 10 13.72m 9.14m 14.02m

200 m 5 20.00m 35.00m 40.00m

400 m 10 45.00m 35.00m 40.00m

8.5 Bagi semua acara padang termasuk lompat tinggi, setiap peserta akan diberi tiga ( 3 ) peluang percubaan.

8.6 Pihak Jawatankuasa Teknikal telah pun menetapkan ukuran permulaan bagi acara-acara padang seperti lompat tinggi, lompat jauh dan lontar peluru bagi sekolah rendah. Peserta perlu melepasi had ukuran yang telah ditetapkan. Jika tidak melepasai had ukuran yang ditetapkan, catatan tidak akan diambil.

Had kelayakan MSS Daerah RembauAcara Lelaki Perempuan

Lompat tinggi kelas 3 1.20m 1.10m

Lompat tinggi kelas 4 1.10m 1.00m

Lompat jauh kelas 3 3.50m 3.00m

Lompat jauh kelas 4 2.50m 2.00m

Lontar peluru kelas 3 6.50m 5.00m

Lontar peluru kelas 4 4.50m 3.00m

BIL ACARA LELAKI PEREMPUAN

5

Page 6: Peraturan Mssdr Terkini 2016

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSM DAERAH REMBAU

1 2 3 4 5 1 2 3 4 5

1 100M X X X X X X X X

2 200M X X X X X X X X

3 400M X X X X

4 800M X X X X

5 1500M X X X X

6 3000M ( TERBUKA ) X

7 5000M ( TERBUKA ) X

8 3000M JALAN KAKI

9 5000M JALAN KAKI

10 10000M JALAN KAKI

11 60 M LARI BERPAGAR X X

12 80 M LARI BERPAGAR X X

13 100 M LARI BERPAGAR X X X

14 110 M LARI BERPAGAR X

15 200 M LARI BERPAGAR X X

16 400 M LARI BERPAGAR X X

17 LOMPAT TINGGI X X X X X X X X

18 LOMPAT JAUH X X X X X X X X

19 LOMPAT KIJANG X X X X

20 MELONTAR PELURU X X X X X X X X

21 MELEMPAR CAKERA X X X X

22 MEREJAM LEMBING X X X X

23 4 X 100 M X X X X X X X X

24 4 X 200 M

25 4 X 400 M

JUMLAH ACARA 15 14 7 7 15 14 7 7

9 ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

10 MELAPOR DIRI DAN KETETAPAN MASA

6

Page 7: Peraturan Mssdr Terkini 2016

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSM DAERAH REMBAU

10.1 Peserta-peserta hendaklah melapor kepada Hakim Bilik Panggilan 30 minit sebelum acara dimulakan.

10.2 Para peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknikal dalam arena pertandingan.

10.3 Peserta yang tidak melapor pada masa yang dicatatkan (untuk acara balapan pusingan separuh akhir dan pada akhir) dianggap tidak mengambil bahagian dalam acara berkenaan.

10.4 Peserta berkenaan dianggap menarik diri dari kejohanan olahraga dan jika telah memperolehi apa jua pingat pada acara sebelum ini, pingat tersebut tidak perlu dikembalikan kepada pengelola. Jika kelewatan ini tidak disengajakan persetujuan pegawai Hakim Bilik Panggilan perlu diperolehi sebelum dibenarkan bertanding. Syarat ini bergantung kepada kedudukan acara dan tidak boleh mengubah kedudukan atau keputusan yang telah diperolehi.

10.5 Sekiranya peserta terbabit mengambil bahagian di dalam acara yang sedang dijalankan, Pengurus Pasukan hendaklah memberitahu Hakim Bilik Panggilan. Acara Balapan diberi keutamaan.

10.6 Peserta yang mengambil bahagian pada peringkat akhir, WAJIB memulakan dan menamatkan perlumbaan (acara balapan). Jika tidak peserta berkenaan dianggap menarik diri dari kejohanan.

10.7 Peserta yang menarik diri semasa kejohanan tidak boleh diganti. Peserta berkenaan tidak dibenarkan bertanding bagi acara berikutnya. Jika telah memenangi pingat sebelum diistiharkan menarik diri, pingat yang dimenangi tidak akan diambil.

11 PENGGANTIAN PESERTA.

11.1 Tidak dibenarkan sebarang pertukaran acara bagi peserta-peserta acara perseorangan di sepanjang kejohanan ini.

11.2 Penggantian peserta hanya dibuat dalam taklimat Pengurus Pasukan sebelum atau pada ___________________. Ia hanya melibatkan penggantian atlet yang telah berdaftar sahaja. (atlet A hanya boleh diganti oleh atlet B dengan syarat atlet B mengambil semua acara yang didaftarkan bagi atlet A).

11.3 Peserta yang disahkan cedera oleh PEGAWAI PERUBATAN YANG DIYAKINI SAH atau PENGURUS KEJOHANAN dikecualikan dari fasa 10.7

12 PENENTUAN JOHAN PASUKAN DAN INDIVIDU

12.1 Keputusan keseluruhan berpandukan kepada jumlah pungutan pingat emas diikuti pingat perak dan pingat gangsa termasuk pencapaian pasukan dan individu.

12.2 Pemilihan peserta terbaik.

12.2.1 Pemilihan peserta terbaik mengikut kelas umur berpandukan kepada peserta yang memecahkan rekod pada peringkat yang tinggi.

7

Page 8: Peraturan Mssdr Terkini 2016

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSM DAERAH REMBAU

12.2.2 Sekiranya, peserta 12.2.1 tidak ada, maka penyamaan rekod akan diambil kira dalam pemilihan peserta terbaik.

12.2.3 Jika perkara 12.2.1 dan 12.2.2 tiada, keputusan akan dibuat berpandukan kepada pungutan pingat emas, perak dan gangsa yang diperolehi oleh peserta tersebut.

12.2.4 Jika pungutan pingat seri, keputusan akan dibuat berpandukan kepada gabungan acara :

1. Balapan / Padang2. Balapan3. Padang

12.3 Semua keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa pemilihan peserta terbaik kejohanan adalah muktamad.

13 PERINGKAT AKHIR

13.1 Jika terdapat 4 separuh akhir atau lebih, pemenang setiap separuh akhir yang mendapat masa terpantas akan layak memasuki peringkat akhir.

13.2 Jika terdapat 3 separuh akhir, dua peserta pemenang dari setiap separuh akhir dan dua peserta lain yang memperolehi catatan masa terbaik akan layak ke peringkat akhir.

13.2 Jika terdapat 2 separuh akhir, tiga peserta pemenang dari setiap separuh akhir dan dua peserta lain yang memperolehi catatan masa terbaik akan layak ke peringkat akhir.

13.3 Kedudukan lorong pada peringkat akhir akan ditentukan mengikut masa yang dibuat pada peringkat separuh akhir. Empat masa terbaik akan ditempatkan di lorong 3, 4, 5 dan 6 mengikut cabutan undian. Empat masa berikutnya akan diletakkan 1, 2, 7 dan 8 mengikut cabutan undian.

14 PEMBATALAN

14.1 Semua peserta yang telah layak dari pusingan separuh akhir ke akhir TIDAK boleh menarik diri dari peringkat akhir. Peserta yang mengambil bahagian pada peringkat akhir mesti memulakan dan menamatkan perlumbaan. Jika tidak peserta berkenaan dianggap menarik diri dari kejohanan olahraga.

14.2 Peserta acara balapan tidak akan diberi kad kuning (peringatan) jika memulakan larian sebelum tembakan mula. Sebaliknya akan dibatalkan walaupun melakukan kesalahan buat pertama kali. (Peraturan terkini) Bergantung kepada keputusan mesyuarat pengurus pasukan.

15. BANTAHAN

15.1 Sebarang bantahan berhubung dengan kejohanan hendaklah dibuat mengikut proses :

15.1.1 Bantahan secara lisan oleh pengurus pasukan hendaklah dibuat kepada referi selepas 15 minit acara itu tamat.

15.1.2 Seterusnya bantahan secara bertulis kepada pengurus kejohanan dalam tempoh 30 minit selepas satu-satu keputusan rasmi diumumkan. Bayaran perkhidmatan sebanyak RM 200.00

8

Page 9: Peraturan Mssdr Terkini 2016

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSM DAERAH REMBAU

( Ringgit Malaysia : DUA RATUS SAHAJA ) hendaklah disertakan sama.

15.1.3 Wang pertaruhan ini akan menjadi hak milik jawatankuasa pertandingan jika bantahan tidak berjaya.

15.1.4 Pengurus-pengurus pasukan boleh merujuk kepada pengurus kejohanan sekiranya terdapat sebarang masalah yang timbul berhubung dengan kejohanan Balapan Dan Padang MSSD REMBAU ini.

16 JURI RAYUAN

16.1 Pengerusi Pengelola16.2 Pen. Pengerusi Teknik Balapan Dan Padang MSSD REMBAU16.3 Pengurus Kejohanan16.4 Referi16.5 Dua ( 2 ) orang Pengurus Pasukan yang berkecuali16.6 Setiausaha Kejohanan yang bertindak sebagai pencatat tetapi tiada hak

untuk mengundi dalam penentuan sebarang keputusan.

17 PENYAMPAIAN HADIAH

17.1 Acara Individu sehingga 1500 meter - PERTAMA hingga KETIGA.17.2 Acara Individu 2000 meter ke atas – PERTAMA hingga KELIMA.17.3 Acara Berpasukan PERTAMA hingga KETIGA (5 Pingat setiap pasukan )17.4 Acara Padang PERTAMA hingga KETIGA17.5 Penyelia hadiah akan menjemput pemenang untuk menerima hadiah,

Pengurus Pasukan mesti menyediakan pengganti peserta jika pemenang tidak hadir. Pihak pengelola tidak akan melayan sebarang pertanyaan mengenai hadiah yang tidak diambil selepas upacara penyampaian hadiah bagi acara tersebut.

17.6 Penerima hadiah hendaklah berpakaian kemas ( baju dan seluar trek ) berkasut dan tanpa bertopi. Sekiranya masih bertopi atau bersandal / selipar penerima hadiah akan digantikan dengan penerima yang lain.

18 KESELAMATAN

18.1 Pihak pengelola akan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengelakkan berlakunya perkara–perkara yang tidak diingini.

18.2 Pihak pengelola tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kemalangan yang berlaku ke atas mana-mana pihak semasa atau selepas kejohanan.

18.3 Sebarang kehilangan atau kerosakan harta benda peserta adalah tanggungjawab peserta sendiri.

18.4 Penyertaan peserta adalah tanggungjawab sendiri.

19 PENGGUNAAN DADAH

19.1 Penggunaan dadah sebelum atau semasa kejohanan adalah diharamkan.

9

Page 10: Peraturan Mssdr Terkini 2016

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSM DAERAH REMBAU

20 TINDAKAN MAHKAMAH

20.1 Sebarang tindakan mahkamah tidak boleh diambil ke atas pengelola berhubung dengan Kejohanan Balapan Dan Padang MSSM Daerah REMBAU ini.

21 PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

21.1 Semua acara dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan, walaubagaimana pun pihak pengelola berhak membuat sebarang pindaan jika difikirkan perlu.

21.2 Pihak pengelola juga berhak membuat sebarang pindaan atau pertukaran tertentu ke atas peraturan pertandingan ini jika perlu tanpa terikat kepada persetujuan pengurus-pengurus pasukan. Sebarang pindaan atau pertukaran yang dibuat akan diumumkan dan adalah muktamad.

22 HAL-HAL LAIN

22.1 Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai. Individu yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut.

22.2 Selain daripada Pegawai-Pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian,TIDAK SESIAPA PUN DIBENARKAN MASUK ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN.

22.3 Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota badan / harta benda / sebarang kecederaan lain berlaku:

22.3.1 Semasa perjalanan pergi dan balik ke tempat kejohanan.22.3.2 Semasa kejohanan dijalankan22.3.3 Di dalam dan di luar kawasan pertandingan22.3.4 Di tempat-tempat penginapan.

23 Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah.

Disediakan Oleh:

HAMIZA BIN ZAINIPENGERUSI TEKNIK DAN PEMBANGUNAN SUKAN

10

Page 11: Peraturan Mssdr Terkini 2016

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSM DAERAH REMBAU

BALAPAN & PADANG MSS DAERAH REMBAU 2016

11

Page 12: Peraturan Mssdr Terkini 2016

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSM DAERAH REMBAU

1

Page 13: Peraturan Mssdr Terkini 2016

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSM DAERAH REMBAU

1