peraturan m desa mssdld 2016

5
PERATURAN – PERATURAN DAN MAKLUMAT KEJOHANAN MERENTAS DESA DAERAH LAHAD DATU 2016 1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Malaysia ( KOM ), Peraturan – Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia ( MSSM ) dan Peraturan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Lahad Datu (MSSDLD) 2. JENIS PERTANDINGAN / KATEGORI / JARAK LALUAN 2.1 Pertandingan akan dijalankan secara Individu dan Berpasukan. 2.2 Kumpulan Umur dan Kategori adalah seperti berikut : Kategori Peringkat Umur Jarak A Lelaki bawah 18 tahun 8 km B Perempuan bawah 18 tahun 6 km C Lelaki bawah 15 tahun 6 km D Perempuan bawah 15 tahun 6 km E Lelaki bawah 12 tahun 4 km F Perempuan bawah 12 tahun 4 km 3. PENDAFTARAN PESERTA 3.1 Setiap sekolah dibenarkan mendaftar tidak melebihi enam ( 6 ) orang peserta bagi setiap kategori. 3.2 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Penyertaan Rasmi yang disediakan dan disahkan oleh Pengetua / Guru Besar / Penolong Kanan sekolah masing – masing. 3.3 Borang penyertaan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat emel berikut : [email protected] pada atau sebelum 18 Januari 2016. 4. PUNGUTAN MATA BAGI BERPASUKAN 4.1 Pencapaian terbaik LIMA ( 5 ) orang peserta bagi setiap kategori yang menamatkan larian akan menentukan pungutan mata pasukan. 4.2 Pasukan yang mendapat agreget terendah akan diisytiharkan sebagai pemenang. 1

Upload: khoo-jee-han

Post on 26-Jan-2016

15 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Peraturan Merentas Desa MSSDLD 2016

TRANSCRIPT

Page 1: Peraturan m Desa Mssdld 2016

PERATURAN – PERATURAN DAN MAKLUMAT KEJOHANAN MERENTAS DESA DAERAH LAHAD DATU 2016

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Malaysia ( KOM ), Peraturan – Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia ( MSSM ) dan Peraturan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Lahad Datu (MSSDLD)

2. JENIS PERTANDINGAN / KATEGORI / JARAK LALUAN

2.1 Pertandingan akan dijalankan secara Individu dan Berpasukan.2.2 Kumpulan Umur dan Kategori adalah seperti berikut :

Kategori Peringkat Umur JarakA Lelaki bawah 18 tahun 8 kmB Perempuan bawah 18 tahun 6 kmC Lelaki bawah 15 tahun 6 kmD Perempuan bawah 15 tahun 6 kmE Lelaki bawah 12 tahun 4 kmF Perempuan bawah 12 tahun 4 km

3. PENDAFTARAN PESERTA

3.1 Setiap sekolah dibenarkan mendaftar tidak melebihi enam ( 6 ) orang peserta bagi setiap kategori.

3.2 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Penyertaan Rasmi yang disediakan dan disahkan oleh Pengetua / Guru Besar / Penolong Kanan sekolah masing – masing.

3.3 Borang penyertaan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat emel berikut :[email protected] pada atau sebelum 18 Januari 2016.

4. PUNGUTAN MATA BAGI BERPASUKAN

4.1 Pencapaian terbaik LIMA ( 5 ) orang peserta bagi setiap kategori yang menamatkan larian akan menentukan pungutan mata pasukan.

4.2 Pasukan yang mendapat agreget terendah akan diisytiharkan sebagai pemenang.4.3 Jika berlaku seri, kedudukan penamat yang keeempat terbaik akan diambil kira bagi

menentukan pasukan pemenang.

5. PENENTUAN JUARA KESELURUHAN

5.1 Juara keseluruhan merentas desa adalah berdasarkan kepada jumlah agregat yang terendah dikumpulkan daripada empat kategori

5.2 Jika berlaku seri, sekolah yang mendapat kedudukan pertama terbanyak akan dikira sebagai pemenang.

5.3 Jika berlaku seri juga, tempat kedua dan berikutnya akan diambil kira sebagai pemenang.

1

Page 2: Peraturan m Desa Mssdld 2016

6. SIJIL PENYERTAAN

6.1 Sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta yang menyertai.6.2 Pemilihan bagi wakil – wakil Daerah akan ditentukan berdasarkan pencapaian masa.

7. HADIAH7.1 Hadiah akan diberikan kepada pemenang individu tempat pertama hingga ketiga bagi

setiap kategori yang dipertandingkan. (sekolah menengah dan sekolah rendah)7.2 Hadiah juga diberikan kepada johan keseluruhan pasukan (sekolah menengah sahaja)

8. NOMBOR PESERTA

8.1 Setiap peserta hendaklah memakai nombor pengenalan dibahagian hadapan dan belakang badan dan hendaklah disematkan pin pada keempat-empat sudut kain.

8.2 Penetapan nombor adalah seperti berikut :

KATEGORI SMK L18 P18 L15 P15WARNA NOMBOR HITAM HITAM MERAH MERAH

SM SAINS LDU 001 – 006 007 – 012 013 – 018 019 – 024 SMK AGASEH 025 – 030 031 – 036 037 – 042 043 – 049

SMK DESA KENCANA 050 – 055 056 – 061 062 – 067 068 – 073 SMK TUNGKU 074 – 079 080 – 086 087 – 092 093 – 099

SMK SEPAGAYA 100 – 106 107 - 112 113 – 118 119 – 124 SMK TERUSAN 125 – 130 131 – 136 137 – 142 143 – 148 SMK SEGAMA 149 – 154 155 – 160 161 - 166 167 – 172

SMK SILABUKAN 173 – 178 179 – 184 185 – 190 191 – 196 SM ST DOMINIC 197 – 202 203 – 208 209 – 214 215 – 260

KOLEJ VOKASIONAL 261 – 266 267 – 272 273 – 278 279 – 284 SM CINA LDU 285 – 290 291 – 296 297 – 302 303 – 308

KATEGORI L12 P12 L12 P12

BIL WARNA NOMBOR BIRU BIRU BIL WARNA NOMBOR BIRU BIRU1 SK TERUSAN 401 – 406 407 – 412 22 SJK YUK CHOI 653 – 658 659 – 664 2 SK SRI PANTAI 413 – 418 419 – 424 23 SK BINUANG 665 – 670 671 – 676 3 SK LAHAD DATU II 425 – 430 431 – 436 24 SK PERMAI 677 – 682 683 – 688 4 SK BKT BELACON 437 – 442 443 – 448 25 SK ST STEPHEN 689 – 694 695 – 670 5 SK KG SILAM 449 – 454 455 – 460 26 SK BIKANG 671 - 676 677 – 682 6 SK TG LABIAN 461 – 466 467 – 472 27 SK BAKAPIT 683 – 688 689 – 694 7 SK SABAH COCOA 473 – 478 479 – 484 28 SK SILABUKAN 695 – 700 701 – 705 8 SK TUNGKU 485 – 490 491 – 496 29 SJK SIN WAH 706 – 711 712 – 717 9 SK ST DOMINIC 497 – 502 503 – 508 30 SK ULU TUNGKU 718 – 723 724 – 729 10 SK KENNEDY BAY 509 – 514 515 – 520 31 SK BANGIGOD 730 – 735 736 – 741 11 SK SEPAGAYA 521 – 526 527 – 532 32 SK CENDERAWASIH 742 – 747 748 – 753 12 SK UNICO DESA 533 – 538 539 – 544 33 SK TELISAI 754 – 759 760 – 765 13 SK TG PARAS 545 – 550 551 – 556 34 SK SRI DARUN 766 – 771 772 – 777 14 SK LAHAD DATU IV 557 – 562 563 – 568 35 SK SAHABAT 4 778 – 783 784 – 789 15 SK PAYANG 569 – 574 575 – 580 36 SK SAHABAT 16 790 – 795 796 – 801 16 SK JEROCO 581 – 586 587 – 592 37 SK FAJAR HARAPAN 802 – 807 808 – 813 17 SK PEKAN 593 – 598 599 – 604 38 SK LOK BUANI 814 – 819 820 – 825 18 SK AMALANIA 605 – 610 611 – 616 39 SK LAHAD DATU III 826 – 831 832 – 837 19 SK TAWAIYARI 617 – 622 623 – 628 40 SK BT 6 ½ SEGAMA 838 – 843 844 – 849 20 SJK KIAU SHING 629 – 634 635 – 640 41 SK ANJUNG TEDUH 850 – 855 856 – 861 21 SJK CHEE VUN 641 – 646 647 – 652 42 SJK SIEW CHING 862 – 867 868 – 873

2

Page 3: Peraturan m Desa Mssdld 2016

8.3 Ukuran Kain : 26 cm x 15 cm

8.4 Ukuran Nombor : 12 cm x 14 cm (Tinggi nombor)6 cm x 7 cm (Lebar nombor)1.5 cm x 2 cm (Tebal nombor)

9. PAKAIAN

9.1 Peserta hendaklah berpakain sesuai dan kemas sewaktu mengambil bahagian dan pada majlis penyampaian hadiah.

10. BANTAHAN

Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 147 KOM, kecuali perkara berikut :

10.1 Segala masalah berkaitan dengan kelayakan ( status ) seseorang peserta yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka peserta tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan ( under protest ) dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada MSSDLD kelak.

10.2 Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada :

10.2.1 Lima belas ( 15 ) minit setelah keputusan rasmi diumumkan.

10.2.2 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan wang Pertaruhan sebanyak RM 300.00 ( Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Sahaja )

11. HAK – HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

11.1 Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan, tetapi Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik dan Pembangunan Olahraga MSSDLD, berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pemindaan, Pengurus-Pengurus Pasukan akan diberitahu.

11.2 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam Undang-Undang Olahraga KOM terkini, Peraturan-Peraturan Am MSSM atau Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan Merentas Desa MSSDLD

11.3 Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota badan / harta benda / sebarang kecederaan lain berlaku :

11.3.1 Semasa perjalanan pergi dan balik11.3.2 Semasa kejohanan dijalankan

11.4 Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah.

3

Page 4: Peraturan m Desa Mssdld 2016

4