peraturan dan rutin kelas

Upload: jaime-gray

Post on 06-Oct-2015

257 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pengurusan Bilik Darjah

TRANSCRIPT

Peraturan dan Rutin Kelas

Bil.Sudut / Ruang / Kemudahan PeraturanPerincan Rutin

1. Sudut KomputerKomputer hanya boleh digunakan sekiranya guru berada di dalam kelas.1.1. Murid dibenarkan menggunakan segala kemudahan komputer dengan kehadiran guru.1.2. Murid perlu bergilir-gilir secara berkumpulan untuk menggunakan komputer apabila menjalankan sesuatu tugasan berkumpulan.1.3. Hanya 2 orang murid sahaja dibenarkan untuk menggunakan komputer dalam satu masa.1.4. Murid perlu mematuhi segala kandungan dalam buku panduan penggunaan komputer.

2. Kemudahan LokerMurid-murid bertanggungjawab terhadap kemudahan loker yang disediakan.2.1. Setiap murid hanya mempunyai satu loker sahaja.2.2. Setiap murid wajib meletakkan nama penuh pada loker masing-masing.2.3. Murid perlu menyimpan buku yang tidak digunakan dan beg di dalam loker masing-masing.

3. Kemudahan Papan MaklumatPapan maklumat perludipenuhi dengan pelbagai info kelas, subjek dan berita terkini.3.1. Setiap murid hendaklah mematuhi jadual tugasan harian.3.2. Setiap murid akan diberikan kumpulan subjek.3.3. Setiap ahli dalam kumpulan perlu bergilir-gilir dalam mengemaskini papan info subjek dan berita.

4. Aktiviti KelasMurid-murid perlu menghormati antara satu sama lain.4.1. Setiap murid wajib mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan di dalam kelas.4.2. Setiap murid perlu mengangkat tangan sebelum mengutarakan idea masing-masing.4.3. Murid perlu menghormati idea dan pendapat rakan-rakan yang lain.4.4. Sudut aktiviti sentiasa perlu berada dalam kelas bersih.

5. Keceriaan dan Kebersihan KelasKelas perlu berada dalam keadaan bersih, rapi dan tersusun pada setiap masa.5.1. Semua murid perlu mematuhi jadual tugasan harian yang telah ditetapkan.5.2. Lantai kelas mestilah berada dalam keadaan bersih tanpa sampah pada setiap masa.5.3. Semua sampah perlu dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan di dalam kelas.5.4. Papan putih perlu dibersihkan segera setiap kali tamat satu sesi PdP.5.5. Tingkap dan pintu hendaklah berada dalam keadaan bersih tanpa habuk dan sentiasa terbuka.5.6. Meja murid hanya dibenarkan untuk meletakkan buku berkaitan subjek yang sedang dipelajari sahaja.5.7. Semua murid perlu memastikan kerusi dimasukkan rapat ke bawah meja jika hendak bergerak ke makmal atau pulang ke rumah.

6. Keluar dan Masuk KelasMurid dikehendaki memakai pas keluar dan masuk kelas.6.1. Hanya seorang murid sahaja dibenarkan keluar pada satu-satu masa.6.2. Murid perlu mengangkat tangan dan mengambil pas sebelum keluar dari kelas.