masalah rutin dan bukan rutin

21
DEFINISI MASALAH RUTIN DAN BUKAN RUTIN Masalah rutin Masalah-masalah yang melibatkan hanya satu operasi aritmetik sahaja dalam penyelesaiannnya dikategorikan sebagai masalah rutin. masalah- masalah rutin hanya memerlukan pelajar memahami masalah, memilih operasi yang sesuai serta mempraktikkan algoritma-algoritma yang telah dipelajari. Prosedur penyelesaiannya diketahui oleh pelajar. walaubagaimana pun masalah-masalah matematik yang rutin ada fungsinya kerana ia: memberi latihan dalam ingatan fakta-fakta asas dan langkah-langkah yang berturutan mempertingkatkan kemahiran-kemahiran dalam operasi-operasi asas memberi peluang kepada pelajar untuk berfikir tentang perkaitan di antara sesuatu operasi dan aplikasinya kepada situasi-situasi sebenar. Apabila menyelesaikan masalah-masalah rutin, pelajar perlu mengenalpasti: Apakah soalannya yang perlu dijawab fakta-fakta atau nombor-nombor yang perlu digunakan Operasai-operasi matematik yang sesuai digunakan anggaran nilai penyelesaian Masalah bukan rutin Sudah tentu masalah-masalah bukan rutin memerlukan proses-proses yang lebih tinggi daripada yang terlibat dalam penyelesaian masalah-masalah rutin. Kejayaan dalam penyelesaian masalah-masalah bukan rutin bergantung kepada kebolehan pelajar menggunakan pelbagai strategi penyelesaian masalah bersama dengan fakta-fakta dan maklumat dalam pertimbangan. Prosedur menyelesaikannya adalah tidak diketahui pelajar. Masalah-masalah bukan rutin biasanya diselesaikan dengan pelbagai cara yang memerlukan proses pemikiran yang berbeza-beza. Nyata sekali pelajar dikehendaki menggunakan kemahiran secara kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah bukan rutin. Masalah-masalah bukan rutin harus digunakan dalam program matematik sekolah rendah kerana boleh; mengembangkan penggunaan strategi-strategi penyelesaian masalah membekalkan peluang kepada pelajar untuk memikirkan pelbagai cara penyelesaian, berkongsi kaedah-kaedah penyelesaian masalah dengan pelajar-pelajar lain dan mengembangkan keyakinan diri dalam penyelesaian masalah matematik. mendorong pelajar untuk menikmati keindahan dan logik yang wujud dalam matematik mengembangkan kemahiran-kemahiran berfikir secara kritis berbanding dengan hafalan petua, peraturan dan fakta tanpa kefahaman.

Upload: ang-angeline

Post on 25-Jul-2015

1.188 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Masalah Rutin Dan Bukan Rutin

DEFINISI MASALAH RUTIN DAN BUKAN RUTIN

Masalah rutinMasalah-masalah yang melibatkan hanya satu operasi aritmetik sahaja dalam penyelesaiannnya dikategorikan sebagai masalah rutin. masalah-masalah rutin hanya memerlukan pelajar memahami masalah, memilih operasi yang sesuai serta mempraktikkan algoritma-algoritma yang telah dipelajari. Prosedur penyelesaiannya diketahui oleh pelajar. walaubagaimana pun masalah-masalah matematik yang rutin ada fungsinya kerana ia:

memberi latihan dalam ingatan fakta-fakta asas dan langkah-langkah yang berturutan

mempertingkatkan kemahiran-kemahiran dalam operasi-operasi asas

memberi peluang kepada pelajar untuk berfikir tentang perkaitan di antara sesuatu operasi dan aplikasinya kepada situasi-situasi sebenar.

Apabila menyelesaikan masalah-masalah rutin, pelajar perlu mengenalpasti:

Apakah soalannya yang perlu dijawab fakta-fakta atau nombor-nombor yang perlu digunakan Operasai-operasi matematik yang sesuai digunakan anggaran nilai penyelesaian

Masalah bukan rutinSudah tentu masalah-masalah bukan rutin memerlukan proses-proses yang lebih tinggi daripada yang terlibat dalam penyelesaian masalah-masalah rutin. Kejayaan dalam penyelesaian masalah-masalah bukan rutin bergantung kepada kebolehan pelajar menggunakan pelbagai strategi penyelesaian masalah bersama dengan fakta-fakta dan maklumat dalam pertimbangan. Prosedur menyelesaikannya adalah tidak diketahui pelajar. Masalah-masalah bukan rutin biasanya diselesaikan dengan pelbagai cara yang memerlukan proses pemikiran yang berbeza-beza. Nyata sekali pelajar dikehendaki menggunakan kemahiran secara kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah bukan rutin.

Masalah-masalah bukan rutin harus digunakan dalam program matematik sekolah rendah kerana boleh;

mengembangkan penggunaan strategi-strategi penyelesaian masalah

membekalkan peluang kepada pelajar untuk memikirkan pelbagai cara penyelesaian, berkongsi kaedah-kaedah penyelesaian masalah

Page 2: Masalah Rutin Dan Bukan Rutin

dengan pelajar-pelajar lain dan mengembangkan keyakinan diri dalam penyelesaian masalah matematik.

mendorong pelajar untuk menikmati keindahan dan logik yang wujud dalam matematik

mengembangkan kemahiran-kemahiran berfikir secara kritis berbanding dengan hafalan petua, peraturan dan fakta tanpa kefahaman.

PERBEZAAN ANTARA MASALAH RUTIN DAN BUKAN RUTIN

Melibatkan dan menggunakan satu operasi aritmetik

Melibatkan dan menggunakan operasi yang banyak dan tinggi

Cara penyelesaian masalah yang sama Cara penyelesaian masalah yang bebeza

Jenis penyelesaian masalah dalam matematik yang paling mudah

Unik dimana memerlukan pelajar mangaplikasikan kemahiran dan konsep

atau prinsip dalam matematik

Tidak memerlukan daya permikiran yang tinggi untuk menyelesaikan masalah

Memerlukan daya pemikiran yang tinggi untuk menyelesaikan masalah

FUNGSINYA:

memberi latihan dalam ingatan fakta-fakta asas dan langkah-langkah yang berturutan

mempertingkatkan kemahiran-kemahiran dalam operasi-operasi asas

memberi peluang kepada pelajar untuk berfikir tenteng perkaitan di antara sesuatu operasi dan aplikasinya kepada situasi-situasi sebenar

FUNGSINYA:

mengembangkan penggunaan strategi-strategi penyelesaian masalah

membekalkan peluang kepada pelajar untuk memikirkan pelbagai cara penyelesaian, berkongsi kaedah-kaedah penyelesaian masalah dengan pelajar-pelajar lain dan mengembangkan keyakinan diri dalam penyelesaian masalah matematik.

mendorong pelajar untuk menikmati keindahan dan logik yang wujud dalam matematik

mengembangkan kemahiran-

Page 3: Masalah Rutin Dan Bukan Rutin

kemahiran berfikir secara kritis berbanding dengan hafalan petua, peraturan dan fakta tanpa kefahaman

PERSAMAAN ANTARA MASALAH RUTIN DAN BUKAN RUTIN

Kedua-duanya adalah sebuah bentuk masalah dan mempunyai jalan penyelesaiannya.

SOALAN BUKAN RUTIN YANG PERTAMA

1. Jika dua nombor bulat berjumlah 11 dan hasil darab dua nombor itu

ialah 28, apakah nombor-nombor itu ?

Cara Penyelesaian:

Kaedah penyelesian masalah pertama: KAEDAH KERJA SECARA

SONGSANG

Penyelesiannya: Syarat-syarat akhir :(1) Hasil darab dua nombor bulat itu

= 28

(2) Jumlah dua nombor bulat itu = 11

Mula dengan syarat (1) dan senaraikan semua pasangan nombor bulat

yang hasil darabnya ialah 28.

28 = 1 × 28

MASALAH RUTIN MASALAH BUKAN RUTIN

Page 4: Masalah Rutin Dan Bukan Rutin

28 = 2 × 14

28 = 4 × 7

Kita perhatikan di mana 4 × 7 = 28 dan 4 + 7 = 11. Oleh itu, nombor-

nombor bulat yang dikehendaki ialah 4 dan 7

Kaedah penyelesaian masalah kedua: TEKA DAN UJI SECARA RAWAK

Penyelesaiannya:

Langkah 1: Memahami masalah

Mencari nombor bulat yang tepat apabila dua nombor bulat yang

boleh menghasilkan jumlah 11 dan hasil darabnya 28

Apakah dua nombor bulat tersebut ?

Langkah 2: Merancang strategi

Menyenaraikan secara rawak nombor-nombor bulat yang dapat

menghasilkan jumlah 11 dan apabila hasil darabnya 28

11 = 1 + 10 1 × 10 = 10

11 = 2 + 9 2 × 9 = 18

11 = 3 + 8 3 × 8 = 24

11 = 4 + 7 4 × 7 = 28

11 = 5 + 6 5 × 6 = 30

Page 5: Masalah Rutin Dan Bukan Rutin

Langkah 3: Melaksanakan strategi

Gariskan jalan penyelesaian yang dapat menghasilkan jumlah 11

dan hasil darabnya 28

11 = 1 + 10 1 × 10 = 10

11 = 2 + 9 2 × 9 = 18

11 = 3 + 8 3 × 8 = 24

11 = 4 + 7 4 × 7 = 28

11 = 5 + 6 5 × 6 = 30

Dua nombor bulat tersebut ialah 4 dan 7

Kaedah penyelesaian masalah ketiga : MENJALANKAN

EKSPERIMAN

Penyelesaiannya:

Masalah: Apakah nombor bulat yang berlainan jika di jumlahkan

hasilnya mendapat 11 dan apabila di darabkan menghasilkan 28.

Cara penyelesaian:

Menyenaraikan hasil tambah dua nombor bulat yang dapat menjadi

11

11 = 1 + 10, 2 + 9, 3 + 8, 4 + 7, 5 + 6

Menyenaraikan hasil darab dua nombor bulat yang dapat

menghasilkan hasil darabnya 28

28 = 1 × 28, 2 × 14, 4 × 7

Page 6: Masalah Rutin Dan Bukan Rutin

Berdasarkan penyiasatan di atas 4 dan 7 adalah nombor- nombor

bulat yang dicari kerana ( 4 + 7 = 11) dan ( 4 × 7 = 28)

JUSTIFIKASI

STRATEGI YANG TERBAIK( KERJA SECARA SONGSANG )

Dengan menggunakan strategi ini, saya dapat menyelesaikan

masalah dengan mudah dan cepat.

Dengan cara ini juga, ianya dapat menolong pelajar menyelesaikan

masalah dengan masa yang singkat dan tepat.

Dalam proses penyelesaian masalah khususnya dalam matematik

boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara pendekatan penyelesaian

masalah.

SOALAN LANJUTAN BERDASARKAN STRATEGI YANG DIPILIH

DI SOALAN SATU( KERJA SECARA SONGSANG)

1) Jika tiga nombor bulat berturutan yang hasil tambahnya ialah 15 dan

apabila didarabkan hasil darabnya 120, carikan apakah nombor-

nombor tersebut.

Cara penyelesaian : Syarat-syarat akhir :(1) Jumlah tiga nombor bulat itu =

15 (2) Hasil darab tiga nombor

bulat itu = 120

Mula dengan syarat (1) dan senaraikan semua pasangan nombor bulat

yang hasil tambahnya ialah 15.

15 = 1 + 5 + 9

Page 7: Masalah Rutin Dan Bukan Rutin

15 = 2 + 5 + 8

15 = 3 + 5 + 7

15 = 4 + 5 + 6

Kita perhatikan di mana nombor bulat yang digariskan diatas adalah

nombor yang berturutan dan apabila ditambahkan ketiga-tiga nombor

tersebut hasilnya [15 = 4 + 5 + 6] dan apabila didarabkan hasil

darabnya [120= 4 × 5 × 6] .Oleh itu, nombor-nombor bulat yang

dikehendaki ialah 4, 5 dan 6 .

SOALAN BUKAN RUTIN YANG KEDUA

2) Encik Naim adalah seorang penjual buah manggis. Digerainya

terdapat 600 biji buah manggis. Abu telah membeli 40 biji buah

tersebut dan anaknya telah mengambil 80 biji dan membawanya

pulang. Selepas itu, Encik Naim telah membuang 50 biji kerana

rosak. Keesokan harinya, beliau telah menambah stok buah manggis

tersebut 60 biji. Berapakah bilangan buah yang ada digerainya ?

Cara penyelesaiannya:

Page 8: Masalah Rutin Dan Bukan Rutin

Kaedah penyelesaian masalah pertama: KAEDAH MELAKONKAN

MASALAH

Langkah 1: Memahami Masalah

Terdapat 600 biji buah manggis di kedai Encik Naim

Abu membeli 40 biji dan anaknya telah mengambil 80 biji

50 biji telah dibuang dan Encik Naim telah menambah buah yang

baru sebanyak 60 biji.

Langkah 2 : Merancang Strategi

Kaedah penyelesaian masalah :

Pelakon-pelakon: Encik Naim, Abu, anak Encik Naim .

Manggis kertas: 600 biji manggis kertas diperlukan

1 manggis kertas mewakili 10 biji manggis

Tolakkan 600 dengan hasil tambah 40 dan 80. Selepas itu, jawapan

tersebut ditolak dengan 50 dan hasilnya ditambah dengan 60.

Langkah 3 : Melaksanakan Strategi

Daripada analisis yang telah dibuat buah yang asal iaitu 600 telah

ditolak dengan hasil tambah 40 dan 80. Kemudian jawapan tersebut

ditolak pula dengan 50 dan hasilnya ditambah dengan 60.

Daripada jumlah hasil tambah dan tolak diatas telah menghasilkan

jawapan buah manggis yang tinggal adalah 490 biji.

Pengiraan:

[ 600 biji manggis –(40 biji + 80 biji) ]

Page 9: Masalah Rutin Dan Bukan Rutin

600 biji – 120 biji = 480 biji

480 biji – 50 biji = 430 biji

430 biji + 60 biji = 490 biji

Langkah 4 : Menyemak Semula

Adakah jawapan yang dinyatakan 490 biji manggis munasabah atau

tidak ?

Adakah pengiraan diatas tepat ? ( semak )

Semak jawapan yang diperolehi, sekiranya sama dengan jumlah asal

maka jawapan itu betul.

Pengiraan semula

490 biji + 50 biji – 60 biji = 480 biji

480 biji + 120 biji = 600 biji

Kaedah penyelesaian masalah kedua: MEMUDAHKAN MASALAH

Penyelesaiannya:

Langkah 1: MEMAHAMI MASALAH

Bilangan buah manggis 600 biji

Buah tersebut telah dibeli oleh Abu sebanyak 40 biji dan anaknya

telah mengambil 80 biji.

50 biji telah dibuang dan ditambah semula dengan 60 biji

Page 10: Masalah Rutin Dan Bukan Rutin

Langkah 2 : Merancang Strategi

600 biji manggis ditolakkan sebanyak 40 biji. Kemudian baki

tersebut ditolakkan sebanyak 80 biji lagi.

Baki daripada proses diatas ditolak pula dengan 50 biji dan

ditambah sebanyak 60 biji

Langkah 3 : Melaksanakan Strategi

( A ) 600 – 40

= 560 – 80

= 480

480 – 50

= 430 + 60

JUMLAH = 490 biji

Langkah 4 : Semak Semula

Adakah jawapan yang dinyatakan 490 biji manggis munasabah atau

tidak ?

Adakah pengiraan diatas tepat ? ( semak )

Semak jawapan yang diperolehi, sekiranya sama dengan jumlah asal

maka jawapan itu betul.

Page 11: Masalah Rutin Dan Bukan Rutin

Pengiraan semula

490 biji + 50 biji – 60 biji = 480 biji

480 biji + 120 biji = 600 biji

Kaedah penyelesaian masalah ketiga: MEMBINA JADUAL

Penyelesaiannya:

Langkah 1: Memahami Masalah

Encik Naim mempunyai 600 biji manggis

Page 12: Masalah Rutin Dan Bukan Rutin

40 biji telah dibeli oleh Abu dan anaknya(Encik Naim) mengambil 80

biji

Kemudian 50 biji telah dibuang kerana rosak dan ditambah pula

selepas itu sebanyak 60 biji.

Berapa biji yang tinggal ?

Langkah 2 : Merancang Strategi

Cara penyelesaian masalah:

1. Apa yang telah diberi ? = jumlah buah manggis

2. Apa yang hendak dicari ? = jumah buah manggis yang tinggal

digerai Encik Naim

3. Apakah operasi yang perlu digunakan ? = operasi penambahan

dan operasi penolakan

Jumlah 600 ditolakkan dengan hasil tambah 40 dan 80. Kemudian

jawapan yang diperolehi ditolak pula dengan 50 dan hasilnya

ditambah dengan 60.

Langkah 3 : Melaksanakan Strategi/Pelan

Jumlah asal

buah

manggis

Bilangan

manggis

yang dibeli

dan diambil

Bilangan

manggis

yang di

buang

kerana

rosak

Bilangan

manggis

yang

ditambah

Jumlah

buah

manggis

yang

tinggal

600 biji 40 biji + 80

biji

50 biji 60 biji 490 biji

Jumlah buah manggis yang tinggal = 490 biji

Page 13: Masalah Rutin Dan Bukan Rutin

Langkah 4 : semak semula

Adakah jawapan yang dinyatakan 490 biji manggis munasabah atau

tidak ?

Adakah pengiraan diatas tepat ? ( semak )

Semak jawapan yang diperolehi, sekiranya sama dengan jumlah asal

maka jawapan itu betul.

Pengiraan semula

490 biji + 50 biji – 60 biji = 480 biji

480 biji + 120 biji = 600 biji

JUSTIFIKASI

STRATEGI YANG TERBAIK ( MEMUDAHKAN MASALAH )

Dengan menggunakan kaedah ini, saya dapat melihat lebih jelas apa

yang dikehendaki soalan.

Dengan cara ini, seseorang pelajar dapat menyelesaikan sesuatu

masalah dengan cara sistematik. Cara ini juga mudah difahami

kerana menggunakan ayat matematik.

Page 14: Masalah Rutin Dan Bukan Rutin

SOALAN LANJUTAN BERDASARKAN STRATEGI YANG DIPILIH

DI SOALAN DUA( MEMUDAHKAN MASALAH)

1. Encik Naim dibekalkan oleh pengedar buah manggis sebanyak 900

biji. Beliau menjual 2/3 daripada buah itu dijual kepada Ali. Baki

darripada jumlah tersebut, Encik Naim makan dan mendermakannya

kepada rumah kebajikan. Jika jumlah manggis yang didermakan itu

2 kali ganda daripada jumlah yang dimakan, carikan jumlah manggis

yang didermakan tersebut ?

Penyelesaiannya:

Langkah 1: Memahami Masalah

Bilangan buah manggis yang dibekalkan kepada Encik Naim iaitu

900 biji

2/3 daripada buah tersebut dijual kepada Ali

Baki daripada buah tersebut dimakan olehnya dan 2 kali ganda

didermakan kepada rumah kebajikan.

Langkah 2 : Merancang Strategi

900 didarabkan dengan 2/3 daripada buah tersebut.

Baki daripada jumlah tersebut dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu

2 kali ganda untuk derma dan selebihnya dimakan.

Page 15: Masalah Rutin Dan Bukan Rutin

Langkah 3 : Melaksanakan Strategi/Pelan

2/3 × 900 = 600

= 900 – 600

= 300

2 bahagian derma = 1 bahagian makan

Jumlah = 3 bahagian

= 300 ÷ 3

= 100

2 bahagian derma = 100 × 2

= 200 biji yang didermakan

Langkah 4 : Semak Semula

Adakah jawapan yang dinyatakan 200 biji manggis munasabah atau

tidak ?

Adakah pengiraan diatas tepat ? ( semak )

Semak jawapan yang diperolehi, sekiranya sama dengan jumlah asal

maka jawapan itu betul.

Page 16: Masalah Rutin Dan Bukan Rutin

SOALAN BUKAN RUTIN YANG KETIGA

3) Afif pergi ke kedai runcit bersama kakaknya. Di dalam kedai

tersebut mereka telah membeli satu balang coklat yang mempunyai

150 biji di dalamnya. Ketika dalam perjalanan pulang, 25 biji coklat

telah jatuh. Apabila sampai dirumah mereka telah membahagikan

sama rata coklat itu antara mereka dengan 3 orang adik mereka

yang lain. Berapakah jumlah coklat yang akan diperolehi setiap

orang ?

Cara Penyelesaiannya :

Kaedah penyelesaian masalah pertama : MEMBINA JADUAL

Penyelesaian:

Langkah 1: Memahami Masalah

Afif dan kakaknya telah membeli 150 biji coklat

25 biji daripada coklat tersebut telah jatuh

Kemudian mereka membahagikan coklat itu antara mereka dan 3

orang adik mereka yang lain.

Berapakah jumlah coklat setiap orang akan dapat ?

Langkah 2 : Merancang Strategi/Pelan

Page 17: Masalah Rutin Dan Bukan Rutin

Menyenaraikan semua item yang terlibat serta bilangannya dalam

jadual

Strategi menyelesaikan masalah :

a) Apa yang telah dibeli ? = jumlah coklat

b) Apa yang hendak dicari ? = jumlah coklat yang akan diterima

setiap orang daripada mereka

c) Apakah operasi yang perlu digunakan ? = menggunakan operasi

penolakan dan pembahagian

150 biji ditolak dengan 25 biji dan hasilnya akan dibahagi kepada 5

orang

Langkah 3 : Melaksanakan Strategi/Pelan

Jumlah coklat yang ada

dalam balang

Bilangan coklat yang

jatuh

Jumlah coklat yang

akan diperolehi setiap

daripada mereka

150 25 Afif ( 25 )

Kakak ( 25 )

Adik 1 ( 25 )

Adil 2 ( 25 )

Adik 3 ( 25 )

Jumlah coklat yang akan diperolehi setiap orang sebanyak 25 biji

coklat

Langkah 4 : Semak Semula

Adakah jawapan sebanyak 10 biji adalah munsabah atau tidak ?

Adakah semua pengiraan tepat ? ( semak )

Buat pengiraan untuk mendapatkan jumlah coklat yang asal

[ ( 25 biji × 5 ) + 25 = 150 biji coklat

Page 18: Masalah Rutin Dan Bukan Rutin

Jawapan adalah benar dan tepat

Kaedah penyelasaian masalah kedua: MENGGUNAKAN GAMBAR

RAJAH

Penyelesaian:

Langkah 1: Memahami Masalah

Afif dan kakaknya telah membeli 150 biji coklat di kedai runcit

25 biji daripada coklat tersebut telah jatuh

Kemudian mereka membahagikan coklat itu antara mereka dan 3

orang adik mereka yang lain.

Berapakah jumlah coklat setiap orang akan dapat ?

Langkah 2 : merancang strategi

Lakarkan bentuk bujur pada kertas sebagai mewakili coklat

5 individu diwakili dengan menggunakan lukisan empat segi

Tolakkan 150 biji dengan 25 biji

Hasil daripada jawapan tersebut dibahagikan kepada 5 orang

Lihat rajah di bawah :

Rajah (a) Rajah (b) Rajah (c)

Page 19: Masalah Rutin Dan Bukan Rutin

- ÷

Langkah 3 : Melaksanakan Strategi

Daripada rajah (a) ialah jumlah asal/keseluruhan coklat iaitu 150 biji

Kemudian rajah (b) ialah bilangan coklat yang terjatuh iaitu 25 biji

Seterusnya rajah (c) pula ialah jumlah biji coklat yang perlu

dibahagikan kepada 5 orang.

Akhir sekali, setelah dibahagi kepada 5 orang maka setiap orang

mendapat 25 biji seorang

Cara pengiraan :

150 biji – 25 biji = 125 biji

125 biji ÷ 5 orang = 25 biji

Langkah 4 : Semak Semula

Adakah jawapan sebanyak 10 biji adalah munsabah atau tidak ?

Adakah semua pengiraan tepat ? ( semak )

Buat pengiraan untuk mendapatkan jumlah coklat yang asal

[ ( 25 biji × 5 ) + 25 = 150 biji coklat

150 biji coklat

25 biji coklat

Page 20: Masalah Rutin Dan Bukan Rutin

Jawapan adalah tepat

Kaedah penyelesaian masalah ketiga: MEMUDAHKAN MASALAH

Penyelesaian:

Langkah 1: Memahami Masalah

Afif dan kakaknya membeli coklat yang mempunyai 150 biji dikedai

runcit

25 biji daripada coklat tersebut telah jatuh

Sampai di rumah, mereka membahagikan coklat tersebut secara

sama rata dengan 3 orang adik mereka yang lain.

Langkah 2 : Merancang Strategi/Pelan

150 biji coklat tersebut ditolak dengan 25 biji yang jatuh

Kemudian baki coklat tersebut dibahagikan kepada mereka dan 3

orang adiknya

Langkah 3 : Melaksanakan Strategi/Pelan

Cara pengiraan :

Page 21: Masalah Rutin Dan Bukan Rutin

150 – 25

= 125

125 ÷ 5

= 25 biji coklat

Langkah 4 : Semak Semula

Adakah jawapan sebanyak 25 biji coklat betul ?

Adakah semua pengiraan betul ? ( semak )

Kira supaya jumlah asal coklat dapat dihasilkan

(25 biji × 5 orang) + 25 biji = 150 biji coklat

Jawapan adalah benar

JUSTIFIKASI

STRATEGI YANG TERBAIK ( MEMBINA JADUAL )

Dengan menggunakan cara ini, ianya membolehkan maklumat

menjadi tersusun dan teratur agar maklumat dapat dilihat

dengan cepat dan mudah.

Dengan cara ini juga, seseorang pelajar dapat meringkaskan

maklumat yang diberi ke dalam bentuk maklumat yang tersusun

dalam satu jadual.

SOALAN LANJUTAN BERDASARKAN STRATEGI YANG DIPILIH

DI SOALAN TIGA( MEMBINA JADUAL)

Page 22: Masalah Rutin Dan Bukan Rutin

1) Muhd membeli lima helai baju sukan yang berharga RM 50 sehelai

dan tiga helai kain sarung yang berharga RM 25.59 sehelai serta

sepasang kasut berharga RM 65. Berapakah jumlah harga barang

yang perlu dibayar oleh Muhd?

Penyelesaiannya:

Langkah 1: Memahami Masalah

Muhd membeli lima helai baju sukan berharga RM 50 sehelai

Tiga helai kain sarung RM 25.59 sehelai

Kemudian dia membeli sepasang kasut berharga RM 65

Berapakah jumlah yang perlu dibayar ?

Langkah 2 : Merancang Strategi/Pelan

Senaraikan semua item, bilangannya dalam semua jadual

Kos sehelai baju sukan RM 50 × 5 helai

Kos sehelai kain sarung RM 25.59 × 3 helai

Sepasang kasut RM 65 × 1 sepasang

Kira semua kos barang-barang tersebut

LANGKAH 3 : MELAKSANAKAN STRATEGI/PELAN

Bilangan Perkara Kos seunit Jumlah kos

5 Baju sukan RM 50 RM 250

Page 23: Masalah Rutin Dan Bukan Rutin

3 Kain sarung RM 25.59 RM 76.77

1 kasut RM 65 RM 65

JUMLAH BESAR RM 391.77

Jumlah yang perlu dibayar ialah RM 391.77

Langkah 4 : Semak Semula

Adakah jawapan yang dinyatakan munasabah ?

Semak semula pengiraan jumlah kos dan wang balik mesti

bersamaan dengan RM 391.77

50 × 5, 25.59 × 3, 65 × 1 = RM 50 × 5 + RM 25.59 × 3 + RM 65 × 1

= RM 391.77