peraturan dan polisi keluarga islam

38
PERATURAN DAN POLISI UNDANG -UNDANG KELUARGA ISLAM

Upload: shuhada-shaari

Post on 20-Jan-2015

617 views

Category:

Education


8 download

DESCRIPTION

Peraturan dan polisi keluarga islam :D

TRANSCRIPT

PERATURAN DAN POLISI UNDANG -UNDANG

KELUARGAISLAM

• Peraturan ialah perkara-perkara yang harus dipatuhi menurut kamus dewan bahasa dan pustaka.

MAKSUD PERATURAN

•Dewan Bahasa dan Pustaka (1997) menyatakan bahawa dasar atau polisi ialah bahagian terpenting, faktor terpenting, paling asas atau pokok.

•Berdasarkan pada kenyataan Dewan Bahasa Dan Pustaka di atas, maka dapat dikatakan dasar ialah asas dan bahagian terpenting dalam sistem pendidikan.

MAKSUD POLISI

POLISI-POLISI

Perkahwinan

Hak penjagaan

anak

Pembahagian harta pusaka

Nafkah bagi isteri dan

anak-anak islam

Penceraian

PERKAHWINAN

PENDAFTAR PERKAHWINAN

• Akta/Enakmen Undang-undang Keluarga Islam menetapkan prosedur yang perlu dipatuhi bagi sesuatu perkahwinan, dengan membuat permohonan kepada pendaftar dan sesuatu perkahwinan yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan tidak boleh didaftar.

• Satu pindaan telah dibuat dengan menjadikan satu seksyen bagi membolehkan perkahwinan tersebut didaftar setelah membayar denda yang ditetapkan oleh mahkamah.

Seksyen 11 menyatakan:• “Sesuatu perkahwinan adalah tidak sah melainkan jika cukup

semua syarat yang perlu, menurut Hukum Syarak, untuk menjadikannya sah.”

Wali

• Seksyen 7(1) menyatakan tentang orang-orang yang boleh mengakad nikah sesuatu perkahwinan

• Wali di hadapan Pendaftar;• Wakil wali dihadapan dan dengan

kebenaran Pendaftar • Pendaftar sebagai wakil wali

Larangan Perkahwinan

•Seksyen 9(1) menyatakan tentang pertalian kekeluargaan, nasab yang dilarang berkahwin.

•Seksyen 9(2) pula menyatakan tentang larangan perkahwinan oleh sebab pertalian perkahwinan atau musaharah.

•Seksyen 9(3) menyatakan seseorang lelaki dan perempuan tidak boleh berkahwin dengan sebab susuan.

•Seksyen 9(4) tegahan berkahwin ke atas seseorang lelaki yang beristeri mempunyai isteri pada suatu masa jika isteri-isteri ini ada pertalian nasab.

• Seksyen 14(1) menyatakan: Tiada seorang perempuan boleh dalam masa perkahwinannya dengan seseorang lelaki berterusan berkahwin dengan lelaki lain.

• Seksyen 21(1) menyatakan: Mas kahwin hendaklah dibayar oleh pihak lelaki atau wakilnya kepada pihak perempuan atau wakilnya dihadapan orang ramai dan ada sekurang-kurangnya dua orang saksi.

• Seksyen 23 menyatakan dengan panjang mengenai poligami.

PENCERAIAN

Penceraian• Penceraian atau pembubaran

perkahwinan pada dasarnya terletak pada suami dan dalam keadaan tertentu pada mahkamah. Akta/ Enakmen menetukan pencaturan bagi penceraian dan tidak boleh dilakukan sesuka hati.

• Perkahwinan boleh dibubarkan dengan cara seperti (i)Talak, (ii)Khuluk, (iii)Cerai Taklik; dan (iv)Fasakh.

Seksyen 47 menyatakan antara lain:• “(i) Seseorang suami atau seseorang isteri

yang hendak bercerai hendaklah menyediakan satu permohonan untuk penceraian kepada mahkamah dalam borang yang ditetapkan.”

• Dalam seksyen ini dinyatakan aturan-aturan yang perlu diikuti bagi sesuatu permohonan penceraian. Suami tidak boleh sesuka hati melafazkan cerai kecuali setelah mendapat kebenaran daripada mahkamah.

Seksyen 49(1) menyatakan:

• “Jika suami tidak bersetuju menjatuhkan talak dengan kerelaannya sendiri, tetapi pihak –pihak itu bersetuju bercerai dengan cara penebusan atau cerai tebus talak, mahkamah hendaklah selepas jumlah bayaran tebus talak dipersetujui oleh pihak itu, mengarahkan suami itu melafazkan penceraian dengan cara penebusan.”

Seksyen 49(4) menyatakan:

• “Jika suami tidak bersetuju bercerai dengan cara penebusan atau tidak hadir di mahkamah sebagaimana diarahkan, atau jika mahkamah berpendapat bahawa ada kemungkinan munasabah bagi sesuatu perdamaian, mahkamah hendaklah melantik satu jawatankuasa perdamaian sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 47 dan seksyen itu hendaklah dipakai.”

Fasakh

• Seseorang perempuan yang berkahwin di bawah Hukum Syarak berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau fasakh, atas satu atau lebih daripada alasan-alasan yang dinyatakan dalam seksyen 52. Antara alasan yang boleh dinyatakan ialah, suaminya menganianyanya [seksyen 52(1)(b)].

Rujuk

• Seksyen 51 menyatakan perkara-perkara berkenaan dengan “hidup semula sebagai suami isteri atau rujuk. Ini boleh berlaku pada talak satu atau talak dua yang tidak diikuti dengan habis eddah.

NAFKAH BAGI ISTERI DAN ANAK-ANAK

DALAM ISLAM

Nafkah

• Nafkah ialah tanggungjawab suami atau ayah keatas tangunggannya iaitu isteri dan anak (termasuk ibu bapa yang tidak upaya). Wajib dalam tempoh ikatan perkahwinan dan selepas berlaku penceraian, kecuali penceraian atas sebab nusyuz isteri [Sek. 59(2)].

“Seksyen 59(1) membuat peruntukan berikut: Tertakluk kepada Hukum Syarak, mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya.”

• Manakala seksyen 61 pula membuat peruntukan dalam menentukan jumlah sesuatu nafkah yang hendak dibayar dan mahkamah hendaklah mengasaskan pentaksirannya atas kemampuan dan keperluan pihak-pihak itu dengan mengira kadar nafkah itu berbanding dengan pendapatan orang-orang terhadapnya perintah itu dibuat.

Seksyen 72(1) menyebut sebagai:

• “ Adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang merubah memandang kepada kemajuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya.”

• “Jika seseorang itu enggan atau cuai dalam melaksanakan tanggungjawab memberi nafkah, mahkamah boleh pada bila-bila masa memerintahkan lelaki itu membayar nafkah untuk faedah mana-mana anaknya [Seksyen 72(1)]

HAK PENJAGAAN ANAK

Hadhanah ialah menjaga dan mendidik kanak-kanak yang masih kecil dalam semua hal kehidupan sehingga umur tertentu oleh seseorang yang berhak dan bertanggungjawab ke atasnya sama ada dari kaum kerabat atau mahramnya. Hadhanah meliputi menjaga, memimpin dan mengatur segala hal ehwal kanak-kanak tersebut.

Menurut Seksyen 82 Enakmen Undang

undang Keluarga Islam Selangor (EUKIS)

2003,

“ibu adalah yang paling berhak berbanding segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.”

• Namun begitu hak hadhanah yang diberikan kepada ibu boleh terlucut sekiranya si ibu tidak memenuhi salah satu syarat sepertimana berikut : “Dan syarat-syarat hadhanah itu tujuh perkara iaitu berakal, merdeka, beragama, lemah lembut, amanah, tidak bersuami dan bermukim. Sekiranya kurang salah satu syarat itu maka gugurlah hak hadhanah itu.”

• Sejajar dengan peruntukan 83 EUKIS

Islam telah menetapkan susunan tertentu bagi seseorang penjaga kanak -kanak supaya  penjagaan kanak-kanak akan lebih terjamin, kebajikan dan keselamatan mereka juga akan terbela. Susunan penjaga yang ditetapkan ialah :

• Ibu• Nenek sebelah ibu hingga ke atas;• bapa;• Nenek sebelah bapa hingga ke atas;• Kakak atau adik perempuan seibu sebapa;• Kakak atau adik perempuan seibu;• Kakak atau adik perempuan sebapa;• Anak perempuan daripada kakak atau adik perempuan seibu sebapa;• Anak perempuan daripada kakak atau adik seibu;• Anak perempuan daripada kakak atau adik perempuan sebapa;• Emak saudara sebelah ibu;• Emak saudara sebelah bapa;• Waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai asabah.

Susunan penjaga ini adalah sesuai dan

selaras dengan apa yang terkandung di

dalam Akta Undang-undang Keluarga Islam

(Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 di

dalam Seksyen 81.

• Menurut Seksyen 84 (1) Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, dianggap belum mumaiyiz bagi kanak-kanak lelaki ialah dari bayi hingga berumur enam tahun.

• Manakala kanak-kanak perempuan pula dari bayi hingga berumur lapan tahun.

• Ini bermakna kanak-kanak lelaki yang telah berumur tujuh tahun dan kanak-kanak perempuan yang telah mencapai umur sembilan tahun dianggap mumaiyiz.

• Walau bagaimanapun dalam Seksyen 84 (2) keputusan yang dibuat oleh anak tidak mutlak kerana Mahkamah boleh memerintahkan keputusan yang berlawanan dengan pilihan anak.

• Walaupun berlaku perceraian, hubungan di antara anak dengan ibu dan bapanya tidak terputus.

• Hubungan itu kekal sebagaimana kekalnya tanggungjawab bapa memberi nafkah kepada anaknya walaupun bapa tidak mendapat hak penjagaan anak tersebut.

• Ini termaktub dalam Seksyen 72 EUKIS. Nafkah termasuklah menyediakan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, pelajaran dan apa-apa keperluan anak tersebut.

PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

• Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak.

• Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan.

• Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya.

• Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu, dan lain-lain), menurut hukum Islam.

• Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dan lain-lain) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta). Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:

Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara

Faraid ialah: • 1. Tanah • 2. Bangunan (rumah). • 3. Barang kemas (emas, perak dll). • 4. Insurans dan Wang tunai (sama ada

dilaburkan atau tidak). • 5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu,

unta, kerbau dll.

Contohnya peruntukan yang terdapat dalam Akta Pusaka Kecil

(Pembahagian ) 1955 (Akta 98).

Seksyen 12(7) Akta 98 memperuntukkan bahawa pembahagian

harta pusaka si mati hendaklah mengikut undang-undang terpakai

kepadanya. Ini bermakna bagi orang Islam, pembahagian hartanya

hendaklah mengikut Hukum Faraid.

Seksyen 12(7):

“Pemungut hendaklah menentukan, dalam apa cara yang paling

sesuai, undang-undang yang terpakai kepada penurunan harta

pusaka si mati, dan hendaklah memutuskan siapa mengikut

undang-undang itu adalah benefisiari-benefisiari dan kadar syer

dan kepentingan masing-masing”.

Cara pengambilan harta pusaka

• 1. Ashabul-Furud Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.

2. Asabah • Merupakan golongan yang akan terima baki

setelah semua golongan (1) mendapat bahagian golongan asabah. Terdapat 3 jenis asabah iaitu:

• (a) Asabah Binafsih • (b) Asabah Bil Ghoir • (c) Asabah Maal Ghoir.

(a) Asabah Binafsih • Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi

semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang lelaki, tidak bersebab atau beserta orang lain. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki anak lelaki, saudara lelaki kandung, saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki kandung, anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung, bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung dan anak lelaki bapa saudara sebapa.

(b) Asabah Bil Ghoir • Pembahagian pusaka dengan jalan

menghabiskan semua harta, atau pengambilan semua baki untuk semua perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain. Terdiri daripada 4 orang iaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara kandung perempuan atau lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan.

(c) Asabah Maal Ghoir • Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi

semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang perempuan sebab beserta orang perempuan lain. Terdiri daripada 2 orang perempuan iaitu: saudara perempuan kandung dan saudara perempuan sebapa (berkongsi dengan anak atau cucu perempuan).

3. Dhawil-Arham • Golongan ini akan menggantikan golongan (1) dan (2) setelah kedua-duanya

tiada kecuali suami atau isteri tidak menghalang golongan ini mengambil bahagian harta.

(a) Hijab Nuqshon • Terhalang dengan mengurangi pembahagian ahli waris dari menerima

pembahagian Ashabul-Furud yang lebih banyak menjadi lebih sedikit, kerana masih ada ahli waris lain yang bersama-samanya. Seperti suami dari menerima setengah menjadi seperempat kerana ada anak atau cucu.

(b) Hijab Hirman • Terhalang dengan tidak menerima pembahagian pusaka sama sekali kerana

masih terdapat ahli waris yang lebih dekat hubungannya dengan yang mati yang lebih berhak untuk menerima harta pusaka. Misalnya saudara lelaki sebapa terhalang kerana adanya saudara lelaki kandung dan datuk terhalang sebab adanya bapa.