polisi pemberian maklumat

12
POLISI PEMBERIAN MAKLUMAT (Versi Jun 2021)

Upload: others

Post on 11-Nov-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: POLISI PEMBERIAN MAKLUMAT

POLISI PEMBERIAN MAKLUMAT

(Versi Jun 2021)

Page 2: POLISI PEMBERIAN MAKLUMAT

KERAHSIAAN

Dokumen ini adalah hak milik HLBB / HLISB. Tidak ada bahagian di dalam dokumen ini yang boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sebarang bentuk apa pun atau dengan cara apa pun, sama ada secara mekanikal, elektronik, fotokopi atau rakaman tanpa kebenaran bertulis daripada pihak pengurusan HLBB / HLISB.

Page 3: POLISI PEMBERIAN MAKLUMAT

KANDUNGAN

MUKASURAT 04

MUKASURAT 09

TUJUAN

MUKASURAT 05 SKOP

MUKASURAT 06 KENYATAAN POLISI

PRINSIP-PRINSIP

MUKASURAT 08 PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT

MUKASURAT 10

PENDEDAHAN MAKLUMAT PERIBADI

PENGLIBATAN PEMBERI MAKLUMAT DALAM PENYIASATAN

RUJUKAN

MUKASURAT 07 PROSEDUR

BORANG PEMBERI MAKLUMAT

Page 4: POLISI PEMBERIAN MAKLUMAT

1. TUJUAN

Bagi menyediakan satu kaedah kepada semua pekerja Hong Leong Bank Group (“HLBG” atau “Bank”), dan mana-mana orang (perundangan atau sebenar) termasuk mereka yang menyediakan perkhidmatan kepada, atau mempunyai hubungan perniagaan dengan Bank, untuk mendedahkan kembimbangan berasas tentang apa-apa kelakuan tidak wajar atau salah laku (“Kelakuan Tidak Wajar”) yang melibatkan Bank dan/atau pekerja dan rakan perniagaan kami menerusi saluran pemberian maklumat HLBG secara sulit.

4.

Page 5: POLISI PEMBERIAN MAKLUMAT

2. SKOP

2.1 Polisi Pemberian Maklumat ini terpakai kepada kakitangan:-

a.

b. c. d.

2.2

Hong Leong Bank Berhad (“HLBB”), termasuk Cawangan Luar Negara HLBB [iaitu Cawangan Hong Leong Bank Bhd Singapore (“HLBS”), Cawangan Hong Leong Bank Bhd Hong Kong (“HLBHK”), dan Cawangan Hong Leong Bank Bhd Labuan International (“HLBLIB”)];Hong Leong Islamic Bank Berhad (“HLISB”);Hong Leong Bank Vietnam Ltd (“HLBVN”); danHong Leong Bank Cambodia PLC (“HLBCAM”),

Dalam kes cawangan dan anak syarikat bank di luar negara, syarat yang lebih ketat berbanding Polisi ini dan yang dikeluarkan oleh badan pengawal selia tempatan berkenaan hendaklah diguna pakai. Sekiranya Polisi ini lebih ketat dan tidak dapat dipatuhi, alasan untuk ketidakpatuhan mesti diterima oleh Pemilik Polisi, dan variasi terhadap Polisi ini adalah tertakluk kepada persetujuan oleh Pemilik Polisi.

Berikut adalah senarai orang yang boleh menyalurkan kebimbangan yang berasas mengenai sebarang Kelakuan Tidak Wajar melalui saluran pemberitahuan maklumat HLBG:Mana-mana pekerja atau pengarah HLBG; danMana-mana orang (perundangan atau sebenar), termasuk mereka yang memberikan perkhidmatan kepada, atau mempunyai hubungan perniagaan dengan, HLBG.

semuanya dirujuk sebagai Hong Leong Bank Group (“HLBG” atau “Bank”)

5.

2.3

a.b.

Page 6: POLISI PEMBERIAN MAKLUMAT

Salah satu nilai asas Bank ialah kami ‘Di sini untuk Jangka Masa Panjang’ atau ‘Here for the Long Term’. Demi mendukung nilai ini, Bank sentiasa komited terhadap tahap profesionalisme dan etika yang tinggi dalam setiap amalan perniagaan dan aktiviti profesional kami seperti mana yang telah ditetapkan di dalam Kod Tatalaku & Etika (“Kod”) HLBG. Semua pekerja digalakkan untuk menyuarakan kebimbangan berasas mengenai apa-apa Kelakuan Tidak Wajar yang berlaku atau berpotensi untuk berlaku yang boleh menjejaskan aspirasi ini dan akhirnya berpotensi untuk mencemarkan reputasi serta kedudukan Bank di dalam komuniti. Kebimbangan yang berasas ini harus diajukan seawal mungkin dan dengan cara yang tepat, melalui saluran yang tersedia yang disediakan di bawah Polisi Pemberian Maklumat ini atau mengikuti proses pelaporan dalaman seperti yang diperuntukkan di bawah Polisi dalam Jabatan Pematuhan HLBG.

4. PRINSIP-PRINSIP

3. KENYATAAN POLISI

6.

Anda mesti bersuara jika anda menyaksikan atau diarahkan secara tidak wajar atau dinasihatkan untuk mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang atau tidak beretika, termasuk salah laku oleh pihak ketiga (seperti pelanggan, pembekal atau rakan perniagaan).

Laporan anda akan ditangani dengan sulit dan hanya dikongsi sekiranya perlu, sebagai contoh dengan orang yang terlibat dalam penyiasatan, penyelesaian, atau perungkaian isu.

4.1

4.2

Page 7: POLISI PEMBERIAN MAKLUMAT

b.c.

Apa-apa pendedahan mengenai Kelakuan Tidak Wajar yang melibatkan Bank hendaklah diadukan kepada mana-mana orang yang dilantik menerusi saluran komunikasi seperti yang telah ditetapkan di bawah (Saluran pemberian maklumat HLBG):

ATAU

Y Bhg Dato’ Nicholas John Lough @ Sharif Lough bin AbdullahPengarah Hong Leong Bank Berhad Aras 6, Menara Hong Leong,No 6, Jalan Damanlela, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur.

[email protected]

ATAU

Puan Rowina Ghazali SethPengarah Hong Leong Islamic Bank BerhadAras 6, Menara Hong Leong, No 6, Jalan Damanlela, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur.

[email protected]

Hong Leong Islamic Bank Berhad (HLISB) Sahaja

5. PROSEDUR 7.

Kebimbangan yang boleh disalurkan melalui saluran pemberian maklumat ini haruslah kebimbangan yang berasas mengenai Kelakuan Tidak Wajar yang boleh memberi kesan buruk terhadap Bank termasuklah, tetapi tidak terhad kepada:

a. Apa-apa kesalahan membabitkan integriti/ kejujuran ataujenayah, termasuk penipuan, pencurian, pecah amanah, penyelewengan,rasuah dan ugutan;Apa-apa kegagalan untuk mematuhi undang-undang, keperluan peraturan;Pelanggaran Polisi, Prosedur dan Standard Bank;Sebarang kelakuan tidak wajar yang boleh menjadi kesalahantatatertib; atauSebarang penyelewengan terhadap urusan syarikat.Harap maklum bahawa sebarang keluhan yang berkaitan denganperibadi atau yang berkaitan dengan pekerjaan anda perlumengajukannya melalui saluran Jabatan Sumber Manusia (HR) danbukan melalui Polisi Pemberitahuan Maklumat atau Borang PemberiMaklumat ini.

4.3

e.

d.

4.4

5.1

Encik Alan Hamzah SendutPengerusi Jawatankuasa Lembaga Audit dan Pengurusan RisikoAras 6, Menara Hong Leong, No 6, Jalan Damanlela, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur.

[email protected]

Hong Leong Bank Berhad (HLBB) dan Cawangan serta Anak Syarikatnya

Cik Chok Kwee BeePengerusi Jawatankuasa Lembaga Audit Aras 6, Menara Hong Leong,No 6, Jalan Damanlela, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur.

[email protected]

Page 8: POLISI PEMBERIAN MAKLUMAT

Pemberi maklumat digalakkan untuk memberikan nama penuh dan butiran perhubungan mereka bagi memudahkan pihak Bank mendapatkan penjelasan atau maklumat lanjut untuk tujuan siasatan lanjut terhadap Kelakuan Tidak Wajar berkenaan.

Mana-mana pihak yang memilih untuk tidak dikenali dinasihatkan bahawa keupayaan Bank untuk menyiasat dakwaan Kelakuan Tidak Wajar adalah terbatas mengikut kandungan laporan yang diterima oleh Bank. Sekiranya maklumat yang diberi tidak mencukupi, pihak Bank berhak untuk tidak menyiasat Kelakuan Tidak Wajar yang dilapor secara anonim (tanpa nama), kerana tidak dapat meminta penjelasan untuk memastikan fakta yang relevan untuk tujuan penyiasatan.

Pemberi Maklumat boleh membuat laporan kepada agensi kerajaan atau pihak berkuasa pengawalseliaan dan penguatkuasaan di Malaysia sebagai mana yang dinyatakan di dalam Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis dan sebagainya.

6. PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT

Tertakluk pada perenggan 6.2 di bawah ini dan seperti yang dibenarkan oleh undang-undang, anda akan dilindungi dari tindakan balas, tindakan buruk atas pekerjaan atau dari pendedahan identiti anda (setakat yang boleh dilaksanakan), dengan syarat laporan anda dibuat dengan niat baik (walaupun sekiranya ternyata anda telah tersilap dalam menyuarakan kebimbangan anda).

Perlindungan anda mungkin dibatalkan dan tindakan sewajarnya mungkin diambil terhadap anda sekiranya:anda telah mengambil bahagian dalam Kelakuan Tidak Wajar yang dinyatakan;anda membuat pernyataan penting yang anda tahu atau dipercayai sebagai palsu atau tidak dipercayai benar;

5.2

a. b. c.

5.3

5.4

5.5

Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila gunakan Borang Pemberi Maklumat untuk memberikan butiran yang diperlukan.

8.

d.

6.1

6.2

a.

b.

Pemberi maklumat dinasihatkan membuat pendedahan secara bertulis dan memberikan butiran yang mencukupi termasuk perkara berikut: jenis atau perihal Kelakuan Tidak Wajar; nama individu yang melakukan atau terlibat dalam Kelakuan Tidak Wajar; maklumat penuh mengenai kebimbangan yang ditimbulkan, termasuk 'apa', 'bila' dan 'di mana' berkaitan dengan Kelakuan Tidak Wajar; dan dokumen atau bukti sokongan yang berkaitan, jika ada.

Page 9: POLISI PEMBERIAN MAKLUMAT

pendedahan mengenai Kelakuan Tidak Wajar adalah remeh atau menjengkelkan;pendedahan mengenai Kelakuan Tidak Wajar dibuat dengan niat jahat; ataupendedahan mengenai Kelakuan Tidak Wajar dibuat semata-mata atau secara substansial dengan motif mengelakkan pemecatan atau tindakan tatatertib yang lain.

Polisi ini telah dirumuskan untuk merangkumi keperluan dalaman HLBB / HLISB serta keperluan peraturan dari garis panduan peraturan berikut:

Polisi Dokumen Tadbir Urus Korporat BNM (BNM / RH / PD 029-9), perenggan 18.2 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

c.

d.

.

.

9.

e.

7. PENDEDAHAN MAKLUMAT PERIBADI

Harap maklum bahawa pihak Bank boleh mendedahkan maklumat peribadi anda kepada lembaga pengarah, pasukan penyiasatan dan pegawai Pematuhan yang dilantik, untuk sebarang tindakan lanjut dan, jika bersesuaian, bertindak atas laporan anda, atau jika dikehendaki oleh undang-undang atau pihak berkuasa pengawalseliaan.

8. PENGLIBATAN PEMBERI MAKLUMAT DALAMPENYIASATAN

Pemberi maklumat mungkin diminta untuk membantu apabila maklumat tambahan diperlukan semasa penyiasatan terhadap tertuduh tentang Kelakuan Tidak Wajar yang dilaporkan.

9. RUJUKAN

Page 10: POLISI PEMBERIAN MAKLUMAT

Sila tandakan semua jenis yang berkenaan:

Akaun semasa:

Pinjaman:

BORANG PEMBERI MAKLUMAT

Anda harus menyuarakan kebimbangan berasas mengenai apa-apa kelakuan tidak wajar atau salah laku ("Kelakuan Tidak Wajar") yang dilakukan di dalam Hong Leong Bank Berhad atau Hong Leong Bank IslamicBank Berhad. Kembimbangan mengenai kedudukan peribadi atau pekerjaan anda, perlulah disalurkan menerusi prosedur pengaduan HR, dan bukan menerusi borang pemberi maklumat ini.

HUBUNGAN ANDA DENGAN HONG LEONG

JENIS AKAUN(Untuk pelanggan)

ID PEKERJA ANDA(Jika anda seorang pekerja Hong Leong Bank)

BUTIRAN PERHUBUNGAN ANDA

Sila tandakan semua yang berkenaan: Pelanggan:Pekerja:

LAIN-LAIN:Sila nyatakan hubungan anda. Sila sertakan butiran majikan anda jika majikan anda memberikan perkhidmatan kepada atau mempunyai hubungan perniagaan dengan Hong Leong.

LAIN-LAIN:Sila nyatakan produk/perkhidmatan Hong Leong yang disediakan kepada anda.

Nama Penuh:

Alamat:

Telefon:e-Mel:

Gadai janji:

Akaun simpanan:

10.

Page 11: POLISI PEMBERIAN MAKLUMAT

BUTIRAN KEBIMBANGAN ANDA(Sila berikan seberapa banyak maklumat yang mungkin)

KETERANGAN MENGENAI KELAKUAN TIDAK WAJAR:(sila gunakan helaian maklumat tambahan, jika perlu)

DI MANA KELAKUAN TIDAK WAJAR ITU BERLAKU?

BILA KELAKUAN TIDAK WAJAR ITU BERLAKU?

NAMA DAN JAWATAN PIHAK YANG TERLIBAT:

BUTIRAN MENGENAI MANA-MANA SAKSI:

ADAKAH ANDA TELAH MELAPORKAN KELAKUAN TIDAK WAJAR BERKENAAN KEPADA MANA-MANA PIHAK BERKUASA? JIKA YA, SILA BERIKAN BUTIRAN:

DOKUMEN SOKONGAN DILAMPIRKAN (Sila tanda)? Ya Tidak

11.

Page 12: POLISI PEMBERIAN MAKLUMAT

HELAIAN MAKLUMAT TAMBAHAN

APA-APA MAKLUMAT TAMBAHAN:Sila berikan apa-apa maklumat tambahan yang anda fikir mungkin berkaitan, sebagai contoh, sama ada anda telah bersemuka dengan orang yang berkenaan, apa-apa impak kewangan terhadap Hong Leong Bank Group, dan sebagainya.

12.