peraturan asrama

Upload: azrizal-zainal

Post on 07-Mar-2016

44 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

peraturan asrama

TRANSCRIPT

PERATURAN ASRAMA

1. Peraturan berpakaian

a) Setiap pelajar dikehendaki berpakaian kemas semasa menghadiri kelas persediaan, pemeriksaan kamar dan menghadiri sebarang acara rasmi asrama. b) Setiap pelajar mesti memakai pakaian rasmi asrama yang lengkap dan kemas apabila keluar dari kawasan asrama seperti keluar ke Bandar, mengikuti rombongan dan pulang ke rumah.

2. Majalah dan penulisan

a) Sebarang kegiatan untuk menerbitkan majalah asrama, makalah, risalah, berita, pengumuman dengan menggunakan surat atau bahan bercetak mestilah mendapat kebenaran daripada Pengetua.b) Semua tulisan yang bertujuan untuk disebar/dicetak dan diedar hendaklah melalui guru penasihat untuk semakan.c) Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan kepada pihak akhbar atau badan-badan lain tanpa pengetahuan dan kebenaran Pengetua.d) Segala perkara yang berhubung dengan penerbitan majalah, risalah, adalah tertakluk kepada peraturan sekolah (rujuk pekeliling tentang Majalah Sekolah 1958) dan pindaan-pindaannya.

3. Surat Menyurat

a) Semua surat yang diterima dan dikirim mesti ada nama dan alamat pengirim. b) Pihak pengurusan asrama berhak menapis semua surat jika dirasakan perlu. c) Penerima surat berdaftar mesti membawa kad pengenalan dan mengambil surat berdaftar di pejabat asrama selepas waktu persekolahan dan tidak dibenarkan untuk mewakilkan orang lain untuk mengambil bagi pihak pelajar.

4. Harta persendirian

a) Menjadi tanggungjawab setiap pelajar menjaga harta benda milik masing-masing.b) Buku-buku persendirian, pakaian atau apa juga barangan hak milik pelajar hendaklah ditulis nama sendiri dan dijaga dengan bersih, cermat dan sempurna. c) Wang dan barang-barang berharga tidak boleh ditinggalkan di dalam kelas, kamar atau tempat-tempat yang terdedah. Pelajar hanya dibenarkan menyimpan wang sebanyak RM 30.00 pada setiap masa. Wang selebihnya hendaklah disimpan oleh guru mentor / guru tingkatan atau warden. d) Sebarang wang atau benda-benda lain yang dijumpai hendaklah diserahkan kepada pengawas, guru disiplin, guru bertugas harian atau warden untuk diumumkan dan dipulangkan kepada pemiliknya. 5. Barang larangan

a) Sebarang bentuk alatan media elektronik dan apa jua jenis alat komunikasi adalah tidak dibenarkan dibawa ke asrama dan sekolah. b) Rokok, chewing gum, kuaci, minuman keras, alat solek, barang kemas, pakaian berharga, cermin mata hitam, pakaian menjolok mata, pakaian beraneka fesyen, baju T ala rockers, seluar Jeans, bahan lucah, buku cerita berbentuk hiburan, gambar/buku/majalah berunsur negatif, bahan-bahan/permainan berbahaya dan sebarang kenderaan tidak dibenarkan dibawa ke asrama dan sekolah. c) Bahan-bahan berbahaya seperti bahan letupan, mercun, peralatan tajam dan peralatan yang mengancam keselamatan tidak dibenarkan dibawa ke asrama dan sekolah.

6. Kelas persediaan

a) Semua pelajar diwajibkan meghadiri kelas-kelas persediaan petang dan malam seperti yang telah ditetapkan. b) Sebarang pengecualian hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengetua, Ketua Warden dan warden bertugas. c) Sewaktu kelas persediaan kegiatan bukan berbentuk akademik tidak dibenarkan. d) Pelajar-pelajar juga tidak dibenarkan membaca majalah, komik, menulis surat, berjalan-jalan atau berbual-bual kosong atau tidur sewaktu kelas persediaan. e) Pelajar-pelajar hanya dibenarkan menjalankan kelas persediaan di kelas masing-masing sahaja.

7. Makanan

a) Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman keluar dari dewan makan makan.b) Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa makanan basah ke dalam kamar. c) Pelajar yang mempunyai alahan terhadap makanan tertentu mestilah memaklumkan kepada penyelia asrama untuk tindakan.

8. Peraturan keluar masuk

a) Pelajar dibenarkan keluar ke bandar mengikut jadual yang ditetapkan oleh pengurusan asrama. b) Setiap pelajar mestilah menyerahkan kad pelajar/kad kebenaran keluar di pondok pengawal sewaktu keluar dan mengambilnya semula semasa memasuki kawasan asrama. c) Kebenaran keluar asrama pada waktu lain hanya dibenarkan untuk rawatan pesakit, kecemasan, atau sebab-sebab lain yang wajar sahaja. d) Pelajar tidak dibenarkan keluar dari asrama tanpa kebenaran Ketua Warden atau warden bertugas. e) Permohonan untuk keluar bermalam selain daripada tarikh yang telah ditetapkan oleh sekolah perlu dihantar oleh ibubapa sekurang-kurangnya 3 hari sebelum permohonan untuk dipertimbangkan oleh pengetua atau Ketua Warden. f) Pelajar tidak dibenarkan keluar mengikut penjaga pelajar lain kecuali dengan surat kebenaran ibu bapa pelajar atas sebab-sebab yang dinyatakan. g) Pelajar harus dihantar pulang ke asrama sebelum pukul 6 petang. Gagal berbuat demikian, kenderaan penjaga/ibubapa tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan asrama.

9. Peraturan melawat

Masa melawat adalah ditetapkan seperti berikut :- Sabtu : 12:30 tengah hari 6:00 petang Ahad : *10:00 pagi 6:00 petang * Tertakluk kepada aktiviti sekolah dan asrama a) Pelawat terlebih dahulu perlu menunjukkan kad pelawat di pejabat warden sebelum dibenarkan untuk bertemu dengan pelajar. b) Masa kecemasan atau hal-hal lain yang mustahak, ibu bapa atau penjaga boleh melawat dengan kebenaran Pengetua / Ketua Warden / warden bertugas. c) Semua pelawat hendaklah dilayan di tempat yang disediakan. Pelawat dilarang masuk ke dalam kamar dan kawasan-kawasan larangan yang lain. d) Pelajar perempuan tidak dibenarkan menerima tetamu lelaki kecuali bapa atau saudara lelaki yang memegang kad pelawat. e) Semua pelawat mestilah mempunyai kad pelawat dan memenuhi syarat-syarat yang tercatat pada kad pelawat tersebut. f) Pihak pengawal/warden berhak menahan pelawat-pelawat yang tidak mempunyai kad pelawat atau yang diragukan kesahihannya. g) Pelawat tidak dibenarkan bertemu dengan pelajar sebelum sesuatu aktiviti yang sedang dijalankan tamat. h) Pada waktu persekolahan, sekiranya ada kecemasan atau hal yang penting, pelawat mestilah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran Pengetua. i) Pelawat tidak dibenarkan pergi ke bilik belajar/kelas untuk bertemu pelajar. j) Pakaian pelawat mestilah sopan dan beradab.

10. Pemeriksaan kamar/asrama

a) Pemeriksaan pada setiap hari persekolahan dijalankan oleh pengawas/ketua kamar sebelum sarapan pagi untuk memastikan tempat tidur pelajar dalam keadaan kemas dan bersih. b) Pemeriksaan pada setiap hari persekolahan hendaklah dijalankan oleh warden bertugas/warden blok bagi memastikan : i) kebersihan kamar pelajar ii) kebersihan asramaiii) setiap pelajar mempunyai peralatan peribadi yang lengkap iv) perkara-perkara lain yang diperlukan oleh pihak sekolah c) Pemeriksaan asrama pada hari Sabtu jam 7:00 pagi dijalankan oleh warden dan diiringi oleh AJK tertinggi blok. Semasa pemeriksaan semua pelajar mesti berada dikamar masing-masing dan dalam keadaan bersedia. d) Pemeriksaan mengejut diadakan pada bila-bila masa oleh Pengetua/Penolong Kanan HEM (Ketua warden) / Warden / Guru Disiplin /mentor atau pengawas.

11. Perhimpunan / perjumpaan blok / kamar

a) Roll Call 11.a.1. Roll Call akan diadakan setiap kali pelajar kembali ke sekolah selepas minggu outing bermalam atau cuti sekolah atau pada bila-bila masa yang diarahkan oleh Ketua Warden. 11.a.2. Semua pelajar diwajibkan hadir semasa perhimpunan diadakan . 11.a.3. Ketua Kelas / ketua kamar hendaklah membantu warden bertugas untuk mengambil kedatangan pelajar mengikut kelas atau kamar masing-masing. b) Perjumpaan blok / kamar 11.b.1. Perjumpaan blok / kamar mestilah terlebih dahulu dalam makluman warden bertugas11.b.2. Perjumpaan hendaklah diketuai oleh Presiden Blok / ketua kamar 11.b.3. Perjumpaan hendaklah tidak melewati jam 11.00 malam.