peraturan an bermasa -petanque

Upload: stanley-james

Post on 05-Apr-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Peraturan an Bermasa -Petanque

    1/5

    UNDANG-UNDANG PERMAINAN MENGIKUT MASA

    PERLAWANAN PETANQUE

    Didalam Undang-Undang Rasmi permainan petanque, peraturan khusus berkaitandengan PERMAINAN BERMASA terhad kepada hukum dasarnya sahaja. Undang-undang lain yang sedia ada hendaklah digunapakai kecuali disebut sebaliknya dalamundang-undang khusus.

    Pihak penganjur boleh membuat PERATURAN PERTANDINGAN bagi mana-mana

    peruntukan undang-undang yang tidak disebut.

    Berikut adalah Artikel-Artikel dalam Undang-Undang Rasmi permainan petanque

    yang merujuk kepada peraturan PERMAINAN BERMASA.

    Article 5 Terrain rules (para 6)

    Certain competitions can be organised with time limits. These must always be played

    within a marked terrain. In this case, all lines marking that terrain are dead boule lines.

    Article 9 Dead Jack during an end (para 7)

    When, in time limited games the jack leaves the designated playing area.

    Article 18 Dead boules (para 2)

    In timed games played on a marked terrain a boule is considered dead when it

    completely crosses the line of the designated lane.

    Article 31 Penalties for absent teams or players (para 1)

    A quarter of an hour .. the team which is absent from the terrain will be penalised one

    point which is awarded to their opponents. This time limit is reduced to 5 minutes in games

    that are timed.

    After this time limit, the penalty accrues by one point for each five minutes of the delay

    (para 2)

    Article 31 Penalties for absent teams or players (para 6)

    For time limited games the player wanting to leave must have aready played all his

    boules in the ongoing end. If permissiom is not granted, the provision of this article and

    the next apply.

  • 7/31/2019 Peraturan an Bermasa -Petanque

    2/5

    KEBAIKAN KAEDAH PERMAINAN BERMASA

    1. Penganjur dapat mengawal kelancaran pertandingan

    2. Pengurus Pasukan , Jurulatih dan Peserta dapat membuat jangkaan masa

    mereka harus berada digelanggng.

    3. Jadual pertandingan boleh disedia dan ditetapkan terlebih awal.

    4. Tiada gangguan kepada lain-lain pasukan semasa pertandingan kerana

    perlawanan dilakukan hanya dalam satu gelanggang dan tidak boleh melintasi

    gelanggang bersebelahan.

    5. Tidak banyak masa terbuang kerana pergerakan pemain adalah dalam

    kawalan.

    6. Pegawai dan pemain mempunyai masa untuk melakukan urusan peribadi

    dengan adanya peruntukan masa rehat.

    7. Aturcara khusus saperti kehadiran media dan majlis penyampaian hadiah

    dapat dilakukan kerana jadual dalam kawalan penganjur.

  • 7/31/2019 Peraturan an Bermasa -Petanque

    3/5

    Kaedah mengendalikan PERMAINAN BERMASA tidak disebut dalam buku undang-

    undang permainan petanque tetapi boleh ditetapkan oleh Persekutuan / Persatuan

    Petanque yang menganjur pertandingan.

    1. Satu-satu perlawanan ditetapkan dalam satu gelanggangnya sahaja.

    2. Permainan bermula serentak dan berakhir serentak bagi semua gelanggang

    dengan masa yang telah ditetapkan. Masa dikawal oleh Pengurus

    Pertandingan.

    3. Pertandingan dimulakan dengan tiupan wisel atau lain-lain isyarat dan satu lagi

    isyarat bagi menunjukkan masa permaianan telah tamat.

    3.1Perlawanan tamat apabila mana-mana pasukan mencapai mata 13 atau

    masa yang diperuntukan berakhir atau yang mana terdahulu.

  • 7/31/2019 Peraturan an Bermasa -Petanque

    4/5

    3.2Sewaktu isyarat diberi menandakan tamat permainan END yang sedang

    berjalan hendaklah dithentikan. Apa jua mata yang terkumpul adalah mata

    bagi game berkaitan.

    3.3Sekiranya satu-satu game telah mencapai mata 13 sebelum isyarat diberi

    menamatkan permainan maka game akan dihentikan pada ketika itu jua.

    3.4Tiga (3) mata diberi untuk pemenang, Satu (1) mata untuk kedudukan seridan Kosong (0) mata untuk pasukan yang kalah.

    3.5Sekiranya didalam pertandingan Akhir dan Separuh Akhir kedua-dua

    pasukan terikat dengan mata yang sama setelah ditamatkan masa

    permainan , END tambahan akan diberi untuk menentukan pemenang.

    4. Perlawanan dijalankan dalam satu gelanggang sahaja. Ini bermakna garisan

    antara gelanggang dikira sebagai garisan boule mati.

    4.1Jack yang dilontar hendaklah berada 1 meter dari garisan boule mati.

    4.2Bulatan yang dilukis atau diletak boleh berada berhampiran dengan garisan

    sempadan antara gelanggang.

    4.3Sebaik sahaja jack melepasi garisan sempadan antara gelanggang maka ia

    dikira mati.

  • 7/31/2019 Peraturan an Bermasa -Petanque

    5/5

    MENENTUKAN PEMENANG

    1. Pasukan yang memperolehi mata yang tertinggi adalah pemenang , diikuti

    oleh kedua teringgi dan seterusnya.

    2. Sekiranya dua pasukan memperolehi mata yang sama pemenangnya adalah

    pasukan yang

    mengatasi lawannya diperingkat Kumpulan

    3. Sekiranya tiga pasukan mempunyai kutipan mata yang sama perbezaan skordikalangan tiga

    Pasukan yang terlibat sahaja akan diambil kira (internal difference).

    4. Sekiranya empat pasukan atau lebih memperolehi kutipan mata yang sama,

    pemenang akan

    ditentukan dengan mengambil kira perbezaan skor dikalangan pasukan-pasukan semasa

    bertanding diperingkat Kumpulan.

    5. Sekiranya setelah mengambil kira para 3 dan para 4, pasukan-pasukan masih

    terikat dengan

    kedudukan yang sama,pasukan yang mempunyai skor teringgi akan dikira

    menang.

    6. Kaedah ini mungkin boleh dilaksanakan bagi pusingan awal. Peringkat suku

    akhir dan seterusnya kaedah biasa diguna.