perang salib kelima

5
8/14/2019 Perang Salib Kelima http://slidepdf.com/reader/full/perang-salib-kelima 1/5 INFORMATION of ELAKSAMANA PERANG SALIB KELIMA Perang Salib Kelima Tentera Salib Frisia berhadapan dengan Menara Damietta, Mesir. Tarikh 1217 - 1221 Tempat Mesir Hasil Perjanjian damai selama lapan tahun antara Kerajaan Ayyubiah dengan Eropah Perubahan wilayah Damietta jatuh ke tangan Tentera Salib Pihak bersengketa Tentera Salib Empayar Latin di Constantinople o Jerusalem Kerajaan Cyprus Kesultanan Seljuk Rûm Empayar Suci Rom Archduchy dari Austria Kesatria Templar Kesatria Teutonik Kesatria Hospitaller Kerajaan Hungary o Croatia o Fail:Coat of Arms Zara.jpg Dalmatia o Halych Kaunti Holland o Cologne o Flanders o Frisia Kerajaan Perancis Mesir Dinasti Ayyubiah 1 Present by [email protected] © All Right Reserved Preented 2009

Upload: akhi-mohamad-aiyad

Post on 30-May-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perang Salib Kelima

8/14/2019 Perang Salib Kelima

http://slidepdf.com/reader/full/perang-salib-kelima 1/5

INFORMATION of ELAKSAMANA

PERANG SALIB KELIMA

Perang Salib Kelima

Tentera Salib Frisia berhadapan dengan Menara Damietta, Mesir.

Tarikh 1217 - 1221Tempat Mesir 

HasilPerjanjian damai selama lapan tahun antara Kerajaan Ayyubiahdengan Eropah

Perubahanwilayah

Damietta jatuh ke tangan Tentera Salib

Pihak bersengketa

Tentera Salib 

• Empayar Latin diConstantinople

o Jerusalem

• Kerajaan Cyprus• Kesultanan Seljuk Rûm

• Empayar Suci Rom

• Archduchy dariAustria

• Kesatria Templar • Kesatria Teutonik• Kesatria Hospitaller 

• Kerajaan Hungary 

o Croatia

o Fail:Coat of  

Arms Zara.jpg Dalmatia

o Halych

• Kaunti Holland 

o Cologne

o Flanders

o Frisia

• Kerajaan Perancis

Mesir  

• Dinasti Ayyubiah

1 Present by [email protected]© All Right Reserved Preented 2009

Page 2: Perang Salib Kelima

8/14/2019 Perang Salib Kelima

http://slidepdf.com/reader/full/perang-salib-kelima 2/5

INFORMATION of ELAKSAMANA

Komander 

John dari Brienne

Bohemond IV

Hugh IKaykaus I

Frederick II

Leopold VI

Pedro de MontaiguHermann von SalzaGuérin de Montaigu

Fail:Coat of Arms Zara.jpg

Andrew II

William I

Phillip II

Al-Kamil

Kekuatan

32,000 orang Tidak diketahui

Korban dan kehilangan

Tidak diketahui Tidak diketahui

Perang Salib Kelima (1217–1221) merupakan satu cubaan untuk merampaskembali Baitulmuqaddis dan kawasan Tanah Suci selebihnya yang berada ditangan orang Islam dengan langkah pertama menakluki Dinasti Ayyubiah yangkuat di Mesir .

Paus Honorius III telah menyusun pasukan-pasukan tentera salib yang diketuaiLeopold VI dari Austria dan Andrew II dari Hungary, dan mengatur satu serbuanterhadap Baitulmuqaddis yang pada kesudahannya berada dalam tangan orangIslam. Kemudian pada tahun 1218, sepasukan tentera Jerman yang diketuaiOliver dari Cologne dan satu ketumbukan tentera campuran yang terdiri daripadaaskar-askar Belanda, Belanda Belgium dan Belanda Jerman yang diketuai olehWilliam I, Count Holland tiba. Dalam usaha menyerang Damietta di Mesir,mereka bersekutu dengan Kesultanan Seljuk Rûm di Anatolia yang telahmenyerang kerajaan Ayyubiah di Syria dalam satu cubaan untuk membebaskanTentera Salib daripada pertarungan di dua barisan hadapan.

Selepas menduduki pelabuhan Damietta, Tentera Salib mara ke selatan menujuke Kaherah pada Julai 1221, tetapi mereka berpatah balik selepas bekalanmereka yang semakin susut memaksa mereka berundur. Satu seranganmengejut pada waktu malam telah mengakibatkan kehilangan sejumlah besar nyawa tentera salib dan akhirnya penyerahan diri tentera-tentera tersebut. Al-Kamil bersetuju untuk mencapai perjanjian damai selama lapan tahun denganEropah.

Seruan kepada Perang Salib

2 Present by [email protected]© All Right Reserved Preented 2009

Page 3: Perang Salib Kelima

8/14/2019 Perang Salib Kelima

http://slidepdf.com/reader/full/perang-salib-kelima 3/5

INFORMATION of ELAKSAMANA

Pada musim bunga tahun 1213, Paus Innocent III telah mengeluarkan piagam kepausan Quia maior , yang menyeru semua umat Kristian untuk menyertai satuPerang Salib yang baru. Walau bagaimanapun, raja-raja Eropah leka denganperperangan sesama sendiri. Pada masa yang sama, Paus Innocent III tidakinginkan bantuan mereka, kerana satu perang salib terdahulu yang diketuai raja-

raja telah gagal pada masa yang lalu. Dia mengarahkan perarakan, sembahyangdan khutbah diadakan untuk membantu dalam menyusun perang salib tersebutdengan membabitkan orang awam, bangsawan kelas bawahan dan kesatria.

Perancis

Risalah perang salib tersebut telah disampaikan di Perancis oleh Robert dari Courçon; walau bagaimanapun, tidak seperti Perang-perang Salib yang lain,tidak ramai kesatria Perancis yang menyertainya disebabkan mereka sudah punberperang menentang mazhab sesat Kathar di selatan Perancis dalam Perang Salib Albigensian.

Pada tahun 1215, Innocent III telah menganjurkan Persidangan Lateran Keempat. Dalam persidangan ini, bersama-sama dengan Latin Patriarch dari Jerusalem, Raoul dari Merencourt, dia membincangkan penawanan kembaliTanah Suci di samping hal-hal gereja yang lain. Innocent mahu perang salib iniberada dalam kawalan penuh pihak Pope sebagaimana yang sepatutnya berlakupada Perang Salib Pertama, untuk mengelakkan kesilapan-kesilapan Perang Salib Keempat yang diambilalih oleh orang-orang Venice. Innocent merancangbagi tentera salib untuk bertemu di Brindisi pada tahun 1216, dan melarangperdagangan dengan orang Islam untuk memastikan bahawa tentera-tenterasalib dapat memiliki kapal-kapal dan senjata. Setiap tentera salib akan menerima

surat pengampunan dosa, termasuklah mereka yang hanya membantumembiayai perbelanjaan seorang tentera salib tetapi mereka sendiri tidak pergimenyertai perang salib tersebut.

Jerman dan Hungary

Oliver dari Cologne telah berkhutbah mengenai perang salib tersebut di Jerman,dan Maharaja Frederick II cuba menyertainya pada tahun 1215. Frederickmerupakan penguasa terakhir yang dikehendaki Innocent untuk menyertaiperang salib tersebut disebabkan dia pernah mencabar kewibawaan pihak Pope.Bagaimana pun, Innocent meninggal dunia pada tahun 1216. Dia digantikan oleh

Paus Honorius III yang menghalang Frederick daripada mengambil bahagiandalam perang salib tersebut, namun telah menyusun pasukan-pasukan tenterasalib yang diketuai Raja Andrew II dari Hungary dan Duke Leopold VI dari Austria. Andrew mempunyai pasukan tentera diraja yang terbesar dalam sejarahperang salib (20,000 orang kesatria dan 12,000 buah garison kota).

Kempen ketenteraan

3 Present by [email protected]© All Right Reserved Preented 2009

Page 4: Perang Salib Kelima

8/14/2019 Perang Salib Kelima

http://slidepdf.com/reader/full/perang-salib-kelima 4/5

INFORMATION of ELAKSAMANA

Baitul Maqdis

Andrew dan pasukan tenteranya belayar pada 23 Ogos 1217 di Spalato. Merekamendarat pada 9 Oktober di Cyprus. Dari situ mereka belayar ke Acre danmenyertai John dari Brienne, pemerintah Kerajaan Jerusalem, Hugh I dari 

Cyprus, dan Putera Bohemund IV dari Antioch untuk menentang Dinasti Ayyubiyah di Syria.

Di Baitul Maqdis, tembok-tembok dan kubu-kubu telah dimusnahkan supayaorang Kristian tidak dapat menggunakannya untuk mempertahankan bandar tersebut sekiranya mereka dapat mengambil alih bandar tersebut. Orang Islamlari meninggalkan bandar tersebut kerana bimbang akan berulang kembalipenumpahan darah semasa Perang Salib Pertama pada tahun 1099.

Pasukan tentera Andrew yang lengkap berkuda telah menewaskan Sultan Al-Adil I di Bethsaida di atas Sungai Jordan pada 10 November. Pasukan tentera orang

Islam berundur ke benteng-benteng pertahanan dan bandar-bandar mereka. Ali-ali dan manjanik tidak sampai pada waktunya, jadi serangannya ke atas kubu-kubu di Lubnan dan di atas Gunung Tabor tidak membuahkan hasil. Sesudah itu,Andrew menghabiskan masanya dengan mengumpulkan barang-barang yangdidakwa sebagai relik.

Andrew dan pasukan tenteranya bertolak ke Hungary pada Februari 1218, danBohemund serta Hugh juga pulang ke negara masing-masing.

Perikatan dengan Kesultanan Rum

Kemudian pada tahun 1218 Oliver dari Cologne tiba dengan satu pasukantentera Jerman yang baru dan Count Belanda William I tiba dengan satuketumbukan tentera campuran yang terdiri daripada askar-askar  Belanda,Flemish dan Frisia. Mereka berbincang dengan Leopold dan John mengenaiserangan ke atas Damietta di Mesir. Untuk mencapai matlamat ini, merekabersekutu dengan Keykavus I, Sultan Rûm yang berbangsa Seljuk di Anatolia yang telah menyerang kerajaan Ayyubiyah di Syria sebagai satu cubaan untukmembebaskan Tentera Salib daripada berperang di dua barisan depan.

Mesir 

Pada bulan Jun tahun 1218, tentera salib memulakan Pengepungan Damietta dan di sebalik tentangan daripada Sultan Al-Adil yang tidak bersedia itu, menarayang terletak di luar bandar tersebut telah ditawan mereka pada 25 Ogos.Mereka tidak berjaya menawan Damietta itu sendiri, dan dalam bulan-bulanberikutnya wabak penyakit telah meragut banyak nyawa tentera salibtermasuklah Robert dari Courcon. Al-Adil juga mangkat dan digantikan oleh Al-Kamil. Sementara itu, Honorius III menghantar  Pelagius dari Albano untukmemimpin perang salib tersebut pada tahun 1219. Al-Kamil cuba merundingkan

4 Present by [email protected]© All Right Reserved Preented 2009

Page 5: Perang Salib Kelima

8/14/2019 Perang Salib Kelima

http://slidepdf.com/reader/full/perang-salib-kelima 5/5

INFORMATION of ELAKSAMANA

perdamaian dengan tentera salib. Beliau menawarkan Damietta sebagai gantiBaitul Maqdis, namun Pelagius menolak tawaran tersebut. Setelah mendengar tentang perkara ini, Count William I dari Belanda meninggalkan perang salib itudan belayar pulang ke negara asal. Pada bulan Ogos atau September, Francis dari Assisi tiba di kem tentera salib dan menyeberang untuk berkhutbah kepada

al-Kamil. Pada November, tentera salib berjaya melemahkan pasukan tenterasultan dan akhirnya berjaya menakluki bandar pelabuhan tersebut.

Dalam sekelip mata, pihak-pihak berkuasa Pope dan sekular berebut untukmenguasai bandar tersebut, dengan John dari Brienne mendakwa bandar tersebut adalah miliknya dalam tahun 1220. Pelagius tidak dapat menerimadakwaan ini dan John kemudiannya pulang ke Acre pada tahun tersebut.Pelagius berharap agar Frederick II dapat tiba dengan satu pasukan tenterabaru, tetapi dia tidak berbuat demikian; sebaliknya, selepas setahun tidak aktif diSyria dan Mesir, John of Brienne kembali dan tentera salib mara ke selatan kearah Kaherah pada bulan Julai 1221.

Pada ketika ini, al-Kamil sudah mampu bersekutu dengan kerajaan-kerajaanAyyubiah di Syria yang telah menewaskan Keykavus I. Tentera salib yangsedang mara ke Kaherah dilanda bencana; Sungai Nil telah banjir terlebih dahuludaripada mereka lalu menghalang kemaraan tentera salib. Sebatang terusankering yang sebelumnya dilalui tentera salib juga dipenuhi air justeru menyekatmereka daripada berundur. Dalam keadaan bekalan yang semakin susut,mereka terpaksa mula berundur, berkesudahan dengan serangan kilat padawaktu malam oleh al-Kamil yang mengakibatkan kehilangan sejumlah besar nyawa tentera salib dan akhirnya penyerahan diri pasukan tentera tersebut dibawah Pelagius.

Kesudahan

Syarat-syarat penyerahan diri ini menyaksikan pelepasan Damietta kepada al-Kamil sebagai tukaran pada pembebasan tentera salib. Al-Kamil bersetujudengan perjanjian perdamaian dengan Eropah dan pemulangan secebis salibsebenar.

Kegagalan Perang Salib ini telah menyebabkan limpahan sentimen anti-Pausdari pemuisi Occitan, Guilhem Figueira. Gormonda de Monpeslier  yang lebihortodoks menjawab D'un sirventes far  Figueira dengan satu lagunya sendiri,

Greu m'es a durar . Dia tidak menyalahkan Pelagius atau pihak Pope, sebaliknyamenyalahkan "kebodohan" orang yang jahat.

5 Present by [email protected]© All Right Reserved Preented 2009