perancangan tindakan

34
5.0 TINDAKAN YANG DIRANCANGKAN Tujuan penyelidikan kajian ini untuk menentukan sejauh mana keberkesanan penggunaan model “KOAB” dalam pengajaran dan pembelajaran konsep nilai digit dan seterusnya meningkatkan kemahiran dan keyakinan murid Tahun Dua dalam menyelesaikan masalah mencerakinkan nombor mengikut nilai digit. Bagi memastikan pencapaian objektif tersebut, beberapa langkah telah dirancang sebagai panduan untuk meneruskan kajian ini. 5.1 Perancangan Tindakan Saya akan menggunakan model penyelidikan tindakan Stephen Kemmis dalam proses kajian ini. Menurut Mok Song Sang (2010), model pemikiran Stephen Kemmis diubahsuai berasaskan Model Pemikiran Kurt Lewin untuk mengkaji masalah atau isu dalam bidang pendidikan.

Upload: sathis-menagah

Post on 10-Feb-2016

297 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kjnlj

TRANSCRIPT

Page 1: perancangan tindakan

5.0 TINDAKAN YANG DIRANCANGKAN

Tujuan penyelidikan kajian ini untuk menentukan sejauh mana

keberkesanan penggunaan model “KOAB” dalam pengajaran dan pembelajaran

konsep nilai digit dan seterusnya meningkatkan kemahiran dan keyakinan

murid Tahun Dua dalam menyelesaikan masalah mencerakinkan nombor

mengikut nilai digit. Bagi memastikan pencapaian objektif tersebut, beberapa

langkah telah dirancang sebagai panduan untuk meneruskan kajian ini.

5.1 Perancangan Tindakan

Saya akan menggunakan model penyelidikan tindakan Stephen

Kemmis dalam proses kajian ini. Menurut Mok Song Sang (2010),

model pemikiran Stephen Kemmis diubahsuai berasaskan Model

Pemikiran Kurt Lewin untuk mengkaji masalah atau isu dalam bidang

pendidikan.

Page 2: perancangan tindakan

Rajah : Model Proses Penyelidikan Tindakan Stephen Keemmis

(Hopkins, 1985 dalam Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud, 2011)

Page 3: perancangan tindakan

Menurut Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud (2011), terdapat

dua kitaran dalam Model Pemikiran Stephen Kemmis. Dalam kitaran

pertama, terdapat empat fasa iaitu merancang, bertindak, memerhati dan

membuat reflesksi. Manakala dalam kitaran kedua, terdapat tiga fasa

iaitu mengubahsuai pelan tindakan, melaksanakan tindakan yang

diubahsuai, memerhati dan membuat refleksi. Dalam kitaran kedua,

kajian boleh diteruskan dengan matlamat umum, tetapi pembolehubah

dalam pemerhatian akan dikurangkan berdasarkan pengalaman yang

didapati dalam kitaran pertama.

Saya akan menjalankan tindakan saya mengikuti fasa- fasa

yang terdapat di model Pemikiran Stephen Kemmis. Terlebih dahulu,

saya akan membuat perancangan dengan menyediakan ujian diagnostik

dan ujian pra untuk mengesan kesilapan murid dalam mencerakinkan

nombor mengikut nilai digit hingga 1000. Selepas kesilapan murid

dikenal pasti, saya akan melaksanakan tindakan dengan menggunakan

model “KOAB”. Model “KOAB” ini bermaksud isi pelajaran iaitu

konsep nilai digit hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan

kognitif kanak-kanak, iaitu daripada konkrit kepada abstrak. Dalam

model saya telah mengaplikasikan teori ini di mana murid memulakan

pembelajarannya daripada konkrit ke abstrak. Semasa intervensi

dilaksanakan, saya akan menjalankan pemerhatian, mengumpul

lembaran kerja murid dan membuat refleksi terhadap tindakan yang

dilaksanakan. Sekiranya terdapat apa – apa masalah yang timbul

semasa menggunakan model ini, saya akan membuat catatan dalam

Page 4: perancangan tindakan

nota lapangan saya dan akan membuat penambahbaikan dalam kitaran

kedua. Pemerhatian dan refleksi juga akan dijalankan terhadap

penambahbaikan yang dilaksanakan.

Menurut Nickson (2006), penggunaan bahan konkrit dalam

pengajaran konsep dan kemahiran merupakan kaedah yang membantu

kanak – kanak belajar Matematik dengan lebih bermakna dan berkesan.

Oleh itu, saya akan menyediakan bahan konkrit dalam kit model

“KOAB” untuk membantu murid membuat perkaitan antara bahan

konkrit dengan konsep nilai digit dalam kemahiran mencerakinkan

nombor.

Sebelum saya menghasilkan model “KOAB” ini saya adalah

berasaskan perkembangan kognitif kanak – kanak iaitu Teori

Pembelajaran Kognitif Piaget, mengikut teori ini, isi pelajaran

hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-

kanak, iaitu daripada konkrit kepada abstrak di mana murid dalam

lingkungan operasi konkrit. Dalam fasa ini, murid harus memerlukan

bahan konkrit untuk memahami satu kansep. Situasi –situasi harian

yang berkait rapat dengan mereka kepada situasi – situasi baru daripada

pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman baru. Dari segi

perkembangan fizikal individu, aktiviti yang dirancang hendaklah dari

kurang halus ke halus.

Menurut teori Piaget yang berfokuskan aspek konstruktivisme

memberikan hujah bahawa pemikiran kanak-kanak mula memanipulasi

objek untuk merasa dan membangunkan idea-idea Matematik bermula

Page 5: perancangan tindakan

daripada peringkat praoperasi lagi. Secara umumnya, resos Matematik

memainkan peranan yang sangat berkesan dalam PdP Matematik

bermula dari sekolah rendah lagi.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, bahan konkrit

lebih membantu merangsangkan dunia pelajar untuk belajar.

Penggunaan bahan konkrit memberi sumbangan yang amat besar dalam

mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru

dan pelajar. Bahan bantu mengajar ini juga dapat menyelesaikan

pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah

mengikut peredaran zaman (Omardin Ashaari, 1999).

Alat Matematik yang berstruktur direka khusus untuk

menunjukkan konsep-konsep tertentu. Melalui manipulasi alat, murid

dan guru dapat menggunakan alat tersebut dalam pelbagai kegunaan.

Contohnya Blok Asas 10, Dienes’s Block, Rod Cuisenaire yang mana

alat-alat ini dapat menunjukkan konsep asas dalam sistem nombor,

sistem nilai tempat dan perpuluhan. (Delaney, 1992). 

Pengajaran secara kontekstual  ialah pengajaran yang

menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu,

masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran

secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Ia

merupakan alternatif bagi saya untuk menarik minat para pelajar dalam

pembelajaran matematik terutamanya daripada golongan yang

berprestasi rendah dan sederhana.

Page 6: perancangan tindakan

Menurut Haylock dan Cockburn (2003), beliau mengatakan

bahawa pengalaman konkrit, gambar, bahasa dan simbol boleh menjadi

penting dalam pemahaman konsep Matematik bagi seseorang murid.

Saya setuju dengan pendapat beliau dimana dari pengalaman praktikum

fasa pertama dan kedua, penggunaan resos dalam pengajaran dan

pembelajaran Matematik boleh melibatkan murid untuk melakukan

aktiviti. Mereka terlibat dengan memanipulasi alat konkrit, simbol,

bahasa dan gambar yang mana membolehkan murid

memperkembangkan pemikiran mereka ke dalam konsep abstrak.

Selain daripada itu juga aktiviti Matematik juga melatih murid dalam

pemikiran dan strategi mental terutama sekali apabila membuat aktiviti

“hands-on”.

Mohd (2003) pula menerangkan bahawa ganjaran adalah faktor

penting kepada kejayaan seseorang. Pada dasarnya pakar-pakar

motivasi percaya ganjaran atau rewards sangat besar pengaruhnya ke

atas tingkah laku manusia, justeru ganjaran mempengaruhi kejayaan

mahupun kegagalan seseorang. Mengikut pandangan ini, Mohd (2003),

berpendapat bahawa seseorang itu terdorong melakukan sesuatu apabila

dia mengharapkan akan menerima ganjaran sebagaimana yang

diharapkannya. Kajian-kajian yang lalu menunujukkan bahawa dengan

memberi ganjaran pengukuhan secara positif, aspek pembelajaran dan

lain-lain tabiat juga turut berubah secara positif (Mohd, 2003).

Pemberian ganjaran yang setimpal dengan tingkah laku murid

berkenaan adalah lebih efektif jika berbanding dengan mengenakan

Page 7: perancangan tindakan

hukuman atau dendaan ke atas murid berkenaan kerana tingkah laku

yang tidak diingini. Dengan memberikan ganjaran yang setimpal

dengan tingkah laku positifnya, ini akan memotivasikan mereka secara

instrintik dan mengukuhkan lagi tingkah laku positif tersebut dan murid

berkenaan akan berusaha untuk meningkatkan pencapaian akademik.

(Lean Keow, 2009).

Pada dasarnya, tiap-tiap teori motivasi mendakwa ganjaran atau

reward sangat besar pengaruhnya ke atas tingkah laku individu. Dalam

erti kata lain, apabila sesuatu tingkah laku itu diberi ganjaran maka

itulah yang dilakukan. Seseorang itu terdorong melakukan sesuatu

perbuatan dengan harapan dia akan mendapat ganjaran yang

diharapkan. (Mok Song Sang, 2011). 

Daripada pengalaman saya sebelum ini, saya menerima

pandangan beliau dimana pemberian ganjaran kepada murid adalah satu

motivasi yang paling efektif. Saya selalu memuji murid apabila dia

berjaya menyiapkan soalannya dalam masa yang diberikan. Dengan itu,

mereka berasa sendiri dihargai oleh guru dan ini akan memotivasikan

intrinsik untuk menyiapkan soalan yang seterusnya supaya

mendapatkan lagi pujian daripada guru. Dengan secara tidak langsung,

ini akan menimbulkan sifat percaya-mempercayai antara guru dan

murid serta memupuk hubungan yang baik. Oleh hal yang demikan

kerana, saya mengaplikasikan teori – teori ini dalam kajian saya dimana

saya memberi bintang sebagai tanda ganjaran pada setiap bahagian

Page 8: perancangan tindakan

untuk memotivasikan mereka secara instrintik supaya menyiapkan

soalan yang seterusnya supaya mendapatkan lagi pujian.

Hal yang demikian kerana, teori – toeri Pembelajaran Kognitif

dan teknik pengajaran “hands on” menjadi asas kepada penggunaan kit

model “KOAB” untuk intervensi saya. Model ini amat sesuai untuk

murid dalam kumpulan sasaran saya sebab daripada lembaran kerja dan

ujian diagnostik saya dapat tahu mereka adalah berprestasi rendah dan

juga tahap befikir mereka juga kurang mantap dan belum mencapai

tahap abstrak. Mereka tidak dapat menyelesaikan masalah berkaitan

konsep nilai digit. Oleh itu, saya mencadangkan model “KOAB” ini

untuk menangani isu atau masalah tersebut. Berasaskan kesilapan

murid dalam ujian diagnostik dan lembaran kerja dalam kelas, saya

membina model ini untuk membantu murid memahami konsep nilai

digit tersebut.

Model “KOAB” ini direka untuk membantu murid memahami

konsep nilai digit dalam kemahiran mencerakinkan nombor. Untuk

membolehkan model “KOAB” diguna secara praktikal dalam bilik

darjah, saya telah membina satu kit. Kit ini terdiri daripada satu kotak

yang mudah dibawa oleh guru. Kandungan kotak terdiri daripada tiga

bahagian iaitu bahagian konkrit, semi konrit dan abstrak supaya mereka

lebih mudah untuk memahami dan mengingati konsep nilai digit.

Dalam bahagian konkrit terdapat dienes blok untuk murid mengira,

menyusun dan membezakan antara nilai ratus, puluh dengan sa.

Berdasarkan aktiviti ini, murid akan dapat satu pengalaman yang sangat

Page 9: perancangan tindakan

kukuh dengan menggunakan dienes blok dimana nilai ratus lebih besar

daripada nilia puluh, nilai puluh lebih besar daripada nilia sa. dan nilai

sa adalah paling kecil berbanding dengan nilai puluh dan nilai ratus .

Page 10: perancangan tindakan

Rajah : kit model “KOAB”

Gambar rajah di atas ialah kit model “KOAB” yang saya bina

untuk membantu murid dalam menyelesaikan masalah mencerakinkan

nombor mengikut nilai digit. Model ini diperbuat daripada kayu dan

tahan lama. Model ini juga memudahkan kerja guru serta boleh dibawa

dari kelas ke kelas untuk membimbing murid menguasai konsep nilai

digit dalam kemahiran mencerakinkan nombor. Saya membahagikan

model ini kepada tiga bahagian iaitu (A,B,C) dimana saya mula dengan

bahan konkrit iaitu menggunakan blok dienes diikuti bahagian

seterusnya semi konkrit iaitu mewakilkan nilai digit dengan

menggunakan kepingan kertas (gambar rajah) dan akhirnya kepada

abstrak dimana pelajar harus mencerakinkan nombor mengikut nilai

digit.

Dalam setiap bahagian, saya juga menyediakan ruang dalam kit

model “KAOB” untuk murid melatih menulis ayat matematik.

Sekiranya jawapan murid betul, murid diberi satu bintang sebagai

ganjaran untuk meningkatkan keyakinan serta kepercayaan murid. Saya

Page 11: perancangan tindakan

membina model ini dengan menggunakan pelbagai warna untuk

menarik minat kanak – kanak kepada pelajaran. Justeru, saya percaya

bahawa tiga bahagian yang terkandung dalam model “KOAB” ini dapat

membantu murid dalam mengembangkan pemahaman konsep nilai

digit mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu

daripada konkrit kepada abstrak.

Saya akan menjelaskan penggunaan model “KOAB ini untuk

menjelaskan konsep nilai digit dalam kemahiran mencerakinkan

nombor. Di sini saya menjelaskan secara terperinci langkah - langkah

menggunakan kit model “KOAB” ini untuk mencerakinkan nombor

mengikut nilai digit. Sebelum murid mencerakinkan nombor mengikut

nilai digit, murid harus menulis nama mereka dan nombor yang perlu

dicerakinkan di papan putih yang saya sediakan. Semasa murid menulis

nombor, murid juga membaca nombor tersebut dalam perkataan supaya

guru boleh mengenal pasti sama ada betul atau tidak.

Sebelum memasuki ke langkah pertama, murid perlu membaca

panduan penggunaan kit model “KOAB” ini. Saya menerangkan

kepada murid ciri – ciri dan cara penggunaan blok dienes dalam nilai

digit. Murid memegang dan merasai blok dienes supaya mengenal cirri

– cirinya seperti ratus mempunyai seratus kuib, puluh ada sepuluh kuib

dan sa ada satu kuib. Murid dapat membezakan ciri – cirinya mengikut

saiz sebenar. Seterusnya, saya akan menjelaskan mengenai nilai digit

bagi sebarang nombor menggunakan blok dienes. Setelah menerangkan

cara penggunaan blok dienes, saya menunjukkan beberapa demonstrasi

Page 12: perancangan tindakan

Langkah yang djalankan :

Murid dibekalkan blok dienes.

Murid perlu menyusun blok dienes mengikut nilai digit berdasarkan

soalan yang diberi.

Bagi soalan 365, murid mengagihkan blok dienes kepada 300, 60

dan 5 dan menyusun mengikut nilai digit.

Selepas menyusun, murid harus menulis ayat matematik dalam

ruang jawapan.

Sekiranya jawapan murid betul, murid diberi satu bintang sebagai

ganjaran.

Soalan guru : berapa ratus ada dalam nombor 365?

Soalan guru : berapa puluh ada dalam nombor 365?

Soalan guru : berapa sa ada dalam nombor 365?

menggunakan blok dienes. Murid – murid kemudian melatih tubi

menyatakan nilai digit bagi sebarang nombor menggunakan blok

dienes.

Rajah : Bahagian A (Konkrit)

Page 13: perancangan tindakan

Langkah yang djalankan :

( perwakilan simbolik ), Murid dibekalkan 3 jenis kepingan kertas

warna iaitu merah mewakili ratus, biru mewakili puluh dan kuning

mewakili sa.

Murid perlu melekatkan kertas tersebut mengikut nilai digit pada ruang

yang telah disediakan berdasarkan soalan yang diberi. (mengikut warna)

Bagi nombor 365, murid perlu melekatkan 3 kepingan kertas yang

berwarna merah pada tempat ratus untuk mewakilkan nilai digitnya

adalah 300.

Seterusnya murid perlu melekatkan 6 kepingan kertas yang berwarna

biru pada tempat puluh untuk mewakilkan nilai digitnya adalah 60.

Akhirnya murid perlu melekatkan 5 kepingan kertas yang berwarna

kuning pada tempat sa untuk melebalkan nilai digitnya adalah 5.

Murid menulis ayat matematik seperti 365 = 300 + 60 + 5 dalam ruang

jawapan.

Sekiranya jawapan murid betul, murid diberi satu bintang sebagai

ganjaran.

Rajah : Bahagian B ( Semi konkrit)

Bahagian B

Page 14: perancangan tindakan

Langkah yang djalankan :

( perwakilan simbolik ), Murid dibekalkan 3 jenis kepingan kertas

warna iaitu merah mewakili ratus, biru mewakili puluh dan kuning

mewakili sa.

Murid perlu melekatkan kertas tersebut mengikut nilai digit pada ruang

yang telah disediakan berdasarkan soalan yang diberi. (mengikut warna)

Bagi nombor 365, murid perlu melekatkan 3 kepingan kertas yang

berwarna merah pada tempat ratus untuk mewakilkan nilai digitnya

adalah 300.

Seterusnya murid perlu melekatkan 6 kepingan kertas yang berwarna

biru pada tempat puluh untuk mewakilkan nilai digitnya adalah 60.

Akhirnya murid perlu melekatkan 5 kepingan kertas yang berwarna

kuning pada tempat sa untuk melebalkan nilai digitnya adalah 5.

Murid menulis ayat matematik seperti 365 = 300 + 60 + 5 dalam ruang

jawapan.

Sekiranya jawapan murid betul, murid diberi satu bintang sebagai

ganjaran.

Langkah yang djalankan :

Murid perlu menulis nilai digit dalam jadual yang telah dibekalkan.

Murid harus menulis ayat matematik dalam jawapan. Bagi nombor 365, murid mencerakinkan nombor mengikut

nilai digit berdasarkan pengalaman mencerakinkan nombor

dari bahagian A dan bahagian B.

Murid menulis jawapannya 365 = 300 + 60 + 5 dalam ruang

jawapan.

Sekiranya jawapan murid betul, murid diberi satu bintang

sebagai ganjaran.

.

Rajah : bahagian C (abstrak)

Bahagian C

Page 15: perancangan tindakan

5.1.1 Carta Aliran Prosedur Tindakan

Setelah kumpulan sasaran untuk kajian tindakan ini

dikenal pasti, ujian pra akan diberikan kepada murid – murid

berkenaan untuk menguji tahap penguasan murid dalam

menyelesaikan masalah mencerakinkan nombor mengikut nilai

digit. Saya juga akan membuat analisis terhadap jawapan murid

untuk mengenal pasti jenis dan pola kesilapan yang dibuat.

Seterusnya, saya akan menjalankan tindakan yang dirancang

iaitu menggunakan model “KOAB” untuk pengajaran dan

pembelajaran kemahiran mencerakinkan nombor.

Pelaksanaannya adalah dalam empat sesi. Berikut merupakan

carta aliran prosedur tindakan yang akan dijalankan.

SESI PERTAMA

Sesi ini akan berlansung secara serentak kepada semua murid.

Memperkenalkan kit model “KOAB” dan tiga bahagian dalamnya iaitu bahagian A (konkrit) – bahagian B (semi konkrit) – bahagian C (abstrak) kepada semua ahli kumpulan sasaran.

Menerangkan cara penggunaan atau cara mengendalikan kit model “KOAB”.

Memperkenalkan peraturan kit model “KOAB”. (lembaran kerja dan ganjaran).

Murid bermain dengan kit.

SESI KEDUA

Sesi ini akan dilaksanakan secara berasingan iaitu seorang murid demi seorang murid.

Bahagian A

Memperkenalkan blok dienes kepada murid. Menerangkan cara mencerakinkan nombor mengikut nilai

Page 16: perancangan tindakan

SESI KEDUA

Sesi ini akan dilaksanakan secara berasingan iaitu seorang murid demi seorang murid.

Bahagian A

Memperkenalkan blok dienes kepada murid. Menerangkan cara mencerakinkan nombor mengikut nilai

Bahagian B

Murid menyusun blok dienes berdasarkan soalan yang diberi dengan pengalaman sedia ada dari bahagian A.

Memperkenalkan carta nilai tempat kepada murid. Daripada pengalaman menggunakan blok dienes murid

mengaitkannya dalam carta nilai tempat. Saya membimbing murid cara mencerakinkan nombor

mengikut nilai digit dengan mewakilkan kepingan kertas dalam carta nilai tempat berdasarkan blok dienes.

Mencerakinkan nombor mengikut nilai digit dengan mewakilkan kepingan kertas dalam carta nilai tempat dengan bantuan guru.

Mencerakinkan nombor mengikut nilai digit pada fasa semi konkrit tanpa bantuan guru.

Membuat pemerhatian untuk membuat triangulasi data. Memberikan ganjaran sekiranya jawapan murid betul.

Mencerakinkan nombor mengikut nilai digit pada fasa konkrit tanpa bantuan guru.

Saya membuat pemerhatian untuk membuat triangulasi data.

Memberikan ganjaran sekiranya jawapan murid betul.

Page 17: perancangan tindakan

Bahagian B

Murid menyusun blok dienes berdasarkan soalan yang diberi dengan pengalaman sedia ada dari bahagian A.

Memperkenalkan carta nilai tempat kepada murid. Daripada pengalaman menggunakan blok dienes murid

mengaitkannya dalam carta nilai tempat. Saya membimbing murid cara mencerakinkan nombor

mengikut nilai digit dengan mewakilkan kepingan kertas dalam carta nilai tempat berdasarkan blok dienes.

Mencerakinkan nombor mengikut nilai digit dengan mewakilkan kepingan kertas dalam carta nilai tempat dengan bantuan guru.

Mencerakinkan nombor mengikut nilai digit pada fasa semi konkrit tanpa bantuan guru.

Membuat pemerhatian untuk membuat triangulasi data. Memberikan ganjaran sekiranya jawapan murid betul.

Bahagian C

Murid mencerakinkan nombor mengikut nilai digit dengan mewakilkan kepingan kertas dalam carta nilai tempat dengan pengalaman sedia ada dari bahagian B (semi konkrit)

Saya membimbing murid cara menulis jawapan mencerakinkan nombor mengikut nilai digit melalui perwakilan simbolik.

Membimbing murid cara menulis ayat (abstrak) matematik berdasarkan semi konkrit tadi.

Membimbing murid menulis nilai digit pada jadual yang disediakan.

Mencerakinkan nombor mengikut nilai digit pada fasa abstrak tanpa bantuan guru.

Membuat pemerhatian untuk membuat triangulasi data. Memberikan ganjaran sekiranya jawapan murid betul.

SESI KETIGA

Sesi ini dijalankan secara berasingan iaitu seorang murid demi seorang murid menyelesaikan latihan.

Murid menjawab latihan yang terdapat dalam kit model “KOAB” dengan menggunakan blok dienes.

Murid menjawab latihan yang terdapat dalam kit model “KOAB” dengan mewakilkan kepingan kertas dalam carta nilai tempat.

Murid menjawab latihan yang terdapat dalam kit model “KOAB” dengan menulis ayat matematik.

Memberikan ganjaran sekiranya jawapan murid betul.

Page 18: perancangan tindakan

Intervensi saya iaitu kit model “KOAB” berasaskan teori

pembelajaran kognitif kanak – kanak, proses pembelajaran

mengikut Bruner, teori pemulihan, teori pemberian ganjaran dan

juga teknik pengajaran “hands on”. Saya juga mengapikasikan

beberapa teori yang saya telah sertakan dalam sorotan literatur.

Pada sesi yang pertama, saya akan memperkenalkan

model “KOAB” kepada murid secara serentak melalui

penggunaan kit yang dibina. Saya juga menjelaskan setiap

bahagian ada dalam model “KOAB” iaitu bahagian konkrit,

semi konkrit dan abstrak. Selepas itu, saya menerangkan cara

SESI KEEMPAT

Sesi ini akan dilaksanakan secara berasingan kepada murid yang terlibat.

Memberikan ujian pasca untuk menguji murid dan juga menilai sama model “KOAB” ini dapat membantu kemahiran murid dalam mencerakinkan nombor mengikut nilai digit.

Mengadakan sesi temu bual murid berkaitan cara penyelesaian soalan

SESI KETIGA

Sesi ini dijalankan secara berasingan iaitu seorang murid demi seorang murid menyelesaikan latihan.

Murid menjawab latihan yang terdapat dalam kit model “KOAB” dengan menggunakan blok dienes.

Murid menjawab latihan yang terdapat dalam kit model “KOAB” dengan mewakilkan kepingan kertas dalam carta nilai tempat.

Murid menjawab latihan yang terdapat dalam kit model “KOAB” dengan menulis ayat matematik.

Memberikan ganjaran sekiranya jawapan murid betul.

Page 19: perancangan tindakan

penggunaan atau cara mengendalikan kit model “KOAB” yang

saya bina seperti : -

bahagian A, murid harus menggunakan blok dienes

untuk mencerakinkan nombor mengikut nilai digit.

mencerakinkan nombor mengikut nilai digit dengan

menggunakan carta nilai tempat di bahagian B

melakukan perwakilan simbolik di bahagian C (rujuk

Lampiran 7). Saya juga memperkenalkan peraturan –

peraturan menggunakan kit model “KOAB” seperti

simpan semula pen maker selepas menggunakannya.

(rujuk Lampiran 8)

Akhir sesi ini, saya membenarkan murid bermain dengan

kit model KOAB yang telah saya bina bersama dengan bahan –

bahan manipulasi yang terdapat dalamnya.

Sesi kedua, saya menjalakannya secara individu iaitu

seorang murid demi seorang murid. Saya memulakan intervensi

saya dengan menggunakan bahan konkrit iaitu blok dienes. Saya

membimbing murid memahami hubungan antara, sa, puluh dan

ratus berdasarkan blok dienes. Saya juga membimbing murid

untuk mewakilkan nombor yang diberi kepada ratus, puluh dan

sa dengan menggunakan blok dienes. Saya menerangkan cara

mencerakinkan nombor mengikut nilai digit dengan

menggunakan blok dienes. Selepas itu, saya membimbing murid

untuk mencerakinkan nombor mengikut nilai digit dengan

Page 20: perancangan tindakan

menggunakan blok dienes. Murid diminta mewakilkan nombor

– nombor menggunakan blok dienes dan menyatakan nilai digit.

Saya meneruskan bahagian ini dengan contoh lain. Saya

menyemak serta membuat pemerhatian untuk membuat

triangulasi data. Murid diberikan ganjaran sekiranya jawapan

murid betul untuk meningkatkan kayakinan serta kepercayaan

murid. Langkah ini akan diulangi sekiranya murid tidak faham.

Seterusnya, saya mula mengurangkan bahan konkrit

sedikit demi sedikit dan berfokuskan kepada semi konkrit. Saya

akan memperkenalkan carta nilai tempat kepada murid. Sebagai

permulaannya murid sendiri menyusun blok dienes berdasarkan

soalan yang diberi dengan pengalaman sedia ada dari bahagian

A. Saya juga membimbing murid cara mencerakinkan nombor

mengikut nilai digit melalui carta nilai tempat dengan

mewakilkan kepingan kertas berwarna – warni. Saya

menerangkan dan membimbing murid untuk mencerakinkan

nombor mengikut nilai digit dengan mewakilkan kepingan

kertas dalam carta nilai tempat. Tambahan pula, Saya juga

membimbing cara untuk melekatkan kepingan kertas dalam

carta nilai tempat. Selepas itu, murid sendiri mencerakinkan

nombor mengikut nilai digit pada fasa semi konkrit tanpa

bantuan guru. Saya membuat pemerhatian aktif semasa murid

mewakikan kepingan kertas dalam carta nilai tempat. Akhir

Page 21: perancangan tindakan

sekali, Saya menyemak jawapan dan murid diberikan ganjaran

sekiranya jawapan murid betul.

Selepas itu, saya mengurangkan semi konkrit sedikit

demi sedikit untuk murid menguasai pada tahap abstrak.

Sebagai permulaannya murid sendiri mencerakinkan nombor

mengikut nilai digit melalui carta nilai tempat iaitu dengan

mewakilkan kepingan kertas berwarna - warni dengan

pengalaman sedia ada dari bahagian B (semi konkrit). Saya

membimbing murid cara menulis perwakilan simbolik dalam

jadual berdasarkan carta nilai tempat. Selepas itu, saya juga

membimbing murid mencerakinkan nombor dengan menulis

nilai digitnya dalam jadual pada bahagian C. Saya juga

membimbing murid cara menulis ayat matematik pada ruang

jawapan. Murid mencerakinkan nombor mengikut nilai digit

pada fasa abstrak tanpa bantuan guru dengan adanya

pengalaman dari bahagian A dan bahagian B. Saya menyemak

dan memberi ganjaran kepada murid sekiranya jawapan mereka

betul. Semasa aktiviti menjalankan, saya memerhati segala

perlakuan murid dan membuat penilaian formatif untuk

memastikan murid dapat menguasai konsep nilai digit dalam

kemahiran mencerakinkan nombor.

Langkah – langkah ini direka khas untuk murid – murid

kumpulan sasaran saya dan mereka dilatih dalam stail

pemulihan. Hal yang demikan kerana, mengajar konsep ini

Page 22: perancangan tindakan

kepada seorang murid demi seorang murid. Saya juga

mengurangkan bahan konkrit sedikit demi sedikit apabila

mengajar bahagian B. Seterusnya mengurangkan semi konkrit

sedikit demi sedikit apabila mengajar bahagian C. Walaupun

penggunaan bahan konkrit ini amat penting untuk memahami

satu konsep tetapi saya percaya bahawa pergantungan kepada

bahan konkrit perlu dikurangkan sedikit demi sedikit sehingga

murid mencapai pada tahap yang abstrak.

Pada sesi ketiga, saya akan memberi latihan mengenai

konsep nilai digit dalam kemahiran mencerakinkan nombor

kepada setiap murid. Sesi ini akan berlangsung secara individu

supaya saya akan membuat pemerhatian serta membuat

penilaian formatif dimana murid dinilai semasa membuat

aktiviti ini. Saya menyediakan laithan mengikut bahagian demi

bahagian, iaitu pada permulaannya murid menjawab latihan

yang terdapat dalam kit model “KOAB” dengan menggunakan

blok dienes dalam bahagian A. Seterusnya, murid menjawab

latihan tadi dengan mewakilkan kepingan kertas dalam carta

nilai tempat dalam bahagian B. Pada bahagian C pula, Murid

menjawab latihan dengan menulis jawapan dalam ayat

matematik. Murid diberi ganjaran sekiranya jawapan murid

betul. Sesi ini berlangsung selama sejam.

Pada sesi yang terakhir, saya memberi ujian pasca untuk

menguji murid terhadap soalan – soalan mencerakinkan nombor

Page 23: perancangan tindakan

mengikut nilai digit serta keberkesanan penggunaan kit model

“KOAB” ini dalam konsep nilai digit dalam kemahiran

mencerakinkan nombor. Akhirnya, saya mengadakan satu sesi

temu bual dengan murid berkaitan cara penyelesaian soalan.

Murid diminta menceritakan apa yang mereka laksanakan di

bahagian A, B dan C. saya akan menguji murid dan juga menilai

sama model “KOAB” ini dapat membantu kemahiran murid

dalam mencerakinkan nombor mengikut nilai digit hingga 1000.