perancangan tahun 5 sains

53
1.0 PENDAHULUAN Menurut Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Mata Pelajaran matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang selalunya dikatakan sangat sukar untuk difahami oleh pelajar. Sehubungan dengan itu, matematik terus tidak diminati oleh pelajar-pelajar. Oleh itu, saya berasa bertanggungjawab untuk mengubah tanggapan ini di kalangan pelajar. Saya memilih tajuk Pembundaran Nombor Bulat ini kerana ia merupakan tajuk agar sukar di fahami oleh pelajar Tahun 2 dalam bab 1, bidang nombor bulat. Dengan sebab yang demikian, saya merasakan adalah perlu menyemai sikap sukakan matematik di kalangan pelajar-pelajar di peringkat lebih awal. Selain itu, hasil pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran menunjukkan pelajar-pelajar tidak dapat menjawab soalan berhubung pembundaran ini dengan betul. Kajian ini telah dijalankan terhadap 30 orang pelajar Tahun 2 Kuning. Kumpulan ini merupakan kumpulan pelajar yang mempunyai pelbagai tahap yang berbeza di dalam bilik darjah. Walaupun tahap mereka berbeza, saya percayai di kalangan mereka adanya kurang memahami konsep dan teori matematik terutamanya dalam menguasai kemahiran yang asas seperti pembundaran nombor bulat. Lebih-lebih lagi tajuk membundarkan nombor bulat ini merupakan tajuk yang awal dalam sukatan pelajaran matematik Tahun 1. Keputusan ujian semester Pertama telah menunjukkan kumpulan sasaran ini seramai orang pelajar memang perlu diberi pengajaran pengukahan dan pemulihan. Beberapa sesi pangajaran dan pembelajaran telah dijalankan 1

Upload: suhshy-tan

Post on 03-Dec-2015

269 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sains tahun 5

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUAN

Menurut Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Mata Pelajaran matematik merupakan salah

satu mata pelajaran yang selalunya dikatakan sangat sukar untuk difahami oleh pelajar.

Sehubungan dengan itu, matematik terus tidak diminati oleh pelajar-pelajar. Oleh itu, saya

berasa bertanggungjawab untuk mengubah tanggapan ini di kalangan pelajar. Saya memilih

tajuk Pembundaran Nombor Bulat ini kerana ia merupakan tajuk agar sukar di fahami oleh

pelajar Tahun 2 dalam bab 1, bidang nombor bulat.

Dengan sebab yang demikian, saya merasakan adalah perlu menyemai sikap sukakan

matematik di kalangan pelajar-pelajar di peringkat lebih awal. Selain itu, hasil pemerhatian

semasa proses pengajaran dan pembelajaran menunjukkan pelajar-pelajar tidak dapat

menjawab soalan berhubung pembundaran ini dengan betul.

Kajian ini telah dijalankan terhadap 30 orang pelajar Tahun 2 Kuning. Kumpulan ini

merupakan kumpulan pelajar yang mempunyai pelbagai tahap yang berbeza di dalam bilik

darjah. Walaupun tahap mereka berbeza, saya percayai di kalangan mereka adanya kurang

memahami konsep dan teori matematik terutamanya dalam menguasai kemahiran yang asas

seperti pembundaran nombor bulat.

Lebih-lebih lagi tajuk membundarkan nombor bulat ini merupakan tajuk yang awal dalam

sukatan pelajaran matematik Tahun 1. Keputusan ujian semester Pertama telah menunjukkan

kumpulan sasaran ini seramai orang pelajar memang perlu diberi pengajaran pengukahan dan

pemulihan. Beberapa sesi pangajaran dan pembelajaran telah dijalankan untuk memahirkan

pelajar-pelajar ini dengan Membundarkan sebarang nombor kepada puluh dan ratus yang

terdekat.

1

1.1 Refleksi Pengalaman pengajaran dan pembelajaran

Masalah membundarkan nombor bulat dalam kalangan pelajar telah saya temui setiap tahun

sepanjang 3 tahun pengalaman saya mengajar matematik. Saya merasakan satu tindakan perlu

diambil memandangkan kemahiran membundarkan nombor bulat bukanlah satu kemahiran

yang susah untuk dikuasai. Tahun ini saya diberikan tanggungjawab mengajar matematik

Tahun 2, yang mempunyai 10 orang pelajar yang tidak dapat membuat latihan membundaran

nombor dengan betul. Semasa Pengajaran dalam kelas 10 orang pelajar ini agar lambat

menguasai teknik atau kemahiran yang diajar oleh guru. Mereka merupakan pelajar yang

lemah dalam Matematik. Saya merasa sungguh tercabar.

Saya cuba mencari punca masalahnya untuk dihadapai oleh mereka. Pelbagai strategik yang

diperlukan untuk mengajar pelajar tersebut. Selain itu, saya juga mendapati mereka perlu

dibimbing untuk menyelesaikan masalah matematik. Mereka berasa kecewa dan amat takut

semasa membuat latihan membundarkan nombor bulat. Konsep yang dikuasai tentang

membundarkan nombor dan nilai tempat agar lembah. Mereka tidak tahu menentukan nilai

yang perlu ditukar dan tidak faham perlu meletakkan nombor “0” selepas nombor

dibundarkan.

2

Rajah 1.1.1 Contoh masalah pelajar dalam pembundaran nombor

Berdasarkan Ujian semester kali pertama mata pelajaran Matematik pada tahun 2014.

Selepas pemeriksaan kertas soalan matematik ini, saya dapati ramai murid Tahun 2 Kuning

tidak dapat mencapai markah yang baik. Di dalam soalan ujian semester ini terdapat 10

soalan tentang tajuk membundarkan nombor bulat. Apabila saya merumuskan seperti jadual

1, terdapat 10 orang murid daripada 30 orang murid merupakan markah yang terendah dalam

ujian semester ini. Manakala, 10 orang pelajar ini didapati tidak dapat menjawab betul

kurang daripada 5 soalan pembundaran nombor bulat.

Dapatan ujian Mei 2014 juga menunjukkan masalah ini dengan jelasnya. Kesalahan yang

sering dilakukan oleh pelajar-pelajar ini tidak menukarkan digit selepas tempat pembundaran

kepada sifar menyebabkan jawapan akhir yang diberikan adalah salah. Mereka juga sering

terlupa untuk menambah satu kepada nilai tempat yang hendak dibundarkan jika digit di

sebelah kanannya bernilai 5 atau lebih.

3

Berikut merupakan contoh kertas soalan yang dikeluarkan pada bulan Mei 2014

Arahan: Perhatikan baris nombor berikut dan bulatkan jawapan yang betul.

Rajah 1.1.2 Contoh soalan bundarkan kepada puluh yang terdekat :

Rajah 1.1.3 Contoh soalan kepada ratus yang terdekat

4

bunbarkan kepada

puluh yang terdekat

bunbarkan kepada

ratus yang terdekat

Rajah 1.1. 4 Contoh soalan bundarkan kepada puluh dan ratus yang terdekat

Berdasarkan pemeriksaan buku latihan dan buku kerja pelajar didapati kebanyakan soalan

yang menggunakan garis nombor. Oleh itu saya berasa penggunaan garis nombor ini

merupakan cara yang terbaik dalam mengajar pembundaran nombor bulat. Melalui temu

bual dengan guru-guru matematik yang lain, saya dapati kalau pelajar tahap 1 kebanyakan

belajar konsep pembundaran nombor melalui garis nombor dengan lebih cepat tepat dan

senang.

5

Bunbarkan kepada puluh yang terdekat

6

Rajah 1.1.5 Contoh Soalan yang mengunakan garis nombor“ Bunbarkan kepada ratus yang terdekat” di dalam buku kerja pelajar.

2. Fokus Kajian

Fokus kajian ini adalah untuk mengenal pasti strategik yang sesuai dimanpapkan kemahiran

dan meningkatkan minat pelajar dan kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar yang lemah.

Pelajar-pelajar ini juga merupakan pelajar-pelajar yang sangat lemah penguasaannya dalam

mata pelajaran matematik. Selain itu, kumpulan pelajar ini masih gemar bermain. Namun

begitu sebagai seorang guru saya tidak pernah berputus harapan dalam menjalankan

tanggungjawab terhadap mereka.

Kaedah menggunakan “Kad Caris Nilai” ini dicetuskan atas rasa bahawa pelajar-pelajar ini

tidak boleh diajar melalui kaedah ‘chalk and talk’ sahaja. Penggunaan CD-Rom yang

dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran juga gagal untuk menarik minat pelajar-pelajar

ini. Mereka memerlukan aktiviti yang berbentuk ‘hands-on’. Justeru, pengkaji telah mereka

bentuk ‘Kad Garis Nilai’ dan digunakan di dalam pengajaran pembundaran nombor bulat.

Fokus utama kajian adalah supaya pelajar dapat menukarkan digit-digit yang berada selepas

nilai tempat pembundaran kepada “0” serta dapat menambahkan satu kepada digit yang

dibundarkan sekiranya digit yang berada di sebelah kanannya bernilai 5 atau lebih daripada 5.

Dalam peperiksaan semester biasanya terdapat 5 hingga 10soalan mengenai membundarkan

nombor bulat.

Oleh itu, jika perkara ini dibiarkan pelajar pasti tidak dapat menjawab soalan tersebut

dengan betul sedangkan kemahiran ini merupakan kemahiran yang paling asas. Kemahairan

membundarkan ini juga akan terus digunakan di dalam matapelajaran matematik hingga ke

tahun 6. Biasanya, diperingkat yang lebih tinggi pelajar-pelajar akan diminta untuk

membundarkan jawapan mereka kepada satu nilai tempat yang ditetapkan. Jika mereka tidak

7

Menguasainya semasa di tahun 2, maka mereka tidak akan menjawab soalan tersebut dengan

tepat.

Sebelum menjalani kajian ini, saya pernah mendengar guru-guru yang mengajar matematik

mengatakan bahawa murid-murid yang dalam golongan lemah ini masih tidak dapat

menangkap konsep membundarkan nombor ini dengan betul. Jikalau mereka dapat

menguasai kemahiran ini, maka mereka berkeminngkin dapat lulus dalam matapelajaran

matematik. Ini adalah kerana terdapat 10 soalan dalam penilaian semester.

Sebelum melaksanakan kajian tindakan, saya telah mengadakan tinjauan awal. Dalam kajian

ini, saya telah menggunakan beberapa instrument kajian. Antaranya adalah pemeriksaan

buku latihan para murid, memerhatikan ujian semester, mengadakan temubual dengan guru-

guru yang berpengalaman dalam matematik. Tujuan perbincangan ini adalah untuk

mengetahui tentang tahap dan penglibatan para pelajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Tambahan pula, perbincangan dengan guru-guru yang berpengalaman membantu saya

mengumpul maklumat yang lebih terperinci mengenai tentang tahap penguasaan dan

kebolehan dalam penyelesaian masalah membundarkan nombor bulat. Saya juga dapat

berkongsikan strategi dan kaedah yang sering digunakan untuk beliau semasa mengajar

membundaran nombor bulat. Respons perbincangan telah menyokong dan membantu saya

untuk meneroka tindakan saya dalam alatan bantu mengajar dapat digunakan dalam

pengajran dan pembelajaran membundarkan nombor bulat.

8

Jadual 2.1 : Tinjauan awal

Langkah-langkah Cara penilaian Kumpulan sasaran Tujuan

1. Temubual Guru-guru yang

berpengalaman dalam

mengajar matematik.

Untuk mengenal pasti

strategi yang digunakan.

2 Perbincangan Guru matematik Tahun

2

Untuk mengenal pasti pelajar

yang lemah dan masalah

yang dihadapi oleh golongan

yang lemah ini.

3 Pemeriksaan

buku latiahan

dan kertas

soalan ujian

semester

30 orang pelajar murid

tahun 2

Untuk mengenal pasti pelajar

yang lemah dalam

penguasaan kemahiran

membundar nombor bulat.

9

 3. Objektif Kajian/Soalan Kajian

3.1 Objektif am

Tujuan kajian ini alalah untuk meningkatkan kemahiran membundaran nombor bulat melalui

aplikasi “ kad Garis Nilai” bagi Pelajar Tahun 2 Kuning.

3.2 Objektif Khusus

i. Mereka ciptakan satu alat bantuan mengajar yang berkesan untuk membantu pelajar

yang lemah dalam membundaran nombor bulat.

ii. Membuktikan keberkesanaan tindakan yang dilaksanakan untuk memantpkan

kemahiran membundaran nombor bulat melalui aplikasi :kad garis nilai” bagi pelajar

Tahun 2 Kuning.

i.

3.3 Soalan Kajian

i. Bagaimana pelajar Tahun 2 dapat meningkatkan kemahiran pembundaran nombor

bulat kepada puluh dan ratus yang terdekat dengan menggunakan “Kad Garis Nilai”?

ii. Bagaimana “Kad Garis Nilai” dapat membantu pelajar Tahun 2 menguasai

Pembundaraan nombor bulat kepada puluh dan ratus yang terdekat?

10

4.0 Kumpualan Sasaran

Responden kajian ini ditujukkan kepada Tahun 2 Kuning iaitu kelas kedua dimana

pencapaian mereka adalah lemah. Jumlah semua murid di dalam kelas ini ialah 30 orang.

Jumlah murid lelaki ialah 14 orang manakalah jumlah murid perempuan ialah 13orang. Dari

jumlah murid 30 orang, saya telah memilih seramai 10 orang pelajar sebagai kumpulan

sasaran. Mereka terdiri daripada 6 orang pelajar lelaki dan 4 orang pelajar perempuan.

Mereka juga terdiri daripada pelbagai etnik dan latar belakang. Iaitu, etnik Melayu, cina dan

Asli. Mereka terdiri daripada keluarga kelas pertengahan dan rendah. Semua pelajar

berkenaan berumur 8 tahun. Mereka mempunyai kebolehan yang berbeza. Murid-murid ini

juga menghadapi masalah untuk memahami subjek yang lain. Maklumat kumpulan sasaran

adalah seperti ditunjukkan dalam jadual 2:

Jadual 4.1: Kumpulan Sasaran mengikut etnik

Lelaki Perempuan

Melayu Cina Asli Melayu Cina Asli

bil % bil % bil % bil % bil % bil %

3 30 3 30 0 0 0 0 3 30 1 10

11

Jadual 4.2 : Kumpulan Sasaran mengikut Ujian semester bulan Mac 2014

Sampel data

JatinaMarkah

No Soalan Membundaranx1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

1 L 70 1 1 1 1 x x 1 1 1 x 32 L 45 1 1 1 x x x x x 1 1 53 P 67 1 1 1 x 1 x x x x 1 54 P 80 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 05 L 90 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 06 P 78 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 07 P 58 1 1 1 1 x x x 1 x 1 38 L 80 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 09 P 90 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 0

10 P 100 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 011 L 89 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 012 L 30 x x x x x x x x x x 1013 L 28 1 1 x x x x x x x 1 714 L 35 1 x x x x x x x x x 915 P 67 1 1 1 1 1 x x x x x 516 P 79 1 1 1 1 1 1 1 1 x x 217 P 69 1 1 x 1 x x 1 x x x 618 L 35 1 x x x x x x x x x 919 P 56 1 1 x x x 1 1 x x 1 520 P 78 1 1 1 1 x 1 1 1 1 1 021 P 90 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 022 L 89 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 023 L 88 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 024 P 78 x x 1 1 1 1 1 1 x 1 325 P 56 1 1 1 x x x 1 x x x 626 L 34 x x x x x x x 1 x 1 827 L 45 1 1 x x 1 1 x x 1 1 428 P 33 1 1 x x x x x x x 1 729 P 67 1 x x 1 1 x x x x x 730 L 35 x x x x 1 1 1 x x 1 6

12

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

Saya telah mengapliksi Model Kemmis & Mc Taggart (1988) , iaitu satu kitaran

kajian dalam kajian tindakan saya. Model ini terdapat 4 elemen utama dalam model ini iaitu

Mereflek, Tinjauan awal, Merancang tindakan dan Melaksana tindakan & memerhati. Rajah

Model Kemmis & Mc Taggart adalah seperti berikut:

5.1 Model Kemmis dan Mc Taggart

http://pomizi-research.blogspot.com/p/models.html

Menurut kepada Model Kemmis dan Mc Taggart, proses kajian tindakan

bermula pada peringkat awal iaitu guru membuat refleksi ke atas setiap isu pengajaran dan

pembelajarn yang hendak diselesaikan. Kemudian guru hendaklah menyediakan suatu

rancangan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapainya. Langkah yang

seterusnya, guru perlu melaksanakan rancangan yang dihasilkan oleh guru. Dalam proses

pelaksanaan guru perlu membuat permerhatian kemajuan tindakan yang dijalankan itu.

13

Keseluruhan pelaksanaan itu dikira sebagai 1 kitar. Jikalau masalah itu tidak diatasi, guru

boleh memulakan proses semula mengikut kitar tersebut sehingga masalah itu diselesaikan.

5.1 PROSEDUR KAJIAN

Melalui pengalam pengajaran lepas, saya difahami kebanyakan pelajar mempunyai

masalah dalam konsep pembundaran nombor pada peringkat awal, iaitu pelajar Tahun 1

hingga Tahun 3. Bagi menyelesaikan masalah ini, saya telah melaksanakan satu kajian

tindakan yang bertajuk “ meningkatkan kemahiran pembundaran nombor bulat”. Saya telah

mengapliksikan “Kad Garis Nilai” sebagai alatan bantu mengajar.

Setelah membuat tinjauan awal, saya telah memberi rasional terhadap penggunaan

alatan Garis nombor. Saya telah menjalankan kajian tindakan ini dalam jangka masa 2

minggu dan menggunakan 4 waktu pengajaran. Satu sesi pengajaran dan pembelajaran

mengambil masa 1 jam. Dalam sesi pertama proses pengajaran dan pembelajaran saya telah

memberikan ujian 1 yang merangkumi topic pembundaran nombor. Tujuan utama ujian

pertama ini adalah untuk menguji kemampuan dan tahap kefahaman pelajar-pelajar dalam

topik pembundaran nombor bulat. Seterusnya, saya telah mengumpul data pemarkahan ujian

I. Melalui ujian pertama, saya telah mengenal pasti bilangan murid yang kurang memahami

dalam penguasaan konsep tersebut. Rujukan ujian 1 dalam lampiran I.

Dalam sese kedua, saya telah mengajar topic pembundaran melibatkan

pengumpulan semula dengan menggunakan kaedah yang dirancangkan iaitu cara

mengaplikasikan alatan “Kad Garis Nilai”. Alatan bantu mengajar ini sesuai digunakan bagai

pelajar yang menghadapi masalah dalam pembundaran nombor bulat dan juga bagi pelajar

14

yang kurang mahir dalam konsep pembundaran nombor. Peluang membuat kesilapan

menggunakan alatan ini adalah agak kurang.

Pertama, saya telah mengajar mereka mengenai cara menggunakan alatan Kad Garis

Nilai dengan menggunakan persembahan alat mudjuk. Pada masa yang sama, saya

membahagikan pelajar kepada 5 kumpulan, iaitu setiap kumpulan 2 orang. Saya juga telah

mengedarkan alatan tersebut kepada setiap kumpulan pelajar. Saya mengajar langkah demi

langkah para pelajar haruslah menulis nombor di dalam ruang nilai tempat tertentu. Saya

membimbing mereka satu kumpulan demi kumpulan supaya mereka dapat mengikut dan

mengaplikasi alatan tersebut. Selepas membuat beberapa contoh soalan, saya telah

mengedarkan lembaran kerja yang disediakan sebagai aktiviti pengukuhan.

Cara penyelesaian masalah pembundaran nombor bulat kepada puluh terdekat dan

ratus terdekat adalah seperti berikut:-

Langkah 1 :

Guru menggunakan MS power point mempersembahkan garis nombor.

Pelajar diminta fikir semula tentang nombor yang perlu ditambah semasa membuat

pembundaran nombor bulat. Selepas itu, guru tunjukan nombor-nombor tersebut. Guru juga

menggunakan Garis Nombor untuk membuat penjelasan mengapakah nombor-nombor

tersebut perlu ditambah 1.

15

Langkah 2 :Guru menggunakan jadual menunjukkan nombor-nombor tersebut dan

bahagikan nombor-nombor tersebut kepada nombor kecil dan nombor besar.

Nombor kecil ( X 1) Nombor besar ( + 1 )

0, 1, 2, 3, 4 5, 6, 7, 8, 9

Langkah 3 :

Guru mengajar pelajar cara-cara mengisikan soalan ke dalam “Kad Garis Nilai” dan

mengenal pasti nilai tempat digit yang hendak dibundarkan. Selepas itu, gariskan digit yang

hendak dibundarkan. Seterusnya, lihat digit sebelah kanan.

16

Langkah 4:

Guru meminta pelajar mengenalpasti nombor yang perlu dilihat itu, adakah nombor besar

atau nombor kecil. Selepas itu, pelajar membuat ubahsuaian di Kad Garis Nilai tersebut.

Akhir sekali, pelajar mendapatkan jawapan.

Pelajar membuat ubahsuaian.

Jawapan : 4780

17

Contoh soalan yang berkaitan dengan nombor besar:

Langkah 1 dan langkah 2 adalah seperti di atas.

Langkah 3 :

Saya meminta pelajar tulis dan gariskan nombor dan seterusnya pelajar bergerakkan

kad garis tersebut di nilai tempat digit ratus. Pelajar membuat banding beza dan membuat

ubahsuaian dengan menggunakan alatan tersebut.

Langkah 4 :

Guru meminta pelajar mengenalpasti nombor yang perlu dilihat itu, adakah nombor besar

atau nombor kecil. Selepas itu, pelajar membuat ubahsuaian di “Kad Garis Nilai” tersebut.

Jawapan : 4880

18

+1

Dalam sesi ke-4, saya telah mengulangi sesi pengajaran dan pembelajaran dengan

mengaplikasikan alatan “Kad Garis Nilai”. Saya telah memberi banyak soalan sehingga

semua pelajar mempunyai kefahaman yang jelas terhadap topik pembundaran nombor bulat

tersebut. Sebagai latihan pengukuhan saya telah mengedarkan beberapa soalan yang sesuai

dengan tahap dan kemampuan para pelajar.

Dalam sesi seterusnya, saya telah mengadakan ujian II untuk mengetahui peningkatan

dan tahap pemahaman pelajar terhadap pengguanan aplikasi “ Kad Garis Nilai”. Seterusnya,

saya mengumpul markah ujian II untuk berbanding beza dengan markah ujian I.

Selepas ujian II, saya mengedarkan kertas soal selidik kepada sekumpulan pelajar

untuk mengetahui minat, perasaan dan kefahaman mereka terhadap aplikasi alatan tersebut.

Soal selidik ini dapat membantu saya mengetahui keberkesanaan penggunaan alatan bantu

mengajar baru di kalangan pelajar. Selain itu, soa selidik juga boleh membantu saya untuk

mengetahui reaksi para pelajar terhadap pengunaan “Kad Garis Nilai”. Rujuk ujian II dalam

lampiran II.

Jadual 5.1.1: Perancangan tindakan

Bil Aktiviti & Tarikh Kumpulan

sasaran

Tujuan

1. Sesi pengajaran dan

pembelajaran pertama

(60minit)

30 orang pelajar

dari Tahun 2 K

Untuk menguji kemampuan dan tahap

kefahaman pelajar dalam topic

pembundaran nombor bulat.

19

2. Sesi pengajaran dan

pembelajaran kedua

( masa: 60 minti)

Murid yang

dipilih melalui

Ujian I (10 orang

murid dari Tahun

2K)

Saya telah mengajar pembundaran nombor

bulat. Saya menggunakan Ms Power Point

bagi sesi Pengajaran.

Saya mengedarkan lembaran kerja kepada

pelajar.

3. Sesi Pengajaran dan

pembelajaran ketiga

10 orang pelajar

dari Tahun 2K

Saya mengulangi sesi pengajaran dan

pembelajaran dengan menggunakan “Kad

Garis Nombor”. Saya telah

menggunakanMs Power Point bagi

menerangkan langkah demi langkah untuk

mengajar pembundaran nombor bulat.

Saya juga melaksanakan kerja kumpulan

bagi memantapkan kefahaman pelajar.

Melalui kerja kumpulan pelajar boleh

berkongsi pengetahuan dan pengalaman

mereka.

4. Sesi pengajaran dan

pembelajaran keempat

(ujian II)

10 orang pelajar

Tahun 2K

Untuk mengetahui peningkatan dan tahap

pemahaman mereka terhadap penggunaan

“Kad Garis Nilai”.

5. Soal Selidik 10 orang pelajar

Tahun 2K

Untuk mengetui keberkesanan penggunaan

“ Kad Garis Nilai”.

20

5. 2 Perancangan cara mengumpulan data

Saya telah menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif untuk mengumpul data

dalam kajian tindakan saya. Dalam pelaksanaan kaedah Kualitatif, saya telah menggunakan

cara perbincangan, pemeriksaan buku latihan para pelajar, temu bual dan soal selidik.

Sebagai persediaan awal kajian tindakan, saya juga menjalankan sesi perbincangan bersama

dengan Pn Siow Sin Yee selaku guru matematik Tahun 2 Kunig Sekolah Chun Yin, Titi.

Tujuan utama perbincangan ini adalah untuk mendapat maklumat lanjut mengenai

prestasi murid dalam matapelajaran matemaik dan latar belakang mereka. Saya juga

mengumpul maklumat secara terus dengan guru-guru matematik yang berkemahiran demi

mendapat sedikit maklumat tentang keberkesaan strategik pengajaran Pembundaran nombor.

Ia juga telah membantu saya untuk mengetahui tentang tahap pelibatan para pelajar dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Saya juga boleh mengetahui tentang kaedah pengajaran

guru serta pandangan guru terhadap tingkah laku pelajar semasa Pengajaran dan

pembelajaran dijalankan.

Seterusnya, saya telah memeriksa buku latihan pelajar. Tujuan utama pemeriksaan

buku latihan adalah untuk melihat kesungguhan para pelajar terhadap mata pelajaran

matematik. Ia juga membantu saya mengenai masalah sebenar yang mereka hadapi. Saya

juga telah mengumpul data melalui latihan matematik yang telah diberikan semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran kepada para pelajar. Ia telah membantu saya untuk memastikan

punca utama bagi kesilapan yang dilakukan oleh para pelajar.

21

Saya juga menggunakan kaedah temubual demi mengumpul maklumat secara terus

dengan guru-guru matematik yang berkemahiran demi mendapat sedikit maklumat tentang

keberkesaan strategik pengajaran Pembundaran nombor. Temubual dijalankan secara tidak

formal semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran. Hasil maklumat daripada temubual

dijadikan panduan asas bagi merangka kaedah kajian ini.

Dalam pelaksanaan kaedah kuantitatif, saya telah menjalankan ujian I dan Ujian II .

Ujian I diberikan kepada kumpulan sasaran unutk mengesan sejuah mana kefahaman pelajar

dalam pembundaran nombor bulat. Ia juga digunakan untuk mengesan tentang masalah

sebenar yang mereka hadapi dalam menjawab soalan berkaitan pembundaran. Sebanyak 10

soalan diminta pelajar menjawab dalam masa 15 minit.

Selepas proses pengajaran dan pembelajaran pengguna “Kad Garis Nilai”, Ujian II

juga saya berikan kepada kumpulan sasaran. Ujian II diberikan untuk menguji tahap

kefahaman pelajar terhadap pengguna “Kad Garis Nilai”. Seterusnya, saya mengumpul

markah ujian II untuk berbanding beza dengan markah ujian I.

22

5.3 Perancangan Cara menganalisis data

Data kajian telah dianalisiskan seperti berikut:

i. Pemerhatian

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, pemerhatian turut dijalankan

demi mengenalpasti tahap sebenar penguasaan kemahiran Pembundaran nombor di

kalangan pelajar-pelajar tahun 2 Kuning. Kaedah ini bukan sahaja dapat memberi

gambaran yang jelas kepada saya tentang keberkesanan kaedah pengajaran, malah ia juga

dapat membantu saya mengetahui minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran

sesi tersebut.

ii. Temubual

Saya telah menganalisiskan data melalui temubual secara analisis kandungan. Saya telah

mencatat segala respons dan pengalaman yang dicadangkan oleh guru yang

berpengalaman. bertemubual dapat mengumpul maklumat secara terus dengan guru-guru

matematik yang berkemahiran demi mendapat sedikit maklumat tentang keberkesaan

strategik pengajaran Pembundaran nombor.

Contoh Soalan yang di tanya semasa temubual:

1. Apakah kaedah yang selaunya digunakan dalam pembundaran nombor?

2. Apakah strategic yang berkesan dalam pengajaran pembundaran nombor?

3. Adakan alatan bantu mengajar digunakan dalam pengajaran?

4. Bagaimanakan tahap penguasaan pelajar Tahun 2 Kuning?

5. Kaedah atau strategic biasa digunakan dalam pembundaran nombor?

23

iii. Pemeriksaan buku latihan para pelajar

Saya juga memeriksa buku latihan Matematik pelajar untuk mengenali masalah sebenar

dalam penguasaan konsep pembundaran nombor bulat. Sebagai bukti pemeriksaan buku

latihan pelajar, saya mengambil gambar semasa pelajar membuat latihan yang diberikan.

saya juga mengambil gambar pelajar yang terlibat dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran.

iv. Maklumat dokumentasi

Maklumat-maklumat ini merupakan infomasi penting bagi saya untuk memahami dengan

lebih mendalam mengenai sejauh manakah penguasaan kumpulan sasaran saya. Contoh-

contoh maklumat dokumentasi yang saya rujuk adalah seperti rekod keputusan

peperiksaan lepas, kerja rumah murid, kertas peperiksaan.

v. Ujian I dan Ujian II

Saya telah menganalisiskan data ujian pra dan ujian pasca dalam bentuk markah ujian.

Saya mengkategorikan markah-markah ujian kepada 4 tahap iaitu tahap cermerlang, baik,

memuaskan dan lemah. Tahap markah ujian adalah seperti berikut:-

Tahap Markah

Cemerlang 80 - 100

Baik 60 -79

Memuaskan 40 - 59

Gagal 10 - 39

24

Contoh jadual 5.3.1 min ujian I dan ujian II:

Perkara Min

Ujian I

Ujian II

Contoh jadual 5.3.2 peratusan:-

Gred

Ujian I Ujian II

Peratusan peningkatanBil % Bil %

Cemerlang

( 80% - 100%)

Baik

( 60%- 79%)

Memuaskan

(40% -59%)

Lemah

(0% - 39%)

Contoh Jadual 5.3.3 Peningkatan Peratusan Markah Ujian I dan Ujian II

Ujian I Ujian II

Cemerlang

Baik

Memuaskan

Lemah

25

5.4 Perancangan pelaksanaan tindakan

Jadual 5.4.1: Pelaksanaan Kajian Tindakan

No Tugasan Nov 2014 Jan 2015 Feb 2015

M

1

M

2

M

3

M

4

M

1

M

2

M

3

M

4

M

1

M

2

M

3

M

4

1. Perbincangan dengan tutor

tentang tajuk

/

2. Pemeriksaan buku latihan pelajar /

3. Temubual dengan guru /

4. Ujian I /

5. Sesi pengajaran dan pembelajaran

pertama dengan penggunaan “Kad

Garis Nilai”

/

6. Sesi pengajaran dan pembelajaran

pertama dengan penggunaan “Kad

Garis Nilai”

/

7. Ujian II /

8. Soal selidik /

9. Perbincangan dengan guru tentang

kemajuan dan keberkesanan

/

26

Jadual 5.4.2 : Kos Kajian Tindakan

Bil Jenis barang Bilangan unit Jumlah harga

1. Kertas A4 1 bungkus RM 8.00

2. Kad manila 10 keping RM 5.00

3. Marker pen 5 batang RM 15.00

4. Papan putih kecil (witheboard) 5 keping RM 8.00

Jumlah RM36.00

6.0 CARA MENGUMPULAN DATA

Data yang dikumpulkan membolehkan saya menentukan keberkesanan kaedah alternative

saya. Saya telah mengumpulkan data di mana sebelum kaedah alternative ini diperkenalkan

semasa kaedah alternatif diperkenalkan dan selepas kaedah alternatif digunakan. Saya juga

telah mengumpulkan data daripada sesi pengajaran dan pembelajaran saya supaya saya dapat

melihat kebolehan pelajar dan keyakinan pembelajaran mereka menggunakan “KAD GARIS

NILAI” tersebut.

Sebelum kaedah alternatif diperkenalkan kepada pelajar Tahun 2

6.1 Temubual dengan guru yang berpengalaman

Sebelum melaksanakan kajian, saya telah membuat beberapa rancangan awal supaya

dapat meneruskan kajian saya dengan lebih teratur dan berkesan. Antaranya adalah saya

telah mengadakan sesi perbincangan dengan Pn. Siow Sin Yin selalu guru matematik yang

27

mahir. Beliau merupakan seorang guru yang sangat berpengalaman dan mahir dalam bidang

akademik. Beliau telah memberikan banyak cadangan yang berguna dan berkesan. Dalam

perbincangan tersebut, saya telah memahami masalah-masalah yang berlaku semasa

pembelajaran pelajar mempelajari membundaran nombor bulat.

Berdasarkan perbincangan dan temu bual dengan beliau, saya telah memahami

masalah para pelajar dalam memahami konsep membundarkan nombor bulat. Topik

membundarkan nombor bulat tidak menjadi masalah yang besar, pelajar perlu memahami

kedudukan dan nilai tempat terlebih dahulu sebelum menyelesaikan masalah matematik.

Beliau mengatakan bahawa pelajar Tahun 2 selalu keliru tentang pembundaran terutamanya

bila nombor yang dibundarkan perlu ditambah nilai 1 atau tidak.

Masalah Kedua yang selalu dapat dilihat bagi pelajar yang lemah, mereka tidak faham

konsep pembundaran nombor. Pelajar Tahun 2 tidak memahami bahawa membundar nombor

merupakan suatu kaedah untuk mencari nilai yang terdekat bagi puluh, ratus, ribu dan

sebagainya. Kesalahan selalu berlaku adalah nombor “0” tidak diletak di tempat yang betul.

Contohnya, membundarkan nombor 1 835 kepada ratus yang terdekat. Pelajar akan

memberikan jawapan 1 805.

Cara untuk mengatasi masalah konsep ini, beliau bercadang guru memperkenalkan

konsep pembundaran kepada pelajar. Beliau mengatakan pembundaran adalah mencari nilai

yang berhampiran dengan nombor yang perlu dibundarkan.

Contohnya: bundarkan 1421 kepada ratus yang terdekat.

1412 : 412 dekat dengan 400 daripada 500

28

Masalah yang seterusnnya adalah pelajar tidak tahu cara yang betul menulis nombor apabila

telah dibundarkan nilai tempat yang terdekat. Jawapan yang diberikan itu selalunya salah dan

tidak tepat. Beliau memperkenalkan teknik “kawan besar” dan “kawan kecil” pada garisan

nombor atau dengan menggunakan tangan pelajar sendiri.

Dengan cadang dan strategic yang diberikan kepada guru yang berpengalaman ini,

saya pun berfikir untuk menyelesaikan masalah “kawan besar” dan “kawan kecil” dengan

menggunakan “Kad Garis Nilai”, supaya pelajar yang lemah boleh melihatkan nombor dan

membuat pembundaraan nombor.

6.2 Pemeriksaan buku latihan pelajar

Saya juga memeriksa buku latihan matematik para pelajar, tujuan adalah untuk

mengenali masalah sebenar yang dihadapi oleh mereka dalam topic penambahan.

29

Pemeriksaan buku latihan juga membantu saya bagi memahami tahap pembelajaran dan juga

kemampuan pelajar dalam topic ini. Ia juga membantu saya memilih kaedah dan teknik

yang sesuai supaya para responden dapat memahami konsep membundaran nombor bulat

dengan lebih senang dan mudah.

Melalui pemeriksaan buku, saya mendapati kebanyakan pelajar yang lemah menghadapi

masalah yang sama dalam topic membundaran nombor. Rajah 6.2.1 menunjukkan masalah

yang dihadapi oleh pelajar semasa membuat membundar nombor kepada puluh dan ratus

yang terdekat.

Gambar 1 Gambar 2

Rajah 6.2.1 :Menunjukkan masalah yang dihadapi oleh pelajar

Gambar rajah 1 : Membundarkan nombor 805 kepada ratus yang terdekat.

Jawapan pelajar ialah 806

Gambar rajah 2 : Membundarkan 394 kepada ratus yang terdekat.

Jawapan pelajar ialah 304.

6.3 Analisis dokumentasi

Berikut merupakan analisi keputusan berdasarkan pencapaian pelajar dalam keputusan ujian

penilaian semester akhir tahun 2014.

30

Jadual 6.3.1 : Analisis keputusan ujian penilaian semester akhir tahun 2014

MARKAH GRED JUMLAH MURID(10)

(%) BIL MURID (%)

0 – 19 E 0 0

20 - 39 D 7 70

40 – 59 C 2 20

60 – 80 B 1 10

81 - 100 A 0 0

Daripada analisis keputusan di atas, saya dapat mengenal pasti bahawa ramai pelajar

menghadapai masalah untuk menjawab soalan membundaran nombor dalam ujian penilaian

semester. Seramai 70% daripada jumlah keseluruhan pelajar mendapat gred D, 20% daripada

jumlah keseluruhan pelajar mendapat gred C dan 10% daripada jumlah keseluruhan pelajar

Berjaya memperolehi gred B, manakala 0% pelajar yang mendapat gred A.

Berdasarkan analisi yang dilakukan secara teliti, hanya 30% daripada jumlah

keseluruhan murid Berjaya melepasi tahap peratus lulus iaitu melebihi markah 40%.

Selebihnya iaitu sebanyak 70% daripada jumlah keseluruhan pelajar lagi berada di bawah

peratus lulus iaitu 40% dan ke bawah. Peratus lulus yang amat sedikit ini menunjukkan

bahawa ramai pelajar masih tidak boleh menguasai tajuk ini dengan baik.

Semasa alternative diperkenalkan kepada pelajar Tahun 2

6.4 Pemerhatian

31

Semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran saya turut memerhatikan

tingkalaku pelajar tentang keminatan pelajar dalam matematik. Dalam pengajaran pertama

(tanpa menggunakan “KAD GARIS NILAI”). Dalam sesi pengajaran pertama kali, saya

telah mengedar soalan membundarkan nombor bulat kepada pelajar.

Pelajar-pelajar kumpulan ini kelihatan tidak berminat dan tidak berkemampu

menyelesaikan soalan yang diedarkan. Ini adalah kerana pelajar tersebut tidak dapat

menjawab soalan tersebut. Mereka berasa sangat sukar untuk menyelesaikan soalan

membundaran nombor.

Rajah 6.4.1 Pelajar menggunakan Kad Garis Nilai untuk menjawab soalan.

Selepas sesi pengajaran dan pembelajar kedua, saya telah memperkenalkan cara

penggunaan “Kad Garis Nilai” untuk menjawab soalan membundaran nombor. Pelajar yang

telah memahami cara penggunaan “Kad Garis Nilai” kelihatan minat dalam pembelajar ini.

Mereka ingin bercuba untuk menjawab soalan dan bersemangat dalam pengajaran saya.

32

Berdasarkan pemerhatin menggunakan catatan bebas seperti di Lampiran B, saya

dapati pelajar Tahun 2 Kuning mempunyai minat untuk mempelajari mata pelajaran

matematik, tetapi mereka sukar untuk menghafal penukaran yang rumit dan konsep sebenar

membundaran nombor bulat. Pelajar dilihat memberi perhatian semasa sesi pdp berlangsung.

Ini disebabkan kaedah yang saya gunakan berbeza dengan guru lain. Mereka juga

menunjukkan tingkah laku yang positif dalam kelas.

6.5 Ujian I dan Ujian II

Jadual 6.5.1 yang berikutnya menggambarkan markah ujian I dan ujian II bagi 10

orang responden kajian saya. Sebagai langkah pertama, saya telah menyenaraikan nama

pelajar dikuti markah ujian I dan markah ujian II dalam bentuk jadual. Cara ini telah

menbantu saya bagi mengumpul data pelajar dengan teratur dan sistematik. Selain itu, cara

ini juga telah membantu saya bagi meneruskan langkah seterusnya dalam menganalisi data

dengan lebih berkesan dan mudah.

Melalui markah ujian I, saya mendapati kebanyakkan responden kajian saya terlalu

lemah dan kurang mahir dalam topik membundar nombor bulat. Para responden kajian saya

memerlukan masa yang panjang untuk menjawab semua soalan dalam ujian I. Para

responden kajian saya telah menduduki ujian II selepas sesi pengajaran penggunaan “Kad

Garis Nilai”. Melalui markah ujian II saya amat gembira kerana terdapat peningkatan dalam

33

pencapaian para pelajar. Masa yang digunakan untuk menyelesaikan ujian juga menjadi

pendek. Hal ini menunjukkan keberkesanan penggunaan “Kad Garis Nilai” dengan lebih

jelas.

Mengikut jadual 6.5.1 yang telah dikemaskinikan keputusan telah menunjukkan

terdapat peningkatan. Responde B, F, H,dan I mendapat markah 100% dalam ujian II. Ini

bermakna mereka menggunakan “Kad Garis Nilai” untuk meningkatkan kefahaman konsep

membundar nombor bulat denga tepat dan berkeyakinan. Keputusan mereka telah mencapai

apa yang dikehendaki oleh saya.

Hanya terdapat seorang responden sahaja iaitu G, mendapat markah yang agak kurang

walaupun terdapat peningkatan jika berbanding dengan ujian I. Secara keseluruhannya,

jadual telah menunjukkan bahawa pelajar-pelajar saya dapat menguasai kemahiran

membundarkan nombor bulat dengan menggunakan “Kad Garis Niali”.

Jadual 6.5.1 Markah Ujian I dan Ujian II

Responde UJIAN I(%) UJIAN II

A 25 60

B 50 100

C 30 85

D 25 80

E 25 60

34

F 40 100

G 10 40

H 35 100

I 30 100

J 40 80

Jadual 6.5.2 dan Jadual 6.5.3 menunjukkan tahap pencapaian markah ujian 1 dan ujian

II. Tahap pencapaian markah dibahagikan kepada 4 Tahap penguasaan iaitu Tahap

pencapaian markah cemerlang di antara 80 hingga 100, Tahap pencapaian markah baik di

antara 60 hingga 79 markah, Tahap pencapaian memuaskan di antara 40 hingga 59 markah

dan pencapaian lemah di antara 0 hingga 39.

Sebanyak 7 orang pelajar telah mencapai tahap cemerlang dalam ujian II iaitu

peningkatan sebanyak 70% berbanding dalam ujian I. Ini menunjukkan tahap peningkatan

yang sangat tinggi setelah memperkenalkan penggunaan “Kad Garis Nilai”. Begitu juga

dengan pencapaian baik meningkat daripada 0 kepada 2 orang pelajar. Peratus sebanyak 20%

menunjukkan terdapat peningkatan dalam tahap baik.

35

Justeru itu, bagi Tahap pencapaian memuaskan pula, bilangan pelajar telah menurun

daripada 3 kepada 1. Begitu juga pencapaian markah yang lemah bilangan pelajar telah juga

menurun iaitu daripada 7 kepada 0. Dapatan ini menunjukkan “Kad Garis Nilai” telah

berjaya membantu responden menguasai kemahiran pembundaran nombor bulat. Kedua-dua

jadual di atas menggambarkan kadar peningkatan meningkat yang menjelaskan alternatif ini

digunakan berkesan dan sesuai bagi pelajar tahap 1.

Jadual 6.5.2 : Tahap pencapaian markah bagai Ujian I dan Ujian II

Tahap Ujian I Ujian II Peratusan peningkatan

Cemerlang80 – 100

0 0 7 70 70%

Baik60 – 79

0 0 2 20 20%

Memuaskan40 – 59

3 30 1 10 20%(menurun)

Gagal0- 39

7 70 0 0 70%(menurun)

Jadual 6.5.3 : Bilangan pelajr mengikut Tahap pencapaian markah

36

Tahap Ujian I Ujian II

Cemerlang 0 7

Baik 0 2

Memuaskan 3 1

Lemah 7 0

Jadual 6.5.4 menunjukkan perbezaan keputusan ujian I dan ujian II dalam bentuk

perbezaan min ujian I dan ujian II. Didapati terdapat peningkatan min antara ujian I dan

ujian II sebanyak 49.5% markah. Dengan ini didapati responden telah dapat memantapkan

kefahaman dalam topik pembundaran nombor bulat dengan menggunakan “Kad Garis Nilai”.

Peningkatan min juga membuktikan bahawa “Kad Garis Nilai” dapat meningkatkan tahap

prestasi para murid dalam topik pembundaraan.

Jadual 6.5.4: Perbezaan keputusan ujian I dan ujian II dalam bentuk Perbezaan min.

37

Perkara Min

Ujian I 31

Ujian II 80.5

6.6 Soal Selidik

saya juga telah menganalisis data soal selidik kepada 10 orang responden kajian saya

selepas saya mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam pembundaran nombor

dengan menggunakan “Kad Garis Nilai”. Tujuan utama soal selidik ini adalah bagi mengenal

keberkesanan “Kad Garis Nilai” dalam membundar nombor bulat. Saya telah menganalisis

data soal selidik dengan menggunakan kekerapan dan peratus. Berikut merupakan analisa

soal selidik.

Dalam jadual 6.6.1, data menunjukkan pelajar sangat suka menggunakan “Kad Garis

Niali” untuk menyelasaikan soalan membundaran nombor bulat. Ini telah membuktikan alat

alternatif banyak membantu pelajar yang penguasaan topik membundaraan nombor dengan

mudah dan cepat. Dapatan ini menunjukkan “Kad Garis Nilai” yang digunakan berjaya

membantuk pelajar kumpulan sasaran kajian saya bagi menguasai kemahiran pembundaran

nombor bulat.

Kumpulan sasaran juga dapat memahami dan menguasai penggunaan “Kad Garis

Nilai”. Mereka memahami konsep pembundaran yang melibatkan penukaran puluh dan ratus

yang terdekat. Para responden juga berasa seronok sepanjang sesi pengajaran dan

pembelajaran dijalankan. Penggunaan bahan bantu mengajar yang pelbagai ragam dapat

menarik perhatian pelajar sepanjang sesi pengajaran.

38

Secara keseluruhanya, dapatan soal selidik telah membuktikan bahawa responden

berpandangan positif terhadap tindakan yang dilaksanakan oleh saya.

Jadual 6.6.1 : Analisis soal selidik

= tidak setuju © = kurang setuju = Sangat setuju

Bil Soalan ©

1. Saya berasa seronok selepas mengikuti pelajaran hari ini 8 2

2. Saya berasa terhibur sepanjang aktiviti hari ini. 9 1

3. Pengajaran guru menyeronokan 10

4. Saya berasa teruja untuk menunggu aktiviti yang akan

diperkenalkan seterusnya.

8 2

5. Saya berasa bersemangat untuk belajar konsep

membundaran nombor

10

6. Saya sangat suka dengan menggunakan “Kad Garis Nilai”

untuk menyelesaikan soalan membundaran nombor bulat.

10

7. Saya boleh menggunakan kaedah yang guru perkenalkan

pada hari ini untuk tajuk lain.

10

39

7.0 DAPATAN KAJIAN DAN REFLEKSI

Berdasarkan kepada data yang telah dianlisis dan dibincangkan secara terperinci

sebelum ini, dapat saya lihat dengan jelas bahawa penggunaan “Kad Garis Nilai” berkesan

dalam meningkatkan kefahaman konsep membundaran nombor bulat dengan puluh dan ratus

yang terdekat. Teknik dan cara untuk menjawab soalan membundar nombor bulat menjadi

senang dan berkesan. Cara ini bukan sahaja membantu pelajar menyelesaikan masalah

membundar nombor tetapi secara tidak langsungnya konsep membundar nombor berkesan

digunakan dalam hidup harian mereka. Contohnya anggaran kos, anggaran penggunaan

wang dalam hidup harian mereka.

Menurut kajian Johari Bin Hassan & Yeong Wai Chung, kegagalan untuk

menyelesaikan masalah dengan berkesan bukan disebabkan kekurangan dalam pengasaan isi

kandungan matematik di kalangan pelajar. Sebaliknya pengalaman dan pendedahan kepada

kemhiran dan strategi penyelesaian masalah adalah faktor yang penting.

40

Sumber merupakan salah satu saluran atau media yang digunakan untuk

menyampaikan maklumat. Dalam pengajaran sesuatu topik, pelajar akan lebih berminat

dengan adanya penjelasan melalui bahan ataul alatan. Sama juga mata pelajaran matematik,

bahan-bahan maujud ini sentiasa diperlukan untuk meningkatkan minat pembelajaran pelajar.

Oleh itu, saya menggunakan “Kad Garis Nilai” untuk membantu pelajar memahami konsep

membundar nombor dan menyelesaikan masalah matematik membundar nombor bulat.

Kajian tindakan ini telah memberi sesuatu pengalaman yang baru kepada saya. Bila

difikir baik, kajian tindakan ini memberi satu manfaat kepada saya dalam mempertingkatkan

pengetahuan saya terutamanya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Tambahan

pula, setelah membuat kajian ini sayag dapati sebagai seorang pendidik perlu sentiasa

membuat kajian penyelidikan demi masalah pembelajaran pelajar atau strategik pengajaran

diri sendiri.

Walau bagaimana pun, saya berpuas hati kerana dapat menyiapkan kajian tindakan

pertama saya ini dengan berjaya. Saya dapat menyelesaikan kajian ini saya amat berasa

bangga kerana dapat membantu pelajar yang menghadapi masalah membundar nombor bulat.

Saya amat berharap “Kad Garis Nilai” ini boleh disebarkan kepada warga pendidik untuk

membantu pelajar yang hadapi masalah membundar nombor bulat.

41

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Saya akan mengekalkan kaedah ini untuk pengajaran dan pembelajaran pada masa

hadapan kerana kaedah ini merupakan kaedah yang paling mudah digunakan untuk

memahami konsep pembundaran nombor bulat. Kaedah ini juga sangat sesuai kepada pelajar

tahap 1 dan membantu pelajar yang lemah dalam pembundaran nombor bulat berbanding

dengan kaedah lain.

Hasil dari penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif

dari segi amalan pembelajaran pelajar. Pelajar menjadi lebih bersemangat dan berkeyakinan

untuk menyelesaikan soalan matematik. Minat mempelajari mata pelajaran matematik secara

tidak langsungnya juga dapat dilihat dalam tingkahlaku pelajar. Semoga hasil kajian saya ini

dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pdp lebih menari, berkesan dan menyeronokkan.

42

Senarai Rujukan

Azizi Yahaya (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Penyelidikan. Kuala Lumpur : PTS

Professional Publishing Sdn Bhd.

Johari Bin Hassan & Yeong Wai Chung.(tiada tahun).Keupayaan Dan Kelemahan

Menyelesaikan Masalah Matematik Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Lima

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Juriah Long (Ed) (1998). Inovasi Dalam Perkaedahan Pengajaran Bahasa, Sains Sosial dan

Teknologi Maklumat. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Maimunah Hj Daud & Noraini Idris, (1994). Pengajaran dan Pembelajaran Matematik.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Merriam, S. B. (1998). Qualitative Research and Case Study Application in Education,

43

Revised and Expanded from Case Study Research in Education. California: Jossey-

Bass Publisher.

Noor Shah Saad.(2005). Pengajaran Matematik Sekolah Rendah & Menegah:Teori dan

Pengkaedahan: Petaling Jaya:Harmoni Publication & Distributors Sdn Bhd

Polya, G. (1981). Mathematical discovery: on understanding, learning, and teaching

problem solving. Ed. kombinasi. New York: John Wiley & Sons.

Suraya Binti Othman (2013), Meningkatkan Kemahiran Membundaran Nomor bulat dengan

menggunakan “Kit Nombor” di Kalangan pelajar Tingkatan 1, SMK Dato Mohd

Yunos Sulaiman, Johor.

Rujukkan internet:

GET THESE RULES FOR ROUNDING OFF NUMBERS

http://academic.brooklyn.cuny.edu/geology/leveson/core/linksa/roundoff.html

HOW TO ROUND OFF A DECIMAL,HOW TO EXPRESS THE QUOTIENT

AS A DECIMAL

http://www.themathpage.com/arith/divide-whole-numbers-2.htm

44

Lampiran1

SOALAN TEMU BUAL DENGAN GURU-GURU MATEMATIK.

1. Apakah kaedah yang selaunya digunakan dalam pembundaran nombor?

_____________________________________________________________

2. Apakah strategic yang berkesan dalam pengajaran pembundaran nombor?

_____________________________________________________________

3. Adakan alatan bantu mengajar digunakan dalam pengajaran?

45

_____________________________________________________________

4. Bagaimanakan tahap penguasaan pelajar Tahun 2 Kuning?

_____________________________________________________________

5. Kaedah atau strategic biasa digunakan dalam pembundaran nombor?

_____________________________________________________________

Lampiran 2

BORANG SOAL SELIDIK

Nama: ___________________________ Kelas: ___________

Tandakan (/) berdasarkan tahap persetujuan anda mengikut skala berikut:

= tidak setuju

© = kurang Setuju

= Sangat setuju

Bi

l

Soalan ©

1. Saya berasa seronok selepas mengikuti pelajaran

hari ini

2. Saya berasa terhibur sepanjang aktiviti hari ini.

3. Pengajaran guru menyeronokan

46

4. Saya berasa teruja untuk menunggu aktiviti yang

akan diperkenalkan seterusnya.

5. Saya berasa bersemangat untuk belajar konsep

membundaran nombor

6. Saya sangat suka dengan menggunakan “Kad

Garis Nilai” untuk menyelesaikan soalan

membundaran nombor bulat.

7. Saya boleh menggunakan kaedah yang guru

perkenalkan pada hari ini untuk tajuk lain.

Lampiran 3

BORANG PEMERHATIAN

Kelas : __________________ Tarikh : _________________ Tajuk : __________________

Tandakan (/) pada tingkah laku yang berkaitan berdasarkan selang masa di dalam jadual di

bawah.

SELANG MASA (MINIT)

TINGKAH LAKU MURID

15 30 40 50 JUMLAH

1 MINAT

Memberikan sepenuh tumpuan semasa

proses pdp berlangsung.

Seronok belajar menggunakan kaedah yang

diajar

47

2 TINGKAH LAKU PASIF

Membuat kerja lain yang tiada kaitan

dengan pelajaran.

Berangan-angan atau temenung.

3 PELIBATAN

Menjawab soalan secara sukarela

Menggalakkan rakan lain untuk belajar.

4

.

MASALAH DISPLIN

Mengganggu pelajar lain semasa proses pdp

berlangsung.

Bercakap atau bermain.

Lampiran 4

KERTAS SOALAN UJIAN

NAMA:_________________________ TAHUN: ________________________

MASA : 50 minit

MATEMATIK TAHUN 2

UJIAN PENILAIAN PEMBUNDARAN NOMBOR BULAT

________________________________________________________

JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHUN

Arahan:

48

1. Soalan ini mengandungi 3 bahagian.

2. Jawab semua soalan.

Jawab semua soalan

Untuk Penggunaan Pemeriksa Kertas

Bahagian Markah

A

B

C

Jumlah

Bahagian A

A. Membundarkan nombor bulat berikut kepada puluh yang terdekat. Warnakan

jawapan yang betul.

49

Bahagian B

B. Membundarkan nombor bulat berikut kepada ratus yang terdekat. Padankan jawapan.

50

25

Bahagian C

C. Selesaikan jadual di bawah. Menuliskan jawapan dengan membundarkan nombor

bulat kepada ratus dan ribu yang terdekat.

Nombor Membundarkan kepada Membundarkan kepada

51

1. 1281 1400

3. 1401 3900

4. 2634 4800

5. 4778 3500

6. 3455 2600

2. 3925 1300

25

PULUH yang terdekat RATUS yang terdekat.

1 2573 2570 2600

2 1955

3 3744

4 2056

5 3411

6 6723

Semoga Berjaya

52

50