peranan sama dalam peradaban islam -...

25
Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113- 137 113 PERANAN SAMADALAM PERADABAN ISLAM *Abd Raof Nurin & **Abdul Salam Muhamad Shukri *Pondok Tampin, Jalan Padang Ragut, Repah, 73000 Tampin, Negeri Sembilan, Malaysia. **Jabatan Usul al-Din dan Perbandingan Agama, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Tel: 06-4418202 (HP: 019-3825486)* Email:[email protected] Abstrak Majlis sama‘ berupaya mendamaikan jiwa manusia dan membina insan ke arah insan yang rabbani. Ia juga dapat mewujudkan kerinduan dan kegembiraan dalam ketaatan kepada Allah (SWT). Makalah ini menjelaskan peranan majlis samadalam peradaban Islam. Dihuraikan hubung kait majlis samadalam membentuk ketamadunan dan peradaban yang agung. Juga akan dibincangkan hakikat dan peranan ulama Sufi dalam membentuk jiwa masyarakat melalui majlis zikir dan tarekat. Contoh yang terbaik ialah Empayar Turki Uthmaniyyah menjadi kuat bermula dari kekuatan rohani yang diterapkan kepada pemimpin sehinggalah rakyat jelata. Majlis samadiibaratkan seperti air mutlak yang membina semula jati diri insan. Jika dihidupkan dan disuburkan amat besar manfaatnya jika diketahui. Semoga dengan ini roh Islam kembali bersinar, ajaran batil akan mudah terhapus dan terhindar. Majlis ini dapat dimanfaatkan kepada semua umat Islam dekat dan jauh. Ilmu dan tarbiah menjadi manhaj para ulamayang sufi. Kerana tarbiah amat penting di samping adab dan ilmu di kalangan pencinta Tuhan. Kata Kunci: Majlis Sama, Peradaban, Islam, Tarekat, Empayar Turki Uthmaniyyah THE ROLE OF SAMAIN ISLAMIC CIVILIZATION Abstract The samaceremony is able to bring peace to the human soul and build man towards being a lordly man. It is also able to bring about fondness and happiness in obedience towards Allah SWT. This paper explains the role of samain Islamic civilization. What is related to samain shaping a great civilization will be discussed here. Also will be discussed is reality and the role of Sufi ulamas in shaping the community through dhikr ceremonies and tarekat. A good example is the Ottoman Empire becoming

Upload: dinhbao

Post on 06-Feb-2018

258 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERANAN SAMA DALAM PERADABAN ISLAM - …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/PERANAN-SAMA-DALA… · Makalah ini menjelaskan peranan majlis sama‘ dalam peradaban Islam. Dihuraikan

Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-

137

113

PERANAN SAMA‘ DALAM PERADABAN ISLAM

*Abd Raof Nurin & **Abdul Salam Muhamad Shukri

*Pondok Tampin,

Jalan Padang Ragut, Repah, 73000 Tampin,

Negeri Sembilan, Malaysia.

**Jabatan Usul al-Din dan Perbandingan Agama,

Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Tel: 06-4418202 (HP: 019-3825486)*

Email:[email protected]

Abstrak

Majlis sama‘ berupaya mendamaikan jiwa manusia dan membina insan ke

arah insan yang rabbani. Ia juga dapat mewujudkan kerinduan dan

kegembiraan dalam ketaatan kepada Allah (SWT). Makalah ini

menjelaskan peranan majlis sama‘ dalam peradaban Islam. Dihuraikan

hubung kait majlis sama‘ dalam membentuk ketamadunan dan peradaban

yang agung. Juga akan dibincangkan hakikat dan peranan ulama Sufi

dalam membentuk jiwa masyarakat melalui majlis zikir dan tarekat.

Contoh yang terbaik ialah Empayar Turki Uthmaniyyah menjadi kuat

bermula dari kekuatan rohani yang diterapkan kepada pemimpin

sehinggalah rakyat jelata. Majlis sama‘ diibaratkan seperti air mutlak yang

membina semula jati diri insan. Jika dihidupkan dan disuburkan amat besar

manfaatnya jika diketahui. Semoga dengan ini roh Islam kembali bersinar,

ajaran batil akan mudah terhapus dan terhindar. Majlis ini dapat

dimanfaatkan kepada semua umat Islam dekat dan jauh. Ilmu dan tarbiah

menjadi manhaj para ulama’ yang sufi. Kerana tarbiah amat penting di

samping adab dan ilmu di kalangan pencinta Tuhan.

Kata Kunci: Majlis Sama‘, Peradaban, Islam, Tarekat, Empayar Turki

Uthmaniyyah

THE ROLE OF SAMA‘ IN ISLAMIC CIVILIZATION

Abstract

The sama‘ ceremony is able to bring peace to the human soul and build

man towards being a lordly man. It is also able to bring about fondness

and happiness in obedience towards Allah SWT. This paper explains the

role of sama‘ in Islamic civilization. What is related to sama‘ in shaping a

great civilization will be discussed here. Also will be discussed is reality

and the role of Sufi ulamas in shaping the community through dhikr

ceremonies and tarekat. A good example is the Ottoman Empire becoming

Page 2: PERANAN SAMA DALAM PERADABAN ISLAM - …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/PERANAN-SAMA-DALA… · Makalah ini menjelaskan peranan majlis sama‘ dalam peradaban Islam. Dihuraikan

Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-

137

114

strong starting through spiritual strength that is instilled into its leaders

up to its people. Sama‘ is like the absolute water that builds the character

of a person. If it is cultivated, the benefits are innumerable. Hopefully, with

this the spirit of Islam will shine and falsehood will be easily vanquished

and avoided. Sama‘ can be beneficial to all Muslims far and wide.

Knowledge and systematic development becomes the belief of Sufi

scholars. This is because systematic development is important along with

adab and knowledge amongst the lovers of God.

Keywords: Sama‘ Ceremony, civilization, Islam, Tarekat, Ottoman

Empire.

Pendahuluan

Seruan menuju kebangkitan peradaban Islam kini terdengar di

seluruh pelusuk dunia. Umat Islam di seluruh pelusuk dunia

termasuklah di Malaysia berusaha mengembalikan kejayaan Islam

yang pernah diraih. Peradaban Islam adalah peradaban yang sangat

gemilang dan telah menggoncang dunia. Namun kini cahaya

kegemilangan itu agak malap dan perlu diterangkan kembali agar

terus bersinar menerangi alam ini. Keadaan umat Islam kini yang

terpaut dan terikut-ikut dengan budaya barat yang menjadi antara

faktor keruntuhan peradaban. Ini disebabkan kebanyakan hiburan

dari barat atau hiburan yang tidak mengikut syariat Islam ia

menggalakkan kelalaian lalu mengalihkan tumpuan insan dari

mengingati Allah dan lari dari tugas hakiki insan iaitu ‘ubudiyyah

kepada Allah. Salah satu usaha mengembalikan kejayaan peradaban

Islam ini ialah dengan diwujudkan kembali kepautan hati pada

Allah (SWT) dan Rasulullah (SAW) melalui majlis-majlis dhikr

Allah yang dibuat dalam keadaan yang santai dan menghiburkan.

Artikel ini dimulakan dengan perbincangan tentang hakikat

kemanusiaan (insan), konsep hiburan dalam Islam dan hubungan

antara insan dengan hiburan. Seterusnya perbincangan tentang

majlis sama‘ atau majlis hadrah dalam konteks tarekat dalam Islam

dan peranannya dalam peradaban Islam.

Konsep Insan (Manusia) Kalimah “insan” (manusia) berasal dari perkataan Arab. Dari sudut

bahasa ia diambil daripada tiga kata dasar, iaitu anasa-annasa-

nasiya. Kalimah anasa bermaksud “absara, ‘alima, ista’dhana.”

Kalimah absara bererti “melihat dan berfikir.” Dengan melihat dan

berfikir manusia dapat mengambil pelajaran daripada sesuatu yang

Page 3: PERANAN SAMA DALAM PERADABAN ISLAM - …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/PERANAN-SAMA-DALA… · Makalah ini menjelaskan peranan majlis sama‘ dalam peradaban Islam. Dihuraikan

Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-

137

115

dilihat. Kalimah ‘alima bererti “mengetahui atau berilmu.” Dengan

ilmu, manusia dapat membezakan sesuatu perkara sama ada benar

atau salah. Manakala kalimah ista’dhana bererti “meminta izin.”

Manusia merupakan makhluk yang beradab yang perlu meminta

izin ketika akan melakukan sesuatu atau menggunakan sesuatu yang

bukan miliknya. Berpandukan maklumat ini, insan dapat diberi erti

sebagai “makhluk yang mempunyai kemampuan untuk berfikir,

makhluk yang berilmu dan makhluk yang beradab.”1 Kalimah insan

juga dinyatakan dalam al-Quran sebanyak 65 kali dalam 43 surah.

Secara umumnya, kalimah al-insan dalam al-Quran diertikan

sebagai manusia, namun istilah manusia dalam al-Quran tidak

hanya berfokuskan kepada kalimah al-insan. Terdapat sekitar 4

kalimah lain selain daripada al-insan dalam al-Quran untuk

pengistilahan manusia iaitu al-ins, al-bashar, al-nas, dan bani

Adam. 2

Istilah al-insan dalam al-Quran umumnya digunakan untuk

menggambarkan keistimewaan manusia sebagai makhluk yang

berilmu serta memiliki kemampuan untuk mengembangkan

ilmunya berdasarkan potensi yang dikurniakan oleh Allah. Manusia

merupakan makhluk Allah yang paling sempurna dan berbeza

dengan makhluk Allah yang lain kerana diberikan akal yang

sempurna dan berkemampuan memikirkan kebesaranNya.3 Oleh

yang demikian, manusia dapat melakukan lebih dari dua perkara

secara serentak seperti berdiri tegak serta berjalan dengan kedua

kakinya sambil memegang sesuatu dan juga berkata sesuatu atau

berzikir di dalam hati. Berbeza dengan makhluk Allah yang lain

tidak dapat melakukan hal tersebut secara serentak kerana mereka

menggunakan tangannya untuk berjalan pula.4 Setiap insan yang

normal mempunyai akal fikiran (‘ilm), perasaan (hal) dan juga

perbuatan (‘amal). Tingkah laku yang selari dengan apa yang

difikirkan dan dirasai dapat mewujudkan insan yang rabbani. Jika

1 Ibn Manzur, Lisan al-‘arab (Beirut: Dar al-Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, 1988), VII:

306-314. 2 Muhammad Fu’ad ‘Abd al-Baqi, Mu‘jam al-Mufahras li alfaz al-Qur’an al-

Karim (Beirut: Dar al-Fikr, 1987), 93-94. 3 Nasaruddin Umar, Kajian Tematik al-Qur’an tentang Kemasyarakatan: Wanita

dalam Perspektif al-Qur’an (Bandung: Angkasa, 2008), 235. 4 Shaykh Ihsan Muhammad Dahlan al-Jampasi, Siraj al-Talibin, Sharh Minhaj al-

‘Abidin ila Jannat Rabb al-‘Alamin li Imam al-Ghazali (Beirut: Dar al-Fikr, t.t),

Juzuk 1, 12.

Page 4: PERANAN SAMA DALAM PERADABAN ISLAM - …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/PERANAN-SAMA-DALA… · Makalah ini menjelaskan peranan majlis sama‘ dalam peradaban Islam. Dihuraikan

Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-

137

116

ketiga-tiga elemen ini tidak dapat diselarikan maka, insan yang

rabbani tidak dapat diwujudkan dan tingkah laku insan bertindak

tidak mengikuti apa yang telah difikir dan dirasa.5

Sesungguhnya pembentukan tamadun yang gemilang bermula

dengan pembentukan insan yang cemerlang. Tamadun yang

gemilang tidak akan wujud sekiranya insan yang cemerlang tidak

diwujudkan. Seluruh dunia mengetahui tamadun yang paling

gemilang pernah wujud di dunia ini ialah kerajaan Turki

Uthmaniyyah.6 Berdasarkan hadith Nabi (SAW) yang telah

diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir dan al-Saghir,

Imam Ahmad dalam al-Musnad, al-Bazar, Ibn Khuzaimah, al-

Tabarani, dan al-Hakim telah mensahihkannya serta telah diakui

pentashihan al-Hakim tersebut oleh al-Dhahabi. Seterusnya, Imam

al-Sayuti telah merumuskan hadith tersebut berstatus sahih dalam

Jami‘ al-Saghir beliau. Iaitu hadith:

لتفتحن القسطنطينية فلنعم األمير اميرها ولنعم 7 الجيش ذلك الجيش

Terjemahan: Kota Konstantinopel akan

ditawan, maka (yang dapat menawannya

adalah) sebaik-baik raja adalah rajanya,

dan sebaik-baik tentera adalah

tenteranya.

Melalui hadith ini dapat difahami wujudnya satu kumpulan

manusia yang akan meranapkan kekuasaan raja dan kerajaan yang

5 Ismail Alias, “Pembentukan Minda Kelas Pertama Berdasar Perspektif Psikologi

(Kognitif),” Jurnal Pengurusan Awam / Disember 2006.

Http://www.myjurnal.my/public/article-download.php?id=72522. Dicapai pada

23 Mei 2017. 6 Shaykh Ahmad al-Fatani, Hadiqat al-Azhar wa al-Rayyahin (Kuala Lumpur:

Khazanah al-Fataniah, 1958), 114; Sayyid Zaini Dahlan, Dawlah al-Uthmaniah

Min Kitab Futuhat al-Islamiyyah (Istanbul: Maktabah Haqiqah bi Shari‘ Dar al-

Shafaqah bi Fatih Istanbul Turki, t.t), 109. 7 Imam Ahmad, al-Musnad (Beirut: Dar al-Fikr, 1993), Juzuk 7, no. hadis 18979,

8; Al-Hakim, Mustadrak ‘ala Sahihayn (Beirut: Dar al-Fikr, 2002), Juzuk 5, no.

hadis 8471, 338; Al-Dhahabi, Kitab Talkhis al-Mustadrak (Beirut: Dar al-Fikr,

2002), Juzuk 5, no. hadis 8471, 338; Al-Sayuti, Jami‘ al-Saghir (Beirut: Dar al-

Kutub ‘Ilmiyyah, t.t), Juzuk 1 dan 2, 169; Hamdan Sinnan - Fauzi Anjari, Ahl

Sunnah al-Asha‘irah Shahadat ‘Ulama’ al-Ummah wa Adilata-hum (Kuwait:

Dar al-Dhiya’, t.t), 266.

Page 5: PERANAN SAMA DALAM PERADABAN ISLAM - …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/PERANAN-SAMA-DALA… · Makalah ini menjelaskan peranan majlis sama‘ dalam peradaban Islam. Dihuraikan

Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-

137

117

zalim iaitu Byzantine. Para ulama’ telah membuat kajian

berdasarkan hadith ini akan terbina satu empayar dan tamadun yang

pemerintahannya bersifat adil. Seluruh rakyat termasuklah tampuk

pimpinannya bersifat adil, mempunyai jati diri dan akhlak yang

mulia8 disebabkan penerapan nilai rohani yang tinggi ke dalam diri

mereka. Penerapan nilai rohani ini tidak akan tercapai melainkan

dihubungkan dengan tiga rukun agama iaitu Islam, Iman dan Ihsan.

Islam itu ialah fekah, iman ialah tauhid dan ihsan ialah tasawwuf.9

Berdasarkan hadith tersebut, dapat diketahui Sultan Muhammad al-

Fateh (1432-1481) yang berjaya membuka Kota Konstantinopel

berpegang kuat dengan fahaman Ahl Sunnah wa al-Jama‘ah aliran

al-Maturidiyyah dari sudut akidah, bermazhab Hanafi dari sudut

syariat, dan beliau bertasawwuf dan menjalani perjalanan ahli sufi

serta bertarekat. Akal yang sihat tidak akan menerima pemikiran

yang mengatakan akidah Sultan Muhammad al-Fateh rosak apabila

dibandingkan dengan sesuatu yang dijanjikan oleh Allah (SWT)

melalui lidah nabiNya yang mulia kepada manusia adalah seorang

yang baik dan adil (Sultan Muhammad al-Fateh).10

Penting diketahui akidah dan syariah, peranan tasawwuf dan

tarekat juga sangat besar dalam membentuk diri insan. Sebagai

contohnya Sultan Muhammad al-Fateh mempunyai guru tasawwuf

iaitu Shaykh Shamsuddin al-Wali yang merupakan seorang yang

bertarekat Naqshabandi.11 Sultan Muhammad al-Fateh telah

menjalani latihan kerohanian melalui cara dan tarekat gurunya.

Justeru itu, melalui seorang sultan, lalu diturunkan kepada tentera

seterusnya rakyat jelata. Tasawwuf dan tarekat terus berkembang

dan di mana-mana sahaja terdapat kewujudan kumpulan-kumpulan

8 Hasrizal Abdul Jamil, “Sultan Muhammad al-Fateh dan Pembukaan Istanbul,”

Buletin Suara Masjid, Bil. 88 Tahun 10 Edisi Jamadil Awwal 1432H April 2011,

4. m.e-muamalat.gov.my/sites/.../suara_masjid_april_2011_edit_0.pdf. Dicapai

pada 23 Mei 2017. 9 Shaykh Muhammad Salih bin Murid al-Rawi, Fath al-Mubin (Mesir: Matbah

Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladu-h bi l-Misr), 8-293; Shaykh al-Islam

Zakaria al-Ansari, Fath al-Rahman Sharh ‘ala Muqaddimah Laqtah al-‘Ijlani

wa Balati Zaman (Mesir: Matbah Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladu-h bil-

Misr, t.t), 70. 10 Hamdan Sinnan-Fauzi Anjari, Ahlu Sunnah al-Asha‘irah, 266. 11 PondokTampin, “Buah tangan dari Turkie 15- Kesultanan Empayer

Osmaniah bertarekat tasawuf”,

(http://pondoktampin.blogspot.my/2011/04/buah-tangan-dari-turkie-

15.html diakses pada 27 Disember 2017).

Page 6: PERANAN SAMA DALAM PERADABAN ISLAM - …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/PERANAN-SAMA-DALA… · Makalah ini menjelaskan peranan majlis sama‘ dalam peradaban Islam. Dihuraikan

Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-

137

118

zikir (halaqat al-dhikr) atau hadrah.12 Kumpulan-kumpulan dhikr

ini dilakukan secara terbuka di masjid atau di tempat-tempat awam.

Halaqah zikir telah menjadi medium hiburan kepada masyarakat

ketika itu. Melalui halaqah dhikr, rakyat jelata dapat mengerat

silaturrahim, ketenangan dan ketenteraman negara. Di samping itu,

hiburan ini tidak bercampur dengan perkara-perkara yang

melalaikan dan berada di dalam ketaatan.13

Bagi tentera-tentera pula halaqah dhikr menjadi sumber

kekuatan mereka di samping kekuatan fizikal yang telah sedia ada.

Kerana halaqah dhikr dapat membentuk tumpuan hati kepada Yang

Satu (Allah). Dengan dhikr, hati terbentuk menjadi tabah dan

kukuh, tidak lagi lalai, bimbang dan terus ke medan perang tanpa

berpaling lagi kerana hati yang dipenuhi dengan dhikr Allah.

Sejarah peradaban Islam telah membuktikan faedah yang sangat

banyak dengan mewujudkan halaqah dhikr dalam bentuk majlis

sama’. 14

Hiburan

Hiburan merupakan sesuatu yang boleh menghiburkan sama ada ia

berbentuk muzik, nyanyian atau apa sahaja yang dapat

menghiburkan hati sehingga mendatangkan rasa yang membuatkan

seseorang itu boleh tersenyum bahagia dan gembira.15 Muzik

didefinisikan sebagai, "That one of the fine arts which is concerned

with the combination of sounds with a view to beauty of form and

the expression of thought or feeling".16 (Muzik sebagai salah satu

12Satriawinarah, “Tarekat dan Militer”

(https://satriawinarah.wordpress.com/2014/01/08/tarekat-dan-militer/ diakses

pada 27 Disember 2017); Refensi Makalah, ”Sejarah dan Penyebaran Tarekat

Maulawiyah”, ( http://www.referensimakalah.com/2012/11/sejarah-dan-

penyebaran-tarekat-maulawiyah.html/ diakses pada 27 Disember 2017). 13 Lukmanul Hakim Hanafi, Zulkifli Mohamad al-Bakri, Raja Raziff Raja

Shaharuddin, Hiburan: Muzik, Nyanyian, Nasyid Menurut Perspektif Fiqh Dan

Fatwa, 96. jfatwa.usim.edu.my/index.php/jurnal/article/download/6/6 - Dicapai

pada 23 Mei 2017. 14 Satriawinarah, “Tarekat dan Militer”; Refensi Makalah, “Sejarah dan

Penyebaran Tarekat Maulawiyah”. 15 Ahmad Sharifuddin Mustapha Mohd Zain Mubarak, “Dakwah Melalui Muzik

dan Nyanyian: Satu Perbincangan,” Prosiding Seminar Serantau Dakwah dan

Kesenian, Universiti Kebangsaan Malaysia, 7-8 Ogos 2006), 102. 16 Dave Miranda, “The Role of Music in Adolescent Development: Much More

than the Same Old Song,” International Journal of Adolescence and Youth, Vol.

18, No. 1, (2013), 5–22, Http://dx.doi.org/10.1080/02673843.2011.650182.

Page 7: PERANAN SAMA DALAM PERADABAN ISLAM - …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/PERANAN-SAMA-DALA… · Makalah ini menjelaskan peranan majlis sama‘ dalam peradaban Islam. Dihuraikan

Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-

137

119

daripada "ilmu-ilmu kesenian (fine arts)" yang berkaitan dengan

kombinasi bunyi-bunyi menjurus kepada keindahannya (bentuk

bunyi tersebut) dan ekspresi perasaan dan pemikiran (jiwa).

Berdasarkan definisi tersebut, alatan muzik tidak disebut

sebagai satu keperluan melahirkan muzik bahkan definisi ini

merangkumi prosa, puisi (poem), melodi dan sebagainya daripada

segala bentuk kesenian barat. Definisi muzik ini dibicara oleh ahli

muzik barat sendiri yang mengatakan muzik itu tidak semestinya

mempunyai alatan. Kalimah muzik di dalam bahasa Arab tiada

dalam kamus klasik. Namun yang ada hanyalah perkataan ghanna

yang diterjemahkan oleh Hans Wehr sebagai melodious iaitu bunyi

lunak. Dalam kitab Majmu‘ah Sab‘ah Kutub Mufidah karangan

Sayyid Alawi bin Ahmad al-Saqqaf menyatakan ‘ilm al-musiqi

sebagai ilmu mengenai usul nagham iaitu nada, melodi, senandung,

rentak dan kayfiyah (cara) dalam menyusun alhan (mufrad, lahn)

iaitu lagu dan susunan kata bermelodi.Faedahnya adalah

melapangkan jiwa dan memusatkan tumpuan jiwa. Dengan sebab

ini, digunakan muzik ini pada saat kegembiraan, peperangan dan

mengubati penyakit. Muzik digunakan bagi menghiburkan diri

untuk mendapatkan kebahagiaan.17 Namun, hiburan ini dikaitkan

juga dengan masalah-masalah dalam masyarakat hari ini kerana

terdapat segolongan insan yang hidup hanya berpandukan akal dan

nafsu semata-mata, tidak mahu menerima lantaran masih tidak jelas

kepada mereka, bahawa sebenarnya beriman dan beramal soleh

(iaitu iman dan amal soleh) satu-satunya jalan yang membawa

kebahagiaan hidup yang hakiki. Golongan ini telah membuat

berbagai-bagai cara dan andaian dalam usaha mencari kebahagiaan

hidup dan hiburan yang sebenar.18

Kebahagiaan hidup dan wasilah kebahagian, antaranya adalah

melalui perantaraan hiburan menjadi fokus utama dalam

pengembaraan insan di alam dunia yang sementara ini. Di antara

pendapat mengenai hiburan dan kebahagiaan adalah seperti berikut:

17 Sayyid ‘Alawi bin Ahmad al-Saqqaf, Majmu‘ah Sab‘ah Kutub Mufidah (Mesir:

Matbah Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladu-h bi Misr, t.t), 7. 18 Huzili Hussin dan Shuhairimi Abdullah, “Menangani Penetrasi Budaya

Hedonisme di Kalangan Mahasiswa: Satu Penyelesaian Menurut Perspektif

Islam dan Kaunseling,”

http://eprints.utm.my/479/1/HuziliHussin2006_Menanganipenetrasibudayahed

onismedi.pdf. Dicapai pada 23 Mei 2017.

Page 8: PERANAN SAMA DALAM PERADABAN ISLAM - …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/PERANAN-SAMA-DALA… · Makalah ini menjelaskan peranan majlis sama‘ dalam peradaban Islam. Dihuraikan

Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-

137

120

1) Hiburan dan kebahagiaan adalah pada harta benda dan

wang ringgit. Oleh yang demikian, manusia berlumba-

lumba meninggikan taraf ekonomi, menambahkan harta

benda dan mengumpul wang ringgit. Manusia

mengimpikan rumah besar, kereta, televisyen, kerusi

empuk, pinggan mangkuk, peti ais dan lain-lain peralatan

yang mewah dan moden.

2) Hiburan dan kebahagiaan adalah pada pangkat, darjat dan

kemasyhuran. Dapat disaksikan manusia berebut-rebut

untuk menjadi terkenal dengan tidak melepaskan peluang

walaupun terpaksa menipu, menindas, khianat, rasuah,

merosakkan orang lain dan sebagainya kerana mahu

dikenali ramai dan disebut sebagai orang yang berjawatan.

3) Hiburan dan kebahagiaan adalah pada ilmu pengetahuan

yang tinggi. Telah menjadi satu tradisi manusia

beranggapan bahawa hidup adalah untuk mencari ilmu

pengetahuan yang tinggi. Tanggapan mereka orang yang

paling tinggi ilmu adalah orang yang paling bahagia,

manakala orang yang tiada ilmu merupakan orang yang

paling celaka. Oleh kerana itu, manusia telah berkorban

tenaga, masa, fikiran, wang ringgit dan harta benda untuk

mencari ilmu dengan bermatlamatkan membeli sijil,

diploma atau ijazah yang akan menjadi simbol kebahagiaan

sepertimana yang diharapkan.

4) Hiburan dan kebahagiaan yang diperolehi melalui pelbagai

bentuk hiburan yang melalaikan dan tidak mematuhi

syarak.19 Di antara contoh bentuk hiburan yang

berkemungkinan sudah serasi dengan masyarakat dan

banyak meniru cara hiburan ala barat:

i. Mendengar nyanyian dan lagu-lagu yang tiada kena

mengena langsung dengan keagamaan dan disertai dengan

penggunaan atau bunyi alat muzik yang dilarang syarak

ditambah pula konsert yang diadakan mempunyai

pergaulan bebas, melalaikan fardhu sembahyang dan

berkesan untuk menarik golongan remaja kepada kelalaian.

ii. Mengadakan pertandingan nyanyian dengan hadiah-hadiah

yang lumayan.

19 Said Aqil Siradj, “Sama‘ dalam Tradisi Tasawuf,” ISLAMICA 7, no. 2 (2013):

361-80.

Page 9: PERANAN SAMA DALAM PERADABAN ISLAM - …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/PERANAN-SAMA-DALA… · Makalah ini menjelaskan peranan majlis sama‘ dalam peradaban Islam. Dihuraikan

Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-

137

121

iii. Mengadakan acara sukan renang bercampur lelaki dan

perempuan.

iv. Berhibur dengan acara yang pelik seperti menikam haiwan

sampai mati. Namun hiburan ini belum lagi kedengaran

berlaku di negara kita.

Demikian empat contoh yang menunjukkan bahawa insan hari

ini tidak dapat memahami hakikat, bahawa iman dan amal soleh

adalah punca kebahagiaan dan merupakan hiburan yang sejati.

Menurut pandangan penulis kesungguhan mereka dalam

memperbanyakkan harta atau meninggikan pangkat atau mencari

ilmu, sehingga mengabaikan perintah dan larangan Allah.

Sembahyang yang menjadi tiang agama dan sumber iman, kurang

diberi perhatian dan kebanyakkan daripada mereka sibuk mencari

kebahagiaan hidup melalui cara yang dilarang. Walau

bagaimanapun terdapat sesetengah golongan yang masih

sembahyang kerana kebiasaan atau terpaksa, namun sembahyang

itu tidak dapat memberi kesan untuk merangsangkan kehidupan

beragama. Buktinya melalui pengabaian pada amalan dan budaya

Islam serta identiti Islam yang diamalkan hanya tinggal nama.

Allah mengatakan dalam menjamin kebahagiaan, kejayaan dan

hiburan itu ada pada mereka yang beriman dan beramal soleh20

bukannya hiburan dan kebahagiaan itu hanya pada wang ringgit

atau pangkat darjat atau ilmu pengetahuan. Berdasarkan

pengalaman-pengalaman yang telah ada dan sedang berlaku sebagai

contoh di Amerika dan negara-negara maju yang ramai orang-orang

kaya, berpangkat dan bijak pandai, namun kebanyakkannya bunuh

diri dan dimasukkan ke hospital sakit jiwa kerana tidak bahagia dan

tidak terhibur walaupun yang dihajati semuanya sudah tercapai.

Ini bukan bererti menafikan secara mutlak keperluan kepada

harta benda, pangkat, ilmu dan hiburan sebagai satu keperluan

seseorang insan. Penjelasan mengenai contoh hiburan ini hanyalah

wasilah atau alat untuk menyampaikan kepada maksud hiburan

yang hakiki. Ini kerana perkara-perkara yang nyata telah

diharamkan syarak tidak boleh dianggap sebagai hiburan.

Seseorang tidak akan merasa puas di dalam lubuk hatinya yang

mendalam dengan hanya berhibur dengan cara atau contoh yang

20 Lihat al-Qur’an, Surah al-Mu’minun (23): 1-11; Surah Yunus (10): 64.

Page 10: PERANAN SAMA DALAM PERADABAN ISLAM - …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/PERANAN-SAMA-DALA… · Makalah ini menjelaskan peranan majlis sama‘ dalam peradaban Islam. Dihuraikan

Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-

137

122

telah diberikan oleh penulis kerana Islam tidak mengiktiraf perkara

yang bersifat begitu.21

Pada pendapat penulis, setiap perkara yang telah diharamkan

adalah tidak layak untuk dianggap sebagai hiburan kerana ia

mampu merosakkan hati dan perasaan serta tidak dapat

memperbaiki atau mencetuskan semangat untuk terus maju dalam

menuju arah perjalanan hidup yang sebenar. Menurut pandangan

ulama’ Islam termasuk Imam al-Ghazali dan Syeikh ‘Abd al-Samad

al-Falambani tujuan atau maksud hiburan adalah untuk

mencetuskan perasaan yang bersih pada sisi agama dan boleh

membawa seseorang yang terhibur ke arah peningkatan dalam

mengabdikan diri kepada Penciptanya iaitu Allah (SWT).22

Mengukur dan menilai sebarang bentuk hiburan, sama ada sesuai

atau tidak dengan ukuran Islam, mestilah melalui terma-terma

shari`at yang berpaksikan kepada ilmu akidah, ilmu fekah dan ilmu

tasawwuf. Ketiga-tiga ilmu itu pula mesti melalui landasan Ahl al-

Sunnah wa al-Jama‘ah. Dasar-dasar Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah

pula mestilah menurut tafsiran ‘Asha’irah Maturidiyyah di sudut

akidahnya, menurut mazhab yang empat, di sudut feqahnya dan

menurut aliran Imam Junaid dan Imam Ghazali di sudut

tasawwufnya.23

Islam tidak pernah menghalang atau mengharamkan hiburan

secara mutlak. Ada hiburan yang dibenarkan dengan bersyarat

seperti nyanyian, nasyid, madih pujian pada Nabi SAW, syair-syair

gurindam, sajak, ruqs (tarian) dalam majlis sama‘ atau majlis

hadrah yang diamalkan oleh para ahli tasawwuf adalah

dibenarkan.24 Sebahagian orang telah tersalah anggap dengan

menisbahkan permainan alat muzik telah dibenarkan oleh agama

secara mutlak tanpa sebarang syarat dan disebut-sebut selalu

21 Sebagai perbandingan lihat, al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din (dicetak ditepi Kitab

Ittihaf Sadat al-Muttaqin al-Zabidi), (Beirut: Darul al-Fikr, t.t), juzuk 6, 455. 22 Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din, 6: 455. 23 Al-Zabidi, Ittihaf Sadat al-Muttaqin, (Beirut: Dar al-Fikr, t.t), Juzuk 2, 6-7;

Ibrahim al-Laqqani, Jauharah al-Tauhid (Permata Ilmu Tauhid Terjemahan

Indonesia H.Mujiburrahman), (Kuala Lumpur: Pustaka Jiwa Sdn.Bhd, t.t), 82

dan 404. 24 Sahibus Samahah Ibn Idris al-Hassan al-Idris Dubai, “Tarian, Nyanyian dan

Sama‘ dalam Tariqat Tasawwuf” (Kertas kerja dibentangkan di Hotel Hilton

sempena Seminar Antarabangsa Dakwah dan Tariqat Tasawwuf pada 18-19

Ogos 2002), 3; Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din, 6: 493 dan 495.

Page 11: PERANAN SAMA DALAM PERADABAN ISLAM - …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/PERANAN-SAMA-DALA… · Makalah ini menjelaskan peranan majlis sama‘ dalam peradaban Islam. Dihuraikan

Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-

137

123

dikalangan orang ramai nama tokoh-tokoh tertentu yang telah

mengharuskan muzik secara bebas.25

Perkataan music diterjemahkan oleh penterjemah bahasa

Inggeris melalui perkataan sama‘. Makna terjemahan ini berbeza

dengan makna sama‘ yang sebenar. Rumusan Imam Ghazali dalam

kitab Ihya’ yang bertajuk Adab al-Sama‘ wa al-Wajd adalah sama

dengan perbincangan ini. Imam Ghazali mengatakan dalam kitab

Kimiya’ al-Sa‘adah kalimat muzik dan tarian bermaksud yang

berlaku dalam majlis sama‘ atau hadrah bukannya bermaksud

muzik yang menggunakan alat-alat muzik seperti gitar dan

sebagainya. Tambahan pula, Imam Ghazali menyatakan untuk hadir

di majlis sama‘ tidak boleh disertai pengunaan alat-alat muzik yang

ditegah oleh syarak dan hanya dengan menggunakan alat-alat yang

diharuskan seperti kompang atau rebana.26

Allah (SWT) berfirman di dalam al-Quran surah al-Shams:

ىهاقد أفلح من ز ك (al-Shams 91 : 9)

“Sesungguhnya beruntunglah orang yang

mensucikan jiwanya.”

Dalam surah al-Mukminun ayat 1 hingga 11:

شعون ٱلذين ١ ٱلمؤمنون أفلح قد هم في صلتهم خ

هم وٱلذين ٣معرضون ٱللغو هم عن ٱلذين و ٢

علون كوة ف فظون ٱلذين و ٤للز ٥هم لفروجهم ح

نهم فإنهم غير إل جهم أو ما ملكت أيم على أزو

ئك هم ٱبتغى فمن ٦ملومين لك فأول دون ٱلعاوراء ذ

عون وٱلذين ٧ تهم وعهدهم ر ن هم وٱلذين ٨هم ألم

تهم يحافظون ئك هم ٩على صلو رثون أول ١٠ ٱلو

لدون ٱلفردوس يرثون ٱلذين ١١هم فيها خ

(al-Mukminun 23: 1 -11) “Sesungguhnya, beruntunglah orang-

orang yang beriman. (Iaitu) orang yang

25 Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din, 6: 475. 26 Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Qasidah menggunakan kompang, (Seremban:

Jabatan Mufti Negeri Sembilan), 12-13; Imam ‘Abd al-Ra’uf al-Munawi, Fayd

al-Qadir, (Beirut: Dar al-Fikr, t.t), Juzuk 2, 14.

Page 12: PERANAN SAMA DALAM PERADABAN ISLAM - …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/PERANAN-SAMA-DALA… · Makalah ini menjelaskan peranan majlis sama‘ dalam peradaban Islam. Dihuraikan

Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-

137

124

khusyuk dalam sembahyang. Dan orang-

orang yang menjauhkan diri dari

(perkataan dan perbuatan) yang tidak

berguna (lagha). Dan orang-orang yang

menunaikan zakat. Dan orang-orang

yang menjaga kemaluannya, kecuali

terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-

hamba yang mereka miliki maka

sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada

tercela. Maka barang siapa mencari lain

dari itu, mereka itulah orang-orang yang

melampaui batas. Dan orang-orang yang

memelihara amanat-amanat (yang

dipikulnya) dan janjinya. Mereka itulah

orang-orang yang akan mewarisi, yakni

yang akan mewarisi syurga Firdaus

mereka kekal di dalamnya.”

Juga di dalam Surah Yunus ayat 64:

دي ل تب ٱألخرة وفي نياٱلد ٱلحيوة في ٱلبشرى لهم

ت لكلم لك هو ٱلل ٦٤ ٱلعظيم ٱلفوز ذ

(Yunus 10 : 64)

Terjemahan: Untuk mereka sahajalah

kebahagiaan yang mengembirakan di

dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang

perubahan pada janji-janji Allah yang

demikian itulah kejayaan yang besar.

Allah menegaskan dengan jelas, al-bushra iaitu gembira, seronok,

hiburan akan dicapai oleh orang beriman dan bertakwa. Takwa

merupakan beramal dengan sesuatu yang diperintah dan

meninggalkan yang dilarang.27 Surah al-Ra‘d ayat 28 hingga 29

juga telah menegaskan bahawa hasil yang akan dicapai oleh orang

yang beriman dan beramal soleh dengan pencapaian ingatan

27 Hafaz Furqani & Mohamed Aslam Haneef, “Qur'anic Concepts of Man and

Nature and their Ethical Implications for Human Behavior: Developing an

Alternative Islamic Framework,” Al-Shajarah 20, no. 2 (2015): 247-265.

Page 13: PERANAN SAMA DALAM PERADABAN ISLAM - …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/PERANAN-SAMA-DALA… · Makalah ini menjelaskan peranan majlis sama‘ dalam peradaban Islam. Dihuraikan

Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-

137

125

tumpuan iaitu berzikir kepada Pencipta akan menghasilkan

ketenangan hati, sebagaimana yang digelarkan seperti aktiviti

hiburan.

ه ءامنوا وتطمئن قلوبهم بذكر ٱلذين ٱأل بذكر ٱلل لل

ت ءامنوا وعملوا ٱلذين ٢٨ ٱلقلوب تطمئن لح ٱلص

٢٩اب م طوبى لهم وحسن

(al Ra`d 13:28- 29)

Terjemahan: “Mereka yang beriman itu,

hati mereka menjadi tenteram kerana

mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan

mengingati Allah hati menjadi

tenteram/tenang. Orang yang beriman

dan mengerjakan amal soleh,

beruntunglah mereka, dan sebaik-baik

tempat kembali.”

Berpandukan keterangan ayat-ayat al-Quran di atas, Allah

(SWT) sebenarnya menjawab pertanyaan bagaimana mencari

keuntungan atau kebahagian dan hiburan dalam hidup, iaitu hanya

dengan beriman dan beramal soleh. Ini dapat difahami bahawa iman

ialah sumber kebahagiaan hidup yang sebenar. Tanpa iman manusia

tidak mengenal erti kebahagiaan dan hiburan yang sebenar.28

Maksud Majlis Sama‘ atau Dinamakan juga Majlis Hadrah29

Imam Ghazali berkata: Telah menukil oleh Abu Talib al-Makki,

keharusan majlis sama‘ daripada para sahabat, beliau berkata

“Kalangan para sahabat telah hadir majlis sama‘ oleh ‘Abdullah bin

Ja‘far (ra), Abdullah bin Zubayr (ra), Mughirah bin Syu‘bah,

28 Ashaari Muhammad, Iman Dan Persoalannya (Batu Caves: Penerangan Al-

Arqam, 1983), 18; Bediuzzaman Said Nursi, Al-Iman wa Takamul al-Insan

(Iman dan Manusia) (Istanbul: Sozler Publication 2009), 16. 29 Al-Hafiz ‘Abd al-Hayy bin Abd al-Kabir al-Kattani, Risalah fi Mashru‘iyyah al-

Dhikr bi Ruqs wa Ijma‘ Turuq Sufiyyah ‘ala Dhalik, ed. Adnan ‘Abdullah Zihar,

(Beirut: Dar al-Kutub Ilmiah, 2007), 158-162.

Page 14: PERANAN SAMA DALAM PERADABAN ISLAM - …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/PERANAN-SAMA-DALA… · Makalah ini menjelaskan peranan majlis sama‘ dalam peradaban Islam. Dihuraikan

Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-

137

126

Mu‘awiyah (ra) dan selain mereka.”30 Berkata Abu Talib lagi “telah

melakukan sedemikian oleh kebanyakan dari Salaf al-Salih, di

kalanya Sahabah dan Tabi‘in, sentiasalah mereka yang naik haji ke

Mekah di antara kami mendengar sama‘ pada hari-hari yang utama

setiap tahun, hari-hari yang diperintahkan Allah beribadat seperti

hari-hari tashriq.”31

Imam al-Ghazali menyatakan ciri-ciri khas majlis

sama‘/hadrah adalah seperti suara burung murai dan semua suara

yang timbul dari tubuh-tubuh berjisim yang diusahakan manusia,

suara yang keluar dari kerongkongnya atau bunyi yang terbit dari

pukulan kayu cota (sejenis alat muzik), gendang dan kompang.

Tidak terkecuali dari qiyas ini melainkan bunyi dari alat-alat muzik

(yang ditegah), bunyi gitar, muzik berpetik dan digesek dan serunai

yang terdapat dalam larangan syarak”.32

Walaupun penggunaan alat muzik ini boleh dimainkan

menurut beberapa pandangan ahli fekah, namun majoriti ulama

fekah dan tasawwuf tidak mengharuskan penggunaannya di dalam

majlis sama‘. Terdapat juga halaqah zikir yang menggunakan alat

muzik seperti “nai” di Yaman kerana menurut mereka ada

sebahagian ulama yang mengharuskan iaitu Imam ‘Abd al-Karim

al-Rafi‘i (w. 623/1226), 33 ulama besar kedua di madhhab Shafi’i

selepas Imam al-Nawawi. Begitu juga di Turki aliran tarekat

Bektashi yang diterapkan pada askar-askar Uthmaniyyah

(Inkishari/Janessari) telah berorientasikan zikir sama‘ atau majlis

sama‘ dalam setiap, sebelum dan sedang menjalani operasi

ketenteraan mereka.34

30 Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din 6: 458 dan 459; Al-Zabidi, Ittihaf Sadat al-

Muttaqin 6: 458. 31 Al-Zabidi, Ittihaf Saadatul Muttaqin, 6: 465-468. 32 Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din, 2: 296. 33 Zakaria al-Ansari, Fath al-Wahab bi-sharh Minhaj al-Tullab, Kitab al-Shahadat

(Beirut: Dar al-Fikr), Juzuk 1, 220; Sulaiman bin Muhammad bin Omar al-

Azhari, Hashiah al-Bujayrimi ala Minhaj al-Tulab, al-Tajrid li l-Naf’i al-‘Abidi

(Beirut: Dar al-Fikr, 1995), Juzuk 4, 372; ‘Abd al-Hamid bin Hussain al-

Dagestani al-Sharwani al-Makki, Hawashi al-Sharwani wa Ibnu Qasim ‘ala

Tuhfat al-Muhtaj bi Sharh al-Minhaj “Kitab al-Shahadat” (Beirut: Dar al-

Kutub Ilmiah, 1996), Juzuk 13, 218; Alwi bin Muhammad bin Ahmad Balfaqeh,

Min A‘qab al-Bud‘ah al-Muhammadiyah al-Tahirah (Tareem: Dar al-Muhajir),

71. 34 Satriawinarah, “Tarekat dan Militer”.

Page 15: PERANAN SAMA DALAM PERADABAN ISLAM - …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/PERANAN-SAMA-DALA… · Makalah ini menjelaskan peranan majlis sama‘ dalam peradaban Islam. Dihuraikan

Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-

137

127

Oleh yang demikian, penggunaan sebahagian alat-alat muzik

yang berselisih para fuqaha telah digunakan menurut aliran tarekat

Bektashi yang menjadi momentum tentera Uthmaniyyah ketika itu

dan di istana-istana Uthmaniyyah yang terdiri daripada sultan dan

ahli kerajaan telah menjadikan tarekat Mawlawiyah dengan tarian

darwish yang merupakan bentuk majlis sama‘ juga sebagai

momentum pembentukan kekuatan jiwa bagi kerajaan Turki

Uthmaniyyah. 35

Maksud Sama‘

Sama‘ menurut ahli Tasawwuf ialah salah satu latihan kerohanian

yang membiasakannya oleh para murid untuk tujuan pembersihan

penyucian rohani. Sama‘ bukanlah difahami dengan maksud tari

menari yang disertai dengan alunan suara nyanyian penyanyi dan

alat-alat muzik. Majlis sama‘ adalah majlis yang diwarisi dan

mewariskannya oleh para ahli tasawwuf. Kandungan majlis sama‘

mempunyai acara alunan bacaan al-Quran yang dibaca oleh qari

yang bersuara merdu, yang boleh menyentuh hati para pendengar

dan terkesan di sanubari mereka, atau bacaan-bacaan yang

dibenarkan oleh syarak seperti madih, salawat, burdah, nasyid dan

qasidah, majlis ilmu dan makrifah, bacaan kalam-kalam ahli irfan

(ma‘rifah) yang menyedarkan akal dan roh para hadirin tentang

kebenaran. Majlis sama‘ tidak perlu disertai dengan alat-alat muzik.

Majoriti ulama’ tasawwuf tidak setuju sesuatu majlis sama‘ disertai

alat-alat muzik, sekalipun hanya kompang yang tiada khilaf ulama’

mengharuskan penggunaan kompang.36

Pandangan Ahli Tasawwuf terhadap Tarian (Ruqs) Sufi atau

Majlis Hadrah

Tarian pada majlis sama‘ yang dikenali sebagai majlis hadrah telah

dijelaskan oleh para ulama’ tasawwuf muktabar dalam sebahagian

karangan mereka. Antaranya ialah Imam Ibn ‘Ajibah (1747-1809)

yang diberi nama penuh sebagai Abi ‘Abbas Ahmad ibn

Muhammad ibn ‘Ajibah al-Hasani. Beliau wafat pada 1223 Hijrah

bersamaan 1809 Masihi. Beliau mengarang kitab tafsir, hadith,

fikah, lughah, dan kebanyakkan kitab beliau adalah dalam bidang

35 Refensi Makalah, “Sejarah Dan Penyebaran Tarekat Maulawiyah”. 36 Sayyid Ibn Idris bin Sayyid al-Hassan al-Idrisi, al-Ruqs wa al-Ghana’ wa al-

Sama‘ ‘inda Turuq al-Sufiyyah, Seminar Antarabangsa Dakwah dan Tariqat

Tasauf Negeri Sembilan, Seremban, (2002).

Page 16: PERANAN SAMA DALAM PERADABAN ISLAM - …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/PERANAN-SAMA-DALA… · Makalah ini menjelaskan peranan majlis sama‘ dalam peradaban Islam. Dihuraikan

Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-

137

128

tasawwuf. Karangannya melebihi 45 buah judul.37 Penulis

membawakan contoh terjemahan teks bahasa Arab mengenai

pandangan ahli tasawwuf tentang tarian (ruqs) bagi melihat

perbezaan antara tarian yang tidak mengikut syarak dan tarian yang

mengikut syarak.38

Erti Ruqs iaitu tarian dan taraqqus iaitu menari bermaksud

“meninggikan tubuh dan menurunkan kebawah tubuh.”39 Selain itu,

ia juga bermaksud mengerak-gerakkan tubuh tanpa wujud nya suatu

ghalabah (dikalahkan) oleh hal (dhawq), bukanlah merupakan cara

orang-orang yang sudah sempurna tasawwufnya. Orang yang sudah

sempurna, sepatutnya berkeadaan diam dan tetap tubuhnya kerana

cara yang sebegitu, lebih selamat dari sangkaan buruk kepada orang

yang melakukan sedemikian, walaupun dhawq memang benar

terjadi pada dirinya. Tetapi Imam Suhrawardi di dalam kitab beliau

berjudul ‘Awarif al-Ma‘arif telah menjelaskan keharusan ruqs

samaada disebabkan dhawqiyyah atau bagi sheikh untuk membantu

muridnya.40 Percanggahan besar antara ahli tasawwuf dan ulama’

zahir, mengenai tarian (ruqs) adalah seperti berikut:

Hukum asal pada tarian adalah harus. Kerana tiada warid nas

syarak pada keharaman mahupun keharusan maka zahir nas-nas

menunjukkan harus.41 Sesungguhnya para imam

mengharamkannya disebabkan disertai perkara-perkara yang dibuat

oleh orang-orang fasik iaitu percampuran lelaki dan perempuan,

pondan-pondan dan alat-alat muzik yang diharamkan. Ini

berdasarkan kaedah usul fiqh iaitu ‘illah beredar menurut

ma`lulnya, pada ada dan tiada.42 Kesimpulannya hukum tarian

terbahagi 3 bahagian iaitu haram, harus dan dituntut atau

dianjurkan.

37 Al-Zirikli, al-A‘lam, Juzuk 1, 245. Rida Kahhalah, Mu‘jam al-Mu’allifin, 63.

Hasanin Makhluf, Shajarah al-Nur al-Zakiyyah, 400. 38 Ibn ‘Ajibah, Al-Futuhat al-Ilahiyyah fi sharh al-Mabahith al-Asliyyah, dalam

Sharh al-Hikam Ibn Ata’illah, juzuk 2, (Beirut: Dar al-Fikr, t.t), 281. 39 Ibid., 281. 40 ‘Abd al-Kabir bin Muhammad bin ‘Abd al-Wahid, Nujum al-Muhtadin (Beirut:

Dar al-Kutub Ilmiah, t.t), 98. 41 Imam al-Sayuti, al-Hawi li l-Fatawi, juzuk 2, (Maktabah al-Riyad al-

Hadithiyyah), 234. 42 Husayn bin Ahmad bin Muhammad al-Kailani al-Shafi‘i al-Makki, Al-Tahqiqat

fi Sharh Waraqat (Amman: Dar al-Nafa’is, t.t), 534.

Page 17: PERANAN SAMA DALAM PERADABAN ISLAM - …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/PERANAN-SAMA-DALA… · Makalah ini menjelaskan peranan majlis sama‘ dalam peradaban Islam. Dihuraikan

Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-

137

129

Bahagian haram tarian bermaksud tarian yang dilakukan oleh

orang-orang awam dengan percampuran lelaki, perempuan, pondan

dan kehadiran mereka. Oleh yang demikian, tarian ini haram kerana

membawa kerosakan akhlak, membangkitkan tabiat-tabiat keji dan

nafsu-nafsu kesyaitanan.Termasuk juga dalam kategori haram

apabila tarian dalam majlis sama‘ bertujuan untuk riya’ dan

menunjuk-nunjuk kononnya dhawq pada halnya hatinya lalai.

Kategori haram apabila hati lalai adalah pendapat Sheikh Ibnu

Zarouq seperti yang dinukilkan oleh Ibnu ‘Ajibah di dalam Futuhat

Ilahiyah muka surat 283 tetapi dijawab oleh Sheikh Abd al-Kabir

bin Muhammad bin ‘Abd al-Wahid di dalam kitab beliau Nujum al-

Muhtadin. 43

Bahagian harus pula ialah tarian yang dibuat oleh orang-orang

soleh dan ahli tasawwuf ketika tiada rasa dhawq. Mereka

melakukan sedemikian dengan tujuan merehatkan lelah dalam diri

mereka dan untuk menyemarakkan kerajinan hati mereka. Kategori

harus ini bersyaratkan ketika majlis dijalankan, tempat, dan para

hadirin tidak berlaku percampuran antara laki dan perempuan.

Tarian ini diharuskan kerana tiada perkara yang membawa kepada

yang haram.44 Pendapat yang mengatakan tarian (ruqs) ahli

tasawwuf serupa dengan perbuatan kaum Samiri ketika mereka

menyembah patung anak lembu adalah salah kerana perbuatan

kaum Samiri itu haram dengan sebab tujuan tarian adalah untuk

membesarkan patung anak lembu tersebut dan mereka seronok

dalam melakukan perkara itu. Ianya begitu jelas dan terang

kufurnya walaupun belum pasti kesahihan riwayat kisah kaum

Samiri.45 Berlainan halnya dengan sesuatu yang berlaku disisi ahli

tasawwuf berdasarkan niat tujuan dan kayfiyah cara mereka.

Sesungguhnya telah sabit dalam hadith bahawa Saidina Ja‘far bin

Abi Talib )ra( menari di hadapan Rasulullah SAW ketika Baginda

bersabda:“Dikau menyerupai daku pada kejadian (tubuh)ku dan

akhlakku.”46 Shaykh al-Sanusi telah menyebut hadith ini dalam

43 Seperti nukilan Ibnu ‘Ajibah dalam Futuhat Ilahiyah tetapi telah dijawab oleh

Shaykh ‘Abd al-Kabir bin Muhammad bin ‘Abd al-Wahid, Nujum al-Muhtadin

(Beirut: Dar al-Kutub ‘Ilmiyyah, t.t), 93 dan 95. 44 Ibn ‘Ajibah, Al-Futuhat al-Ilahiyyah fi sharh al-Mabahith al-Asliyyah, dalam

Sharh al-Hikam Ibn Ata’illah, juzuk 2 (Beirut: Dar al-Fikr, t.t), 282. 45 Ibid., 282. 46 Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab Bad’ al-Khalq, Bab Fada’il Sahabah (Beirut:

Dar al-Fikr) Jil 2, 301.

Page 18: PERANAN SAMA DALAM PERADABAN ISLAM - …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/PERANAN-SAMA-DALA… · Makalah ini menjelaskan peranan majlis sama‘ dalam peradaban Islam. Dihuraikan

Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-

137

130

kitab Nushrat al-Faqir dan lain-lain.47 Seterusnya, Ibn Layyun al-

Tujibi menaskan tarian (ruqs) di masjid dalam hadith sahih riwayat

Muslim dari Saidatina Aisyah (ra) berkata:

“Suatu hari perayaan, beberapa askar-

askar orang Habsyi menari sebagai

menyambut raya dalam masjid. Nabi

bertanya kepada saya, “hendakkah

engkau melihat mereka?” saya

menjawab, “ya”. Kemudian diangkatnya

saya dengan tangannya sendiri, dan saya

melihat beberapa lama hingga beliau

berkata lebih dari sekali “belumkah puas

engkau lagi?”48

Imam Ibn ‘Uyaynah (ra) mengulas: Kalimat al-Zafaf dalam

hadith tersebut bermaksud al-Ruqs (tarian).49 Disabitkan asal

hukum tarian itu adalah harus kecuali setelah berlaku perkara-

perkara yang dilarang seperti syarat-syarat pengecualian. Sekiranya

dikatakan haram semata-mata haram secara mutlak pada zat tarian

itu, sudah tentu tidak dibuat tarian (ruqs) di hadapan Rasulullah

SAW.

Bahagian dituntut atau dianjurkan iaitu tarian para ahli

tasawwuf, ahli dhawq, ahl al-hal dan wajd, sama ada ketika sudah

ada wajd atau cuba mendapatkan wajd, sama ada tarian di dalam

majlis zikir atau sama‘, semuanya dianjurkan untuk melakukan

tarian (ruqs). Tiada syak lagi, bahawa ubat penawar untuk berhati-

hati dari kelalaian dan hanya untuk menumpukannya kepada Allah

adalah dituntut dengan pelbagai cara selagi mana tidak melakukan

perkara yang diharamkan atau diijma‘kan keharamannya oleh para

ulama’ kerana perkara sebegitu bukan lagi ubat penawar. Imam

Junayd al-Baghdadi (ra) ketika ditanya tentang majlis sama‘. Beliau

menjawab setiap perkara yang menumpukan hati hamba kepada

Tuhannya, adalah harus.50 Imam al-Fasi menulis dalam karangan

beliau berjudul Sharh al-Hisn, nas perkataan dari Shaykh al-Islam

Imam al-Sayuti (ra) berkata: aku menjawab, bagaimana pula boleh

47 Ibn ‘Ajibah, Al-Futuhat al-Ilahiyyah fi sharh al-Mabahith al-Asliyyah, 282. 48 Muslim, Sahih Muslim, Kitab Salat ‘Aidin, Bab la Adhan wa la Iqamah. (Beirut:

Dar al-Thaqafah al-‘Arabiyah, t.t), Juzuk 6, 185-186. 49 Ibn ‘Ajibah, Al-Futuhat al-Ilahiyyah fi sharh al-Mabahith al-Asliyyah, 282. 50 Ibn ‘Ajibah, Al-Futuhat al-Ilahiyyah fi sharh al-Mabahith al-Asliyyah, 281-283.

Page 19: PERANAN SAMA DALAM PERADABAN ISLAM - …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/PERANAN-SAMA-DALA… · Makalah ini menjelaskan peranan majlis sama‘ dalam peradaban Islam. Dihuraikan

Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-

137

131

diingkari berzikir dengan keadaan berdiri dan duduk, dan dalam

keadaan berbaring atas rusuk mereka. Sesungguhnya Allah (SWT)

berfirman dengan maksudnya “Mereka yang berzikir mengingati

Allah dalam keadaan berdiri dan duduk dan dalam keadaan

berbaring diatas rusuk mereka”. Siti Aishah (ra) berkata:

“Adalah Rasulullah SAW berzikir

mengingati Allah di setiap keadaan”.

Walaupun terdapat tambahan pada berdiri dengan ditambah

perbuatan menari itupun tidak boleh diingkari, perbuatan sebab

menari itu disebabkan timbul rasa kelazatan shuhud dan al-wajd.

Telah diriwayatkan hadith Saidina Ja‘afar bin Abi Talib

menari di hadapan Rasullullah SAW bila Nabi SAW bersabda:

“Dikau menyerupai daku pada kejadian

tubuhku dan akhlakku”.

Sesungguhnya berita tentang berlakunya keadaan berdiri dan

tarian di dalam majlis-majlis sama‘ dan dhikr dengan kehadiran

ulama’ besar, seumpama Sheikhul Islam ‘Izz al-Din bin ‘Abd al-

Salam adalah sahih. Kemudian Ibn ‘Ajibah mengulas, aku

berpendapat sesungguhnya mutawatir khabar yang dinukil

berkenaan ahli tasawwuf zaman dahulu dan sekarang, sama ada di

timur mahupun barat bahawa mereka berhimpun untuk berzikir

mengingati Allah dengan cara berdiri dan menari. Tiada pula

sampai berita kepada kita ada terdapat ulama’ yang ingkar pada

perbuatan mereka itu.51

Kayfiyah ruqs atau cara tarian dalam bentuk Tamayyul iaitu

cenderung badan ke hadapan dan kembali tegak atau menari sudah

maklum disisi ahli tasawwuf seperti yang dibahas oleh Ibn ‘Ajibah

di dalam kitab komentar bagi al-Mabahith al-Asliyah sepertimana

yang telah dinukilkan oleh penulis.52

Penutup

Penulis mencadangkan solusi iaitu menukar bentuk majlis muzik

dan tari menari yang dilarang syarak walaupun masih berleluasa di

51 Imam al-Sayuti, al-Hawi li l-Fatawi, 2: 234; Ibn ‘Ajibah, Al-Futuhat al-

Ilahiyyah fi sharh al-Mabahith al-Asliyyah, 282. 52 Ibn ‘Ajibah, Al-Futuhat al-Ilahiyyah fi sharh al-Mabahith al-Asliyyah, 282;

Shaykh ‘Abd al-Wahid, Nujum al-Muhtadin, 136.

Page 20: PERANAN SAMA DALAM PERADABAN ISLAM - …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/PERANAN-SAMA-DALA… · Makalah ini menjelaskan peranan majlis sama‘ dalam peradaban Islam. Dihuraikan

Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-

137

132

dalam masyarakat dengan mencontohi dan meniru bentuk tradisi

amalan sama‘ dan hadrah yang telah diamalkan oleh ahli tasawwuf

dan telah diperakui benar oleh para ulama’ sebagai salah satu

amalan Islam. Selain itu, pihak pengkarya seni dan ahli agama perlu

melakukan perbincangan bersama dalam menghasilkan bentuk seni

yang selaras dengan tuntutan agama dan menyemak semula seni

tarian yang tidak berasal dari amalan Islam maupun tradisi seperti

poco-poco, zumba dan sebagainya. Penulis juga mencadangkan

kepada mereka yang terlibat secara langsung dengan bidang seni

untuk meneliti semula pengunaan alat-alat muzik yang agak

melampau. Di samping itu, membuat bandingan antara tarian yang

dibolehkan dalam Islam seperti yang berlaku dalam majlis sama‘

atau hadrah, yang mengajak manusia kepada berzikir dan memberi

tumpuan kepada Allah dalam setiap gerak geri dengan poco-poco,

zumba dan sebagainya bagi mendapatkan hasil perbincangan dan

kesimpulan yang terbaik kepada umat Islam keseluruhannya.

Hiburan menurut seorang mukmin adalah kegembiraan dan

kebahagiaan dalam melakukan ketaatan kepada Allah (SWT),

kerana iman yang dicari oleh semua manusia adalah merasai

kebahagiaan yang berkekalan dunia dan akhirat.

Rujukan

‘Abd al-Baqi, Muhammad Fu’ad, Mu‘jam al-Mufahras li-

alfaz al-Qur‘an al-Karim, Beirut: Darul Fikri, 1987.

‘Abd al-Wahid, ‘Abd al-Kabir bin Muhammad, Nujum al-

Muhtadin, Beirut: Dar al-Kutub Ilmiah, t.t.

Ahmad al-Fatani, Shaykh. Hadiqat al-Azhar wa al-Rayyahin,

Kuala Lumpur: Khazanah al-Fataniah, 1958.

Ahmad Sharifuddin Mustapha Mohd Zain Mubarak, “Dakwah

Melalui Muzik dan Nyanyian: Satu Perbincangan”.

Prosiding Seminar Serantau Dakwah dan Kesenian.

Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 7-8 Ogos

2006

Ahmad, Imam, al-Musnad, Beirut: Dar al-Fikr, 1993.

Page 21: PERANAN SAMA DALAM PERADABAN ISLAM - …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/PERANAN-SAMA-DALA… · Makalah ini menjelaskan peranan majlis sama‘ dalam peradaban Islam. Dihuraikan

Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-

137

133

Al-Ansari, Shaykh al-Islam Zakariyya, Fath al-Rahman

Sharh ‘ala Muqadimah Laqtah al-‘Ijlani wa Balati

Zaman, Mesir: Matbah Mustafa al-Babi al-Halabi wa

Awladuh bi l-Misr, t.t.

Al-Ansari, Zakariyya, Fath al-Wahhab bi-Sharh Minhaj al-

Tullab Kitab al-Shahadat, Beirut: Dar al-Fikr, t.t.

Ashaari Muhammad, Iman dan Persoalannya, Batu Caves:

Penerangan Al-Arqam, 1983.

Al-Azhari, Sulayman bin Muhammad bin ‘Umar, Hashiah al-

Bujayrimi ‘ala Minhaj al-Tullab, al-Tajrid li l-Naf‘i

al-‘Abidi, Beirut: Dar al-Fikr, 1995.

Bilfaqih, Alwi bin Muhammad bin Ahmad, Min A‘qab al-

Buda’h al-Muhammadiyah al-Tahirah, Tareem: Dar

al-Muhajir, t.t.

Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab Bada al-Khalq, Bab

Fada’il Sahabah. Beirut: Dar al-Fikr.

Dave Miranda, “The Role of Music in Adolescent

Development: Much More Than the Same Old Song,”

International Journal of Adolescence and Youth, Vol.

18, No. 1, (2013), 5–22,

Http://dx.doi.org/10.1080/02673843.2011.650182.

Al-Dhahabi, Kitab Talhiz al-Mustadrak. Beirut: Dar al-Fikr,

2002.

Furqani, H. Haneef, Ma, “Qur'anic Concepts of Man and

Nature and their Ethical Implications for Human

Behavior: Developing an Alternative Islamic

Framework. Al-Shajarah Volume: 20 Issue: 2 (2015),

247-265.

Page 22: PERANAN SAMA DALAM PERADABAN ISLAM - …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/PERANAN-SAMA-DALA… · Makalah ini menjelaskan peranan majlis sama‘ dalam peradaban Islam. Dihuraikan

Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-

137

134

Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din (dicetak di tepi Kitab Ittihaf

Sadat al-Muttaqin al-Zabidi), (Beirut: Darul al-Fikr,

t.t)

Al-Hakim, Mustadrak ‘ala Sahihayn. Beirut: Dar al-Fikr,

2002.

Hamdan Sinnan - Fauzi Anjari, Ahl Sunnah al-Asha‘irah

Shahadat ‘Ulama’ al-ummah wa Adillata-hum,

Kuwait: Dar al-Dhiya’, t.t.

Hasrizal Abdul Jamil. “Sultan Muhammad Al-Fateh Dan

Pembukaan Istanbul,” Buletin Suara Masjid. Bil. 88

Tahun 10 Edisi Jamadil Awwal 1432H April 2011, 4.

m.emuamalat.gov.my/sites/.../suara_masjid_april_20

11_edit_0.pdf. Dicapai pada 23 Mei 2017.

Hassan al-Idrisi, Sayyid Ibn Idris bin Sayyid, “Al-Ruqs wa al-

Ghana’ wa Sama‘ ‘inda Turuq al-Sufiyyah”, Seminar

Antarabangsa Dakwah dan Tariqat Tasauf, Negeri

Sembilan, Seremban, (2002).

Huzili Hussin dan Shuhairimi Abdullah, “Menangani

Penetrasi Budaya Hedonisme di Kalangan Mahasiswa:

Satu Penyelesaian Menurut Perspektif Islam dan

Kaunseling”,

http://eprints.utm.my/479/1/HuziliHussin2006_Mena

nganipenetrasibudayahedonismedi.pdf. Dicapai pada

23 Mei 2017.

Ibn ‘Ajibah, Al-Futuhah al-Ilahiyyah fi sharh al-Mabahith al-

Asliyyah, dalam Sharh al-Hikam Ibn ‘Ata’illah. Juzuk

2. Beirut: Dar al-Fikr, t.t.

Ibn Idris al-Hassan al-Idris Dubai, Sahibus Samahah, “Tarian,

Nyanyian dan Sama’ dalam Tariqat Tasawwuf.”

Kertas kerja dibentangkan di Hotel Hilton sempena

Page 23: PERANAN SAMA DALAM PERADABAN ISLAM - …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/PERANAN-SAMA-DALA… · Makalah ini menjelaskan peranan majlis sama‘ dalam peradaban Islam. Dihuraikan

Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-

137

135

Seminar Antarabangsa Dakwah Dan Tariqat

Tasawwuf pada 18-19 Ogos 2002.

Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab. Beirut: Dar al-Ihya’ al-Turath al-

‘Arabi, 1988.

Ismail Alias, “Pembentukan Minda Kelas Pertama Berdasar

Perspektif Psikologi (Kognitif),” Jurnal Pengurusan

Awam / Disember 2006. Http://www.myjurnal.my/public/article-

download.php?id=72522. Dicapai pada 23 Mei 2017.

Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Qasidah Menggunakan

Kompang, Seremban: Jabatan Mufti Negeri Sembilan,

t.t.

Kahhalah, Rida, Mu‘jam al-Mu’allifin, t.tp: t.p, t.t.

Al-Kattani, al-Hafiz ‘Abd al-Hayy bin ‘Abd al-Kabir, Risalah

fi Mashru‘iyyah al-Dhikr bi Ruqs wa Ijma‘ Turuq

Sufiyyah ‘ala Dhalik. Ed. Adnan Abdullah Zihar,

Beirut: Dar al-Kutub ‘Ilmiyyah, 2007.

Al-Laqqani, Ibrahim, Jauharah al-Tauhid (Permata Ilmu

Tauhid), Terjemahan Indonesia H. Mujiburrahman,

Kuala Lumpur: Pustaka Jiwa Sdn. Bhd., t.t.

Lukmanul Hakim Hanafi, Zulkifli Mohamad al-Bakri, Raja

Raziff Raja Shaharuddin, “Hiburan: Muzik, Nyanyian,

Nasyid Menurut Perspektif Fiqh Dan Fatwa, 96.”

jfatwa.usim.edu.my/index.php/jurnal/article/downloa

d/6/6 - Dicapai pada 23 Mei 2017.

Makhluf, Hasanin, Shajarah al-Nur al-Zakiyyah, t.tp: t.p, t.t.

Page 24: PERANAN SAMA DALAM PERADABAN ISLAM - …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/PERANAN-SAMA-DALA… · Makalah ini menjelaskan peranan majlis sama‘ dalam peradaban Islam. Dihuraikan

Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-

137

136

Al-Makki, Husayn bin Ahmad bin Muhammad al-Kaylani al-

Shafi‘i Al-Tahqiqat fi Sharh Waraqat, Amman: Dar al-

Nafa’is, t.t.

Al-Munawi, Imam ‘Abd al-Ra’uf, Fayd al-Qadir. Beirut: Dar

al-Fikr, t.t.

Muslim, Sahih Muslim. Kitab Salat ‘Aidin, Bab la Adhan wa

la Iqamah. Beirut: Dar al-Tsaqafah al-Arabiyah, t.t.

Nasaruddin Umar, Kajian Tematik Al-Qur’an tentang

Kemasyarakatan: Wanita dalam Perspektif al-Qur’an,

Bandung: Angkasa, 2008.

PondokTampin, “Buah tangan dari Turkie 15- Kesultanan

Empayer Osmaniah bertarekat tasawuf”,

http://pondoktampin.blogspot.my/2011/04/buah-

tangan-dari-turkie-15.html

Al-Rawi, Sheikh Muhammad Salih bin Murid, Fath al-Mubin

Mesir: Matbah Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladu-

h bi l-Misr, t.t.

Refensi Makalah, “Sejarah dan Penyebaran Tarekat

Maulawiyah”, http://www.referensimakalah.com/2012/11/sejarah-dan-

penyebaran-tarekat-maulawiyah.html/ diakses pada 27

Disember 2017.

Said Nursi, Bediuzzaman, Al-Iman wa Takamul al-Insan

(Iman dan Manusia). Istanbul: Sozler Publication

2009.

Said, S.A., “Sama‘ dalam Tradisi,” ISLAMICA 7 (2) 2013.

Page 25: PERANAN SAMA DALAM PERADABAN ISLAM - …qalbujournal.com/wp-content/uploads/2017/12/PERANAN-SAMA-DALA… · Makalah ini menjelaskan peranan majlis sama‘ dalam peradaban Islam. Dihuraikan

Abd Raof, “Peranan Sama’ Dalam Peradaban Islam”, Jurnal Qalbu 3.5 (Dis 2017): 113-

137

137

Al-Saqqaf, Sayyid Alawi bin Ahmad, Majmu‘ah Sab‘at al-

Kutub Mufidah, Mesir: Matbah Mustafa al-Babi al-

Halabi wa Awladu-h bi Misr, t.t.

Satriawinarah, “Tarekat dan Militer”.

(https://satriawinarah.wordpress.com/2014/01/08/tare

kat-dan-militer/ diakses pada 27 Disember 2017).

Al-Sayuti, Imam, al-Hawi li l-Fatawi, juzuk 2, t.tp: Maktabah

ar-Riyadh al-Hadithiyyah, t.t.

Al-Sayuti, Jami‘ al-Saghir, Beirut: Dar al-Kutub Ilmiah, t.t.

Al-Sharwani al-Makki, ‘Abd al-Hamid bin Husayn al-

Dagestani, Hawashi al-Sharwani wa Ibn Qasim ‘ala

Tuhfat al-Muhtaj bi Sharh Minhaj Kitab al-Shahadat,

Beirut: Dar al-Kutub Ilmiah 1996.

Zaini Dahlan, Sayyid, Dawlah al-Uthmaniyyah min Kitab

Futuhat al-Islamiyyah, Istanbul: Maktabah Haqiqah bi

Shari‘ Dar al-Shafaqah bi Fatih Istanbul Turki, t.t.

Al-Zirikli, al-A‘lam, Juzuk 1, t.tp: t.p, t.t