peranan iklan dalam mengintegrasikan etnik

25
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA (SSX 0022) HUBUNGAN ETNIK TUGASAN BERPASANGAN PERANAN IKLAN DALAM MENGINTEGRASIKAN ETNIK SECARA MENYELURUH DI MALAYSIA NAMA; CAMILLUS BUJANG 13827 MARDHIAH HAYATI RAHIM 14419 1

Upload: mardhiah-hayati-rahim

Post on 26-May-2015

13.545 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnik

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

(SSX 0022)

HUBUNGAN ETNIK

TUGASAN BERPASANGAN

PERANAN IKLAN DALAM MENGINTEGRASIKAN ETNIK SECARA

MENYELURUH DI MALAYSIA

NAMA;

CAMILLUS BUJANG 13827

MARDHIAH HAYATI RAHIM 14419

PENSYARAH;

ENCIK ABG IZHAR ABG AHMAD

ISI KANDUNGAN

1

Page 2: Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnik

1.0 PENGENALAN………………………………………………………………...1

2.0 PERANAN IKLAN DALAM MENGINTEGRASIKAN ETNIK

SECARA MENYELURUH.................................................................................2

2.1 Realiti perpaduan di Malaysia………………………………………………2

2.2 Kesedaran tentang pentingnya integrasi antara kaum ………………………3

2.3 Membawa nilai-nilai positif yang dapat diteladani………………………….4

2.4 Membantu dalam membentuk masyarakat yang harmoni…………………..5

3.0 CONTOH-CONTOH LAIN IKLAN-IKLAN YANG BERTERASKAN

INTEGRASI ETNIK……………………………………………………………6

3.1 Percintaan Tan Hong Ming............................................................................

6

3.2 Negara “Kita”.................................................................................................

7

4.0 PENDAPAT MASYARAKAT UMUM TERHADAP IKLAN-IKLAN

BERTERASKAN INTEGRASI ETNIK DI MALAYSIA.................................. 8

4.1 Siti Nur Ain Hamdan (Program Kaunseling, Tahun 3)..................................8

4.2 Amy Leong Sze Mei (Program Sains Kognitif, Tahun 3).............................

8

4.3 Maxson Millolis Jonioh (Program Pembangunan Sumber

Manusia, Tahun 3)..........................................................................................8

4.4 MacDawn Anak Lawrence (Program Pembangunan

Sumber Manusia, Tahun 3)………………………………………………....9

4.5 Ahmad Yusran Bin Rahim Omar (Program Pembangunan

Sumber Manusia, Tahun 3)………………………………………………....9

5.0 CADANGAN……………………………………………………………….......10

5.1 Kesedaran Individu.........................................................................................10

5.2 Peranan Media Massa dan Media Cetak.........................................................11

5.3 Masa Siaran Iklan...........................................................................................12

5.4 Peranan Kerajaan............................................................................................12

2

Page 3: Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnik

5.5 Peranan Badan-Badan Bukan Kerajaan..........................................................13

6 RUMUSAN..........................................................................................................13

1.0 PENGENALAN

Iklan sebagaimana yang didefinasikan di dalam Kamus Dewan Bahasa edisi

ketiga adalah pemberitahuan kepada orang ramai melalui surat khabar, televisyen, radio

dan lain-lain. Dengan kata lain, iklan merupakan satu cara penyebaran maklumat kepada

masyarakat umum tentang sesuatu perkara melalui berbagai-bagai saluran media massa

dan juga media cetak yang disediakan oleh rangkaian syarikat-syarikat penerbitan juga

pengiklanan pada masa sekarang. Setiap iklan yang ditayangkan dan dihasilkan harus

mempunyai keupayaan dalam menarik perhatian penonton atau pembaca terhadap apa

yang ditonton dan dibaca oleh mereka agar setiap mesej yang dibawa dapat difahami

dengan jelas.

Dalam era modenisasi yang kita jalani pada masa sekarang, anjakan paradigma

telah berlaku terhadap media masa dan juga media cetak di mana kedua-duanya telah

bertukar menjadi bahan komersial yang diperdagangkan kepada khalayak. Selain

daripada memberikan informasi-informasi terkini tentang negara dan dunia, elemen iklan

telah banyak diselitkan di antara informasi-informasi ini yang mana ia telah menjadi

komoditi penting kebanyakan syarikat penerbitan dan juga syarikat pengiklanan. Pada

dasarnya, iklan sering digunakan sebagai satu strategi pemasaran oleh sesebuah syarikat

pengeluar atau mana-mana badan yang berkehendakkan liputan tentang sesuatu produk

serta perkhidmatan mereka diketahui umum. Ini dijalankan bagi meningkatkan kuantiti

jualan bagi produk-produk dan juga perkhidmatan-perkhidmatan yang mereka tawarkan.

Walaubagaimapun, perbincangan kali ini tidak akan berkisar tentang iklan-iklan

barangan yang sering ditayangkan dan disebarkan kepada penonton dan juga pembeli

dalam mempengaruhi keputusan terhadap barangan yang diiklankan dan disebarkan itu.

Perbincangan ini akan lebih menjurus kepada iklan-iklan yang berusaha dalam

mempamerkan dan mempromosikan integrasi etnik di kalangan penduduk di Malaysia.

Peranan-peranan iklan seperti ini akan dibincangkan dan dikupas satu persatu agar kita

3

Page 4: Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnik

dapat mengetahui sejauh mana keberkesanannya dalam menyampaikan mesej perpaduan

yang amat penting dalam membentuk satu bangsa Malaysia yang harmoni.

2.0 PERANAN IKLAN DALAM MENGINTEGRASIKAN ETNIK SECARA

MENYELURUH

Di Malaysia, terdapat badan-badan bukan kerajaan seperti Petronas dan juga Bank

Bumiputera-Commerce yang seringkali mengeluarkan iklan-iklan yang membawa mesej

perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. Iklan-iklan seperti ini mampu

memainkan peranan yang penting dalam menyalurkan beberapa aspek perpaduan yang

mana ia dapat menggambarkan realiti sebenar perpaduan di Malaysia, membangkitkan

kesedaran tentang kepentingan integrasi kaum, menerapkan nilai-nilai positif yang dapat

diteladani oleh setiap etnik di Malaysia serta membantu dalam membentuk masyarakat

Malaysia yang harmoni. Ini sejajar dengan salah satu objektif penyiaran negara di mana

ia menyatakan bahawa penyiaran (yang mana iklan adalah salah satu daripada

komponennya) merupakan satu mekanisma dalam membantu mewujudkan perpaduan

kebangsaan di kalangan masyarakat berbilang kaum (R. Karthigesu, 1995).

2.1 Realiti perpaduan di Malaysia

Melalui iklan-iklan perpaduan yang banyak ditayangkan di kaca televisyen

terutamanya di musim-musim perayaan dan juga kemerdekaan, ia dapat memberikan

gambaran kepada masyarakat umum tentang duduk letaknya tahap perpaduan di

Malaysia. Sebagai contoh, iklan Petronas yang mengisahkan tentang tiga sekawan iaitu

Lim, Atan dan Param. Mereka berkawan baik tetapi terpisah kerana membawa haluan

hidup masing-masing. Pada suatu hari, Atan yang ditemani anaknya telah bertemu

semula dengan kawan lamanya Lim yang juga ditemani anaknya secara tidak sengaja di

sebuah hospital. Mereka mengimbas kembali peristiwa membaling buah pelam di

kampung dan bagaimana mereka terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan diri dari

disengat tebuan. Mereka kemudiannya tertawa sebelum Lim menegur sikap anak-anak

mereka yang tidak mengendahkan satu sama lain dengan berkata, “Tengoklah budak-

4

Page 5: Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnik

budak sekarang ni. Rambut je sama, tapi masing-masing buat hal sendiri. Makna kawan

pun tak tau”.

Kisah ini memaparkan kepada masyarakat umum tentang realiti perpaduan yang

masih samar-samar maknanya bagi rakyat Malaysia. Ia membuatkan kita berfikir sama

ada perpaduan kaum di Malaysia benar-benar muhibah sebagaimana yang sering diwar-

warkan ataupun sebaliknya. Jika dilihat dari sudut yang lain, ia juga mempamerkan

tentang sikap prejudis sesuatu kaum terhadap kaum yang lain yang menghalang mereka

daripada membina hubungan yang positif sesama mereka. Situasi ini akan membantutkan

kelancaran misi kerajaan dalam mengintegrasikan masyarakat berbilang etnik di

Malaysia menjelang 2020.

Melalui pemerhatian terhadap budaya dan juga pergaulan masyarakat yang

dipraktikkan di sekeliling kita, dapat dilihat bahawa iklan-iklan yang berunsurkan

perpaduan kaum ini sebenarnya hanyalah sekadar satu hiburan bagi mereka. Walaupun

terdapat segelintir daripada masyarakat yang peka dan sedar tentang mesej yang dibawa,

namun lebih kecil jumlahnya yang mengamalkan nilai-nilai murni yang menjurus kepada

penyatuan kaum di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa penerimaan masyarakat terhadap

mesej perpaduan daripada iklan-iklan seperti ini tidak mendapat sokongan yang penuh.

2.2 Kesedaran tentang pentingnya integrasi antara kaum

Perpaduan kaum merupakan pemboleh ubah yang penting dalam menentukan

kestabilan politik, sosial malah ekonomi di negara kita (Rahmat Ghazali, 2008). Oleh

demikian, iklan-iklan yang membawa mesej perpaduan haruslah mencerminkan tentang

pentingnya penyatuan di antara satu kaum dengan kaum yang lain agar pembangunan

sosial, ekonomi dan insfrastruktur dapat dicapai. Kesedaran seharusnya wujud dalam diri

setiap rakyat Malaysia agar konflik di antara kaum dapat dielakkan dan ini berupaya

merapatkan sebarang jurang yang wujud.

5

Page 6: Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnik

Jika kesedaran ini tidak dititikberatkan oleh setiap individu, maka ia akan

menimbulkan perselisihan antara kaum, rasa tersisih dan prejudis yang tinggi terhadap

kaum yang lain. Situasi ini akan menyebabkan kekacauan yang akan memberikan kesan

negatif terhadap kestabilan politik, ekonomi serta sosial di negara kita. Sebagai contoh,

perhimpunan HINDRAF yang berlaku baru-baru ini menggambarkan bahawa nipisnya

kesedaran sesetengah pihak terhadap perpaduan kaum di Malaysia. Tindakan agresif

mereka ini telah mendapat liputan daripada media antarabangsa iaitu CNN dan

menyebabkan imej negara tercalar.

Selain kejadian HINDRAF ini, banyak lagi peristiwa pergaduhan antara kaum

pernah berlaku seperti insiden Kampung Medan pada 7 Mac 2001 dan peristiwa 13 Mei

pada tahun 1969. Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, konflik antara kaum

akan lebih cenderung untuk berlaku kerana setiap kaum berpegang kepada agama,

kebudayaan, bahasa dan cara hidup masing-masing sebagaimana yang diterangkan dalam

teori masyarakat majmuk oleh Furnival (1948). Oleh itu, perbezaan pegangan inilah yang

menuntut tahap kesedaran yang tinggi daripada setiap individu agar konflik dapat

dielakkan dan seterusnya mampu dalam meningkatkan integrasi kaum di negara ini.

2.3 Membawa nilai-nilai positif yang dapat diteladani

Iklan-iklan yang membawa mesej perpaduan di Malaysia seringkali mempunyai

pengajaran tentang nilai-nilai positif yang seharusnya di pupuk di dalam hati setiap rakyat

Malaysia tanpa mengira etnik. Sebagai contoh, iklan New Straits Times yang

mengisahkan tentang seorang kanak-kanak lelaki Melayu yang buta tetapi membeli surat

khabar untuk mengetahui perkembangan semasa. Kanak-kanak ini telah diketawakan

oleh sekumpulan kanak-kanak nakal yang secara kebetulan berada berhampiran

dengannya. Pada masa yang sama, terdapat seorang kanak-kanak India disitu dan

menawarkan diri untuk membacakan akhbar tersebut kepada kanak-kanak yang buta itu.

Sejak hari itu, mereka menjadi rakan karib. Tetapi, pada suatu hari kebakaran telah

berlaku dan kanak-kanak buta itu serta keluarganya terpaksa berpindah ke tempat lain

6

Page 7: Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnik

dan hubungan keduanya terputus. Setelah beberapa tahun, mereka berdua bertemu semula

secara tidak sengaja di pejabat kanak-kanak buta itu yang mana pada ketika itu dia telah

berjaya menjadi penulis untuk sebuah akhbar di Malaysia. Di akhir iklan itu, mereka

berdua berpelukan kerana gembira dan terharu ditemukan semula.

Mesej yang dapat diteladani di sini adalah keinginan dalam membantu golongan

yang kurang berupaya dalam melakukan sesuatu perkara tanpa mengira kaum individu

yang harus dibantu itu. Sikap positif seperti ini amat ditekankan agar golongan kurang

upaya disokong serta dibantu dari setiap aspek oleh individu-individu yang sebangsa

dengannya mahupun yang tidak sebangsa dengannya. Selain itu, ia juga memaparkan

semangat setia kawan yang terjalin di antara dua individu yang berlainan bangsa dan

mempunyai latar belakang yang berbeza walaupun mereka tidak berjumpa dalam tempoh

masa yang lama.

2.4 Membantu dalam membentuk masyarakat yang harmoni

Konsep masyarakat majmuk sebagaimana yang dinyatakan oleh Furnival,

memperakui perbezaan nilai, norma, budaya dan adat resam sesuatu kaum minoriti

(Rahmat Ghazali, 2008). Maka, kesedaran tentang pentingnya menghormati perbezaan-

perbezaan ini merupakan tunjang utama dalam memastikan semua kaum di Malaysia

dapat hidup dalam keadaan yang harmoni tanpa sebarang pertelingkahan. Ini bagi

memastikan pembangunan negara dari setiap aspek dapat dijalankan dengan teratur serta

lebih tersusun tanpa sebarang gangguan terutamanya daripada ancaman konflik

perkauman bagi menjamin kesejahteraan bersama.

Iklan-iklan perpaduan yang dipertontonkan kepada khalayak seringkali membawa

maksud untuk mengharmonikan pergaulan antara kaum di negara ini. Sebagai contoh,

iklan “rasa sayang” yang diterbitkan bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2008

menggarap berbagai-bagai unsur positif dalam usaha untuk mewujudkan kestabilan yang

tinggi dalam aspek integrasi kaum di Malaysia. Hubungan antara kaum yang erat yang

7

Page 8: Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnik

berlaku dalam suasana yang cukup harmoni dan santai telah dipamerkan di dalam iklan

ini. Antara lain yang menarik di dalam iklan ini adalah penggunaan pelbagai jenis bahasa

bagi lirik lagu Rasa Sayang itu sendiri. Liriknya merupakan gabungan bahasa seperti

Bahasa Melayu, Bahasa India, Bahasa Cina, Bahasa Iban serta Bahasa Kadazan.

Selain daripada itu, ditampilkan juga situasi di kampung, tarian kebanggaan dan

makanan tradisi pelbagai kaum di Malaysia, suasana kedai mamak, dan aktiviti rakyat

negara kita seperti permainan wau serta sepak raga. Aspek kebudayaan yang ditonjolkan

melalui iklan ini berupaya menjadi satu wadah dalam mendedahkan ketinggian budaya

bagi setiap kaum di negara ini. Sungguhpun begitu, perasaan cintakan budaya sendiri dan

menganggap budaya kaum lain rendah atau dikenali sebagai etnosentrism perlulah

dielakkan kerana ia akan menyukarkan usaha dalam mengintegrasikan semua kaum di

Malaysia (Mansor Mohd. Nor, 2006).

3.0 CONTOH-CONTOH LAIN IKLAN-IKLAN YANG

BERTERASKAN INTEGRASI ETNIK

3.1 Percintaan Tan Hong Ming

Iklan kemerdekaan yang ke–50 yang disediakan oleh Petronas ini mengisahkan

tentang percintaan Tan Hong Ming seorang murid sekolah rendah. Tan Hong Ming

ditanyakan siapakah kekasihnya, dan dia memberitahu bahawa kekasihnya ialah Umi

8

Page 9: Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnik

Qazrina. Mesej yang cuba disampaikan melalui iklan ini ialah dalam berkawan,

perbezaan etnik bukanlah menjadi halangan. Jika diamati dengan teliti, iklan ini dapat

memberi impak yang positif kepada penontonnya iaitu nilai persahabatan yang

ditonjolkan. Tan Hong Ming dalam usia yang muda mempunyai kawan dari kaum yang

berbeza. Maka di sini, dapat dilihat bahawa usaha dalam menyemai budaya penyatuan

kaum bukan sahaja disasarkan kepada golongan dewasa tetapi juga golongan kanak-

kanak .

3.2 Negara “Kita”

Iklan ini mengisahkan sekumpulan kanak-kanak yang membina sebuah bandar.

Setelah monumen bandar mereka siap dibina, kelima-lima kanak-kanak tersebut

bercadang untuk memberikan nama bagi bandar yang telah mereka bina. Masing- masing

memberikan nama untuk bandar mereka, antaranya ialah Kampung Sungai Penchala, The

Sandfree City, The Sun City dan The Jogging City. Tetapi kesemua mereka merasakan

nama tersebut tidak sesuai untuk bandar yang mereka bina. Akhirnya, salah seorang

daripada mereka memberi idea untuk menamakan bandar mereka dengan nama ‘KITA’.

Seterusnya mereka bersetuju untuk menamakan bandar mereka dengan nama ‘KITA’.

Iklan kemerdekaan yang dibawakan oleh Petronas ini juga memberi pengertian yang

mendalam kepada penonton yang menyaksikannya. Nilai yang ditekankan di dalam iklan

ini ialah semangat kekitaaan, ini dapat dilihat apabila kanak-kanak di dalam iklan

9

Page 10: Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnik

tersebut telah sebulat suara bersetuju menamakan bandar mereka dengan gelaran ‘Bandar

Kita’.

4.0 PENDAPAT MASYARAKAT UMUM TERHADAP IKLAN-IKLAN

BERTERASKAN INTEGRASI ETNIK DI MALAYSIA

Bagi memahami topik perbincangan ini dengan lebih jelas, temubual terhadap

beberapa orang pelajar di Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti

Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah dijalankan.

4.1 Siti Nur Ain Hamdan (Program Kaunseling, Tahun 3)

Pada pendapat saya, iklan-iklan berunsurkan pepaduan kaum di tempat kita ni memang

menarik kerana banyak elemen-elemen budaya dari pelbagai kaum ditonjolkan kepada

masyarakat umum. Jika dilihat dari aspek kesedaran terhadap pentingnya perpaduan

kaum, malangnya kesan itu hanya sedikit sahaja dan tidak mendalam. Jadi, saya dapat

simpulkan bahawa iklan-iklan ini kurang berkesan untuk diri saya.

4.2 Amy Leong Sze Mei (Program Sains Kognitif, Tahun 3)

Saya rasa, iklan-iklan yang berteraskan perpaduan kaum ini dapat membuat saya berasa

bangga dengan kepelbagaian kaum yang wujud di negara kita. Tapi perasaan ni cuma

datang waktu saya menontonnya sahaja dan saya kurang mempraktikkan mesej yang

disampaikan oleh iklan-iklan seperti ini di dalam kehidupan seharian saya. Jadi, ia kurang

la memberi kesan terhadap diri saya.

4.3 Maxson Millolis Jonioh (Program Pembangunan Sumber Manusia, Tahun 3)

Pada pendapat saya, lakonan kanak-kanak dalam iklan berupa perpaduan tak

menggambarkan sangat realiti sebenar perpaduan kaum di Malaysia. Ini mungkin untuk

memberi mesej bahawa dalam memupuk semangat perpaduan, ia perlu ditekankan sejak

kecil lagi. Selain itu, iklan-iklan seperti ini kebanyakkannya hanya menggambarkan

10

Page 11: Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnik

suasana yang diimpikan tapi tak beri gambaran sebenar, cuma impian semata-mata, what

is wished to happen. Ia mungkin efektif bagi golongan muda, tapi bagi semua peringkat

umur, cuma sebilangan sahaja. Lagipun, iklan macam tu ditayangkan pada waktu tertentu

sahaja, contohnya bulan kemerdekaa. Kalau betul nak efektif bagi menyampaikan mesej

sebenar, iklan tu sepatutnya sepanjang tahun. Kesimpulannya, iklan perpaduan memang

penting untuk mengingatkan dan meningkatkan kesedaran semua masyarakat.

4.4 MacDawn Anak Lawrence (Program Pembangunan Sumber Manusia, Tahun 3)

Pada pendapat saya, ada la sikit kesedaran tentang perpaduan kaum daripada menonton

iklan-iklan perpaduan ni. Ia membuatkan kita sedar tentang kepentingan perpaduan tapi

malangnya untuk jangka masa yang singkat je. Selalunya iklan-iklan macam ni

menunjukkan attitude orang Malaysia yang macam bersatu, tapi realitinya tak. Mesej

yang nak disampaikan pun kadang-kadang saya rasa tak sampai. Jadi, tak baik sangat la

iklan-iklan macam ni.

4.5 Ahmad Yusran Bin Rahim Omar (Program Pembangunan Sumber Manusia,

Tahun 3)

Iklan-iklan macam ni menunjukkan bahawa ada pihak-pihak yang mengambil berat

tentang Malaysian community. Saya rasa ia bagus sebab kita dapat belajar something

dengan cara yang seronok dan dapat memberi kesedaran tentang pentingnya perpaduan.

Banyak nilai-nilai yang baik yang dapat kita contohi sperti persahabatan dan kesedaran

tentang asal-usul kita. Tapi ia cuma efektif bagi orang yang memikirkan dan

mementingkan perpaduan je la.

11

Page 12: Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnik

5.0 CADANGAN

Berdasarkan perbincangan di atas, beberapa cadangan dapat diusulkan dalam

meningkatkan usaha mempromosikan perpaduan kaum di Malaysia melalui pengiklanan.

6.1 Kesedaran Individu

Dewasa ini, kita dapat melihat bahawa terdapat pihak-pihak yang prihatin dalam

mengetengahkan usaha untuk menyedarkan masyarakat tentang perlunya kita bersatu-

padu di dalam sebuah negara majmuk yang kita huni ini. Iklan yang dapat menjadi satu

medium penyampaian mesej perpaduan telah digunakan di negara kita ini seringkali

mengandungi nilai pengajaran yang tinggi agar masyarakat yang menontonnya sedikit

sebanyak terkesan dengan mesej yang dibawa. Namun begitu, usaha seperti ini hanya

akan dilihat sebagai satu hiburan yang mampu melapangkan fikiran sahaja jika mesej

yang begitu penting ini diambil ringan oleh setiap kaum di Malaysia. Jika iklan-iklan ini

ditonton tanpa kehadiran rasa kesedaran di dalam setiap individu, maka usaha untuk

meningkatkan dan memperkukuhkan tahap perpaduan kaum tidak akan tercapai.

Oleh itu, setiap individu tanpa mengira bangsa perlulah sedar tentang kepentingan

penyatuan kaum di Malaysia. Dengan mengimbas dan menghayati kembali rentetan

sejarah kemerdekaan negara kita tentang bagaimana tiga kaum besar di negara ini iaitu

Melayu, Cina dan India bersatu demi mendaulatkan tanah air perlulah dijadikan tauladan

dalam mendepani isu perpaduan kaum di negara kita. Jika masyarakat menghargai dan

menghormati setiap usaha dan keringat yang ditumpahkan oleh pemimpin generasi

kemerdekaan iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan,

maka konflik di antara kaum tidak akan timbul. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi juga

ada mengatakan di dalam ucapan sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini bahawa

kestabilan negara berbilang bangsa yang kita kecapi hari ini bukanlah suatu yang mudah

untuk dilaksanakan dan memerlukan usaha serta pengorbanan yang tinggi. Jadi,

12

Page 13: Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnik

kesedaran ini perlulah disemai agar kesejahteraan negara dapat dipertingkatkan dan

dikekalkan.

6.2 Peranan Media Massa dan Media Cetak

Kita seringkali bercerita tentang iklan-iklan perpaduan di kaca televisyen yang

menarik dan begitu simbolik dalam menyampaikan mesejnya yang sangat penting. Kita

dapat melihat usaha dalam membantu meningkatkan tahap integrasi kaum ini dipaparkan

pada kebanyakan saluran televisyen tidak berbayar di negara kita. Jadi, apakah media

massa dan media cetak yang lain seperti radio, surat khabar dan papan tanda-papan tanda

besar di sekitar Malaysia tidak mempunyai ruang untuk mengiklankan mesej perpaduan

kaum ini? Pihak-pihak yang berkenaan perlulah mengambil inisiatif dalam

menggembeling tenaga dan usaha bagi tujuan meluaskan penggunaan semua media bagi

mempromosikan perpaduan kaum di Malaysia.

Apabila diperhatikan, masyarakat kita sering mendengar radio ketika dalam

perjalanan pergi dan balik dari suatu tempat bagi mengelakkan kebosanan. Jika pihak

yang berkenaan contohnya kerajaan mengambil peluang menyiarkan iklan-iklan

berunsurkan perpaduan yang menarik melalui radio, maka secara tidak langsung mereka

akan mendengar iklan-iklan tersebut. Selain itu, anak-anak muda kita juga seringkali

diperhatikan mendengar radio ke mana-mana sahaja lebih-lebih lagi dengan adanya

teknologi seperti walkman dan iPod. Oleh itu, golongan muda ini juga akan terdedah

dengan iklan-iklan yang membawa mereka menghayati kepentingan perpaduan kaum dan

seterusnya mengamalkan nilai-nilai murni bagi mencapai objektif ini.

Selain itu, iklan-iklan perpaduan yang dipaparkan di papan-papan pengiklanan

juga dapat menjadi satu mekanisma penting dalam memperbaiki tahap perpaduan kaum

di Malaysia. Ini kerana, kebanyakkan rakyat Malaysia akan keluar rumah bagi

menguruskan sesuatu hal. Maka, apabila mereka memulakan perjalanan, tentu sekali

mereka akan terpandang iklan-iklan besar ini lebih-lebih lagi jika ia dihasilkan dengan

penuh daya kreativiti yang mampu menarik perhatian pembaca untuk melihatnya dengan

lebih jelas lagi. Oleh hal yang demikian, kesemua media massa dan media cetak perlulah

13

Page 14: Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnik

digunakan dengan sebaik-baiknya agar mesej perpaduan tidak hanya dapat disampaikan

melalui televisyen, tetapi juga melalui medium penyiaran yang lain.

6.3 Masa Siaran Iklan

Kebiasaannya, iklan seperti ini hanya akan disiarkan pada masa tertentu sahaja.

Contohnya, pada musim perayaan seperti hari raya, deepavali, tahun baru cina dan

sambutan hari kemerdekaan negara. Masa siaran ini perlu diambil kira dan tidak terbatas

untuk musim tertentu sahaja agar program penghayatan tentang pentingnya perpaduan

dapat dijalankan terus-menerus pada setiap masa. Keadaan ini penting kerana televisyen

merupakan media yang sering ditonton oleh masyarakat dalam mendapatkan maklumat

terkini serta hiburan. Jika iklan-iklan ini kerap ditayangkan tanpa mengira waktu-waktu

yang tertentu, maka kekerapan penonton monontonnya akan meningkat. Oleh itu,

keberkesanannya diharap akan turut meningkat dan berupaya membantu dalam

mengukuhkan integrasi kaum di Malaysia.

6.4 Peranan Kerajaan

Kerajaan begitu memandang serius berkenaan dengan perpaduan kaum di negara

kita dan sebagai buktinya, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah

ditubuhkan di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Jabatan ini telah menjalankan tanggungjawabnya bagi mempertingkatkan kualiti

perpaduan kaum di negara ini melalui berbagai-bagai program seperti Kelab Rukun

Negara, Rukun Tetangga, Skim Rondaan Sukarela dan Tabika Perpaduan. Namun, usaha

melalui media massa dan media cetak khususnya dalam pengiklanan tidak dilakukan

dengan usaha yang maksimum. Oleh itu, dicadangkan supaya jabatan ini bekerjasama

dengan Kementerian Penerangan Malaysia dalam menggiatkan lagi usaha

memperbanyakkan iklan-iklan perpaduan untuk meningkatkan penerimaan suatu kaum

terhadap kaum yang lain tanpa sebarang sikap prejudis.

14

Page 15: Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnik

6.5 Peranan Badan-Badan Bukan Kerajaan

Selain pihak kerajaan, terdapat juga badan-badan bukan kerajaan yang

memainkan tanggungjawab mereka dalam membantu mempromosikan perpaduan negara

di Malaysia. Sebagai contoh, Petronas, Bank Bumiputera-Commerce serta New Straits

Times seringkali menghasilkan iklan-iklan berunsurkan perpaduan bagi menyokong

kerajaan dalam mencapai objektif penyatuan kaum di negara ini. Usaha sebegini adalah

satu tindakan yang positif yang harus dicontohi oleh badan-badan bukan kerajaan yang

lain. Apabila semua pihak bergabung dalam mencapai objektif ini, maka urusan

penyatuan kaum akan menjadi lebih ringan dan mudah untuk dilakasanakan.

6.0 RUMUSAN

Pada dasarnya, melalui perbincangan serta temubual yang telah diterangkan ini, ia

dapat memberi gambaran kepada kita bahawa sememangnya iklan-iklan yang bertujuan

menyampaikan mesej perpaduan adalah sarat dengan nilai-nilai yang murni. Antaranya

ialah sikap muafakat, saling hormat-menghormati, bantu-membantu, semangat setia

kawan serta bertolak-ansur dalam interaksi harian. Namun begitu, mesej-mesej yang

begitu bermakna ini tidak akan membawa sebarang kesan yang positif sekiranya

masyarakat tidak mempunyai kesedaran tentang pengamalan nilai-nilai tersebut. Jadi,

dapat disimpulkan di sini bahawa hanya individu yang benar-benar memikirkan dan

mementingkan perpaduan kaum di Malaysia yang akan mendapat kesan yang mendalam

daripada iklan-iklan seperti ini. Sokongan dan kerjasama daripada semua pihak juga

merupakan satu mekanisma penting dalam menjayakan penyatuan kaum di negara ini

menjelang 2020.

15

Page 16: Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnik

Rujukan

Abdul Rakis Bin Santa, (2006). Peranan Iklan Dalam Persuratkhabaran di Malaysia.

Dilayari pada 2 Mac 2008 http://www.blogdrive.com/apps/

Asyraf Wajdi Dusiki, (2008). Fahami Kontrak Sosial Demi Kestabilan. Dilayari pada 2

Mac 2008 dari laman web http://www.utusan.com.my/

Azman Anuar, (2008). Lebih 50 Tahun Pupuk Perpaduan. Dilayari pada 2 Mac 2008

dari laman web http://www.utusan.com.my/

Halaman Rasmi Kementerian Penerangan Malaysia (2008). Dilayari pada 2 Mac 2008

dari laman web http://www.kempen.gov.my/

Halaman Rasmi Suara Persatuan Ulama Malaysia (2002). Etika Media Massa: Ke Arah

Mana? Dilayari pada 2 Mac 2008 dari laman web

http://www.e-ulama.org/Artikel/Default.asp?mode=0&ID=86

Mansor Mohd. Nor, Abdul Rahman Abdul Aziz & Mohamad Ainuddin Iskandar Lee

(2006). Hubungan Etnik di Malaysia. Prentice Hall : Selangor.

R. Karthigesu, (1995). Dasar Penyiaran Malaysia Dalam Era Pascakolonial

Ke Arah Status Negara Maju. Siri Syarahan Perlantikan Professor, Bil. 2.

Rahmat Ghazali, (2008). Isu Perpadua di Malaysia. Dilayari pada 2 Mac 2008 dari laman

web http://mymassa.com/myvoice/

Sidang Editor, (1993). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala

Lumpur.

16

Page 17: Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnik

17