peranan ibu bapa dan guru dalarn mernbantu pelajar-pelajar

Upload: johar7766

Post on 04-Jun-2018

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Peranan Ibu Bapa Dan Guru Dalarn Mernbantu Pelajar-Pelajar

    1/12

    Masalah Pendidikan Jilid 27 75

    Peranan Ibu Bapa dan Guru dalarn Mernbantu Pelajar-pelajaryang Menghadapi Masalah Pencapaian Akademik

    Hamidah binti Sulalman

    Siti Salina binti Abdullah

    Farrah Dina Yusop

    Universiti Malaya

    Abstract

    This article calls for national concern for the underachieving students in schools. These

    students have negative feelings about themselves and low self-esteem. However, they stillhave the desire for success although they may lack knowledge to overcome their situation.

    Positive changes are more likely if parents and teachers are able to develop effective

    interaction and active involvement in the students' academic performance. This type of

    partnership is crucial for developing ways to enhance the students' academic achievementand self-esteem.

    Pengenalan

    Kelemahan akademik dan prestasi para pelajar di sekolah menjadi isu masyarakat yang serius

    kerana apabila prestasi pelajar rnenurun, keadaan ini menggambarkan masyarakat kita yang

    kurang prihatin terhadap sistem pendidikan. Ketidak prihatinan ini akan menjejaskanpembangunan negara kerana para pelajar yang di bangku sekolah sekarang merupakan asetutama negara dan bakal menentukan corak masyarakat pada masa hadapan.

    Tahap pendidikan menentukan maju atau mundurnya sesebuah negara.

    Berdasarkan perkara inilah maka kerajaan terus mengutamakan pembiayaan institusi

    pendidikan dengan andaian bahawa pendidikan adalah alat yang membawa kepada kemajuannegara. Dalarn Bajet 2005 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 10 September 2004

    yang lalu, Kementerian Pelajaran mendapat peruntukan RM21.5 bilion daripada peruntukankeseluruhan RM1l7.4 bilion (Berita Harian, 2004). Jumlah tersebut hampir mencapai satu

    perempat daripada peruntukan mengurus dalam tahun 2005 sekaligus menjadi jumlah

    tertinggi dalam sejarah bajet negara. Kementerian Pelajaran mendapat peruntukan sebanyakRM16.3 bilion, manakala Kementerian Pengajian Tinggi mendapat RM5.2 bilion (Berita

    Harian,2004). Peruntukan tersebut sejajar

  • 8/13/2019 Peranan Ibu Bapa Dan Guru Dalarn Mernbantu Pelajar-Pelajar

    2/12

    76 Masalah Pendidikan Jilid 27

    dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan sumber manusia dan masyarakat yang

    berpengetahuan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonorni negara di samping menjadikan

    sistem pendidikan negara bertaraf dunia.

    Di Malaysia kriteria bagi mutu pendidikan yang digariskan oleh Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan ialah pendidikan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek,

    Program memperkasakan belia diberi tumpuan dengan meningkatkan pengetahuan,

    kemahiran vokasional, dan keusahawanan serta menggalakkan interaksi so sial dan gaya

    hidup sihat (Malaysia, 2001). Selain daripada itu, tumpuanjuga diberi kepada programmenanam nilai-nilai mumi dan membentuk kepimpinan berkualiti. Kerajaan juga berhasrat

    memastikan beliabelia Malaysia mcmpunyai nilai positif, berdisiplin, berkeyakinan dan

    beretika (Malaysia, 2003).

    Banyak kajian yang dibuat mengenai kepentingan pendidikan. Janaga (2003)

    mengatakan bahawa pendidikan merupakan satu keperluan yang amat penting untuk

    menjamin kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan. Pendidikan bukan sahaja dilihatsebagai mempunyai fungsi so sial dan moral, tetapi juga sebagai satu kcperluan ekonomi.

    Taraf pendidikan yang tinggi sering dikaitkan dengan pekerjaan, pendapatan, dan kedudukan

    sosial yang lebih baik.

    Berdasarkan pandangan ini, satu model (Rajah 1) telah dirangka bagi menunjukkan

    hubungan di antara pencapaian akademik dengan taraf hidup setiap pelajar. Pelajar yang

    mcmperolehi perhatian daripada guru dan ibu bapa dijangka mampu memperolehipencapaian akademik dan konsep kendiri yang tinggi seterusnya cemerlang dan bermotivasi

    untuk berjaya, Apabila rnemperolehi kejayaan dalam hidup, pelajar terse but dikatakan

    mempunyai kehidupan dan taraf hidup yang terjamin.

    Pelajar yang kurang mendapat perhatian guru dan ibu bapa hanya mempunyai

    pencapaian akademik dan konsep kendiri yang sederhana dan keadaan ini kurang memberi

    motivasi kepada mereka untuk berjaya dalam bidang akademik. Seterusnya mas a depan

    pelajar ini agak kabul'. Pelajar yang langsung tidak mendapat perhatian dijangka mempunyai

    pencapaian akademik dan konsep kendiri yang rendah dan langsung tidak bermotivasi untukberjaya. Mereka yang sering diabaikan ini tidak mempunyai matlamat hidup yangjelas malah

    mungkin menyumbang kepada gejala-gejala so sial yang kurang sihat.

  • 8/13/2019 Peranan Ibu Bapa Dan Guru Dalarn Mernbantu Pelajar-Pelajar

    3/12

    Masalah Pendidikan Jilid 27 77

    Rajah1. Model hubungan antara pencapaian akademik dengan tarafhidup

    KelemahanAkademik dan Prestasi Pelajar

    Isu kelemahan akademik para pelajar pada tahap sekolah rendah memerlukan perhatian yangserius kerana ia dikhuatiri akan berterusan sehingga ke peringkat sekolah menengah dan

    pendidikan tinggi. Ini terbukti dalam kajian Amir Hasan Dawi (2002) yang mendapati

    kegagalan murid di kawasan luar bandar dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

    adalah berpunca daripada kelemahan mereka menguasai kemahiran asas khususnya

    kemahiran 3M yang lazimnya diajarkan di peringkat paling awal persekolahan. Kajian ini

    menunjukkan kurangnya keprihatinan ibu bapa dan guru terhadap anak-anak di peringkat

    awal pendidikan memungkinkan mereka menghadapi masalah kelemahan akademik yangberterusan.

    Kelemahan akademik ini bukan sahaja mempengaruhi aspek pendidikan individu

    pelajar itu sendiri malah dikhuatiri ia akan turut memberi kesan terhadap peribadi dan akhlak

    mereka. Ini berikutan hasil kajian Rasidah Dato' Omar (2004) yang menyatakan salah satu

    sebab berlakunya gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar ialah kurangnya perhatian ibubapa terhadap prestasi akademik anak-anak, Kesibukan dalam kerjaya dan keghairahanmencari kemewahan membuatkan ibu bapa mengabaikan perhatian dan kasih sayang yang

    sewajamya diberi kepada anak-anak. Isu ketidakprihatinan ibu bapa ini mungkin disebabkan

    tahap pendidikan mereka yang rendah (Kohl, Lengua, & McMahon, 2002) sehingga

    mengakibatkan mereka tidak memandang berat akan isu pendidikan

  • 8/13/2019 Peranan Ibu Bapa Dan Guru Dalarn Mernbantu Pelajar-Pelajar

    4/12

    78 Masalah Pendidikan Jilid 27

    anak-anak mereka. Pandangan ini selari dengan satu tinjaun yang dilakukan oleh Ishak Harun

    di sebuah kawasan pedalaman Sabah, Beliau mendapati taraf pendidikan ibu bapa yang

    rendah mengakibatkan mereka tidak tahu tentang perkembangan sekolah dan pendidikan

    anak-anak memandangkan mereka sibuk berkebun (Ishak Harun, t. t).

    Kegagalan institusi pendidikan khususnya guru dalam mernbirnbing dan mendidik

    para pelajar turut menyumbang kepada kelemahan prestasi akadernik pelajar. Terdapat

    sebahagian guru yang berpandangan sernpit serta pasif'terhadap pelajar mereka sehingga

    menyebabkan pelajar rasa terasing dan tersinggung. Malah, kajian Hamidah (2003)rnendapati terdapat guru yang rnengamalkan sikap pilih kasih dalam menjalankan

    tanggungjawab rnereka. Antaranya, sikap guru yang hanya rnengambil berat terhadap pelajar

    cernerlang berbanding pelajar yang sederhana dan rendah pencapaian, Oleh itu, pelajar yangmerasa terabai rnempunyai konsep kendiri yang rendah, tidak berrnotivasi untuk belajar dan

    terus ketinggalan dalam pencapaian akademik.

    Kelemahan guru dalam rnembirnbing pelajar dengan kaedah yang sesuai jugamenjadi punca kelemahan akademik pelajar. Ishak Harun merumuskan kelemahan guru

    sebagai pembimbing utama pelajar dan kurangnya pendedahan pengetahuan dan pengalaman

    merupakan antara faktor keciciran pelajar dalam subjek Bahasa Melayu di pedalarnan Sabah(Ishak Harun, t.t).

    Punca Kelemahan Akademik Pelajar Berdasarkan Model Maslow

    Setiap individu perlu memenuhi tuntutan beberapa keperluan asas untuk rnenjarnin individuitu berkembang dengan baik dari segijasmani, emosi, rohani, dan intelek. Abraham Maslow

    (1954) telah mengenal pasti lima hirarki keperluan asasi manusia untuk hidup. Tahap

    keperluan tersebut bermula dengan yang paling as as iaitu keperluan fisiologi sehinggalah ke

    tahap yang tertinggi iaitu keperluan kesempurnaan kendiri / swadiri. Menurut Maslow, setiap

    individu perlu memenuhi keperluan yang paling asas terlebih dahulu sebelum dapat

    meneruskan kepada yang paling tinggi. Makanan, minurnan, rehat dan seurnparnanya

    diperlukan untuk rnenjamin kesempurnaan keperluan fisiologi atau tubuh badan. Sekiranya

    keperluan ini dipenuhi individu tersebut akan mernperolehi kecergasan dari segi fizikalrnalahjuga mental (Atan Long, 1976).

    Keperluan seterusnya ialah keperluan keselarnatan, keperluan kasih sayang dan

    termilik, keperluan penghargaan kendiri dan keperluan kesempurnaan kendiri / swadiri. Bagi

    perkernbangan yang optimum, manusia perlukan perlindungan dan keselamatan secukupnyasarna seperti keperluan fisiologi. Apabila keperluan

  • 8/13/2019 Peranan Ibu Bapa Dan Guru Dalarn Mernbantu Pelajar-Pelajar

    5/12

    Masalah Pendidikan Jilid 27 79

    ini dipenuhi individu akan merasa tenteram, selesa dan mempercayai orang lain. Sekiranya

    keperluan ini tidak dipenuhi, individu akan merasa terancam, takut dan pertumbuhan mental,

    fizikal, sosial dan emosi akan terganggu. Begitu juga dengan keperluan kasih sayang dan

    perasaan dipunyai terutama daripada orang yang paling signifikan dengan mereka keranaindividu yang memperolehi kasih sayang akan lebih cerdas, ceria dan aktif (Rozumah, 200 I).

    Keperluan penghargaan kendiri pula merujuk kepada perasaan ingin dihormati,

    disanjung, dan dipuji, Apabila keperluan ini dipenuhi, individu akan mcrasakan dirinya

    berguna dan berharga, Penghargaan did yang tinggi sering dikaitkan dengan kejayaan dalampelbagai bidang khususnya dalam bidang akademik, kerana perasaan ini mendorong kepada

    keyakinan diri dan pembentukan konsep kendiri yang positif(Hamidah, 2004). Menurut

    Maslow (1954) tidak ramai individu yang mampu mencapai tahap keperluan yang tertinggiiaitu keperluan kesempurnaan kendiri. Mereka yang beIjaya memperoleh keperluan ini

    memiliki ciri-ciri seperti konsep kendiri yang tinggi, realistik, berdikari, kreatif, dan mampu

    menyelesaikan masalah.

    Analisis Isu Berdasarkan Teori Fungsionalis

    Faktor utama yang menjadi punca kepada kelemahan prestasi pelajar ialah keadaan

    sosioekonomi keluarga yang merupakan sebahagian daripada institusi masyarakat. Teori

    fungsional oleh Banks (1987) membincangkan perbezaan peluang hidup yang disebabkan

    oleh variasi kelas so sial dalam pendidikan. Peluang pelajar kelas so sial rendah mendapat

    prestasi yang tinggi adalah kurang j ika dibandingkan dengan pelajar kelas atasan. Pelajaryang berlatar belakangkan sosio-ekonomi yang rendah terpaksa menghadapi banyak

    kekangan untuk bersaing dengan pelajar kelas atasan. Keadaan hidup yang serba kekurangan

    menjadi penghalang bagi mendapatkan keperluan asas atau keperluan fisiologi menjadikanpelajar ini tidak berminat terhadap ilmu pendidikan. Sosio-ekonomi yang rendah juga adalah

    disebabkan ibu bapa yang mempunyai pendidikan yang rendah atau tiada pendidikan

    langsung. Apabila ibu bapa tiada pelajaran maka anak-anak juga tidak boleh mengharapkan

    bantuan dari segi akademik. Mereka tidak mempunyai role model yang boleh menjadi

    pendorong mereka. Apabila motivasi luaran kurang atau tiada langsung rnaka motivasi

    dalarnanjuga turut tetjejas. Ibu bapa yang tidak rnengambil berat mengenai pendidikan dan

    pencapaian anak-anak akan menurnpulkan minat anak-anak terhadap pelajaran.

    Bukan semua pelajar sentiasa dapat mengekalkan semua "A" dalam mata pelajaranmereka. Setiap orang bebeza dari segi kebolehan, minat, dan bakat. Namun begitu, semua

    pelajar berpotensi belajar dan berjaya di sekolah.

  • 8/13/2019 Peranan Ibu Bapa Dan Guru Dalarn Mernbantu Pelajar-Pelajar

    6/12

    80 Masalah Pendidikan Jilid 27

    Tanggnngjawab Membantu Pelajar Mencapai Kejayaan

    Isu para pelajar yang bermasalah dalam pelajaran sering menjadi tajuk perbualan mereka

    yang prihatin dalam dunia pendidikan, Siapakah yang dipertanggungjawabkan untuk

    mengatasi isu ini, sarna ada ibu bapa, guruguru atau para pelajar itu sendiri? Ada yang

    mengatakan bahawa pencapaian pelajar banyak bergantung kepada persekitaran belajar di

    rumah yang memang membantu dan bagaimana ibu bapa memberi keutamaan kepada hal ini.

    Pihak lain pula menuding jari ke arah guru-guru dan menegaskan bahawa tugas dantanggungjawab ini sepatutnya dipikul oleh guru-guru, Alasannya ialah mereka terlibat seeara

    langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran, Namun sesetengah pihak pula

    mengatakan bahawa motivasi untuk belajar dan berjaya sepatutnya datang daripada parapelajar itu sendiri,

    Heacox (1991) yang berpengalaman dalam berurusan dengan para pelajar yang

    menghadapi masalah pencapaian akademik mengatakan bahawa kejayaan atau kegagalanseseorang pelajar bergantung kepada ketiga-tiga pihak iaitu pihak ibu bapa, guru-guru dan

    para pelajar itu sendiri. Komitmen para ibu bapa dan guru dalam menyediakan suasana

    pembelajaran yang terapeutik akan menjadi salah satu sumber rnotivasi dan model kejayaankepada mereka. Sokongan kedua-dua pihak sangat-sangat diperlukan oleh para pelajar ini

    untuk menggarap kejayaan, Walau bagaimanapun kebolehan atau keupayaan pelajar-pelajar

    itu sendiri, minat, kemahiran belajar, tabiat belajar dan mahu berusaha serta isu-isu personal

    seperti keupayaan individu melengkapkan keperluan asas iaitu bermula dengan keperluan

    fisiologi sehinggalah ke tahap keperluan kesempurnaan kendiri, tidak boleh dipandang ringankerana perkara-perkara tersebut turut menyumbang seeara langsung kepada peningkatan

    prestasi akademik mereka.

    Memandangkan ketiga-tiga pihak terlibat dalam menentukan kejayaan atau kegagalan

    para pelajar, maka eloklah kiranya ibu bapa, guru-guru dan para pelajar itu sendiri duduk

    bersama berbineang dan bekerjasama untuk mengenal pasti punca-punea kelemahan atau

    kegagalan, melihat kekurangan yang ada di persekitaran rumah dan sekolah dan mernbuat

    perancangan atau pelan tindakan. Pelan tindakan bertujuan mengatasi kelemahan dan

    kekurangan yang telah dikenal pasti supaya apa jua halangan tidak mengganggu proses

    pengajaran dan pembelajaran seterusnya,

    Peranan Ibn Bapa

    Ibu bapa hendaklah menyediakan persekitaran belajar di rumah yang membolehkan

    perkembangan konsep kendiri dan penerimaan kendiri yang

  • 8/13/2019 Peranan Ibu Bapa Dan Guru Dalarn Mernbantu Pelajar-Pelajar

    7/12

    Masalah Pendidikan Jilid 27 81

    positif berlaku. Apabila kedua-dua faktor ini berkembang ke arah yang lebih positifmaka

    pencapaian akademikjuga turut meningkat (Hart, 1987).

    Meraikan kejayaan anak-anak dalam pelajaran dan berbincang mana-mana aspek

    yang perlu ditingkatkan akan memberi semangat kepada anak-anak menempa kejayaan pada

    masa hadapan. Anak-anak memerlukan ganjaran, pujian dan insentif yang bersesuaian

    dengan tahap umur mereka setiap kali mereka beIjaya di dalam pelajaran mereka.

    Tambahan pula, ibu bapa yang prihatin menyediakan satu set peraturan yang bolehdiikuti oleh anak-anak khususnya mengenai jadual belajar, masa belajar dan tempat belajar

    yang sesuai. Berkomunikasi secara positif, berterus terang dan berkesan dengan anak-anak

    akan menjadikan mereka merasai bahawa diri mereka dihargai dan idea serta pandangan

    mereka dihargai.

    lbu bapa juga seharusnya membina semangat anak-anak untuk berani

    menerima risiko. Mereka sepatutnya memupuk kepercayaan dalam anak-anak bahawamelakukan kesilapan adalah salah satu proses pembelajaran dan banyak manfaat yang boleh

    diperolehi hasil dari pembelajaran melalui kesilapan serta keberanian menghadapi risiko

    (Hart, 1987).

    Peranan Para Guru

    Ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah, para guruhendaklah memastikan semua pelajar mengambil bahagian dan diberi peluang untuk

    berkongsi apa yang mereka tahu mengenai sesuatu topik itu, Guruguru hendaklah

    mengiktiraf kejayaan setiap individu khususnya apabila mereka menunjukkan kemampuan

    mereka dalam pelajaran atau aktiviti pembelajaran.

    Dalam merancang kurikulum, guru-guru hendaklah membina satu set matlamatbelajar untuk semua pelajar. Guru-guru juga sepatutnya memahami apa kehendak pelajar dan

    mengadakan satu sistem untuk membantu pelajar berinteraksi dengan dunianya yang realiti.

    Seandainya ada pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran di dalam kelas, maka guru-

    guru hendaklah berjumpa dengan pelajar terse but secara peribadi, dan bersemuka untuk

    membantunya. Secara tidak langsung pelajar tersebut akan merasai gurunya mengambil berat

    dengan rnasalahnya dan ini akan memberinya semangat untuk membantu diri sendiri.

    Pandai mempelbagaikan kaedah mengajar dan menyesuaikannya dengan tahap

    pencapaian pelajar adalah salah satu ciri-ciri keistimewaan seorang

  • 8/13/2019 Peranan Ibu Bapa Dan Guru Dalarn Mernbantu Pelajar-Pelajar

    8/12

    82 Masalah Pendidikan Jilid 27

    guru. Setiap pelajar mempunyai kebolehan, pcncapaian, kecekapan, bakat dan keistimewaan

    yang berbeza. Oleh sebab itu, mempelbagaikan kaedah mengajar dengan mengambil contoh

    bagaimana pembelajaran di sekolah ada kaitannya dengan dunia yang realiti, akanmerangsang minat pelajar belajar seterusnya akan rneningkatkanselfesteemrnereka.

    Kerjasama di antara IbuBapadan Guru-guru

    Apabila ibu bapa dan para guru menunjukkan sikap yang prihatin dan mengambil beratterhadap para pelajar, maka pelajar akan menyedari bahawa masalah mereka bukanlahrnasalah yang unik, terlalu kompleks atau tidak boleh diselesaikan, bahkan memberi

    kekuatan supaya mereka merasa tidak keseorangan atau bersendirian menangani masalah

    tersebut.

    Membiarkan mereka menangani rna salah ini bersendirian akan rnenjadikan jiwa

    mereka memberontak, rasa bosan, merasakan sernua usaha hanya membuang masa, malas

    berusaha walaupun untuk diri scndiri dan memandang remeh dendaan daripada guru-gurukerana tidak dapat menyiapkan kerja sekolah. Akhimya pcrancangan yang diatur oleh ibu

    bapa dan guru-guru akan dilakukan dalam keadaan terpaksa atau tanpa kerelaan hati. Hal ini

    bukan sahaja menambahkan lagi kegagalan mereka bahkan tingkah laku memberontak itu

    memperlihatkan sikap mcreka yang tidak berscdia berubah dan tidak mahu bekerjasama.

    Mereka akan enggan mempercayai adanya hubungan antara sekolah dan dunia yang realiti

    ini. Bagi mereka, kepentingan akademik, dan perkara-perkara yang berkaitan, seolah-olahtidak diperlukan.

    Para ibu bapa dan guru dapat membantu membakar semangat para pelajar untuk

    membantu diri mereka menangani masalah persekolahan dan masalah pribadi mereka,

    Mereka dapat dibantu dengan diberi idea-idea dan strategi serta petua-petua menuju

    kejayaan. Merekajuga perlukan perhatian yang khas daripada orang yang paling signifikan

    dalam kehidupan mereka supaya dapat mengikis perasaan rendah diri dan rasa tidak boleh

    berjaya yang bermain-main dalam fikiran mereka. Apabila perasaan ini telah berjaya diatasi

    maka mudahlah untuk memulakan perubahan yang positifkhususnya dari segi pre stasiakademik mereka.

    Para pelajar yang berprasangka negatif mengenai diri mereka akan sukar untuk

    berjaya kerana konsep kendiri mereka yang rendah berbanding dengan kutuk diri mereka

    yang terlalu tinggi. Mereka didapati tidak bermotivasi dan sentiasa mempunyai perasaanyang negatif terhadap diri sendiri. Di sekolah mereka tidak berminat dan tidak bermotivasi

    untuk belajar dan keadaan ini akan menjejaskan pencapaian akademik mereka. Apabila

    prestasi akademik mereka

  • 8/13/2019 Peranan Ibu Bapa Dan Guru Dalarn Mernbantu Pelajar-Pelajar

    9/12

    Masalah Pendidikan Jilid 27 83

    sernakin merosot, ini akan mengukuhkan lagi kepercayaan yang mercka memang tidak boleh

    belajar dan berjaya.

    Satu perkara yang perlu difahami oleh ibu bapa dan guru-guru mengenai perubahan

    yang ditunjukkan oleh para pelajar in! ialah perubahan yang bertahaptahap dan sedikit-

    sedikit. Ibu bapa dan guru mesti memberi tumpuan satu bahagian atau satu perkara dalamsatu masa agar pelajar tidak mengalami kejutan dan mereka tahu apa yang harus dibuat. Parapelajar perlu diberi penerangan dalam sesi perbincangan mengenai apa matlamat yang

    hendak dieapai.

    Peruntukan masa yang seeukupnya juga wajib difikirkan untuk menjamin matlamat

    ini boleh tereapai. Jika sekiranya tidak menampakkan hasil atau perubahan, maka perkara ini

    perlu dibincangkan bersama pelajar untuk memulakan strategi baru,

    Mengikis perasaan tidak yakin diri dan perasaan tidak boleh berjaya yang telah sebati

    dalam diri para pelajar tersebut memerlukan penuh keazaman, kesabaran dan masa. Semua

    yang terlibat dikehendaki meraneang peluang-peluang untuk berjaya dan memastikan semuapelajar terlibat dalam perancangan agar dapat meningkatkan konsep kendiri yang lebih

    positif. Pengalaman-pengalaman berjaya yang dirasai akan menjadikan mereka lebih

    bersemangat untuk belajar dan berjaya.

    Pada peringkat permulaan membakar scmangat para pelajar, guru-guru dan ibu bapa

    hendaklah menyemaikan sifat-sifat orang yang berjaya agar dicontohi oleh para pelajar. Di

    bawah ini disenaraikan sifat-sifat orang yang berjaya menurut Heacox (1991), antaranya:

    Orang yang Berjaya Berorientasikan Matlamat

    Orang yang berjaya pandai membuat matlamat jangka pendek danjangka panjang. Matlamatterse but merangkumi matlamat peribadi dan matlamat akademik. Mereka juga akan sentiasa

    berusaha ke arah mencapai matlamat tersebut.

    Berfikiran Positif

    Orang yang berjaya sentiasa baik sangka terhadap diri sendiri dan percaya bahawa dirinya

    boleh berjaya. Mereka ada pengalaman-pengalaman kejayaan yang secukupnya dalam hidup

    dan mereka pasti boleh meneruskan kejayaan terse but dengan baik.

  • 8/13/2019 Peranan Ibu Bapa Dan Guru Dalarn Mernbantu Pelajar-Pelajar

    10/12

    84 Masalah Pendidikan Jilid 27

    Ada Keyakinan Diri

    Orang yang berjaya mempunyai fikiran dan perasaan yang positif mengenai kebolehan diri

    sendiri. Mereka bersedia menghadapi fisiko apabila mencuba kaedah atau idea baru.

    Sabar dan Tabah

    Orang yang berjaya tidak mudah patah semangat. Mereka tidak sekali-sekali membenarkan

    kegagalan (kecil atau besar) menghampakan diri dan mengganggu perasaan. Sebagai bukti

    ketabahan, mereka akan "bangun semula pada setiap kali jatuh". Walaupun segala usaha

    tidak banyak menunjukkan basil, mereka tetap mendapat faedah dan pengajaran daripada apa

    yang telah mereka lakukan.

    Ada Disiplin Diri

    Orang yang berjaya pandai membahagikan masa antara keutamaan tugas, kepentinganperibadi, dan kepentingan akademik. Mereka rnernberikan komitmen yang tidak berbelah

    bagi dalam setiap kepentingan. Merekajuga berjaya menahan diri dari gangguan yang

    menghalang kejayaan mereka.

    Bersyukur dan Bangga

    Orang yang berjaya berbangga dengan pencapaian yang mereka peroleh dan bersyukurdengan apa yang telah mereka capai, Mereka bersyukur dengan apa yang telah merekalakukan dan memandang positif mengenai diri sendiri. Apabila perasaan ini tersemai dalamdiri mereka, maka rasa kepuasan dalaman akan terbina, dan mereka tidak terlalu bergantung

    kepada faktor luaran atau orang lain mengatakan"well done"kepada mereka.

    Dapat Melakukan Kerja dengan Cekap dan Mahir

    Mereka mempunyai kemahiran-kemahiran dan keperluan untuk berjaya. Siapa jua mereka

    atau apajua bidang yang mereka ceburi, mereka ada apa yang mereka perlukan untuk berjaya.

    Bersedia Mengambil Risiko

    Mereka rela bekerja lebih masa, dan bersedia untuk mencuba perkara-perkara baru dan tidak

    menghadkan pcngetahuan atau kebolehan dalam satu-satu bidang sahaja. Mereka yakin

    dengan kebolehan mereka mematuhi peraturan dan berani menghadap cabaran

  • 8/13/2019 Peranan Ibu Bapa Dan Guru Dalarn Mernbantu Pelajar-Pelajar

    11/12

    Masalah Pendidikan Jilid 27 85

    Kesimpulan

    Tidak mustahil atau merneranjatkan jika sekiranya pelajar-pe1ajar yang dianggap rendah

    pencapaian akademik mereka di sekolah memiliki sedikit-sebanyak ciri-ciri orang yang

    berjaya cuma mereka hanya tidak dapat membuktikannya di sekolah. Ramai individu yang

    tidak menyerlah dalam bidang akademik mempunyai keistimewaan lain di mana bakat dan

    kebolehan mereka terserlah. Mereka adalah antara "pelajar lemah" yang bersinar di saat

    akhir, Melabel mereka sebagai "gagal" dalam semua bidang atau gagal untuk seumur hidup

    adalah tidak adil jika hanya menggunakan kejayaan di sekolah sebagai kayu ukur. Apa yangpasti, satu kenyataan untuk diketahui dan diingati bahawa mereka yang tidak dapatmenunjukkan prestasi baik di sekolah tidak bermakna mereka gagal berfungsi dalam apa jua

    bidang yang mereka ceburi. Keprihatinan pihak ibu bapa dan guru akan menyedarkan para

    pelajar tersebut bahawa masalah mereka bukanlah masalah yang tidak boleh diselesaikan,

    dan yang paling penting dalam menangani masalah ini, keprihatinan itu menunjukkan mereka

    tidak bersendirian.

    Rujukan

    Abd Rahim Selamat. (1989).Belajar cara belajar.Kuala Lumpur: Nurin.

    Amir Hasan Dawi. (2002). Penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran

    anakanak di peringkat sekolah rendah. Kertas projek yang tidak diterbitkan. Kuala

    Lumpur: Universiti Malaya.

    Atan Long. (1976).Psikologi pendidikan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.

    Banks, O. (1987).Understanding human behaviour. Dalam Atan Long (1976),

    Psikologi pendidikan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,Berita Harian. (2004, September 11).Keluaran khas Bajet 2005.

    Dunn, R., Beandry, J., & Waras, A. (1989). Survey of research on learning styles.

    Educational Leadership,46(6), 50-58.

    Hamidah Sulaiman. (2003).Keberkesanan teknik kemah iran belajar terhadap

    konsep kendiri.Seminar Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling

    (JPPK). Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

    Hamidah Sulaiman. (2004).Peranan ibu bapa membantu anak-anak yang

    tidak bermotivasi,Keluaran Khas Sempena 100 Tahun UM. Kuala Lumpur:

    Universiti Malaya.Hart, L. (1987).The winning family: Increasing self-esteem in your children and

    yourself.New York: Dodd, Mead.

    Heacox, D. (1991).Upfrom underachievement.United States: Free Spirit.

  • 8/13/2019 Peranan Ibu Bapa Dan Guru Dalarn Mernbantu Pelajar-Pelajar

    12/12

    86 Masalah Pendidikan Jilid 27

    Ishak Harun. (t.t.).Pendidikan sekolah rendah di pedalaman Keningau: Satu

    tinjauan di Kampung Salarom, Nabawan. Dimuat turun pada Jun 20, 2002, daripada

    http://www.sabah.net.my/gordie/mpks/new _page_2.html#laporan% 20tinjauanJanaga. (2003). Pengaruh keluarga terhadap pencapaian akademik pelajar

    tahun enam. Kertas projek yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

    Kohl, G. W., Lengua, L. J., & McMahon, R. 1. (2002). Parent involvement in

    school: Conceptualizing multiple dimensions and their relations with family

    and demographic risk factors.Journal of School Psychology, 38(6),501-523.

    Malaysia. (200 I). Rancangan Malaysia Ke 8 Bab21: Belia dalam pembangunan.

    Dimuat turun pada Jun 20, 2002, daripada http://www.pmo.gov.my/ RancanganWeb/RM8?kan21.pdf

    Malaysia. (2003).Kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kelapan 2001-2005.Kuala Lumpur: Percetakan Nasional.

    Maslow, A. (1954). Towards a psychology of being. Dalam Atan Long (1976),

    Psikologi pendidikan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Rasidah Dato' Omar. (2004). Gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar sekolah. Pro siding

    Seminar Wanita. PWTC, Kuala Lumpur.

    Rollins, C. E., & Dargatz, 1. (1994).Building self-esteem and confidence in

    yourself and your child.New York: Galahad.Rozumah, B. (2001).Lahirkan anak pintar cerdas: Interaksi positif ibu bapa

    dengan anak prasekolah.Singapura: Times.