tahap pengetahuan ibu bapa pelajar felda layang- … · 1.8 definisi istilah 7 1.8.1 felda 8 1.8.2...

22
TAHAP PENGETAHUAN IBU BAPA PELAJAR FELDA LAYANG- LAYANG TERHADAP PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL MUSTAKIM BIN AHMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vukiet

Post on 14-Aug-2019

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP PENGETAHUAN IBU BAPA PELAJAR FELDA LAYANG- … · 1.8 Definisi Istilah 7 1.8.1 FELDA 8 1.8.2 Pendidikan Teknik dan Vokasional 8 1.8.3 Ibu bapa 9 1.8.4 Pengetahuan 9 1.8.5 Sekolah

TAHAP PENGETAHUAN IBU BAPA PELAJAR FELDA LAYANG-

LAYANG TERHADAP PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

MUSTAKIM BIN AHMAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TAHAP PENGETAHUAN IBU BAPA PELAJAR FELDA LAYANG- … · 1.8 Definisi Istilah 7 1.8.1 FELDA 8 1.8.2 Pendidikan Teknik dan Vokasional 8 1.8.3 Ibu bapa 9 1.8.4 Pengetahuan 9 1.8.5 Sekolah

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS����

JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya MUSTAKIM BIN AHMAD

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan

untuk tujuan pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap :

Tarikh: Tarikh: _

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

TAHAP PENGETAHUAN IBU BAPA PELAJAR FELDA LAYANG-

LAYANG TERHADAP PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

(HURUF BESAR)

DR. YUSOF BIN BOON NO 92, JALAN ENGGANG,

FELDA LAYANG-LAYANG, 86200 SIMPANG RENGGAM, JOHOR.

27 APRIL 2009 27 APRIL 2009

Page 3: TAHAP PENGETAHUAN IBU BAPA PELAJAR FELDA LAYANG- … · 1.8 Definisi Istilah 7 1.8.1 FELDA 8 1.8.2 Pendidikan Teknik dan Vokasional 8 1.8.3 Ibu bapa 9 1.8.4 Pengetahuan 9 1.8.5 Sekolah

TAHAP PENGETAHUAN IBU BAPA PELAJAR FELDA LAYANG-

LAYANG TERHADAP PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

MUSTAKIM BIN AHMAD

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 4: TAHAP PENGETAHUAN IBU BAPA PELAJAR FELDA LAYANG- … · 1.8 Definisi Istilah 7 1.8.1 FELDA 8 1.8.2 Pendidikan Teknik dan Vokasional 8 1.8.3 Ibu bapa 9 1.8.4 Pengetahuan 9 1.8.5 Sekolah

ii

PENGESAHAN PENYELIA

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup ).”

Tandatangan : ...............................................................

Nama Penyelia : DR. YUSOF BIN BOON

Tarikh : ...............................................................

27 APRIL 2009

Page 5: TAHAP PENGETAHUAN IBU BAPA PELAJAR FELDA LAYANG- … · 1.8 Definisi Istilah 7 1.8.1 FELDA 8 1.8.2 Pendidikan Teknik dan Vokasional 8 1.8.3 Ibu bapa 9 1.8.4 Pengetahuan 9 1.8.5 Sekolah

iii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………………….

Nama Penulis : MUSTAKIM BIN AHMAD

Tarikh : ……………………………….

27 APRIL 2009

Page 6: TAHAP PENGETAHUAN IBU BAPA PELAJAR FELDA LAYANG- … · 1.8 Definisi Istilah 7 1.8.1 FELDA 8 1.8.2 Pendidikan Teknik dan Vokasional 8 1.8.3 Ibu bapa 9 1.8.4 Pengetahuan 9 1.8.5 Sekolah

iv

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian atas

limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam. Selawat dan salam ke atas junjungan

nabi Muhammad S.A.W.

Buat Ayahanda dan Ibundaku,

Ahmad Md Ali & Rosnani Bte Johar

Tiada apa yang dapatku bicarakan. Hanya doamu yang suci murni itu mengiringi setiap

detik perjalanan hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku

tunaikan jua.

Buat Kekanda dan Adindaku,

Mustaffa, Mustazah, Baizura , Mohd Mustain dan Ahmad Amin Muizuddin

Terima kasih atas segala dorongan dan bantuan yang diberikan serta tunjuk ajar yang

diberikan. Segala kemungkinan yang berlaku tetap menjadikan kita sebagai saudara

yang ukhwah sepanjang zaman

Buat Insan Tersayang,

Norhayati Bte Mohd Taib

Segala pengorbanan dan doronganmu selama ini tetap menjadi seribu kenangan untukku

terus berjaya. Semoga kita terus bahagia hingga akhir hayat kita.

Buat Semua Teman-Temanku,

Kalian semua merupakan sahabat dunia akhirat. Terima Kasih atas segalanya

Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya.

Page 7: TAHAP PENGETAHUAN IBU BAPA PELAJAR FELDA LAYANG- … · 1.8 Definisi Istilah 7 1.8.1 FELDA 8 1.8.2 Pendidikan Teknik dan Vokasional 8 1.8.3 Ibu bapa 9 1.8.4 Pengetahuan 9 1.8.5 Sekolah

v

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan

hidayahNya, penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan. Selawat

dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang amat

dikasihi.

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Dr. Yusuf Boon selaku penyelia

di atas komitmen, kesabaran, bimbingan dan nasihat yang dihulurkan kepada saya dalam

melaksanakan kajian ini. Beliau adalah seorang yang profesional terhadap tugasnya.

Sekalung ucapan terima kasih kepada Pegawai dan warga Felda Layang-Layang

yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kajian ini.

Seterusnya terima kasih juga kepada rakan-rakan diatas bantuan, dorongan dan tunjuk

ajar, sumbangan idea dan pendapat dalam menjayakan kajian ini. Segala sumbangan

yang diberikan amatlah dihargai dan akan terus terpahat di dalam kajian ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua. Hanya Allah SWT sahaja yang

dapat membalasnya.

Page 8: TAHAP PENGETAHUAN IBU BAPA PELAJAR FELDA LAYANG- … · 1.8 Definisi Istilah 7 1.8.1 FELDA 8 1.8.2 Pendidikan Teknik dan Vokasional 8 1.8.3 Ibu bapa 9 1.8.4 Pengetahuan 9 1.8.5 Sekolah

vi

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan ibu bapa Felda

Layang-Layang terhadap Pendidikan Teknik dan Vokasional. Kajian ini mengandungi

empat persoalan utama yang tertumpu kepada tahap pengetahuan ibu bapa terhadap

sistem pendidikan ini. Instrumen kajian adalah berbentuk soal selidik yang diedarkan

kepada 100 orang responden iaitu terdiri daripada peneroka Felda Layang-Layang. Nilai

kebolehpercayaan (Alpha Cronbach) item dalam soalselidik ialah 0.8619. Responden

dipilih dengan kaedah persampelan bertujuan. Data-data hasil daripada soal selidik

diproses dengan menggunakan “Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) version

11.0” dan dinyatakan dalam bentuk peratus, min dan kekerapan. Daripada empat

persoalan iaitu tahap pengetahuan ibu bapa terhadap Pendidikan Teknik dan Vokasional,

syarat-syarat kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik (SMT), peluang melanjutkan

pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dikalangan lepasan pelajar Sekolah Menengah

Teknik (SMT) dan kursus-kursus yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik (SMT),

didapati bahawa pengetahuan ibu bapa Felda Layang-Layang terhadap Pendidikan

Teknik dan Vokasional adalah tinggi. Secara amnya masyarakat Felda Layang-Layang

mempunyai pengetahuan berkaitan Pendidikan Teknik dan Vokasional. Dapatan kajian

menunjukkan tahap pengetahuan yang tinggi di kalangan ibu bapa Felda Layang-Layang

terhadap semua persoalan kajian. Untuk mendapat hasil kajian yang lebih baik, kajian

lanjutan perlu dijalankan dengan pembaikan kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti

dalam kajian ini.

Page 9: TAHAP PENGETAHUAN IBU BAPA PELAJAR FELDA LAYANG- … · 1.8 Definisi Istilah 7 1.8.1 FELDA 8 1.8.2 Pendidikan Teknik dan Vokasional 8 1.8.3 Ibu bapa 9 1.8.4 Pengetahuan 9 1.8.5 Sekolah

vii

Abstract

The purpose of this research is to find out what is level of parents knowledge at

Felda Layang-Layang on Vocational and Technical Education (VTE). This research

contained four main questions that focusing on parents knowledge in this Vocational and

Technical Education system. The instrument used in this research was a survey to 100

respondents among the Felda Layang-Layang residence. These respondents had been

choosing by using purposive sampling. The reliability level (Alpha Cronbach) for item

in questionnaire is 0.8916. All the data obtained from the survey had been processed

with Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) version 11.0 and was presented in

the form of percentage, min and frequency. According to the four queries, those are the

parents knowledge regarding to the Technical and Vocational Education, terms and

condition on applying Technique Secondary School (SMT), the opportunity to further

study in higher level for fresh entry Technique Secondary School and the courses

offered in Technique Secondary School. Due to the analysis, the parents knowledge at

Felda Layang-Layang regarding to the Vocational and Technical Education are higher.

Generally, the respondents had basic knowledge on Vocational and Technical

Education. From the result, shows that the parents at Felda Layang-Layang have a high

level of knowledge to the all four main queries. It is suggested further research in this

area had to be emphasized for further depth and information related to its importance.

Page 10: TAHAP PENGETAHUAN IBU BAPA PELAJAR FELDA LAYANG- … · 1.8 Definisi Istilah 7 1.8.1 FELDA 8 1.8.2 Pendidikan Teknik dan Vokasional 8 1.8.3 Ibu bapa 9 1.8.4 Pengetahuan 9 1.8.5 Sekolah

viii

KANDUNGAN

BAB TAJUK HALAMAN

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Skop Kajian 7

1.8 Definisi Istilah 7

1.8.1 FELDA 8

1.8.2 Pendidikan Teknik dan Vokasional 8

1.8.3 Ibu bapa 9

1.8.4 Pengetahuan 9

1.8.5 Sekolah Menengah Teknik 9

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 10

2.2 Latar Belakang Felda 10

2.2.1 Program Pembangunan Masyarakat Felda 11

2.2.2 Latihan Kemahiran Generasi Baru 13

2.2.3 Bantuan Pendidikan Felda 13

Page 11: TAHAP PENGETAHUAN IBU BAPA PELAJAR FELDA LAYANG- … · 1.8 Definisi Istilah 7 1.8.1 FELDA 8 1.8.2 Pendidikan Teknik dan Vokasional 8 1.8.3 Ibu bapa 9 1.8.4 Pengetahuan 9 1.8.5 Sekolah

ix

2.2.4 Pendidikan di Tanah Rancangan Felda 14

2.2.5 Program Kecemerlangan Pendidikan Felda 14

2.3 Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia 15

2.4 Matlamat Pendidikan Teknik dan Vokasional 17

2.4.1 Prestasi 17

2.4.2 Berbudi 18

2.4.3 Sumber Manusia 18

2.4.4 Pengharapan 19

2.5 Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional di Malaysia 18

2.6 Kajian-Kajian Lepas 20

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 23

3.2 Reka Bentuk Kajian 24

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 25

3.3.1 Tempat Kajian 26

3.3.2 Instrumen Kajian 26

3.4 Kajian Rintis 27

3.5 Prosedur Kajian 28

3.6 Analisis Data 28

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 30

4.2 Analisis Profil Responden 30

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 31

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Umur 31

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Kelulusan

Akademik 32

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Pendapatan

Bulanan 32

4.2.5 Taburan Responden Mengikut Anak Yang

Page 12: TAHAP PENGETAHUAN IBU BAPA PELAJAR FELDA LAYANG- … · 1.8 Definisi Istilah 7 1.8.1 FELDA 8 1.8.2 Pendidikan Teknik dan Vokasional 8 1.8.3 Ibu bapa 9 1.8.4 Pengetahuan 9 1.8.5 Sekolah

x

Bersekolah 33

4.3 Analisis Data Mengikut Persoalan Kajian 34

4.3.1 Persoalan Kajian 1 : Apakah tahap pengetahuan

ibu bapa pelajar Felda Layang-Layang terhadap

Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) 34

4.3.2 Persoalan Kajian 2 : Apakah tahap pengetahuan

ibu bapa pelajar Felda Layang-Layang terhadap

syarat-syarat kemasukan ke Sekolah Menengah

Teknik (SMT) 37

4.3.3 Persoalan Kajian 3 : Apakah tahap pengetahuan

ibu bapa pelajar Felda Layang-Layang terhadap

peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat

yang lebih tinggi dikalangan lepasan pelajar

Sekolah Menengah Teknik (SMT) 39

4.3.4 Persoalan Kajian 4 : Apakah tahap pengetahuan

ibu bapa pelajar Felda Layang-Layang terhadap

kursus-kursus yang ditawarkan di Sekolah

Menengah Teknik (SMT) 42

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 45

5.2 Rumusan 45

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 34

5.3.1 Apakah tahap pengetahuan ibu bapa pelajar

Felda Layang-Layang terhadap Pendidikan

Teknik dan Vokasional (PTV) 47

5.3.2 Apakah tahap pengetahuan ibu bapa pelajar

Felda Layang-Layang terhadap syarat-syarat

kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik

(SMT) 49

5.3.3 Apakah tahap pengetahuan ibu bapa pelajar

Page 13: TAHAP PENGETAHUAN IBU BAPA PELAJAR FELDA LAYANG- … · 1.8 Definisi Istilah 7 1.8.1 FELDA 8 1.8.2 Pendidikan Teknik dan Vokasional 8 1.8.3 Ibu bapa 9 1.8.4 Pengetahuan 9 1.8.5 Sekolah

xi

Felda Layang-Layang terhadap peluang

melanjutkan pelajaran ke peringkat yang

lebih tinggi dikalangan lepasan pelajar

Sekolah Menengah Teknik (SMT) 50

5.3.4 Apakah tahap pengetahuan ibu bapa pelajar

Felda Layang-Layang terhadap kursus-

kursus yang ditawarkan di Sekolah

Menengah Teknik (SMT) 51

5.4 Cadangan 51

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 53

BIBLIOGRAFI 55

LAMPIRAN 60

Page 14: TAHAP PENGETAHUAN IBU BAPA PELAJAR FELDA LAYANG- … · 1.8 Definisi Istilah 7 1.8.1 FELDA 8 1.8.2 Pendidikan Teknik dan Vokasional 8 1.8.3 Ibu bapa 9 1.8.4 Pengetahuan 9 1.8.5 Sekolah

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL JADUAL HALAMAN

3.4 Skala Likert Lima Mata 27

3.5 Julat Skor Min 29

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 31

4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 31

4.3 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik 32

4.4 Taburan Responden Mengikut Pendapatan Bulanan 33

4.5 Taburan Responden Mengikut Anak Yang Bersekolah 33

4.6 Min tahap pengetahuan ibu bapa pelajar Felda Layang-

Layang terhadap Pendidikan Teknik dan Vokasional

(PTV) 36

4.7 Min tahap pengetahuan ibu bapa pelajar Felda Layang-

Layang terhadap syarat-syarat kemasukan ke Sekolah

Menengah Teknik (SMT) 39

4.8 Min tahap pengetahuan ibu bapa pelajar Felda Layang-

Layang terhadap peluang melanjutkan pelajaran ke

peringkat yang lebih tinggi dikalangan lepasan pelajar

Sekolah Menengah Teknik (SMT) 41

4.9 Min tahap pengetahuan ibu bapa pelajar Felda Layang-

Layang terhadap kursus-kursus yang ditawarkan di

Sekolah Menengah Teknik (SMT) 44

Page 15: TAHAP PENGETAHUAN IBU BAPA PELAJAR FELDA LAYANG- … · 1.8 Definisi Istilah 7 1.8.1 FELDA 8 1.8.2 Pendidikan Teknik dan Vokasional 8 1.8.3 Ibu bapa 9 1.8.4 Pengetahuan 9 1.8.5 Sekolah

xiii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

FELDA - Federal Land Development of Authority

LKTP - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

PTV - Pendidikan Teknik dan Vokasional

SMT - Sekolah Menengah Teknik

SMV - Sekolah Menengah Vokasional

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

PMR - Penilaian Menengah Rendah

SPM - Sijil Peperiksaan Malaysia

SPVM - Sijil Pelajaran (Vokasional) Malaysia

SPMV - Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional)

PPF - Program Pembangunan Felda

STF - Skim Tuisyen Felda

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam

IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta

IKBN - Institut Kemahiran Belia Negara

IKM - Institut Kemahiran MARA

PLT - Pusat Latihan Trolak

RMK9 - Rancangan Malaysia ke Sembilan

SPSS - Statistical Package for the Social Sciences

SS - Sangat setuju

S - Setuju

TP - Tidak Pasti

TS - Tidak setuju

ATS - Amat Tidak Setuju

f - Frekuensi

% - Peratus

Page 16: TAHAP PENGETAHUAN IBU BAPA PELAJAR FELDA LAYANG- … · 1.8 Definisi Istilah 7 1.8.1 FELDA 8 1.8.2 Pendidikan Teknik dan Vokasional 8 1.8.3 Ibu bapa 9 1.8.4 Pengetahuan 9 1.8.5 Sekolah

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

A Set Soal Selidik 60

B Surat Pengesahan Fakulti 68

C Senarai Nama Peneroka Felda 69

Layang-Layang

D Alpha Cronbach Soal Selidik 75

Page 17: TAHAP PENGETAHUAN IBU BAPA PELAJAR FELDA LAYANG- … · 1.8 Definisi Istilah 7 1.8.1 FELDA 8 1.8.2 Pendidikan Teknik dan Vokasional 8 1.8.3 Ibu bapa 9 1.8.4 Pengetahuan 9 1.8.5 Sekolah

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan dibawah Akta

Kemajuan Tanah 1956. Tujuan penubuhan ini adalah untuk memajukan tanah baru

untuk dijadikan kawasan persendirian yang produktif dan sempuma melalui amalan

pengurusan pertanian yang berkesan dari segi kebersihan ladang, pengeluaran hasil

yang maksimum dan bermutu tinggi serta pengeluaran kosnya yang terkawal ke

paras minimum. Felda merupakan kawasan luar bandar yang telah dimajukan dan

menjadi pusat pengumpulan hasil perladangan. Masyarakat Felda dianggap

masyarakat yang agak ketinggalan dalam bidang pendidikan khususnya dalam

pendidikan anak-anak kerana mereka adalah masyarakat luar bandar yang sukar

untuk mendapatkan akses kepada pendidikan.

Sejajar dengan anggapan tersebut perkembangan pendidikan berasaskan

kemahiran di Felda dan kawasan luar bandar mula dititikberatkan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Timbalan Perdana

Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak telah menggalakkan remaja-remaja dan

belia daripada tanah rancangan Felda menyertai kursus-kursus kemahiran yang

ditawarkan di institut latihan Teknik dan Vokasional seperti Sekolah Teknik dan

Vokasional, Institut Latihan Kemahiran Belia Negara, Institut Kemahiran Mara dan

Page 18: TAHAP PENGETAHUAN IBU BAPA PELAJAR FELDA LAYANG- … · 1.8 Definisi Istilah 7 1.8.1 FELDA 8 1.8.2 Pendidikan Teknik dan Vokasional 8 1.8.3 Ibu bapa 9 1.8.4 Pengetahuan 9 1.8.5 Sekolah

2

lain-lain institut yang menawarkan kursus-kursus kemahiran. Saranan ini adalah

bertujuan untuk memajukan masyarakat Felda melalui pendidikan dimana kumpulan

sasaran adalah generasi kedua dan generasi seterusnya di Felda.

Menurut Najib (2007), kemiskinan sesuatu kaum bukanlah sesuatu untuk

diwarisi tetapi ianya boleh diubah dengan ilmu dan pendidikan. Selaras dengan

kenyataan di atas, Pendidikan Teknik dan Vokasional adalah sesuai untuk diikuti oleh

pelajar Felda bagi mengeluarkan masyarakat mereka daripada kepompong

kemiskinan. Ini kerana objektif utama Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

diperkenalkan di negara kita adalah untuk melengkapkan pelajar dengan asas

kemahiran teknikal dan amali yang bertujuan menyediakan pelajar untuk

mendapatkan pekerjaan.

Peranan Pendidikan Teknik dan Vokasional amat besar bagi melahirkan

tenaga kerja mahir dan separuh mahir dalam pembangunan sesebuah negara industri.

Melalui sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional ini, sudah tentu pelajar-pelajar

akan dibekalkan dengan bidang-bidang kemahiran yang menjurus kepada pekerjaan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui kemahiran yang diperolehi

daripada sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional, mereka boleh memilih sama ada

ingin menceburi bidang pekerjaan ataupun menjadi seorang usahawan apabila

menamatkan pengajian di sesebuah institusi latihan kemahiran. Ini kerana

kemahiran-kemahiran yang disediakan sudah mencukupi untuk persediaan mereka

menceburi bidang pekerjaan ataupun menjadi seorang usahawan.

Secara umumnya Pendidikan Teknik dan Vokasional disediakan untuk

membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam

bidang teknik atau mendapatkan pekerjaan dalam sektor-sektor teknikal perindustrian

dan perdagangan. Pendidikan jenis vokasional pula disediakan untuk membolehkan

pelajar-pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran asas vokasional supaya mereka

dapat bekerja sebagai tenaga mahir dan separuh mahir dalam sektor-sektor

perindustrian, perdagangan dan pertanian.

Page 19: TAHAP PENGETAHUAN IBU BAPA PELAJAR FELDA LAYANG- … · 1.8 Definisi Istilah 7 1.8.1 FELDA 8 1.8.2 Pendidikan Teknik dan Vokasional 8 1.8.3 Ibu bapa 9 1.8.4 Pengetahuan 9 1.8.5 Sekolah

3

Sistem pendidikan kebangsaan ini di perkenalkan pada tahun 1956. Semua

urusan yang berkaitan dengan pendidikan telah dipusatkan di bawah Kementerian

Pendidikan termasuklah latihan kemahiran teknik dan vokasional. Bahagian

Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan untuk

tujuan menyediakan pelajaran yang memberi tumpuan pada bidang vokasional dan

teknik ini supaya pelajar pelajar boleh melanjutkan pelajaran mereka.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pendidikan aliran teknik dan vokasional semakin diperlukan pada masa kini. Ini

dapat diperhatikan daripada penambahan bilangan pelajar yang berminat dengan

pelajaran berkaitan serta dengan penawaran matapelajaran sains teknikal disekolah

berasrama penuh dan sekolah harian yang dipilih. Peningkatan bilangan pelajar ini

berlaku disebabkan perubahan tanggapan masyarakat, ibu bapa dan pelajar sendiri

mengenai kepentingan pekerjaan yang mempunyai kemahiran vokasional dan

teknikal serta kepentingannya terhadap permintaan pasaran kerja yang ada kaitannya

terhadap keperluan untuk pembangunan ekonomi negara (Fong Chan Onn, 1994). Ini

ditambah dengan prospek yang cerah dalam pasaran kerja menyebabkan Pendidikan

Teknik dan Vokasional menjadi pilihan pelajar selepas tahun 1990-an (Mohd

Salleh,2002).

Pada umumnya imej pendidikan vokasional dan graduan lepasan institusi

vokasional tidak begitu positif (Chung 1995; Feinberg & Horowitz1990). Sehingga

sekarang, masih ada pihak yang melabel pendidikan vokasional hanya sesuai untuk

golongan atau pelajar yang tidak mempunyai kebolehan akademik. Di samping itu,

pendidikan vokasional juga sering dianggap sebagai pendidikan kelas kedua yang

hanya akan membawa kepada pekerjaan yang bertaraf rendah.

Rahimah & Rahmat (2002) menyatakan bahawa masalah yang dihadapi oleh

pihak pentadbir dalam hal persekolahan anak-anak Melayu ialah masalah kehadiran

mereka di sekolah kerana ibu bapa agak keberatan untuk kehilangan tenaga bantuan

Page 20: TAHAP PENGETAHUAN IBU BAPA PELAJAR FELDA LAYANG- … · 1.8 Definisi Istilah 7 1.8.1 FELDA 8 1.8.2 Pendidikan Teknik dan Vokasional 8 1.8.3 Ibu bapa 9 1.8.4 Pengetahuan 9 1.8.5 Sekolah

4

anak-anak mereka dirumah dan diladang. Ibu bapa tidak berminat kepada pelajaran

bersifat sekular.

Evans dalam Azmi (1994) menjelaskan ibu bapa masih memerlukan

pengetahuan sebaiknya mengenai sistem pendidikan. Ini adalah untuk memudahkan

mereka membuat keputusan untuk masa depan anak mereka.

Hamdan (1998) pula menyatakan ramai pelajar-pelajar luar bandar yang

memilih Pendidikan Teknik dan Vokasional menghadapi masalah dalam pemilihan

kursus di Sekolah Teknik dan Vokasional. Keadaan ini berlaku kerana tiada sumber

pengetahuan yang boleh membantu mereka membuat keputusan dalam memilih

jurusan.

Sokongan, dorongan dan keyakinan diri daripada keluarga akan memberikan

kekuatan kepada anak-anak mereka memajukan diri dalam lapangan yang mereka

ceburi (Harcharan,1972). Ini akan mendatangkan impak kepada emosi anak-anak dan

seterusnya memotivasikan diri mereka untuk berjaya dalam lapangan yang mereka

ceburi.

1.3 Pernyataan Masalah

Pelbagai usaha telah dilakukan bagi mengurangkan kadar kemiskinan di negara ini.

Antaranya ialah seperti menambahkan bilangan institusi-institusi latihan kemahiran

seperti Sekolah Menengah Teknik yang bertujuan untuk menyediakan individu

dengan kemahiran tertentu bagi memudahkan mereka mendapatkan pekerjaan.

Namun demikian, pengetahuan ibu bapa pelajar Felda terhadap Pendidikan Teknik

dan Vokasional masih lagi berkurangan. Adalah perlu untuk mengkaji perkara-

perkara yang menyebabkan ianya ini terjadi. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan

untuk mengetahui tahap pengetahuan ibu bapa pelajar Felda terhadap Pendidikan

Teknik dan Vokasional.

Page 21: TAHAP PENGETAHUAN IBU BAPA PELAJAR FELDA LAYANG- … · 1.8 Definisi Istilah 7 1.8.1 FELDA 8 1.8.2 Pendidikan Teknik dan Vokasional 8 1.8.3 Ibu bapa 9 1.8.4 Pengetahuan 9 1.8.5 Sekolah

5

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini mempunyai beberapa objektif yang hendak dicapai. Objektif yang hendak

dicapai adalah:

i. Mengenalpasti tahap pengetahuan ibu bapa pelajar Felda Layang-Layang

terhadap Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

ii. Mengenalpasti tahap pengetahuan ibu bapa pelajar Felda Layang-Layang

terhadap syarat-syarat kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik (SMT)

iii. Mengenalpasti tahap pengetahuan ibu bapa pelajar Felda Layang-Layang

terhadap peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi

dikalangan lepasan pelajar Sekolah Menengah Teknik (SMT)

iv. Mengenalpasti tahap pengetahuan ibu bapa pelajar Felda Layang-Layang

terhadap kursus-kursus yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik (SMT)

1.5 Persoalan Kajian

Di dalam kajian ini, beberapa perkara yang menjadi persoalan terhadap kajian ini

ialah:

i. Apakah tahap pengetahuan ibu bapa pelajar Felda Layang-Layang terhadap

Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

ii. Apakah tahap pengetahuan ibu bapa pelajar Felda Layang-Layang terhadap

syarat-syarat kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik (SMT)

iii. Apakah tahap pengetahuan ibu bapa pelajar Felda Layang-Layang terhadap

peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dikalangan

lepasan pelajar Sekolah Menengah Teknik (SMT)

Page 22: TAHAP PENGETAHUAN IBU BAPA PELAJAR FELDA LAYANG- … · 1.8 Definisi Istilah 7 1.8.1 FELDA 8 1.8.2 Pendidikan Teknik dan Vokasional 8 1.8.3 Ibu bapa 9 1.8.4 Pengetahuan 9 1.8.5 Sekolah

6

iv. Apakah tahap pengetahuan ibu bapa pelajar Felda Layang-Layang terhadap

kursus-kursus yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik (SMT)