motivasi ibu bapa dan pelajar

Upload: rosemini-abdul-salam

Post on 01-Mar-2016

54 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Education

TRANSCRIPT

  • MENJANA KECEMERLANGAN PENDIDIKAN

    Bersama;WAN AHMAD HASBI B WAN JUSOH(B.edu.UPM / MPI )ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH(Sesi bersama ibu bapa dan pelajar UPSR.)

  • RENUNGAN ORANG-ORANG YANG BERFIKIRAN BESAR MEMPERKATAKAN ILMU.

    ORANG-ORANG YANG BERFIKIRAN SEDERHANA MEMPERKATAKAN PERISTIWA.

    ORANG-ORANG YANG BERFIKIRAN RENDAH MEMPERKATAKAN MANUSIA.

    ORANG-ORANG YANG BERFIKIRAN CETEK MEMPERKATAKAN DIRI SENDIRI.

  • UPSR : MENGAPA PENTING?Ukuran pencapaian pendidikan di sekolah rendah selama enam tahun.Menentukan kedudukan kelas di sekolah menengah atau tawaran ke sekolah menengah terpilih.Peluang menduduki UPSR hanyalah sekali dalam seumur hidup.

  • PENDIDIKAN : ANALISIS TERHADAP 10 KESALAHAN IBU BAPA.Tidak memberatkan pendidikan agama.Tidak terlibat dalam urusan pelajaran anak-anak.Tidak memupuk budaya membaca dan budaya ilmu di dalam keluarga.Tidak melayan pertanyaan anak-anak.Tidak menggunakan bahasa yang betul, tetapi cenderung kepada memaki hamun ketika menegur kesalahan anak-anak.

  • Menghukum tanpa menyatakan kesalahan.Kurang berlemah lembut dan kurang komunikasi atau gurauan dengan anak-anak.Tidak memperuntukkan masa untuk bersama anak-anak (seperti; ibadat, makan, rekreasi, gotong royong)Tidak menyediakan keperluan asas pembelajaran kepada anank-anak. Membiarkan anak-anak kekal melakukan dosa.

  • ANTARA PUNCA KEGAGALAN ANAK-ANAKBanyak melakukan perkara dosa.Sering menderhakai ibu bapa dengan melakukan perkara yang melukai hati mereka.Sentiasa rasa selamat dengan pencapaian semasa atau suka menghukum diri sendiri dengan anggapan buruk apabila pencapaian semasa tidak baik.Sering menghabiskan masa dengan perkara yang tidak berkaitan dengan pelajaran.Menangguhkan kerja dan tiada motivasi.Tidak menghormati guru dan mempunyai kawan yang rosak akhlaknya.

  • PROSES MENCIPTA KEJAYAAN

    PERANCANGANKEWANGANPENILAIANPELAKSANAAN

  • LANGKAH-LANGKAH MENUJU AL-FALAHDan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar". Menghidupkan Agama

  • "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

  • Hidupkan budaya al-Quran dan budaya iqra dalam keluarga

    Membuat perancangan masa depan.

    Kenal pasti cara pembelajaran anak-anak / Kelemahan & kekuatan / Cetuskan harapan peningkatan kualiti.

    Pastikan pengurusan masa yang betul diamalkan anak-anak.

  • Berikan perhatian dan kerjasama kepada anak-anak yang sedang belajar / mengulangkaji.

    Berikan makanan yang halal,berkhasiat dan dari sumber yang halal

    Pastikan hubungan yang baik anak-anak dengan ibu bapa dan guru-guru.Serta ibu bapa dengan guru-guru anak-anak.

  • Berikan penghargaan dan ransangan, bukan memperlekeh.

    Berikan pujian dan sokongan, bukan makian

    Khususkan solah sunat hajat dan doa untuk anak-anak.

  • ANTARA CIRI-CIRI UMUM KANAK-KANAK PINTAR(Rice; 1970)Keinginan yang tinggi untuk mengetahui sesuatu.Kecekalan dan ketabahanPengamatan yang tinggi.Sekolah menyeronokkan.Senang memberi gerakbalas.Kepadatan idea.

  • SECEBIS PERINGATAN DARI ANAK-ANAKUsah terlalu manjakan saya dan jangan takut bersikap tegas.Usah membiarkan saya membentuk tabiat buruk dan melindungi saya dari perbuatan yang mendatangkan akibat buruk. Usah memperkecil-kecilkan saya dan menunjukkan kesalahan saya di depan orang lain.Usah kerap meleteri saya.Usah membuat janji yang tergesa-gesa.

  • Usah tidak endahkan pertanyaan saya.

    Usah lupa saya perlukan banyak kasih sayang dan persefahaman untuk membesar dengan sempurna.

    Usah lupa mengingatkan saya beribadat dan berdoa.

    Usah lupa menyediakan makanan yang halal dan berkhasiat untuk saya.

    Usah lupa berdoa untuk kejayaan saya.

  • BICARA HARAPAN DARI IBU DAN AYAH.Anakku sayang..,Kamu adalah permata ibu dan ayah, sejak kamu dilahirkan, ibu dan ayah membelai, mengasuh, mengasihi dan mendidik bagaikan menatang minyak yang penuh. Siang dan malam ayah dan ibu berdoa memohon restu Ilahi agar kamu menjadi anak yang soleh dan membahagiakan hati ibu dan ayahmu. Dalam usia mu kini, kami tidak mengharapkan budi kami dibalas, tapi hadiahkanlah kepada kami kejayaan yang cemerlang dalam pelajaranmu. UPSR adalah permulaan untuk kamu menghadiahkan kejayaanmu kepada kami.

  • Wassalamu alaikum [email protected]