peranan guru dalam merealisasikan falsafah pendidikan guru

9
PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU Oleh: Mohammad Asrie Asmaroul bin Roslan Dunia pendidikan sentiasa menjadi tumpuan semua pihak kerana tunjang utama dalam pemerkasaan pembangunan negara dijana melalui keberkesanan sistem pendidikan. Justeru, kualiti pendidik atau guru menjadi pemangkin kepada usaha membina generasi modal insan bertaraf dunia. Malah, aspek melahirkan modal insan yang berkualiti itu menjadi agenda teras dalam RMK 9 dan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Hal itu menunjukkan betapa seriusnya negara dalam merencanakan barisan pelapis kepemimpinan dan warga kerja yang mampu menjana pembangunan negara ke arah pencapaian Wawasan 2020. Tidak dinafikan bahawa sekolah merupakan sebuah agen sosialisasi yang penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Namun begitu, tanpa guru, sesebuah sekolah itu tidak dapt merealisasikan FPK tersebut. Guru juga sebenarnya secara tidak langsung menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari pelbagai aspek JERIS iaitu, jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan matlamat dan objektif FPK. Sehubungan dengan itu, insan yang bergelar guru adalah melengkapi segala-galanya baik sebagai pendidik, pengasuh, pembimbing, penasihat, pencetus idea dan fikiran, penderma wang ringgit serta penyumbang tenaga dan masa. Guru juga merupakan

Upload: muhammad-ajwad

Post on 04-Aug-2015

10.702 views

Category:

Documents


280 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Guru Dalam Merealisasikan Falsafah Pendidikan Guru

PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN

GURU

Oleh: Mohammad Asrie Asmaroul bin Roslan

Dunia pendidikan sentiasa menjadi tumpuan semua pihak kerana tunjang

utama dalam pemerkasaan pembangunan negara dijana melalui keberkesanan sistem

pendidikan. Justeru, kualiti pendidik atau guru menjadi pemangkin kepada usaha

membina generasi modal insan bertaraf dunia.

Malah, aspek melahirkan modal insan yang berkualiti itu menjadi agenda teras

dalam RMK 9 dan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Hal itu

menunjukkan betapa seriusnya negara dalam merencanakan barisan pelapis

kepemimpinan dan warga kerja yang mampu menjana pembangunan negara ke arah

pencapaian Wawasan 2020.

Tidak dinafikan bahawa sekolah merupakan sebuah agen sosialisasi yang

penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Namun begitu,

tanpa guru, sesebuah sekolah itu tidak dapt merealisasikan FPK tersebut. Guru juga

sebenarnya secara tidak langsung menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-

murid untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari pelbagai aspek JERIS iaitu,

jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan matlamat dan objektif FPK.

Sehubungan dengan itu, insan yang bergelar guru adalah melengkapi segala-

galanya baik sebagai pendidik, pengasuh, pembimbing, penasihat, pencetus idea dan

fikiran, penderma wang ringgit serta penyumbang tenaga dan masa. Guru juga

merupakan ibu bapa kepada murid di sekolah, pemimpin dan penggerak kelompok

komuniti setempat, agama, bangsa dan negara. Guru ibarat “sepohon kelapa yang

Page 2: Peranan Guru Dalam Merealisasikan Falsafah Pendidikan Guru

tinggi menjulang dengan buah yang penuh di tandan, berguna dari pucuk hinggan ke

pangkal”. Di dalam agama islam turut mengangkat darjat guru pada kedudukan yang

tinggi dan istimewa selepas ibu dan bapa malah mengajar penganutnya supaya

memuliakan guru sebagaimana dalam hadis Rasulullah yang bermaksud:

( Tinta seorang ilmuwan (yang menjadi guru) adalah lebih berharga berbanding

darah para syuhada’).

Selanjutnya Imam Al-Ghazali menukilkan dari perkataan ulama yang

menyatakan: “Pendidik merupakan pelita segala zaman, orang yang hidup semasa

dengannya akan memperoleh pancaran cahaya keilmiahannya. Andai kata dunia

tidak ada pendidik, nescaya manusia bertingkah laku seumpama haiwan, disebabkan

adanya ilmu, maka ianya berupaya menghindari manusia dari sifat kehaiwanan

kepada sifat insaniah dan ilahiah”.

Guru Bertindak sebagai Role Model

Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda. Menurut

Ragbir Kour (2007) guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang

mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan

ialah moral, agama, terminal dan instrumental. Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat

dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat

menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sebagai ibu bapa kedua

kepada murid-murid, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh teladan

kepada para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara

tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah Meng (2003) guru

yang beriltizam akan menjadi role model kepada para pelajarnya. Secara tidak

Page 3: Peranan Guru Dalam Merealisasikan Falsafah Pendidikan Guru

langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif

melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah.

Guru Sebagai Pembentuk Akhlak

Tugas hakiki guru adalah mendidik murid menjadi insan yang berguna kepada

ibu bapa, masyarakat dan negara. Guru pada masa lampau dalam suasana

pembelajaran yang serba kekurangan dan tidak kondusif masih berupaya memikul

tangunggjawab dengan penuh komited terhadap kewajipan mendidik sehingga

melahirkan generasi masa kini yang cemerlang, hatta pemimpin dan peneraju

pemerintahan negara. Oleh demikian, tiada alasan bagi guru di zaman modenisasi kini

untuk tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tanggungjawab malahan tidak

lagi sering memberi alasan apabila diarahkan bertugas ke kawasan terpencil dan

pedalaman.

Dalam proses transformasi kurikulum, peranan dan cabaran golongan pendidik

pada masa mutakhir ini semakin ‘diasak’ dengan pelbagai isu yang diberikan

penekanan dan perhatian wajar. Antaranya ialah gejala kes pelanggaran disiplin

seperti ponteng sekolah, kejadian buli khususnya di asrama, biadab terhadap guru,

perbuatan vandalisme yang menjijikkan mata memandang, memeras ugut pelajar

junior, bergaduh dalam kawasan sekolah dan terbabit dengan aktiviti penyalahgunaan

dadah. Semua isu ini perlu ditangani secara berkesan oleh sekolah kerana jika

dibiarkan berterusan akan menjadi wabak yang membarah dalam kalangan anak muda

kita. Dengan demikian, peranan dan tanggungjawab semua guru mesti menjurus

kepada pembentukan akhlak pelajar yang murni dan bukan setakat menjadi

penyampai ilmu pengetahuan saja. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah

mengatakan:

Page 4: Peranan Guru Dalam Merealisasikan Falsafah Pendidikan Guru

‘Guru bukan saja bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan

kepada murid, tetapi bertanggungjawab juga kepada pembentukan peribadi murid

iaitu nilai hidup yang dipegang dan budaya yang diterima olehnya.’

(Petikan ucapan beliau pada Sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan di Ipoh pada

16 Mei 2000 ).

Jadi, di sini jelas menunjukkan kepada kita memang menjadi tanggungjawab

teras seseorang guru itu membentuk jati diri dan akhlak anak muridnya dengan

keluhuran budi pekerti yang tinggi dan mempunyai akhlak yang mulia. Sebenarnya,

teras utama dalam aspek pendidikan adalah untuk membimbing dan memberi

pendidikan akhlak murni. Jadi, dalam apa jua mata pelajaran yang diajar oleh

seseorang guru, penerapan nilai murni itu tidak boleh diabaikan. Ini yang dikatakan

‘nilai merentas kurikulum’.

Guru Berperanan Menggilap Potensi Murid-Murid

FPK antara lain menyatakan, “Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha

berterusan ke arah mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.”

Berdasarkan inti pati FPK ini, guru memainkan peranan yang penting sebagai

penggilap potensi anak muridnya. Setiap manusia diberi kelebihan dan keistimewaan

masing-masing, tetapi tetap jua mempunyai kelemahan tersendiri. Bagi seorang guru,

bukan kelemahan seseorang murid itu dicari, tetapi keistimewaan itu yang dicari dan

digilap agar menjadi manusia yang berguna bukan sahaja untuk diri sendiri, malahan

untuk masyarakat dan negara. Oleh itu, seorang guru itu harus bijak mencungkil bakat

Page 5: Peranan Guru Dalam Merealisasikan Falsafah Pendidikan Guru

serta kebolehan murid-muridnya agar tidak disia-siakan begitu sahaja bakat yang

mereka peroleh.

Guru Berperanan Sebagai Pembimbing

Guru juga bertindak sebagai pembimbing anak murid secara seimbang dari

segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Pada awal persekolahan, murid tidak faham

apa yang perlu dipelajari oleh mereka dan mereka hanya akan tahu setelah mereka

diajar, selepas itu mereka akan belajar apa yang telah diajarkan kepada mereka. Guru

sebagai seorang pembimbing perlu menguasai kemahiran dalam bimbingan dan

kaunseling untuk membimbing murid-murid dalam proses pembinaan modal insan.

Guru juga adalah pekerja yang mematuhi segala etika profesion ke arah membimbing

anak muridnya menepati acuan sebagaimana yang termaktub dalam FPK.

Guru Berperanan Supaya Dapat Berfikir Secara Kreatif dan Inovatif

Guru juga boleh dianggap sebagai seorang pengusaha. Dengan itu untuk

memenuhi ciri pengusaha yang dinamik, guru perlu mempunyai kemahiran dan

sentiasa berupaya berfikir secara inovatif dan kreatif. Oleh itu, peranan guru

seterusnya ialah sebagai pendorong pemikiran kritis dan kritis anak muridnya.

Apabila seorang guru itu sendiri mempunyai pemikiran kritis dan kreatif, secara tidak

langsung dapat memperkasakan lagi gaya pemikiran anak muridnya supaya dapat

menjana idea-idea yang bernas dan kreatif agar dapat melahirkan murid yang

kompeten dalam pelbgai bidang dan berdaya kreatif serta berkebolehan.

Guru Berperanan Sebagai Pendidik Kemahiran Asas

Seterusnya guru juga berperanan sebagai seorang pendidik kemahiran asas.

Maksud pendidik kemahiran asas disini tentulah guru menjadi orang yang

Page 6: Peranan Guru Dalam Merealisasikan Falsafah Pendidikan Guru

bertanggungjawab dalam mengajar kemahiran asas yang utama iaitu kemahiran

bertutur. Ini kerana keupayaan bertutur merupakan salah satu keutamaaan

kepentingan bagi seseorang manusia memandangkan kebolehannya bertutur

membolehkannya menyampaikan ilmu yang diperolehinya kepada orang lain.

Guru Berperanan Sebagai Agen Sosialisasi

Seorang guru juga harus bertindak sebagai agen sosialisasi. Agen sosialisasi di

sini bermaksud memberi peluang kepada pelajar untuk menguasai pelbagai ilmu

pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk perkembangan diri dan

masyarakat. Peranan sebagai agen sosialisasi adalah untuk memastikan perubahan dan

perkembangan tingkahlaku murid adalah mengikut nilai, norma dan kehendak

masyarakat. Tugas guru juga bukan sekadar penyampai ilmu, malah memupuk sikap,

nilai dan sahsiah yang sempurna selaras dengan keperluan kendiri dan tuntutan

masyarakat.

Disini saya sediakan ringkasan berkaitan peranan guru dalam melaksanakan hasrat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan

dalam mata pelajaran, khasnya mata pelajaran KBSR, serta pengetahuan

ikhtisas keguruan

Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah

Pendidikan Guru, khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu

masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Meyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada

diri dan pelajar selaras dengan tuntuana Falsafah Pendidikan Guru

Page 7: Peranan Guru Dalam Merealisasikan Falsafah Pendidikan Guru

Menyempurnakan tanggungjawab dan akautabiliti sebagai insan guru yang

sentiasa mencari ilmu serta mengamlkannya bagi memenuhi tuntutan

keperluan pendidikan dan masa depan.

Menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan merangsang

perkembangan pelajar

Berdasarkan peranan guru yang telah dinyatakan, ianya jelas berkait rapat dalam

merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melalui Fasafah Pendidikan

Kebangsaan juga secara tidak langsung telah memberi satu garis panduan kepada para

pendidik dalam menjalankan tugasnya untuk melahirkan anak didik yang berdaya

saing, berilmu, berkepimpinan dan berketrampilan dalam mengharungi cabaran yang

mendatang.

Page 8: Peranan Guru Dalam Merealisasikan Falsafah Pendidikan Guru

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, guru merupakan permata yang bernilai kepada bangsa,

masyarakat dan negara. Oleh itu, guru memikul tanggungjawab serta peranan yang

sangat penting dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Maka, warga

guru wajar dan wajib memanfaatkan kepakaran dan ilmu masing-masing untuk

membina modal insan dalam pelbagai disiplin dan dimensi demi memenuhi tuntutan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi tunjang kepada sistem

pendidikan di negara kita selama ini. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.’

Menurut Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni, “ciri guru yang cemerlang ialah ikhlas

mengajar ilmunya, memiliki tekad yang kuat untuk memberi manfaat yang terbaik

untuk anak muridnya dan berusaha kuat menghantarkan mereka pada ketinggian

darjat orang yang berilmu.” Al Imam Al Ghazali pula ada mengatakan: “Guru perlu

menanamkan niat mereka mengajar demi menyelamatkan anak muridnya daripada

kesengsaraan di akhirat kelak.” Hakikatnya seseorang guru sewajarnya mesti sedar

akan peranan mereka dan harapan negara dalam membina generasi insan yang

berwibawa, berintelek tinggi, berakhlak mulia serta bersahsiah ‘towering personality.’

Ingatlah pendidik akan pesanan yang pernah diluahkan oleh Beecher, “kanak-kanak

adalah umpama simen basah dan setiap orang yang jatuh ke atasnya akan memberi

kesan kepadanya.”