peranan angkatan lekra 66

23
Apa itu nasionalisme Dipercayai bahawa sejak abad ke-12 lagi konsep nasionalisme telahpun wujud. Walau bagaimanapun, konsep nasionalisme ini bertukar menjadi ideologi politik hanya pada abad ke-19. Ini berikutan tindakan beberapa buah negara yang dijajah mula menuntut kebebasan dan kemerdekaan daripada pihak yang menjajah. Mengikut sarjana politik barat, tahun 1648 merupakan permulaan kepada kemunculan nasionalisme sebagai suatu ideologi politik. Ini kerana pada tahun tersebut termeterainya satu perjanjian yang melihat bahawa berakhirnya peperangan sepanjang 30 tahun di Eropah. Perjanjian yang dimaksudkan itu ialah Perjanjian Westphalia di mana isi kandungan perjanjian tersebut menyatakan bahawa ia tidak akan menjejaskan hak-hak sebuah negara bangsa, dan kedaulatan nasional. Bagi Syed Husin Ali pula, beliau menyatakan bahawa terdapat dua jenis nasionalisme. Pertama, nasionalisme yang wujud di negara-negara Eropah pada abad yang ke-19 dan yang kedua ialah nasionalisme yang muncul di negara- negara Afrika dan Asia yang pernah dijajah dalam abad ke-19. Nasionalisme berasal daripada perkataan Inggeris iaitu nationalism. Terdapat pelbagai takrifan yang wujud tentang nasionalisme. Dari segi bahasa, Kamus Dewan Edisi Keempat yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, nasionalisme ditakrifkan dengan dua takrifan. Takrifan yang pertama ialah perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yang mendalam manakala takrifan yang kedua pula ialah pergerakan untuk mencapai kebebasan ekonomi dan politik daripada kuasa asing. Oxford Advanced

Upload: azharomar

Post on 01-Dec-2015

37 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Angkatan Lekra 66

Apa itu nasionalisme

Dipercayai bahawa sejak abad ke-12 lagi konsep nasionalisme telahpun wujud. Walau

bagaimanapun, konsep nasionalisme ini bertukar menjadi ideologi politik hanya pada abad ke-

19. Ini berikutan tindakan beberapa buah negara yang dijajah mula menuntut kebebasan dan

kemerdekaan daripada pihak yang menjajah. Mengikut sarjana politik barat, tahun 1648

merupakan permulaan kepada kemunculan nasionalisme sebagai suatu ideologi politik. Ini

kerana pada tahun tersebut termeterainya satu perjanjian yang melihat bahawa berakhirnya

peperangan sepanjang 30 tahun di Eropah. Perjanjian yang dimaksudkan itu ialah Perjanjian

Westphalia di mana isi kandungan perjanjian tersebut menyatakan bahawa ia tidak akan

menjejaskan hak-hak sebuah negara bangsa, dan kedaulatan nasional. Bagi Syed Husin Ali pula,

beliau menyatakan bahawa terdapat dua jenis nasionalisme. Pertama, nasionalisme yang wujud

di negara-negara Eropah pada abad yang ke-19 dan yang kedua ialah nasionalisme yang muncul

di negara-negara Afrika dan Asia yang pernah dijajah dalam abad ke-19.

Nasionalisme berasal daripada perkataan Inggeris iaitu nationalism. Terdapat pelbagai

takrifan yang wujud tentang nasionalisme. Dari segi bahasa, Kamus Dewan Edisi Keempat yang

diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, nasionalisme ditakrifkan dengan dua takrifan.

Takrifan yang pertama ialah perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yang mendalam

manakala takrifan yang kedua pula ialah pergerakan untuk mencapai kebebasan ekonomi dan

politik daripada kuasa asing. Oxford Advanced Learners Dictionary pula menyatakan

nationalisme sebagai movement political independence in a country that is controlled by another

or part of another (gerakan menyokong pembebasan politik dalam sesebuah negara yang

dikuasai oleh orang lain atau sebahagian daripada mereka).

Dari segi istilah pula, para etimologis mengatakan bahawa perkataan nasionalisme itu

berasal daripada bahasa Latin yang bererti bangsa yang dipersatukan melalui kelahiran.

Ensiklopedia Malaysiana memberi takrifan nasionalisme sebagai perasaan kesetiaan yang tinggi

yang ada pada sesuatu bangsa iaitu semangat cinta kepada tanah air manakala Ensiklopedia

Britannica menyatakan bahawa nasionalisme adalah kesetiaan dan ketaatan terhadap satu bangsa

atau negara dengan meletakkan kepentingan negara lebih utama daripada kepentingan lain.

Beberapa orang sarjana, tokoh politik dan sejarawan pula memberi definisi yang pelbagai

tentang nasionalisme. Hans Kohn, seorang sarjana dari Jerman menyatakan bahawa nasionalisme

Page 2: Peranan Angkatan Lekra 66

ialah satu gerakan yang mencerminkan “a state of mind, in which the supreme loyalty of the

individual is felt to be due the nation-state...”. Ini bermaksud bahawa ideologi nasionalisme itu

adalah menyerahkan seluruh taat setia seseorang individu itu hanya kepada negara atau

bangsanya semata-mata. Mantan Presiden Indonesia iaitu Sukarno pula menyatakan secara

ringkas bahawa nasionalisme itu ialah suatu cita-cita yang diinginkan untuk kebaikan bangsa.

Bagi Karl Marx pula, nasionalisme hanya akan wujud apabila terdapat dua kumpulan yang

bertentangan iaitu satu kumpulan yang menindas dan satu kumpulan lagi yang ditindas. Ini akan

mengakibatkan lahirnya perjuangan antara dua kumpulan ini.

Kesimpulannya, nasionalisme sebenarnya bermaksud rasa dan semangat cinta, kasih dan

sayang terhadap sesebuah negara. Perasaan ini hanya ditumpukan kepada satu negara bangsa

sahaja yang akan mendorong kepada kemahuan dan semangat untuk berjuang bagi

membebaskan tanahair daripada penjajahan kuasa asing. Semangat nasionalisme ini lahir

daripada keinginan untuk menebus maruah bangsa serta membentuk masa depan sesebuah

negara dan bangsa. Nasionalisme pada umumnya bertujuan untuk mewujudkan kebebasan sama

ada kebebasan individu atau negara daripada penjajahan, cengkaman, kekuasaan dan

kongkongan kuasa asing.

Nasionalisme di Indonesia

Semangat nasionalisme telah muncul di indonesia sejak abad ke-19 dan 20 lagi. Di

Indonesia, nasionalisme merupakan suatu gerakan kebangsaan yang muncul dalam kalangan

rakyat Indonesia untuk melihat Indonesia muncul sebagai negara yang merdeka dan berdaulat.

Ini kerana Indonesia telah dijajah sekian lama oleh Portugis, Belanda, Jepun serta British.

Terdapat beberapa faktor munculnya nasionalisme di Indonesia. Faktor-faktor ini boleh

dibahagikan kepada dua iaitu faktor dalaman dan juga faktor luaran. Antara faktor dalaman yang

membantu kemunculan nasionalisme di Indonesia ialah :

i. penderitaan dan kesengsaraan semasa penjajahan

Penjajahan bangsa Eropah terhadap Indonesia telah mengakibatkan penderitaan dan

kesengsaraan kepada seluruh rakyatnya. Mereka hidup dalam keadaan miskin, menderita dan

ketakutan sehingga menimbulkan rasa ingin membebaskan diri daripada penjajah.

ii. munculnya golongan terpelajar dan cendekiawan

Page 3: Peranan Angkatan Lekra 66

Pendidikan telah menghasilkan para cerdik pandai dan cendekiawan dalam kalangan

rakyat Indonesia. Mereka ini terdiri daripada golongan yang mendapat pendidikan barat dan

pendidikan Indonesia itu sendiri. Mereka telah menjadi penggerak utama dan juga pemimpin

bagi kumpulan-kumpulan nasionalisme yang bergerak serta berjuang untuk menentang penjajah.

iii. munculnya fahaman nasionalisme dalam bidang politik, ekonomi dan kebudayaan

Dalam bidang politik, gerakan nasionalis telah berjaya mengutarakan kehendak

masyarakat pribumi yang hidup dalam penindasan dan kesengsaraan. Seboleh mungkin mereka

ingin melenyapkan kekuasaan penjajah asing di bumi Indonesia. Dalam bidang ekonomi pula,

mereka berusaha untuk menghapuskan eksploitasi ekonomi oleh pihak asing. Ini bertujuan untuk

meningkatkan taraf ekonomi bangsa Indonesia serta membentuk masyarakat Indonesia yang

bebas daripada kesengsaraan dan kemelaratan. Dalam bidang kebudayaan pula, para pendukung

budaya tampil untuk memperbaiki dan mengembalikan budaya bangsa Indonesia yang telah

terjejas teruk dengan kemasukan budaya asing hasil penjajahan. Mereka berusaha sedaya upaya

untuk menghidupkan kembali kebudayaan asli Indonesia.

iv. kejayaan masa lalu

Sebelum dijajah oleh kuasa asing, Indonesia pernah mengalami zaman kejayaannya.

Ketika itu, mereka hidup sebagai negara bangsa yang berdaulat dan merdeka. Kejayaan masa

lalu ini merupakan pembakar semangat kepada rakyat Indonesia untuk bebas daripada penjajah.

Selain itu, antara faktor luaran yang menyebabkan munculnya semangat nasionalisme di

Indonesia ialah :

i. kemunculan gerakan nasionalisme di pelbagai negara

Gerakan nasionalis telah muncul di beberapa buah negara yang dijajah. Antaranya ialah

India yang menentang penjajahan Inggeris. Suatu organisasi yang bernama All India National

Congres telah dibentuk dan dipimpin oleh Mahatma Gandhi. Selain India, Filipina juga

mempunyai gerakan nasionalis yang menentang penjajahan Sepanyol. Gerakan ini diketuai oleh

Jose Rizal dengan tujuan untuk mengusir Sepanyol daripada bumi Filipina. Walau

bagaimanapun, Jose Rizal telah ditangkap pada 30 September 1896 dan dijatuhi hukuman mati.

Page 4: Peranan Angkatan Lekra 66

Selain itu, China juga menyaksikan kemunculan gerakan nasionalis yang dipimpin oleh Dr. Sun

Yat Sen. Gerakan nasionalis di China adalah untuk menetang Dinasti Mandsyu.

ii. Kemenangan Jepun ke atas Rusia

Peperangan di antara Jepun dan Rusia telah berlakunya pada tahun 1904 hingga 1905.

Dalam peperangan tersebut, tentera Jepun telah berjaya mengalahkan Rusia. Ini membuktikan

bahawa kemajuan pesat yang dicapai oleh Jepun termasuklah dalam bidang ketenteraan

mendatangkan kebaikan kepada negara mereka. Kejayaan Jepun menewaskan Rusia ini telah

menjadi pendorong kepada negara-negara di Asia untuk bangun menentang penjajah di negara

masing-masing.

Dengan adanya faktor dalaman dan luaran yang telah dinyatakan di atas, maka semangat

nasionalisme pun mula berkembang di Indonesia. Beberapa pertubuhan telah menjadikan

fahaman nasionalis ini sebagai teras kepada perjuangan mereka. Salah sebuah pertubuhan yang

menjadikan nasionalis sebagai teras perjuangan mereka ialah Partai Nasional Indonesi (PNI)

yang dipimpin oleh Soekarno. PNI ditubuhkan dengan tujuan untuk memperjuangkan kehidupan

bangsa serta negara Indonesia yang bebas, merdeka dan berdaulat dari sebarang penjajah. Selain

daripada PNI, terdapat juga sebuah lagi pertubuhan yang turut sama berperanan dalam

membangkitkan semangat nasionalisme di Indonesia. Pertubuhan tersebut ialah Angkatan Lekra

66.

Kemunculan Lekra

Lembaga Kebudayaan Rakyat atau Lekra adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan pada

17 Ogos 1950 di Jakarta oleh empat tokoh utamanya iaitu D.N. Aidit, M.S. Ashar, A.S. Dharta

dan Njoto. Lekra menggunakan bidang kebudayaan, kesenian dan ilmu sebagai wadah

memperjuangan semangat nasionalisme mereka.

Dasar perjuangan mereka adalah untuk memerdekakan rakyat Indonesia daripada

pelbagai aspek seperti pendidikan, politik, ekonomi ,sosial dan sebagainya. Oleh itu, Lekra

berpendirian bahawa para pejuang kebudayaan dan kesenian harus seiring dengan politkus untuk

sama-sama berjuang bagi mewujudkan negara bangsa Indonesia yang merdeka.

Dalam menjalankan operasinya, Lekra tertakluk kepada beberapa peraturan. Sebagai

contoh, Lekra mempunyai peraturan yang dikenali sebagai Mukadimah Lekra. Mukadimah

Page 5: Peranan Angkatan Lekra 66

Lekra terbahagi kepada dua iaitu Mukadimah Lekra 1950 dan Mukadimah 1959. Mukadimah

Lekra 1950 dihasilkan semasa penubuhannya iaitu pada tahun 1950 manakala Mukadimah 1959

pula adalah versi yang telah melalui proses semakan semula pada tahun 1959. Semasa

kewujudan Lekra pada tahun 1950 itu, seni sebenarnya hanya dinikmati dan dihayati oleh

golongan tertentu sahaja. Oleh itu, pengasas Lekra berharap agar seni dan budaya ini akan

dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira darjat dan kedudukan.

Kesungguhan Lekra ini dapat dilihat dalam Mukadimah 1950 dan Mukadimah 1959 yang

menyebut :

"Tugas daripada Rakjat indonesi untuk membuka segala kemungkinan supaja bisa

mengetjap kesenian, ilmu dan industri tidak dimonopoli oleh segolongan ketjil lapisan atas

dan dipergunakan untuk kepentingan dan kenikmatan golongan ketjil itu. Rakjat Indonesia

harus berdjuang untuk menguasai dan memiliki kesenian, ilmu dan industri." (Mukadimah

1950)

"Bahwa Rakjat adalah satu2nja pentjipta kebudajaan, dan bahwa pembangunan

kebudajaan Indonesia-baru hanja dapat dilakukan oleh Rakjat...Lekra berpendapat bahwa

setjara tegas berpihak pada Rakjat. adalah satu2nja djalan bagi seniman2, sardjana2 maupun

pekerdja kebudajaan lainnj, untuk mentjapai hasil2 jang tahan udji dan tahan waktu."

(Mukadimah 1959)

Misi dan Visi Lekra

Pada 27 Januari 1959, Lekra telah mengadakan kongresnya yang pertama di Solo, Jawa

Tengah. Kongres ini dinamakan sebagai Kongres Nasional I Lekra. Dalam kongres ini, Lekra

telah mengubah peraturan mereka yang dikenali sebagai Mukadimah. Mengikut Mukadimah

1950, Lekra menyatakan bahawa rakyat adalah pemilik kebudayaan tetapi dalam Mukadimah

1959 ini pula, Lekra menyatakan bahawa rakyat adalah satu-satunya pencipta kebudayaan. Lekra

juga telah mengubah strata sosial versi mereka. Semasa awal penubuhannya, Lekra membezakan

kelas sosial antara rakyatnya iaitu rakyat bawahan dengan rakyat atasan manakala pada tahun

1959, Lekra membezakan strata sosialnya dengan menjadikan Bangsa Indonesia sebagai dua

golongan iaitu golongan imperialis dan golongan feudalis.

Page 6: Peranan Angkatan Lekra 66

Lekra telah menjadikan “seni untuk rakyat” sebagai visinya. “Seni untuk rakyat”

bermaksud bahawa seni adalah milik seluruh masyarakat dan bukannya untuk sebahagian

masyarakat sahaja. Seorang pemimpin Lekra, Njoto dalam ucapannya menyatakan bahawa

politik tanpa kebudayaan masih boleh bergerak tetapi kebudayaan tanpa politik tidak akan ke

mana-mana. Njoto juga telah memperkenalkan satu cogankata yang kemudiannnya terkenal

sebagai cogankata Lekra iaitu politik sebagai panglima yang bermaksud setiap hasil karya seni

mestilah berupaya untuk menyampaikan aspirasi dan kehendak rakyat.

Selain visi dan cogankata tersebut, Lekra juga mempunyai beberapa asas yang lain.

Antara salah satu asas yang terkenal ialah asas 1-5-1 yang bermaksud :

1. Meluas dan meninggi

2. Tinggi mutu ideology dan tinggi mutu artistic

3. Tradisi baik dan kekinian revolusioner

4. Kreativitas individual dan kearifan massa

5. Realisme sosial dan romantik revolusioner

Kesemua asas yang dinyatakan di atas memerlukan pimpinan Lekra untuk turun padang

bertemu dengan rakyat akar umbi demi mendapatkan gambaran sebenar cerita kehidupan rakyat

jelata. Aktiviti turun padang ini dikenali sebagai ‘turba’. Turba ini seterusnya ditambah pula

dengan mewujudkan ‘rangkaian tiga sama’ iaitu bekerja bersama, makan bersama dan tidur

bersama. Kewujudan ‘turba’ dan ‘rangkaian tiga sama’ ini sedikit sebanyak menjadikan Lekra

dipercayai dan disenangi oleh rakyat.

Peranan Angkatan Lekra 66 dalam perkembangan semangat nasionalisme di Indonesia

Angkatan Lekra 66 berperanan dalam memperkembangkan semangat nasionalisme di

Indonesia. Antara peranan yang dimainkan oleh Angkatan Lekra 66 adalah :

i. memperjuangkan perkembangan kebudayaan nasional

Kemasukan filem-filem Amerika di Indonesia telah merisau dan meresahkan sebilangan

pemimpin masyarakat termasuklah pemimpin Lekra sendiri. Sepertimana yang telah diketahui

umum, filem-filem keluaran Amerika banyak memaparkan adegan-adegan seks, ganas serta

menyalahi moral tempatan. Samandjaja, iaitu seorang Pimpinan Lekra Pusat bersetuju dengan

Darmini, seorang aktivitis dari German yang menyatakan bahawa Amerika adalah negara

nombor satu sebagai pengimport kekerasan dan imej perang.

Page 7: Peranan Angkatan Lekra 66

Selain itu, kesungguhan Angkatan Lekra 66 memperjuangkan kebudayaan nasional dapat

dilihat dalam satu deklarasi yang diputuskan dalam Sidang Pleno Lekra yang menyatakan :

“Dengan kegotongroyongan nasional berparaskan Nasakom memperhebat ofensif

Manipolis di bidang kebudayaan dan dengan penuh tanggung jawab menyelamatkan

kebudayaan nasional kita dari serangan-serangan kebudayaan imperialisme, terutama

kebudayaan imperialis AS.”

Sebagai sebuah pertubuhan yang menjadikan politik sebagai panglima, mereka sentiasa menilai

dan menjustifikasi kebudayaan secara kristis termasuklah filem-filem yang dibawa masuk ke

Indonesia. Ini kerana filem memberi pengaruh yang cukup kuat kepada masyarakat. Oleh itu,

seorang pemimpin Lekra yang lain iaitu Njoto menyatakan dalam ucapannya semasa Konferensi

Nasional Lembaga Film Indonesia bahawa walaupun Indonesia mempunyai Lembaga Film

Indonesia (LFI) tetapi ia tidak dapat bersikap bersih dan telus dalam menapis filem-filem yang

masuk ke Indonesia.

ii. menghasilkan filem yang bercorak pendidikan nasional

Bermula dari tahun 1950-an hingga 1960-an, filem-filem luar terutamanya dari Amerika

telah membanjiri dunia perfileman di Indonesia. Hal ini menyebabkan filem Indonesia itu sendiri

telah terpinggir. Menurut Utami Suryadarma, Ketua Panitia Sensor Film, sekitar tahun 1960

hingga 1961 terdapat lebih kurang 348 filem luar di Indonesia. 130 adalah filem Amerika, Jepun

(59), India (30), China (25), Itali (25), Pakistan (24), Inggeris (20), Hong Kong (15), Soviet

Union (10), Singapura (5), Jerman Barat (2), Korea Utara (1), Lebanon (1) dan Perancis (1).

(Harian Rakjat, 23 Jun 1962)

Semasa penjajahan Belanda, filem-filem dari Amerika dibawa masuk ke Indonesia untuk

mengembangkan semangat rasialisme iaitu suatu fahaman yang menekankan bahawa Belanda

sahajalah merupakan bangsa yang paling hebat. Selain itu, filem-filem yang bercorak tahyul juga

telah dibawa masuk oleh pedagang-pedagang berketurunan Tionghua dengan keizinan Belanda

agar rakyat Indonesia akan hanyut dalam pengaruh tahyul dan mistik. Filem tahyul pertama yang

dibawa masuk ke Indonesia ialah filem yang bertajuk “Lutung Kasarung” iaitu pada tahun 1926.

Melihat sambutan yang begitu menggalakkan daripada masyarakat Indonesia, pedagang-

pedagang Tionghua terus menjadikan filem-filem yang sarat dengan fantasi, nyanyian, romantik

Page 8: Peranan Angkatan Lekra 66

dan perkelahian sebagai bahan hiburan untuk rakyat Indonesia. Jepun yang menjajah Indonesia

pula menjadikan filem dan hampir keseluruhan elemen kebudayaan sebagai alat propaganda

politik mereka. Dengan ini, mereka akan dapat memastikan hegemoni mereka ke atas rakyat

Indonesia akan terus berkekalan.

Berdasarkan situasi yang wujud ketika itu, Lekra berpendapat bahawa mereka sepatutnya

membendung serta menyekat pengaruh filem dan kebudayaan asing daripada terus menular

dalam kalangan rakyat Indonesia. Oleh itu, Joebaar Ajoeb, seorang tokoh budayawan yang juga

sekretaris umum Lekra menyatakan akan menghapuskan seluruh filem-filem yang diimport

terutamanya dari negara-negara imperialis. Bagi Lekra, filem yang dihasilkan merupakan paduan

antara ilmu dan moral. Jadi, mereka tidak akan boleh bertolak ansur dengan mereka yang

memperalatkan filem untuk tujuan-tujuan lain.

Akhirnya, pada tahun 1945, setelah Jepun diserang dan menyerah kalah, semua peralatan

perfileman telah diambil oleh oleh rakyat Indonesia. Peristiwa ini dijadikan titik perubahan

dalam bidang berita dan perfileman di Indonesia. Filem-filem yang bercorak separa dokumentari

dan pendidikan nasional telah mula diterbitkan oleh Perusahaan Film Negara (FPN). Watak-

watak revolusioner dalam filem juga telah wujud. Antara filem-filem tersebut ialah “Pulang”, “Si

Pintjang” dan “Rentjong”. Sekurang-kurangnya, perjuangan Lekra untuk menjadikan filem

sebagai alat revolusi yang mencerminkan perjuangan rakyat, yang dapat mendorong dan

membangkitkan semangat revolusioner rakyat telah mula membuahkan hasilnya.

iii. menyertai gerakan memboikot karya seni asing

Pada tahun 1964, Konferensi Nasional II telah diadakan di Jakarta. Soekarno semasa

ucapannya menyeru agar semua seni dan budaya asing dibanteras habis-habisan dan budaya

Indonesia dibangunkan, dihayati dan dikongsi bersama-sama. Lekra yang terlibat secara

langsung dalam bidang kebudayaan turut sama menyokong gerakan pemboikotan terhadap filem-

filem asing terutamanya dari Amerika yang dilihat mempunyai citra imperialis. Lekra juga turut

mewujudkan gerakan revolusioner anti filem imperialis iaitu Panitia Aksi Boikot Film Imperialis

Amerika Serikat (PABFIAS) dan menuntut supaya syarikat filem Amerika di Indonesia iaitu

AMPAI (American Motion Picture Association in Indonesia) diusir.

Sikap politik Lekra yang benci kepada kebudayaan asing dapat dilihat lagi dalam Sidang

Plenonya di mana Lekra mengutuk sekeras-kerasnya penularan budaya imperialis termasuklah

Page 9: Peranan Angkatan Lekra 66

muzik seperti muzik ngak-ngik-ngok, twist dan sebagainya. Mereka menganggap AMPAI bukan

sahaja syarikat pengedar filem Amerika tetapi juga agen kerosakan moral rakyat Indonesia.

Pemboikotan yang dilakukan terhadap filem telah dilanjutkan dengan pemboikotan ke atas

muzik pula sepertimana yang dinyatakan oleh Pengurus Pusat Lekra :

“Rakyat Asia Tenggara bukan hanya akan meneruskan perlawanan, tetapi pasti juga

akan mengusir AS. Lekra atas nama 500ribu anggotanya mendesak kepada Pemerintah

RI agar Parviliun Indonesia di New York Fair ditutup dan agar aksi boikot film-film AS

diluaskan juga ke music ngak-ngik-ngok. Perkuat persatuan revolusioner, kalahkan

kebiadaban gansterisma AS!”

iv. menggunakan karya seni untuk menyampaikan aspirasi rakyat

Sebagai pertubuhan yang berteraskan seni dan kebudayaan, Lekra telah menggunakan

hasil kreativiti penggiat seni yang terlibat di dalam Lekra sendiri sebagai medium untuk

menyampaikan aspirasi rakyat terutamanya rakyat bawahan. Organisasi-organisasi petani dan

buruh seperti SOBSI (Sentral Organisasi Buruh Seluruh Indonesia) dan BTI (Barisan Tani

Indonesia) juga diberi peluang untuk menghasilkan karya seni mereka sesuai dengan salah satu

pernyataan Lekra iaitu :

“Kami adalah ahli waris yang sah dari kebudayaan dunia dan kebudayaan ini kami

teruskan dengan cara kami sendiri. Kami lahir dari kalangan orang banyak dan

penertian rakyat bagi kami adalah kumpulan yang campur-baur darimana dunia-dunia

baru yang sehat dapat dilahirkan.”

Seniman-seniman Lekra juga memperkenalkan diri mereka sebagai seniman pejuang

yang menentang segala bentuk ketidakadilan. Oleh itu, mereka tidak gentar untuk menyatakan

realisme sosial dalam karya-karya mereka. Karya realisme sosial yang dimaksudkan di sini ialah

karya yang mempertahankan dan mengembangkan antikapitalisme.

Page 10: Peranan Angkatan Lekra 66

Berdasar mukadimah ini, ada beberapa jargon yang dianggap lekat dengan Lekra seperti seni untuk

rakyat, politik adalah panglima, realisme sosial serta ideologi di atas seni.

Lekra adalah akronim dari Lembaga Kebudayaan Rakyat. Lekra adalah organisasi yang didirikan pada tanggal 17 Agustus 1950 di Jakarta. Lekra bekerja khususnya di bidang kebudayaan, kesenian dan ilmu. Diantara pendirinya adalah A.S Dharta, yang selanjutnya dipilih menjadi Sekretaris umum ( dalam Lekra tidak digunkan istilah ketua), Joebaar Ajoeb, kemudian menggantikan A.S Dharta (1958), Henk Ngantung, M.S Ashar, Iramani (Njoto). Seringkali Lekra disebut sebagai onderbouw PKI karena beberapa pendirinya adalah petinggi PKI. Namun tak ada pernyataan resmi soal ini, baik dari PKI maupun dari pihak Lekra.

Lekra termasuk anggota Badan Musyawarah Kebudayaan Nasional tapi Lekra sebagai organisasi lebih ketat daripada BMKN. Lembaga ini telah mendirikan 18 cabang di propinsi yang dikepalai oleh perwakilan-perwakilan yang merekrut para anggota lokal. Lembaga ini dalam perkembangannya menjadi sebuah badan yang homogen yang diikat dengan erat oleh ideologi Lekra.

Page 11: Peranan Angkatan Lekra 66

Dalam menjalankan organisasinya, Lekra mempunyai pedoman yang disebut Mukadimah Lekra. Mukadimah Lekra dikeluarkan bersama saat pendiriannya dan disebut Mukadimah Lekra 1950. Kemudian Mukadimah ini direvisi pada tahun 1959 dan disebut Mukadimah 1959. Berdasar mukadimah ini, ada beberapa jargon yang dianggap lekat dengan Lekra seperti seni untuk rakyat, politik adalah panglima, realisme sosial serta ideologi di atas seni.

Seiring tumbangnya ideologi komunis di Indonesia pada akhir dekade 60, yang berarti terjadi pergantian penguasa politik di Indonesia, Lekra akhirnya dinyatakan terlarang sesuai TAP MPRS no. XXV/MPRS/ tahun 1966, tentang pelarangan komunisme, Leninisme, dan pembubaran organisasi PKI beserta organisasi massanya. Dengan ini Lekra benar-benar dianggap bagian dari PKI oleh rezim orde baru. Banyak anggota Lekra dipenjarakan setelah itu dan menjadi tahanan politik. Ada juga yang menyatakan sebagian sastrawan Lekra yang lain sudah terbunuh.

Tumbuhnya Nasionalisme di Indonesia

Karena adanya faktor pendukung diatas maka di Indonesiapun mulai muncul semangat nasionalisme.Semangat nasionalisme ini digunakan sebagai ideologi/paham bagi organisasi pergerakan nasional yang ada.Ideologi Nasional di Indonesia diperkenalkan oleh Partai Nasional Indonesia (PNI) yang diketuai oleh Ir. Soekarno.PNI bertujuan untuk memperjuangkan kehidupan bangsa Indonesia yang bebas dari penjajahan.Sedangkan cita-citanya adalah mencapai Indonesia merdeka dan berdaulat, serta mengusir penjajahan pemerintahan Belanda di Indonesia. Dengan Nasionalisme dijadikan sebagai ideologi maka akan menunjukkan bahwa suatu bangsa memiliki kesamaan budaya, bahasa, wilayah serta tujuan dan cita-cita. Sehingga akan merasakan adanya sebuah kesetiaan yang mendalam terhadap kelompok bangsa tersebut.

Perkembangan Nasionalisme di Indonesia

Sebagai upaya menumbuhkan rasa nasionalisme di Indonesia diawali dengan pembentukan identitas nasional yaitu dengan adanya penggunaan istilah “Indonesia” untuk menyebut negara kita ini.Dimana selanjutnya istilah Indonesia dipandang sebagai identitas nasional, lambang perjuangan bangsa Indonesia dalam menentang penjajahan. Kata yang mampu mempersatukan bangsa dalam melakukan perjuangan dan pergerakan melawan penjajahan, sehingga segala bentuk perjuangan dilakukan demi kepentingan Indonesia bukan atas nama daerah lagi. Istilah Indonesia mulai digunakan sejak :

1. J.R. Logan menggunakan istilah Indonesia untuk menyebut penduduk dan kepulauan nusantara dalam tulisannya pada tahun 1850.

2. Earl G. Windsor dalam tulisannya di media milik J.R. Logan tahun 1850 menyebut penduduk nusantara dengan Indonesia.

3. Serta tokoh-tokoh yang mempopulerkan istilah Indonesia di dunia internasional.

Page 12: Peranan Angkatan Lekra 66

4. Istilah Indonesia dijadikan pula nama organisasi mahasiswa di negara Belanda yang awalnya bernama Indische Vereninging menjadi Perhimpunan Indonesia.

5. Nama majalah Hindia Putra menjadi Indonesia Merdeka

6. Istilah Indonesia semakin populer sejak Sumpah Pemuda 28 Oktober 1928 . Melalui Sumpah Pemuda kata Indonesia dijadikan sebagai identitas kebangsaan yang diakui oleh setiap suku bangsa, organisasi-organisasi pergerakan yang ada di Indonesia maupun yang di luar wilayah Indonesia.

7. Kata Indonesia dikukuhkan kembali dalam Proklamasi Kemerdekaan Indonesia 17 Agustus 1945 .

Peranan Nasionalisme di Indonesia

Perkembangan nasionalisme yang mengarah pada upaya untuk melakukan pergerakan nasional guna melawan penjajah tidak bisa lepas dari peran berbagai golongan yang ada dalam masyarakat, seperti golongan terpelajar/kaum cendekiawan, golongan profesional, dan golongan pers.

Golongan Terpelajar

Golongan terpelajar dalam masyarakat Indonesia saat itu termasuk dalam kelompok elite sebab masih sedikit penduduk pribumi yang dapat memperoleh pendidikan.Kesempatan memperoleh pendidikan merupakan sebuah kesempatan yang istimewa bagi rakyat Indonesia.Mereka memperoleh pendidikan melalui sekolah-sekolah yang didirikan kolonial yang dirasa memiliki kualitas baik.Dengan pendidikan model barat yang mereka miliki, golongan terpelajar dipandang sebagai orang yang memiliki pandangan yang luas sehingga tidak sekedar dikenal saja tetapi mereka dianggap memiliki kepekaan yang tinggi. Sebab selain memperoleh pelajaran di kelas mereka akan membentuk kelompok kecil untuk saling bertukar ide menyatakan pemikiran mereka mengenai negara Indonesia melalui diskusi bersama. Meskipun mereka berasal dari daerah yang berbeda tetapi mereka merasa senasip sepenanggunagan untuk mengatasi bersama adanya penjajahan, kapitalisme, kemerosotan moral, peneterasi budaya, dan kemiskinan rakyat Indonesia.Hingga akhirnya mereka membentuk perkumpulan yang selanjutnya menjadi Oragnisasi Pergerakan Nasional.Mereka membentu organisasi-organisasi modern yang berwawasan nasional.Mereka berusaha menanamkan pentingnya persatuan dan kesatuan bangsa, menanamkan rasa nasionalisme, menanamkan semangat untuk memprioritaskan segalanya demi kepentingan nasional daripada kepentingan pribadi melalui organisadi tersebut.Selanjutnya melalui organisasi pergerakan nasional tersebut mereka melakukan gerakan untuk melawan penjajahan yang selanjutnya membawa Indonesia pada kemerdekaan.

Jadi Golongan terpelajar memiliki peran yang besar bagi Indonesia meskipun keberadaannya sangat terbatas (minoritas) tetapi golongan terpelajar inilah yang menjadi pelopor pergerakan

Page 13: Peranan Angkatan Lekra 66

nasional Indonesia hingga akhirnya kita berjuangan melawan penjajah dan memperoleh kemerdekaan.

Golongan Profesional

Golongan profesional merupakan mereka yang memiliki profesi tertentu seperti guru, dan dokter.Keanggotaan golongan ini hanya terbatas pada orang seprofesinya.Golongan profesional ini lebih banyak ada dan mengembangkan profesinya didaerah perkotaan.Golongan profesional pada masa kolonial memiliki hubungan yang dekat dengan rakyat, sehingga mereka dapat mengetahui keberadaan rakyat Indonesia pada saat itu.Sehingga golongan ini dapat menggerakkan kekuatan rakyat untuk menentang kekuasaan pemerintah kolonial Belanda.

a) Peran Guru

1. Guru merupakan ujung tombak perjuangan bangsa Indonesia untuk mencapai kemerdekaannya dan berjuang memajukan bangsa Indonesia dari keterbelakangan.

2. Guru memberikan pendidikan dan pengajaran kepada generasi penerus bangsa melalui lembaga-lembaga pendidikan yang ada baik itu sekolah yang didirikan oleh pemerintah kolonial maupun sekolah yang didirikan oleh tokoh-tokoh bangsa Indonesia.

3. Melalui pendidikan tersebut guru dapat menanamkan rasa kebangsaan/ rasa nasionalisme yang tinggi. Sehingga anak-anak kaum pribumi dapat menyadari dan tekanan dari pemerintah kolonial Belanda.

4. Guru telah membangun dan membangkitkan kesadaran nasional bangsa Indonesia.

5. Guru telah mendidik dan melahirkan tokoh-tokoh pejuang yang dapat diandalkan dalam memperjuangkan kebebasan bangsa Indonesia dari cengkeraman kaum penjajah.

6. Orang-orang pribumi mulai menghimpun kekuatan dan berjuang melalui organisasi-organisasi modern yang didirikannya. Organisasi-organisasi perjuangan yang didirikan oleh kaum terpelajar bangsa Indonesia dijadikan sebagai wadah perjuangan di dalam menentukan langkah-langkah untuk mengusir pemerintah kolonial Belanda dan berupaya membebaskan bangsa dari segala bentuk penjajahan asing.

Bagi guru tempat perjuangan mereka adalah lembaga-lembaga pendidikan yang ada, di sekolah tersebut guru membangkitkan semangat perjuangan bangsa Indonesia untuk mencapai kemerdekaannya.

Contoh lembaga pendidikan yang ada, yaitu :

1. Perguruan Taman Siswa didirikan oleh Ki Hajar Dewantara2. Lembaga Pendidikan Perguruan Muhammadiyah didirikan oleh K.H Ahmad Dahlan

Page 14: Peranan Angkatan Lekra 66

Melalui gurulah dihasilkan tokoh-tokoh besar bangsa Indonesia maupun tokoh-tokoh besar dunia.Di tangan gurulah terletak maju mundurnya sebuah bangsa.Jadi jika tidak ada guru maka mungkin Indonesia tidak dapat terbebas dari Kekuasaan kolonial.

b) Peran Dokter

1. Pada masa kolonial dokter memiliki hubungan yang sangat dekat dengan kehidupan rakyat.

2. Dokter dapat merasakan kesengsaraan dan penderitaan yang dialami rakyat Indonesia melalui penyakit yang dideritanya. Ia mendengarkan berbagai keluhan yang dialami oleh rakyat Indonesia. Penderitaan dan kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Indonesia adalah akibat dari berbagai tekanan dan penindasan yang dilakukan oleh pemerintah kolonial Belanda.

3. Ketergerakan hati mereka diwujudkan melalui perjuangan dengan membentuk wadah organisasi yang bersifat sosial dan budaya yang diberinama Budi Utomo yang didirikan 20 Mei 1908 oleh Dr. Wahidin Sudirohusodo, Dr. Sutomo, Dr. Cipto Mangunkusumo, Dr. Gunawan Mangunkusumo.

1. Golongan Pers

Pers sudah mulai masuk ke Indonesia pada abad ke-19, dan masuknya pers di Indonesia memberikan pengaruh yang cukup besar bagi bangsa Indonesia. Wujud perkembangan pers dapat dilihat dalam bentuk surat kabar maupun majalah. Awalnya surat kabar yang beredar hanya digunakan untuk orang-orang asing tetapi karena untuk mengejar pelanggan dari masyarakat pribumi maka muncul surat kabar yang di modali orang Cina tetapi menggunakan bahasa Melayu. Peran media :

1. Melalui surat kabar terdapat pendidikan politik, sebab melalui surat kabar tersebut ternyata dimuat isu-isu mengenai masalah politik yang sedang berkembang sehingga secara tidak langsung melalui surat kabar tersebut telah memberikan pendidikan politik kepada masyarakat Indonesia.

2. Melalui Surat kabar/ majalah mempunyai fungsi sosial dasar yaitu memperluas pengetahuan bagi para pembacanya dan dapat membentuk pendapat (opini) umum.

3. Pendidikan sosial politik dapat disalurkan melalui tulisan-tulisan di surat kabar dan media masa sehingga menumbuhkan pemikiran dan pandangan kritis pembaca yang dapat membangkitkan kesadaran bersama bagi bangsa Indonesia.

4. Surat kabar merupakan media komunikasi cetak yang paling potensial untuk memuat berita, wawasan dan polemik (tukar pikiran melalui surat kabar), bahkan ide dan pemikiran secara struktural dapat dikomunikasikan kepada masyarakat luas.

5. Meskipun pada masa itu ruang gerak pers dibatasi dan dikontrol ketat oleh pemerintah kolonial. Tetapi melalui surat kabar tersebut sebagai sarana untuk menyampaikan

Page 15: Peranan Angkatan Lekra 66

segala sesuatu yang dikehendaki dan diprogramkan oleh pemerintah sehingga sedapat mungkin bisa diinformasikan kepada masyarakat luar. Dimana pemberitahuannya lebih memihak pada pemerintah kolonial Hindia Belanda.

Pada masa pergerakan nasional Indonesia, surat kabar mempunyai peranan yang sangat penting bahkan organisasi pergerakan nasional Indonesia telah memiliki surat kabar sendiri-sendiri, seperti Darmo Kondo (Budi Utomo), Oetoesan Hindia (Sarekat Islam), Het Tiidsriff dan De Expres (Indische Partij), Indonesia Merdeka (Perhimpunan Indonesia), Soeloeh Indonesia Moeda (PNI), Pikiran Rakyat (Partindo), Daulah Ra’jat (PNI Baru)

Surat kabar yang dimiliki oleh organisasi-organisasi tersebut menjadi salah satu sarana untuk menyampaikan bentuk-bentuk perjuangan kepada rakyat, agar rakyat dapat mengetahui dan memberikan dukungan kepada organisasi-organisasi itu.

Nasionalisme di Indonesia mengalami kemajuan dan perkembangan yang sangat pesat ketika secara resmi Budi Utomo diakui oleh Pemerintah Belanda pada tahun 1908.Secara singkat perkembangan nasionalisme Indonesia menjadi lebih ramai sejak berdiri Budi Utomo hingga Proklamasi Kemerdekaan.Sejak budi utomo berdiri organisasi-organisasi yang mengusahakan perbaikan dan kondisi rakyat Indonesia.

Tahapan perkembangan nasionalisme Indonesia adalah sebagai berikut.

) Periode Awal Perkembangan

Dalam periode ini gerakan nasionalisme diwarnai dengan perjuangan untuk memperbaiki situasi sosial dan budaya.Organisasi yang muncul pada periode ini adalah Budi Utomo, Sarekat Dagang Indonesia, Sarekat Islam, dan Muhammadiyah.

) Periode Nasionalisme Politik

Periode ini, gerakan nasionalisme di Indonesia mulai bergerak dalam bidang politik untuk mencapai kemerdekaan Indonesia.Organisasi yang muncul pada periode ini adalah Indische Partij dan Gerakan Pemuda.

) Periode Radikal

Dalam periode ini, gerakan nasionalisme di Indonesia ditujukan untuk mencapai kemerdekaan baik itu secara kooperatif maupun non kooperatif (tidak mau bekerjasama dengan penjajah).Organisasi yang bergerak secara non kooperatif, seperti Perhimpunan Indonesia, PKI, PNI.

) Periode Bertahan

Page 16: Peranan Angkatan Lekra 66

Periode ini, gerakan nasionalisme di Indonesia lebih bersikap moderat dan penuh pertimbangan.Diwarnai dengan sikap pemerintah Belanda yang sangat reaktif sehingga organisasi-organisasi pergerakan lebih berorientasi bertahan agar tidak dibubarkan pemerintah Belanda.Organisasi dan gerakan yang berkembang pada periode ini adalah Parindra, GAPI, Gerindo.

Dari perkembangan nasionalisme tersebut akhirnya mampu menggalang semangat persatuan dan cita-cita kemerdekaan sebagai bangsa Indonesia yang bersatu dari berbagai suku di Indonesia.