peralatan tangan - kikir (file)

30
TAJUK: PERALATAN TANGAN KIKIR NAMA : YUSRINALDI BIN IBRAHIM NO. PENDAFTARAN : J01SMN15F006 KELAS : SMN 1 A PENSYARAH : EN. MOHD RAMADAN BIN MOHD KHALID

Upload: yusrinaldiibrahim

Post on 14-Apr-2017

791 views

Category:

Engineering


18 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)

TAJUK: PERALATAN TANGANKIKIR

NAMA : YUSRINALDI BIN IBRAHIMNO. PENDAFTARAN : J01SMN15F006KELAS : SMN 1 APENSYARAH : EN. MOHD RAMADAN BIN MOHD KHALID

Page 2: PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)

PENGENALAN KEPADA KIKIR

Kikir adalah sejenis alat tangan yang diperbuat daripada keluli bermutu tinggi.

Permukan kikir dibuat dengan cara menghentakkan pahat yang dikenakan pada blank yang telah disepuh lindap terlebihh dahulu.

Selepas gigi kikir habis dipotong, batang kikir dikeraskan pada suhu 800ºC dan kemudian dilakukan penormalan dengan larutan khas.

Kegunaan kikir ialah untuk memotong, menipiskan atau melicinkan permukaan sesuatu komponen atau benda kerja.

Proses memotong, menipiskan dan melicinkan ini dinamakan mengikir.

Page 3: PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)

PENGELASAN KIKIRKikir berbeza dari segi panjang, bentuk, jenis potongan gigi dan kasar atau halusnya gigi.

PanjangoPanjang sesuatu kikir diukur dari hujung ke bahunya.

Panjang kikir ialah antara 100mm hingga 400mm dengan kadar tambahan 50mm.

Page 4: PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)

PENGELASAN KIKIR

BentukoKikir biasa digunakan berbentuk segiempat sama,

segiempat tepat, segitiga tirus, bulat dan separa bulat.

Page 6: PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)

PENGELASAN KIKIR

(a) Gigi SelariGigi selari dipotong condong pada sudut 65º hingga 85º pada permukaan kikir. Kikir jenis ini digunakan untuk kerja-kerja penyudahan.

(b) Gigi BersilangGigi junam dipotong pada sudut 45º manakala gigi dongak dipotong pada sudut 70º

hingga 80º. Kikir jenis ini digunakan untuk kerja-kerja am. Dengan menggunakan kikir ini logam dapat dibuang dengan cepat.(c) Gigi Lengkung

Kikir jenis gigi lenkung digunakan untuk membuang bahan-bahan yang sangat lembut seperti timah dan kayu boleh dikikir dengan kikir parut. Bentuk gigi ini membolehkan bahan yang dipotong keluar dengan mudah.(d) Gigi Parut

Kikir jenis parut digunakan untuk membuang bahan-bahan yang lembut dengan cepat. Bahan gigi ini membolehkan bahan yang dipotong keluar dengan mudah.

Page 7: PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)

JENIS KIKIR

Untuk menghasilkan sesuatu kerja dengan tepat, cepat dan dengan permukaan yang licin pemilihan kikir mestilah dibuat dengan cermat. Kikir-kikir yang berikut biasanya digunakan dalam bengkel kejuruteraan.

(a) Kikir Pipih Tirus(b) Kikir Pipih Kasar(c) Kikir Belah Rotan(d) Kikir Bulat(e) Kikir Segi Empat Sama(f) Kikir Segitiga(g) Kikir Pipih Nipis(h) Kikir Bentuk Pisau

Page 8: PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)

(a) Kikir Pipih Tirus

oKikir pipih tirus digunakan dalam kerja-kerja am yang melibatkan berbagai-bagai jenis kerja yang berlainan. Gigi kikir ini dikelaskan kepada gred kasar, sederhana, halus dan sangat halus. Pada satu permukaan kikir, giginya dipotong bersilang intan dan terdapat gigi lurus pada kedua-dua belah tepi. Dua per tiga panjangnya dari pangkal berbentuk selari dan satu pertiga panjangnya ke hujung bentuk tirus.

Page 9: PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)

(b) Kikir Pipih Kasar

oKikir pipih kasar digunakan untuk kerja-kerja penyudahan rata. Salah satu daripada tepi kikir tersebut tidak ada gigi dan tepi ini disebut tepi selamat. (Tepi selamat digunakan semasa mengikir penjuru dalam). Gred kikir pipih kasar terdiri daripada gred kasar hingga sangat halus

Page 10: PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)

(c) Kikir Belah Rotan

oKikir belah rotan digunakan untuk menyudahkan bahagian-bahagian yang telah siap. Gigi pada permukaan yang rata berbentuk wajik atau gigi pada permukaan yang melengkung berbentuk silang. Gigi kikir ini digredkan kepada kasar, halus dan sangat halus.

Page 11: PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)

(d) Kikir Bulat

oKikir bulat kadangkala disebut kikir bentuk ekor tikus. Gunanya ialah untuk membesarkan lubang yang berbentuk bulat dan lubang yang melengkung. Gred kikir ini terdiri daripada kasar hingga sangat halus. Giginya berbentuk lurus dan bersilang.

Page 12: PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)

(e) Kikir Segiempat Sama

oKikir segiempat sama digunakan untuk membesarkan lubang yang berbentuk segiempat sama secara kasar. Kikir jenis ini juga boleh digunakan untuk mengikir lurah atau alur berbentuk segiempat sama dan juga berbagai-bagai bentuk sudut pada sesendal. Kikir ini digredkan kepada kasar hingga sangat halus.

Page 13: PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)

(f) Kikir Segitiga

oKikir segitiga digunakan untuk mengikir sudut-sudut dalam yang tajam. Ia juga digunakan untuk membersihkan penjuru yang bersudut. Giginya bersilang dan terdapat dalam gred kasar hingga sangat halus.

Page 14: PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)

(g) Kikir Pipih Nipis

oKikir pipih nipis digunakan untuk mengikir celah-celah yang nipis seperti untuk memotong celah pada kunci. Kikir ini tirus pada hujung tetapi tebalnya sama pada keseluruhan panjangnya. Kikir jenis ini Cuma terdapat dengan panjang yang terhad iaitu 100mm, 150mm dan 200mm. Giginya bersilang dan grednya daripada kasar hingga sangat halus.

Page 15: PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)

(h) Kikir Bentuk Pisau

oKikir bentuk pisau digunakan untuk menajamkan gigi-gigi yang terdapat pada gergaji dan alat-alat pemotong. Bentuknya sama seperti pisau dengan bersudut 15º. Grednya daripada kasar hingga sangat halus.

Page 16: PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)

GAYA MENGIKIR

Mengikir memerlukan kemahiran yang tinggi. Seorang jurugegas bukan sahaja boleh mengikir dengan tepat tetapi juga boleh memasang benda kerja dengan menggunakan alat tangan. Semasa mengikir, perkara-perkara yang berikut perlu diberi perhatianoGaya mengikir yang betul adalah penting apabila

mengikir. Semasa berdiri, kaki mestilah renggang. Kaki kiri ke hadapan dan kaki kanan terletak lebih kurang 45cm hingga 50cm ke belakang.

oTinggi benda kerja mestilah seuai supaya kerja mengikir dapat dilakukan dengan berkesan. Ketinggian yang sesuai ialah lebih kurang 100 sentimeter (1 meter)

Page 17: PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)

GAYA MENGIKIR

o Semasa mengikir, tekan kikir pada benda kerja dan gerakkan tangan dan badan. Tekanan dikenakan ke atas kikir semasa kikir itu disorongkan ke hadapan. Lepaskan jika tekanan dikenakan semasa kikir itu ditarik ke belakang. Gigi kikir dibentuk hanya untuk memotong ke hadapan sahaja dan akan menjadi tumpul jika dikenakan tekanan semasa menarik ke belakang.

o Gaya mengikir juga boleh disesuaikan mengikut kedudukan benda kerja serta jenis benda kerja.

Page 18: PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)

CARA DAN GAYA MEMEGANG KIKIR

Cara dan gaya memegang kikir bergantung pada cara mengikir yang dilakukan sama ada mengikir biasa, mengikir berat, mengikir rata dan mengikir jitu.

(a)Mengikir biasa - untuk kerja-kerja am (biasa)(b)Mengikir berat - untuk membuang logam yang

banyak daripada benda kerja(c)Mengikir rata - untuk mengikir rata

Page 20: PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)

Mengikir Melintang

oMengikir melintang dilakukan sekali-sekala untuk menentukan sama ada permukaan yang dikikir itu rata atau tidak.

Page 21: PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)

Mengikir Rata

oSemasa mengikir rata, permukaan yang dikikir hendaklah sentiasa dilitupi oleh kikir. Dengan cara ini benda kerja akan dapat dikikir dengan rata.

Page 22: PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)

Mengikir Tarik

• Semasa mengikir tarik, tekanan pada kedua-dua tangan hendaklah sama dan pastikan kedudukan kedua-dua tangan stabil. Cara ini digunakan untuk menyudahkan benda kerja supaya kelihatan licin dan cantik.Cara ini juga digunakan untuk mengikir logam yang nipis.

Page 23: PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)

Mengikir Penjuru Bulat

• Penjuru bulat boleh dikikir berpandukan dua langkah. Mula-mula kikir kasar melintang dan kemudian kikir bahagian penjuru yang bulat pula.

Page 24: PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)

Mengikir Permukaan Melengkung

• Permukaan yang melengkung boleh dikikir dengan kikir segiempat dan seterusnya disudahkan dengan kikir belah rotan.

Page 25: PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)

Menguji Keratan Permukaan

• Permukaan yang dikikir rata mestilah sentiasa diuji supaya bahagian-bahagian yang tinggal dan rendah boleh dibetulkan.Ini boleh dilakukan dengan menggunakan pembaris keluli ataupun sesiku L.

Page 26: PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)

Menguji Permukaan Bersudut Tepat

• Untuk menguji sama ada permukaan itu bersudut tepat atau tidak, boleh juga menggunakan sesiku L. Mengikir dan menguji sudut tepat bukanlah satu pekara yang mudah. Pelatih harus berhati-hati supaya tidak mengikir terlalu rendah sesuatu penjuru itu kerana ini akan menyebabkan keseluruhan permukaan terpaksa direndahkan ke paras yang sama.

Page 27: PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)

PENJAGAAN KIKIR

Kikir hendaklah dijaga dengan baik untuk menjamin hasil kerja yang memuaskan disamping membolehkan kikir tersebut tahan lama. Berikut ini digariskan beberapa panduan untuk menjaga kikir.oSebelum menggunakan kikir pastikan kikir itu

dipasang dengan hulu yang baik dan sesuai. Terdapat dua jenis hulu iaitu hulu biasa dan hulu khas. Hulu khas digunakan apabila hendak mengikir permukaan yang lebar.

Page 28: PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)

PENJAGAAN KIKIR

oKikir mestilah sentiasa dalam keadaan bersih. Kerak-kerak besi yang dibiarkan melekat pada kikir akan merosakan kikir dan juga permukaan yang sedang dikikir. Kikir boleh dibersihkan dengan menggunakan. Kerak-kerak besi yang dibiarkan melekat pada kikir akan merosakan kikir dan juga permukaan yang sedang dikikir. Kikir boleh dibersihkan dengan menggunaka berus kikir ataupun kertas kikir.

Page 29: PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)

PENJAGAAN KIKIR

oSelepas digunakan, kikir hendaklah disimpan dengan cermat supaya tidak mudah rosak. Letakan kikir pad rak dan tiap-tiap satu hendaklah disusun berasingan.

o Jangan gunakan kikir selain untuk tujuan mengikir.oGunakan kikir yang sesuai dengan sesuatu bahan

yang tertentu.kikir yang lebih halus digunakan untuk bahan yang lebih keras.

oElakan kikir daripada terkena air atau minyak. Jika terkena air ia akan mudah berkarat dan jika terkena minyak ia mudah tergelincir semasa mengikir.

Page 30: PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)

SEKIAN,TERIMA KASIH