gerimit tangan

27
BAB 3 GERIMIT TANGAN 3.0 PENGENALAN Gerimit tangan atau juga dikenali dengan nama Hand Augering. Kaedah ini merupakan kaedah konvesional yang digunakan pada zaman dahulu. Gerimit tangan terbahagi kepada empat jenis :- 1. Gerimit lubang tiang 2. Gerimit heliks kecil 3. Gerimit dutch 4. Gerimit heliks Gerimit ini ringan dan mudah dibawah ke tapak pembinaan untuk melakukan kajian terhadap tanah di kawasan tersebut. Ketinggian alat tidak melebihi paras dada pengkaji. Kedalaman yang boleh dibuat dengan menggunakan alat ENGINEERING SITE INVESTIFATION | KUMP.1 DKA 5A | JAN 2008 24

Upload: muaswadirwan

Post on 06-Jun-2015

4.977 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

prjk si

TRANSCRIPT

BAB 3

GERIMIT TANGAN

3.0 PENGENALAN

Gerimit tangan atau juga dikenali dengan nama “ Hand Augering. Kaedah ini

merupakan kaedah konvesional yang digunakan pada zaman dahulu. Gerimit tangan

terbahagi kepada empat jenis :-

1. Gerimit lubang tiang

2. Gerimit heliks kecil

3. Gerimit dutch

4. Gerimit heliks

Gerimit ini ringan dan mudah dibawah ke tapak pembinaan untuk melakukan

kajian terhadap tanah di kawasan tersebut. Ketinggian alat tidak melebihi paras dada

pengkaji. Kedalaman yang boleh dibuat dengan menggunakan alat gerakan gerimit ialah

sekurang daripada 6.0 meter. Gerimit diputar dan ditekan ke dalam tanah dengan

menggunakan gagang –T di bahagian atas rod.

ENGINEERING SITE INVESTIFATION | KUMP.1 DKA 5A | JAN 2008 24

Terdapat dua jenis gerimit tangan iaitu gerimit Iwan (rajah 2.1) dan gerimit heliks

(rajah 2.2). Gerimit Iwan mempunyai diameter 200 mm dan manakala gerimit heliks

mempunyai diameter lebih kurang 50 mm.

Gerimit tangan biasanya digunakan sekiranya tebing lubang tidak memerlukan

sokongan dan juga tidak terdapat butiran tanah bersaiz lebih besar daripada kerikil.

Gerimit mesti selalu ditarik keluar untuk mengeluarkan tanah. Sampel tak terganggu

boleh diperolehi dengan memacu tiub berdiameter kecil di bawah dasar lubang jara.

GAMBAR FOT0 3.1 : GERIMIT TANGAN

3.1 TUJUAN

ENGINEERING SITE INVESTIFATION | KUMP.1 DKA 5A | JAN 2008 25

Kaedah ini bertujuan untuk mengambil sempal tanah dan di bawa ke makmal

bagi menjalankan sesuatu pemeriksaan ke atas tanah yang telah diambil bagi

memastikan kawasan tanah tersebut sesuai untuk pembinaan.

Selain itu, ia bertujuan mengkaji kandungan air yang terdapat di dalam lapisan

tanah.Mengenal pasti sesuatu kawasan itu layak menagung beban sesuatu pembinaan

dan ia juga memenuhi piawaian sesuatu projek ( standard) pembinaan pada peringkat

awal.

3.2 HURIAN TENTANG GERIMIT TANGAN.

Gerekan gerimit digunakan untuk mengetahui tentang tanah yang terdapat di

dalam bumi.

Ia juga boleh mencatat paras air tanah di kawasan tapak pembinaan tersebut.

Cara ini digunakan di tanah-tanah yang kering kontang, sederhana dan basah

serta senang ditembusi.

Bagi tanah kering dan keras, air diperlukan untuk memudahkan pengorekan.

Gerekan gerimit ditekan dan dimasukan ke dalam tanah sehingga sampai

kesuatu tahap kedalam yang tertentu.

Alat ini tidak boleh digunakan pada tanah yang berpasir.

Tanah jenis rendah keleketannya dan ini akan menyebabkan tanah itu tidak

melekat pada alat tersebut apabila Ia ditarik kelaur.

3.3 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GERIMIT TANGAN

ENGINEERING SITE INVESTIFATION | KUMP.1 DKA 5A | JAN 2008 26

3.3.1 Kebaikan

Mudah untuk dibawa kekawasan tanah yang hendak diuji.

Tiddak memerlukan kos yang tinggi

Tidak memerlukan tengan buruh yang ramai

Alat ini mudah disimpan kerana tidak memerlukan ruang yang besar.

Ia juga boleh ditukar kepada beberapa mata gerimit.

3.3.2 keburukan

Alat ini mudah berkarat sekiranya cara penyimpanan tidak sempurna.

Menggunakan tenaga mahir.

Tidak sehebat jentera-jentera moden

Tidak bersesuian pada masa kini

Hanya sesuai pada jenis tanah yang tertentu sahaja.

Ia mengambil masa yang agak lama.

3.4 Jenis-Jenis Sampel Tanah dan Kaedah-Kaedah Pensampelan

Terdapat dua (2) sampel tanah yang boleh diperolehi dari tapak binaan iaitu

sampel terganggu dan sampel tak terganggu. Sampel tanah boleh diperolehi dari

ENGINEERING SITE INVESTIFATION | KUMP.1 DKA 5A | JAN 2008 27

beberapa kaedah pensampelan. Kaedah pensampelan tersebut adalah pensampel tiub

terbuka, sudu pisah piawai, tiub dinding nipis, dan pensampel piston.

3.4.1 Sampel Terganggu

Tanah terganggu merupakan tanah yang diambil tanpa mengira

keadaan sebenar tanah itu di tapak binaan. Biasanya tanah ini digunakan untuk

tujuan pengkelasan dan ketumpatan tanah. Ianya disimpan di dalam bekas

yang kedap udara untuk mengelakkan dari berlakunya pemeluwapan dan

perubahan warna.

3.4.2 Sampel Tak Terganggu

Sampel tak terganggu merupakan sampel tanah yang diambil dengan

keadaan gangguan yang paling minimum bagi mengekalkan keadaan sebenar

tapak tersebut. Ia perlu simpan dalam bekas kedap udara dan penjagaan yang

lebih rapi. Biasanya sampel tanah ini digunakan untuk ujian ricih, ujian

ketelapan dan ujian pengukuhan.

3.5 Kaedah-Kaedah Pensampelan

3.5.1 Pensampel Tiub Terbuka

Ianya terdiri daripada sebatang tiub keluli yang mempunyai bebenang

skru di kedua hujungnya seperti rajah 2.6. Di satu hujung tiub dipasangkan

ENGINEERING SITE INVESTIFATION | KUMP.1 DKA 5A | JAN 2008 28

kekasut pemotong sementara di satu hujung lagi dipasangkan kepala

pensampel yang bersambung kepada rod penjara. Injap sehala di kepala

pensampel digunakan untuk membenarkan udara dan air keluar apabila tanah

memenuhi tiub dan menolong menahan sampel apabila tiub ditarik keluar.

Pensampel boleh dipacu secara dinamik (menggunakan beban jatuh), atau

secara statik (menggunakan bicu hiraulik atau mekanik yang dipasangkan pada

rig penjaraan).

Gambar Rajah 3.1 :- Pensampel Tiub Terbuka

3.5.2 Sudu Pisah Piawai

Sudu pisah piawai terdiri daripada satu alat pasak kekasut keluli di

bahagian bawah, tiub keluli di bahagian tengah dan alat pendua di bahagian

atas. Tiub keluli mempunyai diameter dalam dan luaran masing-masing ialah

34.93 mm dan 50.8 mm seperti rajah 2.7.

ENGINEERING SITE INVESTIFATION | KUMP.1 DKA 5A | JAN 2008 29

Apabila penjaraan dibuat pada kedalaman yang dikehendaki, alat

pengorek atau gerudi dikeluarkan, pensampel Sudu Pisah disambungkan pada

rod penggerudi dan kemudian diturunkan semula sehingga ke paras penjaraan.

Pensampel dipasak masuk ke dalam tanah oleh hentaman tukul yang dibuat

pada sebelah atas rod penggerudi.

Gambar Rajah 3.2 : - Sudu Pisah Piawai

Berat tukul adalah 64.4 kg, dan ketinggian kejatuhan tukul tersebut adalah

0.762 m. Bilangan hentaman dicatat pada 3 sela dengan setiap sela pada

kedalaman 152.4mm. Selepas pasakan dibuat dengan lengkap, pensampel

dikeluarkan dari lubang penjaraan dan kemudian kekasut keluli dan alat pendua

ditanggalkan.

Sampel tanah di dalam tiub pisah dikeluarkan dan di bawa ke makmal untuk

dianalisis.

ENGINEERING SITE INVESTIFATION | KUMP.1 DKA 5A | JAN 2008 30

3.5.3 Pensampel Berdinding Nipis

Digunakan untuk tanah yang peka kepada gangguan, misalnya tanah

liat lembut dan kelodak plastik. Pensampel tidak mempunyai kekasut pemotong

yang berasingan, sebaliknya hujung bawah tiub itu sendiri merupakan pinggir

pemotong seperti rajah 2.8. Tiub biasanya boleh dipacu dengan tangan.

ENGINEERING SITE INVESTIFATION | KUMP.1 DKA 5A | JAN 2008 31

Gambar Rajah 3.3 :- Pensampel Berdinding Nipis

3.5.4 Pensampel Tong Pisah

Terdiri daripada satu tiub yang dipisahkan secara membujur kepada

dua bahagian, iaitu kekasut dan kepala pensampel yang mempunyai liang

pelepas udara di bahagian hujungnya seperti rajah 2.9. Kedua-dua bahagian

tiub boleh dipisahkan apabila kekasut dan kepala ditanggal untuk

mengeluarkan sampel.

ENGINEERING SITE INVESTIFATION | KUMP.1 DKA 5A | JAN 2008 32

Gambar Rajah 3.4 :- Pensampel Tong Pisah

3.5.5 Pensampel Piston

Pensampel ini terdiri daripada satu tiub berdinding nipis dengan piston

yang dihubungkan ke rod. Rod ini berada di dalam rod penjara geronggang

yang melintasi kepala pensampel seperti rajah 2.10. Semasa pensampel

diturunkan ke dalam lubang jara, piston yang terletak di hujung bawah tiub akan

terkunci dengan tiub oleh satu alat pengunci di hujung atas rod. Piston akan

menghalang air atau tanah yang longgar daripada memasuki tiub. Sampel

diperolehi dengan menolak masuk pensampel ke bawah dasar lubang jara,

melepasi sebarang tanah terganggu. Piston akan menahan tanah dan tiub

ditolak melepasi piston ( sehingga kepala pensampel mencapai atas piston ).

Pensampel kemudiannya ditarik keluar sementara alat pengunci di dalam

kepala sampel akan menahan piston di sebelah atas tiub. Ruang vakum di

antara piston dengan sampel menolong menyekat tanah didalam vakum.

Kaedah ini sesuai juga digunakan untuk tanah liat lembut, kelodak dan pasir

berkelodak.

ENGINEERING SITE INVESTIFATION | KUMP.1 DKA 5A | JAN 2008 33

.

Gambar Rajah 3.5 :- Pensampel Piston

3.6 UJIKAJI : -PENYELIDIKAN TAPAK / MENGAMBIL CONTOH TANAH

3.6.1 TUJUAN

Memperkenalkan teknik mengambil contoh tanah terusik dan tidak

terusik.

Menentukakn sifat-sifat fizikal tanah melalui hubungan fasa

Menentukan atau membuat tafsiran secara ‘visual’ jenis tanah yang

didapati

3.6.2 PERALATAN

Alat pengorek (gerimit 6”, rod penyambung , spanner)

Alat pencontohan (tiub contoh 1.5” garis pusat, penyambung pemutar

skru)

Alat pengeluar

Pisau atau gergaji kwat dan pembarisENGINEERING SITE INVESTIFATION | KUMP.1 DKA 5A | JAN 2008 34

Beg contoh

Cangkul ( untuk membersihkan permukaan tempat pengorekan

sahaja)

Gambar Rajah 3.2a :- Gerimit 6”, rod penyambung , spanner

ENGINEERING SITE INVESTIFATION | KUMP.1 DKA 5A | JAN 2008 35

Gambar Rajah 3.2b :- tiub contoh 1.5” garis pusat

3.6.3 ATURCARA

A. Aturcara kerja di tapak

( Kawasan yang dipilih hendaklah ditentukan oleh pensyarah yang bertugas,

jika di luar Politeknik sila dapatkan kebenaran tempat dan penggunaan

kenderaan seminggu sebelum ujikaji dijalankan)

1. Tanah dikorek dengan gerimit sedalam 1m

2. Tiub contoh disambung pada alat pencontohan

3. Alat pencontohan diturunkan sampai ke bawah lubang dan

kemudian tekankan ke dalam tanah.

4. Selepas tiga contoh tanah tidak terusik dari lubang itu didapati,

dapatkan lebih kurang 5 kg tanah sebagai contoh terusik.

Simpan contoh tanah terusik dalam beg dan bawa balik ke

makmal.

ENGINEERING SITE INVESTIFATION | KUMP.1 DKA 5A | JAN 2008 36

Gambar foto 3.3 :- Kerja Gerimit Tanah Sedang Di lakukan

B. Aturcarakerja di makmal

1. Acuan berbelah digriskan dan dipasang acuan berbelah pada

pengeluar. Contoh tak terusik dikeluarkan dari tiub contoh ke dalam

acuan berbelah dan potong kedua-dua hujung tak terusik dekat

acuan dengan gergaji kawat.

2. Garis pusat dan panjang contoh diukur tepat pada 0.5mm. Jisim

contoh ditimbang dengan tepat dan cari ketumpatan gembur ( pb )

ENGINEERING SITE INVESTIFATION | KUMP.1 DKA 5A | JAN 2008 37

Gambar Foto 3.4 :- Sampel Tak Terusik Sedang di Potong

Gambar Foto 3.5. :-. Sampel Terusik Sendang di keluarkan

3. Cara kerja untuk mendapatkan kandungan

a. Satu tin kandungan lembapan yang bersih dan kering

ditimbang dengan tepat.Lebih kurang 30 gram tanah dari

contoh diambil dan diletakkan dalam tin.

ENGINEERING SITE INVESTIFATION | KUMP.1 DKA 5A | JAN 2008 38

b. Tanah basah dan tin ditimbang dan keringkan dalam oven

selama 24 jam. Selepas 24 jam, tin beserta kandungannya

ditimbang sekali lagi.

c. Sila ambil tiga contoh bagi ujian kelembapan ini.

3.6.4

ENGINEERING SITE INVESTIFATION | KUMP.1 DKA 5A | JAN 2008 39

ENGINEERING SITE INVESTIFATION | KUMP.1 DKA 5A | JAN 2008 40

3.6.5 CONTOH PENGIRAAN

A. Penentuan Ketumpatan Gembur.

LUBANG 1

Isipadu, V ( m3 ) ¿ π r2t

¿ π (0.185)2 0.86

¿0.092 m3

Ketumpatan Gembur, ρb = MV

= 0.1970.092

= 2.13 Kg / m3

B. Penentuan Kandungan Lembapan.

LUBANG 1

Kandungan Lembapan = BERAT CECAIR

BERAT TANAH KERING

= 1.316.39

= 0.21 @ 21 %

C. Ketumpatan Gembur

ENGINEERING SITE INVESTIFATION | KUMP.1 DKA 5A | JAN 2008 41

P.K.G = LUBANG1+LUBANG2+LUBANG33

P.K.G = 2.13+2.08+2.213 = 2.14 kg / m3

D. Purata Peratus Ketumpatan Lembapan

P.K.G = LUBANG1+LUBANG2+LUBANG33

P.K.G = 21+24+203 = 21.67%

3.7 KESIMPULAN

ENGINEERING SITE INVESTIFATION | KUMP.1 DKA 5A | JAN 2008 42

Ujikaji gerimit tangan bertujuan memperkenalkan teknik mengambil

tanah contoh terusik dan tak terusik serta menentukan sifat – sifat fizikal tanah

melalui hubungan fasa. Penentuan atau tafsiran akan dibuat secara visual

mengenai jenis tanah yang diambil.

Tanah terusik yang diambil tanpa mengira keadaan sebenar tanah itu di

tapak digunakan untuk tujuan pengelasan dan ketumpatan tanah di mana

ianya disimpan di dalam bekas yang kedap udara untuk mengelakkan

berlakunya pemeluwapan dan perubahan warna.

Berdasarkan ujikaji yang telah kumpulan kami jalankan, didapati tanah

yang diperolehi adalah jenis tanah liat berpasir dan berjelekit di mana purata

kelembapan adalah di antara 20% hingga 27% iaitu perihalan adalah lembut

agak kukuh dan senang diacu dangan jari. Sampel yang diambil daripada

tapak adalah sampel tanah yang terganggu dan tidak terganggu.

Sampel terganggu diambil bertujuan untuk pengelasan dan ketumpatan

tanah, di mana purata ketumpatan gembur bagi kawasan tapak yang dikaji

adalah 20.97 kN/m3. Sampel tidak terganggu pula merupakan sampel tanah

yang diambil dengan keadaan gangguan paling minium yang digunakan untuk

ujian ricih, ketelapan dan pengukuhan dimana putara kandungan lembapan

adalah 21.67 %.

Hasil ujikaji Gerimit Tangan ini didapati tanah yang diperolehi adalah

jenis tanah liat berpasir dimana ianya adalah jenis tanah berbutiran halus

kumpulan sekunder. Tanah ini berwarna Coklat Kekuningan dan sifat

keplastikan tinggi. Maka kami mencadangkan struktur yang ingin di bina

diatasnya hendaklah menggunakan asas yang sesuai iaitu asas pad..

ENGINEERING SITE INVESTIFATION | KUMP.1 DKA 5A | JAN 2008 43

ENGINEERING SITE INVESTIFATION | KUMP.1 DKA 5A | JAN 2008 44