peperiksaan perdagangan pertengahan 2010 k1 t5

Upload: mohd-hailisam

Post on 10-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Peperiksaan Perdagangan Pertengahan 2010 K1 T5

    1/10

    1

    SULITPERDAGANGAN

    MEI

    2010

    1 JAM

    PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010

    SEK. MEN. AGAMA DAERAH BATANG PADANG

    TINGKATAN 5

    PERDAGANGAN KERTAS 1

    Satu jam lima belas minit

    JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA

    DIBERITAHU

    1. Kertas ini mengandungi 40 soalan objektif

    2. Jawab SEMUA soalan

    ________________________________________________________________

    Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak

    Lihat sebelah

    SULIT

  • 8/8/2019 Peperiksaan Perdagangan Pertengahan 2010 K1 T5

    2/10

    2

    ARAHAN : Setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaiti A, B, C dan D. Pilih satu

    jawapan sahaja yang paling tepat. Jawab semua soalan.

    1 . Jadual 1 menunjukkan penyata pendapatan dan perbelanjaan Encik Roslee.

    Berapakah jumlah perbelanjaan Encik Roslee untuk memenuhi keperluannya?

    A RM210B RM420

    C RM1 380

    D RM1 800

    2. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang keperluan manusia?

    A Keperluan manusia terlalu banyak dan tidak terbatas masa kini

    B Keperluan manusia perlu dipenuhi supaya hidup lebih selesa dan seronokC Keperluan fisiologi lebih utama daripada keperluan keselamatan, sosial dan

    rohani

    D Keperluan asas manusia berubah berdasarkan pendapatan, umur, dan cita rasaseseorang

    3. Rajah menunjukkan Hierarki Keperluan Maslow.

    X merupakan

    A keperluan asas

    B keperluan penghargaan

    C keperluan kasih sayang

    D keperluan keselamatan

  • 8/8/2019 Peperiksaan Perdagangan Pertengahan 2010 K1 T5

    3/10

    3

    4. Perdagangan merupakan

    A satu cabang daripada seluruh proses pengeluaran

    B semua kegiatan membeli dan menjual barang dan perkhidmatan

    C perkhidmatan untuk memudah dan menggerakkan aktiviti perniagaan

    D pengagihan bahan mentah dari sektor utama kepada pengeluar5. Dua cabang utama perdagangan ialah

    I pengkhususanII perniagaan

    III perkhidmatan langsungIV bantuan perniagaan

    A I dan II

    B I dan IIIC II dan IV

    D III dan IV

    6. Antara berikut, yang manakah benar berkenaan perniagaan?

    A Merupakan proses menghasilkan barang-barang dan perkhidmatan.

    B Merupakan proses mencipta nilai faedah ke atas barang-barang dari segi tempat

    dan masa.

    C Berjual beli untuk mendapat keuntungan.

    D Bertujuan mendapatkan wang untuk memenuhi keperluan manusia.

    7. Tujuan perniagaan adalah untuk

    A memenuhi keperluan dan kehendak

    B mendapat keuntungan

    C mendapat nilai faedah

    D mendapat dividen

    8. Rajah berikut merupakan satu jenis saluran agihan yangmelibatkan hanya satu kumpulanperantaraan

    Apakah X, Y, dan Z?

    A Pengeluar Ejen Pengguna

    B Pengeluar Pemborong PenggunaC Ejen Peruncit Pengguna

    D Pengeluar Peruncit Pengguna

    9. Saluran agihan yang paling sesuai untuk memasarkan mesin, jentera dan kenderaan ialah

    A pengeluar ---> pengguna

    B pengeluar ---> ejen ---> peruncit ---> penggunaC pengeluar ---> peruncit ---> pengguna

    D pengeluar ---> pemborong ---> pengguna

  • 8/8/2019 Peperiksaan Perdagangan Pertengahan 2010 K1 T5

    4/10

    4

    10. Jober para ialah

    A pemborong yang membekalkan barang-. barang kepada peruncit denganmengawasi pergerakan stok barang.

    B pasar borong di mana peruncit dapat membeli barang secara pukal denganharga yang rendah.

    C peniaga yang membeli pelbagaijenis barang daripada pelbagai pengeluar dan

    menjualnya kepada peruncit.D peniaga yang menyediakan kemudahan penyimpanan, pengangkutan dan

    memberi kredit kepada pelanggan.

    11. Berikut adalah sebab pemborong memerlukan gudang. Yang manakah tidak

    memanfaatkan pengguna?

    A Menyimpan keluaran bermusim

    B Melakukan kerja akhir

    C Menyimpan stok untuktujuan spekulasi

    D Membeli secara pukal

    12. Pilih pernyataan yang benartentang broker.

    I Broker membantu menemukan penjual dan pembeliII Brokertidak mempunyai hak milikterhadap barang daganganIII Broker mewakili pihak penjual

    IV Broker memberi bantuan kewangan kepada penjual

    A I dan IIB I dan IV

    C II dan IIID II dan IV

    13. Semua pernyataan berikut adalah benar kecuali

    A melalui bayaran tertunda, pembeli mempunyai hak milik ke atas barang setelah

    membuat bayaran pendahuluan

    B penjual boleh menarik balik barang yang dijual secara bayaran tertundajika

    pembeli gagal menjelaskan bayaran

    C melalui bayaran sewa beli, hak milik ke atas barang hanya berpindah kepada

    pembeli setelah menjelaskan semua bayaran

    D penjual boleh mendakwa pembelijika pembeli gagal menjelaskan semua

    bayaran bagi barang yang dibeli secara bayaran tertunda

    14. Pemborong membeli barang-barang secara pukal daripada pengilang kerana

    A dapat menjimatkan kos pengendalian gudangB dapat menikmati kemudahan kredit yang disediakan oleh pengilang

    C dapat memperoleh diskaun niaga yang tinggiD dapat membekalkan barang secara pukal kepada peruncit

    15. Pemborong berfungsi sebagai pemodal kepada pengeluar dengan cara

    A menyediakan kemudahan pergudangan

    B membeli secara pukal

    C membeli secara tunai

    D memberi kredit kepada pengeluar

  • 8/8/2019 Peperiksaan Perdagangan Pertengahan 2010 K1 T5

    5/10

    5

    16. Sistem perbankan Islam (SPI) mengamalkan konsep berikut kecuali

    A perkongsian untung dan rugi.B persyarikatan.

    C pembahagian faedah secara tetap.D simpanan denganjaminan.

    17. Antara berikut pernyataan yang manakah benartentang Bank Saudagar?I Bank Saudagar menyediakan perkhidmatan kepada saudagar, syarikat, dan

    orang ramai

    II Bank Saudagar membantu pelaburindi idu, syarikat, dan kerajaan

    menguruskan pelaburan

    III Bank Saudagar membantu syarikat melakukan pengambilalihan dan

    percantuman syarikat-syarikat

    IV Bank Saudagar membantu syarikat berhad menerbitkan syer dan

    menyenaraikannya di pasaran saham

    A I dan II

    B II dan III

    C III dan IVD I dan IV

    18. Antara langkah-langkah Bank Negara untuk mengawal kestabilan ekonomi adalah dengancara

    I menambah atau mengurangkan nisbah rizab berkanun.II mengurus kadar faedah oleh bank.

    III menyediakan Biro Kredit.IV menggalakkan orang ramai menyimpan wang.

    A I, II dan III

    B I, II dan IV

    C I, III dan IV

    D I, II, III dan IV

    19. Semua pernyataan yang berikut adalah benartentang Biro Kredit kecuali

    A ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia.

    B menjelaskan cek-cek antara bank perdagangan.

    C mengawasi pengeluaran cektaklaku.

    D menentukan peraturan dan denda ke atas pemegang akaun semasa yang

    mengeluarkan cektaklaku.

    20. Antara berikut, pernyataan yang manakah benartentang SPI?

    I Konsep perkongsian untung rugi diamalkanII Unsur riba dan maisirtidak dibenarkan

    III Simpanan diterima daripada orang ramai berdasarkan prinsip Mudharabah

    IV Simpanan daripada syarikat swasta dan kerajaan diterima untuktujuan

    pelaburan

    A I, II dan III

    B I, III dan IV

    C I, II dan IV

    D II, III dan IV

  • 8/8/2019 Peperiksaan Perdagangan Pertengahan 2010 K1 T5

    6/10

    6

    21.Puan Sarah seorang ibu tunggal yang berusia 30 tahun mempunyai 4 orang anak. Beliau

    membiayai perbelanjaan keluarga dengan menjual nasilemak setiap hari. Beliau bercadangmembeli polisiinsurans bagi keperluan di haritua.

    Antara berikut polisi yang manakah pali ai untuk Puan Sarah?

    A Polisi hayat sementaraB Polisi hayat seumur hidupC Polisi bayaran terhad

    D Polisi endowmen

    22. Peranan insurans dalam ekonomi sesebuah negara termasuk semua yang berikut ali

    A membantu mengembangkan akti iti perniagaan.

    B memudah dan melicinkan akti iti perdagangan.

    C melindungi perniagaan daripada keadaan ekonomi yang melambung dan

    meleset.

    D melindungi peniaga daripada kehilangan dan kerosakan harta benda.

    23.Antara berikut, risiko yang manakah boleh diperhitungkan?I Kecurian

    II Gempa bumiIII Rompakan

    IV Pencemaran

    A I dan IIB I dan III

    C II dan IVD III dan IV

    24.Antara berikut, yang manakah menerangkan prinsip indemniti?

    A Insured akan dipulihkan kepada kedudukan kewangan asal selepas

    sesuatu kerugian

    B Insured dikehendaki memberi semua maklumat yang benar kepada pihak

    kedua

    C Insured akan mengalami kerugian sekiranya berlaku risiko yang diinsuranskan

    D Ganti rugi hanya akan dibayar kepada insuredjika kerugian berpunca

    daripada risiko yang diinsuranskan

    25. Berikut adalah peranan pengangkutan dalam membantu perdagangan kecuali

    A mengelakkan pembaziran barang-barang.

    B membantu pengeluar memperkenalkan keluarannya kepada pengguna.

    C memperluaskan pasaran sesuatu barang.

    D menggalakkan pengeluaran secara besar-besaran.

  • 8/8/2019 Peperiksaan Perdagangan Pertengahan 2010 K1 T5

    7/10

    7

    26. Pengangkutan dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara melalui

    A pembukaan kawasan perusahaan baru.

    B pengeluaran secara besar-besaranC pemasaran barang ke luar negara.

    D mengurangkan pengangguran.

    27. Antara berikut, faktor yang manakah perlu dipertimbangkan oleh peniaga apabila memilihjenis pengangkutan? [2004]

    I Nilai barang

    II Jenis barang

    III Harga pasaran barang

    IV Kos pengeluaran barang

    A I dan II

    B I dan III

    C II dan IV

    D III dan IV

    28. Berikut adalah tugas-tugas Lembaga Pelabuhan kecuali

    A mengutip cukai bagi pihak kastam.B mengawallalu lintas di pelabuhan.

    C menyediakan bantuan pelayaran.D menyediakan tempat untuk membaiki kapal.

    29. Antara berikut, keterangan tentang perkhidmatan mel yang manakah

    tidak benar?

    30. Arahan daripada ibu pejabat Tabung Haji dapat disampaikan kepada cawangan-cawangan di seluruh negara.

    Berdasarkan maklumat di atas,apakah peranan komunikasi?

    A Memudahkan kawalan dan pengurusan perniagaan

    B Mempertingkatkan sistem urusan bank

    C Mempercepatkan urusan perniagaanD Dapat menyebarkan maklumat

  • 8/8/2019 Peperiksaan Perdagangan Pertengahan 2010 K1 T5

    8/10

    8

    31. Antara alat pembayaran yang disediakan oleh Pos Malaysia ialah

    I wang pos.

    II cek kembara.III kiriman wang

    IV kiriman wang telegraf

    A I,II dan IIIB I,II dan IV

    C I,III dan IV

    D II,III dan IV

    32. Antara berikut, pasangan manakah tidak benartentang perbezaan antara kiriman wang

    dan wang pos?

    33. Ciri-ciri X di atas ialah

    I ruang yang luas.

    II pengurusan yang cekap.

    III kesesuaian gudang dengan barang.

    IV insurans.

    A. I, II dan III

    B. I, II dan IVC. I, III dan IV

    D. II, III dan IV

    34. Bagaimanakah pergudangan dapat menstabilkan harga sesuatu barangan?A. Dengan cara memudahkan kerja-kerja akhir dilakukan

    B. Melalui proses penyimpanan dan pengedaran pada masamasa yang sesuai

    C. Dengan menjamin keselamatan barang

    D. Dengan mengelakkan kerosakan dan pembaziran

  • 8/8/2019 Peperiksaan Perdagangan Pertengahan 2010 K1 T5

    9/10

    9

    35. Ciri-ciri gudang yang baikialahI sesuai dengan barang yang disimpan.

    II terletak ditempat yang dapat menjimatkan kos dan mempercepatkan prosespemindahan barang-barang.

    III peralatan yang terhad supaya kos pergudangan dapat dijimatkan.

    IV mengamalkan pengkhususan dalam pengurusan.

    A. I, II dan III

    B. I, II dan IV

    C. I, III dan IV

    D. II, III dan IV

    36. Terletak di kawasan pelabuhan

    Menyi pan barang-barang bercukai yang cukainya belum di elaskan

    Maklumat di atas merujuk

    A gudang berbonB gudang awamC gudang pemborong

    D gudang penstoran sejuk.

    37. Antara berikut, yang manakah TIDAKB NARtentang peranan promosi?A Promosi mengelakkan wujudnya keadaan lebihan atau kurangan permintaan di

    pasaranB Promosi memujuk dan mempengaruhi pengguna membeli barang dan

    perkhidmatanC Promosi membantu peniaga mewujudkan permintaan terhadap keluaran baru

    D Promosi mengekalkan permintaan pelanggan yang sedia ada

    38. Mengapakah seorang pengeluaritu perlu menonjolkan kelebihan barangan keluarannya

    kepada orang ramai? [2001]

    I Menambah keuntungannya

    II Melahirkan kesetiaan terhadap barangan keluarannya

    III Menyaingi pesaingnya

    IV Memberi maklumattentang harga dan kualiti sesuatu

    A I, II dan III

    B I, II dan IVC I, III dan IV

    D II, III dan IV

  • 8/8/2019 Peperiksaan Perdagangan Pertengahan 2010 K1 T5

    10/10

    10

    Disediakan oleh Disahkan oleh

    ................................................. .......................................

    (MOHD HAILISAM B SAMIHONO) (PN ZAINUN BT DAUD)

    Guru Mata Pelajaran Guru Kanan Teknik dan Vokasional

    Perdagangan SMA Daerah Batang Padang

    39.

    Jenis promosi yang dimaksudkan dalam pernyataan di atas ialahA pengiklanan.

    B publisiti.C jualan terus.

    D promosi jualan.

    40. Encik Raiffaris telah menubuhkan Pusat Tusyen ABM di Port Dickson. Beliau telah

    mengedarkan risalah untuk memberitahu orang ramai di sekitar Port Dickson mengenai

    pusat tuisyen tersebut.

    Mengapakah beliau memilih media tersebut?

    I Kos menyediakan risalah adalah mudahII Dapat diedarkan dengan mudah

    III Dapat menyampaikan maklumat kepada pengguna sasaranIV Sebaran maklumat yang meluas

    A I, II dan III

    B I, II dan IVC I, III dan IV

    D II, III dan IV

    - KERTAS SOALAN TAMAT -