penyusunan semula penduduk impaknya terhadap kadar kemiskinan di madinah dan malaysia

17
PENYUSUNAN SEMULA PENDUDUK : IMPAKNYA TERHADAP PEMBASMIAN KEMISKINAN DI MALAYSIA DAN MADINAH Radieah Mohd Nor Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS) Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang, Malaysia [email protected]

TRANSCRIPT

Page 1: Penyusunan semula penduduk   impaknya terhadap kadar kemiskinan di madinah dan malaysia

PENYUSUNAN SEMULA PENDUDUK : IMPAKNYA

TERHADAP PEMBASMIAN KEMISKINAN DI MALAYSIA

DAN MADINAHRadieah Mohd Nor

Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS)Aras 5, Perpustakaan Hamzah Sendut

Universiti Sains Malaysia11800 Pulau Pinang, Malaysia

[email protected]

Page 2: Penyusunan semula penduduk   impaknya terhadap kadar kemiskinan di madinah dan malaysia

PENYUSUNAN PENDUDUK: MADINAH

PERSA

UD

AR

AA

N

SESAM

A MU

SLIM

 

Masyarakat Islam yang berhijrah dari

Mekah ke Madinah / Muhajirin

Masyarakat Islam di Madinah / Ansar

Aus

Khazraj

Yahudi- Bani Qainuqa- Bani Nadhir

- Bani Quraizah- Lain-lain

MENDIRIKAN MASJID NABAWI

&PIAGAM

MADINAH

 

Page 3: Penyusunan semula penduduk   impaknya terhadap kadar kemiskinan di madinah dan malaysia

Berdasarkan laporan yang telah dikemukakan oleh MAGERAN (1969) terdapat banyak faktor yang telah membuatkan peristiwa 13 Mei 1969 berlaku. Faktor-faktornya ialah;

1. Keadaan Malaysia sebelum Perang Dunia Kedua 2. Keganasan Malayan Peoples' Anti-Japanese Army

(MPAJA) 3. Perasaan bimbang dan curiga dalam kalangan kaum 4. Politik perkauman 5. Kongsi gelap dan politik 6. Perarakan ‘kemenangan’

PENYUSUNAN SEMULA PENDUDUK : MALAYSIA

Page 4: Penyusunan semula penduduk   impaknya terhadap kadar kemiskinan di madinah dan malaysia

Dasar ekonomi British menggalakkan kemasukkan orang bukan Melayu secara beramai-ramai.

Penduduk Melayu dan migran ditadbir berasingan oleh British dengan mengamalkan dasar pecah dan perintah (Divide and Rule) terhadap Malaysia sebelum kemerdekaannya juga telah mengeruhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Kesedaran politik dalam kalangan penduduk migran terutama migran daripada China lebih baik berbanding penduduk bumiputera terutama kaum Melayu yang lebih suka berada dalam keadaan tradisi dan lebih mengutamakan adat resam mereka.

Walaupun, orang-orang Cina di Tanah Melayu mempunyai kesedaran politik, malangnya kesedaran politik mereka lebih memberi sumbangan kepada China semasa Revolusi 1911. Kesedaran yang memuncak ini membuatkan Pertubuhan Kuomintang di China menubuhkan cawangan mereka di Tanah Melayu pada tahun 1912.

Pada tahun 1923, Pertubuhan Kuomintang mula dipengaruhi oleh fahaman komunis dan semakin pesat gerakan tersebut pada tahun 1926.

Masyarakat Malaya Sebelum Perang Dunia Kedua.

Page 5: Penyusunan semula penduduk   impaknya terhadap kadar kemiskinan di madinah dan malaysia

MPAJA merupakan sebuah pertubuhan yang pernah menerima latihan ketenteraan daripada British.

Mereka juga merupakan pasukan gerila yang juga merupakan pertubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) yang dikenali sebagai Bintang Tiga pernah memerintah Malaya selama 14 hari pada tahun 1945.

Kebanyakan anggotanya adalah terdiri daripada kaum Cina kerana mereka mempunyai perasaan benci terhadap Jepun yang telah menakluk negara China pada ketika itu.

Kebencian MPAJA kepada Jepun kerana semasa penaklukan China oleh tentera Jepun, ramai rakyat China dibunuh terutama di Nanjing.

Peristiwa tersebut juga dikenali sebagai Penyembelihan Nanjing. Walaupun, kaum Cina telah lama menetap di Malaysia, semangat

nasionalisme mereka kepada China tidak dapat dihakis.

Keganasan Malayan Peoples' Anti-Japanese Army (MPAJA)

Page 6: Penyusunan semula penduduk   impaknya terhadap kadar kemiskinan di madinah dan malaysia

Ketibaan kelompok pertama kaum Cina yang berpindah dari China ke Tanah Melayu membuatkan kongsi-kongsi gelap mula bercambah.

Ketiadaan undang-undang yang ketat berkaitan keselamatan dan kewangan menyebabkan kongsi-kongsi gelap mengambil kesempatan untuk meluaskan kuasa mereka dalam kawasan-kawasan tertentu terutama kawasan yang didiami oleh kaum Cina.

Peranan mereka semakin meluas sehingga mencampuri urusan politik negara.

Walau bagaimanapun, mereka terus berperanan mengeruhkan keharmonian melibatkan muslihat-muslihat ‘perlindungan’, pemerasan, penculikkan, samun dan kejahatan lain.

Kegiatan mereka terus memuncak apabila Pilihan Raya 1969, mereka bertindak mengganggu calon-calon pilihan raya pada ketika itu.

Di sesetengah kawasan hampir mustahil untuk calon-calon berkempen tanpa membayar ‘wang perlindungan’.

Paksaan dan ugutan merupakan cara yang biasa mereka lakukan untuk mendapatkan sokongan semasa pilihan raya.

Sesetengah ejen kongsi gelap sengaja menimbulkan kekacauan untuk menimbulkan suasana tegang antara kaum supaya negara menjadi lemah.

Kongsi Gelap dan Politik

Page 7: Penyusunan semula penduduk   impaknya terhadap kadar kemiskinan di madinah dan malaysia

Perasaan bimbang dan curiga timbul antara kaum Cina dan Melayu memang telah lama berada dalam sejarah Tanah Melayu.

Pergaduhan-pergaduhan antara kaum Cina dan Melayu sering kali berlaku terutama dalam kalangan kongsi gelap Cina dengan pemuda-pemuda jahat Melayu.

Perasaan bimbang dan curiga ini memuncak apabila kaum Melayu tidak menyertai perarakan sempena 100 tahun penganugerahan taraf Bandaraya kepada Pulau Pinang.

Kaum Melayu tidak mahu menyertai perarakan tersebut atas sebab mereka tidak mengiktiraf penganugerahan yang diberikan oleh kerajaan British kepada Pulau Pinang.

Akibatnya timbul fitnah menyatakan kaum Melayu akan menyekat dan menyuraikan perarakan tersebut.

Kaum Cina yang berarak sepanjang perarakan tersebut terus dingatkan tentang khabar angin tersebut.

Perarakan tersebut tetap diadakan bermula jam 10:30 pagi, 2 Januari 1957 tanpa disertai peserta-peserta Melayu.

Kaum Cina yang berarak sepanjang perarakan tersebut terus dingatkan tentang khabar angin tersebut.

Semasa mereka berarak dengan diketuai oleh kenderaan polis, pasukan polis yang mengepalai perarakan tersebut telah dipanggil untuk menyiasat satu laporan di tempat yang berasingan.

Kenderaan polis tersebut berpatah balik merentari perarakan tersebut ke belakang. Pergerakan kenderaan polis yang sedemikian rupa telah disalah tafsir oleh peserta yang berarak.

Bimbang dan Curiga

Page 8: Penyusunan semula penduduk   impaknya terhadap kadar kemiskinan di madinah dan malaysia

Politik perkauman ini mulai memuncak semasa Pilihan Raya 1969 apabila terdapat calon-calon pilihan raya mengemukakan isu-isu perkauman dan kedudukan penduduk bumiputera dalam ucapan-ucapan mereka untuk memancing undi.

Politik Perkauman

Jadual 3.1: Statistik Pegawai Kerajaan Mengikut Kaum 1968

Pegawai Kerajaan Melayu Bukan Melayu

Bilangan Peratus Bilangan Peratus

Perkhidmatan Pentadbiran 706 57.80% 515 42.20%

Perkhidmatan Ikhtisas* 385 19.20% 1,613 80.80%

Pegawai Pelajaran 51 29.90% 122 70.10%

Polis n.d 38.76% n.d 61.24%

Angkatan Tentera n.d 64.50% n.d 35.50%

Jumlah 1142 32.26% 2252 63.74%

Sumber: Diubahsuai dari MAGERAN (1969) 

n.d - Angka-angka yang mutlak tidak diberi atas faktor-faktor keselamatan* Tidak termasuk pegawai pelajaran

Page 9: Penyusunan semula penduduk   impaknya terhadap kadar kemiskinan di madinah dan malaysia

Perkhidmatan Pentadbiran

Perkhidmatan Ikhtisas*

Pegawai Pela-jaran

Polis Angkatan Tentera

Melayu 0.578 0.192 0.299 0.3876 0.645

Bukan Melayu 0.422 0.808 0.701 0.6124 0.355

5.00%

15.00%

25.00%

35.00%

45.00%

55.00%

65.00%

75.00%

85.00%

Pera

tus P

eg

aw

ai K

era

jaan

Page 10: Penyusunan semula penduduk   impaknya terhadap kadar kemiskinan di madinah dan malaysia

Perasaan tidak puas hati kaum Melayu terhadap kaum bukan Melayu semakin memuncak apabila perarakan ‘kemenangan’ diadakan oleh parti-parti pembangkang yang memenangi kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri atau parlimen.

Berikut adalah beberapa insident perarakan yang melibatkan cacian yang berunsur perkauman sepanjang tempoh tersebut:

‘Apa polis boleh buat, kita raja” dan “Buang semua polis Melayu”. “Mati Melayu” dan “Sakai pergi masuk hutan!” apabila melalui hadapan Balai Polis Jalan Travers. “Kuala Lumpur sekarang Cina punya”. seperti “Melayu balik kampung”, “Melayu sekarang tidak ada kuasa lagi” dan “Sekarang kita berkuasa”.

Mereka berarak menggunakan kira-kira 500 buah skuter. Apabila perarakan tersebut tiba di kawasan Melayu di Kampung Baru, kata-kata penghinaan seperti “Melayu keluar, apa lagi duduk disini?” dan “Kami hentam kamu, sekarang kita besar” dikeluarkan kepada orang Melayu.

“Apa ini Melayu, negeri dia kita sudah perintah”. “Habis Melayu”.

Pada pagi 12 Mei 1969, Yang Berhormat Menteri Besar, Dato’ Haron menyatakakan bahawa pemuda-pemuda UMNO Kampung Baharu ingin mengadakan satu perarakan UMNO untuk menonjolkan kepada DAP dan Gerakan bahawa mereka juga tidak kalah dalam pilihan raya tersebut. Penghinaan yang dihamburkan kepada masyarakat Melayu oleh kaum Cina tidak lagi dapat membuatkan masyarakat Melayu bersabar setelah sekian lama mereka mendiamkan diri. Menteri Besar, Dato’ Harun bersetuju akan cadangan tersebut.

Perarakan ‘Kemenangan’

Page 11: Penyusunan semula penduduk   impaknya terhadap kadar kemiskinan di madinah dan malaysia

Orang-orang yang ingin berarak telah mula berkumpul di hadapan rumah Ahmad Razali. Hanya sedikit sahaja yang berkumpul di rumah Dato’ Haron.

Walau bagaimanapun, para peserta yang berhimpun sedar akan terdapat khabar angina yang menyatakan terdapat rusuhan yang bakal berlaku sebagai tindak balas daripada kaum Cina atas perarakan tersebut.

Peserta perarakan sudah siap sedia membawa senjata untuk mempertahankan diri seperti pisau dan parang untuk mempertahankan diri mereka sekiranya serangan berlaku.

Sesetengah yang tidak bersenjata mulai sedar ancaman yang bakal mereka terima.

Keadaan ini membuatkan mereka segera membuat senjata daripada batang buluh dengan menjadikannya buluh runcing.

Hasil beberapa laporan polis yang telah dibuat merumuskan bahawa kejadian 13 Mei bermula apabila sekumpulan orang Melayu dalam perjalanan menuju ke Kampung Baru dengan berjalan kaki dan mengunggang skuter.

Mereka terpaksa berjalan kaki dan menunggang skuter kira-kira 26.6 km kerana perkhidmatan bas sudah terhenti disebabkan konflik tersebut.

Dalam perjalanan tersebut mereka telah dicaci oleh kumpulan Cina dan India di Setapak, Gombak. Tindak balas daripada kejadian itu berlakulah pergaduhan antara kedua-dua pihak. Mereka telah membaling batu dan botol.

Kemudian kekacauan tersebut merebak ke Kampung Baru, Kuala Lumpur hanya dalam tempoh masa kira-kira sepuluh sehingga 15 minit.

Khabar pergaduhan yang bermula di Setapak, Gombak inilah telah mencetuskan pergaduhan di Kampung Baru dan daerah-daerah sekitarnya.

Rusuhan 13 Mei 1969

Page 12: Penyusunan semula penduduk   impaknya terhadap kadar kemiskinan di madinah dan malaysia

Jumlah kematian, kecederaan, penangkapan dan dakwaan yang telah dibuat sepanjang

peristiwa Rusuhan 13 Mei 1969

Kategori Melayu

Cina India Lain-lain Jumlah

Kematian Mengikut Kaum

25 143 13 15 196

Cedera Akibat Tembakan 2 125 17 1 145

Cedera Akibat Senjata Lain

90 145 9 15 259

Penangkapan 2077 5126 1874 66 9143

Dakwaan di Mahkamah termasuk Melanggar Perintah Berkurung

1133 2907 1470 51 5561

Dakwaan Membunuh dan Membakar 40 5 0 0 45

Jumlah 3367 8451 3383 148 15349

Page 13: Penyusunan semula penduduk   impaknya terhadap kadar kemiskinan di madinah dan malaysia

Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan bertujuan untuk menggantikan Parlimen Malaysia yang telah dibekukan pada ketika itu. Tugas asa MAGERAN ialah;

1. Untuk mengembalikan keamanan dan undang-undang 2. Untuk menentukan pentadbiran yang licin dalam Malaysia 3. Untuk mengembalikan keharmonian dan perpaduan antara kaum di Malaysia.

MAGERAN yang ditubuhkan untuk merangka semula pelan baru untuk Malaysia menangani Tragedi 13 Mei telah mengemukakan Rukun Negara yang memiliki lima prinsip. Lima prinsip tersebut ialah; Kepercayaan Kepada Tuhan; Kesetiaan Kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan Undang-Undang; Kesopanan dan Kesusilaan

Penyusunan Semula Penduduk Malaysia: Rukun Negara

Page 14: Penyusunan semula penduduk   impaknya terhadap kadar kemiskinan di madinah dan malaysia

DEB bertujuan mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional. Ia digubal untuk mencapai dua matlamat iaitu; Mengurangkan dan membasmi kemiskinan

dengan meningkatkan pendapatan dan peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan

Mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi supaya dapat mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Penyusunan Semula Penduduk Malaysia: Dasar Ekonomi Baru

Page 15: Penyusunan semula penduduk   impaknya terhadap kadar kemiskinan di madinah dan malaysia

Insiden Kemiskinan Mengikut Etnik dan Strata, 1970 dan 2012 (%)

Tahun 1970 2012

Malaysia

Bumiputera

Cina

India

Lain-lain

49.3

64.8

26.0

39.2

44.8

1.7

2.2

0.3

1.8

1.5

Strata

Bandar

Luar Bandar

21.3

58.7

1.0

3.4

Page 16: Penyusunan semula penduduk   impaknya terhadap kadar kemiskinan di madinah dan malaysia

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan terhadap dua situasi yang berlaku semasa penyusunan semula penduduk sama ada di Madinah mahupun di Malaysia, terdapat beberapa persamaan elemen dalam penyusunan semula penduduk di kedua-dua tempat tersebut.

Elemen yang dimaksudkan ialah elemen untuk menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Kelima-lima elemen ini sebenarnya ialah elemen yang terkandung dalam Maqasid Syariyah (Nuruddin Mukhtar, 1998: 50).

Maqasid Syariyah telah dikemukakan oleh al-Syatibi (1996) yang bertujuan mewujudkan kebaikan (manafaah) dan menolak keburukan serta menghilangkan kemudaratan (mafsadah) (Al-Izz bin Abdul Salam, t.t: 9).

Selain itu, maqasid juga boleh didefinisikan matlamat yang ingin dicapai dalam melaksanakan sesuatu berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh syarak dalam mensyariatkan hukum (Ahmad al-Raisuni, 1992: 13).

Maqasid Syariyah

Page 17: Penyusunan semula penduduk   impaknya terhadap kadar kemiskinan di madinah dan malaysia

Penyusunan semula masyarakat amat penting dilakukan terutama dalam negara yang memiliki masyarakat majmuk.

Penyusunan semula masyarakat ini memberi ruang kepada rakyat dalam sesebuah negara memperoleh kesamarataan hak mereka terutama dalam memperoleh harta.

Ia juga merupakan sebuah strategi untuk membasmi kemiskinan dalam sesebuah negara tidak mengira warna kulit, keturunan mahupun paras rupa.

Menyedari ketidakseimbangan sosial ekonomi yang berlaku sama ada di Madinah atau di Malaysia, pihak pemerintahnya telah mengusahakan supaya penduduknya kembali bersatu padu dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya.

Kesimpulan