penyimpanan stok

11
Penyimpanan Bahan/Radas Sains Definisi Stok barang-barang belum guna dan perludisimpan untuk tujuan operasi ataupenyelenggaraan termasuk bekalanpejabat, ubat-ubatan, alat ganti dansebagainya. Tujuan Penyimpanan Stok memudahkan penyemakan menyelaras cara merekod mengesan dan mengawal pergerakan memudahkan perancangan perolehan mengemaskinikan rekod peralatan yang pecah, rosak atau hilang BORANG STOK semua peralatan dan bahan sains yang diterima atau dikeluarkan hendaklah didaftar dan direkodkan berdasarkan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan seperti yang terkandung dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 dengan menggunakan borang yang berikut: Daftar Harta Modal (KEW.PA-2) Daftar Inventori (KEW.PA-3) Senarai Daftar Harta Modal (KEW.PA-4) Senarai Daftar Inventori (KEW.PA-5)

Upload: rachel

Post on 01-Oct-2015

127 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Penyimpanan Stok Makmal Sains

TRANSCRIPT

Penyimpanan Bahan/Radas Sains

Definisi Stok barang-barang belum guna dan perludisimpan untuk tujuan operasi ataupenyelenggaraan termasuk bekalanpejabat, ubat-ubatan, alat ganti dansebagainya.

Tujuan Penyimpanan Stok memudahkan penyemakan menyelaras cara merekod mengesan dan mengawal pergerakan memudahkan perancangan perolehan mengemaskinikan rekod peralatan yang pecah, rosak atau hilang

BORANG STOKsemua peralatan dan bahan sains yang diterima atau dikeluarkan hendaklah didaftar dan direkodkan berdasarkan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan seperti yang terkandung dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 dengan menggunakan borang yang berikut: Daftar Harta Modal (KEW.PA-2) Daftar Inventori (KEW.PA-3) Senarai Daftar Harta Modal (KEW.PA-4) Senarai Daftar Inventori (KEW.PA-5) Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori (KEW.PA-6) Senarai Aset (KEW.PA-7)

Jenis storDi sekolah, terdapat dua jenis stor, iaitu stor utama dan stor agihan.

STOR UTAMASTOR AGIHAN

Menyimpan semua alat dan bahan pengajaran sains. Bahan/alat dari stor ini tidak diagihkan kepada individu. Bahan/alat diagihka kepada stor di setiap makmal. Di setiap makmal. Agihan/pengeluaran bahan/alat kepada pelajar di makmal berkenaan.

Ciri-ciri stor utama Biasanya di bahagian belakang bangunan, di tingkat bawah untuk memudahkan hantaran bahan/alat. Cukup besar dan ada ruang untuk pergerakan troli. Pencahayaan yang baik. Sumber cahaya dari atas.Cukup cahaya di lorong, antara lorong dan antara rak.

Sistem penyimpanan item-item sains

Di stor dan makmal, terdapat ruang-ruang simpanan, iaitu laci, almari, kabinet, rak dan sebagainya. Setiap ruang mestilah dilabel mengikut apa yang disimpan padanya. Selain label, ruang simpanan diberi kod yang sesuai supaya mudah mencari bahan/item semasa pemeriksaan stok.Contoh: Terdapat lima (5) kabinet di dalam makmal Fizik I dan lima (5) kabinet dalam makmal Fizik II.Kod kabinet di dalam makmal Fizik I : F1K1, F1K2, F1K3, F1K4 dan F1K5.Kod kabinet di dalam makmal Fizik II : F2K1, F2K2, F2K3, F2K4 dan F2K5.Cara ini memudahkan pemeriksaan stok dan pencarian bahan/alat.Kad-kad stok biasanya disimpan mengikut abjad dan mengandungi maklumat tentang setiap item dalam bentuk kod.

Contoh: Botol spesimen boleh didapati di B1K3. Ini bermakna botol spesimen disimpan di makmal Biologi I, dalam kabinet nombor 3.Jenis dan ragam kod yang digunakan hendaklah mudah dan tidak mengelirukan. Pastikan setiap item yang diambil dikembalikan ke tempat asalnya.

Dokumen-dokumen penting di dalam makmal Difailkan dengan rapi dan disimpan dalam kabinet yang berkunci. Hanya kakitangan makmal boleh melihat dokumen. Orang lain mesti terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Ketua Jabatan Sains. Jangan dibawa keluar dari makmal.Antara dokumen penting yang disimpan di dalam makmal ialah Sebut harga, Nota pesanan, Nota perakuan, Nota hantaran, Invois, Manual arahan, Katalog, Risalah dan Kad-kad stok.

Kad-kad Stok Dokumen terpenting kerana mengandungi maklumat tentang setiap item yang disimpan di dalam stor. Mesti mengandungi maklumat secukupnya tentang setiap item, untuk memudahkan pemeriksaan stok. Disusun mengikut abjad. Kad-kad stok bahan kimia (iaitu item-item pakai habis) dipisahkan dari kad-kad stok peralatan (item-item tahan lama).Contoh kad stok:(a) Item-item tahan lama. (Nama sekolah)

Item: Kelalang,volumetrik 500ml

Lokasi : K8

TarikhStokMasukTarikhKuantitiDibeliHargaJumlah StokTarikhDipinjam,Rosak, dll.BakiTandatangan

199625/3 5

26/4

2

RM12 5

61 pecah 4

6

(b) Bahan pakai habis.STOK MAKSIMUM 2 kg (Nama sekolah)STOKMINIMUM 0.5kg

Nama bahan: Kuprum sulfat ( hablur)

Lokasi : K3

TarikhStokMasukTarikhKuantitiDitermaHargaPembekalJumlah StokDigunakan BakiTandatangan

199619/31.5kg

26/4

0.5kg

RM30

R&R

2.0kg

0.5kg1.5kg

Penyimpanan Bahan/Radas

A. Cara menyimpan bahan-bahan Kimia Bahan-bahan kimia ( sama ada organik ataupun tak organik) hendaklah dipisahkan dari bahan dan peralatan yang lain kerana ada bahan kimia yang beracun, higroskopik , mudah terbakar,mengkakis dan sebagainya. Perlu selalu semak stok kerana bahan mudah rosak jika disimpan lama. Gunakan stok yang lama dahulu. Tarikh penerimaan setiap botol mestilah ditulis dengan terang. Simpan stok baru di belakang stok yang lama pada rak.

(a) Bahan kimia tak organik Simpan berasingan daripada bahan kimia organik. Label pada botol mengikut nama logam. Botol-botol bahan kimia tak organik disusun mengikut abjad di dalam almari bertutup. Jangan disusun pada rak yang terdedah kerana mudah dihinggapi habuk. Penambahan di, tri, ortho dan meta diabaikan dan disimpan mengikut nama logam. Contoh: Triammonium orthophosphate disimpan di bawah nama sebatian ammonium. Asingkan bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara dengan yang boleh menghilangkan air habluran ke udara.Bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara : asid sulfurik pekat, barium klorida, barium nitrat, ferum (III) klorida, kalium hidroksida, kalium karbonat, kalium tiosianat, kalsium klorida, kalsium oksida, kalsium nitrat, kobaltum (II) klorida, kobaltum (II) nitrat, kromium (II) sulfat, kuprum (II) klorida, kuprum (II) nitrat, magnesium klorida, natrium bromida, natrium hidroksida, natrium iodida, natrium nitrat, stanum (II) klorida, zink klorida, zink nitrat.Bahan-bahan yang boleh kehilangan air habluran ke udara : ammonium karbonat, boraks (dinatrium tetraborat), kalium heksasianoferat (II), magnesium sulfat, natrium asetat, natrium karbonat, natrium sulfat.(b) Bahan kimia organik Disimpan mengikut abjad ditempat yang berasingan dari bahan-bahan lain. Abaikan penambahan ortho, para, di, tri. Banyak bahan kimia organik adalah cecair yang meruap, beracun dan mudah terbakar. Oleh itu, bilik stor mestilah mempunyai pengudaraan yang baik dan penggunaan api dilarang.

(c) Bahan kimia cecair yang mengkakis Asid dan alkali pekat sangat mengkakis. Jangan letak di atas rak yang tinggi. Sebaliknya, letak di atas lantai atau rak-rak yang hampir dengan lantai.

(d) Logam alkali Sangat aktif dan mudah teroksida jika bersentuhan dengan udara. Disimpan terendam dalam minyak parafin. Jika hendak dikeluarkan, gunakan penyepit dan potong dengan pisau yang tajam. Jangan sentuh dengan tangan.(e) Fosforus kuning (putih) Sangat berbahaya dan sangat aktif . Disimpan di dalam air sejuk.(f) Bahan kimia yang terurai oleh cahaya Contoh, argentum nitrat dan asid nitrik pekat. Disimpan di dalam botol kaca berwarna gelap.(g) Bahan kimia yang mudah rosak oleh panas Contoh : vitamin C (asid askorbik) dan hidrogen peroksida. Disimpan di dalam peti sejuk.(h) Bahan kimia yang sangat berbahaya Contoh : sebatian arsenik dan garam sianida. Boleh membawa maut sertamerta jika tertelan. Simpan di dalam almari khas yang berkunci dan rekodkan kuantitinya.

B. Cara menyimpan peralatan(a) Bahan kaca Disimpan mengikut saiz. Jangan disimpan terlalu tinggi atau bersama-sama benda-benda yang berat atau logam. Alat yang mahal seperti Kipps Apparatus hendaklah disimpan dalam bungkusan dan kotak asal. Labelkan kotak jengan jelas. Bahan-bahan kaca disimpan mengikut saiz dan jenis. . Kelalang mengikut saiz dan dalam kotak yang berbeza. . Buret disimpan berdiri atau dalam laci yang panjang yang dialas dengan kapas. . Bahan-bahan kaca yang kecil (slaid mikroskop, piring petri, tiub spesimen) disimpan di dalam talam di rak ataupun dalam laci. Labelkan setiap laci dengan jelas. . Termometer disimpan dalam kotak asal mengikut jenis dan julat. . Tiub dan batang kaca disimpan tegak dan diberi sokongan di bahagian tengah. Tiub kaca yang bergaris pusat besar disumbat kedua-dua hujung untuk mengelak habuk/debu. Bahan bahan ini mesti disimpan mengikut berat (berdinding nipis, sederhana atau tebal). Setiap kategori disimpan mengikut garis pusat luar. Jika belun digunakan, simpan dalam pembalut asal. . Alat kaca yang panjang (contoh : buret dan pipet) disimpan derdiri tegak pada rak khusus.

(b) Bahan/alat plastik Jauhkan dari punca panas. Jangan simpan dengan/bersama-sama alat yang berat.(c) Bahan-bahan logam Tripod, penunu Bunsen, kaki retot disimpan bersama dan perlu diperiksa dari semasa ke semasa.(d) Bahan bantu mengajar Disimpan dalam almari bertingkap cermin. Carta ditutup dengan helaian plastik lutsinar.(e) Pelbagai item kecil Contoh : macis, gabus, paku, penyepit tabung uji dan spatula. Disimpan dalam kotak kayu yang mempunyai banyak petak kecil.(f) Model-model yang besar Diletakkan di atas meja-meja yang khusus dan ditutup dengan plasik untuk mengelak debu.(g) Mikroskop Disimpan dalam almari yang dipasangkan dengan beberapa buah mentol 25 watt sepanjang masa. Bahagian dalam almari dilapik dengan beberapa keping zink atau aluminium untuk memastikan udara di dalamnya panas dan kering. Tujuannya adalah untuk mengelak percambahan kulat. Dinding almari ditebuk beberapa lubang kecil supaya udara bergerak dengan bebas.