penyelidikan gunaan

7
KUMPULAN 2 : KETUA : SITI NIRWANAH PENYELIDIKAN GUNAAN (Konsep , tujuan dan ciri – ciri)

Upload: harris

Post on 26-Sep-2015

419 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

penyelidikan gunaan

TRANSCRIPT

Penyelidikan gunaan

Kumpulan 2 : ketua : siti nirwanahPenyelidikan gunaan(Konsep , tujuan dan ciri ciri)APAKAH PENYELIDIKAN GUNAAN ?Penyelidikan ini berbentuk uji kaji ke atas material atau barangan kegunaan manusiaAspek yang ditekankan adalah:

Meningkatkan proses pengeluaran baranganMeningkatkan produk yang sedia ada atau menjalankan penyelidikan bagi tujuan pengubahsuaian produk sedia ada kepada produk barukajian gunaan digunakan untuk mengatasi atau menyelesaikan sesuatu masalah dengan segera yang boleh digunakan oleh individu, kumpulan ataupun organisasi bagi mengurangkan masalah sosial.

Tujuan penyelidikan gunaan Menyelesaikan masalah praktis yang dihadapi ataupun menguji sesuatu teori untuk menilai kegunaannya dalam bidang pendidikan.

Developmental Researchjuga merupakan sebahagian daripada penyelidikan gunaan. Ianya berkaitan dengan perkembangan produk yang berkesan untuk kegunaannya dalam institusi pendidikan.

Contohnya, perkembangan reka bentuk kurikulum, garis, panduan guru, bahan-bahan pembelajaran, sistem pengurusan dan lain lain.

Topik bagi penyelidikan gunaan biasanya dipandu oleh masalah semasa dalam pendidikan dan perkara yang menjadi perhatian pembuat polisi.

Contoh penyelidikan gunaan

Menjalankan satu tinjauan (survey) terhadap guru sekolah rendah dalam sistem persekolahan untuk mengenal pasti kegemaran(preferences) dan pandangan berkaitan beberapa program bacaan yang ada.

Tinjauan ini mungkin dijalankan oleh jawatankuasa kurikulum atau pentadbiran sistem sekolah yang prihatin dengan masalah memilih program bacaan atau bahan yang hendak dibeli.

Keputusan tinjauan dapat memberi maklumat penting untuk membuat keputusan pembelian bahan tersebut.

Ciri ciri penyelidikan gunaan Cuba untuk mengatasi sesuatu masalah yang dialami dengan memberikan penyelesaian atau untuk membaik pulih.Maklumat yang diperoleh dari kajian itu digunakan untuk membawa perubahan dalam masyarakat.Skop kajiannya adalah lebih luas dari kajian asas.Dilaksanakan berasaskan pada pencapaian satu-satu matlamat atau tinjauan tertentu.Kajian jenis ini selalunya ada penaja (Sponsor) seperti kementerian, jabatan, organisasi swasta, awam, yayasan, universiti dan persatuan-persatuan kerajaan atau bukan kerajaan.

Objektif kajian, pemboleh ubah dikaji serta teknik mengumpul data adalah berdasarkan pada kehendak penaja.Kajian dijalankan berdasarkan pada masalah yang benar-benar dihadapi pada ketika itu.Penyelesaian atau jawapan yang ditemui dalam penyelidikan akan digunakan selepas masalah itu dikaji.Dilaksanakan untuk memahami masalah semasa serta mencari kaedah baru untuk menyelesaikan masalah.

bibliografiRosinah (2014) Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan . Kuala Lumpur : Freemind Horizons Sdn.Bhd.