fakulti seni gunaan dan kreatif - ir.unimas.my boon seng(24 pages).pdfkepada penyelidik untuk...

24
GELUTAN ZAMAN: SATU DOKUMENTARI MENGENAI PERSATUAN OPERA CINA YI SING DI KUCHING,SARAWAK Foo Boon Seng Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Sinematografi 2007 Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

Upload: phamnhu

Post on 05-Aug-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

GELUTAN ZAMAN: SATU DOKUMENTARI MENGENAI

PERSATUAN OPERA CINA YI SING DI KUCHING,SARAWAK

Foo Boon Seng

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

Sinematografi

2007

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

GELUTAN ZAMAN: SATU DOKUMENTARI MENGENAI

PERSATUAN OPERA CINA YI SING DI KUCHING,SARAWAK

FOO BOON SENG

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Muda Gunaan dengan Kepujian

Sinematografi

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2007

i

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN

JUDUL : GELUTAN ZAMAN: SATU DOKUMENTARI MENGENAI

PERSATUAN OPERA CINA YI SING DI KUCHING, SARAWAK

SESI PENGAJIAN : 2004/2005

Saya FOO BOON SENG

Mengaku membenarkan tesis/ laporan *ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik,

Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis/ Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

salinan untuk tujuan pengajian sahaja

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

salinan tesis/ laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi

5. *sila tandakan √

SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan

atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA

RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan

oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disediakan

_________________________ __________________________

Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia

Tarikh: Tarikh:

Alamat Tetap:

No.183, Lrg 3,

Jalan Poh Kwong Park, 93150 , Kuching

Catatan: * Tesis/ Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana

Muda

* Jika Tesis/ Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/

organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/ laporan ini perlu

dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD

ii

Projek bertajuk Gelutan Zaman: Satu Dokumentari Mengenai Persatuan Opera

Cina Yi Sing Di Kuching, Sarawak telah disediakan oleh Foo Boon Seng dan telah

diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Sinematografi).

Diterima untuk diperiksa oleh:

_____________________

(Teo Miaw Lee)

Tarikh

iii

Penghargaan

Sepenuhnya penghargaan dan rasa terhutang budi yang sesungguhnya tidak

dapat disampaikan dengan sempurnanya dalam beberapa baris ucapan, namun

demikain, setinggi- tinggi perhargaan perlu ditujukan kepada orang yang pernah

melibatkan diri dalam projek penyelidikan Gelutan Zaman ini.

Terlebih dahulu, penyelidik ingin mengucapkan terima kasih atas tunjuk ajar dan

nasihat penyelia projek tahun akhir, Cik Teo Miaw Lee. Komen dan cadangan beliau

mendorong penyelidik untuk menghasilkan penyelidikan yang lebih baik. Masa dan

tenaga telah dicurahkan sepanjang penyeliaan beliau untuk meminpin penyelidik dalam

projek tahun akhir ini dan jasa baik beliau amat dihargai.

Penyelidik juga ingin berterima kasih atas kerjasama daripada ahli Jawatan

kuasa Persatuan Opera Cina Yi Sing iaitu Encik Wee Wei Wun, Encik Ngui Lee Siong,

Encik Francis Tay dan Encik Alex Chong Kuet Kong yang sudi meluangkan masa

untuk memberikan maklumat-maklumat serta pendapat dan cadangan yang membina

berkaitan dengan penyelidikan ini.

Akhir sekali, sokongan daripada ibu bapa dan rakan-rakan memberi semangat

kepada penyelidik untuk menyiapkan penyelidikan ini. Tanpa sokongan dan kerjasama

daripada pelbagai pihak tidak mungkin penyelidikan ini dapat dihasilkan dengan

berjaya.

Sekian, Terima Kasih.

iv

ISI KANDUNGAN

Muka surat

Halaman Tajuk

BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN i

PENGESAHAN DAN TANDATANGAN PENYELIA ii

PENGHARGAAN iii

Jadual kandungan iv-v

Abstrak vi

Abstract vii

Bab 1 Latar Belakang Opera Cina

1.0 Sejarah Opera Cina 1 - 3

1.1 Jenis-jenis Opera Cina 3 - 5

1.2 Jenis-jenis cerita Opera Cina 5 - 6

1.3 Jenis-jenis watak dalam Opera Cina 6- 8

1.4 Opera Cina dalam filem 9– 10

1.5 Kemasukan Opera Cina di Tanah Melayu 10 – 11

1.6 Pertubuhan Opera Cina di Sarawak 11

1.7 Kenyataan masalah 12- 13

1.8 Objektif kajian 13 - 14

1.9 Metodologi 14- 18

Bab 2 Pengenalan Persatuan Opera Cina di Kuching, Sarawak

2.0 Persatuan yang dikajikan 19

2.1 Limitasi kajian 20

2.2 Struktur naratif persembahan pentas 20 - 21

v

2.3 Skrip analisis 22

2.4 Latar belakang Persatuan Opera Cina Yi Sing 22 - 26

2.4.1 Era 60 an dan 70 an 26 - 29

2.4.2 Era 80 an 29 - 31

2.5 Produksi persembahan 31- 32

Bab 3 Projek Tahun Akhir 33 - 35

Senarai Rujukan dan Bibliografi 36– 38

Lampiran A

Lampiran B

Lampiran C

vi

Abstrak

Gelutan Zaman merupakan dokumentari Opera Cina yang mengenai Persatuan

Opera Cina Yi Sing di Kuching. Dalam era modenisasi, golongan muda kurang

berminat terhadap Opera Cina yang merupakan warisan budaya masyarakat cina.

Persatuan opera cina menhadapai cabaran dalam menyampaikan mesej yang terkandung

dalam opera cina kepada golongan muda. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti

masalah yang dihadapi oleh Persatuan Yi Sing dan sebagai usaha dalam

mengembangkan Opera Cina dalam kalangan golongan orang muda.

vii

Abstract

Gelutan Zaman is chinese opera documentary about Yi Sing Dramatic

Association at Kuching. Nowadays, teenagers less interest of Chinese Opera which is a

Chinese culture heritage. This association facing the challenge the message is to let the

youth know about Chinese Opera. The purpose of this research is to study the problems

that facing by the Yi Sing Dramatic Assocition and as a effort to promote the Chinese

Opera among the youth.

1

BAB 1

PERBEZAAN OPERA PEKING DAN OPERA CINA

1.0 Sejarah Opera Cina

Pada zaman dulu di Negara China, Opera Cina boleh dikatakan sebagai pertunjukan

rekreaksi dan memberi pertunjukan yang menjadi sumber maklumat terkini, seperti hal

ehwal semasa di dalam istana ataupun mahkamah tempatan. Ini adalah disebabkan pada

zaman itu, hanya golongan Opera Cina saja dapat bertapak kaki di dalam istana dan

juga di depan maharaja.

Perkataan opera merujuk kepada bentuk seni dramatik. Perkataan ini berasal daripada

negara Eropah (1600), ia juga bermaksud satu seni yang mengandungi emosi serta dapat

memberi kesan yang mendalam kepada para penonton dalam peralatan muzik yang

dimainkan.

Dalam pertunjukkan Opera Cina, drama adalah merupakan satu elemen yang asas dalam

setiap babak, kostum dan perlakonan. Bagaimanapun, penyanyi atau pelakon biasanya

diiringi oleh pemuzik yang dapat memberi kesan keseluruhan pertunjukkan opera

dengan serentak.1

1 Thomas a.Wilson-Artikal Chinese Opera: A Brief History

2

Selain daripada dialog dan muzik, opera dapat dilihat dari pelbagai corak seni,

contohnya seperti seni visual dalam lukisan yang biasanya ditunjukkan di atas pentas

supaya dapat memberi kesan mendalam kepada penonton.

Menurut catatan sejarah yang ditulis oleh Thomas a.Wilson pada kurun ke duanbelas,

semasa opera dijalankan secara besar-besaran di pentas awam di Hangzhou pada zaman

Dinasti Song (tahun 1179 sehingga tahun 1276). Pada masa itu, Opera Cina yang paling

popular ialah cara lakonan selatan, yang hanya terdapat dialog, tulisan ataupun dalam

bentuk nyanyian dan percakapan, tiada sokongan lain seperti babak atau backdrop2

ataupun mengikut lakonan teknikal seperti yang terdapat dalam Dinasti Qing.3

Pada awal kurun ke tiga belas, di bahagian utara Negara China, terdapat satu kawasan

Mongol telah menghasilkan satu cara lakonan opera yang dipanggil Zaju,4

ianya

mempunyai cara lakonan yang dibahagikan kepada empat act5, ia adalah bertentangan

dengan lakonan selatan, hanya terdapat seorang yang berlakon dengan menggunakan

tajuk utama sebagai cara lakonan tersendiri.

Dalam tahun 1790, sekumpulan pertunjukan pentas telah berkumpul di Beijing

(sebelum ini dipanggil Peking), China. Wei Chang Sheng (tahun 1744 sehingga tahun

1802) telah membuat pertunjukkan untuk meraikan harijadi ketujuh belas (tahun 1736

sehingga tahun 1796) Maharaja Qing, di situlah permulaan penulisan sejarah tentang

2 Bantuan teknikal seperti lighting speaker dan lain-lain

3 Thomas A. Wilson-Artikal Chinese Opera: A Brief History

4 Tarian yang diiringi bahasa tempatan

5 Aksi seperti permulaan klimaks dan penyelesaian dalam konteks filem.

3

opera cina yang diketahui sehingga hari ini6. Menurut Wang-Ngai dalam artikel Siu

and Peter loverrick Chinese Opera pada dalam abad akhir dinasti Qing, satu tempat

yang digelar sebagai ‘tea houses’ 7telah mula dibina secara besar-besaran berbanding

dengan pentas. Ia adalah satu bangunan yang digelar sebagai rumah tumpangan ataupun

lebih dikenali sebagai hotel (ataupun dikenali Fan Dian pada zaman itu), biasanya para

pelakon akan menggunakan tempat tersebut sebagai tempat untuk berlatih sekiranya

rumah mereka kekurangan ruang. Oleh sebab terdapat kumpulan Opera Cina ini

membuat latihan mereka di tempat tersebut, maka secara tidak langsung telah

membangunkan tempat tersebut dalam jangka masa pendek, ada sesetengah rumah

tumpangan pula sengaja mengupah kumpulan-kumpulan ini untuk membuat

pertunjukkan dalam perniagaan. Semenjak itu, golongan Opera Cina telah

menggunakan rumah tumpangan sebagai tempat mencari mata pencarian.

1.1 Jenis-jenis opera Opera Cina

Selepas tahun tersebut, terdapat empat kumpulan teater dari Anhui8 tiba di Beijing dan

mereka menggunakan cara pertunjukkan seperti muzik untuk menggantikan kumpulan

Kunqu Opera 9

yang dipercayai telah bertapak sejak 200 tahun yang lalu, Kunqu

dipercayai berasal dari Khunshan yang berdekatan dengan Suzhou, Jiangsu. Selepas

Wei Liang Fu mengubahnya, Kunqu diiringi oleh pembawa karetor dengan nyanyian

yang lembut serta disertai oleh peralatan yang minimum, contohnya clapper atau drum

dan juga buluh. Zaman kegemilangan Kunqu adalah dalam likungan abad ke tujuh belas

6 Thomas a.Wilson-artikal Chinese Opera: A Brief History

7 Dipanggil cha lau dalam kontonis sebagai tempat istirahat

8 Satu daerah yang terdapat di bahagian selatan, gabungan Hopeh, Wuhan dan Shansi

9 Opera melodi yang datang dari kunshan di jiangsu

4

dan lapan belas. Perwatakan dari bentuk lain opera adalah seperti Hopeh, Wuhan dan

Shanxi, telah bergabung dalam corak Anhui. Selepas itu, kumpulan opera menjadi

kumpulan Ching His10

( ataupun dikenli sebagai Ching Yik) ataupun digelar sebagai

‘Capital Ra’ dengan gelaran lain, ia lebih dikenali sebagai Peking opera11

. Oleh sebab

itu, ia telah mengalami lanjutan usia yang panjang, maka, Peking opera telah

mempunyai ciri-ciri yang lebih mendalam dalam drama serta lakonan pentas, topik yang

dihasilkan adalah bertemakan semangat kecintaan negara dalam cerita ketenteraan.12

Tetapi, sesetengah rujukan pula menunjukkan lebih 300 cara lakonan di China.

Antaranya yang popular ialah Kontonese Opera13

, Hebei opera dan Yue opera14

.

Walaupun begitu, opera-opera ini mempunyai persamaan empat watak lakonan seperti

Anhui opera dalam pelbagai lakonan, antaranya ialah watak perempuan, lelaki, badut

dan muka bercat warna hodoh dan ianya meliputi lakonan serta nyanyian, bersajak,

menari dan gerakan badan, semua ini adalah bergantung kepada mekap, ia adalah

kurang bergantung kepada props 15

ataupun babak, tetapi ianya kadang kala

menggunakan watak yang berlainan dalam penutupan jalan cerita sama ada dalam

pilihan serta dalam watak pilihan. Dalam opera cina Beijing terdapat gabungan

komponen muzik dalam Anhui opera16

. Opera Cina ini pula mempunyai ‘xi pi’ iaitu

salah satu peralatan yang berasal dari Hanju (Hubei opera dan kunqu opera) yang

biasanya digunakan adalah ‘jing hu’, ‘er hu”, sheng, yue qin, pi pa, suo na, gendang.

10

Ching His- satau-satunya(dalam bahasa mandarin kuno) 11

Opera yang bergabung dengan Anhui Opera 12

A Short Chinese opera- http://www.illuminatedlantern.com 13

Opera yang berucap dalam bahasa kontonese 14

Opera yang diwakili oleh golongan wanita 15

Barangan yang terdapat di atas pentas,cth: meja, kerusi 16

Lakonan yang terdapat di bahagian selatan, gabungan Hopeh, Wuhan dan Shansi

5

Opera Cina mempunyai watak perempuan yang kuat di dalam sejarah China, tetapi tiada

sesiapa yang sanggup memegang watak tersebut, perempuan dalam Negara China,

terutama dalam kerabat diraja atau golongan atasan, perlu mematuhi adat istiadat

konservatif dan pengerakkan kebebasan adalah terhad, jika seseorang perempuan yang

memegang watak sebagai pelakon, maka dia akan dianggap sebagai perempuan

murahan ataupun lebih dikenali sebagai pelacur. Oleh sebab demikian, lelaki pula perlu

memegang watak perempuan.17

Akan tetapi, terdapat perubahan dalam sejarah Opera

Cina selepas kejatuhan Dinasti Ching. Kini, watak perempuan mula dipegang di atas

pentas dalam linkungan umur 20, 30 dan 40. Biasanya mereka memegang watak ‘Mei

Lan Fang’, dalam cerita, contohnya di kawasan rumah ataupun di luar negara seperti

Jepun, Soviet Union dan Amerka Syarikat.18

1.2 Jenis-jenis cerita Opera Cina

Di samping itu, golongan Opera Cina ini mula mengumpul jalan cerita dari semua pihak

selepas kejatuhan Dinasti Ching, tanpa mengira tempat dan masa sebagai topik cerita,

contohnya cerita tentang kehidupan seorang peniaga, mitos, legenda, ataupun cerIta

kehidupan harian diraja ataupun pegawai tinggi. Jika sebelum kejatuhan Dinasti Ching,

semasa membuat pertunjukkan yang sensitif, mereka akan berasa takut akan mati

dipancung kerana sesetengah cerita adalah dilarang dalam lakonan. Tambahan pula,

konsep pemeritahan pada masa itu masih dikawal ketat oleh Maharaja Ching. Akan

tetapi, terdapat beberapa contoh cerita seperti Monkey King, Three Sinners, The

Mermaid, The Three Smiles, The Armous Lotus Pan, Lady General Hua Mu Lan,

17

A Short History of Chinese Opera- http://www.illuminatedlantern.com 18

A Short History of Chinese Opera - http://www.illuminatedlantern.com

6

Madam White Snake, The Lotus Lamp, Inside The Forbiden City, Dream Of The Red

Chanber, The Grand Subtition, A maid From Heaven, Love Erterne, Beyond The Great

Wall, The Kingdom and The Beauty dan lain-lain19

, masing-masing mempunyai watak

asas dan watak sekunder dalam jalan cerita.

Sekiranya pada hari tersebut adalah merupakan hari kelahiran seseorang dewa itu, maka

upacara pembukaan panggung ini adalah berlainan, ia akan disertakan dengan upacara

penyembahan dahulu dan sererusnya adalah lakonan “Tiao Jia Guan20

” dan juga “Ba

Xien Guo Hai21

”. Tujuan kesemua penyembahan ini adalah untuk memberkati

kelancaran persembahan mereka dan juga ingin menghalaukan semangat – semangat

jahat yang berkeliaran di sekitar kawasan itu daripada mengacau mereka ataupun

merasuk badan mereka ketika persembahan itu sedang dijalankan.22

1.3 Jenis-jenis watak dalam Opera Cina

Watak- watak ini selalunya akan mengenakan kostum yang akan melambangkan watak

mereka. Berlainan dengan Opera Bejing yang menggunakan cara solekan untuk

membezakan watak. Mereka turut tidak mempunyai solekan yang khusus dan spesifik.

Tetapi pemakaian kostum sudah cukup melambangkan identiti sesuatu watak itu kerana

watak yang berbeza pastinya akan mengenakan kostum yang berbeza. Sebagai contoh,

19

TVB Hong Kong, China 20

Jemputan dewa dating ke pentas untuk berlakon 21

Perkataan kurniaan oleh dewa 22

Yi Sing Fukien dramatic Association 45th

Anniversary Souvenir Magazine

7

watak seorang maharaja akan mengenakan pakaian yang berwarna kuning atau merah

yang akan mempunyai manik – manik di atas pakaiannya.23

Sheng, watak ini selalunya dilakonkan oleh kaum lelaki sahaja. Lakonannya adalan

berdasarkan identiti, sifat dan perangai. Watak Sheng ini boleh didapati dalam watak

“Lau Sheng”, “Guan Sheng”, “Shu Sheng”, “Wu Sheng”, dan “Shan Zi

Sheng”. Watak-watak tersebut mempunyai perwatakan yang berbeza. Sheng adalah

merupakan satu ‘nama’ yang umum dan ia boleh dibahagikan kepada watak – watak

yang lain seperti di atas. Watak “Lau Sheng” adalah merupakan watak orang tua dan

watak ini perlu mengenakan misai dengan berdasarkan wataknya dia atas pentas.

Biasanya watak ini adalah merupakan seorang tua yang jujur dan sederhana

kehidupannya. Watak “Guan Sheng” pula adalah merupakan seorang pemuda yang

telah berjaya dan menjadi pegawai kerajaan yang kecil. “Shu Sheng” merupakan watak

yang suka membaca dan menulis puisi serta sajak. “Shan Zi Sheng” pula merupakan

watak seorang lelaki yang gatal dan suka menggoda perempuan, gemar membazirkan

wang bapanya dan watak ini akan sentiasa mempunyai satu kipas untuk mengipaskan

dirinya. Dan watak “Wu Sheng” adalah seorang lelaki yang pandai dan gemar bersilat

atupun berkungfu.

Dan, ini adalah merupakan watak wanita. Dan ini turut dibahagikan kepada beberapa

jenis iaitu “Hua Dan”, “Lau Dan” dan “Chai Dan”. Masing – masing turut

mempunyai fungsi dan peranan yang berbeza dalam perwatakan, sifat dan perangainya.

“Hua Dan” adalah merupakan watak seorang gadis yang periang, ceria, suka bermain

23

Yi Sing Fukien dramatic Association 45th

Anniversary Souvenir Magazine

8

dan ia turut boleh merupakan watak seorang gadis yang suka miang. Watak “Lau Dan”

pula merupakan watak nenek tua dan “Chai Dan” turut dikenali sebagai “Chou Dan”

adalah watak seorang gadis yang gemar berjenaka dan pandai dalam akrobatik. Terdapat

watak “Wu Dan” yang merupakan seorang gadis yang pandai bersilat serta seni

mempertahankan diri yang lain.

Watak seterusnya adalah Qing Yi, watak ini adalah dilakonkan oleh kaum wanita juga.

Wataknya adalah merupakan seorang gadis yang hidup sengsara dan merana dan

selalunya ia akan mengenakan pakaian yang berwarna hijau. Oleh itu, dia dikenali

sebagai Qing Yi di mana Qing adalah bermaksud hijau manakala Yi adalah merujuk

kepada baju atau pakaian. Pakaiannya compang – camping.24

Mian. Watak ini adalah sama dalam Opera Bejing cuma nama gelarannya berbeza.

Dalam Opera Bejing, ia adalah dikenali sebagai watak “Chou” tetapi dalam Opera

hokkien, ia dikenali sebagai “Mian”. Watak ini merupakan watak badut yang gemar

membuat lawak dan berjenaka. Mukanya akan diconteng dengan warna – warni.25

Selain itu terdapat juga watak kanak – kanak di atas pentas yang hanya wujud dalam

persembahan yang khas sahaja. Juga terdapat satu watak khas yang dikenali sebagai

Hua.“Da Hua” adalah merupakan watak dilakonkan oleh lelaki dan dia akan

memegang watak sebagai maharaja ataupun hakim yang bertugas menjatuhkan

hukuman ke atas pesalah. Begitu juga dengan “Sam Hua” yang turut akan berlakon

sebagai watak dewa atau dewi dalam cerita.

24

A Short History of Chinese Opera- http://www.illuminatedlantern.com 25

Yi Sing Fukien dramatic Association 45th

Anniversary Souvenir Magazine

9

1.4 Opera Cina dalam filem

Hubungan Opera Cina dengan filem industri Hong Kong, China dan Taiwan adalah

berkait rapat dan kompleks. Filem pertama yang ditayangkan di China adalah dipetik

dari Opera Kantonis ‘Zhuang Si Menguji Isteri Sendiri’ pada tahun 1913. Semenjak itu,

pelbagai cerita opera popular telah diadaptasikan sebagai filem dalam selang tahun.

Mungkin dalam ratusan kali dan kebanyakan permetikan opera cina adalah bergantung

kepada hubungan simbiotik.

Yang penting sekali, kebanyakan pelakon popular dan pelakon sampingan yang

bekerjasama dalam latihan sebelum mencebur diri dalam production house sperti Shaw

Brother dan Golden Harvest. Contoh pelakon yang terlibat adalah Jackie Chan, Yuan

Biao, Sammo Hung, Yuan Wah, Yuen Woo Ping, Lam Ching Ying dan lain-lain.26

Tetapi, dalam keadaan tertentu, filem adalah bergantung kepada pembahagian dalam

sejarah jalan cerita, terdapat dua tema, iaitu, pertama adalah ‘supernatural’, seperti yang

dikatakan oleh Lam Ching Ying di Hocus Pocus27

, “ kita sentiasa melakoni watak jahat

dan hantu, jadi kita perlu juga menghormati mereka”. Oleh demikian, sesetengah Opera

Cina mempunyai semangat roh yang tertentu. Sebaliknya, dalam filem pula

merakamkan dengan keadaan yang lebih ekstrem.

Tema kedua ialah, kekaburan kehidupan dan seni, antara pelakon ataupun penonton,

boleh membezakan antara perwatakan yang dibawa oleh lelaki atau perempuan.

26

A Short History of Chinese Opera- http://www.illuminatedlantern.com 27

hocus pocus –bangunan ternama di Hong Kong

10

Bagi sesetengah pihak telah mengakibatkan seolah-olah pelakon telah ‘dirogol’ dilihat

sebagai pelacur dan sebagainya, untuk mengelak ini berlaku, perempuan adalah tidak

dibenarkan berlakon di atas pentas dan diwakili oleh pihak lelaki sebagai watak

perempuan. Perkara ini juga berlaku di zaman Togugawa, Jepun dan di England, sampai

sekarang kita seolah-olah dirasuk oleh pelakon lelaki dan perempuan dalam filem

seolah-olah sesiapa yang mempunyai duit, dialah yang berkuasa dalm dunia hiburan.

1.5 Kemasukan Opera Cina di Tanah Melayu

Pada abad ke sembilan belas, dasar pemerintahan reaksi dan kedudukan ekonomi di

Tanah Melayu telah memberi kesan yang mendalam kepada kaum cina, terutamanya

semasa kejatuhan Dinasti Ching apabila diserang oleh lapan pasukan tentera Negara

Eropah. Tambahan pula, berlaku pemberontakan di kawasan Nanjing dan juga serangan

Jepun dari arah timur.

Secara tidak langsung, dasar politik dan ekonomi Negara china pada masa itu tidak

stabil dan kebanyakan kaum cina dari pelbagai wilayah seprti Kantonis, Teochew,

Fukien dan sebagainya telah mula memohon pekerjaan sebagai buruh kasar di Tanah

Melayu, ada yang berkerja sebagai pelombong, pengali biji Timah, paling kurang

bernasib telah menjadi buruh paksa dengan majikan.

Pada masa yang sama, kebetulan Negara Britain mula mengalami revolusi perindutrian,

secara tidak langsung, Tanah melayu telah manjadi perngeluran bijih timah(1870), getah

11

(1896) dan sebagainya untuk menampung permintaan yang tidak terhingga di neraga

Britain.

Semasa kemasukan kaum cina yang banyak di Tanah Melayu, mereka juga membawa

budaya masing-masing yang diamalkan di Negara China, contohnya bahasa ibunda,

masakan kampung halaman, kemahiran dan sebagainya seperti yang dikatakan dalam

bak kata melayu, biar mati anak, jangan mati budaya, inilah yang diamalkan oleh kaum

cina yang datang dari Negara China. Ada juga di antara mereka adalah waris Opera

Cina di Negara asal, ataupun pernah belajar dengan sifu Opera Cina dengan mana-mana

klan28

. Negeri Penang boleh dikatakan merupakan kawasan kaum mula bertapak

sebelum berkembang ke tempat lain seperti Sngapura dan Sarawak.

1.6 Pertubuhan Opera Cina di Sarawak

Di negeri Sarawak, Opera Cina ditubuhkan melalui gabungan beberapa kawan karib di

kawasan padungan pada tahun 1950, Persatuan Opera Cina ditubuhkan adalah bertujuan

untuk semata-mata untuk hiburan, ini adalah disebabkan pada masa itu, jarang terdapat

hiburan lain selain television dan radio, maka, kumpulan kawan karib ini mula

memikirkan hiburan yang boleh mengembirakan masa kehidupan mereka. Ahirnya,

Persatuan Opera Cina Yi Sing telah ditubuhkan dengan bantuan rakan –rakan lain dan

juga masyarakat pada masa itu.

28

Klan- kumpulan, pasukan

12

1.7 kenyataan masalah

Persatuan Opera Cina Yi Sing yang ditubuhkan di Kuching, Sarawak adalah hasil titik

dan peluh dari sekumpulan orang muda Sarawak yang berasal dari negara China,

contohnya dari Foochow, Fukien, Teochew dan Kwantung. Masing-masing mempunyai

bakat dan kemahiran yang tersendiri. Pada zaman 50an, secara kebetulan, mereka telah

berkumpul dan memikirkan hiburan baru, maka, salah seorang daripada mereka telah

bercadangkan untuk membuat persembahan pentas ini kerana dalam hati mereka, tiada

apa-apa yang lebih menyeronokan selain melakonkan mimik muka yang berbeza. Di

samping itu, teknologi seperti television dan radio adalah sangat terhad. Maka, mereka

sanggup bekerjasama antara satu sama lain untuk menubuhkan persatuan ini tanpa

bantuan dari mana-mana pihak. Mereka mula mengumpulkan duit dari masyarakat dan

sebilangan adalah hasil gaji dan upah sendiri, mereka tidak berani meminta banyak

kerana pada masa itu, keadaan ekonomi belum baik pulih dan kerap kali diserang oleh

pihak pihak komunis, dan pihak kerajaan British adalah melarang mereka menubuhkan

pertubuhan hiburan bersifat perkauman tertamnya kaum Cina. Kerana Kerajaan British

menganggapkan Persatuan Opera Cina ini adalah kumpulan Komunis untuk

mengumpulkan maklumat semasa. Secara tidak langsung menyebabkan persatuan

Opera Cina ini tidak dapat berdaftar sebagai persatuan sah di sisi undang-undang British

sehingga ahli Sarawak United People Party (SUPP) menghulurkan bantuan pada tahun

50an.

Walaupun pertubuhan Persatuan Opera Cina Yi Sing ( Yi Sing Dramatic Assiociation)

ini telah berjaya didaftarkan pada tahun 60an di kawasan Kuching, Sarawak iaitu satu

13

kawasan yang mempunyai ramai penduduk bangsa cina, tetapi, persatuan ini

menghadapi pelbagai masalah seperti:

1) Kekurangan kewangan setelah parti Sarawak United People Party (SUPP) kalah

dalam pilihan raya terutama dalam tahun 2006 sehingga lima tahun akan datang.

Opera Cina di Kuching adalah bergantung kepada bantuan kewangan dari parti

ini dan sumbangan lain daripada tokong-tokong untuk terus wujud sejak

ditubuhkan pada tahun 50an.

2) Kekurangan bakat baru dalam persatuan mereka dalam kalangan orang cina dan

masalah yang kerap dihadapi ialah kegagalan Persatuan Opera Cina menarik

minat orang muda dalam persembahan mereka.

3) Kekurangan minat daripada penonton muda disebabkan ketiadaan promosi yang

dijalankan secara besar-besaran. Tambahan pula dengan jalan penceritaan yang

bosan serta bahasa yang digunakan juga kurang difahami oleh golongan lapisan

masyarakat lain.

4) Kemungkinan besar Persatuan Opera Cina akan menghadapi ‘kepupusan’

seperti yang berlaku pada budaya kaum lain.

Faktor–faktor ini telah melemahkan semangat Persatuan Opera Cina secara tidak

langsung untuk terus berjuang dalam masyarakat majmuk di masa hadapan.

1.8 Objektif kajian

Persatuan Opera Cina Yi Sing adalah pertubuhan yang wujud melebihi 56 tahun pada

tahun 2006, tetapi ia telah kurang mendapat minat oleh golongan orang muda dan

kerajaan tempatan. Objektif utama dalam kajian ini adalah untuk:

14

1) Mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh Persatuan Opera Cina Yi

Sing.

2) Mencari langkah-langkah untuk menghidupkan semula persembahan Persatuan

Opera Cina Yi Sing dan menarik minat orang ramai termasuk orang Melayu,

orang Cina dan kaum lain-lain di Sarawak.

3) Mengenalpasti langkah-langkah untuk mengembangkan persembahan Opera

Cina Yi Sing di Sarawak

4) menghasilkan satu dokumentasi video tentang Opera Cina di Kuching, Sarawak

1.9 Metodologi

Filem dokumentari yang paling awal sekali dimulakan adalah oleh adik-beradik

Lumiere dan filem yang paling awal direkodkan adalah “Factory Workers Leaving

Plant”, “A Train Entering a Station” dan “ Baby Having Lunch” secara langsung tanpa

lakonan semula. Semua ini adalah sebahagian daripada objektif dokumentari,

walaubagaimanapun, adik beradik Lumiere tidak mengunakan konsep dokumentari

secara penuh.

15

Sehingga tahun 1930, John Grierson, seorang pengritik filem dan dokumentari mula

keluar dengan prinsip baru, antaranya ialah pendedahan seni melalui perhatian

kehidupan, cara hidup sebenar pelakon dan alam sekeliling adalah lebih efektif

berbanding lakonan oleh pelakon profesional”(Wikipedia, n.d). Filem bukan naratif

Robert Flaherty telah dihasilkan secara tidak langsung ialah “Nanook of the North”

sehingga jangka waktu documentari telah diaplikasikan apabila filem “Moana”telah

dihasilkan pada tahun 1926. John Grierson menyatakan filem Flaherty “Moana”

mempunyai nilai-nilai documentari, mengandaikan filem documentari adalah

berdasarkan hakikat atau fakta.

Encyclopedia Britannica menyatakan documentari sebagai “motion picture that shapes

and interprets factual material for purposes of education or entertainment." Dan

“Documentaries have been made in one form or another in nearly every country and

have contributed significantly to the development of realism in films" (Hernandez, n.d),

Definasi John Grierson pula menyatakan “ creative treatment of actuality , documentari

tersebut telah menyatakan bahawa pada permulaan filem bukan fiction di mana

realitinya dalam cara hidup menjadi filem tanpa bantuan daripada pelakon professional,

skrip dan suntingan efek telah diaplikasikan. Biasanya sebagai pembikin filem akan

cuba sedaya upaya untuk menghantar realiti melalui mata atau melalui kanta camera

tanpa digangu oleh sekeliling supaya penonton boleh focus objek atau subjek pada masa

yang sama. Objektif utama documentari ialah merekodkan realiti dan kebenaran

kehidupan tanpa memutar belit kebenaran.