penyataan praktikum .doc

Upload: gobi-krrish

Post on 29-Feb-2016

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PENYATAAN PRAKTIKUM FASA 2

TRANSCRIPT

PENYATAAN PRAKTIKUM

SEBELUM

Seminggu sebelum memulakan praktikum saya telah menyediakan dan menyiapkan segala keperluan sepanjang berpraktikum seperti membalut buku rancangan pengajaran harian dan fail portfolio praktikum kerana beranggapan bahawa persiapan tersebut perlu dibuat awal untuk mengelakkan tiada masa untuk membuatnya. Ini kerana saya telah mengambil peringatan berkaitan praktikum fasa 1.

Saya juga mengambil insiatif untuk pergi ke sekolah tersebut sehari sebelum hari praktikum. Ini adalah untuk mengetahui jalan yang paling dekat dan selamat. Saya juga berbual dengan pengawal keselamatan sekolah cuba mendapatkan maklumat mengenai sekolah. Melalui perbualan dengan pengawal keselamatan saya dapati sekolah ini memiliki padang serta dewan serbaguna. Maklumat ini amat penting bagi saya kerana saya boleh merancang pengajaran yang hendak di ajar. Jika pada hari itu, hujan saya boleh melaksanakan pengajaran di dewan serbaguna.

Antara harapan saya yang lain ialah, saya berharap akan dapat memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran supaya objektif tercapai. Selain itu, saya berusaha dari awal untuk menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pembelajaran untuk membuatkan sesi pengajaran dan pembelajaran itu seronok. Saya juga ingin menimba pengalaman pengajaran dan pengurusan kelas daripada guru guru sekolah ini.Selain itu, saya berharap saya dapat mengawal murid dengan cara saya dan dapat menarik perhatian murid mendengar dan belajar apa yang cuba saya sampaikan. Saya berharap murid akan menghormati saya sebagai seorang guru bukan takut akan saya.

Akhir sekali, saya berharap supaya saya merasa selesa dan seronok untuk mengajar dan berada di sekolah ini untuk memberikan saya pengalaman yang sangat berharga untuk saya jadikan bekalan pengalaman yang sangat berguna ini di masa depan kelak.

PENYATAAN PRAKTIKUM

SEMASA

MINGGU PERTAMA

Hari pertama datang ke sekolah ini, saya melaporkan diri dipejabat. Seterusnya saya bersama rakan praktukum yang lain menghadiri perhimpunan pagi. Pemerhatian pertama saya ialah jumlah murid yang hadir pada perhimpunan pagi tersebut. Saya dapati bilangan murid murid sekolah ini agak sedikit daripada sekolah yang saya ajar sebelum ini. Setelah berjumpa dengan guru penolong kanan 1, saya mendapat jadual waktu dengan 6 waktu Pendidikan Jasamani dan 2 waktu untuk Pendidikan Kesihatan. Pada kebiasaan di sekolah berpraktikum, pada mingu pertama saya tidak menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Minggu pertama ini saya lebih banyak menghabiskan masa untuk berkenalan dengan murid-murid Saya juga mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan guru pembimbing. Oleh kerana, bulan ini merupakan bulan ramadhan dan murid murid akan berpuasa. Oleh itu aktiviti berbentuk fizikal haruslah dikurangkan, saya berjumpa dengan guru pembimbing untuk mendapatkan tips untuk mengajar pada bulan puasa ini.

Keseluruhan sekolah ini agak menyeronokkan dan komitmen kerja itu terletak pada semua guru yang menyandang pelbagai jawatan. Ini akan mejadikan guru akan bekerja di bawah tekanan dengan afektif serta berfikiran rasional.

PENYATAAN PRAKTIKUM

SEMASA

MINGGU KEDUA

Dalam minggu kedua ini , saya banyak meninggalkan kelas dan tidak menjalankan pengajaran dan pembelajaran kerana terlibat dengan Kejohanan balapan dan Padang PKP Kuala Perlis yang telah diadakan pada 8 hingga 9 Februari 2012 di Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis. Apabila waktu pagi pula saya terlibat dengan latihan olahraga yang dibuat sebagai persiapan terakhir menjelang hari sebenar kejohanan. Oleh itu, banyak rancangan pengajaran harian yang tidak dapat dijalankan dan tertunda.

Semasa melakukan latihan olahraga bersama atlit-atlit sekolah ini, saya mendapati atlit sekolah ini mempunyai saiz badan yang agak kecil dan mempunyai kecergasan yang rendah. Maka dengan itu, banyak latih tubi ataupun drill yang perlu dibuat untuk meningkatkan kecergasan dan membetulkan teknik-teknik mereka.

Sepanjang minggu ini, saya berpeluang menjadi pegawai olahraga peringkat PKP Kuala Perlis sebagai penjaga masa. Dalam pada itu, saya juga agak tertekan sedikit dengan prestasi atlit-atlit yang telah saya latih . Di samping itu juga, keadaan cuaca yang sangat panas menjadikan keadaan menjadi tidak selesa.

Keputusan bagi kejohanan balapan dan olahraga ini, Sekolah Kebangsaan Panggai mendapat tempat keenam dari sepuluh buah sekolah dengan 4 perak dan 3 gangsa. Saya berpuas hati dengan keputusan itu serta pencapaian atlit saya. Di sini saya dapat melihat kemampuan saya menjadi seorang jurulatih, seorang guru dan seorang kaunselor bagi meningkatkan kemahiran, kecergasan dna tahap mental murid atau atlit yang dilatih.

Kesimpulannya, pada minggu ini saya berusaha memperbaiki diri saya sebagai seorang guru dan jurulatih serta berpeluang bertugas sebagai pegawai kejohanan balapan dan padang bagi PKP Kuala Perlis.PENYATAAN PRAKTIKUMSEMASA

MINGGU KETIGA

Dalam minggu ketiga ini, terjadinya perselisihan faham dengan guru pembimbing. Tetapi perkara tersebut boleh diselesaikan dengan baik melalui perbincangan dan kami sebagai guru muda yang baru dengan rendah dirinya memohon maaf akan semua kesalahan yang telah kami lakukan sama ada dalam keadaan sedar atau tidak.

Saya mendapati guru-guru di sekolah ini sangat mengambil berat akan kami dan berusaha untuk mendekati kami dengan pelbagai cara. Tetapi mungkin perselisihan faham ini berlaku menjadikan kami rapat dan boleh bekerjasama. Tetapi apa yang paling saya perasaan iaitu sikap guru lelaki sekolah ini yang banyak mulut dan kadang-kdang seperti perempuan. Oleh sebab itu, saya sentiasa berhati-hati apabila bercakap dan sentiasa menjaga sikap.

Masalah ini berlaku apabila guru pembimbing terasa hati dengan kami apabila kami bertanya tentang hal berkaitan hoki dengan orang lain dan bukan beliau. Oleh itu, kami dengan sengaja telah menunjukkan protes dengan datang latihan hoki tetapi tidak membuat latihan ke atas murid-murid yang datang. Kami mengaku ia memang sengaja dilakukan untuk membuatkan guru itu sedar akan apa yang telah kami lakukan untuk sekolah.

Selepas kes itu, guru itu mengatakan ia hanya bergurau dan kami juga tidak ambil hati dengan kesa itu. Setelah itu, kami menjalankan latihan hoki dengan konsisten untuk memenangi sekurang-kurangnya tempat kedua dalam Karnival hoki MSSPs yang akan diadakan pada 25 dan 26 Februari 2012. Tetapi latihan hoki untuk murid lelaki berselang seli dengan latihan bola sepak yang akan diadakan pada 20 Februsri 2012.

Sekolah ini boleh dikatakan projek hoki dan saya melihat itu di kalangan murid lelaki dimana kemahiran mereka sangat baik dan boleh bermain dengan baik sekali. kami juga telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan rakan-rakan terdekat kami untuk membiasakan diri mereka dengan pertandingan. Selain itu kami menjemput sahabat kami untuk menjadi jurulatih luar dan membantu kami untuk melatih murid-murid ini.

Sebelum membuat latihan kemahiran dan taktikal saya telah menjalankan latihan kecergasan untuk meningkatkan kecergasan dan sistem kardiovaskular mereka. Tetapi apa yang saya sedih dan sangat hampa apabila mereka bermain-main dan tidak mengikut arahan dari saya. Mereka juga tidak sedar akan kepentingan latihan tersebut. Apabila saya memarahi mereka, mereka akan menjawab dan semakin membuat latihan dengan lewa.

Selepas itu, saya tidak memaksa mereka untuk membuat latihan yang telah saya rancang tetapi saya sempat berpesan, jika mereka mahu menang buat seperti mahu menang. Kadangkala mereka terasa hati dengan ungkapan saya itu, kadangkala pula mereka tidak mempedulikan.

Saya berharap dengan latihan yang telah saya jalankan untuk mereka akan membuahkan hasil yang baik. Bukan sahaja kami sahaja berharap kemenangan tetapi rakan-rakan yang turut membantu juga memberikan sokongan yang padu untuk pemain sekolah ini.PENYATAAN PRAKTIKUMSEMASA

MINGGU KEEMPAT

Dalam minggu ini, latihan hoki berjalan seperti biasa dan kejohanan bola sepak juga berlangsung di Sekolah Kebangsaan Kayang. Kami juga pergi menyokong pasukan sekolah walaupun tidak terlibat secara langsung tetapi sekadar memberi semangat kepada pemain sekolah.

Kejohanan itu telah berlangsung selama dua hari di mana sekolah kami telah bertemu dengan Sekolah Kebangsaan kayang pada hari pertama dan kami datang memberi semangat. Keputusan perlawanan pada hari itu adalah 0 berbalas 6 dimana sekolah kami tidak mendapat apa-apa skor jaringan.

Dari situ saya melihat perlawanan itu, saya menyaksikan terdapat pelbagai perbezaan yang ada pada pasukan sekolah saya dan pasukan sekolah lawan. Perbezaan paling ketara adalah saiz badan. Saya melihat pasukan lawan yang rata-rata tahun 4, 5 dan 6 mempunyai saiz tubuh badan yang besar dan tinggi. Selain itu, saya juga melihat kemahiran pihak lawan juga berbeza dengan pemain sekolah saya. Kemudian saya dapat melihat disiplin yang ditunjukkan oleh pihak lawan. Saya melihat mereka melakukan pemanasan badan dengan betul dan kemudian apabila perlawanan sudah selesai mereka juga sama-sama melakukan penyejukkan badan. Itu adalah perkara yang paling Nampak berbeza dengan pemain sekolah saya.

Saya akui bukan senang untuk melatih pemain bola sepak di kalangan murid-murid sekolah seramai 196 orang ini sahaja. Sekolah lain mempunyai murid yang ramai dimana seorang murid boleh bermain satu permainan sahaja untuk memberi peluang murid lain mengambil bahagian.Bercerita pula tentang latihan hoki, sudah semestinya pasukan perempuan mempunyai masa yang lebih berlatih berbanding pasukan lelaki yang terlibat dengan bola sepak. Tetapi saya tidak risau akan pasukan lelaki kerana mereka mempunyai kemahiran yang bagus dan mempunyai tenaga yang lebih.

Perlawanan persahabatan dijalankan juga untuk menyediakan pasukan bersedia untuk bertanding pada hari sebenar. Melihat pada kemajuan para pemain saya yakin bahawa kedua-dua pasukan akan masuk ke separuh akhir. Saya yakinkan para pemain untuk bermain dengan bersungguh-sungguh untuk memenangi kejohanan ini.

Di hari kejohanan perempuan telah berjaya memasuki ke peringkat separuh akhir tetapi amat menyedihkan saya apabila pasukan lelaki gagal untuk memasuki ke peringkat separuh akhir. Saya melihat mereka bermain bersungguh-sungguh dimana sebanyak 90% pengguasaan bola adalah dari sekolah saya tetapi apabila satu bola bolos dan bola itu telah masuk ke dalam gol. Betapa sedih melihat pasukan lelaki gagal memasuki peringkat separuh akhir dan ramai orang yang memuji cara permainan sekolah kami. Tetapi apakan daya bukan nasib sekolah kami untuk pergi ke peringkat seterusnya.

Apabila saya membuat refleksi tentang permainan pasukan lelaki ini mungkin disebabkan mereka tidak mahu mendengar arahan guru dan Allah telah membalas dengan memberi kekalahan ini sebagai pengajaran. Tetapi apa yang penting pada saya adalah mereka telah menunjukkan kesungguhan ketika bermain, itu lah kepuasaan seorang guru atau jurulatih.

PENYATAAN PRAKTIKUMSEMASA

MINGGU KELIMA

Dalam minggu ke lima ini saya mendapat tugasan untuk menyiapkan brosur untuk pelancaran minggu anti dadah pada 20 Februari 2012. Minggu anti dadah ini berlangsung selama seminggu. Setiap hari dalam minggu ini setiap kelas akan melawat ke bilik PPAD berdekatan bilik kaunseling.

Selain sibuk dengan minggu anti dadah, kami di sekolah sibuk untuk majlis tadarus al-quran peringkat kawasan Kuala Perlis. Sekolah saya telah dipilih sebagai tuan rumah majlis tersebut.

Saya juga telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa kawalan murid di bilik hafazan. Saya juga sempat untuk melatih pasukan nasyid sekolah membantu ustazah. Saya juga begitu bersemangat untuk menanti peserta lain yang akan datang ke sekolah ini.

Minggu ini juga saya telah menjalankan ujian diagnostik Bahasa Melayu untuk kelas 5 Arif dan telah menjalankan ujian spesifik kemahiran Bola Sepak untuk tahun 6. Saya mendapati ujian spesifik sukan itu tidak pernah dijalankan untuk murid sekolah ini.

Sekolah juga telah bersedia untuk menjalankan ujian bulanan pada minggu depan. Oleh itu, saya menjalankan ulangkaji di kelas yang saya masuk untuk menyediakan murid untuk mengambil ujian.

PENYATAAN PRAKTIKUM

SEMASA

MINGGU KEENAM

Dalam minggu keenam ini, saya telah menjalani pemantauan untuk kali kedua. Pemantauan pada kali ini, saya berasa puas hati kerana telah mendapat pujian untuk perancangan dan pengendalian rancangan tersebut. Dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut saya telah menggunakan carta alir untuk menunjukkan pergerakan murid untuk memudahkan murid faham akan permainan yang sayatelah rancangkan. Nampaknya perkara itu telah membuahkan hasil dan membuatkan pensyarah pembimbing suka dengan idea tersebut dan ia menampakkan hasil apabila murid lebih senang bergerak dengan adanya carta alir pergerakan itu.

Selain itu, perkara lain yang berlaku dalam minggu ini adalah ujian bulanan untuk tahun 3, 4, 5 dan 6. Saya juga terlibat untuk menjaga ujian tersebut mengikut jadual yang telah ditetapkan. Ujian itu berlangsung dengan jayanya.

Perkara lain yang berlaku pada minggu ini iaitu mesyuarat agung PIBG kali ke 9 yang diadakan pada petang khamis. Mesyuarat ini diadakan untuk menbubarkan jawatankuasa dan merancang aktiviti serta mengusulkan usul yang lepas dan keputusan usul tersebut. Saya telah diberi tanggungjawab untuk mencatat minit mesyuarat. Saya berasa agak takut kerana tidak pernah diberi tugasan seperti itu. Tetapi saya dapat menjalankan tugasan itu dengan sebaiknya kerana ia adalah satu perkara baru yang boleh say belajar dari itu.

Setelah diteliti saya mendapati bahawa terdapat satu kerja kursus yang akan dihantar selepas cuti sekolah. Oleh sebab itu, saya dan rakan berpraktikum telah merancang satu permainan iaitu 3 on 3 street soccer yang dijalankan pada jumaat sebelum cuti bersamaan 9 Mac 2012 selepas murid murid ujian. Pertandingan itu diadakan di dewan terbuka untuk mengadaptasikan format sebenar pertandingan itu. Pertandingan itu berjalan dengan lancar dengan bantuan ramai guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.PENYATAAN PRAKTIKUMSEMASA

MINGGU KETUJUH

Dalam minggu ke tujuh ini, keadaan saya agak kelam kabut kerana terdapat banyak perkara yang perlu dilaksanakan. Pada hari rabu saya telah diselia oleh guru pembimbing untuk mata pelajaran pendidikan jasmani. Pengajaran dan pembelajaran pada hari itu dijalankan dengan baik dan penglibatan murid juga memberansangkan.

Kemudian, pada hari khamis pula saya menyiapkan rancangan pengajaran harian untuk diselia oleh pensyarah pembimbing untuk mata pelajaran pendidikan jasmani sekaligus diselia oleh guru pembimbing untuk mata pelajaran bahasa melayu. Keadaan itu menjadikan sedikit kelam kabut untuk menyediakan bahan untuk dua seliaan sekaligus. Tetapi saya mengambil peluang itu untuk menghabiskan semua seliaan saya. Tidak cukup dengan itu, pada hari jumaat saya terpaksa menghantar tugasan kerja kurusus projek Psikososial Sukan kepada pensyarah yang mengajar subjek tersebut.

Oleh itu, minggu ini merupakan minggu yang sangat padat dan sibuk dengan latihan bola tampar yang diadakan pada setiap petang bermula dengan hari selasa. Dalam minggu ini juga program 1 murid 1 sukan telah dimulakan dengan memgadakan 4 sukan iaitu hoki, bola tampar, bola jarring dan bola sepak. Program ini dijalankan pada jam 5 petang pada hari rabu. Saya mendapati semua guru telah hadir bagi menyokong program ini, dan itu merupakan satu komitmen yang sangat bagus.

Kesimpulannya, minggu ini merupakan satu minggu yang sangat padat tetapi telah melegakan saya dengan semua seliaan dan tugasan telah berjaya disiapkan dengan sempurna.

PENYATAAN PRAKTIKUM

SEMASA

MINGGU KELAPAN

Dalam minggu kelapan ini, latihan bola tampar berjalan seperti biasa setiap petang. Tetapi saya sahaja yang tidak dapat hadir pada latihan itu kerana terlibat dengan kejohanan padang dan balapan MSSPs yang diadakan di Stadium Negeri. Saya menjadi pegawai di kejohanan itu.

Sebenarnya, saya berat hati untuk meninggalkan pemain-pemain bola tampar untuk latihan setiap petang. Tetapi mujur kawan praktikum saya membantu saya untuk latihan bola tampar itu.

Dalam minggu ini juga, sekolah saya telah mendapat tanggungjawab untuk membuat kakkong. Kakkong merupakan satu alat muzik buluh yang berbentuk paluan.alat muzik ini akan diadakan pada pembukaan kejohanan padang dan balapan MSSM yang akan diadakan pada cuti bulan Mei. Semua sekolah di Perlis juga mendapat tanggungjawab ini untuk membuat sebanyak 50 kakkong dan 1 gendang yang dibuat dari tong sampah.

Selain itu, dalam minggu ini juga terdapat satu kes yang mengemparkan sekolah. Seorang penjaga dari murid di sekolah ini telah menelefon Yang Dipertua PIBG sekolah mengadu ada guru yang telah memukul anaknya. Kes itu telah dibincangkan dalam mensyuarat dan telah dibincangkan. Akhirnya, pihak sekolah iaitu guru besar telah sekali lagi mengingatkan bahawa murid-murid tidak boleh dipukul, dicubit hatta mendenda murid berdiri.

Keputusan itu sememangnya membuatkan guru sedikit tertekan kerena niat guru itu baik tetapi terpakasa akur akan keadaan pendidikan zaman sekarang ini. Saya juga mengingatkan diri saya supaya tidak melakukan perkara yang telah dilarang ini.PENYATAAN PRAKTIKUM

SEMASA

MINGGU KESEBELAS

Dalam minggu ini, saya dan rakan praktikum telah membuat satu projek rahsia dan dibantu oleh murid-murid iaitu membuat kain rentang ucap selamat Berjaya kepada tahun 6. Projek ini telah dijalankan selama seminggu ketika waktu bahasa melayu. Murid yang terlibat dalam projek ini adalah murid tahun 4 dan 5. Projek ini dilakukan secara rahsia dan akan diadakan perasmian untuk penyerahan kain rentang ini.

Dalam minggu ini juga, saya menyiapkan segala tugas-tugas yang tertinggal sebelum minggu keduabelas kerana ini merupakan minggu-minggu akhir saya berada di sekolah ini.

Minggu ini juga saya menyiapkan papan kenyataan kokurikulum untuk semua persatuan, kelab dan badan beruniform. Saya tidak mahu menangguhkan semua tugas-tugas saya yang belum selesai kerana ia merupakan tanggungjawab saya.

Dalam minggu akhir ini juga saya merealisasikan permintaan murid-murid untuk bermain bola sepak. Selain itu, saya juga bersama-sama mereka bermain bola sepak. Saya berasa amat seronok kerana dapat bermain bola sepak dengan mereka.

Kesimpulannya, minggu-minggu terakhir saya berasa sedih untuk meninggalkan sekolah ini. Sudah rasa sebati jiwa dengan sekolah ini. Di sekolah ini saya belajar pelbagai ilmu dan pengalaman yang tidak ternilai harganya.

PENYATAAN PRAKTIKUM

SEMASA

MINGGU KEDUA BELAS

Minggu ini merupakan minggu terakhir di sekolah ini. Pelbagai perkara perlu disiapkan untuk minggu ini. Pada hari isnin, kami telah mengadakan perasmian penyerahan kain rentang ucap selamat kepada murid tahun 6. Kami juga telah meminta pihak sekolah untuk menggantung kain rentang itu di tempat yang mudah dilihat untuk memberi semangat kepada tahun 6 yang melihatnya. Di atas kain rentang itu juga terdapat cop tangan murid-murid tahun 4 dan 5 sebagai tanda sokongan kepada murid tahun 6.

Dalam minggu ini juga, kami mengadakan kenduri untuk guru-guru dan staf sekolah serta pemain-pemain bola tampar yang lepas. Untuk guru-guru dan staf sekolah kami telah berkongsi dengan 2 rakan lain dari sekolah yang lain untuk memasak mee kari. Kami telah berusaha untuk mencari bahan-bahan untuk membuta mee kari tersebut pada petang hari rabu. Kami mengadakan kenduri itu pada hari khamis tengahari. Segala-galanya berjalan lancar ketika itu.

Untuk pemain-pemain bola tampar pula, kami telah memasak mee hailam untuk kedua-dua pasukan iaitu lelaki dan perempuan. Segala niat dan tugas kami untuk dilaksanakan telah ditunaikan pada minggu ini. Saya begitu berpuas hati untuk minggu terakhir ini.

Selain itu, pada hari terakhir kami iaitu pada hari jumaat, pihak sekoah telah mengadakan majlis perpisahan khas untuk kami sahaja. Pengisian majlis itu terdapat persembahan slide show yang disediakan oleh saya sendiri. Kami juga telah diberi penghormatan terakhir untuk memberi ucapan . selepas itu, semua murid beraur untuk bersalam dengan kami. Tanpa diduga kami dapat begitu banyak hadiah dari murid-murid sekolah ini. Kami begitu terharu sehingga mengalir air mata dan melihat juga murid-murid yang turut menangis. PENYATAAN PRAKTIKUM

SELEPAS

Selepas selesai menjalani praktikum fasa tiga ini, saya merasakan sedikit selesa kerana telah menyelesaikan ketiga-tiga fasa praktikum ini. Dalam fasa tiga ini, saya mendapat sekolah yang besar tetapi mempunyai jumlah murid yang sedikit.

Sewaktu melangkah keluar di sekolah ini, sejujurnya saya merasa sedih meninggalkan sekolah, guru-guru serta murid-murid yang saya rapat.oleh kerana sekolah ini mempunyai jumlah murid yang sedikit maka kebanyakkan murid di sekolah ini saya kenal. Pelbagai pengalaman yang telah saya dapat sewaktu menjalani praktikum ini, antaranya ada yang sedih, gembira, menakutkan dan juga kelakar.

Selesai sahaja praktikum ini, saya telah kembali menjalankan kehidupan seorang guru pelatih IPG Kampus Perlis dan juga seorang murid untuk kembali menuntut ilmu. Seperti biasa, saya dan rakan-rakan sentiasa bercerita dan berkongsi-kongsi pengalaman sewaktu berada si sekolah. Saya juga sering menghubungi murid dan guru di sekolah tersebut.

Pada praktikum kali ini juga saya mempelajari banyak benda. Saya juga telah membaiki mutu pengajaran dan pembelajaran saya. Saya juga telah menjalankan beberapa pemerhatian ke atas sekolah ini dan membuat penilaian secara kendiri hanya untuk refleksi ke atas diri saya . Pengalaman saya selama tiga bulan ini begitu bernilai di mana saya telah di duga pelbagai cabaran dan pelbagai jenis tanggungjawab yang diberikan kepada saya. Pihak sekolah juga tidak jemu-jemu membantu sedaya yang boleh untuk saya menyelesaikan praktikum ini dan juga memberi sokongan yang penuh untuk kami membuat program dan segala kerja di sekolah ini.

Kesimpulannya, selama tiga bulan ini saya melatih diri saya untuk menjadi guru yang baik serta cemerlang dan cara menepis pelbagai cabaran yang dihadapi. Segala buah fikiran dan idea yang bernas perlu di kembangkan untuk menghasilkan mutu pengajaran dan pembelajaran yang holistik dan akan terbentuk guru yang mantap dan berorientasikan masa depan.